Hadis 34: Anak Pemilik Wasiat

 

 Panji Hijau dari Mesir dan Lelaki syam mendekati anak Pemilik Wasiat

 

 

عن أبي الحسن عليه السلام قال كأني برايات من مصر مقبلات خضر مصبغات حتى تأتي الشامات فتهدى إلى ابن صاحب الوصيات

 

كشف الغمة – ابن أبي الفتح الإربلي – ج ٣ – الصفحة ٢٥٩

 

الإرشاد – الشيخ المفيد – ج ٢ – الصفحة ٣٧٦

 

shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83…9%81%D8%AD%D8%A9_369

 

 

الصراط المستقيم – علي بن يونس العاملي – ج ٢ – الصفحة ٢٥٠

 

وأسند إلى أبي الحسن عليه السلام: كأني برايات من مصر مقبلات خضر مصبغات حتى تأتي الشامات، فتهدي إلى ابن صاحب الوصيات.

 

shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83…9%81%D8%AD%D8%A9_284

 

 

Al Fadhil bin Shat’an, daripada Mumar bin Khalad, daripada Abi Al Hassan (a.s) telah berkata: “Seolah-olah aku sedang melihat panji-panji berwarna hijau yang datang dari Mesir, sehinggalah kemudiannya akan keluar lelaki dari Shams, yang semakin mendekati anak si Pemilik wasiat.” [Irshad, jilid 2, ms 376]

 

 

Soalan pertama yang patut kita tanyakan selepas membaca hadis ini adalah, siapakah pemilik wasiat? Kita akan membaca hadis berikut terlebih dahulu untuk memahaminya mengikut Ahlulbait AS.

 

 

Dari Darast bin Abi Mansur, beliau bertanya kepada Aba al Hassan AS: "Adakah Rasulullah SAW mahjuj(digunakan sebagai bukti) oleh Abi Thalib?" Jadi beliau AS menjawab: "Tidak, namun beliau adalah penjaga wasiat, maka beliau menyerahkan pada baginda SAW." Beliau bertanya: "Jadi beliau menyerahkan wasiat kepada baginda dan dengannya baginda adalah hujjah dari Abu Thalib AS." Jadi beliau AS menjawab: "Jika baginda adalah hujah dari Abu Thalib, maka beliau tidak akan menyerahkan wasiat kepadaNya." Jadi aku bertanya: "Jadi bagimana pula isu Abu Thalib?" Beliau menjawab: "Beliau menerima Nabi dan apa yang datang bersamanya dan menurunkan wasiat kepada beliau dan mati di harinya."

 

Rujukan: Al Kafi, Jilid 1, halaman 445

 

Nabi SAW adalah penjaga wasiat dan merupakan seorang Imam utusan Allah SWT yang mewarisi wasiat dari para Nabi dan Rasul sebelumnya.

 

Dari Amirul Mukminin AS bersabda: "Rasululllah SAW mengajarkan aku 1000 pintu halal dan haram dan apa yang terjadi sebelum dan apa yang akan datang sehinggalah hari penghakiman. Setiap hari baginda membuka 1000 pintu, dan ia adalah 1000 pada 1000 pintu sehingga aku mengetahui manaya dan balaya, dan wasiat serta Fasil Al Khitab."

 

Rujukan: Basaer Al Darajat hal.325

 

Jadi Imam Ali AS diajarkan tentang wasiat Nabi SAW. Lihat pula riwayat berikutnya:

 

Di dalam surat terkini Amirul Mukminin kepada Muawiyah:

 

"Adakah kamu mahukan selain dari Allah untuk menjadi Tuhan mu wahai Muawiyah? Atau kamu mahu berhakim dengan peraturan baru atau dengan mustahfiz yang lain dari kalangan kami sebagai Imam? Imamah adalah untuk Ibrahim dan keturunannya, dan kaum mukmin adalah pengikut mereka.."

 

Rujukan: Misbaah Al Balaagha Mustadrak Nahj Al Balagha Mirjahani v.4 hal.68, Bihar Al Anwar v.33 hal.138

 

Imam Ali AS dengan jelas menyebutkan seorang Imam sebagai mustahfiz(pemelihara) dan kaum mukmin adalah pengikut Imam-imam ini.

 

Amirul Mukminin AS bersabda: "Aku telah diberikan enam. Ilmu Manaya dan Al Balaya, wasiat dan penghakiman yang waras dalam kata-kata. Dan aku adalah umat antara umat dan aku adalah orang bersama tongkat.. Dan dhabbah yang bercakap dengan manusia."

 

Rujukan: Kafi v.1 hal.197 -198

 

Imam Ali AS mengetahui ilmu tentang wasiat kerana beliau adalah pemelihara wasiat. Setiap Imam adalah pemelihara wasiat dan sebagai contoh Imam Zainal Abidin AS juga disebut sebegitu.

 

"Wasi kepada para wasi dan orang yang menyimpan wasiat Nabi"

 

Rujukan: Bihar Al Anwar v.46 hal.4

 

 Jadi para Imam mempunyai ilmu tentang wasiat dan mereka adalah mustahfizun(para pemulihara)  wasiat. Inilah sebabnya Imam Al Mahdi AS disebut oleh Rasulullah SAW sebagai pemulihara keluarga Muhammad SAW.

 

فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه محمد المستحفظ

 

"Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam".

 

Rujukan: Hadis Wasiat Nabi SAW. Ghaibah at Tusi, halaman 150

 

Jadi Imam Mahdi AS disebut dengan gelaran ini, pemulihara, mustahfiz, bermakna beliau adalah pemilik wasiat seperti yang telah kami buktikan bahawa para Imam adalah pemulihara wasiat.

 

Jadi sekarang, persoalannya, siapakah anak pemilik wasiat yang disebutkan dalam hadis berikut?

 

Al Fadhil bin Shat’an, daripada Mumar bin Khalad, daripada Abi Al Hassan (a.s) telah berkata: “Seolah-olah aku sedang melihat panji-panji berwarna hijau yang datang dari Mesir, sehinggalah kemudiannya akan keluar lelaki dari Shams, yang semakin mendekati anak si Pemilik wasiat.” [Irshad, jilid 2, ms 376]

 

 

Pemilik wasiat adalah Imam Muhammad al Mahdi AS, maka tidak dapat tidak, anaknya adalah Ahmad, Mahdi Pertama yang disebutkan dalam wasiat Nabi SAW.

 

Umum mengetahui apabila Sufyani muncul, tenteranya akan dihantar ke Iraq. Dan Ahmad, lelaki dari timur ini berada di Iraq. Wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *