Wasi dan Utusan Imam Mahdi Dari Taurat, Injil Dan Quran: Soalan 4

Soalan 4: Kalian para Syiah mengatakan bahawa hanya ada empat wakil bagi Imam Mahdi a.s, dan tiada lagi wakil selepas mereka. Jadi apakah bukti logikal dan bukti dari Kitab-kitab Suci (Quran, Taurat dan Injil) bahawa anda adalah wakil kelima?
Rita George,
25/Rabi 1/1426 H
Jawaban: Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Di dalam Taurat, kitab 2 Raja-Raja,  fasal kedua:
1) Masanya tiba bagi TUHAN untuk mengangkat Elia ke syurga dengan angin puting beliung…..
8) Kemudian Elia menanggalkan jubahnya, menggulungnya, lalu memukul air sungai dengan gulungan itu. Kemudian air sungai itu terbelah dua sehingga Elia dan Elisa dapat menyeberangi sungai dengan berjalan di atas dasar yang kering.
9) Di situ Elia berkata kepada Elisa, “Katakanlah apa yang engkau mahu aku lakukan untukmu sebelum aku dibawa pergi.”
Elisa menjawab, “Benarkanlah saya mewarisi kuasa tuan supaya saya boleh menjadi pengganti tuan.”
10) Elia berkata, “Permintaan itu susah dikabulkan. Tetapi jika engkau nampak aku ketika aku dibawa pergi, engkau akan menerima permintaanmu. Jika tidak, engkau tidak akan menerimanya.”
11) Mereka terus bercakap-cakap sambil meneruskan perjalanan. Tiba-tiba sebuah kereta kuda berapi yang ditarik oleh beberapa kuda berapi memisahkan mereka, lalu Elia diangkat ke syurga oleh angin puting beliung. 12) Elisa nampak hal itu, lalu berseru kepada Elia, “Bapaku, bapaku! Pembela kuat Israel! Bapa sudah pergi!” Maka hilanglah Elia dari pemandangan Elisa.
Inilah keadaan Nabi dan RasulNya, Elia, dan beliau telah diangkat ke langit dan masih lagi hidup hingga sekarang. Beliau sedang melakukan banyak kerja-kerja Allah di bumiNya, namun penduduk bumi tidak dapat melihat beliau, kerana mereka buta, walaupun mata mereka terbuka luas. Begitu juga  dengan Khidir AS yang setara dengan Elia, juga diangkat dan melakukan kerja-kerja atas perintah Allah SWT di bumi. Isa AS pun begitu juga, diangkat dan melaksanakan kerja-kerja di muka bumi atas perintah Allah. Imam Mahdi Muhammad bin Al- Hassan AS juga diangkat dan menjalankan kerja di muka bumi atas perintah Allah.
Di awal pengangkatan Isa AS, beliau telah mengutuskan wasi-wasinya dan utusan-utusannya untuk memastikan kelangsungan kebenaran yang dibawanya dari Allah SWT, dan untuk menyebarkan agama Allah di bumiNya, seperti, Shimmon yang suci atau di dalam kitab injil dinamakan Shimmon Petrus (Simon Peter) dan begitu juga Yohannes Al-Barbari yang dinamakan di dalam kitab injil sebagai Yohannes Ahli Teologi (John the Theologian).  
Seterusnya, risalah dari Isa AS telah terhenti dan ini tidak bermakna terhentinya pada sebahagian zaman itu adalah terhenti terus selama-lamanya, kerana tiada bukti logikal atau dalil dari kitab-kitab suci yang menyokong perkara ini. Malah dalil  menunjukkan sebaliknya, Isa AS akan mengutuskan wakilnya apabila sampai waktu untuk kepulangannya dan ketika waktu kiamat kecil semakin hampir. Akan saya berikan buktinya seperti berikut, dengan izin Allah.
Berkaitan Imam Al Mahdi a.s, beliau telah mengutuskan empat orang wakil beliau ketika ghaibah kecil yang berlangsung selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Kemudian terhenti wakil dan pengutusan daripada Imam Mahdi AS, ini juga tidak menunjukkan bahawa terhentinya (wakil dan pengutusan) pada sebahagian zaman, bermakna ia terhenti terus. Malah dalil beliau mengutuskan utusan yang mewakilinya, apabila semakin hampir waktu kebangkitannya dan ketika kiamat kecil semakin hampir. Saya akan berikan buktinya seperti berikut, dengan izin Allah.
Sekarang, sebelum kita mengkaji soal pembuktian bahawa mereka mengutuskan seorang utusan yang mewakili mereka. Mari kita kaji terlebih dahulu urusan keempat-empat peribadi ini AS, iaitu: Khidir, Elia, Isa dan Muhammad ibn Hassan Al-Mahdi AS, adakah urusan mereka ini satu atau berbeza-beza?
Dan kebenarannya, urusan mereka adalah satu, dan mereka berada dalam kesatuan dan bukan berbeza-beza, serta tiada perselisihan antara mereka, kerana Tuhan mereka adalah satu dan mereka berkerja atas perintahNya. Dan mereka menyeru kepada kebenaran yang satu dan tujuan yang satu, iaitu hari kiamat kecil, matlamat mereka satu, iaitu untuk menyebarkan kesaksamaan, keadilan, tauhid serta penyembahan Allah di muka bumi ini, seperti yang dikehendaki oleh Allah. Mereka adalah satu dan tiada perbezaan antara mereka, mereka menuntut satu matlamat dan tujuan, dan Tuhan mereka adalah satu, maka utusan dari mereka juga perlu satu, dan dia juga adalah utusan dari Allah, kerana mereka semua berkerja atas perintah Allah. Oleh itu, sesiapa jua yang mewakili mereka mewakili Allah, dan sesiapa yang menggantikan mereka  di muka bumi,  maka dia juga mengganti Allah, kerana mereka adalah khalifah Allah di muka bumi.
Sekarang kami sebutkan bukti-bukti bahawa mereka akan mengutuskan utusan apabila sudah tiba masa untuk kiamat kecil dan pemerintahan keadilan Illahi, dan sedikit bukti sudah memadai ruang yang terhad untuk berbicara dengan terperinci.  
Pertama:
1) Di dalam Quran:
a) Allah (swt) bersabda:
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap yang jelas nyata,Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia, sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”. (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!”.Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata: “Dia seorang yang diajar, dia juga seorang yang gila!” Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya). (44:10-16)
Dan asap ini adalah satu penyiksaan, dan penyeksaan akan menyusuli penyampaian mesej. Allah swt berfirman:
Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang pembawa risalah(untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (17:15)
Asap dan siksaan ini adalah hukuman kepada manusia yang menolak utusan tersebut semasa beliau ada di kalangan mereka, seperti yang jelas di dalam ayat tersebut:
Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar, dia juga seorang yang gila!”(44:14)
Asap atau siksaan ini ditunjukkan agar penduduk bumi beriman dengan utusan ini selepas ia menyelubungi mereka, seperti mana siksaan menyelubungi umat Yunus a.s.
Asap dan siksaan ini berkait dengan kiamat kecil, malah sebenarnya ia adalah satu serangan kecil seperti yang disebut jelas dalam ayat tersebut, kerana tiada apa yang tinggal selepasnya, melainkan serangan besar dan pembalasan dendam ke atas penzalim.  
Jadi asap itu adalah salah satu tanda kemunculan Al Qaim, dan ini telah disebut oleh para Imam a.s bahawa ia berkaitan dengan seorang utusan, malah ini disebabkan oleh penduduk bumi menolak utusan ini, maka ia menjadi hukuman ke atas mereka.
Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
Jadi, siapakah utusan ini, dan siapa yang menghantar beliau.
b) Allah (swt) berfirman:
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul  dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata.Dan juga orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.itu adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
Bermakna, bersama dengan selain mereka yang masih belum menyertai mereka, Allah swt akan mengutuskan utusan dari kalangan mereka, untuk membaca kepada mereka wahyuNya dan menjadikan mereka semakin membesar dan demi mengajarkan mereka kitab dan hikmah.
Dan sudah pasti, Muhammad s.a.w.a bukan orang yang membacakan kepada mereka yang lain, yang datang selepas kembalinya baginda kepada Allah, maka pasti ada seorang lagi utusan yang dihantar kepada Ummiyin, yakni Ummul Qura di zamannya, dan beliau mempunyai kualiti ini; membaca wahyu dan mendidik manusia, iaitu untuk menyucikan mereka agar mereka memandang ke arah Kerajaan Langit dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah.  
c) Allah (swt) berfirman:
Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing  maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya. (10:47)
Di dalam sebuah hadis dari Jabir, dari Jaafar AS, apabila ditanya tentang tafsir ayat ini:
Beliau AS bersabda: Mempunyai makna tersembunyi, iaitu untuk setiap abad akan ada utusan dari keluarga Muhammad kepada umat ini, yang muncul di masanya sebagai utusan kepada mereka dan mereka adalah wali dan utusan. Berkenaan:  setelah datang Rasul masing-masing  maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil, ia bermakna utusan tersebut akan berhukum dengan adil dan mereka tidak teraniaya, seperti yang difirmankan oleh Allah SWT.
Dan ini adalah memadai, jika tidak, ini akan mengambil lebih masa jika kita mengkaji bukti-bukti Quran.
2. Terdapat banyak hadis dari Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Shiah dan Sunnah menunjukkan kewujudan seorang Mahdi dan Qaim yang mendahului Imam Mahdi AS, dan figur ini berkait rapat dengan beliau, utusan dari beliau AS, dia adalah orang kanannya(Yamin) dan seorang khalifah.
Dan wasiat Nabi Allah SAW menunjukkan figur ini dengan nama dan status, beliau adalah Mahdi Pertama, namanya Ahmad, beliau adalah keturunan Imam Mahdi AS.
Para Imam AS juga menceritakan ciri orang ini yang diutuskan oleh Imam Mahdi AS dengan namanya, tempatnya dan sifatnya, bahawa namanya Ahmad dan berasal dari Basrah dan..dan.. dan.. Saya memohon maaf kerana tidak menyebut hadisnya, demi memastikan keringkasan, untuk maklumat lanjut, harap boleh merujuki buku-buku tulisan pengikut Imam Mahdi AS seperti:  (Al-Balagh Al-Mubeen), (Al-Radd Al-Hassem), dan (Al-Radd Al-Qassem), juga dalam beberapa kenyataan yang saya telah sebutkan riwayat ini, yang diriwayatkan dari Ulama Shiah Senior beratus tahun yang lepas, dari Nabi, Imam dan sesetengah riwayat ini disebutkan oleh ulama Sunni dalam kitab karangan mereka.
Kedua: Di dalam Taurat
a)Kitab Isaiah:
Maka dia akan mendirikan suatu panji bagi bangsa-bangsa, dan dihimpunkan-Nyalah mereka itu dari pada segala ujung bumi; bahwa sesungguhnya dengan pantas dan dengan segera juga mereka itu akan datang. Di antara mereka itu seorangpun tiada yang akan penat dan seorang pun tiada yang akan tergelincuh, seorangpun tiada yang akan mengantuk atau tertidur, atau terurai ikat pinggangnya atau terlepas tali kasutnya.Anak panahnya tajam selalu dan busurnyapun selalu terbentang dan kuku kaki kudanya akan seperti batu dan jenteranya seperti puting beliung. Penderu mereka itu akan seperti bunyi singa betina, seperti pengaum-aum singa yang buas, dengan gempita mereka itu akan menerkam jarahan dan membawa lari akan dia, sehingga seorangpun tiada yang dapat meluputkan dia. Maka pada hari itu penderu mereka itu akan seperti menderu laut! Pada masa itu orang akan melihat berkeliling negeri, tetapi sesungguhnya akan kegelapan belaka dan kepicikan, apabila terang dari langitpun sudah menjadi gelap.
Chapter 5: 26-30
Dan kualiti-kualiti ini; tiada seorang pun akan yang akan mengantuk atau tertidur..dan..dan.. adalah kualiti para sahabat Al Qaim AS seperti yang disebut dalam riwayat Aali Muhammad AS, jadi siapakah yang akan mendirikan panji? (Maka dia akan mendirikan suatu panji bagi bangsa-bangsa)?
Beliau adalah orang yang akan meminta bai’ah dan mengumpulkan Ansar untuk Imam Al Mahdi AS, Isa AS, Elya AS dan Khidr AS.
1 Keturunan Raja Daud seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja Daud.
2Kuasa TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya. Dia mengenal kehendak TUHAN dan menghormati Dia.
3Dia suka mentaati TUHAN. Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang ataupun berdasarkan kata orang.
4 Dia menghakimi perkara orang miskin dengan adil, dan membela hak orang yang lemah. Dengan perintahnya bumi dihukum, dan orang jahat akan dibinasakan.
5 Dia akan memerintah umatnya dengan adil dan jujur.
6 Serigala akan tinggal dengan domba, dan harimau bintang akan berbaring di samping anak kambing. Anak lembu dan anak singa akan makan bersama-sama,
dan kanak-kanak akan menjaga semuanya.
7 Lembu dan beruang akan makan bersama-sama, dan anak lembu akan berbaring di samping anak beruang. Singa akan makan rumput seperti lembu.
8 Bahkan bayi tidak akan cedera, apabila bermain dekat ular berbisa.
9 Di Sion, Bukit Suci Allah, tiada apa-apa pun yang jahat atau berbahaya. Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHAN sebagaimana lautan penuh dengan air.
10 Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja Daud akan menjadi tanda kepada bangsa-bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur.
Chapter 11: 1-10
Semua peristiwa ini adalah memadai untuk kiamat kecil, dan tidak pernah terjadi sebelumnya, melainkan ketika daulah keadilan Illahi.
Berkaitan Yassa, beliau di kenali di dalam Taurat sebagai bapa Daud AS, dan ibu Imam Mahdi AS adalah keturunan Daud AS.
Dan kisah beliau secara ringkas adalah,
Beliau adalah seorang puteri, datuk beliau adalah Kisra Romawi, beliau melihat Isa AS dan khalifahnya, Shimmon Petrus serta Nabi Muhammad SAW di dalam tidurnya. Dan Nabi Muhammad SAW pergi bertemu Isa AS dan mencadangkan perkahwinan antara beliau dan anak baginda SAW Imam Hasan al Askari, jadi Isa AS berkata kepada Shimmon Petrus: “Kemuliaan yang besar telah datang kepada mu, kerana beliau adalah keturunan Shimmon, khalifah Isa AS..” Dan beliau melihat banyak mimpi selepas itu. Kemudiannya beliau ditawanm dan banyak sekali mukjizat yang terhadi sehingga beliau sampai ke rumah Imam Ali al Hadi AS yang menguruskan perkahwinan dengan anaknya Imam Hassan Askari, lalu mengandungkan Imam Muhammad al Mahdi AS.  
Jadi Imam Mahdi, Muhammad ibn Al Hassan al Askari adalah keturunan Israel(Yaakob AS) di sebelah ibunya, dan keturunan Nabi Muhammad SAW di sebelah bapanya.  
Maka memang benar, beliau adalah keturunan Yassa.
Maka benarlah juga bahawa dua belas Mahdi adalah satu cabang dari dari keturunan Yassa, kerana mereka adalah keturunan Imam Al Mahdi AS.
Mahdi yang Pertama, bernama Ahmad seperi yang wujud dalam riwayat Nabi Muhammad SAW dan para Imam AS, adalah utusan Imam Al Mahdi, khalifah beliau serta Yamin beliau. Beliau adalah yang pertama beriman kepada Imam al Mahdi AS di awal kezuhurannya sebelum bangkit dengan pedang, dan ini mencukupi, demi keringkasan, dan jika anda mahu membaca lagi dari Taurat surah 13,42, 43, 44, 49, 63, 65, 66 dari Kitab Isaiah dan berfikirlah tentang kandungannya.
b) Kitab Daniel:
…Dalam penglihatan itu tuanku nampak sebuah patung di hadapan tuanku…Ketika tuanku sedang memandangnya, sebuah batu besar jatuh dari tebing dengan sendirinya, dan menimpa kaki patung yang dibuat daripada besi dan tanah liat itu, lalu menghancurkannya. Dengan serta-merta patung itu roboh dan menjadi timbunan besi, tanah liat, gangsa, perak, dan emas yang hancur luluh seperti debu di tempat mengirik gandum pada musim panas. Lalu angin pula meniupnya tanpa meninggalkan sebarang kesan. Tetapi batu itu menjadi sebuah gunung yang memenuhi seluruh bumi..
Surah 2: 31, 34, 35
Batu ini yang memusnahkan kerajaan penzalim dan syaitan di muka bumi ini adalah utusan Imam Al Mahdi AS dan juga dari Isa AS, Eliya AS serta Khidr AS.
yang aku lihat pada malam itu:
Angin kencang bertiup dari semua penjuru dan memukul permukaan laut.  Tiba-tiba muncullah empat binatang raksasa dari laut. Tiap-tiap satu binatang itu berlainan rupanya. Yang pertama rupanya seperti singa, tetapi mempunyai sayap seperti sayap burung helang. Sedang aku memandang, sayapnya tercabut daripadanya. Binatang itu terangkat dari tanah, dan ditegakkan pada kakinya seperti manusia, dan diberikan akal manusia.
Binatang kedua rupanya seperti beruang dan berdiri di atas kaki belakangnya. Binatang itu sedang menggigit tiga tulang rusuk. Lalu terdengar suara yang berkata, “Makanlah daging sebanyak yang kau suka!”
Sedang aku memandang, seekor lagi binatang muncul. Rupanya seperti harimau bintang, tetapi belakangnya mempunyai empat sayap seperti sayap burung. Binatang itu mempunyai empat kepala, dan kelihatan berwibawa.
Sedang aku memandang, binatang keempat pula muncul. Binatang itu sangat kuat, dahsyat, dan mengerikan. Dengan gigi besinya yang besar, binatang itu meremukkan mangsanya, lalu menginjak-injaknya. Berbeza dengan binatang-binatang yang sebelumnya, binatang itu mempunyai sepuluh buah tanduk. Semasa aku merenung tanduk-tanduk itu, aku nampak sebuah lagi tanduk yang kecil muncul di antaranya. Tanduk itu menyingkirkan tiga buah tanduk yang ada di situ. Tanduk kecil itu mempunyai mata seperti mata manusia, dan mulut yang bercakap dengan sombong.
Penglihatan tentang Dia Yang Hidup Selama-lamanya
Sementara aku memandang, beberapa buah takhta disusun. Dia yang hidup selama-lamanya bersemayam di atas salah sebuah takhta itu. Pakaian-Nya putih seperti salji, dan rambutnya putih seperti bulu domba. Takhta-Nya mempunyai roda yang bernyala-nyala dengan api, dan api mengalir dari takhta-Nya. Beribu-ribu orang berada di situ untuk melayani Dia, dan berjuta-juta orang berdiri di hadapan-Nya. Kemudian mahkamah pengadilan memulakan pembicaraan, dan kitab-kitab dibuka.
Sementara aku memandang, aku masih mendengar suara tanduk kecil itu bercakap dengan sombong. Sedang aku memandang, binatang keempat itu dibunuh, dan bangkainya dibuang ke dalam api hingga musnah.Binatang-binatang yang lain, dicabut kuasanya tetapi dibenarkan hidup sehingga waktu yang ditentukan.
Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia. Dia datang diliputi awan, lalu menghampiri Dia yang hidup selama-lamanya, dan dihadapkan kepada-Nya. Dia diberikan kuasa, kehormatan, dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa mengabdikan diri kepadanya. Kuasanya akan kekal, dan pemerintahannya tidak akan berakhir.Penglihatan itu menakutkan aku dan aku amat gelisah. Aku menghampiri salah seorang yang berdiri di situ dan meminta dia mentafsirkan penglihatan itu. Dia pun mentafsirkanya. Orang itu berkata, “Empat binatang yang besar itu ialah empat buah kerajaan yang akan muncul di bumi.  Tetapi umat Allah Yang Maha Tinggi akan menerima kuasa untuk memerintah selama-lamanya.”
Kemudian aku hendak tahu tentang binatang yang keempat itu, yang tidak sama dengan yang lain-lain itu; binatang yang menakutkan dan meremukkan mangsanya dengan kuku gangsa dan gigi besinya, lalu menginjak-injak mangsanya. Aku hendak tahu tentang sepuluh buah tanduk di kepalanya, dan tentang tanduk kecil yang muncul kemudian, yang menyebabkan tercabutnya tiga buah tanduk yang lain. Tanduk kecil itu mempunyai mata dan mulut yang bercakap dengan sombong. Tanduk kecil itu lebih menakutkan daripada tanduk-tanduk yang lain. Semasa aku memandang, tanduk kecil itu berperang dengan umat Allah dan menaklukkan mereka. Lalu Dia yang hidup selama-lamanya datang dan memberikan keputusan yang memihak umat Allah Yang Maha Tinggi. Masanya telah tiba bagi umat Allah menerima kuasa untuk memerintah. Inilah tafsiran yang diberikan kepadaku: “Binatang keempat itu ialah kerajaan keempat yang akan muncul di bumi dan berbeza dengan kerajaan yang lain. Kerajaan itu akan menghancurkan seluruh bumi serta menginjak-injaknya. Sepuluh tanduk itu ialah sepuluh orang raja yang akan memerintah kerajaan itu. Kemudian seorang raja lain akan muncul. Dia berbeza sekali dengan raja-raja yang terdahulu, dan akan mengalahkan tiga orang raja. Dia akan menentang Allah Yang Maha Tinggi dan menindas umat Allah. Dia akan cuba mengubah hukum dan perayaan agama mereka dan umat Allah akan ditakluknya selama tiga tahun setengah. Kemudian mahkamah pengadilan syurga akan bersidang dan merampas kuasanya, serta membinasakannya sehingga musnah. Kuasa serta kebesaran segala kerajaan di bumi akan diberikan kepada umat Allah Yang Maha Tinggi. Kuasa mereka untuk memerintah tidak akan berakhir, dan semua penguasa di bumi akan mengabdi kepada mereka serta mentaati mereka.”
Demikianlah kisah mimpi itu. Aku begitu takut sehingga mukaku pucat dan aku menyimpan segala perkara itu dalam hatiku.
Chapter 7: 2-28
Singa bersayap melambangkan Empayar Inggeris yang ditegakkan di Eropah dan logonya adalah singa bersayap. Tentang beruang ia adalah logo Soviet dan   “Makanlah daging sebanyak yang kau suka!” bermaksud terbunuhnya ramai manusia… Berkenaan haiwan keempa yang diperbuat dari besi adalah empayar Amerika yang menguasai bumi dengan ketenteraan dan wang.
“Dia yang hidup selamanya” adalah Imam al Mahdi AS, “anak seorang lelaki”(son of man) adalah Isa AS, dan pengakhiran Amerika seperti yang diberitahu Daniel, ia akan dibakar dengan api.  
Imam al Mahdi AS, Isa AS, Eliya AS dan Khidr AS akan datang semasa kiamat kecil. Dan ia merupakan satu penghakiman, siksaan dan pengjatuhan para penzalim, namun adakah benar siksaan akan datang sebelum diberi amaran? Jadi siapakah pemberi amaran?
Haruslah ada seorang utusan dari mereka yang memberi janji dan amaran kepada manusia, sebelum kemunculan mereka. Maka, untuk Taurat, ini sudah memadai demi keringkasan.
Ketiga: Di dalam Gospel.
..Kamu akan mendengar riuh pertempuran dan berita peperangan..“Kamu akan melihat ‘Bencana yang Dahsyat’ yang dikatakan oleh Nabi Daniel, di tempat yang suci itu…Tetapi kerana umat pilihan Allah, Dia memendekkan masa itu…Sesungguhnya Anak Manusia akan datang seperti kilat yang memancar di seluruh langit, dari timur sampai ke barat..Tidak lama selepas kesusahan masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya..
Matthew 24: 6, 15, 22, 27, 29
Di dalam surah ini, Isa AS menyebutkan tanda-tanda kiamat kecil, seperti yang disebutkan oleh Muhammad SAW dan para Imam AS, peperangan dan gerhana matahari dan bulan… dan “Bencana yang Dahsyat”(Amerika).. dan apa yang penting adalah beliau menyatakan di awal kemunculannya iaitu “dari timur dan barat”. Timur di sisi Isa AS di waktu itu adalah Iraq, dan kilat yang keluar dari timur dan bersinar ke barat adalah Ibrahim AS, kerana beliau keluar dari Iraq dan muncul di Tanah Suci.
Dan Isa AS menyebut tentang John: bahawa beliau adalah Elya, bermakna seperti Elya.
Tetapi Aku berkata kepada kamu, Elia sudah datang namun orang tidak mengenal dia; mereka memperlakukan dia dengan sesuka hati mereka. Dengan cara yang sama mereka akan memperlakukan Anak Manusia.”Barulah pengikut Yesus mengerti bahawa Yesus berkata-kata tentang Yohanes Pembaptis.
Matthew 17: 12, 13
Dan Isa AS mengatakan tentang John AS:
Jika kamu mahu percaya kepada perkhabaran mereka, Yohanes itulah Elia yang kedatangannya sudah dinubuatkan. Jika kamu bertelinga, dengarlah!
Matthew 11: 14, 15
Oleh itu, dapatlah dikatakan tentang utusan yang akan dihantar Imam Al Mahdi AS dan mereka yang bersama beliau, dan mereka adalah Isa, Elya dan Khidr AS, yang akan keluar dari Iraq, adalah kemunculan Isa AS dalam maksud ini, seperti kemunculan John mewakili kemunculan Eliya pada waktu yang disebutkan dan utusan ini boleh jadi dari umat yang lain, malah sebenarnya beliau dari umat yang lain, seperti sabda Isa AS:
Yesus berkata lagi, “Ketahuilah! Hak untuk menikmati Pemerintahan Allah akan diambil daripada kamu, lalu diserahkan kepada umat yang memberikan hasil yang dikehendaki oleh Allah.”
Matthew 21: 43
Dan Isa AS bersabda:
Oleh itu, kamu pun hendaklah sentiasa bersedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.Siapakah hamba yang setia dan bijak? Dialah orang yang ditunjuk tuannya menjadi pengurus rumah tangganya. Tuannya juga menyuruh dia memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktu yang ditentukan.Alangkah bahagianya hamba itu, jika dia didapati menjalankan tugas pada masa tuannya kembali.
Matthew 24: 44, 45, 46
Siapakah hamba yang setia dan bijak ini? Selain dari seorang utusan dari Imam Al Mahdi, Isa, Elya dan Khidr?
Dan Isa AS bersabda:
Tetapi sekarang Aku akan pergi kepada Dia yang mengutus Aku, tetapi tidak seorang pun daripada kamu bertanya, ‘Ke mana Guru mahu pergi?’ Sekarang kamu sedih, kerana Aku sudah memberitahu kamu hal ini. Tetapi apa yang Aku katakan kepada kamu benar: Untuk kebaikan kamu, lebih baik Aku pergi. Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Tetapi jika Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepada kamu. Apabila Dia datang kelak, Dia akan membuktikan kepada orang dunia bahawa pendapat mereka tentang dosa, tentang apa yang benar, dan tentang hukuman Allah, semuanya salah. Pendapat mereka tentang dosa salah, kerana mereka tidak percaya kepada-Ku. Pendapat mereka tentang apa yang benar itu salah, kerana Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak akan melihat Aku lagi. Pendapat mereka tentang hukuman Allah pun salah, kerana penguasa dunia ini sudah dihukum.
John 16: 5-11
Jadi, siapakah Penolong yang akan dihantar? Dan siapakah yang akan membuktikan kepada dunia dosa mereka dan ketidak imanan serta pembunuhan mereka terhadap para Nabi dan Rasul, dan meninggalkan kebenaran para Nabi dan wasiat mereka, membazirkan nasib mereka di dalam kiamat kecil serta menghampakan putera dunia ini iaitu Imam Al Mahdi AS, dan Isa AS bersabda:  
Banyak lagi yang hendak Aku katakan kepada kamu, tetapi sekarang ini kamu belum sanggup menerimanya. Tetapi apabila Roh yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah itu datang, Roh akan membimbing kamu supaya mengetahui segala kebenaran itu. Roh tidak akan mengatakan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akan mengatakan apa yang didengar-Nya dan memberitahu kamu perkara-perkara yang akan berlaku. Roh akan memuliakan Aku, kerana apa yang dinyatakan oleh Roh kepada kamu, diterima daripada Aku.
John 16: 12-14
Diriwayatkan dari Abi Abdullah AS:
Ilmu itu 27 huruf, dan semua yang dibawa oleh para Nabi adalah dua huruf, maka sehingga hari ini manusia hanya mengetahui dua huruf, jadi apabila Qaim kami bangkit, beliau akan mengeluarkan 25 huruf, dan mengeluarkannya kepada manusia serta menambah kepada 2 huruf yang telah dikeluarkan menjadi 27 huruf.
Dan saya fikir walaupun jawaban di atas ringkas, ianya mencukupi bagi mereka yang bertanya akan kebenaran. Dan jika kamu mahukan lagi, banyak lagi boleh di dapati dari mimpi Yohanes Pembabtis yang tidak saya sebutkan demi menjaga keringkasan.
Dan saya ingatkan anda ketika Allah mengutuskan Isa AS kepada Bani Israel, mereka berkata:
Tetapi Natanael berkata, “Bolehkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?”
John 1: 46
Dan mereka berkata:
“Adakah kamu juga berasal dari Galilea? Kajilah Alkitab dan kamu akan tahu bahawa tidak ada nabi yang berasal dari Galilea?”
John 7: 52
Dan mereka berkata:
Yang lain berkata, “Dia Penyelamat yang diutus oleh Allah!”
Tetapi yang lain pula berkata, “Penyelamat yang diutus oleh Allah tidak datang dari Galilea! Di dalam Alkitab tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Raja Daud dan akan dilahirkan di kota Betlehem tempat asal Raja Daud.”
John 7: 41, 42
Dan akhir kata, nasihat saya pada anda adalah untuk memikirkan ayat ini.. ia ditulis di dalam Taurat
Percayailah aku dengan sepenuh hati mu dan janganlah bergantung kepada pemahaman mu. Kenalilah Aku dalam pelbagai cara mu dan Aku akan menunjuki mu jalan. Jangan menjadi bijak dalam pandangan mu, muliakan Aku dan luruskan diri mu dengan ayat ku.

Ahmad al Hassan

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *