Pengajaran Dari Quran Kepada Peminta Mukjizat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengasihani. Ya Allah kurniakanlah solawat kepada Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi.
Seperti yang telah dibahaskan di dalam artikel : ADAKAH MUKJIZAT PRA SYARAT KEIMANAN KEPADA KHALIFAH ALLAH? dapat kita ketahui bahawa ramai sekali manusia di masa kini hanya mengharapkan mukjizat sebagai satu-satunya penentu benar atau tidak seseorang itu adalah utusan Allah swt. Namun adakah ada jaminan dengan semua mukjizat ini, manusia akan berupaya menerima hujjah Allah itu?
Jawabannya tidak. Itulah yang ditemui oleh saya secara peribadi apabila membaca kalam Allah ini. Segala puji bagi Allah, Al Quran telah merekodkan kisah-kisah umat yang lepas dalam isu mukjizat ini dan segala puji baginya juga, saya dapat mengambil pelajaran dari kisah umat terdahulu. Semoga saudara yang lain juga dapat mengambil pengajaran dari kisah-kisah ini, dan jangan terperangkap dalam hal sama yang memusnahkan umat-umat yang lepas.
Pengajaran Pertama

مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُنَا فَأۡتِ بَِٔايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ

“Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar”. 26:154
Ini adalah isu tipikal yang dihadapi oleh setiap utusan Allah dari setiap zaman, di mana para pemuka setiap kaum itu akan berdepan dengan sang utusan dan menduduh bahawa sang utusan itu hanyalah manusia biasa seperti mereka, tidak lama kemudian, lantas mereka akan meminta mukjizat sebagai bukti kepada kebenaran sang pembawa utusan.
Begitu jugalah para ulama ghair aminil di zaman ini, yang tidak mahu mengakui kedudukan Imam Alhmad a.s, dan medunuh beliau sebagai seorang manusia biasa sahaja.

فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ

Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. 26:158
Kemudian apa yang terjadi? Allah swt memberikan mereka sebuah peristiwa yang mengandungi satu tanda, membuktikan kekuasaan Allah. Namun adakah kaum ini beriman? Tidak
Pengajaran Kedua

وَقالوا لَولا نُزِّلَ عَلَيهِ ءايَةٌ مِن رَبِّهِ ۚ قُل إِنَّ اللَّهَ قادِرٌ عَلىٰ أَن يُنَزِّلَ ءايَةً وَلٰكِنَّ أَكثَرَهُم لا يَعلَمونَ

Dan mereka (golongan kafir musyrik) berkata: “Alangkah eloknya kalau diturunkan kepada Muhammad satu mukjizat dari Tuhannya?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Allah berkuasa menurunkan mukjizat”, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui” 6:37
Nabi s.a.w.a juga tidak terlepas dari isu mukjizat, sehingga golongan kafir menjadikan ia sebagai satu penanda aras kebenaran. Perkara ini terjadi sekali lagi di zaman ini kepada kezuhuran. Namun seperti biasa, KEBANYAKAN mereka tidak mengetahui. Tahu akan hakikat sebenar penurunan dan pemberian mukjizat, dan dalam keadaan apa serta bagaimana.Yang mereka tahu hanya minta, minta dan minta. Jahilnya mereka ini.
Pengajaran Ketiga

وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِن جَاءَتْهُمْ آيَةٌ لَّيُؤْمِنُنَّ بِهَا ۚ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّهِ ۖ وَمَا يُشْعِرُكُمْ أَنَّهَا إِذَا جَاءَتْ لَا يُؤْمِنُونَ

وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya, dan kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman.  Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung. 6:109-110)
Ayat ini lebih terang penjelasannya, apabila Nabi s.a.w.a sendiri menyatakan bahawa orang-orang yang tidak menerima ayat-ayat Allah pada awalnya tetap tidak akan menerima jalan kebenaran walaupun setelah ditunjuki mukjizat pada kemudian waktu, kerana hati mereka yang berpenyakit akan disesatkan lagi oleh Allah swt. Subhanallah.
Apabila sudah di datangkan bukti dari Quran dan ahadis tentang peraturan mengenal hujjah, dan setelah dipersembahkan bukti-bukti ilmu adhaim yang dimiliki Imam Ahmad a.s, para pemungkir ini pasti tetap tidak akan menerima jalan ini, walaupun di datangkan mukjizar, kecuali sedikit sekali dari mereka.
Pengajaran Keempat

۞ وَلَو أَنَّنا نَزَّلنا إِلَيهِمُ المَلٰئِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ المَوتىٰ وَحَشَرنا عَلَيهِم كُلَّ شَيءٍ قُبُلًا ما كانوا لِيُؤمِنوا إِلّا أَن يَشاءَ اللَّهُ وَلٰكِنَّ أَكثَرَهُم يَجهَلونَ

Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar.(6:111)
Maha suci Allah, walaupun jika malaikat diturunkan dan dihidupkan semua orang mati juga tidak akan membuatkan manusia percaya? Jadi dengan apa harus seorang utusan ALlah itu di percayai? Wasiat, ilmu dan panjinya.
Pengajaran Kelima
Apa pula kisahnya yang sering terjadi kepada para khalifah Allah swt setelah mereka datangkan mukjizat?

فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ [٦١:٦]

Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa mukjizat dan bukti-bukti yang nyata, mereka berkata, “Ini adalah sihir yang nyata.” (QS: ash-Shaff 6)
Ya, apabila akhirnya dibawakan tanda-tanda kebesaran dan kebenaran, jawaban yang mampu mereka balas hanyalah “ini adalah sihir yang nyata”. Dan inilah tuduhan-tuduhan para ulama Iraq kepada Imam Ahmad a.s, bahawa beliau berkawan dengan jin, gila dan sebagainya. MasyaAllah, tidakkah kita nampak kebenaran yang jelas ini?
Cukuplah bagi mereka yang berfikir. Allahumma solli ala Muhammad wa aali Muhammad, al Aimmah wal Mahdiyyin, wa sallim Taslima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *