Sahibul Amr Berperang Selama 8 Bulan Sebelum Imam Mahdi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً
Pada artikel yang lepas, saya telah bawakan beberapa hadis yang saling berkait bagi membuktikan siapakah lelaki dari Ahlulbait Imam Mahdi AS yang berperang sebelum kemunculannya. Tanpa takwilan, hadis-hadis ini mencukupi bagi akal yang mahu berfikir. Saya juga ada menyatakan bahawa, jika hendak diikutkan,banyak lagi yang boleh ditunjukkan, disusun puzzle-puzzle hadis ini, insyaAllah. Kali ini, akan ditunjukkan bahawa lelaki yang akan muncul sebelum Imam Mahdi AS ini juga merupakan Sahibul Amr.
Kata kunci di sini adalah lapan bulan.
Saya mulakan.
وأخرج نعيم بن حماد، عن علي بن أبي طالب قال: يخرج رجل قبل المهدي من أهل بيته بالمشرق، يحمل السيف على عاتقه ثمانية عشر شهرا، يقتل ويمثل ويتوجه
إلى بيت المقدس فلا يبلغه حتى يموت.
Amirul mu`minin dalam ucapannya: “Akan muncul seorang laki dari timur sebelum al-Mahdi dari keluarganya. Ia membawa pedang di atas pundaknya selama lapan bulan, membunuh dan membunuh dan bergerak menuju Baitul Maqdis.” (al-Mumhidun/al-Kurani, 110)
Seperti yang dapat kita semua lihat, lelaki dari keturunan Imam Mahdi AS ini akan berperang selama lapan bulan. Ini bertepatan dengan hadis berikut, yang menunjukkan Sahibul Amr berperang selama lapan bulan,
– حدثنا أبي رضي الله عنه قال: حدثنا محمد بن يحيى العطار قال: حدثنا جعفر بن محمد بن مالك قال: حدثني حمدان بن منصور، عن سعد بن محمد، عن عيسى الخشاب قال: قلت للحسين بن علي عليهما السلام: أنت صاحب هذا الامر؟ قال: لا ولكن صاحب الامر الطريد الشريد الموتور بأبيه، المكني بعمه (1)، يضع سيفه على عاتقه ثمانية أشهر (2).
Dari Isa Al Kashab yang berkata; Aku berkata kepada Al Hussain Ibn Ali AS: "Adakah kamu adalah Sahibul Amr?" Beliau AS bersabda: "Bukan, tetapi Sahibul Amr adalah yang ditinggalkan(tareed), pelarian(shareed), mawtoor oleh bapanya, dan gelaran beliau adalah pakciknya, beliau akan mengangkat senjata di atas bahunya selama lapan bulan." (Kamaluddin halaman 318)
Imam Hussain AS telah menafikan dirinya sebagai Sahibul Amr lalu menyatakan bahawa sahibul amr akan mengangkat senjata selama lapan bulan. Naluri pihak penentang akan cepat mengatakan bahawa Sahibul Amr dalam hadis di atas ini sebagai Imam Mahdi AS. InsyaAllah, dengan ciri-ciri yang disebutkan di atas, jelas kita perlukan sedikit lagi detail bagi mendapat pandangan yang lebih jelas. Kita tidak perlu membuat takwilan yang dipaksakan seperti golongan pentaqlid marajik, insyaAllah, jika kurang jelas, kita perlu rujukkan kepada sumber yang lebih jelas.
عن أبي بصير قال سمعت أبا جعفر الباقر (ع): يقول في صاحب هذا الأمر سنن من أربعة أنبياء سنة من موسى و سنة من عيسى و سنة من يوسف و سنة من محمد صلوات الله عليهم أجمعين فقلت ما سنة موسى قال خائف يترقب قلت و ما سنة عيسى فقال يقال فيه ما قيل في عيسى قلت فما سنة يوسف قال السجن و الغيبة قلت و ما سنة محمد ص قال إذا قام سار بسيرة رسول الله ص إلا أنه يبين آثار محمد و يضع السيف على عاتقه ثمانية أشهر هرجا هرجا حتى رضي الله قلت فكيف يعلم رضا الله قال يلقي الله في قلبه الرحمة الغيبة للنعماني ص : 161
Abi Basir telah berkata: Aku telah mendengar Al Baqir (a.s) berkata: [“Sohibul Amr akan mempunyai Sunnah empat Nabi: Sunnah Musa, sunnah Isa, sunnah Yusuf dan sunnah Muhammad (alaihimus salam).” Aku berkata: “Apakah sunnah Musa ?” Dia (a.s) berkata: “ketakutan dan melarikan diri” Aku berkata lagi: “Apakah Sunnah Isa?” Dia (a.s) berkata: “ Dia akan dituduh sepertimana Isa dituduh.” Apakah sunnah Yusuf?” Dia (a.s) berkata: “penjara dan pemencilan.” Aku berkata: “Apakah pula sunnah Muhammad (sawas)?”  Dia (a.s) berkata: “Jika dia bangkit, dia akan mempunyai sirah sepertimana sirah Muhammad (sawas). Dia akan mengikuti sirah Muhammad (sawas) dan mengangkat senjata di atas bahunya selama lapan bulan dengan penuh kegemparan sehingga Allah puas.” Aku berkata: “Bagaimana dia tahu yang Allah telah puas?” Dia (a.s) berkata: “Allah akan campakkan rahmah ke dalam hatinya.”] [ Kitab Al Ghaybah oleh Sheikh Mu’mani, ms 164]
Kita perhatikan satu persatu sunnah Anbiya yang diikuti oleh Sahibul Amr
  • Musa AS: Ketakutan dan Melarikan diri
  • Isa AS: Dituduh seperti beliau; Kalian mengatakan bahawa apabila Imam Mahdi AS muncul, tiada keraguan, beliau akan datang membawa mukjizat, datang dengan pelbagai tanda yang meyakinkan, maka mengapa pula beliau akan dituduh? Isa AS dituduh pendusta oleh pendita Bani Israel. Mengapa pula Imam Mahdi AS yang datang dengan pelbagai tanda ini(seperti yang dibayangkan oleh pihak penentang) akan dituduh pendusta? Jelas, sudah pasti Sahibul Amr ini bukan Imam Mahdi AS, tetapi orang lain, yang datang dengan syubhah, sehingga ahli Yakin sendiri meraguinya.
  • Yusuf AS: Penjara dan Pemencilan; Baik, ini adalah deal breaker. Kalian kata kami suka menakwil(sudah pasti itu dusta belaka), sekarang tanpa takwilan, bagaimana kalian memahami konteks ini? Jelas disebut di sini, beliau akan dipenjara, jangan pula takwilkan sebagai Ghaibah Kubra! Beliau tidak dipenjara, dan tidak mungkin akan dipenjara dalam tempoh keghaiban ini. Jadi mahu tidak mahu, ia lebih sesuai dengan konteks Sayed Ahmad AS yang tidak berhenti diburu pihak Saddam l.a sehinggalah ke kerajaan Abbasiyah Iraq sekarang. Imam Mahdi AS bebas dan dilindungi Allah akan keberadaannya, dan tiada siapa mengetahui kedudukannya melainkan maula yang akan menggantikannya, sehingga dikatakan dalam beberapa hadis, beliau menunaikan Haji setiap tahun, jadi bagaimana? Saya akan kongsikan sebuah lagi hadis tentang pemenjaraan ini sebentar lagi.
  • Muhammad SAW: Menggandar pedang selama lapan bulan. Di sini dapat kita ketahui, atas penerangan hadis di permulaan artikel ini, bahawa penggandaran pedang ini dilakukan oleh seorang lelaki dari Ahlulbait AS yang keluar sebelum Imam Mahdi AS.
Jelas di sini, Sahibul Amr dalam konteks hadis ini, bukan Imam Muhammad al Mahdi AS. Imam Mahdi tidak mungkin dipenjara. Seperti yang disebutkan dalam hadis berikut:
ال وأخبرني إبراهيم بن محمد بن حمران وحمران والهيثم بن واقد الجزري عن عبد الله الأرجاني قال كنت عند أبي عبد الله عليه السلام إذ دخل عليه العبد الصالح عليه السلام فقال يا أحمد افعل كذا فقلت جعلت فداك اسمه فلان فقال بل اسمه أحمد ومحمد ثم قال لي يا عبد الله إن صاحب هذا الأمر يؤخذ فيحبس فيطول حبسه فإذا هموا به دعا باسم الله الأعظم فأفلته من أيديهم
Diriwayatkan dari Ibrahim Ibn Muhammad ibn Hamran dan Haytham ibn Waqid al Juzri dari Abdullah alarjani yang berkata: "Aku bersama Abu Abdullah(as), kemudian datang Abdul Soleh. Jadi Imam berkata: "Wahai Ahmad, lakukanlah perkara ini." Jadi aku berkata: "Namanya adalah fulan dan fulan?" Beliau menjawab: "Tidak, namanya adalah Ahmad dan Muhammad." Kemudian beliau bersabda: "Wahai Abdullah, sahibul amr akan ditangkap dan dipenjara, dan pemenjaraan ini akan berpanjangan, jadi apabila mereka merancang ke atas beliau, beliau akan berdoa dengan nama Allah yang paling agung, dan akan dibebaskan dari tangan mereka." (Ghaibah At Tusi)
MasyaAllah, ini semakin jelas, ayuh kita uraikan.
  • Nama Sahibul Amr ini adalah Ahmad dan Muhammad.
  • Akan ditangkap, dan dipenjarakan
  • Pemenjaraan ini berpanjangan
  • Beliau akan berdoa
  • Dan dibebaskan dari tangan mereka.
Jadi dari sini, dapat disimpulkan:
  • Sahibul Amr ini bukan Imam Mahdi AS
  • Beliau bernama Ahmad (rujuk hadis wasiat)
  • Muncul sebelum Imam Mahd AS
  • Dan menggandar pedang selama lapan bulan.
InsyaAllah, saya( Saya berlindung kepada Allah dari “saya”) sudah boleh agak apa bantahan pihak kalian (penentang) nanti. Saya akan biarkan terlebih dahulu, dan insyaAllah, selepas itu saya akan sertakan bantahan kepada bantahan mereka di dalam artikel ini juga nanti(jika kredibel)
Segala puji bagi Allah.
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *