JAWAPAN IMAM AHMAD AL HASSAN A.S BERKAITAN PENGKLAIM PALSU

Soalan:
 
 
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
 
Wahai Imam Ahmad Al Hassan (a.s)
 
Selawat dan salam ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin.
 
 
Terdapat seorang pengguna Youtube Heshemboy mendakwa bahawa dia adalah Imam Mahdi (a.s). Terdapat sebahagian ansar yang mempercayai bahawa dia adalah Imam Keduabelas. Apa kata anda dalam perkara wahai Yamani? Saya memohon hidayah kerana Allah dan saya juga berharap anda dapat menjelaskan buat kami, bagaimana kami dapat mengenal Imam Mahdi (a.s).
 
 
Saya bermohon kepada Allah agar memberkati anda dan menjadikan saya beserta ansar-ansar yang lain sebagai pengikut sebenar anda dan pengikut Imam Mahdi sebenar. 
 
 
Fi amanilLah
 
Aun Muhammad/ United Kingdom
 
____________________________________________________________
 
 
Jawapan:
 
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
 
Segala Puji bagi Allah.
 
Allah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin.
 
 
Khalifah-khalifah Allah dikenali dengan dalil qath'ie iaitu nas dan kami telah menjelaskan perincian perkara ini di dalam wasiat Rasulullah SAWA. Bagaimana sesungguhnya ia adalah bukti ke atas khalifah-khalifah Allah yang disebutkan mereka di dalamnya, dengan semata-mata mendakwa bahawa mereka dinaskan di dalamnya. Kerana ianya digambarkan sebagai kitab yang terpelihara daripada kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya selama-lamanya. Dengan ini akal mewajibkan supaya Allah memeliharanya sehinggalah empunya sebenar mengklaimnya dan menyempurnakan tujuannya iaitu memelihara orang yang berpegang dengan daripada kesesatan. Telah tetap Hujjah dan Khilafah Mahdi Pertama Al Yamani dengan klaimnya tersebut.
 
 
Manakala bagi Imam Mahdi (s.a) pula, maka tiada bukti untuk mengenalnya setelah keghaibannya melainkan dengan Hujjah dan khalifah daripada Khalifah-khalifah Allah yang ditetapkan Hujjah dan Khilafah ketuhanannya dengan dalil qathi'e. Tidak terdapat khalifah daripada khalifah-khalifah Allah selepas Imam Mahdi yang mempunyai sifat ini melainkan Mahdi Pertama dari anak-anaknya. Maka setiap pendakwa selain Mahdi Pertama adalah pendakwa bathil. Tiada jalan untuk mendapat ridha Allah serta agama Allah pada zaman ini selain Mahdi Pertama dan dia adalah jalan untuk mentaati Imam Mahdi (a.s). Imam Mahdi tidak berhubung dengan sesiapapun dari kalangan manusia dan tidak menyeru seorang pun dari kalangan manusia setelah mengutuskan utusannya serta penyeru kepada Allah dan kepadanya iaitu Al Yamani dan Mahdi Pertama.
 
 
Jadi, pengklaim ini yang kamu bertanyakan tentangnya dan kamu mengatakan dia mendakwa bahawa dia Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan Al Askari adalah seorang pengklaim palsu. Barangsiapa yang mempercayainya adalah sesat dan hendaklah meninggalkan kesesatan ini.
 
 
 
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
 
 
 
Ahmad Al Hassan
 
Rajab 1434 H.
 
 
 
http://vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=23363
http://saviorofmankind.com/homepage/88-english-uk/article/742-imam-pbuh-answer-regarding-false-claimants

KENYATAAN FB IMAM AHMAD AL HASSAN A.S TENTANG BINTANG BERBUCU ENAM (14/06/2013).

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
 
Saya bermohon kepada Allah agar kalian berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat, dan semoga Allah memberkati, memberi taufiq dan mengukuhkan jejak langkah kalian di hari-hari yang penuh barakah ini di bulan Syaaban, agar Allah melimpahkan rezeki ke atas kita dan hendaklah kalian menghidupkan hari-hari yang penuh barakah ini pada setiap tahun dengan berzikir kepada Allah mentaatiNya SWT.
 
 
 
Segala puji bagi Allah yang telah mengenalkan kita dengan Al Hussain (a.s). Kami bermohon kepada Allah mengurniakan taufiq kepada kita semua dan mengukuhkan jejak langkah kita dalam mengikuti sirah Al Hussain (a.s). Pada hari-hari yang telah berlalu, saya telah berhenti seketika daripada menulis barangkali disebabkan kekurangan saya tetapi saya tidak pernah berhenti walaupun seketika daripada membaca tajuk-tajuk utama yang ditulis oleh sebahagian mukmin di dalam laman-laman link sosial. Saya perhatikan pada kebelakangan ini banyak penulisan-penulisan berkisar tentang Bintang Berbucu Enam (najmat as sudasiyah atau six pointed star) dan kaitannya dengan kewujudan negara Yahudi Zionis yang menduduki Palestin, yang meletakkan lambang Bintang Berbucu Enam di dalam bendera mereka.
 
 
Jelas sekali bahawa sekumpulan syeikh-syeikh wahabi, syeikh-syeikh Syiah Marajik, orang-orang jahil yang mengikuti mereka dan yang bersekongkol bersama mereka sentiasa meneriakkan bahawa Bintang Berbucu Enam ini adalah lambang Zionis yang hanya dikhususkan kepada Zionis serta Yahudi dan bukan selain mereka, apatah lagi kami. Sejak lebih 8 tahun yang lalu, kami cuba memahamkan mereka bahawa Bintang Berbucu Enam ini tidak sentiasa bersama dengan Zionis dan mereka yang menjajah Palestin. Tanpa mengambilkira ramai yang telah menggunakan lambang ini di sepanjang zaman. 
 
 
Kami cuba memahamkan mereka bahawa Bintang Berbucu Enam ini adalah kebenaran yang wujud dan dapat disentuh, seperti kewujudan bintang ini pada peti Fatimah di Turki dan yang tersimpan di muzium Imam Hussain (a.s) di Karbala. Fatimah adalah anak perempuan Nabi Islam Muhammad, adakah mereka menuduhnya sebagai Zionis?! Kami cuba memahamkan mereka bahawa Bintang Berbucu Enam ini dijumpai pada kesan-kesan peninggalan tamadun-tamadun yang terdahulu di atas muka bumi ini di Iraq. Nuh, Ibrahim, Sumeria dan Akkad yang wujud sebelum adanya mana-mana Yahudi di atas muka bumi ini. Kami juga cuba memahamkan mereka bahawa ianya juga terdapat pada mata wang Islam dan juga pada bendera sebahagian Daulah Islam. Kami terus cuba dan mencuba tetapi kefahaman salah ini tetap berterusan ke atas kelompok kecil jahil yang diketuai oleh sebahagian orang-orang agama yang jahil. 
 
 
Adakah masuk akal sampai begitu payah sekali untuk memahami bahawa Bintang Berbucu Enam tidak pernah sentiasa bersama dengan Zionis?!
 
 
Lebih dari 8 tahun dan mereka tidak faham masalah yang mudah ini daripada kami?!
 
Wah, seolah-olah saya sedang berucap dengan sekumpulan orang yang tidak memahami apa saya katakan! 
 
Sesalanku ke atasmu wahai Hussain, kamu berdiri berucap kepada kumpulan seperti ini.
 
Sesalanku ke atasmu wahai Ali, kamu berdiri berucap kepada kumpulan seperti ini.
 
Sesalanku ke atasmu wahai Muhammad, kamu berdiri berucap kepada kumpulan seperti ini.
 
Ya Allah Engkau lebih Mengetahui tentang realiti mereka: 
 
 
أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَڪۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَ‌ۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ‌ۖ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلاً
 
Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya [dari binatang ternak itu]. (Surah Al Furqan; 44)
 
 
Selepas menyaksikan keadaan mereka ini, apakah kami perlukan bukti untuk mengesahkan teori evolusi?!
 
 
 
https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/posts/527815650599436?notif_t=notify_me
 
 

KEPUTUSAN UJIAN DI ALAM ZARR DAN UJIAN DI ALAM DUNIA…

Adakah orang yang telah berjaya di dalam ujian yang pertama (di alam zarr) akan berjaya juga dalam ujian kedua (di alam dunia)?

 

Sesungguhnya Allah Taala itu IlmuNya tidak kesamaran dalam sesuatu pun samada di langit atau di bumi. Dia Maha Mengetahui siapa yang berjaya di dalam ujian pertama dari kalangan makhluk ciptaanNya dan Maha Mengetahui siapa yang akan gagal dari kalangan mereka. Begitu juga Dia Maha Mengetahui siapa yang telah berjaya dalam ujian pertama akan juga berjaya di dalam ujian kedua. Dia juga Maha Mengetahui siapa yang gagal dalam ujian pertama akan juga gagal di dalam ujian kedua. Ujian ini sesungguhnya adalah adalah untuk menegakkan Hujjah atas manusia kebanyakan.

Walaupun demikian sesungguhnya orang-orang yang kafir di akhirat nanti akan menuntut Allah mengembalikan mereka (ke alam dunia) dan diuji mereka buat kali ketiga supaya mereka dapat berbuat amal kebaikan. Lalu Allah akan Membalas jawaban mereka bahawa sesungguhnya jika mereka dikembalikan sekalipun, nescaya mereka akan kembali kepada kekufuran dan keingkaran mereka.

Firman Allah Taala di dalam surah Al An'aam, ayat 27 – 28:

لَوْ تَرَىَ إِذْ وُقِفُواْ عَلَى النَّارِ فَقَالُواْ يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلاَ نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ( ) بَلْ بَدَا لَهُم مَّا كَانُواْ يُخْفُونَ مِن قَبْلُ وَلَوْ رُدُّواْ لَعَادُواْ لِمَا نُهُواْ عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

Dan jika kamu [Muhammad] melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: “Kiranya kami dikembalikan [ke dunia] dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman”. Tetapi [sebenarnya] telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu selalu menyembunyikannya. Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka.

Dan Firman Allah Taala lagi dalam surah Mukminun, ayat 99-100:

حَتَّى إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ ( ) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحاً فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu, hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku [ke dunia]. Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan.

وعن أبي جعفر (ع)، قال: لو علم الناس كيف ابتداء الخلق ما اختلف اثنان، إن الله U قبل أن يخلق الخلق قال: كن ماء عذباً أخلق منك جنتي وأهل طاعتي، وكن ملحاً أجاجاً أخلق منك ناري وأهل معصيتي، ثم أمرهما فامتزجا، فمن ذلك صار يلد المؤمن الكافر والكافر المؤمن، ثم أخذ طيناً من أديم الأرض فعركه عركاً شديداً فإذا هم كالذر يدبون، فقال لأصحاب اليمين: إلى الجنة بسلام، وقال لأصحاب الشمال: إلى النار ولا أبالي، ثم أمر ناراً فأسعرت، فقال لأصحاب الشمال: ادخلوها، فهابوها، فقال لأصحاب اليمين: ادخلوها، فدخلوها، فقال: كوني برداً وسلاماً، فكانت برداً وسلاماً، فقال أصحاب الشمال: يا رب، أقلنا، فقال: قد أقلتكم فادخلوها، فذهبوا فهابوها، فثم ثبتت الطاعة والمعصية فلا يستطيع هؤلاء أن يكونوا من هؤلاء، ولا هؤلاء من هؤلاء

Daripada Abi Jaafar (a.s), telah berkata: Jika manusia mengetahui bagaimana bermula penciptaan nescaya tidak akan berbeza dua orang. Sesungguhnya Allah telah Berfirman sebelum Menciptakan makhluk: Jadilah air yang sangat manis yang Aku menciptakan dari kamu syurgaKu dan ahli ketaatanKu, dan Jadilah garam yang sangat masin yang Aku menciptakan dari kamu nerakaKu dan ahli maksiatKu. Kemudian Dia mengarahkan keduanya untuk bercampur, maka dari situ lahirlah orang mukmin yang kafir dan orang kafir yang mukmin. Setelah itu Dia mengambil tanah daripada permukaan bumi, lalu digosokkannya dengan gosokan yang kuat dalam keadaan mereka seperti habuk yang melata. Seterusnya berfirman kepada Ashabul Yamin (golongan kanan): Ke dalam syurga dengan sejahtera. Dan berfirman kepada Ashabul Shimal (golongan kiri): Ke dalam neraka dan jangan memperdulikanKu, kemudian Dia mengarahkan neraka maka menyalalah. Lalu berfirman kepada Ashabul Shimal: Masuklah kamu ke dalamnya, maka mereka merasa gerun akannya. Seterusnya berfirman kepada Ashabul Yamin: Masuklah kamu ke dalamnya, maka mereka masuk kedalamnya, lalu Allah berfirman kepada neraka: Jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera, maka ia menjadi sejuk dan selamat sejahtera. Maka Ashabul Shimal berkata: Ya Tuhan, kurangilah kami. Maka Dia berfirman: Aku telah kurangkan buat kamu maka masuklah ke dalamnya, lalu mereka pergi kepadanya dan merasa gerun akannya. Setelah itu tetapkan ketaatan serta kemaksiatan, sehingga tiada mereka mampu menjadi kalangan mereka yang lain dan tidak juga mereka yang lain daripada mereka itu (tidak mampu mengubah apa yang telah ditetapkan pada mereka). [Al Kafi, jilid 2, ms 6-7]

Syeikh Nazhim Al Uqaili
Al Jawabul Munir Ibr Al Athir
Juzuk kelima, ms 211-213

BAGAIMANA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH?

 
BAGAIMANA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DENGAN IBADAH-IBADAH SEHINGGA MENJADI TANGAN, TELINGA DAN MATANYA?

 

 
 

 

Amalan nawafil di dalam hadis Qudsi bukanlah solat-solat mustahab (yang disunatkan) sahaja, tetapi ianya meliputi keseluruhan apa yang difardhukan Allah SWT dan ia menunjukkan kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain (ibadah fardhu). Maka kesemua solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan fajar menurut hadis Qudsi ini adalah nawafil atau tambahan atau sampingan kepada amalan lain yang lebih asasi, lebih penting dan dituntut sebenarnya, kerana amalan-amalan lainnya menjadi tidak bermanfaat tanpa amalan asasi itu. Amalan ini adalah Wilayah (menerima otoriti atau kekuasaan) Wali Allah dan khalifahNya a.s di muka bumiNya ini.

 

 
 

 

Jika sekiranya datang seorang penganut Kristian yang melakukan segala Ibadah Islam tanpa Wilayah Muhammad, maka ianya tidak memberi sebarang manfaat. Dan sekiranya datang seorang muslim dengan melakukan segala ibadah Islam tanpa Wilayah Ali, maka ianya tidak juga memberi apa-apa manfaat. Dan sekiranya datang seorang Syiah dengan segala ibadah Islam dan wilayah Ali serta para Imam (a.s) tanpa berwilayahkan Imam Mahdi (a.s), maka ianya tidak bermanfaat jua. Melainkan dia memanfaatkannya (wilayah khalifah Allah) di dalam kehidupan di dunia ini, serta menjadikannya sebagai wasilah bagi mengenal Hakikat dan mengenal wali Allah. Bahkan orang yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan nawafil walaupun dia berwilayahkan wali Allah, maka dia tetap tidak memperolehi dan tidak dapat meninggikan darjatnya melainkan dengan kadar wilayah yang dikandung dalam dadanya.

 

 
 
Adapun kefardhuan itu adalah wilayah kepada wali Allah. Wilayah itu adalah solat yang wajib, haji yang wajib, zakat yang wajib dan puasa yang wajib. Solat adalah menghadapkan wajah ke kiblat dengan penuh kerendahan dan pengharapan (doa), sebaik-baik kiblat yang dihadapkan wajahnya oleh manusia adalah wali Allah pada zamannya dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya. Sebaik-baik kerendahan diri dan memanjatkan pengharapan (doa) kepada Allah adalah dengan mencintai wali Allah dan HujjahNya ke atas hamba-hambaNya, sepertimana di dalam hadis: 
 

 

(حبّ علي حسنة لا تضر معها سيئة)

 

 

Bermaksud: Kecintaan Ali adalah kebaikan yang kejahatan sesekali tidak memudharatkannya. [Yanabi’ Al Mawaddah, jild 1, ms 375 dan ‘Awali Al Liali, jid 4, ms 86]

 

 
 

 

Haji itu adalah perjalanan ke tempat tertentu dan sebaik-baik perjalanan itu adalah perjalanan kepada Allah dengan maksud tujuan wali Allah dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya, kerana dia adalah kiblat yang dengannya Allah dikenali. Dengan mereka Allah dikenali.

 

عن يزيد العجلي, قال: سمعت أبا جعفر يقول: بنا عبد الله, وبنا عرف الله, وبنا وحد الله تبارك وتعالى,ومحمد حجاب الله تبارك وتعالى
 

 

Bermaksud: Daripada Yazid Al 'Ijli, telah berkata: Aku telah mendengar Aba Abdillah berkata: Dengan kami Allah disembah, dengan kami Allah dikenali, dengan kami ditauhidkan Allah Tabaraka wa Taala, dan Muhammad adalah Hijab Allah Tabaraka wa Taala. [Al Kafi, jilid 1, ms 145]

 

 

 

قال رسول الله : ابن آدم إفعل الخير ودع الشر فإذا أنت جواد قاصد

 

Telah bersabda Rasulullah: Berbuat baiklah anak Adam dan tinggalkanlah kejahatan, sedang kamu seorang yang dermawan lagi dekat. [Nahjul Balaghah, ms 95, khutbah 176]

 

 
 

 

Perbuatan baik adalah Wilayah Wali Allah dan meninggalkan kejahatan adalah mengingkari taghut. Ditetapkan bahawa wilayah Wali Allah adalah mengikut martabat-martabat. Maka barangsiapa yang mengutamakan keseragaman dalam setiap gerak serta diam, dan bukan orang yang mengikutinya dengan lisan tetapi tidak mengikutinya dengan perbuatannya. Setiap kali dia lebih kuat mendampingi Wali Allah, maka setiap kali itulah keterdekatan dirinya kepada Allah menjadi lebih kuat. Beginilah halnya sehinggalah hamba yang sentiasa mendampingi Wali Allah ini menjadi imej atau gambaran lain kepada Wali Allah atau HujjahNya ke atas hamba-hambaNya. Beginilah seseorang hamba itu menjadi mata dan tangan Allah, sepertimana Wali Allah itu adalah mata dan tangan Allah. 

 

 
حدثنا عبد الله بن محمد عن محمد بن إسماعيل النيشابوري عن أحمد بن الحسن الكوفي عن إسماعيل بن نصر وعلي بن عبد الله الهاشمي عن عبد المزاحم بن كثير عن أبي عبد الله عليه السلام قال كان أمير المؤمنين عليه السلام يقول انا علم الله وانا قلب الله الواعي ولسان الله الناطق وعين الله الناظر وانا جنب الله وانا يد الله

 

 

 

Daripada Abi Abdillah, telah berkata: Amirul Mukminin berkata: Aku adalah ilmu Allah, dan aku adalah hati Allah yang sedar, dan lisan Allah yang berkata-kata, dan mata Allah yang melihat, aku adalah rusuk Allah dan aku adalah tangan Allah. [Bashair Al Darajat, ms 84. At Tauhid li As Sadooq, ms 164, bab 22, hadis 1. Al Ikhtisas oleh Al Mufid, ms 248]

 

Imam Ahmad Al Hassan 

Kitab Al Mutasyabihat, jilid ketiga, ms 61-62.