Hadis 40: Meninggal Tanpa Anak

Ali ibn Abi Hamza al Bataini berkata kepada Imam Reza AS: "Kami telah meriwayatkan bahawa Imam tidak akan meninggal sehinggalah beliau melihat keturunannya." Abul Hassan AS bersabda: "Adakah kamu meriwayatkan hadis selain ini?" Beliau menjawab: "Tidak." Kemudian bersabda: "Ya demi Allah, kamu meriwayatkannya, kecuali Al Qaim dan kamu tidak tahu apa maknanya dan kepada siapa ia ditujukan." Jadi Ali Ibn Hamzah berkata: "Ya demi Allah, ini ada dalam hadis." Jadi Abul Hassan AS bersabda: "Wailaka, bagaimana kamu boleh pasti akan sesuatu yang kamu tinggalkan sesetengah darinya?.. Takutlah Allah wahai Syeikh dan jangan menjadi sebahagian dari mereka yang mengelak dari agama Allah."
 
وروى بسنده عن اسماعيل بن سهل عن بعض أصحابنا حديثاً طويلاً عرض فيه النقاش الدائر بين البطائني والامام الرضا (ع) حول إمامته. وجاء في آخره: أن البطائني قال: «إنا روينا أن الامام لا يمضي حتى يرى عقبه. فقال أبو الحسن (ع): أما رويتم في هذا الحديث غير هذا. قال: لا. قال (ع): بلى واللّه لقد رويتم إلا القائم، وأنتم لا تدرون ما معناه، ولمَ قيل. قال له علي: بلى واللّه إن هذا لفي الحديث. قال له ابو الحسن (ع): ويلك كيف اجترأت على شيء تدع بعضه. ثم قال: يا شيخ إتق اللّه، ولا تكن من الصادين عن دين اللّه تعالى»
 
 
Ambil perhatian pada bahagian ini: "kecuali Al Qaim dan kamu tidak tahu apa maknanya dan kepada siapa ia ditujukan"    
 
Ali ibn Abi Hamza al Bataini adalah seorang muhaddis terkenal yang meriwayatkan dari Ahlulbait AS, jadi bagaimana mungkin beliau tidak mengetahui "Al Qaim" yang disebutkan ini adalah Imam Muhammad al Mahdi AS? 
 
Jelas Al Qaim yang meninggal tanpa anak ini bukan Imam Mahdi AS, tetapi adalah Mahdi terakhir yang mana riwayat menyatakan Al Hussan AS akan dikembalikan untuk memandikannya.
 
عن الحسن بن علي الخزاز قال دخل علي بن أبي حمزة على أبي الحسن الرضا عليه السلام فقال له أنت إمام قال نعم قال فإني سمعت جدك جعفر بن محمد يقول لا يكون الإمام إلا و له عقب فقال له أ نسيت يا شيخ أم تناسيت ليس هكذا قال جعفر إنما قال لا يكون الإمام إلا و له ولد إلا الإمام الذي يخرج عليه الحسين بن علي فإنه لا عقب له قال صدقت جعلني الله فداك هكذا سمعت جدك يقول
 
 
Dari Al Hassan Bin Ali Al Khazaz, Ali Ibn Abi Hamza berkata kepada Al Ridha AS: "Adakah kamu seorang Imam?" Beliau AS menjawab: "ya". Ibn Abi Hamzah berkata: "Aku mendengar datuk mu Jaafar Bin Muhammad AS bersabda: "Tidak akan ada Imam melainkan beliau mempunyai keturunan." Jadi beliau AS bersabda: "Adakah kamu lupa ya Sheikh? atau kamu cuba melupakannya? Ini bukan yang disebut oleh Jaafar AS, malah beliau AS bersabda: "Tidak akan ada Imam melainkan mempunyai keturunan, kecuali Imam yang Al Hussain Bin Ali AS keluar untuknya, beliau tidak mempunyai keturunan." Ibn Abi Hamzah berkata: "Kamu telah berkata benar, semoga aku menjadi tebusan mu, inilah yang didengar dari datuk mu."
 
Ghaiba alTusi, p.224, Hadith.188

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *