Wasi dan Utusan Imam Mahdi Dari Taurat, Injil Dan Quran: Soalan 2

Soalan 2: Bagaimana anda mengatakan bahawa Isa AS akan muncul di akhir zaman dan bersolat di belakang seseorang yang anda katakan bukan seorang Nabi dan namanya adalah Muhammad al Mahdi? Bagaimana seorang Nabi boleh bersolat di belakang seorang lelaki yang bukan Nabi?
Rita George,
16/Safar/1426 H
Jawaban : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Saudari, bersolatnya Isa bin Maryam AS dibelakang Imam Al Mahdi dapat ditafsirkan dengan dua cara:
Pertama: Bahawa Imam al Mahdi AS berkedudukan lebih tinggi daripada Isa AS, dan sudah semestinya beliau bukan lebih baik melainkan beliau mempunyai status Nubuwwah. Maka dalam hal ini, tiada tempat untuk keraguan yang dibangkitkan oleh anda.
Dan walaupun saya mempercayai sedemikian, saya tetap akan membangkitkan kemungkinan kedua dan menjawabnya.
Kedua: Bahawa Isa AS adalah lebih baik daripada Imam Mahdi AS, dan  dalam kes ini, kekeliruan yang anda bangkitkan akan mempunyai "kedudukan" dalam skop pencarian kebenaran dan realiti.
Dan jawabannya ada di dalam Taurat dan Injil atau Perjanjian Lama dan Baru, juga dalam Quran.
Dari Taurat atau Perjanjian lama, saya pilihkan untuk anda kisah Saul (Talut) dan Daud AS, Daud  AS adalah seorang Nabi Allah dan lebih baik dari Talut, namun di awalnya, Daud AS adalah seorang tentera di bawah pimpinan Talut AS, dan berbuat sepertimana diarahkannya dan pengikut beliau. Ini kerana Talut AS adalah raja lantikan Allah SWT. Daud AS membunuh Jalut (semoga Allah melaknatnya) semasa beliau menjadi salah seorang dari tentera Talut. Bacalah Samuel Bab 17 di dalam Taurat dan kisah Talut di dalam Quran.
Dan dari injil atau Perjanjian Baru, saya pilihkan untuk anda kisah Isa AS dan Yahya AS (John atau Yohannes). Isa AS adalah lebih baik daripada John, namun Isa AS telah dibaptiskan oleh Yahya AS, walaupun ia adalah berkaitan perkara pemberian berkat, pembersihan dan  penyucian,  dan pada kedudukan ini, Yahya AS adalah hujjah Allah ke atas  Isa AS. Menurut Injil Matius, fasal 3:
13) Pada masa itu Yesus meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan. Di situ Dia menemui Yohanes dan minta supaya dibaptis olehnya.
14) Tetapi Yohanes cuba menolak permintaan itu. Dia berkata, “Sayalah yang seharusnya dibaptis oleh Tuan. Tetapi Tuan pula yang datang kepada saya!”
15) Tetapi Yesus menjawab, “Untuk sekarang ini biarlah demikian, kerana dengan jalan ini kita akan melaksanakan segala yang dikehendaki oleh Allah.” Yohanes pun bersetuju.
16) Setelah Yesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Yesus nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya.
Dan di dalam kedua kes ini, Daud dan Isa  AS keduanya adalah lebih baik dari pada Yahya dan Talut AS, dan segala pujian hanya bagi Allah swt.

Ahmad al Hassan

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *