Wasi dan Utusan Imam Mahdi Dari Taurat, Injil Dan Quran: Soalan 1

Artikel ini merupakan kutipan dari buku “Wasi dan Utusan Imam Mahdi Dari Taurat, Injil Dan Quran.”
Buku ini mempunyai beberapa soalan yang dihantar melalui internet dari seorang wanita Kristian kepada Sayed Ahmad Al Hassan, berserta jawaban dari beliau terhadap soalan-soalan ini.
Kami menerbitkan soalan dan jawaban ini kerana mempercayai, dengan berbuat demikian, akan memberi manfaat yang besar. Banyak sekali soalan yang dihantar kepada Sayed Ahmad al Hassan AS melalui internet telah dijawab oleh beliau AS, utusan dan khalifah Imam Mahdi AS, dan ini juga akan diterbitkan. InsyaAllah.
Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada [agama]-Nya orang yang kembali [kepada-Nya]. (Shura:13)
Tuhan memilih Rasul-RasulNya dan memberi petunjuk kepada para Rasul, yang kembali kepadaNya dan memerangi “Aku”, dan membunuh “diri”nya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jadi sebanyak mana wujud “Aku” dalam diri manusia, maka semakin lambat manusia itu menerima petunjuk ke jalan kebenaran dan mengenali seseorang Rasul.
Di dalam sebuah doa daripada Imam Mahdi AS:
“Ya Allah, kenalkanlah aku dengan diriMu, kerana jika Engkau tidak mengenalkan aku dengan diriMu, maka aku tidak akan pernah mengenali Rasul Mu.” (Al-Kafi, jilid 1, halaman 337)
Dan bagaimana mungkin mengenali Allah bagi orang yang tidak membunuh “diri” (keegoan, nafsu) nya? Bagaimana mungkin mengenal Allah, seseorang yang dirinya telah dikuasai oleh penyakit Iblis (laknat Allah ke atasnya)?
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” (Al Araf:12)
Sayed Ahmad al Hassan
Utusan dan Wasi Imam Mahdi
Semoga Allah memberi kekuasaan kepadanya di muka bumi.
Soalan 1: Apakah kandungan dan objektif seruan anda?
Rita George,
16/Safar/1426 H
Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Isa(as) bersabda: "Bukan dengan makanan semata-mata seseorang anak Adam itu hidup, tetapi dia hidup dengan perkataan Allah,” dan aku, hamba Allah  mengatakan pada kamu: Dengan makanan matinya anak adam, dan dengan perkataan Allah anak Adam itu hidup.  
Seruan saya adalah seperti seruan Nuh AS, dan seruan Ibrahim AS, dan seruan Musa AS, dan Seruan Isa AS, dan seruan Muhammad SAW.
Untuk menyebarkan Tauhid di setiap penjuru bumi ini, objektif para Nabi dan wasi adalah objektif ku. Dan untuk menerangkan Taurat, Injil dan Quran serta segala perkara yang kalian percanggahkan di dalamnya. Dan untuk menjelaskan penyelewengan ulama Yahudi, Nasrani dan Muslimin, serta keluarnya mereka dari syariat ketuhanan dan pertentangan mereka terhadap wasiat para nabi AS.
Keinginanku adalah keinginan Allah swt dan kehendaknya, agar penduduk bumi tidak mahukan apa-apa melainkan apa yang Allah mahukan, agar bumi ini dipenuhi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.
Untuk mengenyangkan yang lapar dan tiada orang miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan mereka yang lama, dan agar para balu dapat dipenuhi keperluan materialistik  mereka dengan maruah dan kemuliaan… dan..dan..dan.. melaksanakan perkara yang paling penting dalam syariat, iaitu keadilan, belas kasihan dan kejujuran.
Dan saya berharap anda dapat berterus-terang menjelaskan kepercayaan anda tentang Isa bin Maryam kepada saya , dan sandarkan kepercayaan anda itu dengan ayat-ayat dari Injil, agar mudah bagi saya untuk menerangkan kebenaran buat anda dan semua yang mencarinya, yang takut akan dua kiamat, iaitu yang kecil dan yang besar, serta takutkan hari pembalasan dan takutkan Allah SWT.

Ahmad al Hassan

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

4 thoughts on “Wasi dan Utusan Imam Mahdi Dari Taurat, Injil Dan Quran: Soalan 1

  1. salam…. ya akhiena … nama saya Akbar dari Indonesia, saya seorang penganut syiah. Tahun 2004, saya berpindah dari ahlusunnah menjadi syiah. saya sudah baca tentang klaim alyamani dari Ahmad Hassan. Terus terang saya bimbang dengan apa yang saya yakini sekarang. saya ingin berbicara dengan Anshar yang tinggal di Indonesia.Ini nomor telephon saya 08562140355. mohon petunjuk . salam

    1. wasalam wr wb. Setakat ini kami masih tidak mempunyai apa-apa contact dari Anshar Indonesia. Yang ada hanya di Facebook. InsyaAllah, apa-apa persoalan tuan boleh utarakan di sini, atau mungkin tuan punya akaun facebook?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *