Hadis 44: Apabila Sufyani Muncul Mahdi Akan Menghilang

حديث حذلم أبن بشير مع الإمام زين العابدين (ع) عن المهدي (ع) فقال الإمام (ع) – ثم يخرج السفياني الملعون من الوادي اليابس وهو من ولد عتبة بن أبي سفيان فإذا ظهر السفياني أختفى المهدي (ع) ثم يخرج بعد ذلك
المصدر : غيبة الطوسي ص294 / بحار الانوار ج52 ص291 / الحوائج والجوائح للراوندي ص1149 / معجم أحاديث المهدي (ع) ج1 ص50 / منتخب الأنوار المضيئة ص50 .
روى حذلم بن بشير قال: قلت لعلي بن الحسين: صف لي خروج المهدي وعرفني دلائله وعلاماته فقال: يكون قبل خروجه خروج رجل يقال له عوف السلمي بأرض الجزيرة ويكون مأواه تكريت وقتله بمسجد دمشق ثم يكون خروج شعيب بن صالح من سمرقند ثم يخرج السفياني الملعون من الوادي اليابس، وهو من ولد عتبة بن أبي سفيان، فإذا ظهر السفياني اختفى المهدي ثم يخرج بعد ذلك.ـ *معجم احاديث الامام المهديج3 –ص 176- بحار الانوار ج53-ص 213
 
Ali bin Al Hussain AS diminta menceritakan kemunculan Mahdi, perincian dan tandanya, beliau AS bersabda: "Sebelum kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah Auf al Silmy di bumi Al Jazira(Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah di masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Shuaib Ibn Saleh dari Samarqand, dan kemudian Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Wadi Al Yabis dan beliau adalah anak kepada Utbah Bin Abu Sufyan, apabila Sufyani muncul, Mahdi akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu." Bihar al Anwar.
 
Para sahabat bertanya kepada Imam Ali Ibn Hussain AS tentang kemunculan Mahdi dan beliau AS menjawabnya dengan menceritakan alamat-alamat yang mendahului Imam Mahdi AS seperti Sufyani.  
 
Hadis di atas menyatakan bahawa Mahdi akan menghilang semasa waktu kemunculan Sufyani, namun bagaimana mungkin Mahdi menghilang jika Sufyani adalah kemunculan yang dijamin terjadi untuk kemunculan Imam Mahdi?
 
Dan bagaimana mungkin Mahdi "menghilang" sebelum muncul? Sesuatu itu hanya boleh hilang   apabila sudah zahir.
 
وبهذا الاسناد، عن ابن فضال، عن حماد، عن إبراهيم بن عمر، عن عمر بن حنظلة ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: خمس قبل قيام القائم من العلامات: الصيحة والسفياني، والخسف بالبيداء، وخروج اليماني، وقتل النفس الزكية .
 
Dan dari Isnad ini, dari ibn Faddal dari Hammad dari Ibrahim b. `Umar dari `Umar b. Hanthala dari Abu `Abdillah عليه السلام.
 
Beliau bersabda: "Lima tanda akan datang sebelum Al Qaim, Saihah(jeritan), Sufyani, Penenggelaman di Al Baida', kebangkitan Al Yamani dan pembunuhan Nasf al Zakiyyah. (Kitab Ghaibat at Tusi) 

 
 
 
Sufyani adalah tanda sebelum Imam Mahdi AS, jadi bagaimana beliau boleh menghilang sebelum tandanya datang? Adakah ini logik bagi pencari kebenaran yang ikhlas? Adakah ini bermakna Imam Mahdi AS muncul sebelum Sufyani? Namun jika begitu, kita harus mendhaifkan begitu banyak hadis sahih yang mana penetapan waktu kemunculan Imam Mahdi AS oleh Aimmah Ahlulbait AS. Satu-satunya jalan adalah dengan menganggap Mahdi di dalam hadis ini bukan Imam Mahdi AS. 
 
Adakah ini bertentangan dengan doktrin Ahlulbait AS? Tidak, ini kerana terdapat banyak hadis yang menyebutkan tentang 12 Mahdi, dan di dalam wasiat Nabi SAW menyebutkan bahawa Mahdi Pertama sebagai orang yang pertama beriman, yakni sekaligus muncul sebelum kezuhuran Imam Mahdi AS seperti yang telah kita bincangkan dalam banyak hadis-hadis sebelum ini.
 
 اول المهديين له ثلاثة اسامي اسم كأسمي واسم أبى وهو عبد الله وأحمد والاسم الثالث المهدى وهو اول المؤمنين
 
"… Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama…"

 
Maka tidak dapat tidak, solusi kepada hadis ini hanyalah dengan mengambil Mahdi Pertama sebagai Mahdi yang mendahului Sufyani, yang sempurna sebagai pemberi petunjuk ke jalan kebenaran, panji petunjuk, menyeru kepada umpunya kita, Imam Mahdi AS. Panji ini juga disebutkan sebagai milik Al Yamani, sebuah lagi panji yang muncul sebelum Imam Mahdi AS, menyeru kepada beliau AS. Jadi, jika kita memisahkan Yamani dari Ahmad, maka akan terjadi permasalahan yang serius dan kekeliruan antara keduanya, kerana kita menyebut Yamani namun kita tidak mengetahui namanya, namun kita tahu beliau akan muncul sebelum Sufyani.
 


عنه، عن ابن فضال، عن ابن بكير، عن محمد بن مسلم قال: يخرج قبل السفياني مصري ويماني . 

 
Imam Sadiq a.s telah berkata:”Sebelum muncul Sufyani adalah orang-orang Mesir dan Al Yamani”. Bihar Al Anwar v.52 p.210

 
Apabila kita menyebut "Ahmad" maka kita mengetahui beliau adalah yang pertama beriman, yang paling awal dari kalangan 313, Mahdi Pertama yang disebutkan dalam wasiat Nabi SAW, dan maksum, menunjuk ke jalan kebenaran dan tidak menyesatkan orang. Ini adalah pencirian yang sama dengan panji Al Yamani. 
 
Hanya ada satu sahaja panji pemberi petunjuk untuk setiap zaman, dan hanya panji Al Yamani sahaja panji pemberi petunjuk yang disebutkan oleh Ahlulbait AS, muncul sebelum Imam Mahdi AS. Sudah tentu Ahlulbait AS tidak mahu mengelirukan kita dengan kewujudan lebih dari satu panji mereka sebelum kezuhuran Imam Mahdi AS, seperti sekumpulan pergi kepada Yamani dan sekumpulan lagi kepada Ahmad. Jika kita memadankan Ahmad sebagai Yamani, kita akan sedar bahawa beliau adalah seorang lelaki yang menyeru kepada empunya kita dan menunjukkan ke jalan lurus sebelum Imam Mahdi AS, dan ini adalah satu-satunya solusi untuk Mahdi yang menghilang sebelum kemunculan Sufyani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *