SIRI KAJIAN PENCERAHAN AKIDAH MAHDI – BAHAGIAN 2

Topik: Menolak Andaian Terdapat Pertentangan Antara Riwayat.

 

 

 

Sesetengah pihak mengandaikan bahawa terdapat pertentangan riwayat-riwayat, apabila setengahnya mengatakan para Imam itu tigabelas orang dan setengah yang lain pula mengatakan duabelas orang. Begitu juga dengan riwayat-riwayat Mahdiyyin, sesetengahnya menjelaskan bilangan Mahdiyyin itu duabelas orang dan sesetengahnya pula menjelaskan bilangan mereka sebelas orang.
Berdasarkan ini, maka sesetengah orang mengandaikan terdapatnya pertentangan di antara riwayat-riwayat ini kerana jahil akan kedudukan sebenar perkara ini. Padahal tidak wujud pertentangan melainkan di dalam fikiran sesetengah pihak, sedangkan mereka sendiri telah mengasaskan satu kaedah, iaitu:

 

(الجمع أولى من الطرح)

Bermaksud, “himpun itu adalah lebih utama daripada buang”. Kaedah ini digunakan sekiranya terdapat pertentangan, padahal pertentangan itu tidak wujud pada asalnya. Di kala pertentangan itu dibayangkan oleh orang yang membayangkannya dalam beberapa gambaran:
Pertama: wujud pertentangan antara riwayat-riwayat duabelas Imam dan riwayat-riwayat duabelas Mahdiyyin, dengan mendakwa riwayat-riwayat yang menunjukkan kepada duabelas Imam adalah cukup bagi membataskan bilangan Imam itu adalah duabelas orang, lantas menafikan terdapatnya orang lain sesudah mereka secara mutlak, iaitu: antara pembahagian pertama dan ketiga.[1]  

 

 

Kedua: pertentangan antara riwayat-riwayat yang menunjukkan bilangan Imam itu duabelas orang dan riwayat-riwayat yang menunjukkan bilangan Imam itu tigabelas orang, iaitu: antara pembahagian pertama dan kedua.

 

 

Ketiga: pertentangan antara riwayat-riwayat yang mengnaskan bahawa Mahdiyyin itu sebelas orang dan riwayat-riwayat yang mengnaskan bahawa bilangan mereka adalah duabelas orang, iaitu: antara pembahagian ketiga dan keempat.
Inilah tiga gambaran bagi orang yang mengandaikan terdapatnya pertentangan dan tidak ada selain ini.
Kita akan pergi terus kepada pengkajian ketiga-tiga gambaran ini untuk menghapuskan andaian bahawa wujudnya pertentangan-pertentangan ini.

 

 

Gambaran pertama: andaian terdapat pertentangan antara riwayat-riwayat duabelas Imam dan riwayat-riwayat yang menunjukkan bilangan duabelas orang Mahdi, ia terhenti pada menetapkan had ke atas riwayat-riwayat yang mengnaskan bilangan Imam adalah duabelas orang supaya menidakkan buat yang lain. Padahal riwayat-riwayat yang menunjukkan bilangan Imam tiada keterbatasan padanya, kerana tidak terdapatnya kata terhad (adawat al-hashr) di dalam riwayat-riwayat tersebut.[2]Di dalam riwayat-riwayat duabelas Imam tidak terdapat satu pun kata terhad ini (adawat al-hashr), oleh itu, keterbatan seperti yang didakwa adalah tidak wujud sama sekali pada asalnya.

 

 

Barangkali dikatakan bahawa riwayat-riwayat yang mengnaskan bahawa bilangan Imam itu duabelas orang adalah duabelas Imam itu sendiri, yang menunjukkan wujudnyanya penidakan terhadap sebarang penambahan, jika bukan begitu, kenapa dijelaskan bilangannya? Oleh itu, penjelasan bilangan adalah memadai untuk menunjukkan keterbatasannya.

 

 

Jawapan saya: 

 

 

1.     Hal ini hanya menjadi sempurna sekiranya disebutkan berdasarkan hujah “fahaman nombor” (mafhum al-‘adad), bererti: adakah penetapan bilangan itu menidakkan selainnya atau tidak, apabila terdapat nombor di dalam dalil?

 

 

 

 

Syeikh Muzaffar mengatakan: Tidak syak lagi bahawa pembatasan tajuk berdasarkan nombor yang khusus, tidak menunjukkan penidakan hukum ke atas yang lainnya, apabila disebutkan: “Berpuasalah 3 hari pada setiap bulan”, ianya tidak menunjukkan bahawa tidak disunatkan (istihbab) berpuasa selain daripada 3 hari itu, jadi, dalil tidak menghalang sunatnya berpuasa pada hari lain. Ianya benar, jika hukumnya adalah wajib, sebagai contoh menghadkan nombor supaya tidak berlaku penambahan untuk menjelaskan had yang paling tinggi, maka, tiada keraguan pada pembuktiannya bahawa penambahan adalah haram, seperti berpuasa selama 30 hari di bulan ramadhan. Tetapi dalil ini adalah dari sudut pengkhususan maksud, dan bukan dari sudut asal menghadkan nombor sehingga ia menjadi pengertian nombor yang sama. Sebenarnya keterbatasan nombor itu tidak mempunyai fahaman.[3]

 

 

 

 

Sayyid Al-Khoei mengatakan: sekiranya yang dikehendaki daripada “fahaman nombor” itu adalah untuk permasalahan seperti, “bersedekahlah kamu sebanyak lima dirham” sebagai bukti bahawa memberi sedekah kurang daripada itu tidak diberi balasan. Walaupun demikian, perkara ini bukanlah dari sudut pembuktian nombor ke atas pengertian, tetapi dari sudut orang suruhannya langsung tidak melakukannya, bererti pada lahirnya orang suruhannya itu tidak menuruti pembalasnya, agar dia mendapat balasan. Serupa apabila seorang tuan berkata: “kamu muliakanlah Zaid pada hari jumaat contohnya”, jika dia memuliakannya pada hari khamis maka dia tidak diberi balasan, kerana orang suruhannya itu tidak menuruti  pembalasnya, dan begitu  juga apabila seseorang berkata ‘solatlah ke arah kiblat’, lalu dia bersolat ke arah lain. Dengan kata lain permasalahan “bersedekahlah kamu sebanyak lima dirham” menunjukkan kewajipan bersedekah dengan nombor tersebut. Manakala berkaitan pengurangan pula tiada penidakan dan tiada penetapan, bererti tiada petunjuk yang menidakkan kewajipan bersedekah kurang daripada itu dan tiada juga petunjuk yang menetapkannya. Adapun tidak membalasinya dalam permasalahan ini adalah dari sudut orang suruhannya itu tidak bertepatan dengan apa yang diperintahkan kepadanya. Adapun berkaitan penambahan ke atas nombor ini, jika wujud pendamping bahawa tuan itu berada pada kedudukan membatasi dan memerhati nombor, dengan mensyaratkan tidak ditambah bilangannya, maka permasalahan ini menunjukkan penidakan tambahan itu wajib, bererti besedekah enam dirham itu tidak wajib bahkan mendatangkan mudharat, seumpama penambahan dalam solat. Sekiranya tiada pendamping dalam perkara tersebut, maka yang dikehendaki adalah kata-katanya yang umum bahawa orang suruhannya itu tidak dihalang untuk membuat penambahan itu.[4]

 

 

 

 

2.     Pertentangan itu hanya berlaku antara dalil yang mengisbatkan dan dalil lain yang menafikan apa yang diisbatkan oleh dalil pertama, yang membawa kepada penafian. Dari sini disebutkan bahawa takrif pertentangan itu adalah: penafian antara maksud dua dalil.[5]Dan disebutkan juga: terjadi pertentangan antara dua dalil pada ketika itu, kerana kedua-duanya saling menafikan maksud dalil yang lain.[6]

 

 

 

 

Dari sini disebutkan bahawa tidak wujud pertentangan antara dalil-dalil yang sabit (sudah tetap), Muhammad Baqir Al-Maliki mengatakan: Pertentangan itu hanyalah membayangkan antara penafian dan pengisbatan, serta pertentangan itu tidak berlaku dalam dalil-dalil yang sabit. Kepentingan pengisbatan sesuatu untuk sesuatu tidak menafikan pengisbatannya untuk sesuatu yang lain.[7]   
Berdasarkan apa yang telah dibentangkan, terbukti bahawa tiada pertentangan antara riwayat-riwayat yang mengisbatkan hal keadaan para Imam itu duabelas orang dan riwayat-riwayat yang menetapkan para Mahdiyyin itu duabelas orang. 

 

 

Begitulah yang disebutkan dalam gambaran kedua yang menjelaskan antara duabelas orang Imam dan tigabelas orang Imam, kerana tidak berlaku pertentangan dalam dalil-dalil yang sabit. Maka, riwayat-riwayat duabelas Imam mengisbatkan bahawa jumlah mereka adalah duabelas orang, dan begitu juga riwayat-riwayat tigabelas Imam mengisbatkan bahawa jumlah mereka adalah tigabelas orang, kedua-duanya adalah sabit. Telah dilampirkan sebelum ini bahawa pertentangan itu hanya berlaku antara penafian dan pengisbatan, bukan antara dua dalil yang sabit.

 

 

Lampiran terdahulu juga menyebutkan bahawa riwayat-riwayat yang menjelaskan bilangan mereka  duabelas orang tidak menunjukkan keterbatasan, dan ini sekaligus bukanlah pertentangan melainkan ia adalah andaian mudah yang lebih rapuh daripada sarang labah-labah.

 

 

Manakala gambaran ketiga daripada gambaran pertentangan yang telah dinyatakan terdahulu adalah antara riwayat-riwayat yang mengira Mahdiyyin itu duabelas orang dan riwayat-riwayat yang mengira mereka sebelas orang. Maka ia pun begitu juga kerana tiada pertentangan dalam perkara yang sabit, riwayat-riwayat Mahdi duabelas orang mengisbatkan bilangan mereka duabelas orang dan riwayat-riwayat Mahdi sebelas orang mengisbatkan bilangan mereka sebelas orang, kedua-duanya adalah sabit. Telah dinyatakan bahawa tidak wujud pertentangan antara perkara-perkara yang sabit, melainkan disebutkan bahawa riwayat yang mengira mereka duabelas orang atau yang mengira mereka sebelas orang, cukup untuk membataskan mereka dengan bilangan tersebut. Ini dibina atas pendapat bahawa konsep nombor atau wujud keterbatasan itu adalah tidak wujud bagi kedua-duanya.

 

 

Oleh itu, pendapat yang mengatakan bahawa wujud pertentangan itu dianggap tidak lebih daripada andaian semata-mata sepertimana andaian-andaian lain yang bersarang di fikiran orang-orang yang jahil.

 

 

Tinggal dua perkara lagi yang perlu kita ketahui, iaitu:

 

 

1.   Riwayat-riwayat yang mengira tigabelas orang  Imam itu membenarkan riwayat-riwayat yang menjelaskan bahawa Mahdiyyin itu sebelas orang, kerana hal keadaan Mahdi yang pertama iaitu Ahmad Al-Hassan AS, yang adakalanya dikira bersama dengan para Imam dan jadilah bilangan mereka tigabelas orang dan diketika itu jadilah bilangan Mahdyyin itu sebelas orang. Adakalanya dikira bersama Mahdiyyin dan jadilah bilangan mereka duabelas orang, sebagaimana bilangan para Imam itu menjadi duabelas orang.

 

 

 

 

Beliau dikira bersama para Imam disebabkan maqamnya yang tinggi, beliau mempunyai dua maqam iaitu maqam risalah dan maqam wilayah sebagaimana yang dijelaskan oleh Sayyid Ahmad Al-Hassan AS di dalam kitab At-Tauhid.[8]

 

 

 

 

2.   Riwayat terdahulu menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa pembahagian kelima daripada pembahagian-pembahagian terdahulu, yang menyebutkan riwayat wasiat menetapkan bilangan Imam itu duabelas orang dan Mahdiyyin itu duabelas orang adalah tempat rujukan dalam himpunan pembahagian-pembahagian tersebut. Ia merupakan ibu kepada keseluruhan pembahagian ini dan dari situ diketahui keupayaan wasiat yang mulia ini.

 

 


[1]Antara yang mengandaikan pengehadan adalah Syeikh Al-Hurr Al-Amili dengan berkata: “hadis menghadkan para Imam AS pada duableas orang adalah begitu banyak sekali.” Al-Iqazh min Al-Haj’ah bil Burhan ‘ala al-Raj’ah, ms 365.

 

 

 

 

[2]Disebutkan di dalam kitab Al-Hiwar Al-Qishasi, jilid 3, halaqah 2: mereka berkata bahawa pengehadan digunakan dalam beberapa kata terhad, sebagai contoh: hanya (innama), dan pengecualian selepas penafian: seperti kecuali (illa), selain (ghayr) (siwa) (‘adaa) dan mendahulukan maf’ul seperti kita berkata: Iyyaka na’budu, bererti “hanya Engkau yang kami sembah” yang menunjukkan pada menghadkan penyembahan kepada Allah SWT. As-Syahid Muhammad Baqir As-Sadr (rahimahullah) menyebutkan bahawa apa yang menunjukkan keterbatasan itu adalah menjadikan yang umum itu tajuk utama beserta takrifannya dan menjadikan yang khusus itu umum, seperti kita berkata: “Anak kamu adalah Muhammad”, ianya menunjukkan pengenalan yang membataskan anak itu kepada Muhammad, berbanding apabila kita berkata: “Muhammad adalah anak kamu”. 

 

 

 

 

[3]Ushul Al-Fiqh, jilid 1, ms 181.

 

 

 

 

[4]Muhadharat fi ushul al-fiqh lil khoie, jilis 5, ms 150.

 

 

 

 

[5]Durus fi ilm al-usul, jilid 3, ms 217.

 

 

 

 

[6]Durus fi ilm al-usul, jilid 1, ms 416.

 

 

 

 

[7]Tauhid al-imamiah li Muhammad Baqir al-Maliki, ms 155.

 

 

 

 

[8]At-Tauhid, Imam ahmad Al-Hassan AS, ms 14.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *