DELUSI ATHEIS: KEBENARAN TENTANG USIA MANUSIA DARI ADAM AS HINGGA KE HARI INI MENURUT AHMAD AL HASSAN AS.

 
1548185_10202141635836361_1196531451_o 1452254_10202141638716433_1343868011_n jpg
Catatan Fosil Manusia.
Kebanyakan orang yang menolak teori evolusi beranggapan rekod fosil menunjukkan bahawa manusia berevolusi daripada mawas besar (homonidae/ great apes) yang kita kenali hari ini, orang utan atau khususnya monyet cimpanzi. Padahal cabang evolusi mawas besar yang wujud pada hari ini telah terpisah semenjak jutaan tahun dahulu daripada cabang evolusi manusia . Orang utan terpisah amat jauh daripada manusia berbanding monyet cimpanzi yang dianggap lebih dekat jaraknya dengan manusia dan ia juga terpisah daripada manusia sejak jutaan tahun dahulu. Catatan fosil merekodkan kewujudan spesis manusia itu kembali kepada 4.4 juta tahun dahulu dan nama saintifiknya adalah “Ardipithecus”, atau ringkasannya “Ardi”, yang berjalan secara menegak di atas dua tapak kaki di hutan-hutan belantara Afrika dan gigi taringnya adalah seperti manusia, tidak seperti taring monyet cimpanzi. Ia dianggap termasuk di dalam pokok evolusi manusia. Ringkasnya catatan fosil merekodkan rantaian yang berdiri tegak di atas kedua tapak kaki seperti manusia hari ini, berlanjutan daripada sekarang hinggalah ke 4.4 juta tahun dahulu, malah mungkin lebih awal daripada itu. Catatan terpisahnya manusia daripada kelompok mawas besar lainnya mempunyai jarak masa hampir tujuh juta tahun lamanya. Terdapat banyak fosil yang berusia jutaan tahun yang mengesahkan kewujudan spesis yang menyerupai manusia (keserupaan manusia).
Catatan fosil yang khusus buat manusia merekodkan permulaan keserupaan manusia atau manusia yang bertubuh tegak (homo erectus) bertarikh lebih kurang dua juta tahun kebelakang. Manusia “homo erectus” berkemampuan menggunakan api dan peralatan asas seperti kapak batu, hidup secara berkelompok.
Catatan fosil juga merekodkan kemunculan cabang “homo erectu”s iaitu “homo heildelberg” lebih kurang 600-800 ribu tahun dahulu. Manusia atau keserupaan manusia ini telah mampu menghasilkan tombak dan memburu haiwan liar yang besar, di samping memiliki otak bersaiz besar. Kelompok terakhir manusia ini telah berhijrah keluar daripada Afrika dan berevolusi kepada manusia “Neanderthal” yang bertaburan di Eropah dan pupus lebih kurang 24 ribu tahun dahulu.
Begitu juga catatan fosil merekodkan kemunculan manusia berakal iaitu “homo sapiens” lebih kurang 200 ribu tahun dahulu, yang terpisah daripada manusia “homo erektus” dan “homo heildelberg”. Kemudiannya manusia “homo sapiens” ini menyatu ke bentuk rupa terakhir sepertimana wujud pada hari ini lebih kurang 100 ribu tahun dahulu.
Ilmu arkeologi merekodkan urutan alatan kemahiran yang muncul di kalangan manusia “homo sapiens” dan penghijrahannya (dari benua Afrika) lebih kurang 70 ribu tahun dahulu. Kejayaan penghijrahan ini membawa kepada perkembangan umat manusia ke seluruh pelusuk dunia. Penghijrahan dalam kelompok kecil yang terpilih ini adalah menerusi bab al Mandab di laut Merah daripada Afrika ke semenanjung Tanah Arab dan air laut ketika itu adalah sangat cetek, yang membolehkan mereka menyeberanginya. Kelompok terpilih daripada “homo sapiens” ini memutuskan untuk maju ke selatan Semenanjung Arab kerana kewujudan sumber air yang terbentang di sebelah selatan pantai semenanjung pada waktu itu, sebelum ianya di digenangi air masin akibat daripada kenaikan paras air laut. Sumber air ini membantu mereka menjauhkan diri dari padang pasir semenanjung dan memungkinkan mereka merentasi semenanjung Tanah Arab melalui pinggiran pantai yang meliputi Yaman dan Oman, sehinggalah mereka sampai ke kawasan Teluk yang diliputi oleh air laut hari ini. Kawasan Teluk ini pada asalnya tidak diliputi oleh air masin pada waktu itu, malah ia adalah lembah yang mengalir di dalamnya sungai-sungai yang memasukinya dari utara, iaitu dari selatan Iraq dan barat daya Iran hari ini. Lembah ini adalah tempat amat sesuat untuk kehidupan, yang mana ianya dipenuhi dengan sungai-sungai, tasik-tasik kecil, paya-paya, hutan-hutan dan agak panas. Perkara ini amat mustahak kerana bumi ketika itu membeku serta terlampau sejuk dan berada di penghujung Zaman Ais. Lembah ini adalah tempat yang sempurna untuk pembangungan manusia terawal, kerana dipenuhi dengan air tawar, buah-buahan dan makanan, mungkin kita boleh katakan: ia adalah tempat paling baik buat perkembangan manusia berakal pada waktu itu dan di situlah bilangan mereka makin bertambah ramai, serta sebahagian mereka mula berhijrah ke seluruh pelusuk dunia. Satu kelompok tetap tinggal menetap di situ hinggalah ke waktu berlakunya banjir besar di Lembah ini, yang menyebabkan air laut melimpahinya. Catatan air laut melimpahi teluk itu ditentukan secara saintifik sekitar 8-15 ribu tahun sebelum masihi dan selepas banjir besar. Kelompok terpilih atau terselamat daripada banjir besar tersebut berpindah ke bahagian yang lebih tinggi di utara Iraq dan selatan Iran hari ini, dengan menelusuri sungai-sungai yang dahulunya mengalir ke lembah mereka yang subur, yang telah dipenuhi air laut masin.
Sesudah banjir besar ini, sebahagian dari bahagian utara Iraq (hari ini) juga telah diliputi oleh air masin selama beberapa ribu tahun, hinggalah air tawar dan air banjir sungai-sungai berupaya menyapubersih kemasinannya dan memenuhkannya semula dengan mendapan larut yang menyebabkan pembentukan tanah-tanah yang subur untuk pertanian dan kawasan paya yang kaya dengan perikanan. Ini mendorong penduduk ketika bergerak perlahan-perlahan kembali ke arah teluk sekali lagi dan mendiami tanah-tanah yang terbentang sesudah banjir besar. Perkara ini berterusan selama beberapa ribu tahun.
Umumnya, kita boleh anggap penduduk lembah ini atau teluk hari ini adalah pemilik tamadun manusia yang pertama di atas muka bumi. Merekalah yang mula-mula membuka kampung-kampung Akkad dan Sumeria di selatan Iraq, mendahului tamadun Sumeria dan Akkad yang kita ketahui. Oleh itu, kita boleh katakan bahawa mereka adalah penduduk Sumeria terawal atau nenek moyang orang-orang Sumeria, yang kita baca tulisan-tulisan mereka pada papan tanah liat, mereka berbangga dengannya dan tamadun mereka, serta ketinggian nilai akhlak mereka.
Orang-orang Sumeria terawal atau pendahulu orang-orang Sumeria inilah juga yang berpindah dan bertaburan ke seluruh dunia. Mereka telah berpindah ke Mesir dan membina asas tamadun Mesir purbakala yang mendahului tamadun Mesir yang kita ketahui. Kajian genetik terkini menunjukkan bahawa asal-usul kesemua manusia di atas muka bumi hari ini kembali kepada kelompok yang tinggal tetap di Afrika, atau kembali kepada kelompok kecil terpilih yang berhijrah dari Afrika ke selatan semenanjung Arab iaitu Yaman, Oman dan Emiriah sekarang ini. Kemudian berpindah ke Lembah subur iaitu Teluk sekarang ini dan ke seluruh pelusuk dunia. Kemudian selatan Iraq dan daripadanya juga bertaburan ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena alam semulajadi tidak membantu bilangan ramai yang tetap tinggal di Afrika, sebagaimana fenomena alam membantu golongan sedikit yang berhijrah. Hatta berlaku perpindahan sebaliknya daripada lembah yang subur dan selatan Iraq ke utara Afrika. Penduduk utara Afrika dari Mesir hingga ke barat yang Arab, malah Sudan adalah penghijrah-penghijrah dari Lembah yang subur dan selatan Iraq dahulukala menurut sesetengah kajian genetik. Oleh itu, kelompok terpilih ini telah berjaya menguasai dan terselamat daripada iklim Afrika di awalnya, kemudiannya terselamat pula dari penenggalaman Teluk, dan akhirnya berjaya menakluk utara Afrika.
Menurut catatan fosil, manusia moden (homo sapiens) telah bertemu dan hidup seiringan dengan manusia lain daripada manusia “neintherdial” sesudah penghijrahan ke Eropah selama lebih kurang 15 ribu tahun lamanya. Manusia “neintherdial” ini telah terlebih dahulu muncul dari manusia moden, berasal dari spesis yang sama dengan pendahulu mereka iaitu manusia “homo heildelberg” dan manusia “homo erectus” di Afrika sebagaimana yang diterangkan sebelum ini. Tetapi perpindahan manusia “homo erectus” ini berlaku dari bahagian utara Afrika melarat sehingga ke Asia jauh, dan terdapat peninggalan keserupaan manusia yang berkembang dari manusia “homo erektus” sehingga ke Indonesia dan China. Manusia “Neinderthal” yang berkembang dari manusia “homo heildelberg” ini menggunakan api dan kadangkala menanam mayat-mayat mereka. Manusia “Neinderthal” ini kemudiannya pupus lebih kurang 24 ribu tahun dahulu dan satu-satunya yang spesis manusia tinggal hanyalah manusia moden yang berakal di atas muka bumi ini.
Usia Adam Menurut Teks Keagamaan Dan Usia Fosil Manusia Menurut Fakta Sains..
Usia Adam menurut teks keagamaan atau catatan wujudnya Adam sebagai manusia yang hidup atas muka bumi mewakili angka yang mudah, jika dibandingkan dengan manusia bumi yang disingkapkan oleh sains. Menurut teks kitab Taurat contohnya menjadikan usia Adam atau manusia atas muka bumise ini sekitar 6-7 ribu tahun sahaja.
1.Inilah daftar keturunan Adam. Pada waktu manusia itu diciptakan oleh Allah, dibuat-Nyalah dia menurut rupa Allah;
2.Laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. Ia memberkati mereka dan memberikan nama "Manusia" kepada mereka, pada waktu mereka diciptakan.
3.Setelah Adam hidup seratus tiga puluh tahun, ia memperanakkan seorang laki-laki menurut rupa dan gambarnya, lalu memberi nama Set kepadanya.
4.Umur Adam, setelah memperanakkan Set, delapan ratus tahun, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
5.Jadi Adam mencapai umur sembilan ratus tiga puluh tahun, lalu ia mati.
6.Setelah Set hidup seratus lima tahun, ia memperanakkan Enos.
7.Dan Set masih hidup delapan ratus tujuh tahun, setelah ia memperanakkan Enos, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
8.Jadi Set mencapai umur sembilan ratus dua belas tahun, lalu ia mati.
9.Setelah Enos hidup sembilan puluh tahun, ia memperanakkan Kenan.
10.Dan Enos masih hidup delapan ratus lima belas tahun, setelah ia memperanakkan Kenan, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
11.Jadi Enos mencapai umur sembilan ratus lima tahun, lalu ia mati.
12.Setelah Kenan hidup tujuh puluh tahun, ia memperanakkan Mahalaleel.
13.Dan Kenan masih hidup delapan ratus empat puluh tahun, setelah ia memperanakkan Mahalaleel, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
14.Jadi Kenan mencapai umur sembilan ratus sepuluh tahun, lalu ia mati.
15.Setelah Mahalaleel hidup enam puluh lima tahun, ia memperanakkan Yared.
16.Dan Mahalaleel masih hidup delapan ratus tiga puluh tahun, setelah ia memperanakkan Yared, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
17.Jadi Mahalaleel mencapai umur delapan ratus sembilan puluh lima tahun, lalu ia mati.
18.Setelah Yared hidup seratus enam puluh dua tahun, ia memperanakkan Henokh.
19.Dan Yared masih hidup delapan ratus tahun, setelah ia memperanakkan Henokh, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
20.Jadi Yared mencapai umur sembilan ratus enam puluh dua tahun, lalu ia mati.
21.Setelah Henokh hidup enam puluh lima tahun, ia memperanakkan Metusalah.
22.Dan Henokh hidup bergaul dengan Allah selama tiga ratus tahun lagi, setelah ia memperanakkan Metusalah, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
23.Jadi Henokh mencapai umur tiga ratus enam puluh lima tahun.
24.Dan Henokh hidup bergaul dengan Allah, lalu ia tidak ada lagi, sebab ia telah diangkat oleh Allah.
25.Setelah Metusalah hidup seratus delapan puluh tujuh tahun, ia memperanakkan Lamekh.
26.Dan Metusalah masih hidup tujuh ratus delapan puluh dua tahun, setelah ia memperanakkan Lamekh, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
27.Jadi Metusalah mencapai umur sembilan ratus enam puluh sembilan tahun, lalu ia mati.
28.Setelah Lamekh hidup seratus delapan puluh dua tahun, ia memperanakkan seorang anak laki-laki,
29.dan memberi nama Nuh kepadanya, katanya: "Anak ini akan memberi kepada kita penghiburan dalam pekerjaan kita yang penuh susah payah di tanah yang telah terkutuk oleh TUHAN."
30.Dan Lamekh masih hidup lima ratus sembilan puluh lima tahun, setelah ia memperanakkan Nuh, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
31.Jadi Lamekh mencapai umur tujuh ratus tujuh puluh tujuh tahun, lalu ia mati.
32.Setelah Nuh berumur lima ratus tahun, ia memperanakkan Sem, Ham dan Yafet.
(Terjemahan versi Al-Kitab Indonesia, Kitab Perjanjian Lama, kejadian: 5)
Mereka menafsirkan berdasarkan teks ini bahawa usia manusia tidak melebihi 7 ribu tahun di atas muka bumi:
“Sesetengah orang mendakwa catatan rekod fosil-fosil menetapkan bahawa kewujudan kerangka manusia yang usianya melebihi jutaan tahun, sedangkan umur manusia seperti apa yang dijelaskan melalui jadual ini tidak melebihi 6-7 ribu tahun. Penolakan atas yang demikian itu adalah menurut perkiraan matematik, yang mana kita dapati penduduk dunia pada hari ini tidak mungkin berkembang melebihi daripada usia 6 ribu tahun atas muka bumi ini. Sebagai contoh, setiap keluarga melahirkan sekitar 3 orang anak setelah ditolak bilangan yang meninggal dunia disebabkan kematian semulajadi dan bencana alam semulajadi serta peperangan…Jikalau sejarah manusia merujuk kepada jutaan tahun dahulu, maka jika diambilkira bilangan umat manusia yang mendiami muka bumi sejak manusia pertama mula wujud sejak jutaan tahun dahulu, nescaya seribu kali keluasan bumi ini tidak mencukupi untuk menampung kewujudan mereka. Barangkali kerangka yang wujud adalah daripada haiwan mamal yang memiliki rupa bentuk manusia, tetapi tanpa ruh yang ditiup oleh Allah.” (Syarah Kitab al-Muqaddas – Perjanjian Lama- al-Qus Antonios Fikri – Kejadian – 5)
Jadinya, Antonios Fikri sebagaimana yang lainnya mengakui bahawa usia manusia atau Adam di atas muka bumi tidak melebihi 6 ribu tahun. Adapun contoh perkiraannya bagi menghitung penduduk bumi adalah percubaan yang sungguh naif sekali kerana dia tidak mengambilkira banyak perkara yang mempunyai kaitan dengan reproduksi dan pengekalan, seperti kehidupan primitif dan sukar yang dilalui oleh manusia di Afrika atau sebelum adanya pertanian. Memadai dengan serangan penyakit, kewujudan hidupan liar yang ganas, kesukaran mendapatkan makanan dalam berteka-teki untuk menetapkan had bilangan manusia pada sesetengah period sehingga pupus. Jika manusia di Afrika berjaya menghalang pemilihan alam ganas semulajadi yang meletakkannya ke dalam jurang kepupusan, nescaya saiz otak manusia tidak berevolusi sebagaimana yang kita lihat hari ini dalam tempoh masa yang singkat di zaman evolusi.
Manakala periwayatan-periwayatan membataskan babad sejarah ini adalah amat sedikit, malah ulama sunni juga telah menetapkan tempoh usia manusia sejak Adam adalah sekitar 7 ribu tahun.
Sekarang telah ada maklumat di sisi kita tentang usia manusia atas muka bumi yang didedahkan secara saintifik yang boleh kita perolehi berdasarkan penemuan fosil-fosil. Jika kita hadkan pengkajian kepada manusia “homo erektus” dan manusia berbadan tegak yang mempunyai bentuk rupa seakan-akan manusia, berbadan tegak, tidak berbulu, tahu menggunakan api dan alatan berburu, maka usia manusia pastinya berlanjutan sehingga ke hampir jutaan tahun. Angka ini sudah pastinya tidak bersesuaian dengan usia Adam yang dibentangkan oleh agama, walau jika kita berkali-kali menggandakannya. Tambahan pula manusia “homo erektus” tidak menanam mayat-mayat mereka dan rupa bentuk mereka adalah amat berbeza sekali dengan rupa bentuk manusia hari ini. Ini sudah tentunya tidak bersesuaian dengan Adam dan anak keturunannya (alaihimussalam) yang menurut teks Quran, Allah telah mengajarkan mereka supaya menanam mayat:
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!.” (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam. Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli Neraka dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim.” Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: “wahai celakanya aku, alangkah lemah dan bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbus mayat saudaraku? Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.” (Surah Al-Maidah: ayat 27-31)
Hatta, walau kita hadkan pengkajian pada manusia “homo sapiens” atau manusia berakal, maka kita akan dapati angka terbaik adalah 200 ribu tahun dahulu. Period tersebut tidak bersesuaian dengan umur Adam AS menurut agama. Sedangkan menurut sains manusia “homo sapiens” yang terbelenggu di Afrika selama hampir 100 ribu tahun tidak menimbus mayat-mayat mereka, kerana bukti-bukti terkini menunjukkan manusia “homo sapiens” mula menimbus mayat-mayat mereka setelah mereka berada di luar bumi Afrika sekitar 100 ribu tahun lalu, iaitu kelompok yang barangkali mereka adalah “homo sapiens” yang dahulunya berhijrah ke Palestin dan pupus. Adam dan para nabi tidak pernah mendiami Afrika dan mereka menanam mayat-mayat mereka berdasarkan teks keagamaan.
Umumnya, mustahil untuk menganggap kita adalah dari kelompok manusia “homo erektus” berdasarkan sains dan terdapat perbezaan yang besar antara saiz otak dan keupayaan akal antara kita hari ini dan mereka, sekaligus menjadikan Adam secara mutlak bukanlah daripada manusia homo erektus. Ini juga menafikan secara mutlak bahawa Adam AS merujuk kepada zaman yang mendahului kewujudan manusia “homo sapiens” atau 200 ribu tahun dahulu. Dan manusia “homo sapiens” ini terbelenggu lebih 100 ribu tahun di bumi Afrika dan menjalani kehidupan yang primitif, serta tidak menanam mayat-mayat mereka. Malah manusia “homo sapiens” ini juga tidak melengkapi bentuk sempurna yang bertepatan dengan manusia moden, melainkan sekitar sebelum 100 ribu tahun dahulu. Oleh itu, Adam AS yang disebutkan di dalam teks keagamaan tidak mungkin dijumpai dalam bentuk jasad secara saintifiknya melainkan setelah 100 ribu tahun sebelum masihi. Tetapi proses keseluruhan evolusi manusia menjangkausejak jutaan tahun dahulu. Pastinya, ini bermakna Adam adalah seorang anak yang memiliki ibu bapa.
Kajian sejarah manusia “homo sapiens” tentang Adam ASÙˆ yang mungkin bersesuaian dengan teks keagamaan terhad kepada period penghijrahan kelompok terpilih daripada benua Afrika ke Semenanjung Arab dan period selepas itu sahaja, iaitu sejak sekitar 70 ribu tahun dahulu.
Manusia yang wujud di muka bumi hari ini menurut analisis genetik, kesemuanya kembali kepada kelompok kecil penghijrah pertama daripada Afrika ke selatan semenanjung Tanah Arab sejak lebih kurang 70 ribu tahun dahulu. Melainkan sebahagian kabilah Afrika yang sedikit dan dianggap condong kepada homo sapiens yang tinggal tetap di Afrika.
Termasuk sebahagian manusia yang berhijrah ke Asia dan Eropah yang masing-masing kembali kepada 60 atau 40 ribu tahun dahulu. Mereka adalah kelompok-kelompok yang berasal daripada keturunan kelompok penghijrah pertama daripada Afrika ke Semenanjung Arab. Apa yang ingin kami katakan adalah: secara fizikalnya kesemua manusia yang wujud di atas muka bumi pada hari ini adalah berasal daripada keturunan Adam AS dari sudut keagamaan, melainkan sebahagian kabilah Afrika. Adam adalah daripada zuriat keturunan kelompok penghijrah pertama daripada Afrika dan Adam AS mestilah telah dilahirkan daripada kelompok penghijrah, pada period selepas penghijrahan mereka ke Semenanjung Tanah Arab, yang kemudiannya kelompok kecil ini pupus dan yang tinggal hanyalah Adam serta zuriat keturunannya yang beranak pinak dan berhijrah ke serata dunia.
Mungkin kita boleh bayangkan banyak sebab saintifik yang membawa kepada pupusnya kelompok-kelompok pertama di semenanjung Tanah Arab ini, antara sebab yang khusus adalah ketidaksesuaian untuk menjalani kehidupan, melainkan di sebelah selatan semenanjung yang mengandungi sumber air dan dengan cepat telah dilimpahi air laut masin. Bererti Adam yang berkumpul di dalam teks keagamaan dan fakta-fakta sains tidak mungkin wujud dengan cara mana sekalipun sebelum 70 ribu tahun dahulu. Bahkan menurut sesetengah-setengah teks keagamaan, Adam mestilah datang daripada keturunan kelompok penghijrah daripada Afrika ke semenanjung Arab. Teks keagamaan ini menjelaskan bahawa kelompok Afrika tersebut adalah daripada manusia “homosapiens” Afrika yang menunaikan haji 2 ribu tahun sebelum kedatangan Adam, bererti mereka adalah orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk menyembah Allah menurut kadar keadaaan, keupayaan dan pengetahuan mereka.
Daripada Zurarah berkata: Aku bertanya kepada Abu Abdillah AS: "Semoga Allah menjadikan aku tebusanmu, aku bertanyakan kamu tentang haji sejak 40 tahun, maka jelaskanlah kepadaku". Lalu beliau menjawab: "Wahai Zurarah, telah menunaikan haji ke rumah itu 2 ribu tahun sebelum Adam, kamu ingin aku menyelesaikan persoalannya dalam 40 tahun." (wasail al-Syiah, al-Hurr al-Amili, kitab al-Hajj: jilid 11, ms 253)
Oleh itu, fakta sains dan teks ini telah menyampaikan kepada kita bahawa Adam telah dilahirkan menerusi orang-orang mukallaf (yakni yang dipertanggungjawabkan dengan hukum agama) dari kalangan mereka yang berhijrah, tetapi mereka adalah daripada nafs (jiwa) yang sejenis tanpa berada di tingkatan Adam atau anak keturunannya.
Hattakan, sejarah Sumeria telah menjelaskan sesetengah teks yang sampai kepada kita bahawa asal-usul orang-orang Sumeria kembali kepada kelompok penghijrah daripada Afrika, ketikamana orang-orang Sumeria ini menamakan pendahulu-pendahulu mereka sebagai berkepala hitam.
Oleh itu, Adam dahulunya adalah daripada zuriat keturunan mereka yang berhijrah ini. Dia dan anak keturunannya telah menetap di Lembah Teluk, yang kemudiannya berlaku perselisihan yang disebutkan di dalam teks keagamaan iaitu peristiwa pembunuhan Habil dan pengusiran Qabil ke kawasan pergunungan iaitu bahagian tinggi di lembah yang subur (kawasan teluk hari ini) atau barat daya Iran hari ini. Kemudian kelompok yang terusir ini bertebaran di Asia dan Eropah, serta seluruh pelusuk dunia. Sebahagian zuriat yang berada di lembah itu kemudiannya mengikuti jejak langkah mereka pada period yang lain dan menyatu dengan mereka. Apabila berlaku banjir besar di lembah tersebut, maka kelompok kecil dari kalangan orang-orang soleh yang menetap di lembah itu telah keluar dan memulakan kehidupan baru di bahagian tengah dan selatan Iraq pada hari ini. Mudah-mudahan ungkapan orang-orang Sumeria bahawa mereka adalah baki tinggalan zuriat manusia dan ungkapan keagamaan seumpamanya yang difahami maksudnya, bahawa mereka sahajalah manusia yang terselamat daripada banjir besar. Disebabkan mereka sahajalah kelompok yang masih tinggal daripada anak keturunan Habil dan Seith, serta orang-orang soleh daripada anak keturunan Adam. Keturunan mereka ini tidak menyatu dengan keturunan Qabil dan orang-orang tidak baik daripada zuriat keturunan Adam.
Begitu juga, baki manusia yang tidak mungkin kita nisbahkan mereka kepada anak keturunan Adam dari sudut fizikalnya seperti sesetengah puak Afrika yang asal-usulnya tidak kembali kepada kelompok yang berhijrah. Mereka mungkin menjadi anak keturunan dari sudut nafs (jiwa) pada peringkat yang terkemudian daripada kelahiran Adam AS, bererti lahir pada peringkat tertentu individu-individu yang beranak pinak di tengah-tengah mereka, sedang mereka di dalam rahim-rahim ibu mereka adalah salah satu nafs (jiwa) yang diambil di alam zarr daripada Adam AS. Mereka digambarkan zuriatnya pada penciptaan nafs (jiwa) yang disempurnakan di syurga atau langit pertama.
Diterjemah dari kitab Wahmu al-Ilhad (Delusi Athiesma), mukasurat 113-131.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *