MUKJIZAT IMAM AHMAD AL HASSAN (A.S) BUAT MEREKA YANG MASIH MERAGUI KEBENARANNYA.

Bagi sesiapa yang mengatakan aku tidak akan percaya sehingga aku mendapat keajaiban (mukjizat), mereka adalah seperti umat-umat sebelumnya yang telah meminta mukjizat dan apabila didatangkan mukjizat, mereka menafikannya. 

 

 
Mukjizat Imam Ahmad Al Hassan (a.s) juga muncul di televisyen seperti di salah sebuah stesen yang menemuramah Ansar di Mesir dari Iraq. Ada cerita di mana seorang kanak-kanak terjatuh dan terkopak kepalanya serta lemas, para doktor juga mengisytiharkan dia telah mati. Jadi, salah seorang Ansar telah berdoa kepada Allah dengan hak Ahmad Al Hassan (a.s) untuk menghidupkan kembali kanak-kanak itu dan ternyata kanak-kanak itu kembali hidup, dan doktor-doktor telah mengesahkan perkara ini di saluran tv. Salah seorang Ansar meminta kepada Allah dengan hak Ahmad Al Hassan (a.s), jadi bagaimana pula, jika sekiranya Ahmad Al Hassan (a.s) sendiri yang meminta sesuatu kepada Allah, apakah Allah tidak akan menjawab permintaan beliau (a.s)? 
 
Satu cerita yang diriwayatkan daripada Ansar; salah seorang Ansar telah mengadakan perbincangan dengan Muqtada al Sadr. Dia adalah anak kepada salah seorang ulama yang berhadapan dengan Saddam, mendirikan solat Jumaat di Kufah ketikamana ulama-ulama lainnya tidak berani mendirikan solat Jumaat dan memakai kain kafan semasa khutbah Jumaat beliau. Salah seorang Ansar berkata; apabila Sayyid Sadr berkata beliau akan mendirikan solat Jumaat dan berjalan-jalan di sekitar Najaf untuk melihat di mana tempat yang sesuai untuk didirikan solat Jumaat. Di sana terdapat sebuah rumah yang mempunyai dua pintu masuk, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Maka dia masuk melalui pintu masuk wanita dan mendapati seorang lelaki di dalam rumahnya lalu menjadi takut. Lantas lelaki itu berkata: "Mengapa kamu sibuk mencari tempat untuk bersolat, mengapa tidak kamu bersolat dalam masjid Kufah?" Dikatakan bahawa lelaki tersebut adalah Imam Mahdi (a.s). 
 
Sayyid Muhammad Sadiq Sadr (r.a) juga telah menyalin wasiat Nabi (sawas) di dalam buku beliau dan berkata bahawa wasiat tersebut adalah benar dan seterusnya berkata adanya rahsia di Basrah. Ramai pengikut Ahmad Al Hassan (a.s) hari ini adalah pengikut Muhammad Sadiq Al Sadr dan ini telah direkodkan di dalam youtube hari ini. Sayyid Sadr berkata: "Salam sejahtera wahai orang-orang Basra, sesungguhnya di tempat kamu, ada satu rahsia yang aku tidak boleh dedahkannya". Begitu ramai yang mempercayai Ahmad Al Hassan (a.s) kerana kata-katanya ini, kerana umum mengetahui hadis yang menyebutkan bahawa Al Yamani akan muncul dari Basrah, dan di situlah tempat di mana Imam Ahmad Al Hassan (a.s) telah muncul. 
 
Saddam telah membunuh Sayyid Sadr dan beliau telah memberitahu Saddam sebelum itu supaya membunuhnya dengan apa jua cara yang dikehendakinya, dan dia mempunyai dua orang anak. Peristiwa ini berlaku pada lewat 1990-an dan dalam masa yang sama Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) telah meramalkan bahawa Sayyid Sadr akan dibunuh. Maka Ansar tersebut telah menunggu setiap kali selepas Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isyak, sehinggalah kemudiannya mereka mendengar tentang pembunuhan tersebut. Setelah Saddam ditumbangkan, maka semua orang telah berkumpul di sekeliling Muqtada Al Sadr dan Iran juga telah menggunakan beliau untuk bergerak mengikut kemahuan mereka. Beberapa orang sahabatnya yang menjadi Ansar telah pergi kepadanya dan berkata; “Ayahmu telah berkata begini dan begini.” Lantas dia berkata; “Saya mahukan mukjizat dan saya tidak mahu mendengar selain itu. Saya mahu dia menghidupkan semula salah seorang sahabat saya.” 
 
Ansar tersebut kembali kepada Ahmad Al Hassan (a.s) dan beliau (a.s) mengarahkan supaya kembali kepada Muqtada Sadr dan memberitahunya supaya memilih masa yang dia mahukan untuk berada di kuburan dan biarkan dia datang sendiri. Dengan izin Allah, saya akan menghidupkan kembali pemuda yang dihajatkannya itu. Maka Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) dan Ansar-ansarnya telah pergi dan menunggu di kuburan tersebut, namun Muqtada Sadr tidak pernah muncul. Oleh itu, dia telah melakukan perkara yang sama sepertimana para marja’ yang lain iaitu tidak memunculkan diri untuk menyahut cabaran yang mereka sendiri buat. 
 
Ini pula berkaitan hal-hal mukjizat dan kalian tahu bahawa ianya adalah mukjizat dari langit, mukjizat saintifik dan mukjizat fizikal. Mukjizat dari langit adalah berupa mimpi yang benar dan telah dinyatakan oleh ansar-ansar dalam keterangan-keterangan mereka, mukjizat saintifik telah pun dibuktikankan dan mukjizat fizikal pula adalah seperti penyembuhan penyakit-penyakit dan lain-lainnya. 
 
Salah seorang Ansar berkata bahawa abangnya sakit tenat iaitu di peringkat ke-3 kanser, yang hanya mempunyai tempoh sebulan untuk hidup, dan pada ketika itu datang kepada kami doa Ahmad Al Hassan (a.s). Walaupun seisi keluarga pesakit kanser tersebut adalah Ansar, bapanya adalah seorang penyair dan juga seorang Ansar yang terkenal. Pesakit tersebut adalah seorang yang berpegang teguh dengan doa tersebut. Maka Ahmad Al Hassan (a.s) telah melawat keluarga tersebut dan si pesakit telah berkata: "Wahai Sayyid berdoalah semoga Allah menyembuhkan saya." Ahmad Al Hassan (a.s) berkata: ‘inshaAllah', dan kembali ke rumahnya dan mengirim sejenis tumbuhan tertentu. Ianya sejenis tumbuhan yang ada di rumahnya lalu mengirimkan daun tumbuhan tersebut dan mengarahkan supaya membaca doa-doa tertentu ke atasnya. Ia adalah tumbuhan “buckthorn”, mandi dengannya, minum daunnya dan lain-lain lagi. Selepas melakukan perkara tersebut, dia telah pergi mendapatkan ujian makmal dan mendapati tiada langsung kesan kanser padanya. Mereka berkata mungkin makmal ini tidak mampu untuk menjalankan ujian yang betul, jadi, marilah kita pergi ke makmal yang kedua, yang juga menunjukkan keputusan negatif untuk kanser. 
 
Lalu mereka berjumpa doktor yang merawat mereka dan doktor tersebut berkata; “apa yang kamu repekkan? kamu menghidap kanser, saya sendiri yang menguji kamu dan kedua-dua keputusan tersebut adalah salah, sila pergi ke makmal ini.” Jadi mereka pergi untuk membuat ujian dan keputusannya adalah sama iaitu sifar. Jadi mereka balik semula kepada doktor dan apabila melihat hasil ujian tersebut, dia mula menarik-narik rambut si pesakit seraya berkata; “Ini adalah mustahil dan ianya satu mukjizat Ilahi.” Beliau benar-benar telah sembuh dari kanser dan hidup pada hari ini, dan banyak lagi cerita-cerita lain. Walaupun mereka yang dulunya Ansar dan sekarang jatuh murtad, mereka juga telah melihat mukjizat, tetapi kejahatan telah mengatasi mereka. Sehingga ke hari ini Imam Ahmad Al Hassan (a.s) berkata; “jika mereka mahukan satu mukjizat umum, maka aku akan menunaikan permintaan mereka. Sekiranya mereka melakukan sepertimana perbuatan Firaun, maka jalan mereka akan dipendekkan dan pengikut mereka pasti akan dapat melihat kebenaran dan realiti. Tetapi mereka lebih rendah berbanding firaun kerana mereka tidak mampu muncul untuk berdebat atau meminta mukjizat atau apa-apa sekalipun. Begitu rendahnya mereka dan terpaksa pula menggunakan segala sumber mereka untuk menentang usaha dakwah ini.” 
 
Ahmad Al Hassan (a.s ) terus menyambung dan berkata: "Tiada seorang pun daripada mereka meminta mukjizat atau telah keluar berdebat, dan atas sebab itulah bapa saya (Imam Mahdi a.s) telah meminta saya menjelaskan sesuatu dari kedudukan saya, iaitu saya adalah washinya dan yang pertama akan memerintah dari anak-anaknya, dan saya adalah satu taman dari taman-taman syurga sebagaimana yang telah diberitahu oleh Rasulullah (sawas). Dan mukjizat pertama yang akan saya tunjukkan untuk umat Islam dan seluruh manusia adalah bahawa saya mengetahui lokasi sebenar kubur Fatimah (a.s). Umat Islam semuanya bersetuju bahawa kubur Fatimah adalah tidak diketahui dan tiada siapa yang tahu kedudukannya kecuali Imam Mahdi (as). Samada Sunni atau Syiah, semua umat Islam bersetuju bahawa mereka tidak tahu, kerana Ali (a.s) mengebumikan Fatimah (a.s) pada waktu malam dan menyembunyikan perkara tersebut dari Abu Bakar dan Umar. 
 
Hanya Salman, Miqdad, dan Abu Dhar dan para sahabat terdekat sahaja yang tahu. Dia (a.s) telah menggali 12 kubur yang berbeza dan menutupi kesemuanya supaya tiada siapa yang akan tahu kubur yang sebenar. Ianya diketahui umum di manakah Imam Hassan, imam keempat, kelima dan keenam dikebumikan iaitu di perkuburan Baqi’ di kota suci Madinah. Sebelumnya terdapat masjid dan makam-makam tetapi ianya kini telah dimusnahkan tangan-tangan kotor Wahabi dan hanya tinggal debu serta sedikit tanda. Kubur Fatimah (a.s) adalah bersebelahan dengan kubur Imam Hassan (a.s), seolah-olah mereka meletakkan dia (a.s) di dalam pelukan ibunya Fatimah (a.s).” 
 
Ini adalah mukjizat pertama kerana umat syiah mengetahui bahawa Imam Mahdi (a.s) akan memberitahu kubur Fatimah (a.s). Manakala sebahagian mereka yang jahil pula berkata; baiklah kami akan ke kuburnya dan menggalinya semula. Maka Imam Ahmad Al Hassan (a.s) berkata; “Aku bersedia dan mempersiapkan diri untuk bersumpah demi Allah atas apa yang aku katakan, Dia adalah Saksi atas apa yang aku katakan, Imam Ali (a.s) dan Imam Mahdi (a.s) adalah saksi kepada kata-kataku, dan segala pujian hanyalah bagi Allah.” 
 
Artikel asal oleh Ansar joseph McGowen: http://www.facebook.com/joseph.mcgowen.3/posts/444389325624942
 
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *