Al Mutashabihat Soalan 1: Bagaimana Mengenal Allah Dengan Allah

Pertanyaan 1: Bagaimana kita mengenal Allah dengan Allah? 1

Ia bererti mengenal Allah SWT dengan Allah pada makhluk, iaitu Imam Al-Mahdi AS. Beliau AS adalah manifestasi [tajalli] dan penampilan [dzuhur] Allah pada makhluk, bermakna manifestasi dan penampilan Kota Kesempurnaan Ilahi pada makhluk.

Dalam erti kata lain, manifestasi dan penampilan nama-nama Allah Yang Maha Suci pada makhluk, kerana dia AS adalah wajah Allah SWT yang dengannya Dia SWT memandang ciptaanNya. Oleh itu, sesiapa yang ingin mengenal Allah SWT mesti mengenali Imam Al-Mahdi AS.2

————————-


1 Pertanyaan ini seperti berkaitan dengan kata-kata Imam Ali: "Kenali Allah dengan Allah, dan Rasul dengan Risalahnya, dan Ulil Amri dengan pelaksanaan kebaikan, keadilan, dan ihsan…" Al-Kafi, Jilid 1 halaman 85; Tauhid oleh Sheikh Saduq, halaman 285-286.
2 Hal ini telah disebutkan dalam hadis-hadis dari Ahlulbait AS.  Diriwayatkan dalam Al-Ziyarah Al-Jami‘ah, "… Sesiapa yang menginginkan Allah bermula dengan kalian [Ahlul Bait]; melalui kalian Allah mendedahkan para pendusta, dan melalui kalian Allah menolak kurun kezaliman." Buraid Al-Ajali  berkata: Aku mendengar  Imam Abu Jaafar AS berkata, "Menerusi kami Allah disembah, dan menerusi kami Allah dikenali, dan menerusi kami Allah SWT diEsakan, dan Muhammad adalah hijab Allah SWT." Al-Kafi, Jilid 1 halaman 145.

Hadis 44: Apabila Sufyani Muncul Mahdi Akan Menghilang

حديث حذلم أبن بشير مع الإمام زين العابدين (ع) عن المهدي (ع) فقال الإمام (ع) – ثم يخرج السفياني الملعون من الوادي اليابس وهو من ولد عتبة بن أبي سفيان فإذا ظهر السفياني أختفى المهدي (ع) ثم يخرج بعد ذلك
المصدر : غيبة الطوسي ص294 / بحار الانوار ج52 ص291 / الحوائج والجوائح للراوندي ص1149 / معجم أحاديث المهدي (ع) ج1 ص50 / منتخب الأنوار المضيئة ص50 .
روى حذلم بن بشير قال: قلت لعلي بن الحسين: صف لي خروج المهدي وعرفني دلائله وعلاماته فقال: يكون قبل خروجه خروج رجل يقال له عوف السلمي بأرض الجزيرة ويكون مأواه تكريت وقتله بمسجد دمشق ثم يكون خروج شعيب بن صالح من سمرقند ثم يخرج السفياني الملعون من الوادي اليابس، وهو من ولد عتبة بن أبي سفيان، فإذا ظهر السفياني اختفى المهدي ثم يخرج بعد ذلك.ـ *معجم احاديث الامام المهديج3 –ص 176- بحار الانوار ج53-ص 213
 
Ali bin Al Hussain AS diminta menceritakan kemunculan Mahdi, perincian dan tandanya, beliau AS bersabda: "Sebelum kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah Auf al Silmy di bumi Al Jazira(Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah di masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Shuaib Ibn Saleh dari Samarqand, dan kemudian Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Wadi Al Yabis dan beliau adalah anak kepada Utbah Bin Abu Sufyan, apabila Sufyani muncul, Mahdi akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu." Bihar al Anwar.
 
Para sahabat bertanya kepada Imam Ali Ibn Hussain AS tentang kemunculan Mahdi dan beliau AS menjawabnya dengan menceritakan alamat-alamat yang mendahului Imam Mahdi AS seperti Sufyani.  
 
Hadis di atas menyatakan bahawa Mahdi akan menghilang semasa waktu kemunculan Sufyani, namun bagaimana mungkin Mahdi menghilang jika Sufyani adalah kemunculan yang dijamin terjadi untuk kemunculan Imam Mahdi?
 
Dan bagaimana mungkin Mahdi "menghilang" sebelum muncul? Sesuatu itu hanya boleh hilang   apabila sudah zahir.
 
وبهذا الاسناد، عن ابن فضال، عن حماد، عن إبراهيم بن عمر، عن عمر بن حنظلة ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: خمس قبل قيام القائم من العلامات: الصيحة والسفياني، والخسف بالبيداء، وخروج اليماني، وقتل النفس الزكية .
 
Dan dari Isnad ini, dari ibn Faddal dari Hammad dari Ibrahim b. `Umar dari `Umar b. Hanthala dari Abu `Abdillah عليه السلام.
 
Beliau bersabda: "Lima tanda akan datang sebelum Al Qaim, Saihah(jeritan), Sufyani, Penenggelaman di Al Baida', kebangkitan Al Yamani dan pembunuhan Nasf al Zakiyyah. (Kitab Ghaibat at Tusi) 

 
 
 
Sufyani adalah tanda sebelum Imam Mahdi AS, jadi bagaimana beliau boleh menghilang sebelum tandanya datang? Adakah ini logik bagi pencari kebenaran yang ikhlas? Adakah ini bermakna Imam Mahdi AS muncul sebelum Sufyani? Namun jika begitu, kita harus mendhaifkan begitu banyak hadis sahih yang mana penetapan waktu kemunculan Imam Mahdi AS oleh Aimmah Ahlulbait AS. Satu-satunya jalan adalah dengan menganggap Mahdi di dalam hadis ini bukan Imam Mahdi AS. 
 
Adakah ini bertentangan dengan doktrin Ahlulbait AS? Tidak, ini kerana terdapat banyak hadis yang menyebutkan tentang 12 Mahdi, dan di dalam wasiat Nabi SAW menyebutkan bahawa Mahdi Pertama sebagai orang yang pertama beriman, yakni sekaligus muncul sebelum kezuhuran Imam Mahdi AS seperti yang telah kita bincangkan dalam banyak hadis-hadis sebelum ini.
 
 اول المهديين له ثلاثة اسامي اسم كأسمي واسم أبى وهو عبد الله وأحمد والاسم الثالث المهدى وهو اول المؤمنين
 
"… Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama…"

 
Maka tidak dapat tidak, solusi kepada hadis ini hanyalah dengan mengambil Mahdi Pertama sebagai Mahdi yang mendahului Sufyani, yang sempurna sebagai pemberi petunjuk ke jalan kebenaran, panji petunjuk, menyeru kepada umpunya kita, Imam Mahdi AS. Panji ini juga disebutkan sebagai milik Al Yamani, sebuah lagi panji yang muncul sebelum Imam Mahdi AS, menyeru kepada beliau AS. Jadi, jika kita memisahkan Yamani dari Ahmad, maka akan terjadi permasalahan yang serius dan kekeliruan antara keduanya, kerana kita menyebut Yamani namun kita tidak mengetahui namanya, namun kita tahu beliau akan muncul sebelum Sufyani.
 


عنه، عن ابن فضال، عن ابن بكير، عن محمد بن مسلم قال: يخرج قبل السفياني مصري ويماني . 

 
Imam Sadiq a.s telah berkata:”Sebelum muncul Sufyani adalah orang-orang Mesir dan Al Yamani”. Bihar Al Anwar v.52 p.210

 
Apabila kita menyebut "Ahmad" maka kita mengetahui beliau adalah yang pertama beriman, yang paling awal dari kalangan 313, Mahdi Pertama yang disebutkan dalam wasiat Nabi SAW, dan maksum, menunjuk ke jalan kebenaran dan tidak menyesatkan orang. Ini adalah pencirian yang sama dengan panji Al Yamani. 
 
Hanya ada satu sahaja panji pemberi petunjuk untuk setiap zaman, dan hanya panji Al Yamani sahaja panji pemberi petunjuk yang disebutkan oleh Ahlulbait AS, muncul sebelum Imam Mahdi AS. Sudah tentu Ahlulbait AS tidak mahu mengelirukan kita dengan kewujudan lebih dari satu panji mereka sebelum kezuhuran Imam Mahdi AS, seperti sekumpulan pergi kepada Yamani dan sekumpulan lagi kepada Ahmad. Jika kita memadankan Ahmad sebagai Yamani, kita akan sedar bahawa beliau adalah seorang lelaki yang menyeru kepada empunya kita dan menunjukkan ke jalan lurus sebelum Imam Mahdi AS, dan ini adalah satu-satunya solusi untuk Mahdi yang menghilang sebelum kemunculan Sufyani.

Hadis 43: Bapanya Lebih Baik Darinya

كلمة النبي صلى الله عليه وآله عن أوصيائه الاثني عشر سليم، قال: سمعت سلمان يقول: قلت: يا رسول الله، إن الله لم يبعث نبيا قبلك إلا وله وصي، فمن وصيك يا نبي الله؟ قال: يا سلمان، إنه ما أتاني من الله فيه شئ.
فمكث غير كثير، ثم قال لي: يا سلمان، إنه قد أتاني من الله في الأمر الذي سألتني عنه. إني أشهدك يا سلمان إن علي بن أبي طالب وصيي وأخي ووارثي ووزيري وخليفتي في أهلي وولي كل مؤمن من بعدي، يبرئ ذمتي ويقضي ديني ويقاتل على سنتي.
يا سلمان، إن الله اطلع على الأرض اطلاعة فاختارني منهم. ثم اطلع ثانية فاختار منهم عليا أخي، وأمرني فزوجته سيدة نساء أهل الجنة. ثم اطلع ثالثة فاختار فاطمة والأوصياء: ابني حسنا وحسينا وبقيتهم من ولد الحسين.
هم مع القرآن والقرآن معهم، لا يفارقهم ولا يفارقونه كهاتين – وجمع بين إصبعيه المسبحتين – حتى يردوا علي الحوض واحدا بعد واحد، شهداء الله على خلقه وحجته في أرضه. من أطاعهم أطاع الله ومن عصاهم عصى الله، كلهم هاد مهدي.
ونزلت هذه الآية في وفي أخي علي وفي ابنتي فاطمة وفي ابني والأوصياء واحدا بعد واحد، ولدي وولد أخي: (إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا). (1) أتدرون ما (الرجس) يا سلمان؟ قلت: لا. قال: الشك،
لا يشكون في شئ جاء من عند الله أبدا، مطهرون في ولادتنا وطينتنا إلى آدم، مطهرون معصومون من كل سوء.
إخباره صلى الله عليه وآله عن المهدي عليه السلام ثم ضرب بيده على الحسين عليه السلام فقال: يا سلمان، مهدي أمتي الذي يملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا وظلما من ولد هذا. إمام بن إمام، عالم بن عالم، وصي بن وصي، أبوه الذي يليه إمام وصي عالم.
قال: قلت: يا نبي الله، المهدي أفضل أم أبوه؟ قال: أبوه أفضل منه. للأول مثل أجورهم كلهم لأن الله هداهم به.
shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83…9%81%D8%AD%D8%A9_419

 
Nabi (sawas) telah bersabda: “dan dia (sawas) meletakkan tangannya ke atas Hussein dan berkata: Wahai Salman! Mahdi umatku yang akan menyebarkan keadilan dan ketenangan ke seluruh pelusuh dunia selepas ianya dipenuhi dengan penindasan dan ketidakadilan adalah daripada ANAK ini. Imam selepas Imam, alim anak kepada alim, wasi anak kepada wasi, bapanya yang datang selepasnya adalah seorang Imam wasi."  Wahai Rasulullah, adakah Mahdi lebih baik atau ayahnya? Nabi (sawas) berkata: "Bapanya adalah lebih baik darinya. Yang pertama yang mendahului mendapat segala ganjarannya kerana Allah swt memberi petunjuk kepada mereka melalui dia.” [Kitab Sulaim Ibnu Qais, ms 429]
 
Bagaimana seorang bapa boleh datang kemudian dari anaknya? Riwayat ini hanya logik jika sang bapa berada dalam keghaiban, dan anaknya muncul terlebih dahulu untuk mempersiapkan umat demi kemunculan bapanya.

Selain itu, hadis ini juga memberitahu kita bahawa yang akan menyebarkan keadilan dan ketenangan diseluruh pelusuk bumi adalah Mahdi Pertama, kerana bapanya adalah lebih baik daripada anaknya. Ini mengingatkan kita bahawa Imam Muhammad bin Hassan (a.s) adalah lebih baik daripada Ahmad iaitu si anak. Dan bila Salman bertanya, “adakah Mahdi lebih baik atau bapanya,” nabi (sawas) mengingatkannya dengan berkata bapanya adalah Imam, wasi dan alim iaitu Imam Imam Muhammad bin Hassan (a.s). Mahdi di sini tidak mungkin Imam Muhammad bin Hassan (a.s) kerana Mahdi tidak akan jadi lebih baik daripada bapanya. Di sini kami akan tunjukkan mengapa:
 

Imam Mahdi adalah yang terbaik dari kalangan anak Imam Hussein(as)
 
Daripada Abu Abdullah (Imam Jaafar a.s), daripada bapa-bapanya, telah berkata: Nabi Allah bersabda: “dan DIA telah memilih dariku Ali, Hassan dan Hussein, dan penyempurnaan 12 Imam dari anak-anak Hussein, yang kesembilan dari kalangan mereka adalah dalaman (mereka), dan dia adalah luaran (mereka), dia adalah yang terbaik di kalangan mereka, dan dia adalah Qaim[Ghaybah Al Nu’mani, ms.73]
 
Di dalam hadis ini memberitahu kita dengan jelas bahawa anak kesembilan Imam Hussein (a.s) adalah Imam Muhammad bin Hassan (a.s). Anak-anak Imam Hussein bin Ali (a.s):
 
Anak pertama: Ali ibn Hussein a.s
Anak kedua: Mohammad Al-Baqer a.s
Anak ketiga: Jaafer Al-Saadiq a.s
Anak keempat: Mosa Al-Kathem a.s
Anak kelima: Ali Al Ritha a.s
Anak keenam: Muhammad Al Jawad a.s
Anak ketujuh: Ali Al Hadi a.s
Anak kelapan:Hassan Al-Askari a.s
Anak kesembilan: Muhammad ibn Hassan Al-Askari a.s
 
Ingat kembali hadis yang mengatakan  Imam Muhammad bin Hassan (a.s) adalah yang terbaik di kalangan mereka (a.s): “Wahai Rasulullah, adakah Mahdi lebih baik atau ayahnya? Nabi (sawas) berkata: Bapanya adalah lebih baik darinya.”  Jadi, sekiranya Mahdi bukan lebih baik dari bapanya, dan Imam Hassan Al Askari bukan lebih baik dari anak kesembilan Imam Hussein (a.s).
 
Sekarang nyata pada kita bahawa Mahdi yang dimaksudkan adalah Ahmad iaitu yang disebutkan oleh Nabi (sawas) ketika memberitahu Salman bahawa dia bukanlah lebih baik dari bapanya Imam Muhammad bin Hassan (a.s). Kesimpulannya, Hadis pertama tadi bukanlah ditujukan kepada Imam Muhammad bin Al Hassan (a.s) kerana dia adalah yang terbaik di kalangan mereka (a.s), tetapi yang dimaksudkan adalah AHMAD iaitu MAHDI PERTAMA.

Hadis 42: Yang Kesepuluh Dari Anak Kedua

Al Asbagh Ibn Nubata berkata: Aku bertanya kepada Amirul Mukminin AS: Tentang yang dinantikan dari Aali Muhammad SAW, jadi beliau bersabda: "Beliau adalah yang kesepuluh dari anak yang kedua, beliau akan menyebarkan keadilan di muka bumi setelah ia dipenuhi kezalimam. Beliau akan mempunyai Ghaibah yang panjang, dan dipanjangkan kepada mereka yang menanti." Aku berkata: "Adakah kami akan berjumpa dengan beliau?" "Beliau akan berjumpa dengan sesiapa yang diinginkan Allah dan Allah akan membalas padanya. Dan apa sahaja Allah inginkan untuk hambanya, tidak dapat tidak akan dikembalikan. Tiada yang akan kafir kecuali pelaku kejahatan."
 
AlMajdi In Ansab AlTalibeen p.133-134
 
العاشر من ولد الثاني يملا الارض عدلا بعد أن ملئت جورا "، يكون له غيبة طويلة تطول على المنتظرين، قلت: فنذركه ؟ قال يدركه من يشأ الله ويرد له الله، من يشأ الله من عباده رجعة محتومة لا يكفر بها الا شقي) ورد في كتاب المجدي في انساب الطالبيين ص134

Hadis 40: Meninggal Tanpa Anak

Ali ibn Abi Hamza al Bataini berkata kepada Imam Reza AS: "Kami telah meriwayatkan bahawa Imam tidak akan meninggal sehinggalah beliau melihat keturunannya." Abul Hassan AS bersabda: "Adakah kamu meriwayatkan hadis selain ini?" Beliau menjawab: "Tidak." Kemudian bersabda: "Ya demi Allah, kamu meriwayatkannya, kecuali Al Qaim dan kamu tidak tahu apa maknanya dan kepada siapa ia ditujukan." Jadi Ali Ibn Hamzah berkata: "Ya demi Allah, ini ada dalam hadis." Jadi Abul Hassan AS bersabda: "Wailaka, bagaimana kamu boleh pasti akan sesuatu yang kamu tinggalkan sesetengah darinya?.. Takutlah Allah wahai Syeikh dan jangan menjadi sebahagian dari mereka yang mengelak dari agama Allah."
 
وروى بسنده عن اسماعيل بن سهل عن بعض أصحابنا حديثاً طويلاً عرض فيه النقاش الدائر بين البطائني والامام الرضا (ع) حول إمامته. وجاء في آخره: أن البطائني قال: «إنا روينا أن الامام لا يمضي حتى يرى عقبه. فقال أبو الحسن (ع): أما رويتم في هذا الحديث غير هذا. قال: لا. قال (ع): بلى واللّه لقد رويتم إلا القائم، وأنتم لا تدرون ما معناه، ولمَ قيل. قال له علي: بلى واللّه إن هذا لفي الحديث. قال له ابو الحسن (ع): ويلك كيف اجترأت على شيء تدع بعضه. ثم قال: يا شيخ إتق اللّه، ولا تكن من الصادين عن دين اللّه تعالى»
 
 
Ambil perhatian pada bahagian ini: "kecuali Al Qaim dan kamu tidak tahu apa maknanya dan kepada siapa ia ditujukan"    
 
Ali ibn Abi Hamza al Bataini adalah seorang muhaddis terkenal yang meriwayatkan dari Ahlulbait AS, jadi bagaimana mungkin beliau tidak mengetahui "Al Qaim" yang disebutkan ini adalah Imam Muhammad al Mahdi AS? 
 
Jelas Al Qaim yang meninggal tanpa anak ini bukan Imam Mahdi AS, tetapi adalah Mahdi terakhir yang mana riwayat menyatakan Al Hussan AS akan dikembalikan untuk memandikannya.
 
عن الحسن بن علي الخزاز قال دخل علي بن أبي حمزة على أبي الحسن الرضا عليه السلام فقال له أنت إمام قال نعم قال فإني سمعت جدك جعفر بن محمد يقول لا يكون الإمام إلا و له عقب فقال له أ نسيت يا شيخ أم تناسيت ليس هكذا قال جعفر إنما قال لا يكون الإمام إلا و له ولد إلا الإمام الذي يخرج عليه الحسين بن علي فإنه لا عقب له قال صدقت جعلني الله فداك هكذا سمعت جدك يقول
 
 
Dari Al Hassan Bin Ali Al Khazaz, Ali Ibn Abi Hamza berkata kepada Al Ridha AS: "Adakah kamu seorang Imam?" Beliau AS menjawab: "ya". Ibn Abi Hamzah berkata: "Aku mendengar datuk mu Jaafar Bin Muhammad AS bersabda: "Tidak akan ada Imam melainkan beliau mempunyai keturunan." Jadi beliau AS bersabda: "Adakah kamu lupa ya Sheikh? atau kamu cuba melupakannya? Ini bukan yang disebut oleh Jaafar AS, malah beliau AS bersabda: "Tidak akan ada Imam melainkan mempunyai keturunan, kecuali Imam yang Al Hussain Bin Ali AS keluar untuknya, beliau tidak mempunyai keturunan." Ibn Abi Hamzah berkata: "Kamu telah berkata benar, semoga aku menjadi tebusan mu, inilah yang didengar dari datuk mu."
 
Ghaiba alTusi, p.224, Hadith.188

Hadis 39: anak kepada anak ke 11 ghaib

الله الأشعري، عن محمد بن الحسين بن أبي الخطاب، عن الحسن بن علي بن فضال عن ثعلبة بن ميمون، عن مالك الجهني، عن الأصبغ بن نباتة قال: أتيت أمير المؤمنين عليه السلام فوجدته متفكرا (3) ينكت في الأرض فقلت: يا أمير المؤمنين ما لي أراك متفكرا (4) تنكت في الأرض؟ أرغبة منك فيها؟.
فقال: لا والله ما رغبت فيها ولا في الدنيا يوما قط، ولكن فكرت في مولود يكون من ظهر الحادي عشر من ولدي (5) هو المهدي، الذي يملاها قسطا وعدلا كما ملئت ظلما وجورا، تكون له حيرة وغيبة يضل فيها أقوام ويهتدي فيها آخرون (6).
 
Amirul Mukminin AS bersabda: "Aku terfikir tentang seorang anak dari belakang anak ku yang ke sebelas, beliau adalah Mahdi yang akan menyebarkan keadilan dan kesejahteraan, setelah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Akan ada tentangnya kekeliruan dan keghaiban…" Aku bertanya: "Wahai tuan ku, berapa lamakah kekeliruan dan keghaiban ini?" Beliau AS menjawab: "6 Hari atau 6 bulan atau 6 tahun." Ghaibah at Tusi, halaman 337
 
 
Baik, siapakah anak kepada anak ke sebelas Amirul Mukminin AS?
 
1. Hassan Bin Ali
2. Hussain Bin Ali
3. Ali Bin Hussain
4. Muhammad Bin Ali
5. Jaafar Bin Muhammad
6. Musa Bin Jaafar
7. Ali Bin Musa
8. Muhammad Bin Ali
9. Ali Bin Muhammad
10. Hassan Bin Ali
11. Muhammad bin Hassan
 
Jadi siapakah anak kepada Muhammad Bin Hassan Al Mahdi yang disebutkan dalam wasiat Nabi SAW? Tidak lain dan tidak bukan Ahmad.
 
Point kedua yang harus kita tanggapi adalah tempoh keghaiban beliau. Kerana Imam Mahdi AS sudah ghaib selama 1200 tahun. Jadi siapakah yang disebutkan di atas dengan tempoh keghaiban yang singkat ini? Malah hanya terjadi di beberapa daerah? (Rujuk: Hadis 37: Keghaiban Di Beberapa Daerah)

 

Hadis 38: Memerintah Selama 309 Tahun

 

عن الباقر: والله ليملكن رجل منا أهل البيت الأرض بعد موته ثلاثمائة سنة، ويزداد تسعة، قال: قلت: فمتى ذلك؟ قال: بعد موت القائم

تفسير العياشي: (2/352)، مختصر البصائر: (130)، البحار53/146)، غيبة النعماني231)، غيبة الطوسي: (286)، الاختصاص: (257)، البرهان: (2/465)

 

 

Abu Jaafar AS bersabda: "Al Qaim akan memerintah selama 309 tahun seperti Ashabul Kafi di dalam gua mereka. Beliau akan menyebarkan keadilan dan kemakmuran setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Allah akan membuka untuk beliau timur dan barat dunia dan akan membunuh manusia sehingga tidak tinggal kecuali agama Muhammad, beliau akan mengikuti sunnah Sulaiman bin Daud." Al Kafi, Jil. 1 Halaman 534

 

 

Hadis 37: Keghaiban Di Beberapa Daerah


، عن أبي جعفر محمد بن علي (عليهما السلام) أنه قال:

" يكون لصاحب هذا الأمر غيبة في بعض هذه الشعاب – وأومى بيده إلى ناحية ذي طوى ((2)) – حتى إذا كان قبل خروجه أتى المولى الذي كان معه حتى يلقى بعض أصحابه، فيقول: كم أنتم هاهنا؟

فيقولون: نحو من أربعين رجلا.

فيقول: كيف أنتم لو رأيتم صاحبكم؟

فيقولون: والله لو ناوي بنا الجبال لناويناها معه، ثم يأتيهم من القابلة ويقول:

أشيروا إلى رؤسائكم أو خياركم عشرة، فيشيرون له إليهم فينطلق بهم حتى يلقوا صاحبهم ويعدهم الليلة التي تليها

 

 

Dari Al Baqir a.s: "Akan ada untuk Sahibul Amr sebuah keghaiban di beberapa daerah ini dan kemudian beliau menundingkan jarinya ke  Zu Tiwa sehingga sebelum kemunculannya, maula yang bersama beliau akan sampai dan beliau akan bertemu dengan beberapa orang sahabat." (Ghaibah an Numani)

 

 
Point untuk difikirkan dari hadis di atas: Sebelum kemunculannya, "maula" yang bersama beliau akan sampai. Sudah tentu Maula ini adalah maula yang akan menggantikan beliau AS, yang mengetahui kedudukan dan urusan Imam Mahdi AS. Ini disebut dalam hadis berikut:
 
 
 

Hadis 36: Apabila hilang anak kelima dari anak ketujuh

 

 

 

 

 

 

Disebutkan di dalam kitab Kifayatul Athar oleh Al Khazaz Al Qummi:

 

 

 

قال حدثنا محمد بن الحنفية قال أمير المؤمنين عليه السلام: سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول:

 

وسيكون بعدي فتنة صماء صيلم يسقط فيها كل وليجة وبطانة، وذلك عند فقدان شيعتك الخامس من السابع من ولدك

 

 

 

Daripada Muhammad bin Al Hanafiah telah berkata: Telah berkata Amirul Mukminin as: Aku telah mendengar Rasulullah (sawas) bersabda, di dalam satu hadis yg panjang pada menceritakan kelebihan Ahlulbayt (as): Akan terjadi fitnah bencana mencemaskan yang amat dahsyat selepasku, yang menggugurkan setiap sekutu dan hati, dan yang demikian itu adalah ketikamana syiah kamu kehilangan yang kelima daripada anak kamu yang ketujuh. (kifayatul Athar, ms 158)

 

 

 

Di dalam hadis ini Rasul (sawas) menceritakan kepada Amirul Mukminin (as) berkenaan fitnah yang berlaku ketika kehilangan yang kelima dan anak yang ketujuh daripada anak Amirul Mukminin (as), di mana baginda berkata kepada Ali as: dari anak-anak mu (min wuldika).

 

 

 

Mari kita lihat siapakah anak ini dari kalangan anak keturunan Imam Ali (as):

 

 

 

1. Imam Al Hassan as

2. Imam Al Hussain as

3. Imam As Sajjad as

4. Imam Al Baqir as

5. Imam As Sadiq as

6. Imam Al Kazhim as

7. Imam Al Ridha as (anak yang ketujuh)

 

 

 

Sekarang kita akan ketahui siapakah dia anak yang kelima daripada anak ketujuh Amirul Mukminin (as):

 

 

 

1. Imam Al Jawwad as

2. Imam Al Hadi as

3. Imam Al Askari as

4. Imam Al Mahdi as

5. Imam Ahmad yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (sawas).

 

 

 

 

Oleh itu, yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah Ahmad anak kepada Imam Al Mahdi (as), dia adalah yang kelima daripada anak ketujuh Amirul Mukminin as. Dialah yang dimaksudkan dengan fitnah mencemaskan yang amat dahsyat ketika kehilangannya, atau dengan kata lain ujian yang menggugurkan setiap sekutu dan hati.

 

 

 

 

 

Di dalam kitab Al Kafi oleh Syeikh Al Kulayni disebutkan:

 

 

 

علي بن محمد، عن الحسن بن عيسى بن محمد بن علي بن جعفر، عن أبيه عن جده، عن علي بن جعفر، عن أخيه موسى بن جعفر عليه السلام قال: إذا فقد الخامس من ولد السابع فالله الله في أديانكم لا يزيلكم عنها أحد، يا بني إنه لا بد لصاحب هذا الامر من غيبة حتى يرجع عن هذا الامر من كان يقول به، إنما هو محنة من الله عز وجل امتحن بها خلقه، لو علم آباؤكم وأجدادكم دينا أصح من هذا لاتبعوه قال: فقلت: يا سيدي من الخامس من ولد السابع؟ فقال: يا بني! عقولكم تصغر عن هذا، وأحلامكم تضيق عن حمله، ولكن إن تعيشوا فسوف تدركونه

 

 

 

 

Sesungguhnya Imam Al Kazhim as telah berkata kepada anak-anaknya dan keluarga terdekatnya: "Apabila hilangnya yang kelima daripada anak ketujuh maka Allah Allah pada agama kamu, janganlah seorang pun dari kamu memisahkan diri daripadanya. Wahai anakku, pemilik urusan ini mesti melalui keghaibahan sehinggalah kembali urusan ini kepada orang yang berkata-kata tentangnya! Sesungguhnya ia adalah ujian (mehnah) daripada Allah yang dengannya diuji makhluknya, sekiranya bapa-bapa dan datuk-datuk kamu mengetahui agama yang lebih benar daripada ini, nescaya diikutinya. Berkata perawi: Lalu aku bertanya: Wahai Sayyidi, siapakah yang kelima daripada anak ketujuh. Lalu menjawab: Wahai anakku, akal-akal kamu adalah terlalu kecil bagi memikirkan berkenaan perkara ini, dan kesabaran kamu adalah terlalu sempit untuk menanggungnya, tetapi sekiranya kamu hidup (pada masa itu) maka kamu akan mengetahuinya." (Al Kafi, Jilid 1, ms 336)

 

 

 

 

Imam Al Kazhim as bercerita kepada anak-anak dan keluarga terdekatnya berkenaan pemilik urusan ini iaitu Al Qoim as, serta mengingatkan mereka akan ujian yang bakal berlaku tentang kehilangan anak kelima daripada anak ketujuh. Tetapi hadis ini tidak mengatakan bahawa yang kelima daripada anak ketujuh adalah daripada anak keturunan Amirul Mukminin as, oleh itu, adakah yang dimaksudkan daripada hadis ini adalah Imam Al Mahdi Muhammad bin Al Hassan (as)? 

 

 

 

Oleh itu, hendaklah kita bertanya sekarang berkenaan sesuatu yang menyempitkan akal pemikiran dan kesabaran anak-anak Imam Al Kazhim as dan keluarga terdekatnya?

 

 

 

Mereka bertanya tentang yang kelima daripada anak ketujuh, oleh itu, adakah pengetahuan tentang nama Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan as yang diketahui oleh setiap penguasa dan rakyat jelata, disebutkan namanya dalam banyak riwayat, serta berpuluh-puluh riwayat yang menceritakan hal keghaibannya yang menjadi persoalannya? Adakah ini yang menyempitkan akal fikiran dan kesabaran anak-anak Imam Al Kazhim as serta keluarga terdekatnya untuk menanggungnya??

 

 

 

 

Tiada keraguan lagi bahawa dengan penuh keyakinan kita dapat mengatakan urusan ini adalah terkait dengan individu lain yang Allah simpankan dia untuk menguji manusia dan natijah daripada ujian ini adalah kembalinya mereka yang berkata-kata tentang urusan mereka yakni keluar daripada wilayahnya (as). 

 

 

 

 

 

 

 

Mari kita baca riwayat seterusnya:

 

 

 

في حديث طويل قال فيه بعد أن عدد الأئمة من أهل بيته ثم يغيب عنهم إمامهم ما شاء الله، ويكون له غيبتان إحداهما أطول من الأخرى. ثم التفت إلينا رسول الله صلى الله عليه وآله فقال رافعا صوته: الحذر إذا فقد الخامس من ولد السابع من ولدي، قال علي: فقلت: يا رسول الله فما تكون هذه الغيبة؟ قال: أصبت (الصمت) حتى يأذن الله له بالخروج

 

 

 

Daripada Abdul Rahman bin Abi Layla, telah berkata Ali (as): Aku berada di sisi Nabi (sawas) di dalam rumah Ummu Salamah…sehinggalah kepada sabda Nabi (awas): Kemudian Rasulullah (sawas) berpaling kepada kami lalu berkata dengan suara yang nyaring: Berwaspadalah! apabila hilang yang kelima daripada anak ketujuhku. Lalu Ali (as) berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, maka bagaimanakah berlakunya ghaybah ini? Lalu menjawab: Berdiam diri sehinggalah Allah mengizinkan dia keluar. (Mu'jam Ahadith Al Imam Al Mahdi as, jilid 1, ms 296)

 

Sesuatu itu hanya boleh "hilang" apabila ia sudah muncul atau "wujud". Sesuatu itu tidak boleh dikatakan hilang jike tidak pernah ada. Sayed Ahmad AS "wujud" dan "ada" dari tahun 1999, berdakwah secara terbuka sehinggalah hampir ke tahun 2008, di mana beliau mula "hilang". Sememangnya kita dapat melihat bahawa kehilangan beliau adalah stu ujian besar, yang menyempitkan akal, menghilangkan sekutu, walaupun untuk manusia-manusia yang bergelar ulama.

 

Oleh itu, yang kelima dari anak ketujuh Amirul Mukminin as adalah Ahmad sepertimana yang dikatakan sebelum ini. Fitnah atau ujian yang bukanlah pada dua Keghaibahan sebagaimana Imam Mahdi (as) , tetapi pada berdiam diri (as Shamth) atau Sabar sebagaimana dalam riwayat yang lain sehinggalah Allah mengizinkan dia keluar. Ahmad adalah Shohibul Amr (pemilik urusan) yang disebutkan oleh Imam Al Kazhim as

 

 

 

Hadis 35: Melainkan Maula Yang Akan Menggantikannya

 

 

shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83…%D8%AD%D8%A9_186#top

 

 

سمعت أبا عبد الله عليه السلام يقول:

إن لصاحب هذا الامر غيبتين إحداهما تطول حتى يقول بعضهم: مات، ويقول بعضهم: قتل، ويقول بعضهم: ذهب، حتى لا يبقى على أمره من أصحابه إلا نفر يسير لا يطلع على موضعه أحد من ولده ولا غيره إلا المولى الذي يلي أمره

 

 

ومما صح لي روايته عن الشيخ السعيد أبي عبد الله محمد المفيد (رحمه الله)، يرفعه إلى المفضل بن عمر (1) قال: سمعت أبا عبد الله (عليه السلام) يقول: إن لصاحب هذا الأمر غيبتين، تطول إحداهما حتى يقول بعضهم مات، (2) وبعضهم ذهب، حتى لا يبقي امرؤ من أصحابه إلا نفر يسير. لا يطلع على موضعه أحد من ولده (3) ولا غيره إلا المولى الذي يلي أمره

shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83…%D8%AD%D8%A9_211#top

 

 

Daripada Mufadhal bin Umar, daripada Abi Abdillah (a.s): Sohibul Amr akan mempunyai dua keghaiban, salah satunya akan panjang (lama), sehingga sebahagian mereka akan mengatakan dia telah mati, sebahagian pula akan berkata dia telah dibunuh, dan sebahagian pula akan mengatakan dia telah pergi. Sehingga tiada satu pun yang tinggal melainkan sahabatnya yang paling jujur. Dan tiada seorang pun yg mengetahui urusannya hatta anak-anak dari keturunannya atau orang lain, melainkan maula yang akan menggantikannya. [Al Ghayba Li Al Toosi, ms 161]

 

 

 

Disebutkan di dalam hadis ini, bahawa Qaim akan mempunyai dua keghaiban. Di dalam keghaiban yang kedua, iaitu yang panjang ini, Imam Abu Abdullah AS menyebutkan hanya maula yang akan menggantikannya sahaja yang mengetahui urusannya. Sekaligus kita mengetahui bahawa maula ini WUJUD KETIKA TEMPOH KEGHAIBAN INI.

 

Maula yang akan menggantikan beliau adalah Ahmad yang disebutkan dalam wasiat Nabi SAW sebagai Mahdi Pertama. Mahdi Pertama wujud dalam tempoh keghaiban kubra Imam Mahdi AS.

Hadis 34: Anak Pemilik Wasiat

 

 Panji Hijau dari Mesir dan Lelaki syam mendekati anak Pemilik Wasiat

 

 

عن أبي الحسن عليه السلام قال كأني برايات من مصر مقبلات خضر مصبغات حتى تأتي الشامات فتهدى إلى ابن صاحب الوصيات

 

كشف الغمة – ابن أبي الفتح الإربلي – ج ٣ – الصفحة ٢٥٩

 

الإرشاد – الشيخ المفيد – ج ٢ – الصفحة ٣٧٦

 

shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83…9%81%D8%AD%D8%A9_369

 

 

الصراط المستقيم – علي بن يونس العاملي – ج ٢ – الصفحة ٢٥٠

 

وأسند إلى أبي الحسن عليه السلام: كأني برايات من مصر مقبلات خضر مصبغات حتى تأتي الشامات، فتهدي إلى ابن صاحب الوصيات.

 

shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83…9%81%D8%AD%D8%A9_284

 

 

Al Fadhil bin Shat’an, daripada Mumar bin Khalad, daripada Abi Al Hassan (a.s) telah berkata: “Seolah-olah aku sedang melihat panji-panji berwarna hijau yang datang dari Mesir, sehinggalah kemudiannya akan keluar lelaki dari Shams, yang semakin mendekati anak si Pemilik wasiat.” [Irshad, jilid 2, ms 376]

 

 

Soalan pertama yang patut kita tanyakan selepas membaca hadis ini adalah, siapakah pemilik wasiat? Kita akan membaca hadis berikut terlebih dahulu untuk memahaminya mengikut Ahlulbait AS.

 

 

Dari Darast bin Abi Mansur, beliau bertanya kepada Aba al Hassan AS: "Adakah Rasulullah SAW mahjuj(digunakan sebagai bukti) oleh Abi Thalib?" Jadi beliau AS menjawab: "Tidak, namun beliau adalah penjaga wasiat, maka beliau menyerahkan pada baginda SAW." Beliau bertanya: "Jadi beliau menyerahkan wasiat kepada baginda dan dengannya baginda adalah hujjah dari Abu Thalib AS." Jadi beliau AS menjawab: "Jika baginda adalah hujah dari Abu Thalib, maka beliau tidak akan menyerahkan wasiat kepadaNya." Jadi aku bertanya: "Jadi bagimana pula isu Abu Thalib?" Beliau menjawab: "Beliau menerima Nabi dan apa yang datang bersamanya dan menurunkan wasiat kepada beliau dan mati di harinya."

 

Rujukan: Al Kafi, Jilid 1, halaman 445

 

Nabi SAW adalah penjaga wasiat dan merupakan seorang Imam utusan Allah SWT yang mewarisi wasiat dari para Nabi dan Rasul sebelumnya.

 

Dari Amirul Mukminin AS bersabda: "Rasululllah SAW mengajarkan aku 1000 pintu halal dan haram dan apa yang terjadi sebelum dan apa yang akan datang sehinggalah hari penghakiman. Setiap hari baginda membuka 1000 pintu, dan ia adalah 1000 pada 1000 pintu sehingga aku mengetahui manaya dan balaya, dan wasiat serta Fasil Al Khitab."

 

Rujukan: Basaer Al Darajat hal.325

 

Jadi Imam Ali AS diajarkan tentang wasiat Nabi SAW. Lihat pula riwayat berikutnya:

 

Di dalam surat terkini Amirul Mukminin kepada Muawiyah:

 

"Adakah kamu mahukan selain dari Allah untuk menjadi Tuhan mu wahai Muawiyah? Atau kamu mahu berhakim dengan peraturan baru atau dengan mustahfiz yang lain dari kalangan kami sebagai Imam? Imamah adalah untuk Ibrahim dan keturunannya, dan kaum mukmin adalah pengikut mereka.."

 

Rujukan: Misbaah Al Balaagha Mustadrak Nahj Al Balagha Mirjahani v.4 hal.68, Bihar Al Anwar v.33 hal.138

 

Imam Ali AS dengan jelas menyebutkan seorang Imam sebagai mustahfiz(pemelihara) dan kaum mukmin adalah pengikut Imam-imam ini.

 

Amirul Mukminin AS bersabda: "Aku telah diberikan enam. Ilmu Manaya dan Al Balaya, wasiat dan penghakiman yang waras dalam kata-kata. Dan aku adalah umat antara umat dan aku adalah orang bersama tongkat.. Dan dhabbah yang bercakap dengan manusia."

 

Rujukan: Kafi v.1 hal.197 -198

 

Imam Ali AS mengetahui ilmu tentang wasiat kerana beliau adalah pemelihara wasiat. Setiap Imam adalah pemelihara wasiat dan sebagai contoh Imam Zainal Abidin AS juga disebut sebegitu.

 

"Wasi kepada para wasi dan orang yang menyimpan wasiat Nabi"

 

Rujukan: Bihar Al Anwar v.46 hal.4

 

 Jadi para Imam mempunyai ilmu tentang wasiat dan mereka adalah mustahfizun(para pemulihara)  wasiat. Inilah sebabnya Imam Al Mahdi AS disebut oleh Rasulullah SAW sebagai pemulihara keluarga Muhammad SAW.

 

فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه محمد المستحفظ

 

"Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam".

 

Rujukan: Hadis Wasiat Nabi SAW. Ghaibah at Tusi, halaman 150

 

Jadi Imam Mahdi AS disebut dengan gelaran ini, pemulihara, mustahfiz, bermakna beliau adalah pemilik wasiat seperti yang telah kami buktikan bahawa para Imam adalah pemulihara wasiat.

 

Jadi sekarang, persoalannya, siapakah anak pemilik wasiat yang disebutkan dalam hadis berikut?

 

Al Fadhil bin Shat’an, daripada Mumar bin Khalad, daripada Abi Al Hassan (a.s) telah berkata: “Seolah-olah aku sedang melihat panji-panji berwarna hijau yang datang dari Mesir, sehinggalah kemudiannya akan keluar lelaki dari Shams, yang semakin mendekati anak si Pemilik wasiat.” [Irshad, jilid 2, ms 376]

 

 

Pemilik wasiat adalah Imam Muhammad al Mahdi AS, maka tidak dapat tidak, anaknya adalah Ahmad, Mahdi Pertama yang disebutkan dalam wasiat Nabi SAW.

 

Umum mengetahui apabila Sufyani muncul, tenteranya akan dihantar ke Iraq. Dan Ahmad, lelaki dari timur ini berada di Iraq. Wallahualam

Soalan 457: Apa Itu Cinta?

Apa Itu Cinta


 

Soalan 457: Salam, kerahmatan dan keberkatan Allah ke atas anda wahai utusan dan wasi Imam Al Mahdi.

 

Saya memohon maaf untuk soalan ini, tetapi saya memerlukan sebuah jawaban kerana ia telah menganggu saya, adakah agama Islam melarang cinta antara seorang lelaki dan wanita jika ada niat untuk perkahwinan dan komitmen rasmi?

 




 

Jawaban: Bismillah Ar Rahman ar Rahim. Alhamdulillah Rabbil Alamin.

 

Sollallahu ala Muhammad wa aali Muhammad, Aimmah wal Mahdiyyin.


 

Allah swt telah menggariskan undang-undang untuk perhubungan emosi dan seksual antara seorang lelaki dan wanita kerana mereka adalah lelaki dan wanita, dan undang-undang kontrak perkahwinan yang memerlukan dua orang saksi ke atas perjanjian atau pengumumannya selepas kontrak jika tiada saksi. Dan ini adalah untuk memastikan hak wanita dan hasil dari perhubungan lelaki dan wanita.

 

Dan Allah mengetahui bahawa saya akan cuba menasihati kamu dan setiap mukmin wanita agar kamu akan melalui jalan yang benar, yang menjamin kebaikan dan kehidupan yang mulia untuk anda.

 

Apa yang kamu gelar sebagai cinta sebenarnya tidak melepasi isu kekaguman pada rupa dan perwatakan atau sikap-sikap dan perkataan tertentu yang kebanyakannya tidak asli dan menunjuk-nunjuk serta jauh dari realiti karekter sebenar lelaki dan wanita tersebut. Untuk anda mengetahui bahawa ia adalah sekadar kekaguman pada paras luaran, yang sesetengahnya tidak asli, lihatlah pada realiti luaran. Saya tidak mahu menambah apa-apa kepada apa yang ditonjolkan oleh realiti luaran, dan apa yang ditunjukkan dari kajian/survey, berkenaan cinta atau hubungan cinta antara lelaki dan wanita, yang berakhir sejurus selepas berkahwin atau selepas hubungan seksual seperti di barat hari ini.  Dan mungkin paling baik sekalipun, ia tidak bertahan lebih dari beberapa tahun, sementara cinta sebenar tidak dapat berakhir dan sekadar bertahan beberapa tahun, malah walaupun selepas mati dan berpisah dari dunia ini.

 

Jadi cinta sejati, yang hidup dan kekal adalah kecintaan kepada Allah SWT, kerana ia terhubung dengan Yang Maha Hidup Dan Kekal, Dia SWT. Oleh itu, setiap cinta yang terhubung dengan cinta ini akan terus hidup kerana hidupnya cinta sejati ini. Jadi, cinta seorang wanita pada suaminya atau cinta suami kepada isterinya kerana Allah dan ketaatan kepadaNya, dan agar pasangannya dekat dengan Allah, taat kepada Allah, akan menjadi cinta yang sejati dan kekal, kerana sebenarnya ia dati cinta kepada Allah. Dan siapa lagi yang memegang hati dan membolak balikkannya kecuali Allah SWT?  Dialah yang mampu menjadikan cinta antara seorang suami dan isteri berkekalan, cinta yang berasaskan kepada cinta kepadaNya SWT.


 

Inilah sebabnya Rasulullah SAW menggalakkan mukmin untuk mengahwini wanita beragama, dan menggalakkan wanita untuk mengahwini lelaki beragama. Semoga Allah menguatkan anda, jadilah yang mulia, yang bermaruah dan yang taat kepada Allah SWT, Yang Maha Pemurah, yang tidak akan meninggalkan para pembantuNya dan berbelas kasihan pada mereka di dunia ini dan di akhirat. Jadi Dia lah yang mampu menjadikan wanita mukmin, yang mengarah kepada Allah SWT, mahukan Allah SWT, mengahwini lelaki mukmin yang beragama.


 

Berkaitan perhubungan yang digelar cinta sebelum kahwin, ia sebenarnya selalu menyebabkan seorang wanita hilang kemuliaan, maruah dan kesuciannya. Oleh itu, wanita yang mulia dan bermaruah patut mengelakkan peraka ini dan mengarahkan emosinya dan cintanya terhala kepada lelaki mukmin yang baik, yang dikahwini secara sah.

 

Dan wanita mukmin patut meletakkan kepercayaannya kepada Allah dan bergantung padaNya, memohon padaNya, agar menjadikan lelaki yang dikahwini adalah seorang yang Allah redha akannya, agar dirinya dapat menjalani kehidupan yang mulia, bermaruah di hari-hari yang ditakdirkan kepadanya di di dunia ini.


 

Salam, rahmat dan keberkatan Allah ke atas anda.

 

Dan berikut adalah beberapa teks yang merumuskan apa yang ditemui oleh ahli sosiologi melalui survey:


 

Berdasarkan sebuah survey tentang sekumpulan kisah cinta, sosiologis Amerika, William Robinson mengatakan bahawa secara teorinya, tempoh cinta adalah selama tiga tahun selepas perkahwinan dan tidak lebih dari itu. Beliau menambah apabila cinta mencapai tempoh teorinya itu, cahayanya memudar dan ia akan mengambil masa selama hampir setahun untuk dua orang yang terlibat dalam perhubungan ini untuk menyedari kebenaran ini, disamar oleh kehidupan yang dikongsi.

 

Dan beliau berkata unsur kimia dalam otak yang mengawal proses cinta terus memberikan cas-cas cinta dan tenaga emosi selama tiga tahun. Selepas itu, cas-cas ini akan terhenti, seperti bateri yang sudah kehabisan dan tidak boleh dicas semula. Kemudian, perhubungan yang dibina atas cinta akan menjadi perhubungan berasaskan kemesraan dan kepercayaan. Profesor Cindy Hazan dari Universiti Cornell, New York telah menjalankan kajian ke atas sampel seramai 5000 orang lelaki dan wanita yang berasal dari 37 budaya yang berbeza, dan dari negara maju dan yang sedang membangun, dan kajian ini adalah satu pengumpulan ujian psikologi dan biologikal untuk mengukur tahap cinta untuk setiap pasangan, dan keputusannya adalah tiada cinta yang bertahan seumur hidup, kerana kajian itu membuktikan cinta hanya wujud dalam perhubungan intim tidak lebih dari empat tahun, dan kemudiannya mati.


 

Ahmed al-Hasan

Safar, 1431 Hijri