PENDAPAT ULAMA-ULAMA YANG MENYOKONG ZURIAT IMAM MAHDI (A.S) AKAN MEMERINTAH SELEPASNYA

Assalamualaikum wbt…
 

 

Timbul kekeliruan pada banyak pihak terutamanya ulama akhir zaman dan pengikut-pengikut mereka yang mengatakan bahawa dunia akan berakhir selepas pemerintahan Imam Mahdi (a.s) dan mengabaikan pendapat-pendapat ulama yang mengatakan akan wujud pemerintahan zuriat Imam mahdi (a.s) selepas kewafatan baginda. Lalu mewujudkan kecelaruan di minda sesetengah pihak samada menerima atau menolak antara salah satu dari riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) berkenaan Raja'ah atau kekuasaan zuriat Imam Mahdi (a.s) selepasnya. 

 

 

 

Berikut dibawakan pendapat sesetengah ulama yang membicarakan hal pemerintahan Mahdiyyoon (a.s) selepas bapa mereka Imam Mahdi (a.s) untuk penelitian kita bersama:

 

 

 

1. Sayyid Al Murtadha (ra) ketika mengulas berkenaan riwayat (القائم والقوام من بعده) yang bermaksud Al Qoim dan Qoim-Qoim selepasnya, berkata: (Bahawasanya kami tidak menetapkan luputnya taklif ketika kewafatan Imam Mahdi (a.s), bahkan harus kekal selepasnya Imam-imam yang bangun memelihara agama dan kebaikan penduduknya, ini tidak mengeluarkan kita dari digelar Ithna Ashariyyah kerana kita ditaklifkan untuk mengetahui Imamah mereka. Telah kami jelaskan hal ini dengan sejelas-jelasnya sehingga menjadikan kita unik dengan yang lainnya.) [Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 148]

 

 

 

Sayyid Al Murtadha adalah salah seorang ulama tersohor Syiah terawal dan memadai buatnya sebagai anak murid Syeikh Al Mufid (ra). Setiap umat syiah menjadi saksi akan keilmuan dan keutamaannya.

 

 

 

2. Syeikh Al Kaf'amiy di dalam kitabnya Al Misbah menurut apa yang disalin daripadanya oleh Mirza Al Noori dan Al Allamah Al Majlisi, berkata Mirza Al Noori: ((Telah berkata Syeikh Al Kaf'amiy di dalam kitab Misbahnya; [diriwayatkan daripada Yunus bin Abdul Rahman, daripada Al Ridha (a.s) bahawasanya dia memerintahkan untuk membaca doa buat Shohibul Amr seperti berikut; اللهم ادفع عن وليك …الى آخره]. Di pengakhiranya dia menyebutkan; [ اللهم صلِ على ولاة عهده والأئمة من بعده] yang bermaksud "berselawatlah ke atas wali-wali ahdinya dan Imam-imam selepasnya," sehingga kepada penghujungnya. 

 

 

 

Syeikh Al Kaf'ami juga berkata di dalam nota kakinya; iaitu pertamanya selawat ke atasnya (Imam Mahdi a.s) dan keduanya selawat ke atas mereka selepas berselawat ke atasnya, yang dimaksudkan adalah para Imam selepasnya iaitu anak-anaknya kerana mereka adalah ulama-ulama yang dimuliakan, seorang alim, Imam yang diikuti dan dia (al Kaf'ami) menunjukkan kepada kata Imam: para Imam dari kalangan anak keturunannya di dalam doa yang diriwayatkan daripada Imam Mahdi a.s.)) [Al Najmu Al Thaqib, jilid 2, ms 72][Bihar Al Anwar, jilid 99, ms 125]

 

 

 

 

3. Sayyid Ibn Tawoos (ra) di dalam kitab Jamal Al Usbu' ketika mengulas berkenaan sebutan selawat ke atas zuriat Imam Mahdi (a.s) di dalam sesetengah doa, berkata: ((Di dalam doa ini terkandung kata a.s: [ اللهم صل على ولاة عهده والأئمة من بعده ], moga-moga yang dimaksudkan dengan demikian itu adalah selawat ke atas para Imam yang ditetapkan pada hari-hari pemerintahannya (Imam Mahdi a.s) supaya berselawat dengan hamba-hamba di dalam negeri tersebut, iaitu Imam-imam yang memerintah pada tempoh ketika itu. Dan selawat ke atas mereka itu berlaku selepas berselawat ke atas Imam Mahdi (selawat Allah ke atasnya) dengan berbuktikan katanya: [ ولاة عهده ] kerana wali-wali ahdi itu berlaku semasa mereka masih hidup, seolah-olah yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 
[اللهم صل بعد الصلوة عليه على ولاة عهده والأئمة من بعده] yang bermaksud "Ya Allah! selepas berselawat ke atasnya (Imam Mahdi a.s) berselawatlah ke atas wali-wali ahdi-nya dan para Imam selepasnya." 

 

 

 

Telah dikemukakan dalam riwayat daripada imam Ridha (a.s) : [ والأئمة من ولده ] yang bermaksud para Imam dari kalangan anak keturunannya, dan moga-moga ia adalah seperti rangkap berikut: [ صل على ولاة عهده والأئمة من ولده ] yang bermaksud, “berselawatlah ke atas wali-wali ahdi-nya dan para Imam dari anak keturunannya.” Aku telah mendapati hal sedemikian itu sepertimana yang kami sebutkannya di dalam naskhah yang lain berkenaan apa yang telah diriwayatkan tentang mereka sebagai hamba-hamba yang terbaik di masa hayatnya (Imam Mahdi a.s), dan terdapat juga riwayat yang bersambung sanadnya bahawa Imam Mahdi (a.s) mempunyai anak-anak, satu jemaah wali-wali di pinggir negeri Al Bihar dengan maksud tujuan yang agung dan mempunyai sifat-sifat terbaik…)) [Jamal Al Usbu’, ms 310]

 

 

 

 

4. Al Mirza Al Noori pemilik kitab Mustadrak Al Wasail menyebutkan di dalam kitab Al Najmu Al Thaqib dua belas dalil bagi menetapkan zuriat Imam Mahdi (a.s), antaranya adalah riwayat wasiat dan mengatakan sanadnya adalah muktabar. [An Najmu Al Thaqib, jilid 2, ms 69]

 

 

 

5. Syahid Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr (ra) telah menjadikan bukti bahawa para Mahdiyyoon akan mengambil alih kekuasaan serta merta selepas Imam Mahdi (a.s), dengan berkata:((Jelas sekali apa yang disebutkan di atas wajah ini adalah riwayat-riwayat Awliya yang menerangkan bahawa kekuasaan peringkat tertinggi berkuatkuasa serta merta, manakala menjauhkan dari pembuktian ini adalah satu takwilan yang batil. Sepertimana sabdanya: (ليملكن منا أهل البيت رجل ) bermaksud "seorang lelaki akan berkuasa di kalangan kami Ahlulbayt", dan sabdanya: ( فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها يعني الإمامة أو الخلافة إلى إبنه أول المهديين ) bermaksud "maka apabila dia didatangi kewafatan, hendaklah diserahkannya iaitu Imamah atau khilafah kepada anaknya Mahdi yang pertama," dan sabdanya lagi :

 

(اللهم صل على ولاة عهده والأئمة من بعده ) bermaksud "Ya Allah! berselawatlah ke atas wali-wali ahdi-nya dan Imam-imam selepasnya," dan berbagai lagi di dalam doa-doa yang lain.)) [Tarikh Ma Ba’da Al Zuhur, ms 642]

 

 

 

6. Syahid Muhammad Baqir Al Sadr (ra) telah menyalin daripada Syahid Al Sadr di dalam kitabnya Mujtama' Al Firauni, yang mana ianya adalah ungkapan yang diambil daripada syarahan yang disampai oleh Syahid Al Sadr, berkata: ((Maka Imam Mahdi (a.s) akan menghancurkan setiap punca kerosakan dan penyelewengan yang dikepalai oleh kezaliman dan kekejaman, dan akan mengasaskan masyarakat yang adil dan saksama, dan melakarkan manhaj-manhajnya bagi masyarakat tersebut di dalam seluruh bidang kehidupan manusia, kemudian akan datang selepasnya 12 orang khalifah yang memerintah manusia mengikut manhaj yang diasaskan oleh Hujjat Imam Mahdi (a.s) yang mulia. Di sepanjang tempoh kekuasaan 12 khalifah ini, masyarakat akan bersegera menuju ke arah kesempurnaan dan ketinggian, dan manusia berada pada tahap ilmu dan akhlak yang tidak lagi memerlukan kepada pengawasan selain daripada Allah Taala dan pada ketika itulah terrealisasinya pemberitahuan tentang pewarisan orang-orang yang soleh di atas muka bumi, sebagaimana firman Allah Taala:

 

 

 

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ إِنَّ فِي هَذَا لَبَلَاغاً لِّقَوْمٍ عَابِدِينَ

 

 

 

yang bermaksud: Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah [Kami tulis dalam] Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh.)) [Al Mujtama’ Al Firauni, ms 175, bab 4 fasal 3]

 

 

 

7. Syahid Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr (ra) di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba'da Al Zuhur telah menjadikan dalil ke atas penetapan kekuasaan zuriat Imam Mahdi (a.s) selepasnya dan lebih cenderung kepada riwayat-riwayat kekuasaan zuriat Imam Mahdi (a.s) berbanding riwayat-riwayat berkenaan Raja'ah. Tetapi kami mengatakan bahawa tiada pertentangan antara riwayat-riwayat ini kerana tiada halangan ke atas kekuasaan Mahdiyyoon selepas Imam Mahdi (a.s) dan berlakunya Raja'ah selepas mereka. Syahid Al Sadr telah menyebutkan dengan panjang lebar berkenaan tajuk ini dan kami akan menyatakan sebahagiannya di sini secara ringkas, beliau berkata: ((…dari sini Imam Mahdi (a.s) akan mengadakan penentuan wali ahdi-nya atau khalifahnya di sepanjang tempoh hayatnya dan barangkali di tahun-tahun terakhir, supaya wali ahdi-nya menjadi ketua tertinggi Daulah Alami yang adil selepasnya dan sekaligus pemerintah yang pertama dari tempoh kekuasaan Awliya yang soleh. Tambahan pula pemerintah yang pertama ini adalah lebih afdhal berbanding 11 yang lain, yang datang kemudiannya. Memandangkan dia adalah natijah langsung dari tarbiyah Imam Mahdi (a.s) sendiri dan hidup sezaman untuk mendengar sendiri kata-kata Imam, melihat sendiri perbuatan dan uslub-uslub Imam berbanding mereka yang datang selepas daripadanya sebagai pemerintah. Namun begitu wujud perbezaan yang besar antara dia dan Imam Mahdi (a.s) sehingga kepada batas membenarkan bahawasanya tiada kebaikan pada orang yang hidup selepasnya…sehingga kepada kata-katanya:…benar dan tidak diragukan lagi bahawa Imam Mahdi (a.s) sebelum kewafatannya telah menegaskan dan bersungguh-sungguh mengumumkan kepada seluruh alam berulangkali atas peri penting mentaati khalifahnya dan mengukuhkan sekukuhnya. Disebabkan manusia belum lagi mencapai darjah kesempurnaan yang dituntut dan kemungkinan berlakunya salah tanggapan, pengingkaran dan pemberontakan dalam kebanyakan perkara…)) [Tarikh Ma Ba’da Al Zuhur, ms 646]

 

 

 

Syahid Sadr telah mengulas dengan panjang lebar akan tajuk ini dan menetapkan bahawa pemerintahan zuriat Imam Mahdi (a.s) selepas bapa mereka dan menafikan Raja'ah. Dengan itu beliau telah jatuh ke dalam perkara yang sepatutnya berhati-hati dalam perkara akidah yang pasti iaitu Raja'ah. Tersembunyinya urusan ini dari Syahid Al Sadr bukanlah satu kekurangan, bahkan kerana ia adalah urusan yang tersembunyi dari pengetahuan keseluruhan manusia dengan kehendak Allah Taala dan tidak diketahui urusan ini melainkan pemiliknya. 

 

 

 

8. Syeikh Ali An Namazi pemilik kitab Mustadrak Safinatu Al Bihar ketika mengulas salah satu riwayat yang mengnashkan berkenaan zuriat Imam Mahdi (a.s), berkata: ((Ini adalah penjelasan bagi maksud daripada riwayat Abi Hamzah dan riwayat dari kitab Muntakhab Al Bashair, tiada keraguan lagi padanya dan selainnya dengan apa yang telah ditunjukkan bahawa adanya 11 orang Mahdi selepas Imam Al Qoim (a.s) dan mereka adalah para Mahdiyyoon dari kalangan washi-washi Al Qoim dan Pendiri-pendiri (Qowwaam) urusannya supaya bumi ini tidak kosong dari hujjah.)) [Mustadarak Safinatu Al Bihar, jilid 10, ms 517]

 

 

 

9. Syeikh Ali Al Kurani dalam kitabnya Asr Al Zuhur, berkata: ((Bahawa Iktiqad berkenaan raja'ah tidak menjadi pegangan utama Islam dan tidak juga dari kepentingan mazhab Tashayyu', yang bermakna tidak beriktikad dengannya tidaklah mengeluarkan seseorang itu dari mazhab Ahlulbayt (a.s) dan juga dari Islam. Akan tetapi hadis-hadis berkaitannya mencapai tahap dipercayai kebanyakannya, sekaligus mewajibkan iktiqad dengannya dan sebahagiannya menyebutkan bahawa Raja'ah bermula selepas pemerintahan Imam Mahdi (a.s) dan pemerintahan 11 Mahdi selepasnya. Di dalam kitab Ghaybah Al Thoosi pada halaman 299 menyebutkan daripada Imam Sadiq (a.s), berkata: Bahawa dari kalangan kami selepas Al Qoim, 11 orang Mahdi dari anak keturunan Hussain (a.s)..)) [Asr Al Zuhur, ms 332]

 

 

 

وباسناده عن جعفر بن محمد بن قولويه، عن أبيه، عن سعد بن عبد الله، عن محمد بن عبد الله الرازي، عن الحسين بن سيف، عن أبيه سيف بن عميرة، عن أبي بكر الحضرمي، عن أبي جعفر الباقر (ع) قال: قلت له: أي البقاع أفضل بعد حرم الله وحرم رسوله؟ قال: الكوفة يا أبا بكر هي الزكية الطاهرة، فيها قبور النبيين والمرسلين وغير المرسلين والأوصياء الصادقين، وفيها مسجد سهيل الذي لم يبعث الله نبيا إلا و قد صلى فيه، وفيها يظهر عدل الله، وفيها يكون قائمه والقوام من بعده، وهي منازل النبيين والأوصياء والصالحين.

 

 

 

Abu Bakar Al-Hadrami meriwayatkan dari Abi Ja'afar [a.s] berkata: Saya bertanya kepadanya; di manakah tempat di bumi ini yang paling digemari selepas Haram Allah [Masjid Al Haram] dan Haram RasulNya [sawas]? Beliau [a.s] berkata: “Al-Kufah Wahai Abu Bakar, ia adalah mulia dan suci, ia adalah kubur nabi-nabi yang diutuskan, dan tidak diutuskan [nabi] dan wasi-wasi yang jujur. Dan di dalamnya adalah Masjid Suhail di mana Allah tidak mengutuskan Nabi melainkan dia bersolat di dalamnya, dan darinya akan muncul keadilan Allah dan di dalamnya akan ada QOIMnya dan QOIM-QOIM (QOWWAAM) selepasnya, dan ia adalah tempat turun nabi-nabi, wasi-wasi dan orang-orang yang soleh.” [Wasail Al Syiah (Al Islamiyah), ms 524]

 

 

 

10. Syariff Al Murtadha (ra) ketika mengulas riwayat di atas berkenaan dengan rangkap القوام من بعده)) yang bermaksud "Qoim-Qoim selepasnya" dan riwayat-riwayat berkenaan Mahdiyyoon yang menggantikan Imam Mahdi (a.s), berkata dalam himpunan ketiga kitab Rasailnya: ((Bahawa kami mengatakan wujudnya Imam selepasnya bermakna kami keluar dari pendapat Ithna 'Ashariyyah, dan sekiranya kami tidak berkata wujudnya Imam selepasnya bermakna kami membatalkan asal-usul yang menjadi pegangan mazhab iaitu keburukan kosongnya zaman daripada Imam…harus kekal alam selepasnya untuk tempoh masa yang lama, dan tidak harus kosong zaman selepasnya daripada Imam-Imam, dan harus ada selepasnya sebilangan Imam yang akan memelihara agama dan kebaikan penduduknya. Yang demikian itu tidaklah memudharatkan kami pada apa yang telah kami jalaninya dari jalan-jalan Aimmah kerana kami tidak ditaklifkan untuk selainnya dan kami disuruh berbuat ibadah untuk mengetahui Imamah kesemua 12 mereka, serta kami menjelaskannya dengan penjelasan yang lengkap sempurna…pendapat ini tidak mengeluarkan kami dari digelar dengan Ithna Ashariyyah kerana nama ini di sisi kami diberikan kepada sesiapa jua yang menetapkan 12 Imam sebagai Imamah. Kami telah menetapkan diri kami…dan kami membezakan diri kami dengan nama ini dari selain kami.)) [nota kaki kitab Al Raja’ah, Muhammad Mukmin Al Istrabadi, ms 99]

 

 
 

 

11. Saksikan Marja' Kazhim Al Ha'eri menyokong hadis wasiat dan pembuktiannya dari segi ilmu rijal:

 

 
 
 


Kesimpulan: 

 

 

Hakikatnya tidak wujud pertentangan di antara riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) berkenaan pemerintahan Mahdiyyoon (a.s) selepas bapa mereka Imam Mahdi (a.s) dan Raja'ah. Ini kerana alam Raja'ah sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ahmad Al Hassan (a.s) berlaku selepas kewafatan Mahdi yang ke-12, iaitu ketikamana dikembalikan Imam Hussain (a.s) ke alam dunia untuk menyempurnakan jenazah Mahdi ke-12 yang tidak mempunyai zuriat. Oleh itu, terdapat satu hadis yang mengatakan bahawa akan berlakunya Raja'ah selepas kewafatan Mahdi adalah ditujukan kepada Mahdi ke-12 dan bukannya selayaknya kepada Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan (a.s), yang akan memerintah selepasnya 12 Mahdiyyoon dari kalangan zuriatnya, sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat-riwayat Mahdiyyoon yang melebihi had mutawatir dari segi makna.

 

 

 

Urusan para Mahdiyyoon ini adalah urusan yang tersembunyi daripada pengetahuan khalayak umat manusia bersandarkan kehendak Allah Taala dan tidak diketahui urusan ini melainkan oleh pemiliknya. Oleh itu, telah hadir hari ini pemilik sebenar urusan ini iaitu Imam Ahmad Al Hassan (a.s) selaku washi dan utusan Imam Mahdi (a.s). Dia juga merupakan Al Yamani iaitu pembantu kanan Imam Mahdi (a.s) dan Mahdi yang pertama dari 11 Mahdi lainnya dari zuriat Imam Mahdi (a.s), bagi menjelaskan urusan ini sejelas-jelasnya agar tidak ada lagikekeliruan dan keraguan dalam diri umat manusia selepas ini.
 
 

 

 

PARA MAHDIYYOON (A.S) ADALAH DARIPADA ZURIAT IMAM MAHDI (A.S)

Assalamualaikum wbt…

Baru-baru ini timbul persoalan dari ikhwah AB yang cuba menimbulkan keraguan berkenaan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bashir daripada Imam Jaafar Al Sadiq (a.s), sepertimana berikut:

 

حدثنا علي بن أحمد بن محمد بن عمران الدقاق قال: حدثنا محمد بن – أبي عبد الله الكوفي قال: حدثنا موسى بن عمران النخعي، عن عمه الحسين بن يزيد النوفلي، عن علي بن أبي حمزة، عن أبي بصير قال: قلت للصادق جعفر بن محمد عليهما السلام يا ابن رسول الله إني سمعت من أبيك عليه السلام أنه قال: يكون بعد القائم اثنا عشر مهديا فقال: إنما قال: اثنا عشر مهديا، ولم يقل: إثنا عشر إماما، ولكنهم قوم من شيعتنا يدعون الناس إلى موالاتنا ومعرفة حقنا.
 
Abu Bashir berkata: Aku berkata kepada Ja'far bin Muhammad Al-Sadiq [a.s]: Wahai anak Rasulullah, aku mendengar daripada bapa anda [a.s] bahawasanya dia berkata: akan ada 12 Mahdi selepas Qa’im, maka beliau (a.s) berkata: Adapun dia berkata: 12 Mahdi dan dia tidak berkata: 12 Imam, tetapi mereka adalah satu golongan dari Syiah kami yang mengajak manusia untuk berbai’ah kepada kami dan mengetahui akan hak kami.” [Kamal Al-Deen wa Tamam Al-Ni’mah, Sheikh Al -Sadooq, muka surat 358]
 
Barangkali mereka yang jahil tentang hakikat kebenaran menyangka bahawa kata-kata Imam Sasdiq (a.s) di sini bermaksud menafikan Imamah dari kalangan Mahdi-Mahdi (a.s). Hakikatnya di sini Imam Sadiq (a.s) menegaskan bahawa bapanya Imam Baqir (a.s) berkata: 12 Mahdi dan tidak mengatakan 12 Imam. Ianya sekaligus menafikan Imam Baqir (a.s) pernah berkata 12 Imam, bukanlah bermakna menafikan Imamah dari kalangan 12 Mahdiyyoon. Ini kerana kata-kata Aimah (a.s) mempunyai tujuan-tujuan dan hukum yang kita jahil akannya, mereka (a.s) berkata bahawa setiap percakapan mereka mempunyai 70 wajah dan untuk setiap wajah tempat keluar (makhraj) yang berbeza bagi mereka.
 
Maka dalam hal ini Imam Sadiq a.s bercakap secara taqiyyah disebabkan kehadiran beberapa individu yang dikhuatiri akan menyebarkannya dan tidak dapat menyimpan rahsia. Ini kerana urusan berkaitan Mahdiyyoon (a.s) adalah urusan yang disembunyikan oleh para Aimmah (a.s) dan tidak dibenarkan bercakap tentangnya melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu dan kepada mereka yang dipercayai sahaja.
 
Manakala, disifatkan sebagai "Syiah" adalah satu sifat yang sangat hebat dan yang disifatkan dengannya Nabi Allah Ibrahim (a.s), begitu juga Al Hassan dan Al Hussain (a.s) kerana mereka adalah dari Syiah Ahlulbayt (a.s) dan ini tidak bertentangan dengan kedudukan mereka berdua sebagai Aimmah (a.s) . Maka Al Hassan dan Al Hussain (a.s) adalah dari Syiah Amirul Mukminin (a.s) dan mereka juga adalah Aimmah serta Hujjat-hujjat Allah (a.s).
 
Benar bahawa makam Imamah para Imam yang duabelas adalah lebih tinggi dari makam Imamah para Mahdiyyoon, namun ini tidak pula menafikan Imamah para Mahdiyyoon ke atas makhluk selepas Imam-Imam yang duabelas itu. Kedudukan para mahdiyyon sebagai Imam-imam ini dijelaskan sendiri oleh Ahlulbayt (a.s):
 
 دعاء آخر مروي عن صاحب الزمان عليه السلام، خرج إلى أبي الحسن الضراب الأصفهاني بمكة، باسناد لم نذكره اختصارا نسخته: بسم الله الرحمن الرحيم اللهم…وصل على وليك وولاة عهدك والأئمة من ولده ومد في أعمارهم وزد في آجالهم وبلغهم أقصى آمالهم دينا ودنيا وآخرة إنك على كل شئ قدير.
 
1. "Dan berselawatlah ke atas WALI-MU dan WALI-WALI AHD-MU DAN IMAM-IMAM DARI ANAK KETURUNANNYA, panjangkanlah umur-umur mereka dan lengahkanlah ajal-ajal mereka, sampaikanlah penghujung cita-cita mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa atas setiap sesuatu." [Misbah Al Mujtahid oleh Syeikh Al Thoosi, ms 406]
 
Ini juga adalah doa untuk Wali Allah Imam Al Mahdi [a.s] dan diikuti selepasnya dengan doa kepada pemegang-pemegang janjinya (wulat ‘ahdihi). Semua ini disebutkan selepas selesai doa kepada Rasulullah [sawas], Ali [a.s], Fatimah [a.s] dan wasi-wasi yang terdiri dari kalangan anak mereka berdua. Seterusnya Imam [a.s] menyatakan di dalam doanya buat para Mahdi [a.s]:” dan lengahkanlah ajal mereka…” padahal telah maklum di fikiran kita bahawa bapa-bapa Imam Al Mahdi [a.s] telah pun wafat kesemuanya. 
الدعاء لصاحب الأمر عليه السلام المروي عن الرضا عليه السلام: روى يونس بن عبد الرحمن: أن الرضا عليه السلام كان يأمر بالدعاء لصاحب الأمر بهذا:
 
اللهم ادفع عن وليك وخليفتك وحجتك على خلقك…اللهم! أعطه في نفسه وأهله وولده وذريته وأمته وجميع رعيته ما تقر به عينه وتسر به نفسه وتجمع له ملك المملكات كلها قريبها وبعيدها وعزيزها وذليلها حتى يجري حكمه على كل حكم وتغلب بحقه كل باطل…اللهم! صل على ولاة عهده والأئمة من بعده وبلغهم آمالهم وزد في آجالهم.
 
2. Begitu juga doa yang didatangkan dari Imam Ridha (a.s) berkenaan Doa Shohibul Amr (a.s): "Ya Allah! berselawatlah ke atas WALI-WALI AHD-NYA DAN IMAM-IMAM SELEPASNYA, dan sampaikanlah cita-ta mereka dan lengahkanlah ajal-ajal mereka…" [Misbah Al Mujatahi, ms 409] [Bihar Al Anwat, jilid 92, ms 330] 

اللهم كن لوليك القائم بأمرك، محمد بن الحسن المهدي عليه وعلى آبائه أفضل الصلاة والسلام، في هذه الساعة وفي كل ساعة، وليا وحافظا وقائدا و ناصرا ودليلا ومؤيدا، حتى تسكنه أرضك طوعا وتمتعه فيها طولا وعرضا، وتجعله وذريته من الأئمة الوارثين،

3. Begitu juga doa yang diriwayatkan daripada Ahlulbayt (a.s): "Ya Allah! Jadikanlah walimu Al-Hujjah bin Al-Hasan. Semoga selawatmu tercurah ke atasnya & ke atas seluruh ayah & datuknya. Pada saat ini & pada setiap saat sebagai penjaga, pemelihara, pelindung, penolong, pemberi petunjuk & pembimbing (kami) sehingga Engkau serahkan kepadanya bumiMu dengan sukarela & Engkau bahagiakannya di bumi itu dalam tempoh yg lama. Dan Engkau jadikanlah baginya dan ANAK ZURIATNYA DARI KALANGAN IMAM-IMAM YANG MEWARISI…" [Bihar Al Anwar, jilid 94, ms 349] 

 

 
 عنه عن محمد بن الحسين عن محمد بن إسماعيل عن صالح بن عقبة عن عمرو بن أبي المقدام عن أبيه عن حبة العرني قال: خرج أمير المؤمنين عليه السلام إلى الحيرة فقال: لتصلن هذه بهذه وأومى بيده إلى الكوفة والحيرة حتى يباع الذراع فيما بينهما بدنانير وليبنين بالحيرة مسجد له خمسمائة باب يصلي فيه خليفة القائم عجل الله تعالى فرجه لان مسجد الكوفة ليضيق عنهم، وليصلين فيه إثنا عشر إماما عدلا، قلت: يا أمير المؤمنين ويسع مسجد الكوفة هذا الذي تصف الناس يومئذ؟!! قال: تبنى له أربع مساجد مسجد الكوفة أصغرها وهذا ومسجد ان في طرفي الكوفة من هذا الجانب وهذا الجانب وأومى بيده نحو البصريين والغريين.

 

4. Diriwayatkan dari Hibbat Al-Irni berkata: Amirul Mukminin [a.s] keluar ke Hirah dan berkata: “ini akan disertai oleh ini” dan dia menunjuk dengan tangannya untuk Kufah dan Hirah “sehingga satu hasta di antara keduanya akan dijual dalam dinar, dan kemudian di Heera akan dibina masjid yang mempunyai 500 pintu, khalifah Qoim [Semoga Allah menyegerakan kelapanganNya] akan bersolat di dalamnya kerana ianya terlalu sempit buat mereka, dan akan bersolat di dalamnya 12 IMAM YANG ADIL." Lalu aku bertanya: Wahai Amirul Mukminin, apakah keluasannya Masjid kufah ini sepertimana yang manusia lihat hari ini? Seraya dia (a.s) berkata: akan dibina empat buah masjid dan yang paling kecil adalah masjid Kufah…..” [Tahzib Al Ahkaam oleh Sheikh Al-toosi, v.3, muka surat 245] 
 
Amirul Mukminin di dalam riwayat ini mengatakan bahawa sebuah masjid akan dibina di Hirah, yang mana khalifah Qoim akan bersolat di dalamnya, dan kemudian dia [as] berkata: “dan akan bersolat di dalamnya 12 Imam yang adil ” dan kesemua Imam [a.s] itu akan bersolat di dalamnya selepas Qoim [a.s] membina masjid tersebut, yang bermakna mereka ini bukanlah Imam-imam yang duabelas, tetapi adalah mereka yang dinamakan dalam riwayat-riwayat yang lain sebagai Mahdi-Mahdi (12 Mahdi).

 

 

 

وباسناده عن جعفر بن محمد بن قولويه، عن أبيه، عن سعد بن عبد الله، عن محمد بن عبد الله الرازي، عن الحسين بن سيف، عن أبيه سيف بن عميرة، عن أبي بكر الحضرمي، عن أبي جعفر الباقر (ع) قال: قلت له: أي البقاع أفضل بعد حرم الله وحرم رسوله؟ قال: الكوفة يا أبا بكر هي الزكية الطاهرة، فيها قبور النبيين والمرسلين وغير المرسلين والأوصياء الصادقين، وفيها مسجد سهيل الذي لم يبعث الله نبيا إلا و قد صلى فيه، وفيها يظهر عدل الله، وفيها يكون قائمه والقوام من بعده، وهي منازل النبيين والأوصياء والصالحين.

 

5. Al-Hadrami meriwayatkan dari Abi Ja'afar [a.s] berkata: Saya bertanya kepadanya; di manakah tempat di bumi ini yang paling digemari selepas Haram Allah [Masjid Al Haram] dan Haram RasulNya [sawas]? Beliau [a.s] berkata: “Al-Kufah Wahai Abu Bakar, ia adalah mulia dan suci, ia adalah kubur nabi-nabi yang diutuskan, dan tidak diutuskan [nabi] dan wasi-wasi yang jujur. Dan di dalamnya adalah Masjid Suhail di mana Allah tidak mengutuskan Nabi melainkan dia bersolat di dalamnya, dan darinya akan muncul keadilan Allah dan di dalamnya akan ada QOIMnya dan QOIM-QOIM (QOWWAAM) selepasnya, dan ia adalah tempat tinggal nabi-nabi, wasi-wasi dan orang-orang yang soleh." [Wasail Al Syiah (Al Islamiyah), ms 524]

(وعن علي بن الحسين عليه السلام، أنه قال: يقوم القائم منا (يعني المهدي) ثم يكون بعده اثنا عشر مهديا (يعني من الأئمة من ذريته

6. Imam Sajad [a.s] berkata: “Qoim dari kami akan bangkit dan selepas dia akan ada dua belas Mahdi” [Sharh Al Akhbar jilid 3, muka surat 400] 

 

 
اللهم! إني أسألك بحق المولود في هذا اليوم الموعود بشهادته قبل استهلاله وولادته، بكته السماء ومن فيها والأرض ومن عليها، ولما يطأ لابتيها قتيل العبرة وسيد الأسرة الممدود بالنصرة يوم الكرة المعوض من قتله أن الأئمة من نسله والشفاء في تربته والفوز معه في أوبته والأوصياء من عترته بعد قائمهم وغيبته…

 

7. Diriwayatkan daripada Imam Al-Askary berkenaan Doa ke-3 bulan Syaaban dalam mendoakan kedudukan para Mahdi [a.s] selepas daripada Imam Al Mahdi [a.s], dan Imam [a.s] mengikrarkan bahawa mereka adalah Hujah ke atas makhluk selepasnya [a.s]. Telah diriwayatkan doa ini dengan kata-kata Imam Al Askariy sendiri kepada Abi Al Qasim bin Al ‘Ala Al Hamdani dan dia adalah wakilnya: “Sesungguhnya tuan kami Al Hussein [a.s] dilahirkan pada hari khamis pada 3 syaaban dan menghuraikannya dengan tenang akan doa ini, dipetik dari doa yang panjang bagi tujuan pembuktian: "….dan PARA WASHI DARI KETURUNANNYA SELEPAS QOIM MEREKA DAN KEGHAIBANNYA…" [Misbah Al Mujtahid oleh Syeilh Al Toosi, muka surat 826] 
 
Kata-kata ini tidak mungkin dimaksudkan pada selain zuriat Imam Mahdi (a.s) kerana Imam Al Askati (a.s) berkata: والأوصياء من عترته بعد قائمهم وغيبته bermaksud "dan para wasi dari keturunannya selepas Qoim mereka dan keghaibannya", atau dengan kata lainnya bahawa para wasi selepas Imam Mahdi (a.s) dan keghaibannya adalah dari kalangan zuriat Imam Hussain (a.s) dan zuriat Al Qoim (a.s) iaitu yang kesembilan dari zuriat Imam Hussain (a.s). Maka kalimah بعد قائمهم وغيبته yang bermaksud "selepas Qoim mereka dan keghaibannya" adalah dalil yang qathie bahawa mereka yang dimaksudkan adalah dari kalangan zuriat Al Qoim (a.s), para washi dan mahdiyyoon (a.s).

 

 
 محمد بن عبد الله بن جعفر الحميري، عن أبيه، عن محمد بن عبد الحميد ومحمد بن عيسى، عن محمد بن الفضيل ، عن أبي حمزة، عن أبي عبد الله عليه السلام في حديث طويل أنه قال: يا أبا حمزة إن منا بعد القائم أحد عشر مهديا من ولد الحسين عليه السلام

 

8. Dikeluarkan oleh Syeikh Thoosi di dalam kitab Ghaibahnya, daripada Abi Abdillah (a.s), bahawasanya dia berkata kepada Abi Hamzah di dalam hadis yang panjang: (…wahai Aba Hamzah, sesungguhnya dari kalangan kami SELEPAS AL QOIM, SEBELAS ORANG MAHDI DARI ANAK KETURUNAN HUSSAIN.) [Ghaybah Al Thoosi, ms 478-479] 
 
Al Qoim yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah Mahdi yang pertama dari zuriat Imam Mahdi (a.s), yang selepasnya akan ada 11 lagi Mahdi yang lain. Adapun Imam Mahdi (a.s), maka selepasnya akan ada 12 Mahdi. Tiada pertentangan di antara riwayat-riwayat ini, kerana benar sekali untuk mengatakan bahawa setiap zuriat Imam Mahdi (a.s) adalah Qoim, setelah kita meneliti kata-kata Imam Sadiq (a.s) berkenaan mereka di dalam riwayat yang terdahulu (وفيها يكون قائمه والقوام من بعده) yang bermaksud "…di dalamnya akan ada QoimNya dan Qoim-Qoim selepas dia." Mereka adalah Quwaam (kata jamak bagi Qoim) selepas Qoim untuk menguruskan umat. 

 

 
عن المفضل، عن أبي عبد الله (عليه السلام) قال: قال الله عز وجل: إفترضت على عبادي عشرة فرائض، إذا عرفوها أمكنتهم ملكوتي، وأبحتهم جناني: أولها معرفتي، والثانية معرفة رسولي إلى خلقي، والإقرار به والتصديق له، والثالثة معرفة أوليائي، وأنهم الحجج على خلقي، من والاهم فقد والاني، ومن عاداهم فقد عاداني، وهم العلم فيما بيني وبين خلقي، ومن أنكرهم أصليته ناري، وضاعفت عليه عذابي، والرابعة معرفة الأشخاص الذين أقيموا من ضياء قدسي، وهم قوام قسطي، والخامسة معرفة القوام، بفضلهم التصديق لهم

 

9. Disebutkan di dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan daripada Mufadhal, daripada Abi Abdillah (a.s) telah berkata: Allah Azza wa Jalla telah berfirman : Aku telah memfardhukan ke atas hamba-hambaKu sepuluh kefardhuan:, apabila mereka mengetahuinya, maka mereka akan menghuni Malakoot-Ku dan aku menghalalkan syurga-Ku. 
 
Pertamanya: Makrifat tentang Aku. 
 
kedua: Makrifat Rasul-Ku kepada makhluk-Ku , mengakuinya dan membenarkannya.
 
Ketiga: Makrifat wali-waliKu dan mereka adalah hujjat-hujjatKu ke atas makhluk-Ku. barangsiapa yang berwalikan mereka maka telah berwalikanKu, dan barangsiapa yang memusuhi mereka, maka telah memusuhiKu. Mereka adalah ilmu pada apa yang ada di antaraKu dan ciptaanKu. Barangsiapa yang mengingkari mereka akan mendapat neraka-Ku dan dilipatgandakan AzabKu.
 
Keempat: Makrifat tentang peribadi-peribadi yang dibangunkan dari cahaya kudus-Ku dan MEREKA ADALAH PENDIRI-PENDIRI (QOWWAAM) KEADILANKU.
 
Kelima: Makrifat tentang PENDIRI-PENDIRI (QOWWAAM) dengan keutamaan mereka dan membenarkan mereka.
 
 
Maka yang difardhukan itu adalah pertamanya pada Rububiyyah iaitu Makrifat Allah Taala, keduanya pada risalah iaitu makrifat tentang Rasul (sawas), ketiganya pada Imamah iaitu Makrifat tentang 12 Imam yang merupakan para washi Rasulullah (sawas). Adapun yang Keempatnya tidak mungkin disesuaikan dengan yang lain dari Hidayah iaitu para Mahdiyyon dari zuriat Imam Mahdi (a.s). Mereka adalah pendiri-pendiri (Qowwaam) keadilan Ilahi, sepertimana yang diibaratkan oleh Imam Sadiq (a.s) dalam riwayat sebelum ini dengan "Al Qowwaam" iaitu Qoim-Qoim selepas Imam Mahdi (a.s).
 
Sebenarnya terdapat banyak riwayat yang mengnaskan tentang kewujudan zuriat Imam mahdi (a.s), namun disebabkan ruang yang terhad maka cukuplah dibawakan beberapa hadis ini bagi tujuan pembuktian. Dengan kata lain riwayat-riwayat ini adalah mutawatir dari segi makna, bahkan melebihi had mutawatir itu sendiri. Kesemuanya menguatkan bahawa wujud washi selepas Imam Mahdi (a.s) yang terdiri daripada para Mahdiyyoon (a.s). Sekaligus tidak memungkinkan kita untuk menolak hadis-hadis ini dengan apa cara sekalipun, bahkan penafian ke atasnya adalah dianggap sebagai terkeluar dari wilayah dan kufur dan penafian terhadap Allah Taala sepertimana yang diriwayatkan dalam hadis Qudsi sebelum ini. 
 
Kesemua riwayat ini menthabitkan lagi isi kandungan wasiat Rasulullah (sawas) pada malam kewafatannya, ketikamana ia berkongsi nash dengan tentang zuriat Imam Mahdi (a.s). Kesemua riwayat ini adalah menjadi penyokong dan pendampingi atas keshahihan hadis wasiat, dan dengannya juga menjadikan riwayat wasiat sebagai mutawatir dari segi makna dan diberatkan dengan pendamping-pendamping (qarain) yang mengangkatnya ke tahap qathie sumbernya. Sekiranya ditolak hadis yang sebegini lengkap dengan penyokong-penyokong dan pendamping-pendamping, maka tidak thabit lagi bagi kita aqidah, fiqh, tarikh dan sebagainya. 
 
Kesimpulannya: Wasiat Rasulullah (sawas) pada malam kewafatannya tidak mungkin dapat diragukan lagi tentangnya melainkan mereka yang benar-benar fasik lagi kafir yang terkeluar dari wilayah sepertimana yang diterangkan sebelum ini, semoga Allah menjauhkan kita dari hal sedemikian. Ini kerana ianya telah mengnashkan bilangan washi-washi Imam Mahdi (a.s) dan khususnya Mahdi pertama yang telah disebutkan nama dan sifatnya iaitu "Ahmad" (a.s). Seharusnya kita lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam menolak satu-satu hadis yang tidak kita fahami serta bertawaquf dari memberi pendapat sendiri dalam hal yang kita jahil akannya.

 

 
 
 

AL-YAMANI ADALAH MAHDI PERTAMA

• Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah SAWA telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman.[1]

 

 

 

Dalam bukunya An Najm Ath-Thaqib, Mirza An-Nuri menyatakan bahawa riwayat yang disebutkan di atas adalah dipercayai. Malah, riwayat tersebut mempunyai makna yang jelas dan tidak memerlukan apa-apa tafsiran: Mahdi pertama adalah anak kepada Imam Mahdi (a.s), dia akan menjadi penyokong pertama dan yang pertama beriman dengan dakwah kezuhuran Imam (a.s), kerana ramai yang beriman kepada Allah, bahkan umat Islam lebih ramai lagi. Selain itu, dengan mengatakannya sebagai "yang pertama beriman", pastinya bermaksud yang pertama yang beriman dengan dakwah Imam (a.s) di masa kezuhurannya, kerana dia adalah utusan Imam (a.s) kepada semua umat manusia dan juga Washinya yang akan memerintah Daulah Keadilan Ilahi selepas bapa (a.s). Namanya adalah Ahmad, Abdullah dan Mahdi. "Abdullah" adalah kata sifat dalam bahasa Arab yang bermaksud hamba Allah, dan "Mahdi" bermaksud yang mendapat petunjuk kebenaran adalah nama yang akan diberikan kepadanya kerana dia adalah yang pertama daripada dua belas Mahdi, dari keturunan Imam Mahdi (a.s). Oleh itu, hanya nama "Ahmad" sahaja yang masih berbaki. 

 

 

 

(A) Kesesuaian Nama 

 

 

 

Wasiat Rasulullah (sawas) menjelaskan kepada kita bahawa Mahdi pertama dinamai "Ahmad". Kemudian, seharusnya kita melihat kepada riwayat-riwayat yang merujuk kepada Al-Yamani, seperti riwayat panji hitam, khazanah di Tholiqan, panji Khurasan dan panji timur, kerana tidak terdapat riwayat yang menggambarkan mereka sebagai tidak taat atau memberontak terhadap panji Al-Yamani (a.s). Oleh kerana, sesiapa yang memberontak terhadapnya (Al-Yamani) akan dihumbankan ke dalam Neraka dan semua riwayat mengesahkan bahawa kesemua panji tersebut akan berjuang untuk membuka jalan bagi kezuhuran Imam Mahdi (a.s). 
 
• Daripada Al-Baqir dengan jalan periwayatan yang diambil daripada Jabir, berkata: [Allah SWT mempunyai khazanah di Tholiqan; ia bukan emas mahupun perak tetapi terdiri daripada 12000 (lelaki) di Khurasan, yang slogan mereka adalah "Ahmad, Ahmad". Mereka akan diketuai oleh seorang lelaki muda Bani Hashim yang menunggang keldai kelabu dan memakai destar merah. Seolah-olah aku boleh melihat dia menyeberangi sungai Furat; sekiranya kamu mendengar kedatangannya, hendaklah kamu bersegera kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji].[2]
 
Oleh itu, riwayat yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa nama Al-Yamani itu adalah "Ahmad" serta sepadan dengan nama Mahdi pertama (a.s), seperti yang dihubungkan dalam wasiat Rasulullah (sawas), di mana baginda (sawas) merujuk kepada washi dan khalifah Imam Mahdi (a.s). 
 
Sepertimana yang telah saya sebutkan, panji yang Rasulullah (sawas) tuntut dan tekankan unutk berbaiah kepadanya, walaupun jika seseorang terpaksa merangkak di atas salji adalah panji timur (panji Al-Yamani yang dijanjikan) dan sesiapa yang memberontak terhadapnya akan dihumban ke dalam neraka. Menurut riwayat, perbendaharaan Tholiqan adalah terpuji dan lelaki muda Bani Hashim yang memimpin mereka adalah salah seorang yang komander tentera Al-Yamani, kerana perbendaharaan Tholiqan adalah sebahagian daripada panji timur yang berhimpun di bawah panji Al-Yamani dan slogan mereka adalah "Ahmad, Ahmad". Ungkapan "Ahmad, Ahmad" dikenali sebagai berbeza dari slogan atau lambang yang kita kenali bersama hari ini, bahkan ia merujuk kepada komander umum yang bersatu dibawahnya kesemua panji timur. 
 
Kata-kata Imam (a.s) yang bercerita tentang khazanah Tholiqan: "Seolah-olah aku boleh melihat dia melintasi sungai Furat," adalah merujuk kepada Tholiqan yang terletak di Iran. Selain itu, sungai Furat tidak menyeberangi mana-mana kawasan yang bersempadan dengan Iran kecuali wilayah Basrah, selepas sungai Furat bercantum dengan sungai Dijlah (Tigris) di Shatt al-Arab. Oleh itu, jika mereka hendak menyeberangi mana-mana bandar Iraq selain daripada Basra, maka mereka harus menyeberangi sungai Dijlah dan bukannya sungai Furat. Ia merupakan satu petunjuk jelas yang menghubungkan Al-Yamani dengan Basrah, salah satu wilayah di selatan Iraq, yang mana sungai Furat merentangi bandar Nasiriyah yang dahulunya dikenali sebagai Furat Basrah, sepertimana wilayah Maysaan yang dahulunya dikenali sebagai Dijlah Basrah. 
 
• Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin, Ali Ibn Abi Talib (a.s), berkata: [… Dajjal akan keluar dari Dijlah Basrah dan dia bukan dari keturunanku, dia akan menjadi yang pertama dari semua dajjal. ] 
 
• Juga diriwayatkan daripada Amirul Mukminin, Ali Ibn Abi Talib (a.s), berkata: [… Kemudian Al-Mahdi yang memberi petunjuk lagi mendapat petunjuk akan keluar dan mengambil panji dari Isa anak Maryam, dan dajjal akan keluar selepas itu dari Maysaan di pinggir Basra.] Walau bagaimanapun, dengan sempadan semasa, Basra tidak termasuk dalam sungai Furat serta Sungai Dijlah, tetapi kedua-dua sungai bercantum di Shatt al-Arab. Akibatnya, sungai Dijlah Basrah adalah Maysaan dan Furat Basrah adalah Nasiriyah. Sepertimana yang dijelaskan dalam riwayat kedua yang diriwayatkan dari Amirul Mukminin (a.s) adalah bermaksud Maysaan yang terletak di wilayah Basrah dahulu kala. 
 
Ahlulbayt (a.s) meminta manusia untuk mengikuti orang yang akan menyeberangi sungai Furat dan oleh kerana sungai Furat terletak di Iraq, maka hadis ini ditujukan pertamanya kepada rakyat Iraq dan kemudian kepada orang lain. Imam (a.s) berkata: [Seolah-olah aku boleh melihat dia menyeberangi sungai Furat, sekiranya kamu mendengar kedatangannya, hendaklah kamu bersegera kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji,]. Kata kerja "merangkak" maknanya bergerak selari dengan tangan dan lutut anda, dengan badan rapat ke tanah. Seorang lelaki yang bijak seharusnya memahami petunjuk yang agak jelas ini, iaitu tiada siapa yang harus memberontak terhadapnya melainkan jika dia adalah salah seorang dari orang-orang yang fasik, ragu-ragu dan ingkar terhadap keluarga Muhammad (a.s) dan menolak mereka (musuh-musuh mereka) atau menyembah selain dari Allah, yakni mana-mana ulama pengkhianat yang ingkar, yang mana jurubicara Allah iaitu Muhammad (sawas), berkata: [Ulama pada masa itu adalah ulama yang paling jahat di bawah lindungan langit]. Mereka menjadikan diri mereka dan orang lain percaya bahawa mereka adalah Awliya Allah. 
 
Dalam hal ini, Allah swt berfirman: {Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan}.[3] Dalam kata-katanya, Nabi (sawas) tidak membuat sebarang pengecualian, kerana orang-orang yang melakukan amal yang baik akan menjadi sangat sedikit dan tidak penting pada masa itu, dan tidak mempunyai pengaruh ke atas masyarakat yang ingkar dan menyeleweng, bahkan mereka akan menjadi orang-orang yang tertindas. Allah SWT berfirman: {Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi}.[4]
 
(B) Hujjatullah dan Rasulullah (sawas) memerintahkan supaya berbaiah kepadanya: 
 
Riwayat berkaitan Mahdi-Mahdi jelas menunjukkan bahawa duabelas Mahdi (a.s) akan menggantikan Imam Mahdi (a.s) adalah dari keturunannya dan washi yang dinaskan di dalam wasiat Rasulullah (sawas), begitu juga disebut duabelas Imam (a.s) yang mendahului mereka. Para Mahdi akan menggantikan bapa mereka, Imam Mahdi (a.s), sebagai Hujjat-Hujjat Allah ke atas hamba-hambaNya supaya Bumi tidak dibiarkan tanpa Hujjat. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman: {Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira dan pembawa amaran, supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana}.[5] Dia SWT berfirman lagi: {Katakanlah: maka Allah mempunyai bukti yang tegas lagi nyata. Oleh itu, jika Dia menghendaki tentulah Dia akan memberi hidayat petunjuk kepada kamu semuanya}.[6]
 
• Abu Jafar Al-Baqir (a.s) berkata: [Demi Allah, sejak Adam wafat, Allah tidak pernah meninggalkan bumiNya tanpa seorang Imam untuk membimbing manusia kepada-Nya dan menjadi Hujjat-Nya ke atas hamba-hambaNya; kerana bumi tidak boleh kekal tanpa Imam yang akan menjadi Hujjat Allah ke atas hamba-hambaNya.][7]
 
• Diriwayatkan dari Abu Abdullah (a.s), berkata: [Jika tinggal dua orang di muka bumi, nescaya salah seorang daripada mereka maka akan menjadi Hujjat ke atas yang seorang lagi.][8]
 
• Abu Abdullah (a.s) berkata: [Jika manusia itu hanya tinggal dua orang sahaja, maka salah seorang daripada mereka akan menjadi Imam. Dia juga berkata bahawa dia yang meninggal dunia kemudian akan tetap menjadi Imam supaya tiada siapa yang akan mempunyai hujah terhadap Allah SWT bahawa Dia meninggalkan seseorang tanpa Hujjat Allah ke atasnya.][9]
 
Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa Hujjat Allah haruslah maksum, supaya hujjahNya menjadi sempurna; {Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun; Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya, maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya}.[10] Allah menugaskan untuk Hujjat-hujjat Nya, pengawal untuk berarak sebelum dan selepas mereka, untuk membezakan dan memuliakan kedudukan mereka; oleh itu manusia tidak ada lagi hujah terhadap Allah selepas kedatangan utusan dan hujjatNya ke atas mereka secara menyeluruh tanpa ada kekurangan. 
 
Oleh itu, ianya jelas kepada kita bahawa Mahdi pertama adalah maksum dan salah seorang Hujjat Allah; dia juga washi, khalifah, orang yang pertama beriman dengan bapanya, pelopor utama dan pemimpin tentera yang akan berjuang sebelum Kemunculan Al-Qoim bagi membuka jalan ke arah penubuhan Daulahnya. 
 
Manakala bagi komander panji hitam dari timur, dia adalah khalifah Al-Mahdi (a.s); oleh kerana khalifahnya hanya satu sahaja, maka dia adalah Mahdi pertama sendiri dan riwayat berikut menyokongnya: 
 
• [Sekiranya kamu melihat panji hitam keluar dari Khurasan, bersegeralah kepada mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana di dalamnya khalifah Al-Mahdi.][11]
 
Saya telah sebutkan bahawa Al-Yamani (a.s) adalah komander panji hitam dari timur, yang juga Hujjat (bukti dan autoriti) Allah dan maksum. Tambahan lagi, riwayat menunjukkan dia juga adalah pelopor utama Imam Mahdi (a.s). 
 
• Rasulullah (sawas) bersabda: [Tiga orang akan berbunuhan antara satu sama lain di sisi harta kamu; kesemua mereka adalah anak-anak khalifah yang berbeza, namun tiada seorang pun akan menjadi penerima. Selepas itu, panji hitam akan keluar dari timur dan akan melancarkan pertempuran yang sengit terhadap mereka. Rasulullah (sawas) kemudian menyebutkan seorang lelaki muda dan bersabda, sekiranya kamu melihatnya, berbaiahlah kepadanya, kerana dia adalah khalifah Al-Mahdi.] 
 
Lelaki muda ini, Al-Yamani, telah disahkan sebagai peribadi ma'sum dan Hujjat, kerana Rasulullah (sawas) mengarahkan supaya berbaiah kepadanya. Imam Al-Baqir (a.s) memberi keterangan lanjut untuk mengesahkan bahawa Al-Yamani adalah Hujjat apabila dia berkata: [Barangsiapa yang berpaling (memberontak) terhadapnya adalah dari kalangan ahli neraka]. Oleh kerana Mahdi pertama adalah washi, maka sifat maksum beliau dan identiti beliau sebagai Hujjat Allah secara automatik tertegak dengan sendirinya. Sebagaimana riwayat sebelumnya menunjukkan bahawa dia adalah khalifah Al-Mahdi (a.s), dan memandangkan khalifah Al-Mahdi hanya satu, maka tidak dapat dinafikan bahawa Al Yamani adalah Mahdi pertama. Walau bagaimanapun, jika kita mengatakan bahawa Al-Yamani adalah orang yang berbeza daripada Mahdi pertama, saya akan mengatakan bahawa salah seorang dari keduanya pasti menjadi Hujjat ke atas yang lain, dan yang seorang lagi akan bernaung di bawah panjinya. 
 
Kemudian, sekiranya seseorang itu berhujah bahawa Mahdi pertama adalah Hujjat, peranan Al-Yamani akan menjadi sekunder (kurang penting) dan dia akan bersatu di bawah panji Mahdi pertama. Ini tidak benar kerana riwayat-riwayat menyebutkan bahawa Al-Yamani adalah pelopor utama Imam Mahdi (a.s) dan umat Islam tidak sepatutnya memberontak terhadapnya, kerana sesiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka. Rasulullah (sawas) menuntut manusia untuk memberi bai'ah kepadanya walaupun mereka terpaksa merangkak di atas salji, dan riwayat dengan jelas mengesahkan bahawa dia adalah pengganti Al-Mahdi (a.s). 
 
Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu berhujah bahawa Al-Yamani adalah Hujjat, saya akan mengatakan bahawa Rasulullah (sawas) menyebutkan Mahdi pertama di dalam wasiat baginda dan bersabda: hendaklah diserahkannya kepada anaknya, yang akan menjadi pertama Mahdis dan lain-lain bukti lagi. Rasulullah (sawas) menetapkan bahawa Al-Yamani akan diberi bai'ah dan menyatakan bahawa dia adalah washi dan khalifah Imam Al-Mahdi (a.s). Oleh itu, dia tidak akan bernaung di bawah panji selain daripada panji bapanya. Juga, Rasulullah (sawas) tidak akan menyeru orang ramai untuk berbai'ah kepada dua orang serentak, sedangkan kedua-dua mereka wujud pada masa yang sama, iaitu di masa kezuhuran. Ini kerana Mahdi pertama adalah yang pertama beriman dengan Imam Al Mahdi (a.s) pada masa kezuhuran baginda, dan Rasulullah (sawas) berkata: [… beliau adalah yang pertama yang beriman], dan Al-Yamani adalah panglima pada masa kezuhuran Imam, yang bermaksud mereka wujud pada masa yang sama. Oleh itu, baiah yang dituntut oleh Rasulullah (sawas) pada masa kezuhuran hanya boleh merujuk baiah kepada satu orang sahaja iaitu Mahdi pertama merangkap Al-Yamani. 
 
 
(C) Kemaksumannya: 
 
Oleh kerana riwayat-riwayat menunjukkan bahawa Al-Yamani adalah maksum dan Mahdi pertama juga adalah ma'sum, tidak terdapat riwayat atau bukti yang menentang hakikat bahawa figur Al-Yamani dan Mahdi pertama adalah orang yang sama, atau sebaliknya. Kerana seseorang itu tidak dapat memahami riwayat-riwayat melainkan dengan mengakui bahawa Al-Yamani dan Mahdi pertama adalah peribadi yang sama dan maksum. 
 
 
 
(D) Darjat keakraban dengan Imam (a.s): 
 
Riwayat berkaitan Mahdi-Mahdi telah menetapkan bahawa orang yang pertama beriman dengan Imam Al-Mahdi (a.s) akan menjadi washinya. Riwayat lain menyatakan bahawa seorang sahaja yang tahu di mana Imam Mahdi (a.s) berada dan dia adalah washi atau mawla yang memegang urusan selepas Imam (penggantinya). 
 
• Diriwayatkan daripada Abu Abdullah (a.s), berkata: [Sesungguhnya bagi Shohibul Amr ini dua keghaibahan, salah satunya akan berlangsung begitu lama sehingga sebahagian manusia percaya dia telah mati, dan sebahagian lain mengatakan dia telah lenyap, sehinggakan tidak seorang pun dari sahabatnya yang tinggal melainkan beberapa orang. Tiada siapa dari kalangan anak keturunan dan orang lainnya yang tahu kedudukan sebenarnya melainkan mawla yang akan mengganti urusannya.][12]
 
• Diriwayatkan daripada Abu Abdullah Al-Hussein Bin Ali (a.s), [Shohibul Amr (Imam Mahdi a.s) ada dua keghaibahan, sala satunya akan berlangsung begitu lama sehingga sebahagian manusia percaya dia telah mati, dan sebahagian lain mengatakan dia telah lenyap. Tidak seoraang pun dari wali atau selainnya yang mengetahui kedudukan sebenarnya melainkan mawla yang menggantikan urusannya.][13]
 
Dua riwayat terdahulu jelas menunjukkan bahawa tidak seorang pun dari keturunan Imam Mahdi (a.s) akan tahu di mana kedudukan bapanya pada masa kezuhuran Imam (a.s), kecuali peribadi yang diamanahkan untuk menggantikan urusan dan memerintah selepas Imam (a.s), dia yang tidak dapat diragu dan disangkal lagi adalah washi, yang juga adalah Mahdi pertama. 
 
• Diriwayatkan daripada Abd Al-A'la Al-Halabi, daripada Abu Jafar (a.s), berkata: [Apabila sampai (Al Qoim) ke Ath-Tha'labiyah, maka bangkitlah seorang lelaki dari tulang sulbi bapanya, yang kuat tubuh badannya dari manusia lainnya dan amat teguh hatinya semata-mata untuk Pemilik urusan ini, berkata: Wahai manusia, apa yang kamu sedang lakukan? Demi Allah, anda hanya menakut-nakutkan manusia seperti menakut-nakutkan ternakan. Apakah ini dengan perjanjian (Ahd) Rasulullah (sawas) atau apa? Maka berkatalah mawla yang mengiringi baiah: Demi Allah, seelok-eloknya kamu diam atau aku pecahkan kedua biji matamu. Al-Qa'im kemudian berkata kepadanya: Bertenanglah wahai si fulan. Sesungguhnya di sisiku janji (ahd) dari Rasulullah. Wahai si fulan ambilkan untuk aku dari dalam kotak dan dia membawa kepadanya. Lalu beliau (Al Qoim) membaca perjanjian Rasulullah (sawas). Maka lelaki tadi berkata: Jadikan diri saya tebusan untukmu; hulurkan saya kepalamu supaya saya dapat menciumnya, maka dihulurkan kepalanya dan dicium antara kedua matanya. Jadikan diri aku tebusan untuk mu, perbaharuilah baiah kami, maka dia memperbaharui baiah mereka.[14]
 
Manakala bagi Al-Yamani, dia adalah peribadi yang menyeru manusia untuk berbaiah kepada Imam Mahdi (a.s), sepertimana yang dinaskan di dalam riwayat Al-Baqir (a.s) serta dalam riwayat lainnya; [kerana dia menyeru kamu kepada pemilik kamu] dan dia dirujuk sebagai [khalifah Allah Al-Mahdi]. Dalam riwayat yang lain, beliau telah ditetapkan sebagai [pengganti (khalf) kepada pengganti (Al Khalaf)]; dan dalam satu riwayat yang berbeza [khalifah Allah Al Mahdi]. Riwayat-riwayat tersebut adalah seperti berikut: 
 
• [Sekiranya kamu melihat panji hitam keluar dari Khurasan, bersegeralah kamu kepada mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana di dalamnya Khalifah ِAllah Al-Mahdi.][15]
 
• Amirul Mukminin (AS) berkata: [… sehinggalah apabila ghaib seseorang dari keturunanku dari penglihatan (orang) … dan Syiah Ali dan musuhnya (Nawasib) menunaikan ibadah haji dalam tahun itu bagi tujuan semata-mata mencari dan mendapatkan maklumat tentang pengganti kepada pengganti (khalf al khalaf), tetapi sia-sia kerana dia tidak melihat apa-apa atau mendengar apa-apa berita dan tiada pengganti (khalf). Ketika itu Syiah Ali akan dikeji oleh musuh-musuh mereka sekeji-kejinya, kejahatan dan kefasikan menjadi lebih terserlah kerana tentangan mereka kepadanya (syiah Ali)…][16] 
 
• Rasulullah (sawas) bersabda: [ Tiga orang akan berbunuhan antara satu sama lain di sisi harta kamu; kesemua mereka adalah anak-anak khalifah yang berbeza, namun tiada seorang pun akan menjadi penerima. Selepas itu, panji hitam akan keluar dari timur dan mereka akan melancarkan pertempuran yang sengit terhadap mereka. Rasulullah (sawas) kemudian menyebutkan sesuatu yang aku tidak mengingatinya dan kemudian bersabda, sekiranya kamu melihat ketua mereka, berbaiahlah kepadanya, kerana dia adalah khalifah ِAllah Al-Mahdi.][17]
 
Yang mana satukah di antara kedua-dua mereka adalah khalifah? Adakah ia Mahdi pertama atau Al-Yamani? Jika mereka bukan orang yang sama, maka Al-Yamani perlu menjadi komander panji hitam dari timur, yang Rasulullah (sawas) tuntut supaya berbai'ah kepadanya. Manakala Mahdi pertama, washi Imam Al-Mahdi, juga adalah seorang yang diwajibkan berbai'ah kepadanya seperti yang termaktub dalam wasiat Rasulullah pada malam kewafatannya. Oleh itu, disimpulkan bahawa khalifah tersebut mestilah peribadi yang sama. 
 
• Daripada Al Baqir (a.s):”Shohibul Amr (a.s) akan Ghaib selama beberapa tempoh generasi berlalu,” seraya menunjukkan tangannya kearah “Zee tuwa”. Kemudian Imam (a.s) berkata: “Sebelum dia (a.s) bangkit , mawlanya yang bersama-sama dengannya akan berjumpa dengan sebahagian sahabatnya dan bertanya: ‘Berapa ramai bilangan kamu di sana?’ Akan dijawabnya: ‘Kami seramai empat puluh orang’. Kemudian dia akan bertanya: ‘Bagaimanakah keadaan kamu sekiranya kamu melihat Pemilik kamu?’ Balas mereka: ‘Demi Allah, sekiranya gunung menentangnya sekalipun, kami akan menentang bersama-sama dengannya.’ Setelah itu, dia mendatangi mereka secara berdepan dan berkata: ‘Tunjukkan ketua-ketua atau sepuluh orang yang terbaik di kalangan kamu, lalu ditunjukkan mereka kepadanya.’ Kemudian mereka berpergian bersama sehingga berjumpa dengan Pemilik mereka, dan membawa mereka balik pada malam berikutnya.”[18]
 
Setelah menelusuri riwayat ini, maka jelas bahawa Imam Mahdi (a.s) ditemani oleh sosok peribadi yang akan mengetuai kumpulan pertama yang datang untuk menyokong Imam (a.s), kumpulan yang telah berbaiah kepada mawla (yang diamanahkan) yang menemani dan mendokong Imam Mahdi (a.s). Manusia tidak mungkin mengenali Imam mereka sendiri. Oleh itu, perkara pertama yang wajib dilakukan oleh orang-orang yang mencari-cari Imam adalah mengenali peribadi mawla yang bersama-sama dengan Imam (a.s), iaitu pengantara di antara mereka dan Imam (a.s). Dia hendaklah dikenali dengan panggilannya secara terbuka kepada orang ramai agar berbaiah kepada Imam Mahdi (a.s), disebabkan itu dia akan berucap kepada empat puluh lelaki supaya menunjukkan kepadanya sepuluh orang dari kalangan mereka. Sudah pastinya 40 orang itu juga datangnya daripada bilangan yang besar sebelumnya yang datang untuk menawarkan sokongan mereka. Jika tidak, bagaimana kita hendak menjelaskan kesanggupan mereka untuk melawan tanpa mengambilkira persenjataan dan bilangan musuh? Jika seseorang berpendapat bahawa kesediaan itu datang dari kesanggupan untuk mengorbankan kehidupan mereka demi Imam mereka walaupun bilangan mereka kecil, saya akan bertanya kepadanya: Adakah mereka juga bersedia untuk mengorbankan Imam sebelum menyempurnakan misinya, jika mereka hanya empat puluh orang dengan tidak ramai pengikut di belakang mereka? 
 
 
______________________________________________________
 
[1] Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241. 
[2] Muntakhab Al Anwar Al Mudhi’ah, ms 343. 
[3] Al Kahfi: 103-104 
[4] Al Qashas: 5 
[5] An Nisa’: 165 
[6] Al An’aam: 149 
[7] Al Ghaybah An Nu’mani, ms 138. 
[8] Al Ghaybah An Nu’mani, ms 140. 
[9] Al Ghaybah An Nu’mani, ms 140. 
[10] Al Jinn: 26-27 
[11] Al Malahim wal Fitan, Sayyed Ibn Tawoos, ms 53. 
[12] Bihar Al Anwar, jili2 52, ms 380. 
[13] Muntakhab Al Anwar Al Mudhi’ah, ms 155. 
[14] Al Mahdi Al Muntazhar, Al haj Hussein Al Shakiri, jilid 2, ms 436. 
[15] Al malahim wa Al Fitan, Sayyid Ibn Thawoos, ms 52. 
[16] Al Ghaybah li AnNu’mani, ms 144. 
[17] Ghayat Al Maram, Sayyid Hashim Al Bahrani, jilid 7, ms 108. 
[18] Ghaibah Al-Namani, P. 187, Tafsir Al-Ayashy, V. 2, P. 56, Bihar Al-Anwar, V. 52, P. 341, Muajim Ahadith Al-Imam Al-Mahdi, V. 5, P. 2.
 
 
 
 

 

IMAM AHMAD (A.S) MENJAWAB SOALAN BERKAITAN EVOLUSI

Soalan: Adakah terdapat kebenaran dalam teori evolusi oleh Charles Darwin? Ianya sangat mengelirukan kerana terdapat bukti yang begitu banyak yang menyokongnya dari segi genetik sehinggalah kepada bukti-bukti arkeologi seperti fosil sesuatu sel makhluk. Saya minta anda untuk menyelesaikan perkara yang mengelirukan ini.

 

________________________________________________________________________

Jawapan:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Selawat serta salam ke atas Muhammad dan keturunannya, para Imam dan para Mahdi.

Saya bermohon kepada Allah agar menetap dan meluruskan jejak langkah anda.

Secara umum, perkara evolusi tidak dapat ditolak mentah-mentah kecuali oleh orang yang jahil akan makna sebenar evolusi, kerana selama mana kita mempunyai perbezaan, pemilihan dan keturunan, maka pasti ada evolusi; dan isu ini hampir dibuktikan dengan jelas, dan hampir tidak perlu kepada fosil atau anatomi perbandingan untuk membuktikannya.

Penyilangan genetik antara individu dari spesies yang sama telah lama wujud dan masih wujud hingga kini. Keadaan semulajadi yang melingkari individu-individu dan bersesuaian pula dengan individu-individu tertentu dari spesies yang sama, mereka yang membawa gen-gen terpilih lebih sesuai berbanding dengan individu-individu lain [spesies yang sama] yang biasanya wujud. Perwarisan pasti wujud apabila terdapat pembiakan. Jika ketiga-tiga ini di dapati, yang bumi tidak pernah bebas darinya sejak bermula kehidupan, maka pasti wujud evolusi.

Apa yang dilakukan oleh sesetengah ulama agama adalah; jika tidak disebabkan kejahilan mereka mengenai makna dan butir-butir evolusi, maka ianya adalah disebabkan kedegilan mereka semata-mata kerana mereka percaya konflik evolusi dengan teks agama. Hakikatnya mereka tidak tahu makna penciptaan dan perkembangan, namun anda dapati mereka bertindak balas secara palsu atau menafikan dengan tanpa rasa segan.

Sebagai contoh, sesetengah daripada mereka berfikir bahawa evolusi bermakna perkembangan dari satu spesies kepada spesies yang lain, manakala biologi semasa tidak mengatakan bahawa evolusi berlaku secara langsung dari satu spesies ke spesies yang berbeza sepenuhnya, hattakan Darwin sekalipun.

Oleh itu, tidak ada orang yang mengatakan bahawa ikan berkembang terus ke dalam sesuatu amfibia. Hatta pada tahap ikan yang berjalan di atas lumpur dengan sirip mereka, tiada siapa yang mengatakan bahawa ikan itu terus berubah dari ikan akuatik ke ikan amfibia (mudskipper).

Sebahagian mereka mengatakan ada masalah dengan evolusi kerana tabiat tidak dipindahkan, maka mereka ini tidak mengetahui asas-asas evolusi, kerana perbezaan yang dimaksudkan adalah perbezaan genetik dan bukan perbezaan tabiat atau tingkah laku. Sebagai contoh, berjalan di atas dua kaki yang membezakan manusia, tidak berlaku sebagai hasil daripada tabiat, tabiat sahaja tidak mempunyai nilai kerana ia tidak diwarisi. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah satu proses pemilihan semula jadi bagi individu-individu yang memegang gen-gen terpilih.

Secara umumnya, menafikan evolusi hari ini telah menjadi sepertimana menafikan putaran bumi sebelumnya.

Bukti-bukti rasional yang disebutkan al-Quran tidak bercanggah dengan teori evolusi. Bukti bahawa sesuatu tidak boleh dihasilkan daripada tiada, adalah ayat: (Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?).[1] Ayat ini tidak bercanggah dengan teori evolusi. Tiada siapa yang boleh bayangkan keduanya berkonflik kecuali orang yang jahil. Ya, seseorang boleh berkhayal bahawa ia bercanggah dengan teori Big Bang, memandangkan teori Kuantum bersama-sama dengan M-teori boleh menjelaskan kemunculan alam semesta daripada tiada. Teori Big Bang secara umumnya adalah teori kosmik yang lebih besar daripada batas muka bumi ini.

Bukti yang lain adalah watak dari kesan yang menunjukkan watak sesuatu yang mengesankan.(Ini berdasarkan bukti peraturan, bukti organisasi, bukti matlamat, dan bukti kebijaksanaan …). Berkaitan bukti ini, mungkin berlaku salah tanggapan bahawa bukti ini bercanggah dengan teori evolusi, tetapi bukti ini juga tidak bercanggah dengannya kerana kewujudan peraturan gen yang cukup untuk membuktikannya, bermakna bahawa kita hanya perlu membuktikan bahawa peta genetik mengikut peraturan, dan ini merupakan satu isu yang telah dibuktikan.

Bagi nas Al-Quran dan riwayat, keduanya tidak bercanggah dengan evolusi. Sebaliknya, mereka menyokongnya dengan sangat jelas. Berikut adalah contoh dari nas: (Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu. Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna).[2]

Makna zahir teks adalah jelas, "Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat."

Satu contoh dari peringkat-peringkat ini adalah tujuh langit. Dan kejadian tujuh langit adalah secara beransur-ansur dalam evolusi dan kerumitan.

Kemudian Dia menjelaskan perkara ini dengan lebih jelas lagi, {Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi,}, bermakna anda adalah hasil daripada benih yang Allah telah tanam di bumi, atau boleh saja kita panggil bahawa benih tersebut adalah peta genetik yang Allah telah tanam di bumi. Tujuan akhirnya adalah untuk mencapai jasad yang layak untuk menerima jiwa kemanusiaan, yang diciptakan dari lumpur. Lumpur tersebut diangkat ke langit pertama dan berkelayakan untuk ditiupkan roh padanya.

Imam Muhammad bin Ali Al-Baqir (a.s), berkata: "Allah ciptakan di muka bumi, sejak Dia menciptakan tujuh Adam. Mereka bukanlah dari anak-anak Adam. Allah menciptakan mereka dari permukaan bumi dan Dia menjadikan mereka tinggal di dalamnya satu persatu selepas yang lain, masing-masing dengan orangnya sendiri. Allah kemudian mencipta bapa manusia ini dan menciptakan keturunannya dari dia. "[Al-Khisal oleh Al-Sadooq, halaman 359]

Bagaimanapun, semoga Allah memberikan kejayaan buat anda. Insya Allah saya akan menulis sebuah buku sebagai respon kepada soalan anda dan saya akan menjelaskan teori penciptaan, teori perkembangan dan teori Big Bang, apa yang benar daripada mereka dan apa yang tidak benar. Saya akan jelaskan salah tanggapan ateisme dan bukti tauhid dari teori-teori yang sama, di mana sesetengah orang-orang jahil yang tidak tahu kebenaran mengandaikan bahawa mereka bercanggah dengan agama dan bercanggah dengan kewujudan Tuhan. Insya Allah, ia akan diterbitkan tidak lama lagi. Dan saya berharap anda tidak lupa saya dalam doa anda.

Dan selamat sejahtera  dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya ke atas kamu.

Ahmad Al Hassan
Jamadi Al Thani 1433 Hijrah

__________________________________________

[1] Surah At-Tur 52:35
[2] Surah Nuh 71: 14-17

AL YAMANI ADALAH PEMBANTU KANAN IMAM MAHDI (A.S)

Antara tokoh paling menonjol yang akan membuka jalan bagi penubuhan Daulah Keadilan Ilahi adalah figur Al-Yamani, pembawa panji Ahlulbayt (a.s), satu-satunya sahaja panji Kebenaran. Memandangkan kepelbagaian figur ini seperti yang dijelaskan dalam riwayat Ahlulbayt (a.s), maka harus kita memberi perhatian bahawa pembantu kanan (Al-Yamani) Imam Al-Mahdi (a.s) adalah washinya, yang merupakan tanda pasti (mahtum) dan tidak tertakluk kepada Al-Bada’ (perubahan ketuhanan dalam perkara-perkara yang dianggap telah ditetapkan) sepertimana yang disebutkan dalam riwayat

Walaupun orang lain adalah tertakluk kepada Al-Bada’, dia dianggap sebagai salah satu daripada lima tanda pasti yang mendahului kedatangan Imam Mahdi (a.s), yang mengemudi lapangan Kezuhuran; bahkan ianya sebahagian daripada Kezuhuran yang Suci, yang mendahului dengan libasan pedang. 


• Diriwayatkan daripada Abu Abdullah (a.s), berkata: Lima tanda mendahului kemunculan Al-Qa’im (pendiri): [kemunculan Al-Yamani dan As-Sufyani, penyeru yang menyeru dari langit, penelanan bumi di Al-Bayda ‘dan pembunuhan Jiwa yang Tulen (An-Nafs Az-Zakiyyah)][1]

Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan Al-Yamani akan berlaku sebelum kemunculan Imam Mahdi (a.s) dan sebagaimana yang diriwayatkan, ia dianggap sebagai salah satu dari tanda-tanda pasti kezuhuran yang tidak tertakluk kepada Al Bada’ kecuali Allah mengkehendaki sebaliknya. 

• Diriwayatkan daripada Abu Jafar Muhammad bin Ali (a.s), [… Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al-Yamani. Ianya adalah panji petunjuk kerana ia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Mahdi). Apabila keluarnya Al-Yamani, maka urusniaga senjata akan dilarang kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Apabila dia keluar, maka bersegeralah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Tidak dibenarkan muslim berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus …][2]

Setelah meneliti riwayat yang menyebutkan beberapa panji kesesatan, maka hanya satu sahaja panji petunjuk yang boleh didapati. Apabila mengkaji riwayat yang disebutkan di atas, maka dapat kita pastikan bahawa hanya satu panji sahaja yang mendapat bimbingan berbanding lain-lainnya yang membawa kepada kesesatan. Dalam konteks ini, Imam (a.s) berkata: “Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al Yamani.” Setelah itu menjustifikasikan kenyataannya dengan berkata: “Kerana dia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Al-Mahdi),” bermakna dia menyeru untuk berbaiah kepada Imam Mahdi (a.s) secara nyata dan terbuka kepada semua golongan, tanpa berselindung seperti menyeru kepada kelompok, pihak berkuasa, pergerakan, atau entiti politik tertentu. Al-Yamani mempunyai kewajipan untuk menyeru kepada Imam Mahdi (a.s). Ini adalah tugas penyandangnya yang digambarkan dengan kata-kata Imam Al-Baqir (a.s), “Tidak dibenarkan muslim berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka,” serta oleh riwayat-riwayat lain yang menekankan baiah kepadanya. 

Oleh kerana manusia akan diuji dengan mengikuti dan mematuhi Al-Yamani, dan mereka yang bertentangan dengannya akan dihumban ke dalam neraka, maka seruan Al-Yamani harus terbuka dan perlu mengemukakan bukti yang mengesahkan kesahihan tuntutan beliau. Malah dia harus keluar dan membuang semua kekaburan tanpa berselindung atas kelompok tertentu sepertimana mereka yang menangguk dia air yang keruh dewasa ini, yang mana setiap dari mereka memberi bayangan kepada dirinya sendiri tanpa berani untuk menuntut sebagai Al-Yamani, walaupun mereka sangat menginginkan kedudukan tersebut. Dalam keadaan ini, apabila washi sebenar mendedahkan dirinya dan mengklaim seruan ini, maka menjadi norma kebiasaan mereka menjatuhkan dan menafikannya disebabkan iri hati. Sekiranya seruan ini dituntut oleh orang lain selain daripada orang yang benar-benar diamanahkan, maka Allah akan mengutuk dakwaan tersebut sebagai palsu tidak lama selepas itu, kerana Dia SWT berfirman: [Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta. Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta)][3]

• Daripada Abu Abdullah (a.s), [Urusan ini tidak akan diklaim melainkan oleh orang yang berhak, atau Allah akan Allah SWT akan memendekkan umurnya][4]

Kemudian, selepas seruan ini dibuat dan di dalam riwayat menyebutkan setelah berlalu suatu tempoh waktu yang berpanjangan selama 72 bulan iaitu hampir enam tahun sebelum Al-Yamani menyerahkan kekuasaan kepada Imam Mahdi (a.s). Dalam tempoh ini, Mahdi pertama (Al-Yamani) akan membuka jalan bagi bapanya Imam Mahdi (a.s) untuk muncul, menyediakan lapangan dakwah dan melancarkan peperangan. Panji-panji yang berjuang di bawah pimpinan beliau juga akan keluar sama seperti As-Sufyani yang akan keluar pada masa yang sama seperti Al-Yamani dan Khurasani. Pertempuran antara mereka akan berlangsung selama mana pemerintahan As-Sufyani iaitu selama lapan bulan. 

• Daripada Ibn Al-Hanafiyyah, berkata: [Tujuh puluh dua bulan memisahkan antara kemunculan panji hitam dari Khurasan, Syuaib bin Saleh dan Mahdi pertama, sebelum menyerahkan kuasa kepada Imam Mahdi.][5] 

Bercakap tentang keluarnya Al-Yamani di dalam satu riwayat, Imam (a.s) berkata: Keluarnya Al-Yamani adalah untuk memerangi As-Sufyani, kemaraan kedua-duanya adalah berturut-turut seperti benang manik. Sejurus selepas al-Yamani keluar, maka As-Sufyani juga akan keluar, kerana Al-Yamani akan mengetuai panji Imam Mahdi (a.s) dan As-Sufyani adalah musuh ketat Imam (a.s). Al-Yamani bangkit untuk berperang demi Imam Mahdi, dan pada masa itu, urusan jual beli senjata akan diharamkan kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Malah, dilarang urusan jual beli senjata kerana ia akan diagihkan kepada umat Islam secara percuma apabila mereka keluar untuk berperang (iaitu untuk melawan musuh-musuh Imam), kerana kamu dan harta anda adalah kepunyaan Imam (a.s) yang merupakan khalifah Allah , kedaulatan sebenar ke atas orang-orang yang beriman. Oleh itu, anda tidak boleh menjual apa yang kami berikan kepada anda melainkan kepada pemiliknya yang berhak. Allah SWT berfirman, {Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu}.[6] Imam adalah lebih berhak ke atas kehidupan anda daripada diri anda sendiri dan sekaligus amat berhak ke atas senjata atau wang anda sendiri. Oleh itu, menjual senjata kepadanya adalah dilarang, bahkan anda mesti berjuang untuknya dan menawarkan senjata yang anda miliki kepada saudara-saudara anda yang berjuang di sisinya, suatu perkara yang sudah tentunya tidak memerlukan Fatwa. 

Manakala menjual senjata kepada musuh-musuh Imam, tidak memerlukan penjelasan dalam isu ini kerana ianya telah disebutkan dalam hadis: “Apabila keluarnya Al-Yamani, urusan jualbeli senjata akan diharamkan kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Isu senjata adalah bergantung kepada keluarnya untuk berperang. Sepertimana yang jelas disebut dalam riwayat, seruan Al-Yamani untuk menyertai Imam Mahdi (a.s) adalah mendahului keluarnya untuk berperang. Justeru, menyeru orang ramai untuk menyokong Imam Al-Mahdi (AS) adalah satu keperluan dan ianya wajib ke atas (Al-Yamani) untuk menghimpun kaumnya dan menegaskan Hujjatnya (otoriti dan bukti) ke atas mereka. Imam (a.s) berkata, [Tidak dibenarkan Muslim untuk memberontak terhadapnya dan sesiapa yang berbuat demikian adalah tergolong di kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus.] 

Jelas kepada kita bahawa Al-Yamani adalah Hujjat Allah ke atas hamba-hamba-Nya dan mereka yang memberontak terhadapnya adalah yang derhaka kepadanya, dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Hal sebegini hanya terbatas untuk peribadi maksum, yang bermaksud mereka yang memberontak terhadapnya dianggap sebagai terkeluar dari wilayah Keturunan Muhammad dan Hujjat dari kalangan mereka (a.s). 

Diriwayatkan daripada Ali bin Musa Ar-Ridha (a.s), daripada Musa bin Jafar (a.s), daripada Jafar bin Muhammad (a.s), daripada Muhammad bin Ali (a.s), daripada Ali bin Al-Hussein (a.s), daripada Al-Hussein bin Ali (a.s), daripada Ali bin Abi Talib (a.s), daripada Rasulullah (sawas), daripada Jibril (a.s), daripada Mika’il (a.s), daripada Israfil (a.s), daripada Luh Mahfuz, dan daripada Qalam, berkata: Allah SWT berfirman, [Katakanlah, wilayah Ali bin Abi Talib adalah kubuKu yang menghindar kamu daripada azab. Barangsiapa yang memasukinya akan selamat dari api nerakaKu.][7]

Imam Ridha (a.s) berkata: Aku telah mendengar daripada ayahku Musa bin Jafar berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Jafar bin Muhammad berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Muhammad bin Ali berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Ali bin Al-Hussein berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata, aku telah mendengar daripada Rasulullah (sawas) berkata, aku telah mendengar Allah swt berfirman, [Katakanlah, tidak ada Tuhan melainkan Allah, dia yang mengakui ini akan memasuki kubuKu dan selamat daripada azabKu. Telah berkata, apabila tunggangan kami berlalu pergi, Dia menyeru kepada kami: untuk menerima syarat pengakuan ini dan aku adalah syarat-syarat itu.][8]

Mereka yang memberontak terhadap Al-Yamani akan berakhir di dalam neraka. Oleh itu, memberontak terhadapnya adalah sama seperti berpaling dari kubu ini (wilayah) dan mengabaikannya, kerana ia adalah terkeluar dari wilayah Hujjat Allah pada zamannya. Dari segi lain, kubu Allah yang menghindari seseorang daripada azabNya adalah pengakuan keesaan-Nya dengan mengatakan “tiada Tuhan melainkan Allah. Barangsiapa yang mengatakannya dengan sepenuh hati dan mematuhi Hujjat Allah pada zamannya, kerana dia dilantik oleh Allah. Oleh, itu mereka yang tidak mengiktiraf perlantikan Allah ini adalah tidak mengakui keesaan-Nya, walaupun dia mengakui dengan lisannya. Maka Imam Al-Mahdi (a.s) dan anaknya Mahdi pertama (a.s), serta anak-anaknya para Mahdi (a.s), kesemua mereka adalah dari syarat-syaratNya; Tiada lagi Hujjat (bukti dan otoriti Allah) di muka bumi ini selepas Nabi, Rasul, dan para Imam melainkan para Mahdi dari keturunan Imam Mahdi (a.s). 

Wajib bagi Al Yamani yang merupakan Mahdi pertama dan yang pertama beriman untuk mengumumkan seruan beliau dan membuktikan beliau lebih berhak berbanding yang lainnya untuk mendapat sokongan, mempunyai ikatan kekeluargaan dan kedudukan di sisi Imam Mahdi (a.s). 

Sebagai contoh, kelompok-kelompok Islam semasa rejim Saddam (Semoga Allah melaknatnya) saling berbalah antara satu sama lain. Mereka berbeza pendapat kerana tidak seorang pun daripada mereka yang percaya dengan kesempurnaan (ismah) pihak lain, dan mereka berjuang dengan cara yang mereka lihat terbaik. Walau bagaimanapun, pada masa itu, pemberontakan dan bangkangan mereka antara satu sama lain, tidak akan membawa mereka ke neraka, kerana tidak seorang pun daripada mereka adalah merupakan Hujjat ke atas yang lain dan kedua-duanya berjuang. 

Manakala pemberontakan orang-orang yang menentang Al-Yamani, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka kerana dia dilantik oleh Allah. Maka panji dari timur yang merangkumi Al-Yamani dan Al-Khurasani, Syuaib bin Saleh dan lain-lain adalah panji-panji yang akan berjuang untuk membuka jalan bagi kezuhuran Imam (a.s). Mereka semua berhimpun di bawah panji Al-Yamani atau sebaliknya mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, kerana Imam Al-Baqir (a.s) berkata, [Tidak dibenarkan Muslim berpaling (memberontak} terhadapnya dan sesiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada Kebenaran dan jalan yang lurus]. Jalan yang lurus adalah jalan yang membawa terus kepada Allah SWT, yang berfirman: 

{Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran dan ke jalan yang lurus.}[9] 

{Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus}.[10]

Jalan yang lurus itu adalah jalan wilayah iaitu jalan Ali bin Abi Talib. Allah SWT berfirman: {Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya}.[11] Tetapi siapakah yang mengikuti jalan Ali (a.s)? Allah SWT berfirman: 

{Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?}[12]

{Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus}[13]

{Dan sesungguhnya (Isa) menjadi tanda kedatangan Saa’ah, maka janganlah kamu ragu-ragu tentangnya (Saa’ah) itu dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus}.[14] Saa’ah itu merujuk kepada Imam Mahdi (a.s), seperti yang dinyatakan dalam riwayat. 

Penetapan di atas jalan kebenaran itu tidak dapat dicapai melainkan melalui Allah dan wakil-wakilNya. Dengan menyifatkan Al-Yamani sebagai [seorang yang menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus], Imam (a.s) tidak memaksudkan pujian yang berlebih-lebihan, tetapi hanya mengaitkan kebenaran dalam semua maknanya. Walaupun begitu, makna tersebut tidak dapat disempurnakan melainkan oleh salah seorang Hujjat daripada Hujjat Allah dan peribadi maksum yang suci dari keturunan Nabi. Menurut riwayat, tidak wujud dari kalangan Ahlulbayt dan Hujjat-Hujjat Allah pada masa itu (kebangkitan Al Yamani) melainkan Imam Mahdi dan anaknya yang juga washi serta Mahdi pertama. 

Disebabkan Al-Yamani bukanlah Imam Mahdi (a.s), jadi dia mestilah Mahdi pertama, kerana tidak wujud washi selain dia; dan begitu juga baki sebelas Mahdi yang lain adalah dari keturunan Mahdi pertama. Maka sudah semestinya Mahdi pertama adalah Al Yamani yang disebutkan oleh Imam Al-Baqir (a.s) sebagai: “Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al-Yamani. Ia adalah panji petunjuk kerana ia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Mahdi a.s). Apabila keluarnya Al-Yamani urusan jualbeli senjata akan dilarang kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Apabila keluarnya Al Yamani, maka bersegeralah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Tidak dibenarkan bagi muslim untuk berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus. 

Rasulullah (sawas) menuntut supaya berbaiah kepada Al-Yamani dalam beberapa riwayat, antaranya adalah seperti berikut: 

Diriwayatkan daripada Thawban, Rasulullah (sawas) bersabda: [Panji hitam akan keluar dari timur seolah-olah berhati besi! Maka sesiapa yang mendengar kedatangan mereka, hendaklah bersegera berbai’ah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.] 

Dalam konteks ini, Rasulullah (sawas) bersabda: “Maka sesiapa yang mendengar kedatangan mereka, hendaklah bersegera berbaiah kepada mereka, iaitu baginda (sawas) menyeru manusia supaya berbaiah dan menjawab seruan beliau adalah wajib ke atas semua orang-orang yang mendengarnya. Seorang Maksum tidak pernah menyeru untuk berbaiah kepada seseorang selain daripada peribadi maksum yang dilantik oleh Allah. Selain itu, Rasulullah (sawas) tidak melantik Al-Yamani atau meminta untuk menyandarkan baiah kepadanya dengan kehendak dirinya sendiri; {yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka}.[15]

{Dan dia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri}.[16] Tidak pernah sama sekali mana-mana Rasul, Imam, atau washi, sama ada di masa lalu atau masa kini dan di masa depan, meminta orang ramai untuk berbaiah kepada seseorang selain daripada peribadi maksum. Malah, mereka sentiasa menganggap bahawa baiah, kedaulatan dan pelantikan adalah hak Allah, manakala pelantikan dan pemilihan oleh manusia adalah tuntutan Iblis. Di samping itu, baginda (sawas) amat menekankan keperluan baiah ini, tanpa ada pengecualian sama ada tua atau muda, lelaki atau perempuan, apabila baginda (sawas) bersabda: “Berbaiahlah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak atas salji.” Baginda tahu bahawa mereka yang ingkar akan mengemukakan alasan tempang ini sebagai hujah, jadi tiada ruang lagi buat mereka mereka-reka alasan. Dalam konteks ini, saya mahu pembaca yang dikasihi bertanya kepada diri anda sendiri, samada anda adalah salah seorang dari orang-orang yang ingkar tersebut atau tidak? Tiada lagi alasan, walaupun anda terpaksa merangkak di atas salji. Hendaklah anda menuntut bela untuk Allah dan bukan untuk diri anda sendiri, jika tidak, anda akan berakhir bersama-sama dengan Syaitan di dalam Neraka. 

Oleh kerana, sudah jelas kepada kita bahawa Al-Yamani adalah maksum dan sekaligus adalah Hujjat Allah ke atas manusia. Kita juga tahu bahawa Hujjat Allah adalah Nabi-nabi dan Muhammad (sawas adalah Nabi terakhir, serta para Imam yang kesemuanya telah wafat sekarang. Oleh itu, tidak wujud lagi maksumin pada zaman kezuhuran yang suci selain daripada Imam Mahdi (a.s) dan washi Imam Mahdi (a.s). Ditambah pula dengan fakta bahawa Al-Yamani (a.s) bukanlah Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (a.s) dan riwayat juga menyebutkan bahawa Al-Yamani adalah salah satu dari tanda-tanda pasti sebelum kemunculan Imam Mahdi (a.s), yang akan keluar dari timur. Manakala Imam Mahdi (a.s) akan muncul dari Mekah di antara Rukun dan Maqam Ibrahim dan bukan dari timur, seperti yang disebutkan dalam beberapa riwayat. Maka disimpulkan bahawa pemimpin panji dari timur, yang Allah dan RasulNya lantik sebagai washi adalah Mahdi pertama (Al-Yamani), kerana dia adalah washi (a.s) dan pelopor bapanya. Washi juga adalah maksum kerana mereka diamanahkan dengan wilayah Ilahi dan baiah, yang juga diberikan kepada Al-Yamani sepertimana yang dinyatakan dalam riwayat. 

Oleh itu, Al-Yamani dan Mahdi pertama mestilah menjadi orang yang sama kerana Rasulullah (sawas) dan Ahlulbayt (a.s) tidak akan menyeru orang ramai untuk berbai’ah kepada dua orang berlainan pada masa yang sama di zaman kezuhuran yang suci. 

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, akan terdapat 24 Hujjat selepas Rasulullah (sawas) dan hanya dua di kalangan mereka yang akan menyaksikan zaman kezuhuran: iaitu Imam Mahdi (a.s) dan penyedia lapangannya, Mahdi pertama. 

• Al-Sadiq (a.s) berkata: [Selepas Al-Qa’im (a.s), akan terdapat dua belas Mahdi dari kami, dari keturunan Al-Hussein (a.s)][17]

• Rasul Allah (sawas) bersabda: [Sekiranya kamu melihat panji hitam keluar dari Khurasan, bersegeralah kepada mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana di di dalam nya khalifah Allah Al Mahdi.][18]

Khalifah Allah Al Mahdi adalah orang yang akan membawa panji dari timur dan khalifah-khalifah (pengganti) Al Mahdi adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) yang berjumlah 12 orang Mahdi kesemuanya. Maka yang pertama dari mereka adalah pemimpin panji dari timur dan dia adalah Hujjat Allah dan maksum. Di samping itu, panji dari timur hanya boleh diketuai oleh peribadi maksum dan mereka yang berpaling daripadanya dan menderhaka kepadanya, adalah terkeluar dari wilayah dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Oleh itu, dia mestilah maksum dan riwayat mengesahkan bahawa pemimpin panji Al Yaman adalah satu-satunya yang akan mengalahkan As-Sufyani. 

Riwayat juga menegaskan bahawa pemimpin panji dari timur adalah khalifah Allah Al Mahdi dan Imam Mahdi (a.s) hanya akan berada di bawah satu panji sahaja. Riwayat juga menegaskan bahawa pemimpin panji tersebut adalah Al-Yamani yang tiada siapa berhak untuk memberontak terhadapnya. Beliau juga dari keturunan Muhammad (a.s) dan Muhammad (sawas) mempunyai asal dari Yaman sepertimana disebutkan sebelum ini di dalam hadis-hadis, yang mengatakan bahawa semua penduduk Mekah adalah dari Yaman kerana Mekah terletak di Tihamah; sekaligus ini bermakna bahawa keturunannya juga adalah dari Yaman. Walau bagaimanapun, peribadi yang kita cari adalah pembantu kanan (Al-Yamani) Imam Mahdi (a.s). 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Imam Al-Mahdi (AS) akan keluar dari Mekah selepas kedatangan kedua-dua As-Sufyani dan Al-Yamani, kerana mereka adalah dua tanda pasti sebelum kezuhuran baginda (a.s). Sehubungan itu, khalifah Allah Al Mahdi yang datang dari kalangan panji timur adalah Mahdi pertama dan panji timur adalah panji Al-Yamani, washi, pembantu dan ketua tentera Imam Mahdi (a.s). Walaupun penjelasan ini sudah mencukupi, namun masih ada sesuatu yang lebih menjelaskan hal ini iaitu pemimpin panji timur dan Mahdi pertama adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) yang membawa nama yang sama. 


________________________________________________________________________

[1] Al Imamah wa Al Tabshirah, ms 128. 
[2] Al Ghaybah, Muhammad bin Ibrahim An Nu’mani, ms 264. 
[3] Al Haaqah: 44-46 
[4] Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), Syeikh Ali Kurani, jilid 3, ms 28. Al Kafi, jilid 1, ms 373. Thawab Al A’mal wa ‘Iqabuha, jilid 3, ms 255. Bihar Al Anwar, jilid 25, ms 112. 
[5] Kitab Al Fitan, Na’im bin Hamaad, ms 165. Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), jilid 1, ms 397. 
[6] Al An’aam: 94 
[7] Al Amili, ms 306. 
[8] ‘Uyun Akhbar Al Ridha (a.s), ms 145. 
[9] Al Ahqaaf: 30 
[10] Al Haaj: 67 
[11] Al Hijr: 41 
[12] Al Mulk: 22 
[13] Al Shuraa: 52 
[14] Al Zukhruf: 61 
[15] Shaad: 27 
[16] An Najmu: 3 
[17] Bihar Al Anwar, jilid 35, ms 148. Mukhtasar Bashair Darajat, ms 38. 
[18] Ghayat Al Maram, Sayyed Hashim Al Bahrani, jilid 7, ms 103.


KEPELBAGAIAN AL-YAMANI DAN AL YAMANI DARI YAMAN

Kepelbagaian Al Yamani
 
Figur Al-Yamani telah disebutkan beberapa kali dalam riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) dengan cara yang berbeza-beza. Ianya membolehkan kita memahami perspektif yang berbeza setiap kali. Ia juga menjelaskan kepada kita bahawa "Al-Yamani" yang datang dari Yaman adalah berbeza daripada Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s), yang disebut oleh Rasulullah (sawas) dan Imam Al-Baqir (a.s ): "sesiapa yang memberontak terhadapnya adalah dari kalangan ahli neraka," yang akan menjadi tangan kanan Imam Al-Mahdi (a.s), pemimpin tenteranya dan washi yang akan mengambil ikrar taat setia manusia kepada Imam (a.s). 
 
Di samping itu, akan terdapat satu lagi "Yamani" yang akan menjadi pemimpin tentera Al-Yamani, dia adalah Yamani kepada Al-Yamani. Dalam konteks ini amat wajar untuk kita perhatikan bahawa revolusi Keluarga Muhammad (a.s) yang bertujuan untuk membuka jalan bagi Al-Qa'im (a.s) adalah Al-Yamani kerana mereka mempunyai asal-usul dan punca dari Yaman. Pemimpin revolusi juga adalah Yamani kerana dia mengikuti Ahlulbayt (a.s) sepertimana figur yang mengikut As-Sufyani adalah Sufyani jua. Seharusnya kita faham bahawa 313 pendokong Imam Al-Mahdi (a.s), kesemuanya adalah Yamani dengan merujuk kepada pemimpin mereka iaitu Al-Yamani, kerana dia adalah yang pertama dari kalangan mereka dan ketua mereka. Oleh itu, apabila salah seorang daripada mereka memulakan revolusi, maka ianya akan dipanggil revolusi Al-Yamani. 

 

 

 

Oleh itu, jangan terkeliru apabila berhadapan dengan riwayat yang menyebutkan beberapa Yamani, kerana Al-Yamani mempunyai beberapa pemimpin. Namun begitu, Al-Yamani yang dikhususkan dengan bai’ah kesetiaan dan orang yang menentangnya akan dihumbankan ke dalam api neraka, adalah salah satu Hujjat Allah di muka bumi dan sekaligus adalah maksum. 

 

 
Tiada seorang pun dari kalangan para nabi pernah menyeru agar berikrar setia kepada seseorang yang tidak maksum, jadi bagaimana utusan yang paling penting dan kekasih Tuhan sekalian alam meminta agar memberi bai'ah kepada orang yang tidak maksum? Sedangkan dalam masa yang sama, kita didatangkan dengan riwayat yang meminta semua orang yang melihat atau mendengar tentang Al-Yamani, penyeru (dai’e) Ahlulbayt (a.s) agar berbai'ah kepadanya dan menyokongnya. 
 
Dalam buku 'Asr Al-Dhuhoor oleh Sheikh Al-Kurani, telah disebutkan beberapa kemungkinan mengenai revolusi Al-Yamani. Berikut adalah teks yang berkaitan: 
 
[Revolusi Al-Yamani mungkin lebih mendapat petunjuk disebabkan dasarnya yang meyakinkan dengan sistem eksekutifnya, samada dalam memilih hanya orang yang setia dan taat sahaja, atau sentiasa memeriksa dan tegas kepada mereka. Dasar ini adalah dasar yang diperintah oleh Islam ke atas setiap pemerintah untuk dilaksanakan kepada pegawai-pegawainya, sepertimana yang dilakukan oleh Amirul Mukminin (a.s) kepada pegawainya di Mesir iaitu Malik Al Ashtar (r.a) pada masa pemerintahannya. Sebagaimana yang diriwayatkan tentang sifat-sifat Al-Mahdi bahawa dia adalah seorang yang tegas dengan pegawai-pegawainya dan amat belas kasihan terhadap orang-orang miskin. Walau bagaimanapun, Iran tidak menerima pakai dasar ini dan tidak menghukum pegawai-pegawai yang mengabaikan atau mengkhianati kepentingan umat Islam di khalayak ramai, agar dapat menjadi pengajaran buat orang lain. Mereka khuatir ini akan melemahkan Republik Islam yang mewakili Islam. Barangkali panji Al-Yamani lebih mendapat petunjuk untuk konsep Islam di peringkat antarabangsa dan pertimbangannya bukan pada sub-sub topik, kefahaman dan konsep kontemporari sedia ada, yang diyakini dan wajib dipatuhi oleh revolusi Islam Iran. 
 
Walau bagaimanapun, sebab yang lebih kuat dan utama di sebalik hakikat revolusi Al-Yamani ini adalah lebih mendapat hidayah kerana ia mendapat keistimewaan yang terus dibimbing oleh Al-Mahdi (a.s) dan ia adalah satu pelan pergerakan Imam (a.s); iaitu bahawa Al-Yamani mendapat penghormatan bertemu dan mengambil arahan terus daripada beliau (a.s). Hakikat yang menyokong isu ini adalah hadis-hadis yang berkaitan revolusi Yamani memberi fokus pada memuji figur Al-Yamani, pemimpin revolusi yang membimbing manusia ke arah kebenaran dan menyeru mereka untuk mengikuti Imam mereka. Sepatutnya, tiada muslim yang memberontak terhadapnya kerana sesiapa yang berbuat demikian akan dihumban ke dalam Neraka …
 
Selain itu, Al-Kurani merujuk revolusi Iran dan revolusi lainnya yang akan mengambil tempat sebelum kemunculan Imam (a.s) dengan berkata: 
 
Permulaan awal sebegitu yang ditegakkan berasaskan kepada perundangan para ulama dan wakil-wakil politik mereka, tidak disempurnakan dengan syarat kesucian dan kejelasan, sepertimana yang terdapat pada revolusi Al-Yamani yang diberkati dengan bimbingan langsung Imam Al-Mahdi (a.s). 
 
Manakala kemungkinan wujud beberapa Al-Yamani, dan yang terkemudian menjadi Al-Yamani yang dijanjikan, maka riwayat-riwayat menetapkan bahawa kemunculan Al-Yamani yang dijanjikan adalah serentak dengan As-Sufyani ini. Bermakna mereka akan keluar pada tahun yang sama dan bakal menyaksikan kemunculan Al-Mahdi (a.s). Walaupun begitu, terdapat satu lagi riwayat yang shahih, yang diriwayatkan daripada Imam As-Sadiq (a.s), berkata: [Akan keluar sebelum As-Sufyani, orang Mesir dan Yamani.][1]
 
Riwayat yang mulia hanya mentakrifkan masa kemunculan Al-Yamani yang pertama adalah sebelum As-Sufyani. Oleh itu, ia mungkin mengambil tempoh yang singkat sebelum kemunculan Al Yamani kedua atau beberapa tahun sebelum itu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Salah satu daripada riwayat –riwayat tersebut adalah (Kaser 'Aynaho bi Sana’a), yang telah disebutkan dalam Al-Bihar, jilid 52, halaman 245, diriwayatkan daripada Ubaid bin Zarara, diriwayatkan daripada Imam As-Sadiq (a.s), berkata: As-Sufyani telah disebutkan oleh Abu Abdullah (a.s) apabila dia berkata: [Bagaimana dia akan bangkit sedangkan Kaser ‘Aynaho bi Sana’a belum muncul lagi?]. Ini adalah salah satu Hadis yang menarik perhatian, ia disebut dalam sumber peringkat pertama seperti Al-Ghaybah oleh An-Nu'mani dan berkemungkinan shahih. Barangkali peribadi ini akan muncul sebelum As-Sufyani adalah Yamani yang akan membuka jalan bagi Al-Yamani yang dijanjikan seperti yang telah kami sebutkan sebelumnya. Tafsiran ('Aynaho Kaser) juga mungkin mempunyai beberapa penjelasan, yang paling kuat adalah keterangan simbolik yang sengaja dibuat oleh Imam As-Sadiq (a.s), makna yang hanya boleh dijelaskan apabila sampai masa yang sesuai.[2]
 
 
Al-Yamani dari Yaman 
 
Majoriti penyelidik yang mengkaji figur Al-Yamani meletakkan kemunculan Al Yamani sebagai tahap yang sangat penting dalam membuka jalan untuk penubuhan Daulah Keadilan Ilahi telah memberi tumpuan kepada fakta bahawa Negeri Yaman adalah tempat di mana Al-Yamani yang dijanjikan akan memulakan pergerakannya. Majoriti mereka tidak membezakan antara Al-Yamani yang datang dari Yaman dan Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s), pembantu peribadinya yang akan diberikan bai’ah kepadanya, yang mana Ahlulbayt (a.s) menyifatkan Al Yamani mereka secara terperinci. Namun begitu, disebabkan kewajaran mereka (a.s) yang bijak dan Taqiyyah bagi melindungi dia (Al Yamani) dari musuh gerakan kezuhuran yang Suci, maka hadis-hadis bercakap tentang Yamani yang berbeza dari Al Yamani yang dijanjikan. Kekaburan mereka menyebabkan mereka terpaksa berkisar sekitar hakikat bahawa dia adalah dari Yaman. Dalam riwayat-riwayat yang lain, mereka juga menyebutkan beberapa tokoh pelopor, tetapi kebanyakannya merujuk kepada seorang sahaja iaitu Al-Yamani yang akan keluar dari Yaman, yang akan berjuang menentang seorang yang satu matanya tertutup (As-Sufyani), yang akan mengalahkan Al Yamani dari Yaman. 
 
• Diriwayatkan daripada Abu Jaafar (a.s), berkata: […kemudian, Mansur Al-Yamani akan berarak ke arah mereka dari Sana’a dengan tenteranya, mengamuk dengan bersungguh-sungguh, dan membunuh manusia tanpa belas kasihan (seperti pembunuhan semasa era pra-Islam). Kemudian, dia bertemu seorang yang satu matanya tertutup, dengan panji kuning dan pakaian yang berwarna-warni. Satu pertempuran sengit berlaku di antara mereka, dan kemudian seorang yang satu matanya tertutup, As-Sufyani beroleh kemenangan ke atas beliau …][3]
 
Manakala Al Yamani yang dijanjikan adalah peribadi yang akan mengalahkan As-Sufyani sepertimana yang dinyatakan dalam kebanyakan riwayat: 
 
• [… Allah menghantar kepada As-Sufyani, pembantu Al-Mahdi dari timur, maka dia membantai As-Sufyani dan membuatkan tenteranya berundur ke Sham …][4]
 
Bukan lagi rahsia bahawa Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s) adalah pemimpin panji dari timur. 
 
Walaupun begitu, Al-Yamani dari Yaman adalah dari keturunan Zaid dan dipanggil Hassan atau Hussein mengikut cerita yang diceritakan oleh peramal Sateeh […kemudian muncul raja dari Sana’a di Yaman, putih seperti salji (kapas putih) yang dipanggil Hassan atau Hussein …][5]
 
Ini tidak pernah diriwayatkan daripada maksumin dalam apa jua cara pun, dan Sateeh ini adalah salah seorang yang menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Nabi (sawas) dilahirkan. Kematiannya dianggap sebagai antara tanda-tanda baik berhubung dengan kelahiran Nabi (sawas), kerana peramal ini sering mendapatkan beritanya dari jin (iaitu sebelum langit dilindungi dan diharamkan kepada mereka yang mencuri dengar rahsia) Allah SWT berfirman: {Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan}.[6] Maklumat ini menggabungkan unsur-unsur yang benar dan palsu, dan diketahui bahawa majoriti penyelidik yang mengkaji figur Al-Yamani menyatakan bahawa namanya adalah Hassan atau Hussein tanpa bukti, bahkan memutuskan hal ini semata-mata berdasarkan riwayat Sateeh. Mereka mengambil perkataan peramal sebagai asas perhitungan, di antara mereka ialah Sheikh Ali Al-Kurani dan Sheikh Muhammad As-Sanad yang menganggap maklumat ini sebagai berwibawa seumpama Kalam Allah yang tidak mungkin salah dalam apa jua cara sekalipun. 
 
Mereka tidak mendengar kata-kata Ahlulbayt (a.s) sebagaimana firman Allah: {Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak) dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan, mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu}.[7] Mereka mengatakan bahawa kata-kata Ahlulbayt (a.s) boleh dipersoalkan atau boleh dikategorikan sebagai shahih atau dhoif dan sebagainya. Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Demi Allah, kalian adalah seburuk-buruk manusia! kalian percaya kata-kata seorang peramal dan kepadanya kalian membina kepercayaan kalian. Bahkan kalian juga menghindar diri daripada kata-kata Ahlulbayt (a.s) yang mendampingi Kitab Allah, yang Rasulullah (sawas) katakan bahawa keduanya tidak berpisah sehingga keduanya bertemu denganku di Haudh. 
 
Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s) adalah dinaskan untuk berbai'ah kepadanya sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s). Beliau adalah washi dan maksum yang dinaskan untuk diberikan bai’ah kepadanya sepertimana yang diarahkan dan diperintahkan oleh Rasulullah (sawas). Juga dinyatakan bahawa dia adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) dan namanya adalah Ahmad. Tidak pernah disebutkan dalam wasiat Rasulullah (sawas) yang ditulis pada malam kewafatannnya bahawa dia adalah dari keturunan Zaid. Seorang maksum hanya akan digantikan oleh seorang maksum juga dan dia adalah pengganti (khalifah) bapanya {satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui}.[8]
 
Disebutkan di dalam riwayat-riwayat: 
 
• Rasulullah (sawas) bersabda: [Tiga orang akan berbunuhan antara satu sama lain di sisi perbendaharaan kamu, kesemua mereka adalah anak-anak khalifah berbeza tetapi tidak seorang pun yang akan menjadi penerimanya. Kemudian, akan keluar panji hitam dari timur dan akan melancarkan pertempuran amat dahsyat terhadap mereka. Seketika itu, baginda menyebut seorang lelaki muda, lalu dia bersabda: apabila kamu melihatnya, maka hendaklah kamu berbai'ah kepadanya kerana dia adalah pengganti (khalifah) Al-Mahdi].[9]
 
• Diriwayatkan daripada Abu Al-Hassan (a.s), berkata: [Aku melihat panji hijau mara dari Mesir, sehinggalah datang panji dari Sham, maka mereka akan menunjukkan kepada anak pemilik wasiat.][10]
 
Manakala individu yang dari keturunan Zaid pula: 
 
• Diriwayatkan daripada As-Sadiq (a.s) dalam hadis berkenaan kezuhuran iaitu tanda-tanda Kezuhuran, berkata: [Akan keluar panji dari timur dan satu lagi dari barat, maka penderitaan akan melanda rakyat Zawraa’ (Baghdad) dan seorang lelaki dari keturunan sepupuku Zaid akan keluar dari Yaman …][11]
 
Kemunculan panji dari timur dan barat yang merujuk kepada Al-Yamani dan As-Sufyani adalah berbeza daripada lelaki dari keturunan Zaid, yang disebut secara berasingan. Tiada apa yang dapat menghalang dia kemudiannya daripada menyertai dan berbaiah kepada panji dari timur yang ditetapkan untuk berbai'ah kepadanya iaitu ketuanya (Al Yamani), dia keluar dan berakhir ketika itu juga seolah-olah dia hanya disebut sebagai salah satu dari tanda-tanda Kezuhuran. 
 
Beberapa riwayat awam menyebutkan bahawa Al-Yamani dari Yaman adalah Qahtani: 
 
• Dalam kisah-kisah nabi (Qasas Al-Anbia') yang diriwayatkan oleh Kaab : Isa (a.s) mesti turun ke bumi membawa tanda-tanda dan bencana. Orang pertama yang akan keluar dan menduduki negara adalah Al-Ashab yang datang dari Semenanjung Arab. Kemudian, Al-Jurhumi dari Sham akan keluar, diikuti kemudiannya oleh Al-Qahtani dari Yaman. Kaab Al-Ahbar berkata: Ketiga-tiga mereka mendapat kedudukan mereka melalui penindasan, As-Sufyani keluar dari Damsyik.[12]
 
Pastinya Al-Qahtani yang keluar dari Yaman bukan Al Yamani yang dijanjikan kerana riwayat yang disebutkan di atas bercakap tentang penglibatan beliau dalam perbuatan penindasan: mereka mendapat kedudukan mereka melalui penindasan. Ini tidak cocok buat Al Yamani kepada Imam Mahdi (a.s) kerana dia adalah maksum dan berbaiah kepadanya adalah kewajipan, dia tidak akan membawa manusia kepada kesesatan dan tidak juga menjauhkan mereka dari kebenaran.
 
Tambahan pula, Al Yamani yang dijanjikan adalah dari keturunan Rasulullah (sawas) yang khusus dari keturunan Imam Mahdi (a.s). Rasulullah (sawas) juga berasal dari adalah keturunan Adnani dan bukan Qahtani. Oleh itu, Al-Yamani Rasulullah (sawas) dari keturunannya adalah Adnani dan bukan Qahtani, bukti ini sahaja sudah mencukupi. Lebih-lebih lagi, pemberontak dari keturunan Zaid sendiri adalah Adnani dan bukannya Qahtani. 
 
Susur galur keturunan Rasulullah (sawas) kembali kepada Adnan sebagai berikut: Baginda (sawas) adalah Abu Al-Qassim Muhammad bin Abdullah bin Abd Al-Muttalib bin Hashim bin Abd Munaf bin Qussay bin Kalab bin Murra bin Ka’ab bin Lu'ay bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin An-Nadir bin Kananah bin Khazima bin Mudrika bin Elias bin Muder bin Nizar bin Ma'ed bin Adnan. Terdapat konsensus bahawa susur galur keturunan Nabi kembali sehingga ke Adnan dan selepas itu sehingga ke Adam adalah kontroversi dan tidak terbukti).[13]
 
 
________________________________________________________________________
 
[1] Bihar Al Anwar,jilid 52, ms 210 
[2] Kitab Asr Al Dzuhoor oleh Syeikh Al Kurani, ms 146-147 
[3] Sharh Ihqaq Al Haq, jilid 29, ms 515 
[4] Sharh Ihqaq Al Haq, jilid 29, ms 620 
[5] Bihar Al Anwar, jilid 51, ms 162 
[6] Al Hijr: 18 
[7] Al An’aam: 25 
[8] Ali Imran: 34 
[9] Bisharat Al Islam, ms 30. 
[10] Al Irshaad, Syeikh Al Mufid, jilid 2, ms 376. 
[11] Mustadrak Safinat Al Bahar, jilid 2, ms 483. Fallah Al Sa’il, ms 170-171. 
[12] Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), jilid 1, ms 483. Sharh Ahqaq Al Haq, jilid 29, ms 530. 
[13] Al Majmu’, Muhyiddin Al Nawawi, jilid 1, ms 7.