PENYELEWENGAN UMAT ISLAM DARI SUDUT TASAWUF DAN IRFAN

Petikan Dari Kitab Al ‘Ijl Karangan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s) Dalam Membicarakan Penyelewengan Umat Islam Dari Sudut Tasawuf Dan Irfan.

 

 
Irfan dalam Islam, sebahagian mereka telah merujuknya kepada falsafah pencerahan Yunani, itulah Irfan yg difahami di sisi Syiah dan Sunni hari ini. 
 
Dikatakan bahawa yang pertama sekali mengkaji tentang Irfan adalah Ibnu Arabi atau ulamak lain dari Ahlussunnah. 
 
Hakikat Irfan yg difahami mereka amat salah dan amat bercanggah, yang tidak seharusnya dilakukan oleh setiap orang yang ingin mendalami agama Allah dan syariat-syariat dari langit. Ini kerana jalan Irfan atau beramal untuk mengenal Allah SWT hanya didatangkan melalui para Nabi (alaihimu solatu wasalam). Bahkan ianya adalah fitrah yang Allah SWT tetapkan dalam diri setiap insan, sebagaimana firmanNYA: 

 

 
سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ
 
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fussilat:53), 
 
Dan firmanNYA lagi:
 
وَفِى ٱلۡأَرۡضِ ءَايَـٰتٌ۬ لِّلۡمُوقِنِينَ (٢٠) وَفِىٓ أَنفُسِكُمۡ‌ۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ (٢١
 
”Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (Al Zariyyat: 20-21). 

 

 
Maka tanda-tanda itu ada dalam diri-diri yang menyucikan diri mereka. Dan pada alam yang terbentang luas ini bagi mereka yang ingin berdalilkan akal dan mensucikan diri mereka. Sepertimana Nabi (sawa) dan para Imam (a.s) mengingatkan orang mukmin dalam banyak hadis tentang jalan ini dan kepentingan beramal dengannya, tanpa berkompromi dalam perlaksanaan syariat, samada ianya wajib, sunat, haram dan makruhnya. Itu adalah satu- satunya cara untuk sampai kepada Allah SWT, dan bukannya dengan lafaz-lafaz, istilah-istilah dan kebohongan-kebohongan sebahagian mereka yg menulis tentang Irfan, yang mereka namakan mujahadah-mujahadah yang Allah SWT tidak diturunkan sebarang otoriti padanya.
 
Makrifat Allah hanya dapat disempurnakan dengan penyucian diri, dan penyucian diri tidak dapat disempurnakan melainkan dengan perlaksanaan syariat dan zuhud pada dunia, menginfakkan diri di jalan Allah dan menghias diri dengan akhlak yg mulia, kecintaan dan kebencian kerana Allah, bersusah payah pada zat Allah dan memusuhi orang-orang kafir serta munafik, dan belas ihsan sesama mukminin, sebagaimana firman Allah SWT:
 

 

ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ۬ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬

 

 
”Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al Noor: 35).

 

 
Dan firmannya lagi:
 
 
وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلۡحَقَّ بِكَلِمَـٰتِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُجۡرِمُونَ
 
“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.” (Yunus: 82)
 
 
 

 

APAKAH MAKNA ISMAH SEBENAR?

Makna Ismah menurut Imam Ahmad Al Hassan (as).

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Ya Allah, berselawat dan salamlah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin dengan sejahterakanlah mereka dengan kesejahteraan yang melimpah ruah.

Seringkali timbul persoalan, “bagaimana Imam Ahmad Al Hassan (as) boleh tersalah membaca sesuatu atau tersalah menyebutkan perkataan, kemudian memperbetulkan semula bacaannya dan bagaimana seorang yang ma’sum boleh lupa atau membuat kesilapan-kesilapan kecil?”

Bertahun-tahun lamanya persoalan berkaitan dengan “ismah” dan apakah kualiti seorang ma'sum telah menjadi satu topik yang tidak pernah difahami sepenuhnya oleh umat Syiah. Sebelum ini, kita difahamkan bahawa seorang ma'sum tidak boleh berdosa, mahupun lupa atau boleh tersalah mengucapkan perkataan tertentu secara tidak sengaja, dan seorang ma’sum itu difahami secara harfiahnya adalah Peribadi Sempurna. Kelompok Sunni berpegang kepada hujah ini ketika berhadapan dengan kita dalam mempersoalkan pegangan Syiah, jika seorang ma’sum disifatkan dengan kesempurnaan seperti itu, maka pada asasnya anda mengatakan mereka mempunyai kualiti dan ciri-ciri yang sama sebagaimana Allah SWT. Hujah mereka adalah berasas dan betul keseluruhannya kerana itulah apa yang kita sebagai Syiah fahami.

Walaupun kita mempercayai sedemikian iaitu tentang apa dan bagaimana kita memahami ismah, namun kita masih lagi dibebankan dengan berbagai persoalan seperti mengapa kita mempunyai riwayat-riwayat yang menyebutkan bahawa Aimmah (as) atau Nabi (sawas) terlupa, atau mengapa Musa (as) pernah memohon kepada Allah untuk melonggarkan simpulan (kecacatan/ telor) dari lidahnya, membetulkan ucapannya. Atau mengapa Yusha bin Nun (as) yang ma’sum boleh terlupa dan tertinggal bekalan mereka di atas batu semasa beliau dan Musa (as) dalam pengembaraan mereka, sebagaimana yang diceritakan di dalam Quran.

Persoalan-persoalan ini kekal tidak terjawab kerana kekurangan kita dalam mengetahui makna sebenar “ismah” yang terkait dengan khalifah Allah dan Hujjat Allah di muka bumi, sehinggalah Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as) mengutarakan dan mengajarkan kita makna sebenar ismah dan apakah punca-punca ismah serta kualiti seorang ma'sum.

Jika anda mengambil inisiatif untuk membaca ilmu Imam Ahmad Al Hassan (as), anda akan menyedari bahawa pengetahuannya adalah jauh melangkaui pengetahuan mana-mana ulama dan pengetahuan ini tidak boleh diperolehi melalui pembelajaran, yang mana ianya adalah ilmu ketuhanan yang hakiki dari Allah SWT, yang diserahkan oleh bapanya Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan Al Askari (as) kepada beliau (as).

Imam Ahmad Al Hassan (as) di dalam bukunya "Rihlatu Musa ila Majma’ Al Bahrain" menjelaskan segala-galanya dan setiap apa yang disimbolkan semasa pengembaraan Musa (as) ke pertemuan di antara dua lautan (Majma’ Al Bahrain). Imam Ahmad Al Hassan (as) di dalam buku ini mengaitkan keterlupaan rakan pengembaraan nabi Musa (as) iaitu nabi Yusha bin Nun (as) untuk mendefinisikan ismah.

Quran memberitahu kita tentang pengembaraan Musa (as) ke pertemuan antara dua lautan dan di pertengahan pengembaraan ini Musa (as) berhenti untuk makan bekalan mereka, tetapi Yusha’ bin Nun (as) menjawab kepada Musa (as) bahawa syaitan telah membuatkan dia terlupa dan mereka berpatah balik untuk mencari kembali bekalan mereka. Sekarang timbul dua soalan di sini, PERNAHKAH ANDA TERFIKIR BAGAIMANA MUNGKIN BAGI SEORANG NABI YANG MA’SUM DIMANIPULASI OLEH SYAITAN? dan BAGAIMANA SEORANG MA’SUM BOLEH LUPA? Sedangkan hakikat sebenarnya, syaitan laknatullah tidak mampu memanipulasi seorang maksum. Imam Ahmad Al Hassan (as) berkata bahawa syaitan di sini adalah berbeza daripada Iblis laknatullah.

Imam Ahmad Al Hassan (as) menjelaskan bahawa manusia mempunyai dua sisi iaitu sisi cahaya (nur) dan sisi kegelapan (dzulmah). Nisbah cahaya kepada kegelapan adalah bergantung kepada perbuatan seseorang. Syaitan adalah kegelapan (dzulmah) di dalam individu yang dijana oleh dosa seseorang dan syaitan dalam contoh Yusha bin Nun (as) semasa pengembaraan ini adalah bermakna kegelapan di dalam diri Yusha bin Nun (as). SEKARANG ANDA MUNGKIN BERTANYA “BAGAIMANA SEORANG MA’SUM BOLEH MEMPUNYAI KEGELAPAN (DZULMAH) DI DALAM DIRI MEREKA?”

Imam Ahmad Al Hassan (as) berkata sebab bagi titik kecil kegelapan di dalam diri seorang ma'sum adalah semata-mata untuk membezakan mereka dari Allah SWT. Allah adalah cahaya keseluruhannya dan tiada kegelapan padaNya. Jika seseorang maksum juga adalah cahaya keseluruhannya dan tiada kegelapan padanya, maka tidak akan ada faktor yang membezakan antara Pencipta dan makhluk. Oleh itu, dengan wujudnya titik kecil kegelapan yang tersangat halus dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini, boleh memberi kesan buat mereka ke tahap di mana mereka terlupa atau tersalah mengucapkan perkataan sekali-sekala sepertimana kes nabi Yusha bin Nun (as) terlupa bekalan di atas batu.

Jika kita mengatakan bahawa para ma’sumin adalah sempurna ke tahap di mana mereka tidak boleh lupa atau tersalah dalam mengucapkan perkataan sekali-sekala, ini bermakna mereka adalah cahaya 100% dan 0 kegelapan dan ini adalah perbuatan syirik kepada Allah SWT. Disebabkan nisbah cahaya kepada kegelapan yang luar biasa bagi seseorang ma’sum itu, ia menyumbang kepada ismah mereka berdasarkan usaha dan keikhlasan di pihak mereka, dan di pihak Allah SWT pula menganugerahkan mereka ismah berdasarkan tahap usaha serta keikhlasan mereka ini. Allah SWT menganugerahkan mereka dengan petunjuk di mana mereka tidak mampu melakukan dosa dan tidak mampu mengeluarkan sesiapa pun dari kebenaran mahupun membawa sesiapa jua ke dalam kebatilan. Inilah makna sebenar "ismah". Harus diperhatikan juga bahawa lupa atau tersilap menyebutkan perkataan bukanlah dosa.

Soalan 107: BAGAIMANA KITA MELAWAN KEAKUAN/EGO/ANA?

Petikan dari Kitab Al Mutasyabihaat karangan Imam Ahmad Al Hassan (as).

 

Soalan 107: 

 

 
Bagaimanakah kita melawan keakuan itu? 

 

 

 

Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (as):

 

 

 

 

 

 

 

Melawan keakuan itu mempunyai dua sisi: yang pertama; di alam jasmani ini, dan Kedua; di kerajaan langit dan di alam rohani. Oleh itu, manusia terdiri daripada jasad dan ruh (atau jiwa dan ia adalah penutur yang tertanam di syurgawi pada tingkatan ruh yang paling bawah). 

 

 

 

– Adapun berjuang melawan keakuan di alam jasmani ini, maka ia hendaklah dilakukan dengan mempraktikkan akhlak mulia dan yang paling penting adalah kemurahan hati, Allah SWT berfirman: {..dan mereka mengutamakan [orang-orang Muhajirin], atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan [apa yang mereka berikan itu]} [1], dan kewajipan bagi orang-orang yang beriman itu adalah untuk membelanjakan di jalan Allah ke atas orang-orang fakir miskin dan ke atas golongan yang berjihad, serta mengadakan peruntukan yang diperlukan bagi mereka untuk melawan musuh Allah, dan sebaik-baik kemurahan hati adalah atas mereka yang kekurangan (mukmin) atau yang kurang (harta benda) di tangannya, {..dan mereka mengutamakan [orang-orang Muhajirin], atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan [apa yang mereka berikan itu]}

 

 

 

Dalam cara yang sama (kewajipan) ke atas mukmin untuk benci mengambil kesempatan ke atas mukmin yang lain atau (menubuhkan) pusat kepimpinan (untuk mengambil kesempatan), Hadis ini telah diriwayatkan dari Rasulullah (sawas) yang bermaksud: ("Barangsiapa yang mengambil kesempatan ke atas kelompok yang beriman itu dan dia sedar bahawa terdapat di dalamnya orang yang lebih baik dari dirinya, maka Allah akan terbalikkan dia ke hidungnya di dalam api neraka") [2]. Ini sudah mencukupi dan saya tinggalkan kepada orang-orang beriman (ansar) untuk menyelidiki dan menjelaskan perkara ini. 

 

 

 

– Adapun untuk melawan keakuan di alam rohani maka ia perlu dilakukan dengan merenung dan berfikir, Rasulullah (sawas) berkata kepada Ali (as) yang bermaksud: ("Wahai Ali, berfikir sejam adalah lebih baik daripada beribadah selama seribu tahun"). 

 

 

 

Wahai saudaraku yang beriman, marilah bersamaku agar kita dapat merenungkan keadaan kita yang amat memalukan di tangan Allah SWT, jadikanlah kami salah seorang dari kalangan mereka (yang sedar siapa diri mereka), anugerahkanlah anda sebagai salah seorang daripada 313, anugerahkanlah anda sebagai salah seorang daripada 12 pemimpin mereka, dan mereka adalah yang terbaik dari semua orang di bumi, Amirul Mukminin (as) berkata tentang mereka yang bermaksud: ("Semoga ayah dan ibuku dikorbankan bagi mereka yang sedikit, yang nama-nama mereka amat dikenali di langit dan tidak dikenali di bumi…") [3]. Mereka (as) berkata tentang mereka ini: ("Bumi menjadi bangga apabila mereka berjalan di atasnya") [4]. Imam Sadiq (as) menangisi buat mereka ini lebih daripada 1000 tahun yang lalu dan berdoa buat mereka, serta berkata yang bermaksud: ("Wahai Tuhan, jika Engkau mahu disembah di muka bumiMu, maka janganlah Engkau benarkan musuhMu menguasai mereka"). Sehinggakan Imam Sadiq (as) berkata yang membawa maksud: ("Mereka tidak akan menjadi seperti ini jika tidak kerana fakta bahawa mereka telah diciptakan dari cahaya yang diciptakan Muhammad (sawas) dan diciptakan daripada tanah lumpur yang Muhammad (sawas) telah diciptakan") [5]. 

 

 

 

Jadi renungkanlah kedudukan mereka berbanding dengan seluruh manusia dan dengan keseluruhan Syiah Ahlulbayt (as). Syiah diciptakan dari cahaya mereka (as) dan dari lumpur terbaik mereka (as). Manakala kesemua Syiah yang ikhlas, yang merupakan sahabat Qoim (as) adalah diciptakan dari cahaya yang telah dicipta Muhammad (sawas) dan dari lumpur yang telah diciptakan Muhammad (sawas). Dengan keutamaan yang hebat dan kedudukan yang tinggi ini beserta dengan hakikat bahawa mereka adalah dari orang-orang yang rapat (muqarrabin) dan Awliya Allah yang tidak mempunyai rasa takut dan tidak bersedih hati. Walaubagaimanapun, marilah bersama-samaku ke persembahan Hari kiamat untuk kita melihat keadaan mereka atau sebaliknya keadaan makhluk keseluruhannya kecuali Muhammad (sawas). Apabila berlakunya Kiamat, tiada siapa akan berani berkata-kata di hadapan Allah Allah sehinggalah Muhammad (sawas) sujud, sehinggalah memberi pujian kepada Allah, sehinggalah Muhammad berkata-kata dan memberi syafaat buat makhluk Allah dan hamba-hamba-Nya. Mengapa tiada siapa yang akan sujud, memberi pujian serta bercakap dalam keadaan itu melainkan selepas Muhammad (sawas) sujud, memberi pujian dan bercakap? 

 

 

 

Apakah kekurangan seluruh makhluk (keseluruhan) berbanding Muhammad (sawas)? Atau adakah wujud kezaliman di lapangan Allah SWT, Maha Tinggi dan Maha Besar Allah daripada demikian itu? 

 

 

 

Saudaraku yang dikasihi: 

 

 

 

Amirul Mukminin (as) adalah makhluk terbaik selepas Muhammad (sawas) berkata: ("Tuhanku, aku telah berlaku zalim kepada jiwaku kerana aku terlalu memandangnya, sudah tentu aku akan dibinasakan jika Engkau tidak mengampunkannya") [6] 

 

 

 

Dan jika anda merenungkan kenyataan saya sebelum ini, maka anda akan memahami bahawa Amirul Mukminin (as) memaksudkan setiap apa yang diperkatakan dengan perkataannya, maka bagaimanakah pula keadaannya untuk kita? 

 

 

 

Kebenaran inilah yang saya katakan buat anda: Bahawa manusia walaubagaimana tinggi kedudukan dan pangkatnya ketika berhadapan dengan Allah SWT, maka hendaklah dia menggigit jarinya merasa rugi dan kesal atas kurang rasa malunya kepada Allah SWT, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasihani, Yang Maha Penyabar, Yang Maha Mulia, dan mengulangi kata-kata ini: 

 

 

 

"Betapa besarnya kerugianku daripada apa yang telah aku abaikan di sisi Allah sehingga datangnya hari Kiamat, dan segala pujian hanyalah bagi Allah." 

 

 
 

 

Ahmad Al Hassan 

 

 

 

_____________________ 

 

 

 

[1] Al-Quran: Surah Al-Hasyr (59: 9). 

 

[2] Lihat: Al-Ghadeer Sheikh Al-Ameeni: jilid 7, halaman 291. 

 

[3] Nahjul Balaghah: halaman 126, Khutbah187. 

 

[4] Lihat : Kamaal al-Din Wa Tamaam Al Ni'ma: halaman 673. 

 

[5] Al-Kafi: jilid 1, halaman 402, Hadis 5, dan di sini adalah riwayat yang lengkap untuk anda: 

 

 
("Dari Muhammad ibn 'Abd al-Khaliq dan abu Basir yang telah mengatakan seperti berikut: Abu' Abdullah (saw) berkata: Wahai abu Muhammad, di sisi kami ada rahsia dari rahsia Allah dan ilmu dari ilmu Allah. Demi Allah, tidak mampu menanggungnya malaikat yang rapat dengan Allah dan tidak nabi yang diutuskan dan tidak juga orang beriman yang telah Allah uji hatinya dengan keimanan. Demi Allah, Allah tidak memberatkan sesiapapun atas yang demikian itu melainkan kami dan tidak memerlukan sesiapa untuk menyembahnya dengan cara itu kecuali kami. Di sisi kami ada rahsia dari rahsia Allah dan ilmu dari ilmu Allah. Allah telah memerintahkan kita untuk menyampaikan, maka kami sampaikan daripada Allah Azza wa Jalla apa yang diarahkan kepada kami untuk menyampaikannya. Lalu kami dapati tidak pernah ada tempat letak yang sesuai baginya, tiada orang dan tiada pembawa yang sangggup membawanya sehinggalah Allah telah menciptakan kelompok-kelompok untuk tujuan itu. Mereka telah dicipta dari tanah liat yang telah diciptakan Muhammad dan keturunannya (as) dan dari cahaya yang Allah telah ciptakan Muhammad dan keturunannya (as). Dia menjadikan mereka dengan kelebihan rahmat-Nya yang Dia telah menjadikan Muhammad dan keturunannya. Kemudian kami sampaikan apa yang Allah telah perintahkan kami untuk sampaikanya, maka mereka menerima dan menanggungnya [maka kami sampaikan kepada mereka hal itu, maka mereka menerimanya dan menanggunya]. Disampaikan kepada mereka sebutan kami dan hati-hati mereka cenderung kepada makrifat kami dan hadith kami. Kalaulah mereka tidak dicipta daripada ini, sudah tentu mereka tidak akan menjadi seperti itu. Tidak, demi Allah, mereka tidak sanggup memikulnya." 

 

 

 

Kemudian Imam (as) berkata; "Allah telah mencipta kelompok-kelompok tertentu untuk neraka dan api. DIA kemudian memerintahkan kami untuk menyampaikan kepada mereka sepertimana telah kami sampaikan kepada mereka, tetapi mereka melihatnya sebagai menjijikkan, hati mereka merasa benci, mereka memulangkannya kepada kami, tidak sanggup memikulnya, membohonginya dan mereka berkata, "Mereka adalah ahli sihir dan pendusta. Kemudian paterikan hati-hati mereka dan menjadikan mereka lupa yang demikian itu. Kemudian Allah bukakan lidah mereka dengan beberapa kebenaran. Oleh itu, mereka bercakap tentangnya tetapi hati-hati mereka mengingkarinya. Untuk menjadi pembelaan buat Awliya-Nya dan orang-orang yang taat kepada-Nya. Kalaulah ia tidak kerana itu, maka tiada siapa yang akan menyembah Allah di muka bumiNya. DIA memerintahkan kami untuk menahan diri, merahsiakan dan menyembunyikan (dari bercakap tentang hal itu) daripada mereka. Maka mereka juga menyembunyikannya dari orang-orang yang Allah telah diperintahkan supaya ditahan (bercerita) tentangnya dan menyembunyikan dari orang-orang yang telah diperintahkan oleh Allah untuk disembunyikan dan ditahan (bercerita) tentangnya. Perawi telah berkata; bahawa Imam (as) kemudian mengangkat tangannya dan menangis, seraya berkata; "Wahai Tuhan, mereka ini adalah satu kumpulan yang sangat kecil, jadikanlah kehidupan kami sebagai kehidupan mereka dan kematian sebagai kematian mereka. Janganlah Engkau membuat musuh-mushMua menguasai ke atas mereka yang akan menyebabkan kami merasa sakit terhadap penderitaan mereka. Jika Engkau telah menyebabkan kesakitan kepada kami kerana penderitaan mereka, maka tiada siapa yang akan menyembah Engkau di muka bumiMu. Allah telah berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya dan berilah kesejahteraan yang mensejahterakan") 

 

 

 

[6] Sebahagian dari Al Munajat Al Sha'baniya (Doa Sha'ban) oleh Amirul Mukminin (as), Dar Al Anwar: jilid 91, ms 97.

 

 
 

POST IMAM AHMAD (AS) DI DALAM FB: RESPONS KEPADA NAZAR NAZAR @ ABU AHMAD

Lebih Rapuh Daripada Sarang Labah-Labah 

 

 

 


Nazar Nazar menulis: 

 

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

 

 

 

Saya Abu Ahmad dari Basrah mengarahkan kata-kata saya ini buat Sayyid Ahmad Al Hassan. 

 

 

 

Tuan kami, 

 

 

 

Saya telah melihat kepada pembuktian anda dan mendapati ianya amat mengelirukan. Saya mengatakan kepada anda dengan penuh jujur bahawa saya ingin mempercayai anda, tetapi saya di dalam kekeliruan dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Anda berkata supaya berbuat istikhara, maka saya lakukannya dan hasilnya amat mengelirukan. Anda bercakap tentang visi (ru'yah) dan saya telah melihat satu visi yang positif dan satu lagi negatif. Saya tidak meninggalkan mana-mana pintu tanpa mengetuknya supaya tidak akan ada lagi hujah terhadap saya. Saya telah bertanya ilmuwan dan mereka memberitahu saya bahawa lelaki ini adalah seorang dajjal (penyamar), tetapi saya tidak mengambil berat kata-kata mereka dan dalam masa yang sama saya tidak mahu berlawanan dengan mereka dan berasa menyesal. Tuanku, mereka mengatakan bahawa anda mampu membawakan mukjizat-mukjizat, seperti menghidupkan semula yang mati dan lain-lain kerana urusan ini berkaitan dengan perkara ghaib, yang saya maksudkan adalah seruan anda. Jika anda membawakan saya satu mukjizat yang membuktikan seruan anda, maka demi Allah, saya akan menjadi salah seorang dari tentera-tentera anda, dan saya amat berkeinginan untuk mati syahid demi anda, demi agama dan mazhab. Jika tidak, maka seruan anda adalah lebih rapuh daripada sarang labah-labah. 
 
 
Jawapan: 
 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. 
Segala puji hanya bagi Allah. 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
 
Abu Ahmad, semoga Allah memberi taufik kepada anda, meluruskan jejak langkah anda dan melindungi anda dari sebarang keburukan. 
 
Saya akan mulai dari kata-kata anda yang terakhir iaitu: Lebih rapuh daripada sarang labah-labah. 
 
Anda menjelas dari kata-kata anda bahawa bukti seruan dakwah Ahmad Al-Hasan adalah seperti pembuktian datuknya Muhammad (sawas), maka aku telah meletakkan anda di dalam kekeliruan dan tidak menyampaikan anda kepada kesimpulan yang muktamad bahawa Ahmad Al Hasan adalah benar. Secara sedar anda adalah sama seperti Syiah lainnya yang beriktikad dengan kewajipan taklid kepada fuqaha, sebagaimana yang mereka beritahu kepada anda tanpa sebarang dalil syara’ mahupun akal. Tanpa anda pernah berasa keliru, mengkaji dan bertanya kepada mereka tentang bukti muktamad pegangan mereka. Bahkan amat malang sekali, anda mengikut mereka dengan mata tertutup. Secara umumnya, saya akan berbincang dengan anda berkenaan pegangan mereka dan menjelaskan kepada anda sebarang pembohongan dan kejahilan yang mereka kemukakan kepada anda. Saya berharap mereka tidak lagi terus memperdayakan anda selepas dari hari ini. Dengan izin Allah, hasrat saya akan dipenuhi samada cepat atau lambat kerana saya yakin bahawa akal, ilmu pengetahuan dan cahaya akan mengalahkan kejahilan, kegelapan dan cubaan untuk memperdaya serta menyesatkan manusia. 
 
Mari kita perhatikan orang-orang yang anda bertanya dan memanggil mereka ilmuwan, adakah mereka benar-benar  ilmuwan secara praktiknya atau penjahil dan pendusta? Hakim di antara kita dan mereka adalah pembuktian dan bukannya penghinaan sebagaimana yang sering mereka gunakan: 
 
Agama Marji’iyyah (ikutan kepan marja') mereka telah dan berterusan ingin memperdaya Syiah keturunan Muhammad, dibina atas akidah kewajipan taklid kepada bukan ma’sum. Mereka tidak mempunyai sebarang bukti naqli (Quran dan hadis) untuk menetapkan dengan pasti perkara ini, malah fuqaha mereka juga mengakui perkara ini. Mereka tidak mempunyai walau satu ayat pun dengan pembuktian yang muhkam (pasti) atau riwayat dengan rantaian sanad dan pembuktian yang muktamad (qathie). Anda mungkin boleh merujuk kepada kata-kata Sayyid al-Khoei dan Sayyid al-Khomeini (Semoga Allah merahmati mereka berdua) dan fuqaha lainnya berkenaan isu ini. 
 
Oleh itu, mereka hari ini bertukar kepada pembuktian akal bahawa orang jahil wajib merujuk kepada orang berilmu. Saya telah menyangkal pembuktian mereka ini dengan  begitu lengkap dan menjelaskan bahawa ianya adalah sebagaimana yang anda sebutkan, (lebih rapuh daripada sarang labah-labah), kerana mereka menyangka dan mengemukakan sangkaan sebagai ijtihad mereka sendiri. Mereka mengakui hal ini dan tidak seorang pun daripada mereka yang mengatakan bahawa dia membentangkan keyakinan. 
 
Justeru, pembuktian ini tidak terpakai buat mereka kerana mereka bukanlah ulama yang didatangkan dengan keyakinan yang mewajibkan orang jahil untuk merujuk kepada mereka, kerana ulama yang didatangkan dengan keyakinan dan hukum akal menetapkan bahawa yang wajib dirujuk hanyalah khalifah-khalifah Allah. Inilah yang kami katakan bahawa kewajipan taklid adalah hanya kepada peribadi ma’sum. 
 
Apabila mereka mendapati bahawa apa mereka kemukakan tidak membantu mereka dalam membuktikan akidah mereka. Seterusnya mereka mencuba pula untuk memperdaya manusia bahawa bukti bagi akidah mereka yang mewajibkan taklid kepada bukan ma’sum atau fuqaha adalah supaya orang yang tidak pakar merujuk kepada mereka yang pakar. Pembuktian yang mereka lontarkan ini telah merobohkan akidah batil mereka sendiri dengan cara yang tidak sedari mereka
 
وَظَنُّوٓاْ أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمۡ حُصُونُہُم مِّنَ ٱللَّهِ فَأَتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِنۡ حَيۡثُ لَمۡ يَحۡتَسِبُواْ‌ۖ وَقَذَفَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلرُّعۡبَ‌ۚ يُخۡرِبُونَ بُيُوتَہُم بِأَيۡدِيہِمۡ وَأَيۡدِى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ فَٱعۡتَبِرُواْ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَبۡصَـٰرِ 
 
“Dan merekapun menyangka bahwa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari [siksaan] Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka [hukuman] dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang yang beriman. Maka ambillah [kejadian itu] untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan serta celik mata hatinya.” Surah Al Hashr 59:2 
 
Jadi boleh dikatakan matlamat supaya orang tidak pakar merujuk kepada orang yang pakar adalah diharuskan dan bukanlah wajib. Ini bermakna mereka melontarkan pernyataan ini sebagai pembuktian akidah mereka.  dan dalam masa yang sama menarik diri daripada akidah batil mereka lontarkan iaitu kewajipan taklid kepada bukan ma'sum atau fuqaha. 
 
Mereka memberikan anda contoh perundingan pesakit kepada doktor untuk membuktikan akidah yang mewajibkan bertaklid kepada bukan ma'sum atau fuqaha. Sedangkan pesakit berunding dengan doktor dan melakukan seperti kata doktor adalah tidak wajib, tetapi diharuskan. Jika anda jatuh sakit, mestikah anda pergi kepada doktor dan mestikah anda beramal dengan sangkaan doktor?! Apabila doktor itu sendiri kadang-kadang berasa ragu-ragu dan memberitahu anda bahawa peluang kejayaan adalah begini dan peluang kegagalan pula adalah begini, sementara anda diberi peluang untuk membuat pilihan. Doktor itu tidak mengatakan bahawa “anda mesti melakukan sebagaimana yang dia kata atau anda mesti mengambil rawatan yang telah dia tetapkan atau anda mesti menjalani operasi pembedahan yang dia sangkakan boleh menyembuhkan anda”. Ramai pesakit yang meninggal dunia di tangan doktor di dalam bilik operasi pembedahan atau disebabkan kesilapan oleh doktor dalam menentukan jenis rawatan atau dos ubat yang betul. Sesetengah pesakit pula telah melawat doktor apabila mengalami kesakitan, tetapi menjadi lumpuh  dan tidak dapat berdiri kerana kesilapan yang dibuat oleh pakar bedah yang mempunyai ijazah doktor perubatan untuk menentukan saiz plat platinum yang diperlukan untuk menetapkan tulang. Natijahnya, saya tidak percaya bahawa orang yang rasional akan mengatakan bahawa wajib bagi pesakit untuk merujuk kepada doktor dan wajib melakukan sepertimana katanya. 
 
Jadi sekarang, apakah ada di kalangan mereka yang menggelar diri mereka "marajik" yang mempunyai kehormatan dan keberanian yang diiktiraf sebagai berotoriti mengakui bahawa mereka telah ditewaskan oleh Ahmad Al-Hasan dan akidah mereka yang dibina atas agama ikutan kepada fuqaha telah dirobohkan, serta segala urusannya telah ditamatkan? 
 
Mereka yang memiliki kehormatan dan keberanian untuk mengakui kebenaran wajib mengiktiraf dan mengakui bahawa Ahmad al-Hasan telah merobohkan dan mengakhiri akidah mereka ke tempat pembuangan sampah sejarah dan tidak akan kembali. Ya, ia sekarang kekal sebagai satu jalan kejahilan untuk memperbodohkan dan memperdayakan Syiah Ahlulbayt. Tetapi ia telah berakhir dan ia tidak lagi mempunyai sebarang kredibiliti ilmiah di sisi orang-orang yang menuntut makrifat tentang kebenaran. Hakikatnya samada cepat atau lambat, akan datang hari di mana Syiah Ahlulbayt akan memberi perhatian dan mereka akan mengetahui bahawa Dajjal (penyamar) sebenarnya adalah mereka yang menuntut supaya beriktikad dengan kewajipan taklid kepada bukan ma'sum atau fuqaha, kerana menyuruh mereka mempercayai akidah palsu yang tidak mempunyai sebarang bukti naqli (Quran dan hadis) mahupun akal. 
 
Saya ulangi (wajib) untuk kalian memberi perhatian dan semoga Allah memberi taufik pada kalian. Bukalah mata kalian seluasnya dan lihatlah sebaik-baiknya wahai Syiah agar memberi perhatian kepada orang-orang yang memanggil diri mereka "fuqaha”, mengatakan bahawa taklid itu adalah wajib kepada bukan ma'sum atau fuqaha. Maka biarkanlah mereka membuktikan kewajipan ini kepada kami, selepas saya menafikan pembuktian mereka dan menjelaskan bahawa ianya adalah seperti anda gambarkan iaitu, (lebih rapuh daripada sarang labah-labah). Jangan biarkan mereka memperdayakan kalian untuk menukar topik perbincangan ijtihad dan pengharusan taklid atau pembuktian beramal dengan sangkaan (dzan), kerana semua perkara ini terkeluar daripada akidah batil mereka, yang sepatutnya dibuktikan oleh mereka. Akidah mereka adalah kewajipan bertaklid kepada bukan ma'sum, maka biarkanlah mereka yang membuktikannya atau mengakui kebatilannya, dan mengakui bahawa Ahmad al-Hasan telah meruntuhkannya serta menghancurkan kepentingan akidah mereka yang batil dan memusnahkannya sehingga tiada suatu pun yang tertinggal. 
 
Adapun bukti seruan dakwah ini adalah kesemua bukti yang menamakan khalifah Allah sekaligus dan saya telah mengemukan kesemuanya. Saya akan menerangkan secara ringkas kepada anda, apakah ia dan bagaimana mereka layak untuk kedudukan ini: 
 
Nas daripada Allah: Sepertimana Allah telah menaskan ke atas Adam (as) di hadapan Malaikat dan yang seumpamanya berupa visi-visi yang mutawatir sehingga mencapai darjat ketenangan yang dapat menjamin bahawa pihak yang mendakwa melihatnya tidak berkomplot untuk berbohong. Visi ini juga mestilah sepadan dengan nas yang menamakannya secara individu. 
 
Nas daripada khalifah Allah: Terdapat dua jenis: 
 
Nas langsung (mubashir): Ia adalah merupakan nas oleh khalifah Allah kepada wasinya (pengganti) secara langsung, seperti nas Rasulullah (sawas) kepada Ali (as). Berbanding buat Imam Mahdi (as), beliau diangkat ke langit dan ghaib, oleh itu, cara komunikasinya dengan orang-orang yang beriman kepadanya adalah dengan kasyaf dan visi (ru’ya) dan bertemu dengannya. Telah bersaksikan bilangan yang ramai sehingga tidak memungkinkan mereka berpakat mengadakan kebohongan bahawa Ahmad Al Hassan adalah anaknya, wasinya dan dari keturunan Muhammad (as). 
 
Nas tidak langsung (ghayru mubashir): Ia adalah nas khalifah Allah kepada wasinya secara tidak langsung, seperti nas daripada Rasulullah (sawas) kepada Ali bin Musa al-Ridha (as). Nas sebegini yang menjadi nas penamaan individu, mestilah ada jaminan Ilahi bahawa ia dilindungi daripada dituntut oleh pengklaim palsu. Oleh itu, sesiapa yang mengklaimnya adalah pemiliknya yang sah. Contoh terbaik adalah Wasiat Rasulullah Muhammad (sawas), yang Allah sifatkan melalui lisan NabiNya Muhammad (sawas) bahawa ia adalah sebuah kitab yang terpelihara daripada kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya. Saya telah memperincikan cara-cara berhujah dengannya dan ia adalah nas yang menamakan individu yang menuntutnya adalah khalifah Allah dalam kebanyakan jawapan saya. Saya juga telah menjelaskan bagaimana hanya tuntutanku semata-mata yang berdasarkan wasiat menamakanku sebagai salah seorang dari khalifah-khalifah Allah, kerana Allah telah menyifatkan ia satu-satunya yang dapat memelihara mereka yang berpegang dengannya dari kesesatan. 
 
Oleh itu, Maha Suci Dia yang Maha Mengetahui, Maha Berkemampuan, Maha Jujur, lagi Maha Bijaksana secara mutlak semestinya melindungi teks/nas yang Dia sifatkannya sebagai memelihara daripada kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya. Dia swt mesti melindunginya daripada dituntut oleh pengklaim-pengklaim palsu sehingga pemiliknya yang sah menuntutnya dan memenuhi matlamatnya. Jika tidak, Dia adalah jahil, atau tidak mampu, atau pembohong, atau menipu daya dan membuat kesamaran bagi orang-orang yang berpegang dengan firman-Nya untuk mengikut kebatilan. Adalah mustahil bagi Allah swt untuk menjadi jahil atau tidak berupaya kerana Dia adalah Maha Mengetahui dan Maha Berkemampuan secara mutlak, serta mustahil terbit kebohongan dari yang Maha Benar Subhanahu wa Taala, kerana Dia Maha Jujur lagi Maha Bijaksana dan tidak mungkin disifatkan Dia dengan kebohongan. Sedangkan Dia mampu mencenderungkan apa jua kepada perkataan-Nya dan mencabut agama. 
 
Jawapan [disebutkan di atas] telah disusun oleh Sheikh Alaa al-Salim, semoga Allah melindungi dia, dalam buku “Wasiat Suci”. Saya juga telah meminta para faqih untuk melangkah ke hadapan berdebat dengan saya dan membalas apa yang telah saya katakan, tetapi mereka tidak mampu berbuat demikian dan telah terbukti kebenaran kami. Segala pujian hanya bagi Allah. 
 
Tanda-tanda (ayaat) dan mukjizat telah berlaku selama berlangsungnya seruan dakwah ini, seperti binasanya pemidato Ali al-Shukri selepas dia menghina dan bertindak melampaui batas ke atas Ahmad al-Hasan. Allah menyaksikan kata-katanya dan perbuatannya di atas mimbar di hadapan beribu-ribu orang, maka Allah mengkehendaki supaya tidak menangguhkan dia dan membinasakan dia dalam tempoh hanya beberapa hari, dan menjadikannya tanda seluruh alam. Barangsiapa yang tidak mengambil pelajaran daripadanya, maka tidak berguna lagi untuk didatangkan dengan mukjizat lainnya pula. Apakah perbezaan antara kebinasaan penzalim ini dan kebinasaan seseorang yang meminta azab dan mencabar Rasulullah (sawas)? Dan apakah perbezaan antara kebinasaan penzalim ini dan kebinasaan mereka yang menghina Hussain (as) dan mencabar beliau mengatakan bahawa nasibnya adalah api neraka pada hari Asyura? Maka Allah mengkehendaki untuk tidak menangguhkan dia dan menjadikannya tanda. Akibatnya dia telah jatuh ke dalam api dan terbakar. 
 
Saya percaya bahawa kesemuanya adalah tanda-tanda yang menerangkan bahawa Allah membela Awliya-nya, untuk menyatakan melalui tanda-tanda itu bahawa mereka ini adalah Awliya-Ku, dan Aku Allah Yang Maha Esa, Satu-Satunya bersaksikan buat mereka. Segala pujian bagi Allah, Sheikh Ali al-Shukri yang diratapi kematiannya oleh marajik anda telah menuntut kesaksian Allah dan Allah bersaksikan di atas mimbar serta tidak pernah memberikannya penangguhan. Allah telah bersaksikan buatku dengan tanda mukjizat yang jelas, walaupun dibenci oleh orang-orang munafik. Perkara yang sama juga berlaku kepada datukku Rasulullah dan datukku Hussain (selawat Allah ke atas mereka). Cukuplah bagiku Allah sebagai saksi antara saya dan kamu semua bahawa Tanda ini telah didokumenkan dan divideokan supaya anda boleh merujuk kepadanya. 

 

 
Bagaimana jika seorang munafik berkata, "Mengapa Allah tidak membinasakan sesiapa jua yang menghina anda dan menghalangi anda?" 
 
Saya katakan, kerana kebijaksanaan di sebalik mukjizat membuktikan hubungan saya dengan Allah dan yang telah dibenarkan dengan kebinasaan seseorang. Sesungguhnya Allah tidak membinasakan semua orang yang menentang Hussain as di Karbala pada hari Asyura. Sebaliknya, Dia membinasakan orang-orang yang telah dibinasakan untuk menjadi tanda. Selain itu, Allah tidak membinasakan al-Shimir atau Harmala, walau apa yang telah mereka lakukan mempunyai kesan yang lebih besar kepada Hussain (Selawat Allah ke atasnya) berbanding kesan orang yang menghina dan menuduh beliau (as) adalah dari ahli neraka.

 

 
Adapun permintaan anda supaya mendatangkan tanda khusus untuk anda, semoga Allah memberi taufik pada anda, meluruskan jejak langkah anda dan menghiasi anda dengan kebijaksanaan akal, ketahuilah bahawa khalifah Allah bukanlah badut atau penghibur sarkas dan mereka bukanlah akrobat yang berkeliaran di sekitar orang ramai di jalan-jalanraya dan lorong untuk memperlihatkan gerak geri dan tindakan mereka buat mempesonakan orang ramai. Bahkan tujuan yang terkandung di dalam mukjizat adalah sebagai satu tanda daripada Allah bagi membuktikan bahawa orang yang memperlakukannya adalah salah seorang wali dari Awliya Allah. Bahawa Allah mempertahankan beliau dan menyokong beliau. Perkara ini telah pun dipenuhi dalam seruan kebenaran ini dalam banyak keadaan, seperti apa yang berlaku kepada Sheikh Ali al-Shukri, yang merupakan seorang tokoh terkenal di Hawza Najaf dan Qum, apabila beberapa fuqaha mengkhabarkan tentang kematiannya ketikamana Allah membinasakannya. 
 
Semoga Allah memberi taufiknya kepada anda dan meluruskan jejak langkah anda. Sila perhatikan bahawa Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa Dia mahukan keimanan kepada perkara yang ghaib. Itulah sebabnya walaupun apabila Dia menghadirkan mukjizat, Dia tetap meninggalkan ruang dalam diri manusia untuk mempercayai perkara yang ghaib, dan tidak menjadikannya mukjizat suatu keterpaksaan yang tidak meninggalkan ruang untuk beriman kepada perkara ghaib. Walaupun Dia berbuat sedemikian, Dia sesekali tidak akan menerima keimanan mereka yang beriman kerananya. Kisah Firaun dalam al-Quran adalah amat diketahui dan tidak ada sebab bagi Allah untuk menolak keimanan Firaun, selain daripada fakta bahawa tanda keterpaksaan dan tiada ruang yang tinggal untuk perkara ghaib. Perkara ini telah saya jelaskan secara terperinci dalam Tafsiran Ayat dari Surah Yunus, silalah merujuk kepadanya. 
 
Jika Allah mahu manusia beriman kerana mukjizat individu secara paksa, yang tidak meninggalkan ruang untuk beriman dengan perkara ghaib, sudah tentu Dia akan membuatkan RasulNya Muhammad (sawas) menghantar utusan-utusan kepada pemerintah-pemerintah pada zamannya beserta dengan mukjizat-mukjizat individu. Misalnya, setiap utusan akan berdiri di hadapan pemerintah dan menukarkan kudanya menjadi emas atau besi. Lantas utusan tersebut meminta pemerintah untuk menjaga mukjizat ini bersamanya. Jika dia dapat melakukan ini, maka mereka akan beriman dengannya beserta seluruh rakyat di Iran atau Eropah secara beramai-ramai dan pasti urusan ini akan terhenti setakat itu sahaja. Atau sekurang-kurangnya, dia akan menghantar surat kepada mereka dalam bahasa mereka sendiri dan bukan dalam bahasa Arab, atau Allah turunkan Al-Quran dalam semua bahasa global, atau sekurang-kurangnya seratus bahasa. Bukankah ini lebih wajar sebagai bukti atau hujjah ke atas manusia? Jika Allah berbuat demikian, maka ia akan menjadi satu tanda jelas mukjizat buat Muhammad (sawas) dan menunjukkan bahawa beliau berhubung terus dengan Allah. Atau sekurang-kurangnya, dia akan menterjemahkan al-Quran ke dalam semua bahasa dan bukannya membiarkan ia tertakluk kepada usaha-usaha peribadi, sehingga terdapat berbagai-bagai terjemahan Quran berbahasa Inggeris yang berbeza-beza dan saling bercanggah terjemahannya. 
 
Sebaliknya, sebahagian pendusta ini memberitahu anda di atas mimbar bahawa Muhammad dan para Imam bercakap semua bahasa. Jadi mengapa tidak Rasulullah dan Imam (alaihimusalam) menterjemahkan Quran? Adakah Muhammad dan Imam bakhil sebagai contoh, (semoga dijauhkan Allah)?! Atau terjemahan Quran bukan keperluan yang sangat mendesak dan suatu perbuatan yang menentang kebijaksanaan? Atau hampir 250 tahun tidak cukup buat Rasulullah dan para Imam untuk menterjemahkannya?! Atau kefasihan seseorang dalam ratusan bahasa bukanlah satu mukjizat yang jelas dan hujah sempurna yang tertegak sepanjang masa? 
 
Saya memberi jaminan kepada anda bahawa ramai ateis yang benar-benar jujur ​​dalam kenyataan mereka apabila mereka berkata; "Jika Tuhan wujud, maka mengapakah Dia tidak mewujudkan satu mukjizat kecil kepada kami, bagi membuktikan kewujudan-Nya agar kami mempercayai-Nya?" Saya di sini, bagi pihak Profesor Richard Dawkins mengemukakan permintaan mukjizatnya kepada anda, seperti katanya, "Mengapa Allah tidak menjadikan tangan orang beragama yang kudung tumbuh semula seperti baharu, sepertimana amfibia apabila beberapa bahagian badan mereka terputus, agar kami boleh mempercayai kewujudan-Nya? Bolehkah anda menjelaskan kepadanya “mengapa Allah tidak bertindak balas kepada permintaan beliau”, memandangkan anda adalah seorang yang beriman kepada kewujudan Allah? Permintaan beliau ini ditujukan kepada semua orang-orang yang beriman terutama mereka yang beriman dengan mukjizat percuma yang dilemparkan kiri dan kanan hanya supaya manusia dapat beriman, walaupun ianya adalah keimanan yang kosong daripada mana-mana ukuran kepada perkara ghaib. 
 
Mereka yang mengatakan bahawa Ahmad al-Hasan mesti mendatangkan kepada mereka mukjizat seperti yang diminta, jika tidak, beliau bukanlah orang yang benar.  Maka, mereka bertanggungjawab untuk mendatangkan kepada Profesor Dawkins mukjizat dari Tuhan yang mereka percayai, dan saya berkeyakinan bahawa Tuhan lebih berkemampuan daripada hamba. Jika mereka tidak membawakan mukjizat kepadanya menurut peraturan mereka, maka Dawkins adalah 100% benar dan ateisme adalah betul berdasarkan peraturan mereka sendiri, yang diakui oleh mereka sendiri. Adakah mereka menerima keputusan ini? atau peraturan Syaitan mereka ini hanya terpakai apabila berhadapan dengan Ahmad Al Hasan sahaja? 
 
 
Ahmad Al Hassan 
Selasa, 12 Mac 2013, 01.55 am.
 
 
 

 

POST IMAM AHMAD (AS) DI DALAM FB: BEGINILAH MANUSIA DIMUSNAHKAN!!!

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 
Segala Puji Bagi Allah 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 


Saya menulis post ini disebabkan semasa saya melawat salah seorang ansar pada hari ini (semoga Allah memelihara beliau), saya dimaklumkan tentang berita bahawa Otoriti Marajik baru baru ini telah memperkenalkan sebuah slogan pilihan raya yang mengatakan,”Wilayahku Lebih Utama.” 

Baru-baru ini telah dijalankan satu kajian oleh seorang saintis Jepun dari Universiti Kyoto yang menunjukkan bahawa mekanisma intelek cimpanzi adalah lebih baik daripada manusia dalam sesetengah perkara, sebagai contoh memori jangka pendek. 

Haiwan-haiwan lain juga berkongsi dengan kita hatta pada jenis-jenis atruisma (sifat mengutamakan atau kecintaan pada yang lain), seperti altruisma timbal balik yang mana kita mempunyai persamaan dengan kelawar atau altruisma berkaitan kekeluargaan, anak-anak dan saudara mara yang dibina oleh gen-gen dalam tubuh badan, yang mana tikus di dalam sarangya juga berkongsi sifat yang sama dengan kita. 

Apa yang benar-benar membezakan kita sebagai manusia daripada haiwan-lain lain di dunia ini adalah altruisma  berkecuali lagi tulen (mencintai atau melebihkan orang lain yang bersifat berkecuali iaitu tanpa melihat kepada hubungan keakraban, kedaerahan, kenegerian, kebangsaan dan sebagainya, serta tulen iaitu tanpa mengharap apa-apa imbuhan atau balasan di kemudian hari). Untuk makluman, Altruisma berkecuali lagi tulen ini juga bertentangan dengan penjelasan logikal saintifik yang disepakati, samada oleh ilmu biologi evolusi atau biologi sosial. Oleh itu, altruisma berkecuali lagi tulen adalah halangan utama yang berdiri tegak dalam membangkang teori kesempurnaan saintifik para atheis. 

Sebagai manusia kita berbeza dalam beberapa keadaan berbanding dengan haiwan-haiwan lain, yang memberontak terhadap sikap mementingkan diri oleh gen-gen individu dan strukturnya yang sedia ada di dalam tubuh kita. Ia telah sedia ada bersama struktur badan kita sejak beratus-ratus juta tahun untuk berkelakuan dengan cara mementingkan diri sendiri yang bekerja untuk manfaat gen-gen dengan membenarkan mereka untuk terus kekal dan berpindah dari satu generasi ke generasi lain. 

Gen-gen boleh membina mekanisma-mekanisma di dalam badan seperti kelenjar dan pemangkin seperti enzim, yang memaksa badan ke arah altruisma palsu dan tidak tulen, iaitu altruisma yang berusaha mendapatkan manfaatnya sendiri, seperti altruisma ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tetapi gen-gen tidak boleh berfungsi bertentangan dengan kepentingan individualistiknya dan membina di dalam tubuh badan altruisma berkecuali lagi tulen atau hingga dapat membenarkan satu kebiasaan berjalan dengan lancar. Ini kerana secara semulajadinya, ia bermakna kepupusan tubuh badan dan hilang binasanya kumpulan genetik dan tidak akan adanya perpindahan dari satu generasi ke generasi yang lain. 

Identiti kita sebagai manusia yang membezakan diri kita dari haiwan lain adalah altruisma berkecuali lagi tulen yang tidak mengharapkan pembalasan di masa hadapan, sebagaimana yang dilakukan oleh kelawar apabila mereka memuntahkan sedikit darahnya untuk jiran-jirannya. Dengan tanpa disedari ia telah terbina dalam diri kita oleh gen yang memaksa kita supaya mengutamakan anak-anak sebagai contoh, kerana mereka adalah jalan kelansungan gen dan jalan pemindahan mereka ke generasi akan datang. 

Altruisma berkecuali lagi tulen ini adalah identiti paling mulia yang mungkin dapat dimiliki oleh makhluk hidup, bukan sahaja di bumi tetapi juga pada tahap alam materialistik yang bersifat fizikal secara keseluruhannya. Amat malang sekali bahawa majoriti manusia meninggalkannya tanpa mereka mengetahui bahawa dengan berbuat demikian, mereka memilih perangai atau sifat beruk menguasai diri mereka dan menjadi seperti mana-mana baki beruk besar; cimpanzi, gorila atau orang utan. 

Firman Allah Taala: {Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina.} Surah al-Baqarah 2:65. 

Firman Allah Taala: {Katakanlah: “Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari [orang-orang fasik] itu di sisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka [ada] yang dijadikan kera dan babi dan [orang yang] menyembah thaghut?” Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.} Surah Al-Maidah 5:60.
Firman Allah Taala: {Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: “Jadilah kamu kera yang hina.} Surah al-Araaf 7:166. 

Ini bermakna mereka membuang anak-anak kunci dari tangan mereka dan kehilangan ruh/jiwa kemanusiaan yang Allah campakkan ke dalam bapa mereka Adam as, yang mana Dia menggesa mereka untuk memperolehinya. Tidak tinggal langsung di dalam diri mereka melainkan jiwa kebinatangan, lantas mereka kembali kepada asal-usul mereka yang bersifat kebinatangan, liar dan tubuh-tubuh yang berkhidmat kepada keakuan (ananiyah), tidak lebih dari itu. 

Jadi, ketika berhadapan orang-orang yang mengajak kamu dengan slogan “Aku lebih utama.. ” atau “abangku lebih utama sebelum sepupuku” atau “sepupuku lebih utama sebelum orang asing” atau “bandarku, wilayahku atau negaraku lebih utama”, saya menyeru kamu kepada slogan “Kemanusiaanku adalah lebih utama”. Dan kemanusiaan kamu adalah pertaruhan yang membezakan kamu dengan haiwan-haiwan lain. Apa yang benar-benar membezakan kamu bukanlah otak kamu sahaja, kerana ia merupakan hasil evolusi yang haiwan-haiwan lain juga memilikinya, walaupun di tahap yang paling tidak sempurna. Apa yang benar-benar membezakan kamu adalah altruisma berkecuali lagi, yang boleh kamu perolehinya dan dengannya kamu dianggap sebagai manusia. 

Kamu temui kehormatan dan kemanusiaan kamu apabila kamu mengambil tanggungjawab terhadap faqir miskin dan anak yatim yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kamu, tanpa terpengaruh dengan keperluan kamu terhadap harta benda apabila kamu memberi tanpa mengharapkan pulangan di masa hadapan. Saya menyeru kamu supaya membina kemanusiaan di dalam diri kamu, menyeru kamu untuk membunuh “Keakuan”, dan berslogankan “jiranku lebih utama sebelum diriku,” serta “bandar bersebelahanku sebelum bandarku.” Sebagaimana yang diwasiatkan oleh Rasulullah Muhammad (sawas), para Aimmah (as), dan para Anbiya (as): “jiran, faqir miskin, anak yatim dan janda adalah lebih diutamakan.” Saya menyeru kamu supaya mengabaikan apa yang diserukan oleh mereka (otoriti marajik) kepada kamu, kerana amat malang sekali mereka menyeru kamu untuk mengikut Syaitan yang berkata, “diriku lebih utama”. Sekaligus menyusuri dan mengikutinya dengan berkata seperti “bandarku lebih utama” atau “wilayahku lebih utama”. Mereka menyeru kamu untuk menjadi bukti kebenaran kepada firmanNya, {“Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: “Jadilah kamu kera yang hina.”} Surah al-Araaf 7:166. 

Mereka (otoriti marajik) ini memusnahkan manusia lainnya dengan kejahilan dan slogan-slogan mereka. Apabila manusia dimusnahkan, tidak mungkin dia boleh menjadi pengeluar atau anasir yang bermanfaat dan berkesan di dalam kehidupan sosial yang sejahtera. Sebaliknya, dia menjadi bom detik yang menunggu masa atau peluang yang sesuai untuk menyebarkan racunnya kepada yang lain. 

Inilah realiti kehidupan manusia pada hari ini dan malang sekali ramai pencuri dan pegawai kerajaan yang rosak adalah mangsa mereka, slogan-slogan mereka dan model ikutan mereka yang buruk. Seorang yang rasional perlu sedar bahawa keselesaan sosial duniawi tidak mungkin diperolehi melalui jalan orang-orang seperti ini, apatah lagi kerugian akhirat dengan mengikuti mereka. 


Sayyid Ahmad Al Hassan 
3 Mac 2013

MENJAWAB KERAGUAN TENTANG DAJJAL BASRAH?

Bismillah ar Rahman ar Rahim.


Syeikh Ali Kurani dalam kitabnya, Dajjal Dari Basrah telah menuduh Imam Ahmad(as) sebagai dajjal berdasarkan hadis berikut:

قال أميرالمؤمنين عليه السلام: (ويخرج الدجال من دجلة البصرة, وليس مني, وهو مقدمة دجالين كلهم) الملاحم والفتن للسيد ابن طاووس
Telah berkata Amirul Mukminin a.s: “Dajjal akan keluar daripada sungai Dijlah Basrah, dan dia bukan daripadaku, dia adalah permulaan dajjal-dajjal kesemuanya.” Al Malahim wal Fitan, Sayyid Ibn Tawus, hal 249
Sebenarnya hadis ini masih kurang jelas untuk kita menisbahkannya kepada Imam Ahmad al Hassan, tambahan pula terdapat banyak dalil yang dapat menyabitkan Imam Ahmad kepada dakwaannya sebagai Al Yamani. Namun kita bukan mahu membincangkan perkara tersebut. Perkara yang meragukan adalah:
Benarkah Dijlah Basrah itu berada di Basrah?
Pertama sekali harus kita terangkan bahawa perkataan “Dijlah” merujuk kepada sungai Tigris. (Rujukan di sini)
Daripada peta di atas, sungai yang merentasi Basrah tidak dikenali sebagai Sungai Tigris, juga bukan Sungai Furat(Euphrates). Ia dikenali sebagai Shat al Arab, yang merupakan gabungan, pertemuan antara dua sungai, iaitu sungai Furat dan Tigris.
Sungai Tigris langsung tidak merentasi Basrah, jadi apabila disebutkan Dijlah al Basrah, satu-satunya wilayah pemerintahan yang berdekatan dengan Basrah yang di lalui Sungai Tigris adalah Maysan. Dengan mengambil kira fakta ini, hadis di bawah rasanya perlu dibawa bagi menjelaskan lagi isu ini:
عن أمير المؤمنين عليه السلام قال: (ثم يخرج المهدي الهادي المهتدي الذي يأخذ الراية من يد عيسى ابن مريم, ثم يخرج الدجال من بعد ذلك, يخرج الدجال من ميسان نواحي البصرة) ) الملاحم والفتن للسيد ابن طاووس, ص 134
Daripada Amirul Mukminin (a.s) telah berkata: “Kemudian akan keluar Mahdi yang mendapat petunjuk dan member petunjuk yang akan mengambil panji dari tangan Isa bin Maryam, kemudian akan keluar dajjal selepas daripada itu, keluar dajjal dari Misaan di pinggir Basrah.” Al Malahim wal Fitan, Sayyid Ibn Tawus, hal 134
Oleh kerana Dijlah tidak melalui Basrah, yang sungainya dikenali sebagai Shat al Arab, maka mengatakan bahawa Dajjal akan keluar dari wilayah Maysan adalah lebih tepat dan berpadanan antara dua hadis ini.
Makna sebenar perkataan “Dajalah” Dari Segi Tatabahasa Arab:
Mereka yang berusaha bersungguh2 mengelirukan dan meragukan umat manusia juga berhujah bahawa perkataan “دجلة البصرة Dajlatul Basrah” bermaksud “Dajal Basrah” di dalam hadis pertama di atas. Tetapi pada hakikatnya mereka ini lupa bahawa kaedah tatabahasa Arab yang mereka agung2kan menetapkan bahawa kata singular (mufrad) bagi perkataan Dajal adalah “دجال Dajjaal”, manakala kata plural (jama’) bagi Dajal adalah “دجالون atau دجاجلة”. Perkataan “دجلة” yg difahami oleh umat Arab adalah sungai Dijlah atau Tigris. 
Jadi, dimanakah tatabahasa Arab yang mereka agung2kan bila membicarakan tentang kebenaran dan sekaligus memutarbelitkan kata2 Imam as mengikut selera hawa nafsu mereka??? 
Siapakah Dajjal dari Maysan ini?
Jika mengambil kira pendapat kami, Haydar Imshatat, bekas pengikut Imam Ahmad(as) yang akhirnya berpaling dan kemudian dirinya pula yang mengaku sebagai Mahdi pertama adalah lebih layak sebagai dajjal ini. Bukan sahaja beliau tidak mempunyai apa-apa sifat seperti yang dirujukkan kepada Al Yamani atau Mahdi Pertama, malah beliau dilahirkan di Maysan!! Sila rujuk laman web beliau di sini.

SIAPAKAH PENENTANG IMAM MAHDI (AS)?

Untuk video, klik di sini.


Siapakah musuh sebenar Imam Al Mahdi(as)? Siapakah yang akan memulakan penentangan terhadap beliau apabila beliau zuhur? Tentera Amerika? Zionist? Tentera Wahabi?

Hadis Pertama: Ditentang Di Kufah

 

 

 

Imam al Baqir(as) bersabda: “Apabila al Qaim muncul, beliau akan mendekati Kufah, kemudian beberapa ribu orang akan keluar dan mendakwa beliau tidak mempunyai anak, bersama mereka adalah senjata, dan mereka akan berkata, “pulanglah dari mana kamu datang, kami tidak perlukan bantuan kamu dengan anak-anak Fatimah”, maka beliau akan menentang mereka dengan pedang sehinggalah yang terakhir dari kalangan mereka, dan kemudian beliau akan memasuki Kufah dan membunuh setiap munafiq yang sesat, memusnahkan mahligai mereka dan membunuh tentera mereka sehingga Allah meredhai.” Irshad Al-Mufeed v.2 p.384

 

Siapakah kumpulan Batriyah ini? Perhatikan komentar Syeikh Ali Korani di bawah:

 

“Nampaknya kebanyakan dari mereka yang Batrya ini dalah Syiah.“Mujam Al Mawthoo’ee Ahadis Imam Al Mahdi a.s hal.570

 

Apabila Al Qaim keluar dari Karbala dan mendekati Najaf dan orang-orang sekitarnya, di antara Karbala dan Najaf, 16,000 orang fuqaha dan dari orang-orang munafiq akan berkata: “Orang ini bukanlah dari keturunan Fatimah kerana sepatutnya beliau berbelas kasihan terhadap mereka, dan apabila beliau memasuki Najaf, dan tinggal di sana untuk satu malam dan keluar melalui gerbang Al Nakhilah berdekatan kubur Hud(as) dan Saleh(as), 70,000 penduduk Kufah mahu membunuh beliau. Jadi beliau akan membunuh mereka semua, sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka.” Noor al Anwar, v.3, hal 345

 

16,000 orang fuqaha? 70, 000 orang Kufah? ini bukan jumlah yang kecil. Yang digelar fuqaha ini bukanlah seorang ustaz biasa yang belajar 3-4 tahun. Untuk mencapai status ini, sudah pasti seorang fuqaha itu belajar belasan tahun minimum. Seorang Ayatollah perlu belajar dan mengajar puluhan tahun, baru digelar fuqaha. Namun itu sendiri tidak menjadikan mereka bertambah celik, malah semakin buta apabila menentang Imam Zaman sendiri.

 
Hadis Kedua: Sejahat-jahat Fuqaha

 

 

 

Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul (sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: “Akan datang ke atas manusia satu zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan.” [Raudhat Al Kafi, ms 479]

 

Hadis ini menunjukkan fuqaha di akhir zaman adalah sejahat-jahat manusia, dan mereka merupakan asal serta punca segala fitnah, namun sudah tentu fitnah itu akan dikembalikan kepada mereka dari tangan Imam Mahdi(aj) sendiri. Ya, kebanyakan penyembah ulama akan mengatakan: “Ini bukan ulama Syiah.” Ini adalah satu kenyataan sempit mereka yang tersepit. Konteks hadis ini sendiri menunjukkan yang menentang Imam Mahdi itu ulama Syiah. Tetapi tak mengapa, baca hadis seterusnya:

 

Imam Hassan Askari(as) berkata kepada Abi Hashim Al Jaafari: “Wahai Ibn al Jaafari, wahai Abu Hashim, akan datang suatu masa nanti kepada manusia, ulama mereka adalah makhluq Tuhan yang paling jahat di atas muka bumi, ini adalah kerana mereka condong ke arah falsafah dan kezuhudan, namun mereka menyesatkan Syiah kami dan mereka yang memegang Wilayah kami..”Al-Bihaar Wa Madinat Al-Hukm Wal-Athaar v.2 p.57 p.58 v.4.

 

Sudah pasti, ulama Wahabi atau Sunni bukanlah yang ditaati oleh masyarakat Syiah, jadi jelas hadis ini telah menunjukkan ulama Syiahlah yang menyesatkan masyarakat Syiah, mereka disebut sebagai sejahat-jahat ulama dan punca segala fitnah dalam masyarakat Syiah.

 

Amirul Mukminin a.s di dalam khutbahnya menyebutkan tentang akhir zaman:“Fuqaha” akan cenderung ke arah pembohongan dan ulama akan cenderung ke arah kesesatan.” Ilzaam Al-Naaseb Ithbaat Al-Huja Al-Ga’eb v.2 p.195.

 

Daripada Mufadhal bin Umar, telah berkata: Aku mendengar Abu Abdillah berkata; Sekiranya Qaim bangkit, dia akan bermula dengan pembohong di kalangan Syiah, dan seterusnya akan membunuh mereka.” [Ikhtyar Ma’rifat AlRijal Al Toosi jilid 2, ms 589][AlKashi, ms253]

 

Kebangkitan al Qaim(aj) akan dimulakan dengan pembohong dari kalangan Syiah. Siapakah pembohong dari kalangan Syiah ini? Ada orang yang jahil mengatakan Ahmad al Hassanlah yang merupakan pembohong dari kalangan Syiah ini. Ini satu kenyataan yang kelakar, kerana jelas, seruan Imam Ahmad(as) tidak dapat diterima oleh umum masyarakat Syiah, maka “fitnah” beliau tidak cukup kuat untuk menyesatkan majoriti Syiah sehingga menimbulkan fitnah besar. Malah beliau dan pengikut beliau sendiri sudah dipulau dari digelar sebagai pengikut Syiah Imamiyah. Jelas pembohong dari kalangan Syiah ini adalah sejahat-jahat manusia yang mana fitnah berasal dari mereka, para fuqaha.

 

Rasulullah (sawas) bersabda: Wahai Ibnu Mas’ud, ulamak-ulamak dan fuqaha-fuqaha mereka adalah pengkhianat dan pemaksiat, mereka adalah sejahat-jahat makhluk Allah dan pengikut-pengikut mereka adalah orang-orang yang datang kepada mereka dan mengambil dari mereka. Mereka adalah sejahat makhluk Allah yang mana Allah kan memasukkan mereka ke dalam api neraka dalam keadaan bisu, pekak dan buta, dan tidak akan dikembalikan. [Makarim Al Akhlaq, ms 450-451]

 

“Bila keluarnya Mahdi, dia tidak akan mempunyai musuh kecuali ulamak-ulamak, jika tidak kerana pedang, para ulamak akan mengisukan fatwa supaya membunuhnya.” [Bayan Al Aimmah (a.s), jilid 3, ms 99]

 

Hadis di atas menjelaskan lebih banyak perkara, bahawa satu-satunya musuh Imam Mahdi adalah para ulama. Tak perlu berdalih lagi bahawa ini bukan ulama Syiah. Ya, sememangnya ulama dari ajaran lain juga berpotensi menjadi penentang Imam Mahdi, namun itu tidak menafikan ulama-ulama Syiah tidak mempunyai peranan dalam penentangan ke atas beliau.

 

Musuh-musuhnya adalah ulamak-ulamak taqlid, mereka akan berada di bawah kekuasaannya kerana takut akan pedangnya dan kekuatannya, dan keinginan kepada apa yang dimilikinya.” [Yaum Al Khallas, ms 279][Besharat Al Islam, ms 297]

 

Ulama-ulama taqlid? Semoga kita terselamat.

 
Menentang Mahdi dengan Quran

 

 

 

“Apabila Qaim kami bangkit, dia akan berhadapan dengan orang-orang jahil yang lebih teruk berbanding dengan apa Rasulullah (sawas) hadapi semasa zaman jahiliyyah. Bagaimana ia boleh berlaku? Dia (a.s) berkata: Ketika Rasulullah (sawas) datang, manusia menyembah batu, bata, batang kayu dan ukiran. Apabila bangkit Qaim kami, akan berhadapan dengannya orang-orang yang mentafsirkan kitab Allah, dan akan menggunakannya sebagai bukti, dan dia berkata: Demi Allah kebaikan akan memasuki rumah-rumah kamu.” [Kitab Al Ghaybah oleh Sheikh Al Nu’mani, ms 297]

 

Membalas Dendam Pada pengeluar Fatwa

 

Amirul Mukminin (a.s) berkata: Dan dia akan membalas dendam terhadap pengeluar-pengeluar fatwa di dalam urusan agama yang tidak diketahui mereka. Maka celakalah bagi mereka dan siapa jua yang mengikut mereka , seolah-olah agama ini hilang, maka mereka dapat mendirikannya? Atau agama ini bengkok, maka mereka dapat membetulkannya? Atau manusia telah meminta perkara yang bertentangan agama, maka mereka bersetuju dengannya? Atau mereka telah dipaksa melakukan kebaikan, maka mereka membuat sebaliknya?” [Bayan Al Aimmah, jilid 3, ms 298]

 

Siapa pengeluar fatwa? Anda semua pasti tahu jawabannya. Apa yang akan terjadi selepas Imam Mahdi(as) menghapuskan punca pecah belah umat ini?

 

Daripada Malik bin Thamra, daripada Amirul Mukminin (a.s), telah berkata: “Wahai malik bin Thamra, bagaimanakah kamu apabila Syiah bertikaian antara satu sama lain, dia kemudian mempersatukan jari2 kedua-dua belah tangannya.” Aku berkata: “Wahai Amirul Mukminin, apakah ada kebaikan pada zaman tersebut?”. Kesemuanya adalah baik apabila Qaim kami dan 70 orang lelaki akan berbohong kepada Allah dan RasulNYA, dan dia akan membunuh mereka, dan seterusnya Allah akan menjadikan kesemuanya bersatu. [Bisharat Al Islam, ms 50] [Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 115]

 

Alhamdulillah, selepas pembunuhan mereka yang munafiq ini, Allah akan menjadikan umat Syiah yang bertikaian ini kesemuanya bersatu semula. Inilah bukti yang menunjukkan betapa besarnya fitnah yang datang dari para ulama dan fuqaha yang paling jahat di atas muka bumi ini. Masakan tidak besar, jika hanya dengan kematian pemuka ini sahaja yang membuatkan umat Syiah bersatu? Siapakah 70 orang ini? Wallahualam. Apa yang pasti adalah mereka dari kalangan para ulamak dan fuqaha. Jadi kepada mereka yang menolak Imam Ahmad(as) atas alasan majoriti para ulama menolak beliau sebagai Al Yamani, maka FIKIRKANLAH SEMULA.

 

Kerana Imam Zaman(aj) tidak akan mempunyai musuh kecuali para ulama. Ingin bergantung kepada mereka sebagai penentu kebenaran? Orang yang cerdik, pasti tidak akan berbuat demikian.

 

Wallahualam.

 

 

DUA QOIM DI ZAMAN KEZUHURAN

 

Diriwayatkkan dari Syeikh Sadooq di dalam kitab Kamal Al Deen:
 
حدثنا علي بن أحمد بن موسى رضي الله عنه قال: حدثنا محمد بن أبي عبد الله الكوفي قال: حدثنا محمد بن إسماعيل البرمكي قال: حدثنا إسماعيل بن مالك، عز محمد بن سنان، عن أبي الجارود زياد بن المنذر، عن أبي جعفر محمد بن علي الباقر، عن أبيه، عن جده عليهم السلام قال: قال أمير المؤمنين عليه السلام – وهو على المنبر -:( يخرج رجل من ولدي في آخر الزمان أبيض اللون، مشرب بالحمرة، مبدح البطن عريض الفخذين، عظيم مشاش المنكبين  بظهره شامتان: شامة على لون جلده  وشامة على شبه شامة النبي صلى الله عليه وآله، له اسمان: اسم يخفى واسم يعلن، فأما الذي يخفى فأحمد وأما الذي يعلن فمحمد
 
Daripada Abi Al Jarood Ziyad bin Al Munzar, daripada Abi Jaafar Muhammad bin Ali a.s, daripada datuknya, berkata:"...baginya dua nama, nama yang tersembunyi dan nama yang didedahkan , adapun yang tersembunyi adalah AHMAD dan yang didedahkan adalah MUHAMMAD.." [Kamal Al Deen wa Tamam Al Ni’mah, jilid 2, ms 653]
 
Diharapkan kalian tidak terperanjat bahawa yang dimaksudkan dengan nama di dalam riwayat ini adalah perkara lain dan bukannya lafaz yang menandakan peribadi atau penama yang disebutkan. Tidak juga dimaksudkan bahawa Qoim mempunyai dua nama atau dua lafaz perkataan yang menunjukkan kepada satu peribadi iaitu satu yang tersembunyi dan satu lagi didedahkan. Riwayat ini ini menjelaskan nama yang tersembunyi dengan sejelas-jelasnya iaitu Ahmad, atau dengan kata lainnya ianya bukan tersembunyi secara lafzi. Oleh itu, seharusnya  maksud yang dikehendaki oleh kata Imam a.s (bagi Qoim dua nama) adalah dua peribadi yang mengesahkan setiap seorang dari kedua-duanya adalah Qoim.
 
Dikatakan bahawa maksud tersembunyi adalah tidak digunakan langsung sepertimana yang disangka oleh umat syiah. Maka jawapannya, sesuatu perkara itu bukanlah tersembunyi melainkan ia majhul (tidak diketahui), sedangkan  nama tersembunyi di dalam riwayat ini telah dimaklumi dan tidak digunakan (pada Imam Mahdi a.s).
 
Dikatakan juga bahawa maksud yang dikehendaki adalah ianya diketahui oleh sebahagian manusia dan tidak diketahui oleh kebanyakan lainnya, oleh itu, ia menjadi tersembunyi berdasarkan pandangan umum manusia iaitu umat sunni. Maka jawapannya, makna ini sepatutnya menunjukkan ia tiada kepentingan, tiada keseriusan dan tidak mustahak untuk disebut, tetapi kita sedia maklum bahawa Ahlulbayt a.s mengambil berat terhadap masalah ini dan telah memutuskan perkara ini secara pasti tentang kepentingannya serta kedudukan makna yang terangkum di dalamnya.
 
Kebenarannya adalah ia tidak menunjukkan sebarang kepentingan dan keseriusan kepada  makna lain, melainkan ditujukan kepada makna tersembunyi Ahmad yang tidak diketahui manusia sehinggalah hampir tiba masa atau ketika munculnya. Makna ini disokong dengan banyak riwayat yang disebutkan dari Ahlulbayt a.s, sepertimana berikut:
 
وعنه، عن إسماعيل بن عياش، عن الأعمش، عن أبي وائل ، عن حذيفة قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وذكر المهدي فقال: إنه يبايع بين الركن والمقام، اسمه أحمد و عبد الله والمهدي، فهذه أسماؤه ثلاثتها
 
Daripada Huzaifah, berkata: Aku mendengar Rasulullah (sawas) menyebutkan tentang Al Mahdi, seraya bersabda: "Sesungguhnya dia akan diberi baiah di antara Rukun dan Makam, namanya adalah AHMAD, ABDULLAH dan MAHDI, maka ini adalah ketiga-tiga namanya." [Ghaybah Al Thoosi, ms 454][Al Bihar Al Anwar, jilir 51, ms291]
 
Rasulullah (sawas) di dalam riwayat ini menamakan Al Mahdi (a.s) dan menyebutkan tiga nama baginya , ia adalah nama yang sama disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (sawas) untuk anak Imam Mahdi (a.s) ketikamana baginda (sawas) bersabda: 
 
 جماعة، عن البزوفري، عن علي بن سنان الموصلي، عن علي بن الحسين، عن أحمد بن محمد بن الخليل، عن جعفر بن أحمد المصري، عن عمه الحسين ابن علي، عن أبيه، عن أبي عبد الله الصادق، عن آبائه، عن أمير المؤمنين عليهم السلام قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي عليه السلام يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة فأملى رسول الله صلى الله عليه وآله وصيته حتى انتهى [إلى] هذا الموضع فقال: يا علي إنه سيكون بعدي اثنا عشر إماما ومن بعدهم اثنى عشر مهديا فأنت يا علي أول الاثني عشر الامام
وساق الحديث إلى أن قال: وليسلمها الحسن عليه السلام إلى ابنه م ح م د المستحفظ من آل محمد صلى الله عليه وعليهم، فذلك اثنى عشر إماما ثم يكون من بعده اثنا عشر مهديا فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه أول المهديين له ثلاثة أسامي اسم كاسمي واسم أبي وهو عبد الله وأحمد والاسم الثالث المهدي وهو أول المؤمنين
 
Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah SAWA telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; (Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu ABDULLAH dan AHMAD, dan nama ketiganya adalah AL-MAHDI. Dan dia adalah yang pertama beriman). [Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241.] 
 
Oleh itu, Mahdi yang akan menerima baiah di antara Rukun dan Makam adalah anak Imam Mahdi (a.s) iaitu Ahmad. Ketiga-tiga nama yang disebutkan oleh Rasulullah (sawas) di dalam wasiat tersebut di ulangi di dalam riwayat yang menyebutkan Mahdi menunjukkan kebenaran ini. Maka tidak perlu disebutkan lagi bahawa di kalangan duabelas Mahdi itu adalah Ahmad yang sekaligus membenarkan gelaran Mahdi dipakaikan kepada setiap orang dari mereka.
 
عنه، عن علي، عن بكار، عن علي بن قادم، عن فطر عن عاصم، عن زر بن حبيش , عن عبد الله بن مسعود. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:  لو لم يبق من الدنيا إلا يوم لطول الله تعالى ذلك اليوم حتى يبعث رجلا مني يواظئ اسمه اسمي واسم أبيه اسم أبي يملأ الأرض عدلا كما ملئت ظلما
 
Disebutkan di dalam kitab Ghybah Al Thoosi: Daripada 'Ashim, daripada Zur bin Habisy, daripada Abdullah bin Mas'ud, berkata: Telah bersabda Rasulullah (sawas): "Jika dunia ini hanya tinggal satu hari sahaja, maka Allah Taala akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah diutuskan seorang lelaki daripadaku yang namanya menyamai namaku dan nama bapanya menyamai nama bapaku untuk melatakan muka bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman sebelumnya." [Al Ghaybah Al Thoosi, ms 180-182]
 
 وقال: حدثنا نعيم، حدثنا الوليد ورشدين عن ابن لهيعة عن إسرائيل بن عباد عن ميمون القداح عن أبي الطفيل أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (المهدي اسمه اسمي واسم أبيه اسم أبي)
 
Di dalam kitab Al Malahim Al Fitan oleh Sayyid Ibn Thawoos: Daripada Abi Al Thufayl, sesungguhnya Rasulullah (sawas) bersabda: "Mahdi itu namanya adalah namaku dan nama bapanya adalah nama bapaku." [Al Malahim Al Fitan, ms 158]
 
Barangkali riwayat-riwayat seumpamanya ini di sisi masyarakat awam sunni disangkakan bahawa nama Imam Mahdi (a.s) adalah Muhammad bin Abdullah, tetapi kita juga tahu bahawa nama Rasulullah (sawas) juga adalah Ahmad, dan baginda (sawas) sering bersabda: Aku adalah anak kepada dua sembelihan iaitu Abdullah dan Ismail. 
 
 روي عنه عليه السلام: أنا ابن الذبيحين يعني أباه عبد الله وإسماعيل
 
Di dalam kitab Al Bahr Al Raiq oleh Ibnu Najim Al Misri: Diriwayatkan daripada baginda (sawas): "Aku adalah anak kepada dua sembelihan" bermakna bapanya Abdullah dan Ismail. [Al Bahr Al Raiq, jilid 2, ms 288]
 
قول النبي صلى الله عليه وآله انا ابن الذبيحين  – حدثنا أحمد بن الحسن القطان قال: أخبرنا أحمد بن محمد بن سعيد الكوفي قال: حدثنا علي بن الحسن بن علي بن فضال، عن أبيه قال: سألت أبا الحسن علي ابن موسى الرضا عليهما السلام عن معنى قول النبي صلى الله عليه وآله: أنا ابن الذبيحين قال: يعني إسماعيل ابن إبراهيم الخليل عليهما السلام وعبد الله بن عبد المطلب 
 
Di dalam kitab Al Khisal oleh Syeikh Al Sadooq: Mengkhabarkan kepada kami Ali bin Al Hassan bin Ali bin Fidhal, daripada bapanya, berkata: Aku bertanya Abu Al Hassan Ali bin Musa Al Ridha (a.s) berkenaan makna sabda nabi (sawas): ("Aku adalah anak dua sembelihan," Imam berkata: Ia bermakna Ismail bin Ibrahim Al Khalil (a.s) dan Abdullah bin Abdul Muthalib). [Al Khishal, ms 55-56]
 
يا علي: أنا ابن الذبيحين
 
Di dalam kitab Man La Yahdhuruhu Al Faqih, jilid 4, halaman 368 oleh Syeikh Al Sadooq: Daripada Rasulullah (sawas): "Wahai Ali, aku adalah anak kepada dua sembelihan."
 
 
MAKA JELASLAH SEKARANG BAHAWA NAMA SAYYID AHMAD AL HASSAN ADALAH "AHMAD" DAN NAMA BAPANYA ADALAH "ISMAIL". BELIAU A.S ADALAH QOIM (PENDIRI) URUSAN BAPANYA IMAM MAHDI A.S, YANG JUGA QOIM (PENDIRI) URUSAN KELUARGA MUHAMMAD (SAWAS).