MAKSUD YANG PERTAMA BERIMAN DI DALAM WASIAT SUCI RASULULLAH..

Di penghujung hadis wasiat suci Rasulullah sawas menyebutkan bahawa "maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman."
 
 
Ramai dari kalangan penentang dakwah Ahmad Al Hassan as cuba untuk meragui hadis dengan menakwilkan "dia yang pertama beriman" di sini dengan berbagai takwilan yang menyeleweng dari mafhum yang dikehendaki oleh Rasulullah sawas di dalam wasiat sucinya. Jadi persoalannya sekarang, apakah yang dimaksudkan dengan "dialah yang pertama beriman" di dalam wasiat suci Rasulullah ini?
 

 

 

 

Apabila kita merujuk kembali apa yang dimaksudkan oleh Quran dan Nabi (sawas) ketika menyebutkan ayat "أول المؤمنين", maka kita akan mendapat jawapannya dengan tepat. 

 

 

 

 
Ayat 143, surah Al A'raaf:

 

 

 

 

 

فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ ۥ لِلۡجَبَلِ جَعَلَهُ ۥ دَڪًّ۬ا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقً۬ا‌ۚ فَلَمَّآ أَفَاقَ قَالَ سُبۡحَـٰنَكَ تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

 

 

 

 
Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).

 

 

 

 

 

Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan ayat yang mulia ini berdasarkan riwayat-riwayat yang menafsirkannya:

 

 
 

 

وأنا أول المؤمنين وأول المقرين بأنك ترى ولا ترى وأنت بالمنظر الأعلى

 

 

 

 
Daripada Imam Ali (a.s) pada tafsir kata-kata Nabi Musa (a.s) وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ, berkata: "…dan aku adalah yang pertama mengikrarkan bahawa Engkau Melihat dan tidak dapat dilihat, dan Engkaulah tempat penglihatan yang tertinggi." [Kifayat Al Athar, ms 262]

 

 

 

 

 

يقول رجعت إلى معرفتي بك؟ عن جهل قومي، (وأنا أول المؤمنين) منهم بأنك لا ترى…

 

 

 

 
Daripada Imam Ridha (a.s) di dalam hadis yang panjang, berkata tentang tafsir tafsir kata-kata Nabi Musa (a.s) وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ : "…dia berkata aku telah kembali daripada kejahilan kaumku kepada makrifatku tentangMu وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ dan aku adalah yang awal pertama beriman di kalangan mereka bahawa Engkau Melihat dan tidak dapat dilihat." [Al Ihtijaj, Al Tabrasi, jilid 2, ms 221]

 

 

 

 
Apa yang dapat kita fahami daripada kedua-kedua riwayat berkenaan dengan tafsir وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ, adalah mendahului dalam beriman kepada Allah Taala dan kembali kepadanya, terutamanya di dalam riwayat kedua apabila Imam Ridha (a.s) berkata: "dan aku adalah yang awal pertama beriman di kalangan mereka bahawa Engkau Melihat dan tidak dilihat." Atau dengan kata lainnya aku adalah yang awal pertama beriman dari kalangan kaumku yang meminta untuk melihat Engkau dan yang pertama mengakui dan mendahului bahawa Engkau tidak dapat dilihat.

 

 

 

 
Manakala Rasulullah (sawas) telah menerangkan secara terperinci tentang makna أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ini, ketikamana menggambarkan Amirul Mukminin (a.s) agar orang-orang yang mempunyai hasad kepada Amirul Mukminin (a.s) tidak mentakwilkan makna ayat ini. Rasulullah (sawas) menjelaskan gambaran أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ kepada Amirul Mukminin (a.s) ini bahawa dia adalah yang awal pertama beriman, atau yang pertama mendahulu dalam iman dan Islam, serta mengakui kenabian Nabi Muhammad (sawas). Bukannya makna lain sepertimana dilakukan oleh penentang-penentang Sayyid Ahmad Al Hassan yang cuba mentakwilkan perkataan Rasulullah (sawas) berkenaan hak washi Imam Mahdi (a.s) bahawa dia adalah yang awal pertama beriman, dengan takwilan selainnya.

 

 

 

 

 

قول الرسول الأمين (صلى الله عليه وآله): أنت أول المؤمنين ايمانا واسلاما

 

 
 

 

Daripada Rasul (sawas), sesunggunya baginda telah bersabda kepada Ali (a.s): "Kamu adalah yang awal pertama beriman dengan keimanan dan keislaman." [Misbah Al Fuqahah, Sayyid Al Khoie, jilid 2, ms 511, notakaki no.2]

 

 

 

 

 

وعن أبي ذر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لعلى (أنت أول من آمن بي وصدق

 

 

 

 
Daripada Abu Zarr (a.s) berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah (sawas) bersabda kepada Ali: Kamu adalah yang pertama beriman denganku dan membenarkanku." [Dakhair Al ‘Uqba, ms 58]

 

 

 

 

 

فقال يا علي أنت أول المؤمنين إيمانا وأنت أول المسلمين إسلاما وأنت منى بمنزلة هارون من موسى

 

 

 

 
Rasulullah (sawas) bersabda kepada Ali (a.s): "Wahai Ali kamu adalah yang awal pertama beriman dengan keimanan dan yang awal pertama Islam dengan keislaman, dan kamu di sisiku adalah sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa." [Al Arba’una Hadithan oleh Muntajab Ad Dinn Ibn Babawayh, ms 20] 

 

 

 

 
Berdasarkan riwayat-riwayat di atas, maka terbukti bahawa أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ yang dimaksudkan oleh Rasul (sawas) adalah dia (Ali) adalah mendahului dalam keimanan, pembenaran dan pengakuan. Oleh itu, tidak dibenarkan untuk mengatakan أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ selain daripada apa yang dikatakan oleh Rasul (sawas) kepada Ali (a.s). 

 

 

 

 
Maka hal yang sama juga terpakai kepada Sayyid Ahmad Al Hassan a.s, bilamana Rasul (sawas) menggambarkan hak washi yang pertama Imam Mahdi (a.s) dengan ayat "أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ", yang menunjukkan bahawa dia (washi) adalah yang awal pertama beriman, membenarkan dan membantu Imam Mahdi (a.s). Dan adalah salah untuk membuat pentakwilan selain itu kerana perbuatan mentakwil selain dari makna ini adalah seumpama pengikut Yahudi dan Nasrani yang mentakwil nama dan sifat-sifat Nabi (sawas) di dalam kitab-kitab mereka. Atau seumpama masyarakat awam sunni yang mentakwil kalam Rasulullah (sawas) kepada Ali (a.s) di dalam peristiwa Ghadir Khum: "من كنت مولاه فهذا علي مولاه", dan mereka berkata bahawa baginda (sawas) tidak mengisyaratkan kepada Imamah dan khilafah tetapi mengisyaratkan kepada sahabat terdekat, yang dikasihi dan wali di dalam urusan agama, dan berbagai takwil batil lainnya yang diilhamkan daripada bisikan was was syaitan (Semoga kami dijauhkan dari hal itu).

 

 

 

 

 

Kesimpulannya, dapat ditetapkan maksud kalam Rasulullah (sawas) dalam menggambarkan washi pertama Imam Mahdi (a.) bahawa dia adalah yang awal pertama beriman, atau dengan kata lainnya yang awal pertama beriman dan membenarkan tentang kebangkitan Imam Mahdi (a.s) di akhir zaman. Dengan itu juga, dia mesti wujud atau telah lahir sebelum kebangkitan Imam Mahdi (a.s) untuk membenarkan gambaran ini dengan mutlak ke atasnya.