Hadis 43: Bapanya Lebih Baik Darinya

كلمة النبي صلى الله عليه وآله عن أوصيائه الاثني عشر سليم، قال: سمعت سلمان يقول: قلت: يا رسول الله، إن الله لم يبعث نبيا قبلك إلا وله وصي، فمن وصيك يا نبي الله؟ قال: يا سلمان، إنه ما أتاني من الله فيه شئ.
فمكث غير كثير، ثم قال لي: يا سلمان، إنه قد أتاني من الله في الأمر الذي سألتني عنه. إني أشهدك يا سلمان إن علي بن أبي طالب وصيي وأخي ووارثي ووزيري وخليفتي في أهلي وولي كل مؤمن من بعدي، يبرئ ذمتي ويقضي ديني ويقاتل على سنتي.
يا سلمان، إن الله اطلع على الأرض اطلاعة فاختارني منهم. ثم اطلع ثانية فاختار منهم عليا أخي، وأمرني فزوجته سيدة نساء أهل الجنة. ثم اطلع ثالثة فاختار فاطمة والأوصياء: ابني حسنا وحسينا وبقيتهم من ولد الحسين.
هم مع القرآن والقرآن معهم، لا يفارقهم ولا يفارقونه كهاتين – وجمع بين إصبعيه المسبحتين – حتى يردوا علي الحوض واحدا بعد واحد، شهداء الله على خلقه وحجته في أرضه. من أطاعهم أطاع الله ومن عصاهم عصى الله، كلهم هاد مهدي.
ونزلت هذه الآية في وفي أخي علي وفي ابنتي فاطمة وفي ابني والأوصياء واحدا بعد واحد، ولدي وولد أخي: (إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا). (1) أتدرون ما (الرجس) يا سلمان؟ قلت: لا. قال: الشك،
لا يشكون في شئ جاء من عند الله أبدا، مطهرون في ولادتنا وطينتنا إلى آدم، مطهرون معصومون من كل سوء.
إخباره صلى الله عليه وآله عن المهدي عليه السلام ثم ضرب بيده على الحسين عليه السلام فقال: يا سلمان، مهدي أمتي الذي يملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا وظلما من ولد هذا. إمام بن إمام، عالم بن عالم، وصي بن وصي، أبوه الذي يليه إمام وصي عالم.
قال: قلت: يا نبي الله، المهدي أفضل أم أبوه؟ قال: أبوه أفضل منه. للأول مثل أجورهم كلهم لأن الله هداهم به.
shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83…9%81%D8%AD%D8%A9_419

 
Nabi (sawas) telah bersabda: “dan dia (sawas) meletakkan tangannya ke atas Hussein dan berkata: Wahai Salman! Mahdi umatku yang akan menyebarkan keadilan dan ketenangan ke seluruh pelusuh dunia selepas ianya dipenuhi dengan penindasan dan ketidakadilan adalah daripada ANAK ini. Imam selepas Imam, alim anak kepada alim, wasi anak kepada wasi, bapanya yang datang selepasnya adalah seorang Imam wasi."  Wahai Rasulullah, adakah Mahdi lebih baik atau ayahnya? Nabi (sawas) berkata: "Bapanya adalah lebih baik darinya. Yang pertama yang mendahului mendapat segala ganjarannya kerana Allah swt memberi petunjuk kepada mereka melalui dia.” [Kitab Sulaim Ibnu Qais, ms 429]
 
Bagaimana seorang bapa boleh datang kemudian dari anaknya? Riwayat ini hanya logik jika sang bapa berada dalam keghaiban, dan anaknya muncul terlebih dahulu untuk mempersiapkan umat demi kemunculan bapanya.

Selain itu, hadis ini juga memberitahu kita bahawa yang akan menyebarkan keadilan dan ketenangan diseluruh pelusuk bumi adalah Mahdi Pertama, kerana bapanya adalah lebih baik daripada anaknya. Ini mengingatkan kita bahawa Imam Muhammad bin Hassan (a.s) adalah lebih baik daripada Ahmad iaitu si anak. Dan bila Salman bertanya, “adakah Mahdi lebih baik atau bapanya,” nabi (sawas) mengingatkannya dengan berkata bapanya adalah Imam, wasi dan alim iaitu Imam Imam Muhammad bin Hassan (a.s). Mahdi di sini tidak mungkin Imam Muhammad bin Hassan (a.s) kerana Mahdi tidak akan jadi lebih baik daripada bapanya. Di sini kami akan tunjukkan mengapa:
 

Imam Mahdi adalah yang terbaik dari kalangan anak Imam Hussein(as)
 
Daripada Abu Abdullah (Imam Jaafar a.s), daripada bapa-bapanya, telah berkata: Nabi Allah bersabda: “dan DIA telah memilih dariku Ali, Hassan dan Hussein, dan penyempurnaan 12 Imam dari anak-anak Hussein, yang kesembilan dari kalangan mereka adalah dalaman (mereka), dan dia adalah luaran (mereka), dia adalah yang terbaik di kalangan mereka, dan dia adalah Qaim[Ghaybah Al Nu’mani, ms.73]
 
Di dalam hadis ini memberitahu kita dengan jelas bahawa anak kesembilan Imam Hussein (a.s) adalah Imam Muhammad bin Hassan (a.s). Anak-anak Imam Hussein bin Ali (a.s):
 
Anak pertama: Ali ibn Hussein a.s
Anak kedua: Mohammad Al-Baqer a.s
Anak ketiga: Jaafer Al-Saadiq a.s
Anak keempat: Mosa Al-Kathem a.s
Anak kelima: Ali Al Ritha a.s
Anak keenam: Muhammad Al Jawad a.s
Anak ketujuh: Ali Al Hadi a.s
Anak kelapan:Hassan Al-Askari a.s
Anak kesembilan: Muhammad ibn Hassan Al-Askari a.s
 
Ingat kembali hadis yang mengatakan  Imam Muhammad bin Hassan (a.s) adalah yang terbaik di kalangan mereka (a.s): “Wahai Rasulullah, adakah Mahdi lebih baik atau ayahnya? Nabi (sawas) berkata: Bapanya adalah lebih baik darinya.”  Jadi, sekiranya Mahdi bukan lebih baik dari bapanya, dan Imam Hassan Al Askari bukan lebih baik dari anak kesembilan Imam Hussein (a.s).
 
Sekarang nyata pada kita bahawa Mahdi yang dimaksudkan adalah Ahmad iaitu yang disebutkan oleh Nabi (sawas) ketika memberitahu Salman bahawa dia bukanlah lebih baik dari bapanya Imam Muhammad bin Hassan (a.s). Kesimpulannya, Hadis pertama tadi bukanlah ditujukan kepada Imam Muhammad bin Al Hassan (a.s) kerana dia adalah yang terbaik di kalangan mereka (a.s), tetapi yang dimaksudkan adalah AHMAD iaitu MAHDI PERTAMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *