Hadis 31: Apabila Hilang Anak Kelima Dari Anak Ketujuh ku

Hadis 31: Apabila Hilang Anak Kelima Dari Anak Ketujuh ku
في حديث طويل قال فيه بعد أن عدد الأئمة من أهل بيته ثم يغيب عنهم إمامهم ما شاء الله، ويكون له غيبتان إحداهما أطول من الأخرى. ثم التفت إلينا رسول الله صلى الله عليه وآله فقال رافعا صوته: الحذر إذا فقد الخامس من ولد السابع من ولدي، قال علي: فقلت: يا رسول الله فما تكون هذه الغيبة؟ قال: أصبت (الصمت) حتى يأذن الله له بالخروج


Daripada Abdul Rahman bin Abi Layla, telah berkata Ali (as): Aku berada di sisi Nabi (sawas) di dalam rumah Ummu Salamah…sehinggalah kepada sabda Nabi (awas): Kemudian Rasulullah (sawas) berpaling kepada kami lalu berkata dengan suara yang nyaring: Berwaspadalah! apabila hilang yang kelima daripada anak ketujuhku. Lalu Ali (as) berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, maka bagaimanakah berlakunya ghaybah ini? Lalu menjawab: Berdiam diri sehinggalah Allah mengizinkan dia keluar. (Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi as, jilid 1, ms 296)


Ibnu Azmi: Imam Ali AS bukanlah anak Rasulullah SAW. Oleh itu, yang kelima dari anak ketujuh Amirul Mukminin as adalah Ahmad sepertimana yang dikatakan sebelum ini. Fitnah atau ujian yang bukanlah pada dua Keghaibahan sebagaimana Imam Mahdi (as) , tetapi pada berdiam diri (as Shamth) atau Sabar sebagaimana dalam riwayat yang lain sehinggalah Allah mengizinkan dia keluar. Ahmad adalah Shohibul Amr (pemilik urusan) yang disebutkan oleh Imam Al Kazhim as

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *