Delusi Atheisme:TEORI EVOLUSI DAN RIWAYAT-RIWAYAT ISLAM, SERTA PENGHUJAHAN ADAM KE ATAS KESERUPAAN MANUSIA PADA ZAMANNYA

TEORI EVOLUSI DAN RIWAYAT-RIWAYAT ISLAM, SERTA PENGHUJAHAN ADAM KE ATAS KESERUPAAN MANUSIA PADA ZAMANNYA.
Pastinya, persoalan evolusi tidak mungkin disebutkan di dalam riwayat-riwayat secara terperinci, tetapi wujud indikator-indikator di dalam riwayat-riwayat yang mengisyaratkan kepada persoalan evolusi. Ia menjelaskan dengan terang bahawa Adam AS bukanlah makhluk pertama yang mempunyai fizikal tubuh manusia sepertimana hari ini. Bahkan makhluk yang menyerupai manusia Adam dari sudut fizikal tubuh mereka telah pun mendahuluinya, tetapi mereka bukanlah dari anak keturunan Adam AS, bererti mereka telah mendahului Adam AS. Riwayat-riwayat telah menamakan mereka sebagai NasNas, iaitu nama yang hampir kepada penamaan-penamaan peringkat evolusi sains hari ini, seperti: homo erektus, homo sapiens, manusia neintherdial dan sesetengah saintis menamakan mereka sebagai keserupaan manusia.
Apa yang menarik perhatian kita adalah kedapatan banyak riwayat daripada Keluarga Muhammad AS yang mengesahkan fakta sains yang muncul akhir-akhir ini, hasil daripada penemuan fosil-fosil dan kajian sains genetik. Perkara ini menyumbang sebagai dalil dan hujah buat Keluarga Muhammad AS bagi mereka yang ingin mengenal kebenaran. Dari manakah Keluarga Muhammad AS telah mendapat tahu bahawa terdapatnya keserupaan manusia yang mendahului kewujudan kita atas muka bumi ini, jika bukan kerana Keluarga Muhammad AS berhubung dengan Allah SWT. Dengan ini tetaplah hujah Keluarga Muhammad AS buat mereka yang mencari kebenaran, dan ketetapan wujud Allah yang memberitahu, menyampai dan memindahkan fakta-fakta ini kepada mereka. Di sini saya saya pindahkan beberapa riwayat:

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Ali al-Baqir AS: Allah Azza wa Jalla telah menciptakan di atas muka bumi semenjak Dia menciptakannya (bumi) tujuh umat sejagat, mereka bukanlah daripada anak keturunan Adam dan diciptakan mereka daripada permukaan bumi. Mereka menghuninya satu persatu beserta umatnya. Kemudian Allah Azza wa Jalla menciptakan bapa manusia ini dan menciptakan zuriatnya daripadanya. (Al-Khishal, Syeikh Shadooq, ms 359)

Diriwayatkan daripada Jabir bin Yazid al-Ja'fi, daripada Abi Ja'far Muhammad bin Ali bin al-Hussein, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya AS, berkata Ali Amirul Mukminin AS: Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Taala hendak menciptakan makhluk dengan tanganNya dan yang demikian itu adalah selepas berlalunya Jin dan NasNas di bumi selama tujuh ribu tahun, dan hal keadaanNya menciptakan Adam adalah menggeserkan mangkuk-mangkuk langit, lantas berfirman kepada para Malaikat: Lihatlah kepada makhluk Ku dari kalangan penghuni bumi dari kalangan Jin dan NasNas. Tatkala melihat apa yang dilakukan mereka di dalamnya daripada perbuatan-perbuatan maksiat, pertumpahan darah dan kerosakan di muka bumi secara tidak benar, lalu para malaikat berasa lebih hebat berbanding mereka, berasa marah dan sedih ke atas penduduk bumi serta tidak dapat menahan perasaan marah mereka. Lantas mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mulia, Maha Berkeupayaan, Maha Perkasa lagi Maha Agung, makhlukMu yang lemah lagi hina ini mereka berbolak-balik di dalam genggamanMu, hidup dengan rezekiMu dan bersenang-lenang dengan kesihatanMu, sedang mereka menderhakaiMu dengan dosa sebesar ini. Janganlah Engkau berasa sedih,marah dan berdendam dengan mereka tatkala Engkau mendengar dan melihat mereka, kami lebih hebat dan lebih membesarkan Engkau.

Beliau AS berkata: Allah berfirman tatkala mendengar yang demikian itu daripada para malaikat: (Aku hendak menjadikan seorang khalifah), yang menjadi hujjahKu buat makhlukKu di atas muka bumi. Maka para malaikat berkata: Maha Suci Engkau (Adakah Engkau hendak menjadikan di dalamnya mereka yang berbuat kerosakan di dalamnya) sebagaimana bani Jin telah melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sebagaimana bani Jin yang saling mendengki dan saling membenci. Oleh itu, jadikanlah khalifah itu dari kalangan kami kerana kami tidak saling mendengki, tidak menumpahkan darah, memujiMu dan mensucikanMu. Maka Azza wa Jalla berfirman: (Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui), sesungguhnya Aku hendak menjadikan makhluk dengan tanganKu dan menjadikan para anbiya, rasul-rasul dan hamba-hamba yang soleh para Imam petunjuk daripada zuriatnya, dan menjadikan mereka khalifah-khalifah ke atas makhlukKu di bumiKu, mereka menegah daripada melakukan maksiat kepadaKu, memperingatkan mereka tentang azabKu, menunjukkan mereka ketaatan kepadaKu, mereka berjalan di atas jalanKu dan Aku menjadikan mereka hujahKu keatas mereka. Aku akan hapuskan NasNas daripada bumiKu dan membersihkannya dari mereka…(Tafsir al-Qummi, jilid 1, ms 36. 'Ilal al-Syara'i,Syeikh as-Shadooq,jilid 1, ms 104)

Jelas di dalam riwayat bahawa kedapatan keserupaan manusia (NasNas) yang mendahului kewujudan Adam atas muka bumi ini dan terdapat perkara penting di sisi lain riwayat ini, iaitu pernyataan bahawa Adam AS akan turun ke bumi untuk menjadi hujah ke atas keserupaan manusia sebelum kewujudan mereka lenyap atas muka bumi ini, atau paling minima untuk membawa berita sebelum kewujudan mereka dikalahkan oleh Adam terakhir yang diwakili oleh zuriat keturunan Adam AS yang turun ke bumi (Aku hendak menjadikan seorang khalifah, yang menjadi hujjahKu buat makhlukKu di atas muka bumi…..Aku akan hapuskan NasNas daripada bumiKu dan membersihkannya dari mereka). Pasti sekali bahawa pertama kali Adam AS turun ke bumi ini tidak terdapat makhluk bumi yang layak menjadi hujah ke atas mereka dan menunjukkan mereka kepada penyembahan Allah, melainkan NasNas (keserupaan manusia). Ini bermakna Adam AS turun sebelum lenyapnya kewujudan NasNas (keserupaan manusia) atau sebelum kewujudan mereka dikalahkan oleh anak keturunan Adam. Ini juga bermakna Adam diciptakan seperti salah seorang daripada mereka dan dilahirkan tubuh fizikalnya daripada mereka, serta jiwanya (nafs) yang diciptakan daripada tanah dan ditiupkan Ruhul Qudus berhubung dengan fizikal tubuh ini, penjelasan makna dalam kisah penciptaan Adam AS ini akan dijelaskan kemudian nanti. Tetapi dia bukan dari peringkat kewujudan yang sama, dia adalah merupakan pengangkut yang baru bagi kewujudan pemikir, yang berpengetahuan dan dipertanggungjawabkan (mukallaf).Peringatannya kepada keserupaan manusia dan dakwahnya kepada mereka, meskipun tingkat kewujudan mereka tidak sama dengannya sebagaimana pemberitahuannya kepada para Malaikat tentang nama-nama, di mana para malaikat di tingkatan kewujudan dan makrifah mereka tersendiri yang berbeza dengan Adam AS.
Persoalan ini dikuatkan dengan sebahagian riwayat yang menunjukkan kewujudan nabi dan kaum berbeza dari sudut pengetahuan keagamaan, malah mereka langsung tidak mempunyai pengetahuan asas tentang agama. Nabi ini menyampaikan mereka tentang keutamaan agama dan nabi yang dimaksudkan adalah Adam AS.

Diriwayat daripada Hassan bin Abdul Rahman, berkata Abi al-Hassan AS: Sesungguhnya mimpi-mimpi tidak pernah berlaku pada apa yang telah berlalu di awal penciptaan, malah ia benar-benar terjadi. Aku bertanya: "apakah sebab pada yang demikian itu?" Lalu AS menjawab: Sesungguhnya Allah yang mulia sebutanNya telah mengutuskan seorang rasul kepada penghuni di zamannya, lalu mengajak mereka supaya menyembah Allah dan mentaatiNya, lantas mereka berkata: Jika kami berbuat demikian, maka apa yang kami dapat? Demi Allah kamu tidak mempunyai banyak harta dan keluarga kamu juga tidak lebih mulia daripada kami, lalu dia berkata: Jikalau kamu mentaatiku nescaya Allah akan memasukkan kamu ke syurga, dan sekiranya kamu menderhakaiku nescaya Allah akan memasukkan kamu ke neraka.Lantas mereka bertanya: Apakah syurga dan neraka?

Lalu dia pun menggambarkan yang demikian itu kepada mereka. Mereka bertanya: Bilakah akan berlaku hal yang demikian itu? Lalu dia menjawab: Setelah kamu mati. Mereka berkata: Sesungguhnya kami telah melihat orang-orang yang mati dari kalangan kami menjadi tulang belulang dan sisa-sisa. Maka berlipat gandalah mereka mendustakannya dan meremehkannya, lalu Allah Azza wa Jalla menjadikan mimpi-mimpi pada mereka, maka mereka mendatanginya dan mengkhabarkannya apa yang telah mereka lihat dan tidak mengingkari yang demikian itu. Lalu di a berkata: Sesungguhnya Allah hendak menjadikan ini sebagai hujah ke atas kamu, beginilah keadaan ruh-ruh kamu apabila kamu mati dan badan kamu lusuh, maka ruh-ruh kamu akan menjalani pembalasan sehinggalah kamu dihidupkan semula. (Al-Kafi, al-Kulayni, jilid 8, ms 90)

Diterjemah dari kitab Wahmul Ilhad, mukasurat 135-138.

 

 

 

 
 
 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *