Wasi dan Utusan Imam Mahdi Dari Taurat, Injil Dan Quran: Soalan 6

Soalan 6: Saya telah menerima semua jawaban anda, saya berterima kasih atas sifat ambil berat kepada saya. Namun sesuatu yang penting telah membuatkan saya terkeliru. Anda mahu mengetahui tahap pendidikan dan keagamaan saya, sementara anda mengatakan lebih mengetahui Taurat, Injil dan Quran dari ahli-ahlinya. Jadi mengapa Imam anda tidak memberitahu anda, tentang siapa diri saya, tahap pendidikan saya agar anda dapat membuktikan kepada saya kebenaran yang anda serukan? Jadi apa jawaban anda?
Rita George,
23/Rabi 1/1426 H
Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam

Para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi juga memperolokkan Yesus. Mereka berkata, “Dia menyelamatkan orang lain, tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri! Bukankah dia raja orang Israel? Jika dia turun dari salib sekarang, kami akan percaya kepadanya! Dia percaya kepada Allah dan berkata bahawa dia Anak Allah. Mari kita lihat, adakah Allah akan menyelamatkan dia sekarang?”Mathew 27: 41-43

Dan bagaimana pula dengan orang yang melihat Musa AS tidak mengetahui bahawa tongkat yang sedang dipegang oleh tangan kanannya? Bagaimana dengan Allah SWT? Mengapa Dia bertanya kepadanya AS apa yang dipegang oleh tangan kanan mu wahai Musa?


Ahmad al Hassan

 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *