Post FB Sayed Ahmad AS: Kesahihan Teori Evolusi

Nota: Bukan terjemahan rasmi, beberapa perkataan mungkin ditambah oleh penterjemah bagi menyesuaikan dengan bahasa Melayu.
 

evolution

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah Rabbil Alamin

Salam dan rahmat Allah ke atas kalian

Saya memohon kepada Allah agar anda berada dalam keadaan baik dan kesihatan yang baik.


 

Setelah saya menerangkan secara ringkas bahawa alam ini mendatar dan ia mempunyai permulaan, setelahnya ia berkembang dan berterusan berkembang menurut data saintifik yang tepat, sekarang saya mahu menerangkan secara ringkas tentang kesahihan teori evolusi. Selepas kenyataan ini, kita akan melihat nilai pendapat ulama dan kejahilan yang dibawa mereka, di mana mereka berangan bahawa ia(pendapat mereka) adalah bukti yang menafikan teori evolusi. Namun sehingga ke hari ini, mereka tidak mampu memahaminya, apatah lagi untuk menyebut sebarang penghujahan yang baik terhadap teori saintifik yang menjadi asas dalam Sains Moden dan diajarkan di sekolah dan universiti berprestij di serata dunia, dan dianggap sebagai satu-satunya penerangan saintifik untuk evolusi kehidupan dan kepelbagaiannya di planet bumi.


 

Di laman ini, saya akan menyebutkan beberapa bukti genetik untuk kesahihan teori evolusi setelah saya menyatakan bahawa evolusi tidak dapat dielakkan dan kepelbagaian bentuk kehidupan, setelah syarat evolusi dan kepelbagaian telah tersedia. Sesiapa yang mahu pembuktian yang lebih lanjut, bolehlah membaca Delusi Atheist.


 

PEMBUKTIAN EVOLUSI


 

KOMBINASI KEPELBAGAIAN, PEMILIHAN SEMULAJADI DAN PEWARISAN SEMESTINYA MENGHASILKAN EVOLUSI


 

Ini dapat diringkaskan dengan contoh-contoh berikut:

 

Contoh: Orang Eropah asalnya mempunyai kulit gelap, namun kita dapati hari ini mereka mempunyai kulit yang putih dengan berbagai peringkat tona. Sebagai contoh, orang Eropah selatan lebih gelap dari Eropah utara. Ini disebabkan oleh alam semulajadi yang membuat pilihan terhadap bangsa, dan sebab pemihan alam terhadap kulit putih adalah kerana disebabkan oleh Vitamin D, yang memerlukan cahaya matahari menembusi kulit untuk ia terbentuk, sementara kulit gelap menghalang atau mengurangkan penembusan cahaya matahari. Di eropah, di mana cahaya mataharinya adalah kurang, orang yang mempunyai kulit gelap akan terdedah kepada risiko kekurangan Vitamin D, yang membahayakan nyawa dan pembiakan. Dalam keadaan ini, yang terkuat akan terus hidup. Oleh kerana perbezaan warna kulit tidak dapat dielakkan kewujudannya, kulit yang cerah dipilih kerana ia membolehkan orang yang mempunyainya untuk terus hidup dalam persekitaran yang kurang cahaya matahari. Maka terjadilah proses penapisan yang tidak dapat dielakkan berterusan, generasi demi generasi sehingga kulit mencapai mencapai warna yang sesuai untuk persekitaran. Begitu juga keadaannya untuk hidung, ketinggian dan ciri-ciri yang lain.


 

Contoh: Bertukarnya warna rama-rama dari putih kepada hitam akibat Revolusi Perindustrian. Rama-rama mengambil manfaat dari warna putih, kerana kulit kayu berwarna cerah akan menyembunyikan mereka dari dilihat oleh burung. Apabila revolusi perindustrian terjadi di Eropah, kulit kayu menjadi hitam di beberapa kawasan perindustrian akibat pencemaran arang, mengakibatkan rama-rama putih terdedah kepada burung, sementara rama-rama yang membawa mutasi memberikan mereka warna hitam akan terlindung dan mereka terselamat. Jadi warna rama-rama berubah dalam masa yang singkat kerana kitaran hidup mereka yang singkat dan mereka tidak memerlukan jutaan tahun untuk evolusi biologi terjadi. Sebuah tempoh yang pendek adalah mencukupi untuk beberapa ratus dan ribuan generasi berlalu dan terjadinya evolusi.

 

Contoh: Nenek moyang zirafah mempunyai kepanjangan leher yang berbeza, sesetengahnya lebih panjang dari sesetengah yang lain. Jika kita andaikan mereka wujud dalam persekitaran makanan yang lebih sesuai dengan zirafah yang berleher panjang dari yang berleher pendek, maka alam akan memilih zirafah yang lebih sesuai dengan persekitaran tersebut. Jadi zirafah yang berleher pendek akan samada kebuluran atau tidak dapat membiak akibat kekurangan makanan atau tidak dapat memberi makanan pada anak mereka. Maka, bilangan zirafah yang berleher pendek akan berkurangan dalam persekitaran tersebut dan mungkin pupus, sementara zirafah berleher panjang akan terus hidup dan membiak dengan baik. Maka, zirafah berleher panjang akan bertambah bilangan mereka dan mereka akan mewariskan ciri-ciri genetik kepada anak mereka, seterusnya peta genetik zirafah akan dibersihkan dari mempunyai zirafah berleher pendek, satu generasi demi generasi.


 

Perkara ini terbukti dengan sendirinya dan sekarang, kesahihannya terbukti melalui genetik, seperti mana membuktikan bumi mengorbit matahari melalui imej. Bagaimanapun, ramai orang menafikannya kerana ia bercanggahan dengan teks keagamaan.


 

Contoh: Pemangsa seperti serigala mempunyai perbezaan dalam segalanya, seperti kehidupan yang lain. Jadi jika serigala hidup dalam persekitaran di mana mangsanya bergerak laju maka serigala yang perlahan, berkaki pendek tidak akan mewariskan sifat mereka kepada keturunan selepas mereka. Setelah masa berlalu, serigala yang berkaki panjang akan terbentuk melalui pemilihan alam di dalam persekitaran tersebut.  Di dalam persekitaran bersalji, hanya serigala putih akan kekal kerana serigala gelap akan di lihat oleh mangsa mereka. Oleh kerana mereka tidak dapat memburu, mereka akan kebuluran. Maka perlahan-lahan, bulu serigala akan menjadi putih, dan perkara yang sama mungkin berlaku kepada mangsa mereka. Contohnya, bulu arnab akan menjadi putih untuk membantu penyamaran; beruang kutub juga mungkin tidak boleh mendapat makanannya jika tidak kerana warna putih yang sangat membantu penyamaran, agar mangsa tidak dapat melihat mereka sehinggalah apabila sudah terlambat. Warna putih tidak diperolehi dalam masa semalaman, tetapi melalui proses evolusi, seperti rama-rama revolusi perindustrian. Keduanya berlaku apabila mutasi genetik memberikan pilihan yang sesuai untuk keberterusan hidup, pertambahan dan pembentukan satu sifat dengan membuang sifat yang lain. Bagaimanapun, masa yang diambil untuk beruang kutub berevolusi dari beruang perang adalah hampir 150,000 tahun, lebih dari masa yang diperlukan oleh rama-rama revolusi perindustrian.


 

Contoh lain: Hari ini, kita semua mengatakan dengan kemajuan dalam bidang pembinaan, teknologi dan perubatan, masalah kesihatan kita telah bertambah, begitu juga dengan penyakit dan komplikasinya. Kesemua kita, malah mungkin sesetengah doktor, tertanya-tanya apakah sebabnya, namun satu perkara jelas, ianya adalah dengan kemajuan kita, kita telah menghapuskan satu faktor dari formula evolusi spesis fizikal kita, faktor pemilihan alam.


 

Untuk penjelasan lanjut, kita ambil contoh penyakit keturunan seperti diabetis. Kewujudan perkhidmatan kesihatan (doktor+ makmal+ pakar+ ahli farmasi+ ubat dll.) telah memanjangkan umur pesakit diabetis sehingga mereka dewasa, mempunyai anak dan mewariskan gene mereka kepada keturunan mereka. Ini telah menyebabkan pertambahan bilangan orang yang membawa gene ini di kalangan kita. Jadi, dengan kemajuan kita, kita telah menghapuskan faktor pemilihan alam. Jika kita tidak meletakkan “perkhidmatan kesihatan” di dalam formula ini, pemilihan alam akan terjadi dan ramai pesakit akan mati sebelum dewasa dan mampu mempunyai anak. Semakin lama, bilangan orang yang membawa gene ini akan berkurangan.


 

Sebagai tambahan, kerana kewujudan rumah yang selamat, ramai orang tidak dapat membina ketahanan terhadap masalah hidup di persekitaran alami(semulajadi) seperti kuman dan gigitan serangga.

Terdapat sebuah kajian tentang penghapusan secara biologi terhadap hidupan asli di sesebuah benua kerana kuman-kuman dari haiwan domestik yang dibawa oleh penduduk baru ke benua-benua ini. Orang Eropah telah biasa tinggal dan mempunyai ketahanan terhadap kuman ini, penduduk asal benua pula tidak mampu mempetahankan diri dari mereka, menyebabkan pengstrukturan mereka melalui sistem evolusi.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *