KEDUDUKAN ILMU NAHU (TATABAHASA ARAB) DI DALAM RIWAYAT-RIWAYAT AHLULBAYT (AS)

 

Antara penyampaian makna dan pengelokan ucapan:
 
Antara perkara yang sering menjadi rintangan dan keraguan pada kebanyakan orang adalah apa yang berkaitan dengan ilmu tatabahasa Arab (nahu). kebanyakan mereka menyangka bahawa seseorang Hujjat  kata-katanya mestilah bertepatan dengan ilmu nahu yang diciptakan oleh ulama-ulama ilmu tersebut. Pada hakikatnya ini adalah pensyaratan berdasarkan ijtihad yang tiada kaitan dengan ukuran/ neraca bagi mengenali Hujjat-Hujjat. 
 
Ianya tidak disyaratkan oleh Ahlulbayt (as), bahkan kita mendapati hal yang sebaliknya bahawa mereka (as) mencela perbuatan berlagak di dalam ucapan, memperelokkan lafaz dan menjauhi makna, sedangkan lafaz hanyalah wasilah/ jalan untuk menyampaikan atau menjelaskan makna. Jadi bagaimana  lafaz boleh melekakan daripada makna?! dilekakan dengan kulit dan meninggalkan isinya?! Mereka (as) berucap kepada manusia berdasarkan keupayaan akal mereka, bukan berdasarkan keupayaan kaedah ilmu nahu mereka yang diciptakan mengikut acuan yang mereka yakini sebagai pemutus dalam kesibukan mereka mencari makna. Hatta ayat Quran sekalipun tidak kosong daripada sebutan-sebutan yang bertentangan dengan kaedah-kaedah tatabahasa Arab. Perhatikan ayat ini:
 
Firman Allah SWT: 
 
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ وَٱلصَّـٰبِـِٔينَ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
 
Ayat 62 surah Al Baqarah ini datang dengan lafaz (ٱلصَّـٰبِـِٔين) , manakala dalam ayat 69 surah Al Maidah menyebutkan ayat yang sama tetapi didatangkan dengan lafaz (ٱلصَّـٰبِـُٔونَ). 
 
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلصَّـٰبِـُٔونَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
 
Kemudian perhatikan pula tafsir firman Allah SWT dalam ayat 51-52, surah Al Zukhruf:
 
وَنَادَىٰ فِرۡعَوۡنُ فِى قَوۡمِهِۦ قَالَ يَـٰقَوۡمِ أَلَيۡسَ لِى مُلۡكُ مِصۡرَ وَهَـٰذِهِ ٱلۡأَنۡهَـٰرُ تَجۡرِى مِن تَحۡتِىٓ‌ۖ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ (51
 أَمۡ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى هُوَ مَهِينٌ۬ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ (52
 
Dan Fir’aun berseru kepada kaumnya [seraya] berkata: “Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan [bukankah] sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat [nya]? Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan [perkataannya]?
 
Disebutkan di dalam Tafsir Al Qummi: (Kemudian dia telah menceritakan ucapan Firaun dan gerombolannya kepada Musa (as), seraya Imam (as) berkata: "Mereka berkata wahai ahli-ahli sihir" iaitu wahai orang-orang berilmu, "berdo’alah kepada Tuhanmu untuk [melepaskan] kami sesuai dengan apa yang telah dijanjikan-Nya kepadamu; sesungguhnya kami benar-benar akan menjadi orang yang mendapat petunjuk." Kemudian Firaun berkata: Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan? yakni Musa "hampir tidak dapat menjelaskan", lalu Imam (as) berkata: "tidak dapat menjelaskan kata-kata (kalam)". [Tafsir Al Qummi, jilid 2, ms 285]
 
Disebutkan di dalam Majma' Al Bayan oleh Syeikh Al Tabrasi: ("Hampir tidak dapat menjelaskan" bermaksud: hampir tidak mampu memfasihkan kata-kata dan hujahnya disebabkan kesulitan pada lidahnya).   
 
Kami berkeyakinan bahawa tiada lagi hujah yang tinggal buat mereka yang berhujah dalam meletakkan ilmu nahu sebagai syarat dan setiap ucapan mestilah bertepatan dengan kaedah-kaedah nahu selepas mengetahui tafsir ayat di atas.
 
Perhatikan juga ayat 63, surah Ta ha ini: 
 
قَالُوٓاْ إِنۡ هَـٰذَٲنِ لَسَـٰحِرَٲنِ يُرِيدَانِ أَن يُخۡرِجَاكُم مِّنۡ أَرۡضِكُم بِسِحۡرِهِمَا وَيَذۡهَبَا بِطَرِيقَتِكُمُ ٱلۡمُثۡلَىٰ 
 
Sebetulnya mengikut kaedah-kaedah nahu mereka adalah: (إن هذين لساحران) kerana huruf (إن) adalah huruf yang seakan-akan dengan Fi'il yang menasabkan yang pertama dan merafa'kan yang kedua.
 
Begitu juga firman Allah SWT di dalam surah Al Fath, ayat 10: 
 
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا 
 
على: adalah huruf (جر) dan (ه) dhamir muttasil yakni bersambung, sepatutnya didirikan dengan baris bawah (kasrah) dan menjadi (alaihi Allah) mengikut kaedah-kaedah tatabahasa mereka. Oleh itu, dari mana datangnya baris hadapan (dhammah) bagi mereka dan menjadi (alaihu Allah). Apakah ada orang yang sedar dan melihat bagaimana sepanjang masa Allah menjadikan kalamNya di sisi mereka bertentangan dengan kaedah-kaedah nahu mereka.
 
Begitu juga Firman Allah SWT dalam surah An Nisa', ayat 162:
 
لَّـٰكِنِ ٱلرَّٲسِخُونَ فِى ٱلۡعِلۡمِ مِنۡہُمۡ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ‌ۚ وَٱلۡمُقِيمِينَ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۚ وَٱلۡمُؤۡتُونَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَنُؤۡتِيہِمۡ أَجۡرًا عَظِيمًا     
 
المقيمين: adalah ma'tuf (mengikut) ke atas kalimat (ٱلۡمُؤۡمِنُونَ) sebelumnya, sepatutnya ia menjadi (المقيمون الصلاة والموءتون الزكاة) mengikut kaedah-kaedah nahu mereka.  Oleh itu ma'tuf (kalimat yang mengikut ke atas kalimat sebelumnya) adalah mengikut ma'tuf alaih (kalimat yang diikut ke atasnya), samada menjadi mansub (baris atas) atas marfu' (baris hadapan), iaitu        : (المقيمين الصلاة والمؤتين الزكاة) atau (المقيمون الصلاة والمؤتون الزكاة), kesemua ini adalah mengikut kaedah-kaedah nahu mereka.
 
Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah, ayat 124:
 
 وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِـۧمَ رَبُّهُ ۥ بِكَلِمَـٰتٍ۬ فَأَتَمَّهُنَّ‌ۖ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامً۬ا‌ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِى ٱلظَّـٰلِمِينَ
 
Sebetulnya mengikut kaedah-kaedah nahu mereka adalah (الظالمون)
 
Terdapat banyak riwayat daripada Ahlulbayt (as) yang menguatkan bahawa Bahasa Arab tidak memberi manfaat kepada orang yang mempelajarinya dan tidak pula memudharatkan orang yang meninggalkannya.
 
ومما استطرفناه من كتاب جعفر بن محمد بن سنان الدهقان جعفر بن محمد، قال حدثني عبد الله، عن درست بن أبي منصور، عن عبد الحميد بن أبي العلا، عن أبي إبراهيم عليه السلام، قال دخل رسول الله صلى الله عليه وآله المسجد، فإذا جماعة قد أطافوا برجل، فقال رسول الله صلى الله عليه وآله ما هذا؟ فقالوا علامة، يا رسول الله فقال صلى الله عليه وآله وما العلامة، قالوا عالم بأنساب العرب، ووقائعها، وأيام الجاهلية، والشعر، والعربية، فقال رسول الله صلى الله عليه وآله ذلك علم لا يضر من جهله، ولا ينفع من علمه
 
Dari kitab Jaafar bin Muhammad bin Sinan Ad Dahqan Jaafar bin Muhammad, telah berkata: menceritakan kepada aku Abdullah, daripada Darast bin Abi Mansur, daripada Abdul Hamid bin Abi Al 'Ala, daripada Abi Ibrahim (as), telah berkata: Rasulullah (sawas) telah masuk ke dalam masjid, apabila satu kumpulan orang sedang mengelilingi seorang lelaki, lalu Rasulullah (sawas) bersabda: Apa ini? lantas mereka menjawab: seorang alim besar (allamah), wahai Rasulullah. Maka Rasulullah (sawas) bersabda: Alim besar apa? Mereka menjawab: seorang alim dalam nasab keturunan Arab, peperangannya, hari-hari jahiliah, syair dan tatabahasa Arab. Maka bersabda Rasulullah (sawas): ilmu itu tidak memudharatkan daripada kejahilannya, dan tidak pula memanfaatkan daripada mengetahuinya. [As Sarair, Ibn Idris Al Hilli, jilid 3, ms 626]
 
 محمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد، عن علي بن فضال، عن علي بن عقبة، عن عمرو، عن أبي عبد الله (عليه السلام) قال: قال لنا ذات يوم: تجد الرجل لا يخطئ بلام ولا واو خطيبا مصقعا ولقلبه أشد ظلمة من الليل المظلم، وتجد الرجل لا يستطيع يعبر عما في قلبه بلسانه وقلبه يزهر كما يزهر المصباح
 
Daripada Amru, daripada Abi Abdillah (as), telah berkata: Dia telah berkata kepada kami pada satu hari: (Kamu dapati seorang lelaki berkhutbah dengan suara yang lantang tanpa melakukan kesilapan dengan "ل" dan tidak juga "و", dan hatinya lebih gelap daripada kegelapan malam. Dan kamu dapati seorang lelaki yang tidak mampu menggambarkan apa yang ada di dalam hatinya dengan lidahnya, dan hatinya lebih terang seperti terangnya lampu). [Al Kafi, Syeikh Al Kulayni, jilid 2, ms 422]
 
دلالة واضحة على أن حسن الظاهر وطلاقة اللسان وفصاحة البيان بدون تنور القلب وصفاءه واستقامته لا عبرة بها وإنما العبرة بصفاء الباطن ونورانيته وإن لم يكن معه صفاء الظاهر والله الناظر الرقيب لاينظر إلى صور ظاهركم وانما ينظر إلى صور باطنكم. اللهم نور قلوبنا بنور الإيمان
 
Pembuktian yang jelas bahawa imej luaran yang elok, kelancaran lisan dan kefasihan tanpa keterangan hati, kesuciannya dan istiqamahnya itu tiada pengajaran dengannya. Adapun pengajaran atau teladan itu adalah dengan kesucian batin dan nuraninya, walaupun tidak ada bersamanya kesucian luaran. Allah yang sentiasa Melihat dan Mengawasi, tidak pernah melihat rupa bentuk luaran kamu, tetapi Dia melihat kepada gambaran batin kamu. Ya Allah terangilah hati-hati kami dengan cahaya keimanan. [Syarh Usul Al Kafi, Mawla Muhammad Salih Al Mazendrani, jilid 10, ms 145]
 
 (أحمد بن محمد بن فهد الحلي في عدة الداعي: عنهم (عليهم السلام): (ان سين بلال عند الله شين
 
Ahmad bin Muhammad bin Fahd Al Hilli di dalam kitabnya Uddat Al Da'ie, daripada mereka (as): (Sesungguhnya "س" Bilal di sisi Allah adalah "ش"). [Al Hadaiq Al Nazhirah, Al Bahrani, jilid 8, ms 129]
 
 وفيه: جاء رجل إلى أمير المؤمنين (عليه السلام) فقال: يا أمير المؤمنين إن بلالا كان يناظر اليوم فلانا، فجعل يلحن في كلامه، وفلان يعرب ويضحك من فلان، فقال أمير المؤمنين عليه السلام: 
إنما يراد اعراب الكلام وتقويمه، ليقوم الاعمال ويهذبها، ما ينفع فلانا اعرابه وتقويمه، إذا كانت أفعاله ملحونة أقبح لحن، وما ذا يضر بلالا لحنه، إذا كانت أفعاله مقومة أحسن تقويم، ومهذبة أحسن تهذيب.
 
Di dalam kitab tersebut juga: (Seorang lelaki telah datang kepada Amirul Mukminin (as), lantas berkata: Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya bilal berdebat dengan si fulan hari itu, maka dia telah tersalah dalam percakapannya, dan si fulan berbahasa Arab dengan fasih dan seorang fulan lagi bergelak ketawa. lalu Amirul Mukminin (as) berkata: Sesungguhnya apa yang dia kehendaki adalah I'rab (analisa tentang perubahan kalimat bahasa Arab) percakapan dan pembetulannya untuk mendirikan amalan-amalan dan memperelokkannya. Tidak bermanfaat I'rab si fulan  dan pembetulannya apabila perbuatannya adalah salah dan seburuk-buruk kesalahan, dan tiada yang memudharatkan bilal akan kesalahan percakapannya apabila perbuatan-perbuatannya dibentuk dengan sebaik-baik bentuk, dan dididik dengan sebaik-baik pendidikan). [Mustadrak Al Wasail, Al Mirza Al Nuri, jilid 4, ms 278]
 
 أخبرني محمد، حدثني موسى، قال: حدثنا أبي، عن أبيه، عن جده جعفر بن محمد، عن أبيه، عن آبائه (عليهم السلام)، قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وآله): (إن الرجل الأعجمي ليقرأ القرآن على أعجميته، فترفعه الملائكة على عربيته)
 
Mengkhabarkan kepadaku Muhammad, menceritakan kepadaku Musa, telah berkata: menceritakan kepada kami bapaku, daripada bapanya, daripada datuknya Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya (as), telah berkata: Rasulullah (sawas) telah bersabda: (Sesungguhnya seorang lelaki A'jam (non Arab) membaca Al Quran mengikut lenggok non Arabnya, maka Malaikat mengangkat ketinggian bahasa Arabnya). [Mustadrak Al Wasail, Al Mirza Al Nuri, jilid 4, ms 280)
 
أحمد بن محمد السياري في التنزيل والتحريف: بعض أصحابنا، عن ربعي، عن حويزة بن أسماء قال: قلت لأبي عبد الله (عليه السلام): انك رجل لك فضل، لو نظرت في هذه العربية فقال: لا حاجة لي في سهككم هذا)
 
Ahmad bin Muhammad Al Siyari di dalam kitab Al Tanzil fi Al Tahrif: Sebahagian sahabat kami, daripada Rab'ie, daripada Huwaizah bin Asma', telah berkata: (Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as): Sesungguhnya kamu adalah seorang lelaki yang bagi kamu segala kelebihan/ keutamaan, jika kamu melihat pada tatabahasa Arab ini, seraya dia (as) berkata: Tiada bagi ku keperluan pada bau tengik kamu ini). [Mustadrak Al Wasail, Al Mirza Al Nuri, jilid 4, ms 279]
 
وروي عنه (عليه السلام) قال: من انهمك في طلب النحو سلب الخشوع
 
Diriwayatkan daripada Abi Abdillah (as): (Barangsiapa yang bertungkus lumus di dalam menuntut nahu/ tatabahasa telah merampas ketundukan). [Mustadrak Safinatu Al Bihar, Syeikh Al Namazi Al Shahrudi, jilid 7, ms 139]
 
وعن حماد، عن ربعي، عن محمد بن مسلم قال: قرأ أبو عبد الله (عليه السلام) ولقد نادينا، نوحا قلت: نوح! ثم قلت: جعلت فداك لو نظرت في هذا أعني العربية، فقال: دعني من سهككم
 
Daripada Muhammad bin Muslim, telah berkata: (Abu Abdillah (as) telah membaca: ولقد نادينا نوحا, aku berkata: نوح, kemudian aku berkata lagi: jika kamu melihat pada ini yang aku maksudkan tatabahasa Arab, Lantas (as) berkata: Hindarkan aku dari bau tengik kamu). [Jami’ Ahadith Al Syiah, Syed Al Barujerdi, jilid 15, ms 35]
 
:وعن الحجال، عن قطبة بن ميمون، عن عبد الأعلى قال
قال أبو عبد الله (عليه السلام): أصحاب العربية يحرفون الكلم عن مواضعه
 
Daripada Al Hijaal, daripada Qutbah bin Maymun, daripada Abdul A'la, telah berkata: Telah berkata Abu Abdillah (as): (Ahli tatabahasa Arab menyelewengkan kata-kata daripada tempatnya). [Mustadrak Al Wasail, jilid 4, ms 280]   
 
 عن أمير المؤمنين (عليه السلام): الشرف عند الله سبحانه بحسن الأعمال، لا بحسن الأقوال
 
Daripada Amirul Mukminin (as): (Kemuliaan di sisi Allah adalah dengan mengelokkan amalan, bukan dengan mengelokkan kata-kata). [Mizan Al Hikmah, jilid 3, 2120]
 
عن أمير المؤمنين (عليه السلام): إنكم إلى إعراب الأعمال أحوج منكم إلى إعراب الأقوال
 
Daripada Amirul Mukminin (as): (Sesungguhnya kamu lebih memerlukan kepada analisa amalan-amalan kamu berbanding analisa percakapan). [Mizan Al Hikmah, jilid 3, ms 2120]
 
شرار أمتي: الثرثارون والمتشدقون المتفيهقون، وخيار أمتي أحاسنهم أخلاقا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
 
Telah bersabda Rasulullah (sawas): (Sejahat-jahat umatku adalah orang yang banyak berleter, memperelokkan dan memahirkan percakapan, dan sebaik-baik umatku adalah mereka yang paling baik akhlaknya). [Kanz Al Ummaal, Al Muttaqi Al Hindi, jilid 3, ms 561]  
 
وعن أبي أمامة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم سيكون رجال من أمتي يأكلون ألوان الطعام ويشربون ألوان الشراب ويلبسون ألوان الثياب ويتشدقون في الكلام فأولئك شرار أمتي
 
Rasulullah (sawas) telah bersabda: (Akan ada lelaki-lelaki dari umatku yang memakan beraneka makanan, meminum berbagai jenis minuman, memakai pakaian berwarna-warni, dan memperelokkan percakapan, mereka adalah seburuk-buruk umatku). [Majma’ Al Zawaid, jilid 10, ms 250]
 
 شرار أمتي الذين غذوا بالنعيم، الذين يأكلون ألوان الطعام ويلبسون ألوان الثياب، ويتشدقون في الكلام
 
Rasulullah (sawas) telah bersabda: (Seburuk-buruk umatku adalah makan dengan mewah, mereka memakan beraneka makanan dan memakai pakaian berwarna-warni, serta memperelokkan percakapan). [Kanzul Ummaal, Al Muttaqi Al Hindi, jilid 3, ms 561]
 
 شرار أمتي الذين ولدوا في النعيم، وغذوا به، ويأكلون من الطعام ألوانا، ويلبسون من الثياب ألوانا، ويركبون من الدواب ألوانا ويتشدقون في الكلام
 
(Seburuk-seburuk umatku adalah mereka yang dilahirkan dalam kemewahan, kenyang dengannya, memakan beraneka makanan, dan memakai pakaian berwarna-warni, menunggang berbagai jenis tunggangan, dan memperelokkan percakapan).  [Kanzul Ummaal, Al Muttaqi Al Hindi, jilid 3, ms 561]
 
عنه (صلى الله عليه وآله): لعن الله الذين يشققون الخطب تشقيق الشعر
 
Daripada Rasulullah (sawas): (Allah melaknat mereka yang menyukarkan ucapan sesukar syair). [Mizan Al Hikmah, Muhammad Al Risyahri, jilid 1, ms 291]
 
 رسول الله (صلى الله عليه وآله): أبغض الناس إلى الله تعالى البليغ الذي يتخلل بلسانه تخلل الباقرة بلسانها
 
Rasulullah (sawas) telah bersabda: (Sesungguhnya Allah Taala membenci lelaki-lelaki yang fasih, yang menyilangi lidahnya sepertimana lembu betina menyilangi lidahnya). [Mizan Al Hikmah, Muhammad Al Risyahri, jilid 1, ms 290][Musnad Ahmad, jilid 2, ms 165][Sunan Ibnu Daud, jilid 2, ms 478]
 
عنه (صلى الله عليه وآله): إن الله ليبغض الرجل البليغ الذي يلعب بلسانه كما تلعب الباقرة
 
Daripada Rasulullah (sawas): (Sesungguhnya Allah amat membenci lelaki yang fasih, yang bermain dengan lidahnya sepertimana lembu betina). [Mizan Al Hikmah, Muhammad Al Risyahri, jilid 1, ms 290]
 
 إن الله لا يحب هذا وضربه يلوون ألسنتهم للناس لي البقر لسانها بالمراعي، كذلك يلوى الله ألسنتهم ووجوههم في جهنم
 
Daripada Rasulullah (sawas): (Sesungguhnya Allah tidak menyukai ini dan memutar-mutarkan lidah-lidah mereka kepada manusia sepertimana seekor lembu memutar-mutarkan lidahnya di padang ragut, begitulah Allah akan memutar-mutarkan lidah-lidah mereka di dalam neraka jahanam). [Kanzul Ummal, Al Muttaqi Al Hindi, jilid 3, 563][Majma’ Al Zawaid, Al Haithami, jilid 10, 262]
 
 يأتي على الناس زمان يتخللون في الكلام بألسنتهم، كما تخلل البقر بألسنتهم
 
(Akan datang satu zaman atas manusia, di mana mereka menyilangi lidah-lidah mereka di dalam percakapan, sepertimana lembu-lembu mengilangi lidah-lidah mereka). [Kanzul Ummal, Al Muttaqi Al Hindi, jilid 3, ms 563]
 
 عن الصادق عليه السلام: في قوله: الذين آتيناهم الكتاب يتلونه حق تلاوته، قال: يرتلون آياته ويتفقهون به ويعملون بأحكامه، ويرجون وعده ويخافون وعيده، ويعتبرون بقصصه، ويأتمرون بأوامره، وينتهون بنواهيه، ما هو والله حفظ آياته، ودرس حروفه، وتلاوة سورة، ودرس أعشاره وأخماسه، حفظوا حروفه وأضاعوا حدوده، وإنما هو تدبر آياته والعمل بأحكامه، قال الله تعالى: كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا آياته
 
Daripada Imam Sadiq (as) di dalam tafsir firmanNya: "Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan", telah berkata: mereka membaca ayat-ayatnya, mempelajarinya, beramal dengan hukum-hakamnya, mengharapkan janjinya, takut akan balasannya, mengambil iktibar dari kisah-kisahnya, melaksanakan perintah-perintahnya, mencegah segala larangannya. Demi Allah dia bukanlah orang yang memelihara ayat-ayatnya, mempelajari huruf-hurufnya, membaca surah-surahnya, mempelajari A'shaar dan Akhmaasnya, memelihara hurufnya dan meletakkan baris-barisnya. Tetapi dia memerhatikan ayat-ayatnya, dan beramal dengan hukum-hakamnya, firman Allah Taala: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya. [Tafsir Al Mizan, jilid 1, 266][Irshad Al Qulub, Al Daylami, ms 319]
 
Kesimpulan:
 
1. Ketepatan Ilmu Nahu dalam ucapan-ucapan seorang Hujjat adalah syarat yang diciptakan kemudian oleh ulama-ulama ghayru amilin bertujuan untuk menjauhkan umat dari mengenal Hujjat sebenar.
 
2. Ilmu nahu tidak pernah dijadikan syarat oleh Quran dan Ahlulbayt (as) dalam mengenali Hujjat, sebaliknya kedua-duanya mencela berlebih-lebihan mempraktikkan ilmu ini dan tidak menjadikan prasyarat mengenali Hujjat buat mereka yang tidak mengetahuinya. 
 
3. Ahlulbayt (as) menekankan kepada penyampaian makna berbanding memperelokkan dan memperindahkan ucapan yang tidak menyampaikan kepada makna. Lafaz hanyalah wasilah menyampaikan kepada makna dan bukannya hujah. 
 
4. Mempelajari ilmu tatabahasa adalah untuk memahami makna ayat-ayat Quran dan kata-kata Ahlulbayt (as), bukannya untuk memperelokkan ucapan dan menilai kebenaran Hujjat berdasarkan ketepatan ilmu tersebut.
 
 
               

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *