Sinopsis Kitab Wahmul Ilhad

Adakah kita wajib memilih antara beriman dengan Tuhan dan beriman dengan sains?

Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan yang masyhur tetapi salah ini: "Evolusi mengklaim bahawa manusia berasal daripada monyet". "Sains mengklaim bahawa alam semesta dan kehidupan serta segala yang ada di dalamnya wujud secara kebetulan sahaja". Kesemuanya adalah gambaran bagi pendapat yang satu dari kalangan orang-orang yang mewakili agama-agama iaitu: kesemua teori sains ini adalah salah! Manakala satu golongan ahli agama lagi memilih berpendapat bahawa: " teori sains adalah benar dan agama juga adalah benar"…TETAPI…BAGAIMANA!?

Teori-teori sains yang dicadangkan oleh para atheis mewakili idea-idea saling melengkapi yang melakarkan paparan berlainan tentang permulaan alam semesta, kehidupan, kebudayaan dan agama. Ianya jelas bertentangan dengan paparan yang dilukiskan oleh ahli-ahli agama. Oleh itu, mustahil bagi orang-orang yang rasional untuk menerima kedua-dua pendapat ini sekaligus, tanpa merungkaikan pertentangan-pertentangan ini!

Evolusi mengatakan ia berlaku dengan membûta-tuli tanpa ada sebab dan tujuan yang melangkaui itu, manakala orang agama pula berkata ada tujuan di sebalik itu…! Teori "alam semesta itu daripada tiada" mengatakan bahawa alam semesta itu terwujud dengan sendiri secara serta merta daripada tiada "nothing", tanpa ada campurtangan luar dan agama yang mengatakan bahawa di sana wujudnya Pencipta alam semesta…!

Ilmu sains purbakala mengatakan bahawa agama itu adalah hasil kemanusiaan yang tulen, manakala agama pula meñgatàkàn bahawa agama dibawa oleh para rasul dan nabi-nabi…! Adam keagamaan sebagaimana menurut pandangan orang-orang agama adalah Adam yang tidak dapat dibuktikan dengan sains…kisah nabi Nuh dan banjir besar yang menenggelamkan seluruh alam adalah mustahil dari sudut ilmu sains.

Kisah pènçiptaan alam semèsta sebagaimana yg diceritakan oleh oràng-orang agama adalah kisah khayalan menurut teori "big bang"…Dimanakah dahulunya Tuhan menciptakan alam semesta, kehidupan dan manusia yang ada pada hari ini?

Buku "Delusi Atheisma" ini menghapus segala pertentangan dan meletakkan setiap bahagian pada tempatnya agar dapat dilihat setiap perkara sebenar pada satu paparan yang saling leñgkap melengkapi!

Buku "Delusi Atheisma" oleh Ahmad Al Hassan ini bakal membawa dan mènarîk pèrhatian anda dengàn gaya penulisan yang amat bagus dan jelas dalam pèrjalañan mengeksplorasi enam bahagian buku ini, dari muka surat pertama hingga ke mukasurat terakhir. Perjalanan yang di dalam Ahmad Al Hassan menetapkan bahawa sains tidak diletakkan bertentangan dengan kewujudan Tuhan.

Ia adalah dialog buku yang amat bagus sekali antara penulis dengan Richard Dawkins, Stephen Hawkins dan pendukung pemikiran atheis lainnya.Jawapan-jawapan terkini yang belum pernah ada seumpamanya sebelum ini, dalam menjawab persoalan yang paling besar dan paling penting iaitu: ADAKAH IANYA DELUSI KEWUJUDAN TUHAN ATAU DELUSI ATHEISMA??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *