KEBENARAN TENTANG TAWQI’ IMAM MAHDI (A.S) DAN TAQLID KEPADA MARAJI’

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 

 

 
Muhammad bin Muhammad bin Isam Al-Kulaini meriwayatkan kepada kami dari Muhammad bin Yacob Al-Kulaini, diriwayatkan kepada kami dari Ishak bin Yacob, beliau berkata: Saya meminta Muhammad bin Uthman Al-Umari untuk menyampaikan surat ini, di mana saya bertanya tentang beberapa perkara yang saya kelirukan, jadi Tawqi’ telah diterima dengan tulisan Imam Zaman (a.s): "…Berkenaan perkara-perkara realiti yang berlaku, maka hendaklah merujuk kepada penyampai/periwayat hadith kami (ruwatu hadisina), kerana mereka adalah hujjahku ke atas kamu dan aku adalah Hujjah Allah atas kamu." 
 
Perbincangan tentang Sanad (Rantaian penyampai) Hadis: 
 
Ia dianggap lemah menurut ulama-ulama berikut: 
 
1 – Sayyid Al-Khumaini: (Sanad Tawqi’ adalah lemah). Al Ijtihad wal Taqleed, ms.100. 
 
2 – Muhammad Said Al-Hakim, selepas beliau menyebut beberapa hadis termasuk hadis Tawqi’: (Ditambah dengan fakta bahawa kesemua sanad-sanad hadis tersebut adalah). Misbah Al-Minhaj Al-Taqleed, ms 13. 
 
3 – Sayyid Al-Khoei: (ianya adalah lemah dari segi Sanad dan Matan (kandungan hadis). Bagi sanad adalah kerana Ibn Asim dan Ishak bin Yacob adalah majhul "tidak diketahui"). Kitab Al-Sawm oleh Sayyid Al-Khoei, jld.2, ms 83. 
 
 
Perbincangan tentang Matan (Kandungan) Tawqi’: 
 
1 – "penyampai Hadis kami": Tawqi’ mengarahkan kita untuk mengambil undang-undang agama kita dari penyampai Hadis, ia bermakna kita mengambil hadis yang dilaporkan dari ma'sumin (a.s) dan bukan dari mujtahid. Perbezaan antara keduanya adalah jelas. 
 
· Perawi-perawi Hadis melaporkan hukum-hukum dari Imam sepertimana ianya diriwayatkan. 
 
· Mujtahid menggunakan empat sumber atau lebih untuk mengeluarkan Fatwa: Al Quran, Sunnah, akal, ijma’. Oleh itu, ia bukan benar-benar tulen dari Thaqolayn. Pendapat dan Ijtihad termasuk di dalamnya. 
 
2 – Si penanya berkata: "Saya meminta Muhammad bin Uthman Al-Umari untuk menyampaikan surat ini, di mana saya menanya tentang beberapa perkara yang saya kelirukan, jadi Tawqi’ telah diterima dengan tulisan Imam zaman (a.s)." 
 
Perkara-perkara yang dikelirukan oleh Ishak bin Yacoob adalah pada masa Safir kedua iaitu Muhammad bin Uthman Al-Umari, bermakna kira-kira 50 tahun sebelum berakhir Ghaib Shugro dan di masa hayat Safir keempat. Oleh itu, penyampai Hadis yang dimaksudkan di sini adalah 4 Safir semasa keghaiban Shugro. Jika yang dimaksudkan adalah ulama semasa Ghaib Kubro, maka sepatutnya tandatangan dikeluarkan semasa hayat Safir terakhir! 
 
3 – Adakah umat Syiah di masa Ghaib kubro mempercayai bahawa Taqlid adalah wajib ke atas mereka? 
 
Jawapannya adalah tidak, kerana pertama kali Taqlid itu diwajibkan adalah kurang dari seratus tahun yang lalu oleh Kathem Al-Yazdi yang meninggal dunia pada tahun 1919. Beliau yang memulakan bid'ah kewajipan Taqlid kepada bukan maksum. Manakala ulama Syiah sering menganggap Kathem Al-Yazdi seorang ulama yang korup dan ejen Inggeris, kerana beliau telah menyerahkan kunci kota Najaf kepada Inggeris dan menerima pemerintahan Inggeris selepas beliau menjatuhkan hukuman bunuh kepada pemimpin Revolusi Najafi pada tahun 1917. 
 
 
 
 
 

 

 

AL YAMANI ANTARA BAHASA DAN PERSONALITI

Dalam usaha memahami intipati istilah "Yamani" ini, maka perlulah merujuk kepada buku-buku bahasa dan Hadis-hadis. Adakah istilah ini merujuk kepada negara, berkat, kuasa, sebelah kanan atau lain-lainnya? Adakah ia terbatas dengan merujuk kepada penduduk Yaman hari ini atau Yamani lain juga walaupun mereka tinggal di negara-negara asing, kerana ia tanah ibunda mereka? 

 

 
Telah disebutkan dalam Kitab Majma al-Bahrain, jilid keempat pada halaman 581: 
 
(YMN): Allah SWT berfirman: {Lalu dia memukul dengan tangan kanannya}[i] dalam erti kata lain, tangan kanan-Nya menunjukkan kuasa dan keupayaan. FirmanNya: {kamulah yang datang kepada kami dari kanan}[ii]. Dikatakan bahawa istilah ini adalah metafora yang merujuk kepada kebaikan dan sisinya, bermaksud (kamu sering datang kepada kami mendakwa mewakili Agama (Islam) dan menghiasi kesesatan kami, lalu kamu menunjukkan kepada kami perkara-perkara tentang agama dan kebenaran yang menyesatkan kami). 
 
Juga dikatakan bahawa istilah itu adalah metafora merujuk kepada kuasa dan penaklukan kerana tangan kanan dicirikan dengan kuasa, yang dengannya berlaku kekerasan. FirmanNya: {Niscaya benar-benar kami pegang dia pada tangan kanannya}[iii] merujuk kepada kuasa dan keupayaan. Dari segi lain ayat itu bermaksud: Kami akan memotong tangan kanannya dan menghalang beliau daripada bebas bertindak … 
 
"Al-Yameen": Ia juga bermakna sumpah, jamak dalam bahasa Arab sebagai "Aymon" atau "Aymaan". Dikatakan bahawa ia telah mendapat makna tersebut kerana ia digunakan orang untuk mengangkat sumpah dengan menggenggam tangan kanan antara satu sama lain. Dikatakan juga bahawa maksudnya diambil dari "Al-Yameen" (kanan), yang merujuk kepada kuasa dan kekuatan kerana seseorang diberi kekuasaan dengan tangan kanan untuk menyempurnakan apa yang telah dia bersumpah untuk melaksanakannya, dan meninggalkan apa yang dia telah bersumpah untuk meninggalkannya. Dikatakan juga bahawa makna tersebut diambil dari "Al-Yumn" bermaksud berkat, kerana berkat diperolehi dengan menyebut atau berdoa kepada Allah … 
 
Dalam Hadis [Batu (Hajar Al Aswad) adalah Yameen (tangan kanan) Allah; dengannya Dia akan menjabat sesiapa sahaja yang Dia mahu dari hamba-hambaNya.] Dikatakan: "Hadis tersebut adalah satu analogi dan perbandingan yang berasal dari fakta bahawa apabila raja menjabat tangan seseorang, maka lelaki yang dijabat tangannya hendaklah mencium tangan raja tersebut. Oleh itu, Batu Hajar dibandingkan dengan tangan kanan raja, kerana ianya disentuh dan dicium. Ianya dikurniakan sedemikian kerana perjanjian yang diambil dari keturunan Adam, dan diperintahkan manusia untuk saling berjanji setia sebagaimana firmanNya: {Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul [Engkau Tuhan kami], kami menjadi saksi}[iv]. Oleh kerana itu, doa yang dibacakan pada Hajar Al Aswad adalah: "Aku telah memenuhi sumpahku dan menghormati perjanjian-Ku, maka bersaksilah buatku di hadapan Tuhanmu pada hari kiamat." 
 
"Al-Yameen": sebelah kanan manusia dan lain-lainnya. "Al-Yumna": bertentangan dengan "Al-Yusra" (sebelah kiri). "Yaman": negara Arab dan salah satu daripada negara-negara Semenanjung Arab, yang terletak di antara laut merah, Kerajaan Arab Saudi dan Aden, yang termasuk di dalamnya beberapa pulau-pulau di laut merah. Jumlah penduduknya 4 atau 5 Juta, yang meliputi pantai Tihamah yang dibanjari oleh pergunungan Yaman dan Injad yang terkenal kerana kesuburan dan limpahan airnya. Disebabkan ini juga mengapa Yaman telah dinamakan pada masa lalu sebagai "Fortune of Arabia". Ibu negaranya adalah "Sanaa" dan penduduknya digelar di dalam bahasa Arab sebagai "Yamani" atau "Yamaan" (Yaman) tanpa menekankan huruf "m" untuk meringankan sebutan. Oleh itu, kita menambah "a" di tengah-tengah perkataan dan bukannya "i" yang disifatkan pada akhir perkataan kerana mereka tidak boleh bergandingan bersama di dalam satu perkataan menurut bahasa Arab. Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan "Yammani" dengan menekankan "m" yang diambil dari Sibawayh. 
 
Adapun Hadis [Iman adalah Yamaan dan Kebijaksanaan adalah Yamani], dikatakan bahawa Rasulullah (sawas) menyatakan demikian kerana Iman bermula dari "Mekah" yang berada di "Tihamah" yang terletak di tanah "Yaman"; Disebabkan ini juga Kaabah dikenali sebagai "Kaabah Yamani." Tambahan lagi, dikatakan bahawa Rasulullah (sawas) menyebutkan hadis ini ketika baginda berada di Tabuk di mana Mekah dan Madinah memisahkan baginda dari Yaman. Ketika menyebutkan Hadis ini, baginda menuding ke arah Yaman bermaksud Mekah dan Madinah, dan dikatakan juga bahawa dia telah merujuk kepada Ansar-ansar kerana mereka adalah Yamani dan menyokong keimanan, membantu dan mengalu-alukan orang-orang yang beriman, maka dinasabkan keimanan dengan mereka. 
 
"Al-Yumn": Berkat. Seseorang mungkin membawa berkat kepada kaumnya; Beliau adalah "Maymun" yang melalui dia mereka diberkati. Sebagaimana ungkapan Arab "Tayamantu bihi" bermakna "Saya telah diberkati olehnya." Telah diceritakan bahawa "Nabi (sawas) amat gemar menerima berkat seberapa banyak yang mungkin". "Tayamun" dikenali umumnya sebagai perbuatan yang diberkati dengan sesuatu dan ianya berasal dari perkataan "Yumn" yang bermaksud "berkat". Pengertian yang dimaksudkan adalah "untuk memulakan dengan sesuatu yang paling diberkati …" 
 
Selain itu, Mekah adalah di Tihamah yang terletak di bumi Yaman dan penduduk Mekah adalah juga Yamani (berasal dari Yaman). Ianya amat signifikan bahawa Rasulullah (sawas) adalah penduduk Mekah, sekali gus dia juga Yamani seperti yang disebut dalam Hadis berikut: 
 
• Diriwayatkan daripada Salim bin Qays al-Hilali, berkata: Apabila kami kembali dari Siffin dengan Amirul Mukminin (a.s), beliau tinggal berhampiran sebuah biara Kristian.Kemudian, Sheikh … dari keturunan hawari Isa Ibni Mariam datang kepada kami … dan berkata: “bersamaku catatan Isa anak Maryam dan tulisan bapa kami… Allah swt akan mengutuskan seorang lelaki Arab, keturunan Ismail bin Ibrahim Khalil Allah, datang dari tempat yang dipanggil Tihamah dan sebuah kampung yang bernama Mekah. Dia akan dipanggil Ahmed dan akan mempunyai dua belas nama. Dia kemudian menyebutkan utusan, kelahiran, hijrah, pejuang, penyokong, musuh, cara hidup dan pengalaman umatnya selepas pemergiannya dari dunia ini, sehinggalah diturunkan Isa Ibni Mariam dari langit.” Dalam kitab ini, 13 lelaki disebut sebagai dari keturunan Ismail, anak kepada Ibrahim Khalil Allah. Mereka adalah sebaik-baik makhluk dan amat dicintai Allah. Allah akan setia kepada orang-orang yang setia kepada mereka dan akan menunjukkan permusuhan kepada musuh-musuh mereka.][v]
 
Sajak berikut disifatkan kepada Amirul Mukminin (a.s): 
 
Aku adalah budak Quraisy yang dipercayai, 
Dikenali dengan kemurahan hati dan kehormatan yang tinggi, 
Kuat seperti singa dengan otot-ototku yang jelas, 
Denganku tuan-tuan Yaman berpuas hati, 
Biarpun mereka penduduk Najad atau orang Aden. 
 
Puisi ini adalah nyata dan tiada penjelasan lanjut diperlukan: Najad dan Aden kedua-duanya adalah di Yaman. 
 
• Diriwayatkan dengan otoriti Rasulullah (sawas) sambil memuji Yaman: [Iman adalah Yamani dan Kebijaksanaan adalah Yamani, dan kalaulah tidak kerana hijrah, saya akan menjadi seorang lelaki dari penduduk Yaman.] Dalam satu lagi hadith, Nabi Muhammad (sawas) bersabda: [lelaki terbaik adalah orang-orang Yaman. Iman adalah Yamani dan aku adalah Yamani. Pada hari kiamat, bilangan terbesar kabilah yang akan melangkah ke syurga adalah dari suku Mazhaj.
 
Penjelasan: Rasulullah saw berkata demikian kerana Iman bermula dari Mekah, yang terletak di Tihamah, yang terletak di tanah Yaman. Inilah sebabnya mengapa Kaabah itu dikenali sebagai "Kaabah Yamani". 
 
Al-Jawhari berkata: Yaman adalah negara Arab dan penduduknya dipanggil "Yamani" atau "Yamaan", yang yang diringankan sebutannya bagi disifatkan kepada Yaman. Huruf "a" di tengah-tengah perkataan ditambah bukan "i" yang disifatkan pada akhir perkataan kerana kedua-dua huruf ini tidak boleh bergandingan bersama di dalam satu perkataan bahasa Arab. Sibawayh dan beberapa yang lainnya memilih untuk menekankan dua "m" menjadi "Yammani". 
 
Saya katakan: Al-Fayruz Abadi berkata: Bantuan Tuhanmu datang dari Yaman, dia memaksudkan orang-orang yang akan membantunya adalah dari kalangan penduduk Madinah: pendokong dan tuan rumah dari Yaman.[vi]
 
Sepertimana Abu Abdullah, Hudhayfah Bin Al-Yamaan: asal nama "Al-Yamaan" dari Hisl atau Husseil, tetapi beliau dinamakan Al-Yamaan kerana dia telah melakukan pembunuhan dan melarikan diri ke Madinah di mana beliau menjadi sekutu orang Abdul Ashhal. Oleh itu, kaumnya menggelar beliau "Al-Yamaan" kerana dia menjadi sekutu pada orang Yaman. Ianya jelas kemudiannya bahawa Al-Yamaan melarikan diri ke Madinah dan tidak ke Yaman.[vii]
 
Sesetengah riwayat menyebut bahawa Kabah disebut sebagai "Kiblat Yamani", manakala riwayat yang lain pula menyebutkan bahawa ia dipanggil "Kaabah Yamani". Berikut adalah beberapa riwayat ini: 
 
• Dilaporkan dalam buku Manaqib Al Abi Talib, oleh Ibn Shahr Ashub, jilid 1, halaman 133, di dalam doa yang panjang menyebutkan: (…manusia pada hari perhitungan amal, pemegang kayu ajaib, (pemilik) halaman luas dan pendapat yang betul, Muhammad yang kita cintai yang belas kasihan terhadap orang-orang yang jauh dan mereka yang rapat. Tuan kiblat Yamani, kepercayaan Hanif, Syariah yang diredhai, umat yang mendapat petunjuk dan keturunan Hassan dan Hussein. Tuan Agama dan Islam, dan rumah yang suci …
 
• Diriwayatkan di dalam Bihar Al-Anwar, oleh Allamah Al-Majlisi, jilid 15, halaman 310, doa yang dibuat oleh Abi Talib sebelum kelahiran Rasulullah (sawas): […Aku bersumpah dengan Allah sebagai tempat perlindungan dan Pencipta manusia, aku tahu bahawa dialah yang diterangkan dalam kitab injil dan Taurat yang dicirikan dengan kemurahan hati dan gambaran menyenangkan, dia yang unik pada zamannya tidak lama lagi akan muncul. Malah, terdapat berita bahawa utusan Raja yang Maha Berkuasa akan dihantar pada masa ini, yang dimahkotakan dengan cahaya. Kemudian, dia pergi ke Kaabah dan semua orang mengikutinya kecuali bagi Abu Jahal yang tersentak dengan penghinaan, kemusnahan, kerendahan dan kekalahan. Apabila Abu Talib menghampiri Kabah, beliau berkata: Ya Allah, Tuhan Kaabah Yamani ini, Tuhan bumi yang luas terbentang dan gunung-ganang yang kukuh, jika Engkau sudah membuat keputusan mengenai perkara ini tetapi pengetahuan Engkau kekal tersembunyi dari kami, kami meminta Engkau untuk menguatkan penghormatan dan kebanggaan kami melalui Nabi yang diterima syafaatnya, dan yang kedatangannya telah diramalkan oleh Sateeh. Ya Allah, Tuhan kami! dedahkanlah beliau, percepatkanlah kemunculannya dan jauhkanlah kami dari tipu daya orang-orang yang menentang (kehendak Engkau), kerana Engkau Maha Pengasih Lagi Penyayang.
 
• Al-Juzri berkata, [Iman adalah Yamaan (dari Yaman) dan Kebijaksanaan adalah Yamani (dari Yaman)] Dia berkata: Rasulullah (sawas) hanya berkata demikian kerana Iman bermula dari Mekah yang terletak di Tihamah, dan Tihamah adalah sebahagian daripada wilayah Yaman, lantas Kabah dipanggil "Kaabah Yamani". Baginda mengatakan sedemikian kepada Ansar-Ansar kerana mereka adalah Yamani dan mendokong keimanan dan orang-orang yang beriman serta menjadi tuan rumah mereka, dan disebabkan itulah mengapa baginda menasabkan keimanan kepada mereka.[viii]
 
Dalam mukaddimah Bihar Al-Anwar, jilid 1, halaman 1, Allamah Al-Majlisi mengulas: 
 
(Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Dialah Yang meninggikan langit Ilmu, menghiasinya dengan buruj buat penonton-penonton, digantung lampu-lampu petunjuk melalui matahari-matahari Nabi dan bulan-bulan Imam bagi mereka yang ingin berjalan di di jalan keyakinan. Dia menjadikan bintang-bintangnya sebagai rejaman kepada was-was Syaitan, dan Menjaganya daripada keraguan yang menyesatkan dengan cahaya bintang yang terang benderang. Kemudian, Dia gelapkan malamnya dengan fitnah kesesatan dan menyuluh paginya dengan keterangan-keterangan bukti; Dia mempersedia dan membuka hati orang-orang yang beriman untuk memeluk taman-taman kebijaksanaan Yamani, menjadikan mereka bersedia untuk mengambil bunga rahsia ilmu Ilahi dan membawa keluar air dan padang rumput darinya…
 
Bihar Al-Anwar merangkumi koleksi riwayat Ahlulbayt, yang kata-kata mereka telah diterangkan oleh Allamah Al-Majlisi sebagai taman-taman kebijaksanaan Yamani. Dengan kata lain, Al-Majlisi merujuk Ahlulbayt sebagai Yamani, kerana hubungan mereka dengan Kaabah Yamani dan datuk Yamani mereka iaitu Muhammad (sawas) sepertimana yang dinyatakan dalam hadis. Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah (sawas) adalah Yamani dan berakibat dari itu Ahlulbayt juga adalah Yamani, tidak kira di mana mereka tinggal di bumi Allah yang luas ini. 
 
Dalam perbualan rahsia antara Allah dan Isa (a.s) ketika menggambarkan Nabi Muhammad (sawas), Allah SWT berfirman: […Wahai Isa, agamanya akan menjadi agama Hanif dan kiblat Yamani].[ix]
 
Oleh itu, jika seseorang mengatakan bahawa "Al-Yamani" berasal dari perkataan Arab "Yumn" yang bermaksud kemakmuran dan berkat, maka datuk mereka Al Mustafa (yang terpilih) adalah "maymoon" (baginda adalah seorang yang diberkati) dan tiada siapa lebih patut mendapat penghormatan selain baginda di kalangan semua manusia. Malah, Hadis menyebut bahawa Ahlulbayt (a.s) berdiri di sebelah kanan Allah dan mereka adalah pemberi keberkatan kepada alam dunia, yang Dia ciptakan (dunia ini) remeh berbanding dengan Kerajaan Syurgawi; di mana tidak ada orang yang diberkati atau orang yang dimakmuri itu menjangkaui atau mengatasi kemakmuran dan keberkatan mereka, kerana mereka adalah ulama-ulama yang lebih digemari Allah berbanding nabi-nabi (a.s). Dalam hal ini, dibawakan satu Hadis yang berkaitan: [Ulama-ulama umatku adalah seperti nabi-nabi Bani Israel][x]; tetapi ia bukanlah seperti yang difahami oleh sesetengah penyamar kedudukan keturunan Muhammad bahawa hadith ini disifatkan kepada selain daripada maksumin (a.s). 
 
• Ibrahim Bin Hashim meriwayatkan daripada Yahya Bin Abu Omran, daripada Yunus, daripada Jameel: Aku mendengar Abu Abdullah (a.s) berkata: [manusia akan dibahagikan kepada tiga golongan: ulama, yang berpendidikan dan buih; kami adalah ulama, Syiah kami adalah yang berpendidikan, dan manusia lainnya adalah buih].[xi]
 
Sehubungan itu, ulama-ulama adalah salah satu Syiah mereka dan maka mereka adalah golongan yang mendapat pencerahan dari Hadis-hadis mereka (a.s). Sebaliknya ulama-ulama akan menjadi buih dan dalam riwayat yang lain menyebutkan sebagai orang-orang jembel yang tidak keruan. Para ulama adalah keluarga Muhammad (a.s), mereka adalah lebih baik daripada Nabi-Nabi Bani Israil, kerana kedudukan mereka di sebelah kanan Allah. Jika tidak, mana-mana orang yang waras akan percaya bahawa bukan maksum dan saya maksudkan ulama-ulama hari ini yang membenamkan diri mereka dgn rakus dalam kehidupan dunia adalah lebih baik daripada nabi-nabi Allah yang dikurniakan dengan keazaman dan kesabaran?! Hukum sepertimana yang dinyatakan (a.s) adalah: "Kami adalah ulama" dan perkara terbaik yang seseorang boleh capai adalah berpegang teguh kepada jalan mereka (menjadi salah seorang Syiah mereka) supaya dia dapat belajar daripada mereka (a.s), atau dengan kata lain berpegang kepada riwayat-riwayat mereka tetapi dia tidak pernah sama dengan mereka. Adapun bagi mereka yang tidak termasuk di kalangan Syiah mereka yang belajar, maka mereka adalah orang-orang jembel. Imam (a.s) yang menetapkan bahawa mereka adalah "buih" iaitu orang-orang yang menghukum mengikut pendapat mereka sendiri dan orang-orang jahil yang berkeliaran di dalam daki ilmu pengetahuan. 
 
• Dikatakan juga bahawa Yaman mendapat namanya daripada kemakmuran dan untung baik (Yumn) dan bahawa Sham mendapat nama kerana petanda jahat (Shu'mh).[xii]
 
• Diriwayatkan daripada Abu Suleiman penjaga Rasulullah (sawas), berkata: Aku mendengar Rasulullah (sawas) berkata: [Pada malam itu aku telah diangkatkan ke langit, Yang Maha Agung memberitahuku: … wahai Muhammad, Aku memandang ke Bumi dan memilih kamu … wahai Muhammad jika salah seorang dari hambaKu terlampau memujaKu sehingga dia menjadi seperti kain kasar dan kemudian datang kepadaKu tanpa memperdulikan wilayahmu, maka Aku tidak akan memaafkan dia sehingga dia mengakui wilayahmu. Adakah kamu ingin melihat mereka, wahai Muhammad? Aku berkata: Ya, wahai Tuhan. Kemudian Dia menjawab: Lihatlah sebelah kanan Arasy. Jadi aku lakukan demikian dan mereka adalah: Ali, Fatima, Al-Hassan, Al-Hussein, Ali bin Al-Hussein, Muhammad bin Ali, Jafar bin Muhammad, Musa bin Jaffar, Ali bin Mussa, Muhammad bin Ali, Ali bin Muhammad, Hassan bin Ali dan Al-Mahdi, kesemua mereka berdiri solat dalam kabus cahaya; di tengah-tengah mereka berdiri Al-Mahdi seumpama sebuah planet yang berkilauan. Dia berkata: Wahai Muhammad, mereka adalah Hujjah-Hujjah (bukti dan kekuasaan Allah) dan ini adalah penuntut bela dari keturunanmu, kebanggaanKu dan penghormatanKu, kerana dia adalah Hujjah di hadapan Awliya-Ku dan penuntut belaKu terhadap musuh-musuhKu.][xiii]
 
• Rasulullah (sawas) berkata: […Dia telah menciptakan segala sesuatu, kesemuanya adalah gelap gelita, jadi Dia menerangi mereka dengan cahayaku dan juga Ali. Kemudian, Dia meletakkan kami di sebelah kanan Arasy dan menciptakan malaikat-malaikat. Maka kami memuji dan begitu juga malaikat memuji, kami mengakui Keesaan Allah dan malaikat juga melakukan perkara yang sama…][xiv]
 
• Dia (SAW) juga berkata: [Ali bin Abi Talib dan aku datang dari cahaya Allah di sebelah kanan Arasy; kami telah memuji dan mensucikan-Nya selama 14000 tahun sebelum Allah swt menciptakan Adam.][xv]
 
Riwayat terdahulu menerangkan maksud di sebalik figur Al-Yamani yang mendahului Imam. Adakah ianya untuk menegakkan fakta bahawa dia adalah dari Yaman? Keturunan Muhammad (a.s) adalah Yamani sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, kerana mereka adalah dari Mekah, yang terletak di Tihamah, yang merupakan dataran pantai sempit yang terbentang dari Semenanjung Sinai di utara ke batas Yaman di selatan, yang terdiri dari bandar-bandar (Najran), (Mekah), (Jeddah) dan (Sana'a), seperti yang disebutkan di dalam Majma 'al-Bahrain, muka surat 583. Perlu diperhatikan juga bahawa keturunan Rasulullah (a.s) merebak pada masa kini bertebaran melata di bumi Allah yang luas. Oleh itu, kita sedar bahawa nama "Al-Yamani" tidak merujuk kepada kewargenaraan seseorang kepada negara Yaman atau mana-mana tanah lain, kerana jika ia bermakna warganegara Yaman secara tetap, maka seharusnya juga meletakkan bahawa As-Sufyani juga adalah warganegara bagi sebuah negara yang dipanggil Sufyan?! 
 
Tambahan lagi, Rasulullah (sawas) berkata: [… Iman adalah Yamaan (dari Yaman) dan aku adalah Yamani (dari Yaman)
 
Oleh itu, tidak disyaratkan kepadanya untuk menjadi penduduk kepada negara Yaman apabila dia muncul, bahkan disyaratkan mempunyai hubungan dengan Rasulullah atau mana-mana kaum yang tinggal di Tihamah pada masa itu, untuk benar-benar membuktikan bahawa dia adalah Yamani (dari Yaman). Wajib kita melihat petunjuk-petunjuk dan tanda-tanda lain-lainnya untuk mengenal pasti figur Al-Yamani, kerana akhirat kita bergantung kepadanya di era kezuhuran yang suci. Panji Al-Yamani adalah panji Kebenaran yang unik, dan Kebenaran itu dicari oleh setiap orang beriman yang takut kepada Allah dan tidak mahu memberontak menentang Al-Yamani. Malah, dia yang memberontak terhadapnya akan dihumbankan ke dalam api neraka. Sepertimana 'Awliya Allah adalah dari Yaman, maka yang disingkirkan juga adalah dari Yaman juga. 
 
Jika yang dimaksudkan dari "Al-Yamani" tidak merujuk kepada negara (Yaman), tetapi kepada sifat "maymoon" (dalam pengertian seseorang yang diberkati). Maka di sini tidak disyaratkan kepada lokasi, tetapi dengan ciri-ciri peribadi itu sendiri dan kedekatan dirinya kepada Allah dan Imam Al-Mahdi (a.s), kerana Muhammad dan Ahlulbaytnya berdiri di sebelah kanan Arasy, sepertimana yang dinyatakan dalam riwayat. Walau bagaimanapun, jika ia merujuk kepada sifat "maymoon" (dalam pengertian seseorang yang beruntung), maka dia adalah seorang yang beruntung di dalam memimpin tentera Imam Al-Mahdi (a.s). Dan dengan itu, sifat yang paling betul untuk digunakan apabila merujuk kepada tokoh Al-Yamani adalah "Yameen" (tangan kanan) Imam. 
 
"Al-Yameen" adalah tangan kanan yang mana Dia memuliakan para AwliyaNya dan menentang musuh-musuh-Nya, sepertimana yang disebut dalam hadis: [Batu Hitam (Hajar Al Aswad) adalah "Yameen" (tangan kanan) Allah, yang Dia memuliakan sesiapa jua yang Dia mahu dari hamba-hambaNya.] Dikatakan bahawa: Ini adalah metafora dan perumpamaan. Ianya berasal dari fakta bahawa jika seseorang raja memuliakan seseorang, maka orang tersebut hendaklah mencium tangannya, seolah-olah Batu Hitam (Hajar Al Aswad) mempunyai status yang sama seperti tangan kanan raja, kerana ia disentuh dan dicium. Justeru, ia telah disamakan dengan "Yameen" tangan kanan.[xvi]
 
Dalam hal ini, maksud berikut adalah terpakai iaitu tangan kanan dicirikan dengan kuasa: dan dengannya berlaku kekerasan. Allah SWT berfirman: {Lalu dia memukul dengan tangan kanannya}[xvii] dalam erti kata lain, tangan kanan-Nya menunjukkan kuasa dan keupayaan.[xviii]
 
Selain itu, mereka (a.s) juga berkata bahawa orang di sebelah kanan mempunyai keutamaan dan kelebihan berbanding seseorang di sebelah kiri. 
 
Diriwayatkan daripada Abu Muhammad (a.s): Sebab di sebalik wahyu firmanNya: [Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril[xix] … kemudian berkata bahawa Jibril duduk di sebelah kanan dan Mikail pada sebelah kiri. Jibril merasa bangga terhadap Mikail kerana dia duduk di sebelah kanan Ali (a.s), yang mana adalah lebih baik daripada duduk di sebelah kiri. Dia bangga akan dirinya, sebagaimana layaknya sahabat raja besar di dunia apabila raja mendudukkan dia di sebelah kanannya, sedangkan sahabat- sahabat lain di sebelah kiri kerusi rajanya. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka merasa bangga diri terhadap Israfil yang berkhidmat di belakang, dan terhadap malaikat maut yang berdiri di hadapan. Berdiri di sebelah kanan atau kiri lebih mulia dan kedua-dua mereka bangga kerana pendamping raja akan menjadi lebih dekat kepada rajanya.][xx]
 
Sebuah ikrar dan perjanjian diambil dengan tangan kanan (Al-Yameen) sebagaimana Batu Hitam (Hajar Al Aswad) Rukun Iraqi di Kaabah, yang banyak riwayat menyebut bahawa jemaah menyentuh dan mencium semasa ibadah haji mereka . Selain itu, telah diriwayatkan bahawa ianya adalah medium antara Allah dan hamba-hambanya dan bahawa ia adalah saksi kepada orang-orang yang memberi bai'ah. Sebagaimana halnya Al-Yamani yang datang sebelum Imam Al-Mahdi (AS) adalah medium antara Imam (AS) dan rakyat, dan dia adalah orang yang mengambil bai'ah, ikrar dan janjinya daripada rakyat. Beliau juga merupakan "Yameen" (tangan kanan) Imam dan pintu Syurga melalui mana orang datang dalam, manakala Imam adalah Syurga. Orang pergi ke syurga melalui pintu. 
 
Rasulullah (sawas) bersabda: [Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. Oleh itu, sesiapa yang mahu memasuki kota tersebut hendaklah memasuki melalui pintunya][xxi], dan barangsiapa yang berpaling dari pintu ini, iaitu mahukan pengganti lain untuk itu hendaklah dianggap sebagai seorang pencuri yang tergolong dalam kalangan ahli neraka. Oleh kerana itu, baginda (a.s) bersabda mengenai washi Al-Yamani: [sesiapa yang memberontak terhadapnya adalah tergolong dari kalangan ahli neraka], kerana dia adalah pintu ke syurga. 
 
Dalam Kitab 'Jaami’ As-Saadat, jilid 3, halaman 314, telah disebutkan bahawa: 
 
Semasa menyentuh atau mencium Batu Hitam (Hajar Al Aswad), seseorang perlu ingat bahawa ia mempunyai status tangan kanan Allah (Yameen) di bumi dan ia mengarah kepada perjanjian yang dibuat hambaNya. Rasulullah (sawas) bersabda : [Sentuh atau ciumlah Rukun kerana ia adalah tangan kanan (Yameen) Allah di bumi-Nya, yang dengannya Dia memuliakan makhlukNya sebagai hamba yang mulia atau penceroboh dan menerima sesiapa sahaja yang menyentuh atau menciumnya.] Apabila mengatakan "Rukun", baginda (sawas) memaksudkan: Batu Hitam (Hajar Al Aswad) kerana ia diletakkan di situ. Dan baginda membandingkannya dengan "Al-Yameen" (tangan kanan) kerana ia adalah medium antara Allah dan hamba-hamba-Nya dalam perkara-perkara seperti perolehan, pencapaian, kasih sayang dan keredhaan, sama seperti apa yang tangan kanan lambangkan apabila berjabat tangan. 
 
As-Sadiq (a.s) berkata: [Apabila Allah, yang disifatkan segala kesempurnaan dan keagungan, mengambil perjanjian orang-orang yang beriman, Dia mengarahkan Batu Hitam (Hajar Al Aswad) untuk menelan perjanjian mereka. Maka ia telah berkata: Aku telah memenuhi sumpahku dan menghormati perjanjianku, oleh itu, bersaksilah bahawa aku menepati janjiku]. 
 
Dia (a.s) berkata: [Sudut (Rukun) Yamani adalah salah satu pintu ke syurga yang tidak pernah ditutup oleh Allah sejak dia membukanya]. 
 
Dia (a.s) juga menambah: [Sudut Yamani (tunggak dan sokongan Imam Al-Mahdi) adalah pintu kami ke syurga yang di dalamnya mengalir sungai, yang mana perbuatan-perbuatan hamba dicampakkan.
 
Saya berpendapat: Batu Hitam (Yamani) yang mengambil perjanjian menjadi saksi kepada setiap orang yang berjanji setia, adalah serupa dengan washi (Al-Yamani) yang mengumpul bai'ah kepada Imam Al-Mahdi (a.s) dan menjadi saksi kepada mereka yang memenuhi komitmen mereka dan menghormati ikrar mereka. Allah SWT berfirman: {dan sempurnakanlah perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.}[xxii]
 
Adapun berkenaan katanya: “Sudut Yamani (Rukun Al Yamani) adalah salah satu pintu Syurga yang Allah tidak pernah menutupnya sejak Dia membukanya,” menunjukkan bahawa Sudut Yaman dan Batu Hitam mengarahkan kepada figur Al-Yamani. Isu Al- Yamani hadir dalam semua panggilan ilahi yang mampu untuk memimpin manusia atau Ummah, kedua-duanya pada tahap intelektual dan ketenteraan. Isu washi dan ketaatan kepadanya adalah halangan yang menyekat kebanyakan manusia yang hidup di masa panggilan dakwah Ilahi, dan sekaligus menderhaka kepada Hujjat (bukti dan kekuasaan Allah) pada zamannya. Manusia berharap untuk mendapatkan washi dan wasiat lain; ini adalah seumpama seseorang yang berpaling daripada kiblat dan mengambil agama lain, kerana Hujjat adalah kiblat di hadapan manusia. Oleh itu, saya bertanya kepada anda, adakah anda pernah melihat seseorang bersembahyang dengan kiblat di belakangnya? 
 
Diriwayatkan daripada Ali Bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu Umayr, dari Ibn Uzaynat, dari Al-Fuzail, dari Abu Jaafar (a.s), berkata: [Beliau melihat manusia yang Tawaf mengelilingi Kaabah dan berkata: “mereka sering bertawaf seperti itu semasa era pra-Islam (Jahiliyah) tetapi kemudian, mereka telah diperintahkan untuk tawaf dan berlari ke arah kami untuk memberikan bai'ah, memberitahu kami kecintaan mereka dan menawarkan sokongan mereka. Kemudian dia membaca ayat yang berikut: {Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka}][xxiii]
 
Maksudnya di sini adalah untuk lari ke arah Hujjat (bukti dan kekuasaan Allah) pada zamannya, berbai'ah serta menawarkan kesetiaan, kasih sayang dan sokongan kepadanya. Di sepanjang sejarah kesemua panggilan dakwah Ilahi, washi adalah ujian. Sesungguhnya, sesiapa yang tidak menerima washi bermakna dia juga tidak menerima orang yang melantik washi tersebut, walaupun dia menunjukkan penerimaannya, sepertimana kes Harun (a.s) atau Amirul Mukminin (a.s). Maka barangsiapa yang tidak menerima Ali (a.s), maka dia telah menafikan Muhammad (sawas) dan barangsiapa yang tidak menawarkan cinta, sokongan dan bai'ahnya kepada Ali (a.s) tidak akan mendapatkan hajinya melainkan kesengsaraan. Hadis yang disebutkan di atas menyatakan bahawa ibadah haji bermaksud menerima Hujjat yang dilantik oleh Allah dan RasulNya pada zamannya; jika tidak, Tawaf tanpa penerimaan bai'ah adalah seperti Tawaf semasa era Jahiliah. 
 
Riwayat Ahlulbayt (a.s) di masa Kezuhuran menyebut supaya memberi bai'ah kepada Al-Yamani. Tatkala ianya thabit di sisi Hadis Rasulullah (sawas) dan Ahlulbayt (a.s) samada di sisi Sunni atau Syiah mengenai kepentingan figur Al-Yamani bagi membuka jalan untuk khalifah teragung yang dilantik oleh Allah. Kita harus fokus dan bertanya tentang "Yamani" (dari Yaman) dan "Yameen" (tangan kanan) Imam Al-Mahdi (a.s). Adakah perlu untuk menentukan figur ini dan membezakannya dari pelbagai figur yang mendahului Imam Al-Mahdi (a.s)? Kita perlu melihat dengan teliti kata-kata Ahlulbayt (a.s) yang dinasabkan ke atas kita, menjaga hubungan antara langit dan bumi, serta berpegang kepadanya dalam usaha untuk kekal selamat dari kesesatan. Isu ini telah disebutkan oleh Rasulullah (sawas) yang juga menyifatkan dua imbangan (thaqolayn) sebagai cara untuk kekal selamat dari kesesatan buat sesiapa jua yang berpegang kepada keduanya. Manakala bagi mereka yang membuat penambahan kepada keduanya dan membuat perkara-perkara lain sama dengan keduanya atau menjadikannya empat bukannya dua dengan berkata: Al-Quran, Itrah, akal dan ijma’, maka saya katakan kepada mereka bahawa sebaik-baik ganjaran dan pembalasan itu hanyalah bagi Allah dan kita akan mendapati pada hari kiamat nanti sama ada Rasulullah (sawas) berkata dua imbangan (thaqolayn) atau empat. 
 
 
________________________________________________
 
[i] Surah As Saafaat 37: 93 
[ii] Surah As Saafaat 37: 28 
[iii] Surah Al Haaqah 69: 45 
[iv] Surah Al A’raaf 7: 171 
[v] Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 74 
[vi] Mustadrak Safinat Al Bahar, Syeikh Ali Al Namazi, jilid 1, ms 601 
[vii] Al Ihtijaj, jilid 1, ms 185 
[viii] Bihar Al Anwar, jilid 22, ms 137 
[ix] Al Kafi, jilid 8, ms 139 
[x] Bihar Al Anwar, jilid 2, ms 22 
[xi] Bashair Al Darajat, Muhammad bin Al Hasan Al Safar, ms 28 
[xii] Taj Al Urus, jilid 9, ms 371 
[xiii] Al Tharaif, Syed Ibn Tawoos Al Hasani, ms 173 
[xiv] Ghayat Al maram, Syed Hashim Al Bahrani, jilid 1, ms 48 
[xv] Ghayat Al maram, Syed Hashim Al Bahrani, jilid 1, ms 27 
[xvi] Majma’ Al Bahrain, jilid 4, ms 583 
[xvii] Surah As Saafaat 37: 93 
[xviii] Majma’ Al Bahrain, jilid 4, ms 582 
[xix] Al Baqarah: 97 
[xx] AL Ihtijaj, jilid 1, ms 47 
[xxi] ‘Uyun Akhbar Al Ridha (a.s), jilid, ms 210 – 211, Kanzul Umal, jilid, ms 148. 
[xxii] Surah Al Isra’: 34 
[xxiii] Al Kafi, jilid 1, ms 392
 
 
 

 

SAYYID AHMAD AL HASSAN BUKANLAH ANAK KANDUNGNYA IMAM MAHDI (A.S)?

Soalan: Mereka yang menyanggah dakwah Al Yamani berkata: Di dalam hadis wasiat menyebut “maka hendaklah diserahkan kepada anaknya,” dan Sayyid Ahmad Al Hassan bukanlah anak kandung Imam Mahdi (a.s)?

Jawapan:

Wasiat Rasulullah tersebut tidak pula menyatakan anak kandungnya (Ibni Al Mubasyarah). Barangsiapa yang mengatakan kepentingan menyerahkan kepada anak kandungnya, hendaklah membawakan bukti-bukti mereka. Tiada pembuktian pada hujah mereka, bahkan pembuktian adalah sebaliknya bahawa Imamah adalah pada keturunan (al A’qab) dan keturunan kepada keturunan (A’qab Al A’qab).

Di dalam kitab Ghaibah Al Toosi pada halaman 226:

عن حماد بن عيسى الجهني قال : قال أبو عبد الله عليه السلام ، لا تجتمع الإمامة في أخوين بعد الحسن والحسين عليهما السلام ، إنما هي في الأعقاب وأعقاب الأعقاب 
 

Diriwayatkan daripada Hamad bin Isa Al Jihni, telah berkata: Telah berkata Abu Abdillah (a.s): “Imamah tidak akan berhimpun pada dua beradik selepas Al Hassan dan Al Hussein (alaihima salam), adapun ianya adalah pada keturunan dan keturunan kepada keturunan.”

Dan di dalam kitab dan halaman yang sama juga disebutkan:

عن أبي عبد الله عليه السلام قال : لا تعود الإمامة في أخوين بعد الحسن والحسين عليهما السلام أبدا ، إنها جرت من علي بن الحسين عليهما السلام كما قال عز وجل: "وأولوا الأرحام بعضهم أولى ببعض في كتاب الله من المؤمنين والمهاجرين" فلا تكون بعد علي بن الحسين عليهما السلام إلا في الأعقاب وأعقاب الأعقاب
والأعقاب: هم الأولاد. وأعقاب الأعقاب: أولاد الأولاد
 

Daripada Abu Abdillah (a.s) telah berkata: “Imamah tidak akan kembali selama-lamaya kepada dua beradik selepas Al Hassan dan Al Hussin, sesungguhnya ia akan berterusan atas Ali bin Hussein (alaihima salam) sebagaimana firman Azza wa Jalla: “Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak [waris mewarisi] di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mu’min dan orang-orang Muhajirin,” maka tidak terjadi selepas Ali bin Hussein (alaihima salam) melainkan pada keturunan dan keturunan kepada keturunan.”

Jelas sekali di dalam dua hadis di atas disebutkan perkataan keturunan (A’qab) sebanyak dua kali yang mengisyaratkan penerusan Imamah pada keturunan Imam Hussein (a.s) pada dua peringkat iaitu Imamah dan Hidayah atau Imam-Imam dan Mahdi-Mahdi. Jika tidak sudah pasti mencukupi perkataan keturunan (A’qab) hanya disebutkan sekali sahaja bagi menghadkannya ke atas keturunan Imam Hussein (a.s) dan tidak memerlukan kepada pengulangan.

Diriwayat di dalam kitab Al Kafi oleh Syeikh Al Kulaini, jilid 1, halaman 535:

عن أبي بصير ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: إن الله تعالى أوحى إلى عمران أني واهب لك ذكرا سويا … إلى قوله: فإذا قلنا في الرجل منا شيئا وكان في ولده أو ولد ولده فلا تنكروا ذلك
 

Diriwayatkan dari Abi Basir, dari Abi Abdillah (a.s) telah berkata: “Bahawa Allah mewahyukan kepada Imran sesungguhnya Aku mengurniakan buat kamu zikir yang sama rata…sehinggalah kepada katanya: Apabila kami berkata mengenai seseoarang lelaki dari kalangan kami, dan dia adalah anak atau anak kepada anaknya maka janganlah kamu ingkari yang demikian itu.”

Riwayat yang lain di dalam kitab dan halaman yang sama menyebutkan:

عن أبي عبد الله عليه السلام قال : إذا قلنا في رجل قولا ، فلم يكن فيه وكان في ولده أو ولد ولده فلا تنكروا ذلك ، فإن الله تعالى يفعل ما يشاء 
 

Daripada Abi Abdillah (a.s) telah berkata: Apabila kami telah berkata pada seorang lelaki akan satu percakapan, yang tidak akan terjadi padanya melainkan pada anak atau anak kepada anaknya, maka janganlah kamu ingkari yang demikian itu, sesungguhnya Allah Taala berbuat apa yang dikehendakiNya.”

INILAH SAYYID AHMAD AL HASSAN YANG SAYA KENALI

Sebagaimana yang diceritakan oleh Syeikh Nazhim Al Uqaili, salah seorang Ansar terdekat Imam Ahmad Al Hassan a.s.

 

Sangat merendah diri dalam semua perkara kerana saya tinggal bersamanya selama bertahun-tahun dan berada bersama-sama kami seolah-olah beliau adalah salah seorang dari kami. Kebanyakan masa beliau biasanya digunakan untuk berkhidmat kepada kami dan tidak pernah melebihi kami samada dalam makanan, pakaian atau tempat. Malah kadangkala kami memakai pakaian yang lebih baik daripada beliau. Beliau biasanya mendahulukan kami apabila memasuki mana-mana tempat atau apabila masuk ke dalam kereta, dan beliau tidak menerima sesiapa pun untuk menjadikan beliau mendahului Ansar lain. Beliau selalu berkata: "Saya saudara dan khadam anda, dan kita semua berjalan menuju keredhaan Allah swt, kerana saya hadir untuk membawa anda keluar dari perbuatan menyembah berhala, jadi jangan pula anda menjadikan saya berhala." Beliau benar-benar kecewa apabila beberapa Ansar melayannya dengan layanan khas yang membezakan antara beliau dan Ansar-ansar lain ketika berjabat tangan atau seumpamanya. Beliau sentiasa berkata: "Jangan biarkan tanda mengalih perhatian anda daripada Matlamat dan Tujuan yang dituju, kerana Imam dan washi adalah tanda-tanda di atas jalan petunjuk dan kebenaran, jadi, jangan pendekkan penglihatan anda pada tanda dan juga jangan berlaku zalim kepada kebenaran tanda "

 

Beliau (a.s) adalah mudah dalam berpakaian dan tempat duduk, serta berasa selesa apabila duduk dan sujud di atas pasir, dan menganggap ia satu keberkatan dari Allah. Jika pakaian beliau terkoyak atau tercarik, beliau berkata: "Alhamdulillah yang memberkati kami untuk mengikuti contoh Amirul Mukminin (a.s)."

 

Kami menghabiskan masa bersama-sama beliau dalam perjalanan selama bertahun-tahun, kebanyakannya di sekitar Iraq untuk memberitahu dan memperkenalkan Dakwah Al Yamani. Sekaligus beliau memberi khidmat kepada kami semua di sepanjang perjalanan, sebagai contoh jika kereta kami rosak, beliau akan membaikinya walaupun terpaksa berbaring di atas pasir di bawah kereta dan mengotorkan pakaiannya dengan minyak enjin. Beliau sering membantu Ansar membasuh pinggan mangkuk selepas mereka selesai makan dan mengambil bahagian dalam menyediakan makanan Ansar di salah satu Hussaniyah yang kami miliki.

 

Beliau sentiasa memberikan contoh kata-kata Nabi Isa (a.s): "Kebijaksanaan bertambah dengan merendah diri, tidak dengan keangkuhan; begitu juga tumbuh-tumbuhan tumbuh melata di dataran, bukan di atas gunung-ganang." Beliau sering menekankan berjuang melawan ego (ananiyyah) dengan berkata: "Sesungguhnya Allah adalah Maha Suci dan tidak akan menghampiri melainkan kepada mereka yang suci; jadilah orang yang suci supaya Allah menghampiri kamu."

 

Dengan dan dari beliau, kami mengenali merendah diri yang sebenar dan kebenaran agama. Sepertimana yang kami belajar dari beliau bahawa lebih banyak seseorang itu melihat dirinya sendiri, disibukkan dengannya dan terpesona dengannya, maka bertambah kuranglah kedudukan dia di sisi Allah swt, sehingga dia mencapai kedudukan Iblis (laknat Allah ke atasnya) "Aku lebih baik daripada dia." Beliau pernah berkata bahawa yang benar-benar jujur ​​mahu menjadi Ansar Imam Mahdi (a.s) sepatutnya dari kalangan mereka yang merupakan berpihak kepada firman Allah swt : {Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di [muka] bumi. Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa} Al-Qasas 28:83. Yang bermaksud tiada perasaan tinggi diri atau sombong di dunia ini dalam minda mereka, tidak berbicara mengenainya dan tidak menginginkannya. Bukan sahaja mereka tidak mengamalkan tinggi diri dan kerosakan di muka bumi ini, malahan tidak pernah hadir di fikirannya yang dia adalah lebih baik daripada mana-mana saudara-saudaranya, tidak kira bagaimana sederhana penampilannya. Beliau berkata: "Barangsiapa yang menempelak seorang mukmin yang sederhana dan barangsiapa yang menempelak orang miskin, maka sesungguhnya dia telah menempelak Ahmad Al-Hassan".

 

Beliau senantiasa berkata: "Musuh terburuk bagi manusia adalah Egonya yang menyebelahinya." Sesungguhnya Sayyid Ahmad Al-Hassan (a.s) adalah madrasah terhebat dalam segala-galanya. Dari beliau kami belajar bagaimana hodoh dan hinanya tabiat angkuh dan bangga diri yang merupakan ciri-ciri lazim bagi kebanyakan institusi agama, seperti mencium tangan, bangga diri dan menceroboh hak orang lain, memanjangkan janggut dan membesarkan serban. Seolah-olah menjadi kebiasaan apabila seorang lelaki agama difikirkan telah maju dalam pengetahuan, dia akan memanjangkan janggutnya dan membesarkan serbannya lebih daripada sebelum ini. Malah kecemerlangannya juga turut diukur dengan selipar! Seolah-olah yang memakai selipar kuning bermakna dia telah menjadi mujtahid! Kecelakaanlah bagi ijtihad yang sebegitu di mana selipar adalah petunjuk kepadanya!

 

Satu hari, salah seorang daripada mereka yang mendakwa mujtahid di kota suci Najaf menarik perhatian saya. Saya sedang berdiri di halaman Al-Haider apabila Mujtahid ini datang dengan salah seorang pengikutnya yang berada di belakangnya. Apabila dia sampai ke tempat menanggalkan kasut, maka dia meninggalkan selipar kuningnya tanpa menyerahkan kepada lelaki yang bertanggungjawab menjaga kasut, dan misi lelaki yang berjalan di belakangnya adalah untuk membawa selipar kuning itu untuk diserahkan kepada lelaki yang bertanggungjawab tersebut. Apabila Marji’ ini keluar lelaki tersebut akan membawakan selipar kuning itu kepadanya. Saya amat meluat dengan tingkahlaku sesat Firaun yang menyimpang dari akhlak Ahlul Bait (a.s), iaitu akhlak merendah diri, kesederhanaan dan mengutamakan orang lain.

 

Bagi mereka yang mendakwa sebagai Marja’ hari ini, anda akan dapati manusia berdiri di dalam barisan berjam-jam lamanya menunggu giliran hanya untuk mencium tangan Marja’ ini, tidak lebih dari itu!

 

Anda akan dapati Marja’ ini melambai-lambai tangannya dan dalam masa sama memusingkan kepalanya kepada salah seorang daripada mereka yang duduk di sisinya untuk bercakap dengannya, manakala orang mencium tangannya dan pergi tanpa menoleh sedikitpun kepada mereka. Inilah yang saya lihat dengan mata kepala saya sendiri dan Allah adalah Saksi saya! Walaupun ulama-ulama itu membaca apa yang diriwayatkan dari Ahlul Bait (a.s) yang melarang perbuatan tersebut:

 

Ali bin Mazeed, sahabat Al-Sabri berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdullah (sebagai) dan mengambil tangannya untuk dicium, seraya beliau berkata: "Ianya tidak layak kecuali bagi Nabi atau Washi Nabi." [Al-Kafi Vol. 2, muka surat 185]

 

Imam Ridha (a.s) berkata: "Seorang lelaki tidak sepatutnya mencium tangan seorang lelaki lain, kerana mencium tangannya adalah seperti menyembahnya." [Tohaf Al-Uqool, halaman 450]

 

Seolah-olah ulama-ulama tersebut tidak memikirkan ada manusia yang lebih baik dari mereka. Sebab itulah tangan mereka diletakkan di hadapan manusia bagi dicium oleh mereka, atau sekiranya mereka berfikir mungkin ada orang yang mencium tangan mereka lebih baik dan lebih dekat dengan Allah selain mereka, maka bagaimana mereka boleh menerima orang lain untuk mencium tangan mereka?!

 

Ini adalah terlalu jauh dari akhlak keluarga Muhammad (a.s) dan ajaran mereka kepada pengikut-pengikut dan pencinta-pencinta mereka. Bagaimana baiknya pekerti As Syahid Muhammad Muhammad Sadiq Al-Sadr (semoga rohnya berada dalam keadaan aman) apabila dia menjelaskan sejelasnya keburukan bidaah ini dan menafikan semua alasan lemah bagi mewajarkan bidaah ini. Dia pernah berkata dalam salah satu khutbahnya atau rakaman audio yang bermaksud: "orang yang tangannya dicium adalah syaitan sama ada dia tahu atau tidak." Dan dia juga berkata yang bermaksud: "Saya adalah orang asing di Hawzah dan di dalam masyarakat kerana saya tidak menawarkan tangan saya untuk dicium, tetapi insyaallah akan datang hari dimana orang yang tangannya dicium adalah orang asing dan terbuang."

 

Ya … insyaallah hari tersebut akan datang tidak lama lagi, bagi agama Muhammad dan keluarganya (a.s) kembali segar dan bugar tanpa bidaah atau penyelewengan, seperti keheningan subuh yang menyinsing dan kami di sini sedang menunggu matahari untuk bersinar. Allah swt berfirman: {…sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?} [Hud: 11:81]

 

Ya… Tuhanku ianya dekat dan sangat dekat. Hati-hati kami menginginkan subuh ini yang merupakan kegembiraan para soleh dan orang-orang yang menunggu, manakala mereka yang ragu dan curiga menganggap ianya terlalu jauh, Allah swt berfirman: { Sesungguhnya mereka memandangnya itu jauh. Sedang Kami memandangnya dekat.} [Al -Ma’arij: 70:6-7]

 

INILAH SAYYID AHMAD AL HASSAN YANG SAYA KENALI:

 

Sayyed Ahmad Al-Hassan (a.s) amat berusaha keras menafikan Ego (Ananiyyah) dan melawan diri sendiri (jihad An Nafs), serta asyik dalam mencintai Allah, mengenaliNya dan khalifahNya. Beliau sering menekankan hakikat bahawa matlamat seseorang dalam ketaatan bukanlah syurga atau menghindar api neraka, tetapi seseorang perlu menyembah Tuhannya kerana Dia memang layak disembah, seperti yang diriwayatkan dari Imam Ali bin Abi Talib (a.s). Ini kerana mereka yang membunuh “Ana” dan hawa nafsu mereka akan memasuki Kerajaan Allah (Mulk Allah) dan bersama dengan mereka yang bertakwa, manakala mereka yang disibukkan dengan dirinya, maka dia mengkesampingkan Tuhannya disebabkan kesibukan terhadap dirinya.

 

Beliau (a.s) sering berkata: "Siapakah kita untuk menganggap diri kita lebih utama, berkedudukan atau hebat berbanding orang lain." Sebagaimana Amirul Mukminin dan Imam Tauhid selepas Nabi (sawas) berkata tentang dirinya: "Ya Allah, aku telah berlaku tidak adil kepada diriku sendiri dengan memberi perhatian kepadanya, maka kecelakaanlah baginya jika Engkau tidak mengampunkannya." [Bihar Al –Anwar, Vol.91, Page 97]

 

Siapakah kita untuk berasa angkuh dan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri, mengaguminya atau melihat seolah-olah diri kita telah menyempurnakan salah satu dari hak-hak Allah ke atas kita. Kita seharusnya malu dan hina dengan kewujudan kita, amat menyesal dan kesal kerana kekurangan kita dalam hak Allah swt dan bersyukur atas rahmatNya yang tidak terkira dan tidak terbatas ke atas kita.

 

Meninggalkan keseronokan duniawi dan segala perhiasannya, dengan tidak meletakkan apa-apa kepentingan terhadapnya. Kezuhudan beliau bukanlah kezuhudan palsu yang berpura-pura zuhud di hadapan manusia, manakala hati mereka mengejar kecintaan kepada kehidupan duniawi, kedudukan tinggi, pangkat dan kesombongan. Kezuhudan beliau adalah sebagaimana kezuhudan bapa-bapanya yang suci, dari segi percakapan, perbuatan dan tingkahlaku. Membenci kesemua ciri-ciri ketinggian dan kesombongan, dengan mengamalkan kesederhanaan, merendah diri, dan merasa cukup (qana’ah). Beliau tidak mempunyai rumah untuk menampung dia dan keluarganya, tidak juga mempunyai kenderaan untuk mengangkutnya dan memenuhi keperluannya, dan tidak juga lain-lainnya. Seolah-olah beliau adalah tetamu dalam kehidupan di dunia ini dan akan meninggalkannya tidak lama lagi.

 

Walaupun begitu apabila anda melihat beliau, anda akan dapati beliau adalah lelaki paling kaya dan paling mulia. Anda akan dapati dia bergantung kepada Allah swt dalam segala-galanya dan membuang segala kepentingan beliau dalam melaksanakan amal soleh kepada Allah swt, memperbaiki (islah) manusia, menghidupkan semula Sunnah dan membersihkan bidaah. Manakala bagi sara hidup material duniawi, beliau (a.s) melaksanakan kata-kata Amirul Mukminin (a.s):

 

"Wahai manusia, ketahuilah bahawa kesempurnaan agama adalah dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, seseungguhnya menuntut ilmu itu diwajibkan kepada kamu daripada menuntut wang, sesungguhnya wang itu memang dibahagikan dan dijamin untuk anda, sebagaimana Yang Maha Adil telah membahagikannya di antara kamu dan telah memjaminnya ke atas kamu, sekaligus ianya mencukupi buat kamu. Manakala bagi ilmu pengetahuan itu disimpan oleh pemegangnya dan kamu telah diperintahkan untuk menuntutnya daripada pemegangnya, oleh itu berbuat demikianlah." [Al-Kafi, jilid1, halaman 30]

 

Kami belajar daripada beliau bahawa orang yang mendamaikan dirinya dengan Allah, maka Allah akan memberi jaminan buatnya dalam semua hal ehwalnya, memberi jalan keluar untuknya dalam setiap kesusahan dan akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dijangkanya, kerana Allah swt berfirman:

 

“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. [At Talaq 65:2-3]

 

Satu-satunya kehidupan yang menyenangkan adalah dengan mentaati Allah, yang bermaksud walaupun dalam menuntut kehidupan ianya perlu mentaati Allah dan melaksanakan kewajipan membantu agama, menolong golongan fakir, miskin, dan menjalankan kewajipan keluarga, anak-anak serta saudara-mara. Dia tidak melakukannya kerana cinta untuk mengumpul wang dan menginginkan kehidupan duniawi serta kedudukan yang tinggi. Ini kerana jantung adalah satu tempat yang tidak dapat menampung dua perkara pada satu-satu masa. Ianya samada mencintai Allah atau mencintai kehidupan duniawi kerana kita tidak diciptakan untuk disibukkan dengan kehidupan duniawi dan segala perhiasannya, dan saling berebut dengan anjing liarnya.

 

Beliau (a.s) sering memberikan contoh penjelasan Amirul Mukminin (a.s) tentang kehidupan duniawi ini:

 

"Kehidupan duniawi adalah bangkai dan peminta-pemintanya adalah anjing-anjing, maka barangsiapa yang mahu apa-apa darinya, dia seharusnya bersabar untuk berkongsi dengan anjing-anjing." [Sharh Ihqaq Al-Haq, Vol. 32, ms 237.]

 

"Demi Allah, kehidupan duniawi kalian ini adalah lebih hina di mata aku berbanding peluh babi di tangan pesakit kusta" [Nahj al-Balaghah, jilid 4, ms 52-53.]

 

Beliau (a.s) sering mengulangi firman Allah swt kepada teman bicaraNya Musa bin Umran dengan penuh kepedihan dan kesedihan:

 

Abi Abdullah (a.s) berkata: "Dalam Munajat Nabi Musa (a.s): “Wahai Musa, jika kamu melihat kemiskinan yang datang maka katakanlah: Selamat datang wahai tanda-tanda orang-orang yang soleh! Dan jika kamu melihat kekayaan yang datang maka katakanlah: rasa bersalah yang hukumannya sedang disegerakan!” [Al-Kafi, Vol. 2, muka surat 263.]

 

Saya masih lagi ingat keltika beliau (a.s) memberikan contoh kata-kata Nabi Isa (a.s) dan bagaimana manisnya kata-kata yang keluar dari mulutnya yang suci:

 

"Tidur di atas longgokan baja (tahi haiwan di ladang) dan memakan barli adalah lebih bertepatan dengan ajaran agama" [Ma’ani Al Akhbar, ms 341]

 

Benar wahai Imamku, ia sememangnya bertepatan malah amat bertepatan dengan ajaran agama dan doktrinnya. Inilah apa yang kami belajar daripada anda “wahai anak Imam-imam yang suci” dan kami memohon kepada Allah swt agar mempersiapkan kami untuk mentaati beliau dan melepaskan keseronokan duniawi ini, serta tidak memasukkan kami ke dalam golongan manusia akhir zaman yang tidak mengenali orang yang berilmu melainkan dengan pakaian-pakaian yang indah dengan rasa ketinggian dan kebanggaan sepertimana yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad (sawas):

 

"Akan datang zaman kepada umatku di mana mereka tidak mengenali orang-orang yang berilmu kecuali dengan pakaian yang indah, tidak mengenali al-Quran kecuali dengan suara-suara merdu dan tidak menyembah Allah kecuali di Bulan Ramadan; Seolah-olah Allah memberi kekuasaan ke atas Sultan yang tidak mempunyai pengetahuan, tiada kesabaran dan tiada rahmat." [Bihar Al-Anwar Vol.22 halaman 454]

 

"Akan datang zaman kepada manusia ketikamana batin mereka adalah jahat dan dalam masa yang sama zahir mereka kelihatan anggun, (mereka berbuat demikian) kerana tamakkan kehidupan dunia, mereka tidak ingin dengan apa yang ada di sisi Tuhan mereka, agama mereka adalah kepura-puraan (nifaq) yang tidak disertakan dengan ketakwaan, Allah akan melibatkan mereka dengan azab yang apabila mereka menyeruNya dengan Doa Ghareek, tetapi Dia tidak menjawab mereka." [Al-Kafi, vol.2 halaman 296]

 

Ya, Doa Al Ghareek. Ini adalah Doa yang disyorkan oleh Ahlul Bait (a.s) apabila muncul fitnah di akhir zaman dan dapat menyelamatkan dari Fitna:

 

Abdullah bin Sinan berkata: Abu Abdullah (a.s) berkata: "kekaburan akan menyerang kamu, di mana kamu hidup tanpa ilmu yang dilihat mahupun petunjuk Imam. Seterusnya tidak seorang pun akan diselamatkan darinya kecuali mereka yang berdoa dengan Doa Ghareek." Maka saya berkata: “Bagaimana untuk menyebutkan Doa Al Ghareek? Beliau (a.s) berkata: "Dia berkata: Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Muqallib Al Quloob Thabbit Qalbi 'Ala Dinika" (Ya Allah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pengasih, wahai yang menterbalikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu). Lalu saya berkata: Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Muqallib Al Quloob Thabbit Qalbi 'Ala Dinika" (Ya Allah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pengasih, wahai yang menterbalikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu). Beliau (a.s) berkata: "Allah azza wa Jalla lah yang menterbalikkan mata hati tetapi katakanlah ia sepertimana cara yang aku katakan " Ya Allah, Ya Rahman, Ya Raheem, Ya Muqallib Al Quloob Thabbit Qalbi 'Ala Dinika" (Ya Allah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pemurah, wahai Yang menterbalikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu). [Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni’mah, halaman 352]

 

Ya, Ahlul Bait (a.s) meriwayatkan di dalam hadith ini dan dalam hadis-hadis lainnya bahawa tidak ada penyelamat bagi manusia dari fitnah akhir zaman kecuali dengan kembali kepada Allah swt dan berpaut kepada-Nya, serta meminta bimbingan dariNya. Hari ini kita dapati ulama jahat mendidik manusia bahawa mereka adalah laluan keselamatan dan manusia adalah selamat serta berada di landasan yang betul selagi mereka berpaut kepada ulama-ulama. Seolah-olah ulama adalah pemegang wahyu dan tiada apa yang diturunkan ke bumi dan naik ke langit melainkan melalui mereka!

 

Manakala jika kita kembali kepada Ahlul Bait (a.s) dan bertanya kepada mereka tentang ulama-ulama akhir zaman, pasti kita akan dapati mereka menjawab seperti berikut:

 

Muhammad bin Muslim berkata: seorang lelaki bertanya kepada Abu Abdullah (a.s): Bilakan Qoim kamu akan muncul? Beliau (a.s) berkata: "Jika dosa meningkat dan petunjuk berkurangan, bertambahnya penindasan dan penyelewengan, takwa dan kebaikan berkurangan, lelaki untuk lelaki dan wanita untuk wanita, ulama condong kepada kehidupan duniawi dan manusia memberikan keutamaan kepada puisi dan penyair. Pada masa itu nama Qoim (a.s) akan diseru pada malam 23 di bulan Ramadan, dan dibangkitkan pada hari Ashura, seolah-olah aku sedang melihat dia berdiri di antara Rukun dan Maqam, dan Jibril akan menyeru di hadapannya: Al-Bay'ah lillah (Taat setia adalah bagi Allah) dan Syiahnya akan terus datang kepadanya." [Mu’jam hadith Al-Imam Al-Mahdi (a.s), Vol. 3, halaman 490-491]

 

Diriwayatkan dengan otoriti Rasulullah (SAW), baginda bersabda: “Akan datang zaman bagi umatku di mana tiada apa yang akan kekal dari al-Quran melainkan tulisannya, dan tiada apa yang akan kekal dari Islam kecuali namanya. Mereka akan dipanggil muslim sedangkan mereka jauh dari Islam. Masjid-masjid mereka akan dipenuhi dengan manusia tetapi kosong dari petunjuk. Ulama masa itu akan menjadi ulama paling jahat yang pernah berada di bawah lindungan langit. Mereka telah menyemai fitnah dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali.” [Al-Bihar, vol. 52, ms. 190, ms. 21]

 

Mufadhal bin Umar berkata: Aku mendengar Abu Abdullah (a.s) berkata: “Jika Qoim kami bangkit, dia akan bermula dengan penipu-penipu dari kalangan Syiah, lalu dia membunuh mereka” [Ikhtiyar Ma’arifat Al-Rijal, Vol. 2, halaman 589]

 

Abu Al Jarood meriwayatkan daripada Abu Ja'afar (a.s), beliau berkata: Saya bertanya kepada beliau, bilakah akan bangkit Qoim kamu? Beliau berkata: "Wahai Abu Jarood, kamu tidak tergolong di dalamnya." Jadi saya berkata: manusia di zamannya? Beliau berkata: "kamu tidak akan tergolong bersama dengan orang-orang di zamannya, Qaim kami akan bangkit dengan kebenaran selepas umat Syiah berputus asa, tiga kali dia menyeru manusia tetapi tiada siapa yang menjawab seruannya……dan kemudian berjalan ke Kufah, maka keluar 16000 daripada mereka, dilengkapi dengan senjata, pembaca Al-Quran, ulama-ulama agama, yang berkudis dahi-dahi mereka (rosak akal fikiran), menyingsing baju-baju mereka, kemunafikan memenuhi mereka, dan kesemua mereka berkata: "Wahai anak Fatima, kembalilah, kami tidak memerlukan kamu," Lalu dia menghunuskan pedangnya pada mereka di Najaf pada petang hari Isnin dari Asar ke Isyak, dan dia akan membunuh mereka lebih cepat berbanding menyembelih unta, dan tiada seorangpun daripada mereka dapat melarikan diri dan tiada seorang pun sahabat-sahabatnya yang terkorban, darah mereka adalah korban kepada Allah. Kemudian dia memasuki Al-Kufah dan membunuh setiap penentang di dalamnya sehingga Allah (azza wa Jalla) redha…." [Dala’el Al-Imamah Muhammad bin Jareer Al-Tibari (dia adalah dari Syiah) halaman 455-456]

 

INILAH SAYYID AHMAD AL HASSAN YANG SAYA KENALI:

 

Seorang sahabat al-Quran dari hari pertama saya kenali beliau sehingga kini. Beliau tidak pernah berenggang dari al-Quran dan begitu juga al Quran tidak pernah berpisah darinya. Beliau asyik dalam membaca dan menghayati maknanya, leka dalam menerangkan dan mentafsirkannya. Beliau menghabiskan masa dengan kami sepanjang malam sehingga ke pagi menerangkan, menjelaskan dan mengkaji al-Quran. Dia sentiasa menggesa kami untuk membawa, membaca dan memahami al Quran, di samping mengambil pelajaran dan hikmah dari ayat-ayat serta cerita-ceritanya, di samping menjadikannya sebagai panji, peraturan, kaedah dan perisai.

 

Bukan sesuatu yang sukar bagi beliau untuk menerangkan atau mentafsirkan apa sahaja dari al-Quran seolah-olah beliau mencedok dari lautan tanpa henti, sekali gus mempunyai jawapan yang tersedia bagi setiap persoalan. Beliau adalah penyelam di dasar al-Quran; seorang penyelam yang mengeluarkan mutiaranya di lubuk paling dalam yang seolah-seolah ianya tersimpan di dalam dirinya selama beratus-ratus tahun dan memang begitulah halnya. Tiada suatu pun di dalam al-Quran yang berupa kesamaran (mutasyabih) kepadanya, kesemuanya adalah jelas (muhkam) pada setiap masa. Allah berfirman: “Sebenarnya, Al Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.” [Al Ankaboot 29:49]

 

Beliau amat mencintai Ahlulbayt (a.s) dan Syiah-syiah mereka yang soleh, mereka dalam ingatannya siang dan malam. Apabila anda menemaninya, anda akan benar-benar pasti bahawa lelaki ini mempunyai kecenderungan semulajadi untuk menyayangi Ahlulbayt (a.s), ingatan mereka tidak pernah luput dari lidahnya. Beliau berterusan mengingati kemuliaan, kedudukan dan kehormatan mereka untuk menjelas dan menerangkan hadis, perjalanan dan kaedah mereka yang mulia. Beliau menyeru semua yang mendengarnya untuk komited dengan kaedah dan moral mereka, mempraktikkannya melalui perjalanan dan tingkah laku sebagai fakta sebenar di kalangan manusia. Bukan hanya dengan kata-kata.

 

Anda dapati beliau amat tegas terhadap orang-orang yang derhaka kepada al-Quran, Sunnah Nabi (sawas) dan Ahlulbait (a.s). Walaupun sekiranya penderhaka tersebut adalah merupakan salah seorang daripada orang-orang yang terdekat dengannya dan yang paling dicintai di hatinya. Beliau tidak akan berlembut atau berlunak walaupun penderhakaan itu dianggap mudah dalam pertimbangan sesetengah orang. Beliau akan berusaha sedaya mungkin untuk mereformasi para sahabatnya, mereka yang berhubungan dengannya dan mereka yang mendengarnya bertepatan dengan al-Quran dan etika keturunan Muhammad [a.s]. Bercakap kepada setiap orang mengikut kesesuaian dan keberkesanan dalam mereformasi serta memperbetulkan mereka.

 

Beliau sentiasa berterusan mengimbangi manusia dengan imbangan kaedah, arahan, larangan serta etika Muhammad dan keturunannya (a.s). "Thaqolayn" adalah dua kuali imbangan dan tidak lebih dari itu. Anda akan sentiasa dapati beliau tidak mengiktiraf setiap bidaah, penyelewengan dan maksiat kepada Thaqolayn yang Nabi Muhammad [sawas] syorkan supaya berpegang kepada mereka dan mereka adalah satu-satunya jalan keselamatan.

 

Maka anda tidak akan menemukan pada beliau melainkan ayat dan riwayat. Menurut beliau segala-galanya adalah kepalsuan melainkan jika ianya bertepatan dengan mereka atau diekstrak daripada mereka. Beliau gigih menyanggah siapa jua yang membuatkan Peraturan agama Ilahi tunduk kepada minda yang tidak sempurna, pendapat dan keinginan.

 

Jiwanya sentiasa membara untuk menziarahi tempat-tempat suci nabi-nabi, rasul-rasul, Imam-Imam dan sahabat-sahabat mereka yang terpilih untuk mendapatkan keberkatan mereka serta kedudukan mereka di sisi Allah swt. Terutama menziarahi Amirul Mukmini (a.s), Imam Hussein (a.s), saudaranya Abu Al-Fadl Abbas (a.s), Jawadain (a.s) dan Askarain (a.s). Beliau sering menziarahi Imam Hussein (a.s) dengan berjalan kaki. Walaupun pada era Saddam yang zalim (semoga Allah melaknatnya) apabila Saddam amat menghalang ziarat seumpama itu, yang kadang-kadang boleh mengakibatkan pembunuhan, pemenjaraan dan penyeksaan teruk kepada orang-orang yang pergi melakukan Ziyarat itu.

 

Beliau sering menggesa kami semua untuk menziarahi Imam (a.s) dan meminta mereka merayu kepada Allah swt, dan sering mengajarkan kami etika penting ketika Ziyarat. Saya masih ingat pada satu hari apabila kami pergi untuk menziarahi Karbala dan ketikamana kami memasuki makam Imam Hussein (a.s), kami melihat Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) tidak mengambil masa yang lama untuk berdoa di kepala Imam Hussein (a.s), dan saya melihat bahawa beliau (a.s) cukup sedih, dukacita dan air mata mengalir di matanya. Jadi, apabila kami keluar dari makam Imam Hussein (a.s), kami bertanya kepadanya tentang sebab dan dia memberitahu kami: “Bahawa apabila beliau memasuki Hadhrah Al Husseiniyyah, beliau mendengar suara dari makam berkata sesuatu yang bermaksud: manusia merayau di sekelilingku tetapi tidak tahu akan hakku, mereka semua datang untuk meminta perkara-perkara dariku tetapi tiada siapa yang datang untuk memberikanku.”

 

Kemudian Sayyid Ahmad Al Hassan berkata: "Jadi, saya berdiri di kepala Imam Hussein (a.s) dan seraya berkata: "Wahai Aba Abdullah, diriku, keluargaku dan kekayaanku adalah tebusan buatmu…dan kemudian saya keluar untuk melaksanakan solat Ziyarat "

 

Dari situ kami belajar satu pengajaran yang amat besar mengenai tujuan menziarahi Imam (a.s), iaitu Ziyarat adalah pembaharuan perjanjian dan kesetiaan kepada ma'sum yang menekankan kepada diri sendiri, keluarga dan kekayaan demi agama Allah. Pengunjung juga harus jujur berniat untuk berjalan di atas jalan Imam Hussein (a.s); jalan kesyahidan dan menolak segala bentuk kezaliman. Walaupun mengorbankan segala yang kita miliki termasuk jiwa kita kerana Imam Hussein (a.s) tidak meninggalkan sebarang alasan atau sebab untuk sesiapa sahaja. Beliau (a.s) menawarkan diri, kekayaan, keunggulan, keturunan dan bayi beliau demi agama Allah, dan dia menawarkan Zainab, dengan apa yang membuatkan anda mengenali siapakah Zainab!

 

Beliau (a.s) meninggalkan Zainab di tengah-tengah makhluk Allah yang tercemar dengan ketiadaan penyokong, pembantu atau pelindung. Beliau meninggalkan Zainab di kalangan serigala ganas, antara Shimr yang dikutuk dan Yazid yang tidak bermoral dan tidak bermaruah. Ia adalah sangat menyakitkan bagi saya untuk menyentuh musibah besar ini, yang mana orang-orang yang beriman amat mengetahui sambil menitiskan air mata kesedihan dan dukacita ke atas keluarga Nabi (a.s) serta apa yang berlaku kepada mereka sepeninggalan datuk Al-Mustafa (sawas), dan apa yang ummah ini telah lakukan terhadap hak-hak mereka. Manakala Tuhan menjadikan ganjaran terhadap agama ini adalah kasih sayang dan kecintaan kepada mereka.

 

Ya … Kami belajar bahawa Ziyarat para Imam (a.s) bukan sahaja untuk meminta keperluan kita, yang mana penziarah hanya mengambil berat akan dirinya dan apa yang berkaitan dengan dirinya sahaja. Tetapi matlamat utama bagi orang-orang yang beriman adalah menawarkan dirinya dan apa yang dimilikinya demi memulihkan manhaj Hussein dan keluarga Hussein (a.s), serta memegang janji dan berikrar dengan sepenuh perhatian yang mana dia tidak menghalang atau membatalkannya.

 

Kami juga belajar dari Sayyid Ahmad Al Hassan: bahawa sebelum orang-orang beriman pergi menziarahi tempat-tempat suci para Imam (a.s), dia harus berdoa kepada Allah dan memohon supaya membantunya melakukan Ziyarat yang diterima dan berjaya, yang akan menjadi aset untuk di hari yang tiada amalan mahupun kekayaan serta anak-anak yang dapat memberi manfaat. Setelah itu berpergianlah untuk Ziyarat.

 

KHUTBAH PENGAMPUNAN

KHUTBAH PENGAMPUNAN
 
OLEH: IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI A.S, WASHI DAN UTUSAN IMAM MAHDI A.S.
 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, selawat dan salamMu keatas Muhammad dan Keluarga Muhammad.
 
Dan orang-orang yang beriman yang beramal soleh dan beriman dalam apa yang telah diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah kebenaran daripada Tuhan mereka, Dia sembunyikan untuk mereka kesalahan mereka dan diselesaikan fikiran mereka. [Surah Muhammad 47:2]
 
Beginilah keadaan orang-orang yang beriman [dengan] Hujjah Allah. Mereka pada mulanya mempercayai ayat-ayat Allah dan beriman kepadaNya, kemudian mereka beramal dengannya dan beriman kepada Hujjah Allah keatas mereka, yang ianya adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Maka mereka beroleh ganjaran dari Tuhan mereka berupa “yang disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka dan dan diselesaikan fikiran mereka.”
 
Sekarang mari kita bertanya pada diri kita sendiri, adakah kita beramal dengan firman-Nya, “disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka?”
 
 Saudaramu yang beriman digambarkan oleh Allah swt sebagai bersih dan suci.Allah tidak hanya memaafkan salah laku, bahkan Dia telah menghapuskannya: 
 
“Disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka,” menghapuskan bermaksud untuk melindungi dan menyembunyikan. Ya, Dia bukan sahaja telah memaafkan mereka, tetapi melindungi dan menyembunyikan kesalahan itu. Dan adakah anda tahu dari siapakah disembunyikan kesalahan itu?
 
 Dia sembunyikan kesalahan itu daripada malaikat-malaikat. Ya, dari daratan dan dari semua yang menyaksikan kesalahan atau dosa tersebut. Oleh itu, dosa itu tidak lagi wujud dan tidak lagi mempunyai kesan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Malaikat yang menulis kesalahan itu: Allah menjadikan dia lupa apa yang tulisnya. Ya, begitu juga daratan dan segala-galanya.
 
Orang yang jahil tentang kebenaran berkata bahawa perbuatan yang salah dan dosa-dosa itu diampunkan Allah, tetapi kesannya kekal. Dan mereka itu memberikan contoh bahawa jiwa itu adalah seperti sekeping kayu dan perbuatan salah itu seperti paku yang telah diketuk ke dalam kayu tersebut, dan mereka berkata walaupun paku tersebut telah ditarik keluar, kesannya akan tetap kekal. Jadi mereka melihat walaupun
kesalahan itu telah diampunkan, kesannya masih tertinggal. Inilah apa yang mereka katakan.
 
Saya katakan dan kebenaran yang saya katakan kepada kalian, bahawa kalian salah. Mengapa kalian bercakap tentang apa yang kalian tidak tahu? Mengapa kalian menutup pintu Kerajaan Malakut terhadap orang yang bertaubat? Yang mamakukan paku ke dalam kayu tersebut bukanlah Pencipta kayu yang mampu mengembalikannya kepada keadaan asalnya. Manakala Yang Mengampunkan perbuatan salah adalah Dia, Allah yang menciptakan ruh dan Dia mampu keatas segala-galanya. Dia mampu mengembalikan ruh sebagaimana asalnya.
 
Jika seorang hamba bertaubat kepada Allah, maka Allah menjadikan malaikat yang mencatat menjadi lupa apa yang mereka menulis, dan Dia menjadikan daratan di mana hamba tersebut melakukan kesalahan menjadi lupa apa yang ia saksikan. Dia mengangkat setiap jejak kesalahan dari jiwa hamba tersebut, iaitu hamba yang ikhlas dalam taubatnya. Ya, dia kembali sepertimana hari ibunya melahirkanya, fitrah suci. Tidak ada dosa. Tiada kesan. Tiada siapa yang ingat.
 
Ya, dengan rahmat Allah, Allah menjadikan hamba tersebut mengingati kesalahannya, bukan untuk berbicara tentangnya, kerana Allah juga tidak pernah cukup dengan demikian, tetapi untuk dia tidak akan kembali kepada kesalahan tersebut, dan supaya dia sentiasa merasakan kepedihan akibat ketidakpatuhan dengan kepatuhan, dan terus ditinggikan (martabatnya) dengan kepedihan tersebut.
 
Wahai orang-orang yang bertaubat, kalian hari ini adalah fitrah yang suci sepertimana hari ibu kalian melahirkan kalian. Tiada pintu dari pintu-pintu langit yang tertutup di hadapan kalian jika sekiranya anda ingin naik (ke kedudukan yang lebih tingg). Kalian ingin menjadi orang-orang yang dekat (muqarrabin), ya silakan kerana pintu itu terbuka untuk kalian, yang dibukakan oleh Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
 
Allah mahukan kalian mendengar Dia swt supaya tinggalkan seruan syaitan. Jangan tertipu dengan perkataanya, “Siapakah anda? Apa anda akan jadi supaya anda menjadi orang-orang yang dekat?” Jangan diperbodohkan dengan perkataannya yang berkata kepada kalian, “Siapakah anda supaya anda boleh naik ke tahap yang lebih tinggi?”
Sekiranya kalian terpaksa berpaling kepadanya, maka katakanlah kepadanya, “Aku adalah hamba yang lemah, bersalah lagi miskin dan seorang hamba yang berdosa, tetapi Tuhanku Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang dan Pemurah, Dia telah membuka pintu buatku melalui anugerah pemberian-Nya.”
 
Beginilah keadaan orang yang beriman dengan Hujjah Allah “disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka.” Sekarang, kita tahu bagaimana Allah swt menyembunyikan salah laku mereka. Jadi, apakah kita telah memberi hak mereka? Adakah kita telah memberi mereka yang bersih lagi suci itu akan hak mereka? Bagaimana kita berurusan antara satu sama lain? Ya, setiap seorang daripada kita sepatutnya tahu bahawa saudaranya yang beriman adalah menyayangi Allah dan sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang beriman dan mencintai sesiapa jua yang mencintai mereka.
Cukupkah bagi kalian mengetahui bahawa dia adalah suci dan bahawa sesungguhnya Allah menyembunyikan kesalahanya supaya kalian mengasihi dia. Cukuplah bahawa sesungguhnya Allah menyintai dia supaya kalian menyintai dia. Cukuplah bahawa para nabi dan pewaris nabi (awsiya) menyintai dia itu supaya kalian cinta kepadanya. Cukuplah bahawa malaikat cinta kepadanya supaya kalian menyintainya. Cukuplah (bagi mereka) bahawa Allah tidak redha bahawa kalian menyakiti orang yang beriman itu dengan perkataan, supaya kalian mengelakkan diri dari menyakiti mereka. Cukuplah bagi kalian untuk mengetahui bahawa makhluk yang paling dikasihi oleh Allah adalah mereka yang cinta demi Allah [cinta sesama saudara yang beriman], supaya kalian bermula seperti baharu.
 
Wahai orang-orang berimana, yang disucikan oleh rasa cinta atau menjauhkan dari menyakiti saudara seiman kalian yang disucikan. Ya, ini adalah kewajipan kalian untuk pergi ke kedudukan yang lebih tinggi. Pintu-pintu tersebut adalah terbuka buat kalian, oleh itu janganlah kalian mengendahkan tipu daya Syaitan. Jangan sesekali mengabaikan kecintaan kepada orang-orang yang beriman atau menyakiti mereka, agar pintu yang telah dibuka untuk kalian tidak tertutup sekali lagi.
 
Kemudian adakah kita telah beramal dengan firman-Nya SWT, “Dan diselesaikan keadaan fikiran mereka.” Adakah kita gembira dengan rahmat keselamatan agama ini dan bai’ah yang benar?
 
“Katakanlah, di dalam rahmat Allah dan kasihNya, di dalamnya dibiarkan mereka bersuka ria, ia adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”(Al-Maidah:5).
Adakah kita berdukacita terhadap apa yang kita hindarkan diri dari perkara-perkara duniawi termasuklah kemenangan materialistik? Adakah kita pernah berasa gembira sekiranya kemenangan materialistik yang diperolehi itu dapat dicapai bersebabkan kehendak dan rahmat-Nya?
 
“Supaya kamu tidak berdukacita terhadap apa yang telah kamu dihindarkan darinya dan tidak berasa gembira terhadap apa yang Dia kurniakan keatas kamu. Dan Allah tidak suka orang yang sombong takabbur” (Al-Hadid: 57)
 
Jika beginilah keadaan kita, maka kita menjadi contoh terhadap “diselesaikan keadaan fikiran mereka”. Ya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka itu dengan redha akan penghakimanNya dan tunduk kepada arahanNya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan pengabdian kepada Dia swt. Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan beramal diantara kedua tangan HujjahNya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan keikhlasan kepada Dia SWT. Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan harapan dan ketakutan.
 
Terdapat orang-orang jahil yang barangkali membayangkan bahawa Dia swt menyelesaikan keadaan fikiran dengan pembaikan dunia mereka iaitu dengan urusan-urusan materialistik. Mereka berimaginasi bahawa Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan urusan-urusan dunia materialistik, kerana dunia ini adalah sejauhmana yang mereka boleh gapai dalam pengetahuan mereka. Sedangkan bagi mereka yang keadaan fikirannya telah diselesaikan oleh Dia swt, seluruh dunia ini adalah kejahilan melainkan posisi keilmuan, dan keseluruhan ilmu itu adalah hujjah kecuali apa yang diamalkan, dan keseluruhan amalan adalah riya’ kecuali amalan yang ikhlas, dan keikhlasan itu di dalam bahaya sehingga orang itu melihat apa yang dimeterai (kehidupan) untuknya.
 
Maka keadaan fikiran mereka disibukkan dengan Dia SWT. Adakah ada sesuatu yang lebih melegakan selain dari sebuah fikiran yang disibukkan dengan Allah? Ya, benar bagi mereka yang sebegini, maka Dia swt “telah selesaikan keadaan fikirannya.”.
Salam Sejahtera keatas kalian, wahai orang-orang beriman dan dirahmati Allah. KeberkatanNya, salamNya dan doaNya keatas mereka tabah dalam keadaan keadaan kesakitan dan kesusahan.
 
Salam keatas anda wahai Ansar Allah, yang berhak lagi benar. Mereka yang telah mengesahkan ikrar mereka kepada Allah, maka Allah telah mengesahkan ikrar mereka. Semoga Dia mengurniakan mereka kedudukan yang tinggi bersama para Nabi dan Rasul.
Salam keatas anda, yang menyeberang ke akhirat dalam keadaan selamat dan sejahtera, dan juga dalam perlindungan agama, yang Allah cintai dan dengan apa yang diredhai Allah. Saya memohon kepada Allah untuk syafaat anda dalam urusan kami dan mendoakan untuk kami insan lemah yang tinggal di dunia yang kotor lagi gelap gelita ini, agar laluan kami pada hari laluan kami dicatatkan adalah kepada cahaya yang telah anda seberangi.
 
Ya Allah, bantulah kami, dan gunalah kami untuk membantu agamaMu dengan kehendak dan rahmatMu, dan dengan limpah kurniaanMu.
 
Dengan Nama Allah Yang Pengasih lagi Maha Pengasih
 
”Apabila telah datang kemenangan dari Allah dan pembukaan. Dan engkau melihat manusia berbondong bondong memasuki agama Allah. Oleh itu, sucikan dengan memuji Penciptamu dan pohonlah keampunan dari-Nya.Sesungguhnya, Dia Maha Menerima Taubah.” (An-Nasr: 110)

APAKAH MASUK AKAL MENGATAKAN AHMAD AL HASSAN SEBAGAI PEMINTA DUNIA INI?

Jawapan Dari Imam Ahmad Al Hassan (a.s) Yang Akan Membuatkan Anda Mengalirkan Air Mata.
 
Untuk membaca versi Bahasa Arab, sila pergi ke sini: http://vb.al-mehdyoon.org/showthread.php t = 20406?
 
Telah berkata Imam Ahmad Al-Hassan Yamani (a.s): Bagaimana mungkin aku menuntut kehidupan dunia ini?
 
Aku tidak fikir bahawa orang yang meminta-minta kemasyhuran yang tinggi atau kemuliaan akan mengambil jalan yang telah ku ambil ini. Diriku dan anak-anakku telah terasing sebelum dakwah dan kini lebih terpencil serta berkelana di bumi Allah ini. Sepertimana halnya orang-orang yang zalim dan penindas telah lakukan kepada bapa-bapaku para Aimmah (a.s). Aku mengambil mereka sebagai contoh teladanku kerana kebenaran itu tidak meninggalkan seorang rakan pun untuk pemiliknya kecuali Allah swt. Orang yang paling kukasihi di hatiku ini adalah ibuku, yang aku tidak pernah berpisah darinya walau satu hari pun sebelum dakwah ini dan selepas aku dipaksa untuk berpisah dengannya sehinggalah dia meninggal dunia, sedang aku berjauhan darinya dan menyebabkan aku tidak dapat mengucapkan selamat jalan kepadanya.
 
Apakah seorang yang meminta-minta dunia ini akan mengambil jalan yang sukar lagi menyedihkan dan menanggung segala kesakitan serta kepedihan!!!
 
Aku tidak fikir seorang yang meminta-minta wang akan meletakkan Baitulmal bagi orang-orang mukmin di setiap Negara, pengurusan akaun, dan tempat-tempat pengeluaran atau perbelanjaannya diketahui supaya direkodkan setiap jumlah yang keluar dan masuk Baitulmal. Wakil-wakil yang diizinkan menerima Khums adalah dikenali umum seperti Sayyed Hassan Al-Hamami dan Sheikh Sadiq Al-Muhammadi, dan mereka ini tidak pernah menghantarnya kepadaku dan tidak pula mereka menyimpan untuk diri mereka sendiri. Sebaliknya mereka membawanya ke Baitulmal dan Baitulmal akan mengedarkannya kepada fakir miskin, anak-anak yatim, balu-balu, dan penuntut ilmu dan lain-lain, bahkan turut diberikan kepada mereka yang tidak beriman dengan dakwah ini.
 
Aku tidak mempunyai lebihan wang tambahan peribadi melainkan apa yang aku perlukan untuk kehidupan seharian dan sewa kediaman untuk menampung kehidupan keluargaku. Ya, apa yang aku miliki hanyalah sebidang kecil tanah pertanian bersempadan Najaf yang ku beli supaya aku dapat tinggal di dalamnya. Di situlah aku bina sebuah rumah yang sangat kecil sebagai penenteram hati buat golongan miskin, dan aku berkata; selagi aku hidup di Iraq, aku akan terus hidup sepertimana orang-orang miskin hidup. Kemungkinan suatu hari nanti apabila berlalunya masa, kalian akan berpeluang melihat rumah ini.
 
Wang yang aku gunakan bagi membeli tanah ini, sebahagiannya telah diberikan oleh abang saya, semoga Allah melindungi dia. Sebahagiannya pula saya pinjam dari salah seorang sahabatku dan beliau juga adalah salah seorang yang beriman dengan dakwah kebenaran ini iaitu Sheikh Abu Muhammad Al-Ziyadi, semoga Allah melindungi dia. Aku telah pun membayar kembali wangnya selepas memperolehi hasil tanaman dari tanah yang diusahakan. Ketikamana Sheikh Abu Muhammad memberikan aku wang yang tercetak di atasnya perkataan "Fadak” di hadapan beberapa Ansar dan pada hari yang sama dia telah memberikanku buku "Al-Ghaybah" yang turut tercetak perkataan "Fadak" padanya. Justeru aku berkata: “Subhanallah (Maha Suci Allah) ayat-ayat Allah mengikuti satu sama lain.” Perkara ini telah disaksikan oleh beberapa Ansar, antara mereka adalah Sheikh Abu Muhammad Al-Ziyadi dan Sheikh Abu Hasan Al-Ziyadi dan Sheikh Abu Hussein, semoga Allah melindungi mereka.
 
Bagaimanapun, aku beserta anak isteriku telah keluar dari tanah ini dalam tahun 2007, hanya beberapa jam sebelum ia diserang oleh tentera yang menyokong Marja’ dan atas desakan para marja’. Apabila mereka tidak dapat menjejakiku, maka mereka merampasnya, meletakkannya di bawah pengawalan mereka dan tidak lama setelah itu mereka meninggalkannya. Ianya serupa sebagaimana Fadak! dan serupa sebagaimana tindakan mereka yang hodoh menyerang rumah ibuku Al-Zahraa' (a.s). Aku tidak tahu menahu mengenai tanah ini sejak tahun 2007 sehingga beberapa hari lalu, apabila salah seorang yang beriman iaitu Sheikh Abu Hassan dan beberapa sheikh suku Najaf, semoga Allah membalas mereka dengan kebaikan, berusaha untuk mengembalikannya semula. Segala pujian hanyalah buat Allah yang menjadikan ibuku Fatima Al-Zahraa' (a.s) sebagai contoh tauladanku. Bapaku Amirul Mukmin Ali (a.s) telah berkata:
 
(Sudah tentu bahawa kesemua yang kami punyai di bawah langit ini adalah Fadak, tetapi sekumpulan orang berasa tamak akannya dan di pihak yang lain pula menahan diri darinya. Benar, Allah adalah sebaik-baik penghukum. Apa yang akanku perbuat dengan Fadak atau tanpa Fadak, manakala esok jasad ini akan pergi ke kubur yang gelap dan dihancurkan dan berita tentangnya akan lenyap. Ia adalah lubang yang walaupun diluaskan kelebarannya atau tangan si penggali membuatkan ia luas dan terbuka, batu-batu dan tanah liat tetap akan menyempitkannya dan tanah tetap akan jatuh menutup bukaannya. Aku cuba untuk menjaga diriku dengan ketakwaan supaya aku tetap aman pada hari yang amat menggetirkan dan tetap stabil di tempat-tempat licin.)
 
Sesetengah mereka akan meminta-minta dunia dengan memenuhi keinginan seksual mereka. Bagiku, aku hanya berkahwin dengan seorang isteri sahaja sejak sebelum dakwah lagi dan dia adalah ibu kepada anak-anakku, dan aku tidak mengenali selainnya di dalam hidupku, tidak melalui perkahwinan yang kekal mahupun perkahwinan sementara. Jadi, di manakah logik mengatakan aku menuntut-nuntut dunia dalam hal ini?!
 
Aku, dan sesungguhnya aku berlindung diri dari "ana", sehingga ke hari ini apabila aku bersama-sama dengan Ansar dan bila tiba waktu untuk memasak makanan, maka aku akan pergi memasak sendiri makanan. Apabila diperlukan seseorang untuk membasuh pinggan mangkuk, maka aku pergi dan membasuhnya dengan tanganku sendiri. Walaupun mereka ingin untuk berkhidmat kepadaku tetapi aku amat berbesar hati untuk berkhidmat kepada mereka. Jadi, apakah ini tingkah laku seseorang yang meminta-minta dunia?!
 
Aku, dan sesungguhnya aku berlindung diri dari "ana", membeli sendiri keperluan rumahku dari pasar. Aku tidak mempunyai perlindungan samada bersenjata atau tidak bersenjata. Segala puji hanya bagi Allah Yang telah memeliharaku dan membuatkanku tidak memerlukan itu semua. Aku tidak menerima sesiapa pun untuk mencium tanganku, malah tidak menghulurkan tanganku supaya dicium orang, sepertimana yang dilakukan oleh Marja dan wakil-wakil mereka.
 
Kesemua tersebut adalah benar, yang mana Ansar telah pun melihatnya sebelum ini, dan kini terdapat Ansar yang rapat denganku dan melihat perkara tersebut. Yang aku maksudkan bukanlah perkara yang tersembunyi. Sebaliknya, aku pernah dilihat dan ramai orang telah melihatku di masa lalu dan di masa ini.
 
Jadi, di manakah dunia yang aku meminta-minta padanya? Dan bagaimana pula aku meminta-mintanya? Dan dengan apa aku telah memintanya, semoga Allah memperbetulkan diri kalian?
 
Dalam riwayat disebutkan bahawa kalian diharamkan mencium tangan sesiapa pun kecuali Nabi atau washi. Jadi, adakah ia masuk akal apabila mereka yang bukan Nabi mahupun washi menghulurkan tangan mereka bagi dicium oleh manusia tangan-tangan mereka, dan dianggap sebagai menuntut untuk akhirat? Ahmad Al-Hassan, walaupun dia adalah washi yang menolak sesiapa jua dari mencium tangannya, dianggap sebagai meminta-minta dunia?
 
Demi Allah, aku tidak sepatutnya mengatakan bahawa kalian telah berlaku tidak adil kepada Ahmad Al- Hassan. Sebaliknya, kalian telah berlaku tidak adil kepada akal fikiran kalian, sekiranya beginilah cara kalian berfikir dan menilai.
 
Kasihanilah diri kalian, agar Allah mengasihani diri kalian. Mereka yang menjadikan taqlid (mengikut/ meniru ulama agama) sebagai wajib ke atas kalian adalah seumpama peniaga ayam dan penjual hartanah dan pengikut hawa nafsu. Mereka bukanlah orang yang meminta-minta untuk akhirat, dan mereka tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan akhirat. Kalian tahu akan hal ini dan telah pun melihat dengan diri kalian sendiri di Iraq. Buat mereka yang berada di luar Negara, kalian dapat melihat bahawa mereka menghantar anak-anak mereka untuk mengumpul Khums dan harta, di samping menghabiskan masa untuk keseronokan di barat, beralasankan tujuan informasi. Aku berharap kalian bertanya kepada mereka, mengapa mereka tidak menghantar ke Barat kecuali anak-anak mereka dan mengkesampingkan pelajar-pelajar Hawzah Najaf. Kenapa pejabat-pejabat mereka diuruskan oleh anak-anak mereka dan mereka berurusan dengan wang sesuka hati mereka tanpa penyeliaan atau pengurusan atau akauntibiliti atau pemantauan?
 
Kasihanilah diri kalian, agar Allah mengasihani kalian dan gunakanlah akal fikiran kalian untuk membeza dan mengetahui kebenaran kerana anda tahu orang yang meminta-minta dunia berdasarkan kelakuan, tingkah laku dan tindakan mereka."
 
Ahmad Al Hassan
Dzulhijjah 1433 hijrah.

TINDAKAN ANDA (ANSAR) ADALAH CERMINAN DIRI AHMAD AL HASSAN

Rayuan dari seorang bapa muslim yang bukan Ansar kepada Imam Ahmad Al Hasan (a.s) buat anak perempuannya dan jawapan balas Imam (a.s) kepada keduanya. Diterbitkan dengan keizinan bapa dan anak perempuannya. 

SURAT KEPADA IMAM AHMAD (A.S) DARIPADA SI BAPA (indentiti sebenar dirahsiakan): 

Assalamu alaikum Sayyid Ahmad Al Hassan, 

Saya amat menghormati anda dan saya menulis kepada anda untuk membantu menyelesaikan krisis yang memecah belahkan keluarga saya, dan berpotensi untuk memusnahkan hidup tujuh orang. Isteri dan anak-anak saya adalah Ansar anda dan saya seorang hamba yang merendah diri kepada Imam Zaman kita dan sentiasa berusaha untuk membunuh ego saya. Keluarga saya mula mempercayai anda pada tahun lepas, manakala saya masih mahu mengkaji lebih lanjut lagi. Namun disebabkan saya mempercayai kebebasan membuat pilihan, maka saya tidak menghalang mereka. 

Anak perempuan saya pergi secara mengejut tanpa memberitahu saya terlebih dahulu ketika saya berurusan di luar. Ini membuatkan saya amat sedih dan kehidupan saya bertukar menjadi satu episod yang amat menyedihkan. Saya teringat Imam Zainal Abideen (a.s) dan bagaimana perasaannya ketikamana keluarga Nabi (sawas) telah dibiarkan di khalayak ramai. 

Dalam masa yang sama, saya terus menyokong anak perempuan saya dan banyak kali menangis di telefon seperti kanak-kanak yang tidak berdaya merayu dia supaya kembali. Saya juga membantu isteri saya mendapatkan Visa untuk pergi bertemu dengannya dan isteri saya meyakinkan dia untuk datang melawat. Dia memberitahu kami beberapa masalah dan saya telah aturkan untuk membantu sedapat saya. Kemudian dia mahu kembali dan saya sendiri menghantar serta menguruskan penerbangannya. 

Sekarang seluruh ahli keluarga saya mahu dia kembali dan beramal mengikut kepercayaannya sebagai seorang Ansar. Isteri saya berterusan menangis dan dalam keadaan yang sangat tertekan. Anak perempuan saya yang masih dalam rawatan perubatan berterusan meminta kami untuk membawa dia pulang. Anak lelaki dan anak bongsu perempuan saya berterusan merayu dia melalui telefon. Tekanan amat dirasai oleh semua orang dalam keluarga saya. Saya merasakan sekiranya dia tidak kembali, maka saya akan membuat keputusan supaya kami semua berpindah kembali ke negara asal kami. Ini bermakna tiada program sarjana untuk anak sulung saya, tiada pendidikan untuk anak perempuan saya dengan rawatan perubatan, tiada proram pasca-siswazah untuk anak lelaki saya dan kehilangan pendidikan yang baik untuk anak bongsu saya. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku ke atas hubungan saya dengan isteri yang berada di dalam kemurungan. 

Saya yakin anda boleh menghalang semua ini daripada berlaku. Saya telah membaca buku anda dan saya berasa bahawa anda akan melakukan segala-galanya untuk mengelakkan sebuah keluarga daripada dimusnahkan. Jika anda adalah utusan sebenar dari Imam, sudah pasti anda tidak akan membenarkan sebuah keluarga berpecah belah seperti ini. Tolong campur tangan dan beritahu anak perempuan saya untuk kembali serta-merta. tolong lakukannya hari ini jika anda mampu. Dia pasti akan mendengar kata-kata anda. Satu E-mel dari anda mampu melakukan keajaiban untuk keluarga ini. Apabila urusan ini telah selesai, saya akan pinta anda membenarkan saya untuk melawat anda, agar saya dapat memahami falsafah anda dengan lebih baik. 

JAWAPAN BALAS IMAM AHMAD (A.S) KEPADA SI BAPA: 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. 
Segala puji adalah kerana Allah, Tuhan sekalian alam. 
Selawat dan sejahtera Allah ke atas Muhammad dan keturunannya, para Imam dan para Mahdi. 

Yang dihormati [Nama si bapa], 

Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, 

Saya telah menerima surat anda yang dihormati dan ia adalah satu penghormatan buat saya untuk berkhidmat kepada anda, dan ini adalah nikmat Allah ke atas saya. Insya’Allah, saya telah menulis surat kepada anak perempuan anda, semoga Allah melindunginya, di mana saya amat mengharap agar dia kembali ke pangkuan ibu bapanya dan adik-beradiknya. 

Dan ini adalah kewajipan dia terhadap ibu bapanya, sebagaimana Allah berfirman dalam al-Quran; “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya…bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali.” [Surah Luqman: 14] 

Dan Insya’Allah, semoga Allah merahmati kerja kecil saya ini dan membolehkan dia kembali serta menjadi anak perempuan yang baik kepada anda, hormat dan berakhlak mulia serta berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Rahmat Allah itu adalah sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat kebaikan. 

Saya berharap anda dapat memaafkan saya, sekiranya saya telah menyebabkan diri anda yang dihormati dan keluarga anda menghadapi kesulitan atau kemudaratan. Namun begitu, Allah Maha Mengetahui bahawa saya sentiasa menulis dan meminta dari orang-orang yang beriman dengan kebenaran untuk mencerminkan imej yang baik, yang boleh menarik orang lain kepada Ahlulbayt (a.s), dan memperlakukan keluarga dan saudara mara mereka dengan kebaikan. 

Bagi pertemuan buat masa ini, anda boleh berjumpa dengan mana-mana orang-orang beriman (Ansar), semoga Allah melindungi mereka, untuk memahami dakwah dan segala pembuktiannya. Insya’Allah, apabila Allah membuka laluan untuk kami dan memberi kami kuasa di bumi-Nya ini serta menjadikan buat kami sebuah rumah di mana kami boleh berjumpa dengan orang ramai, maka saya akan berbesar hati untuk menerima anda dan sesiapa jua yang ingin berjumpa dengan saya. 

Wassalamu alaikum wa rahmatalluhi wa barakatuh, 
Muharram, 1434 Hijrah 



RESPON IMAM AHMAD (A.S) KEPADA ANAK PEREMPUAN: 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. 
Segala puji adalah kerana Allah, Tuhan sekalian alam. 
Selawat dan sejahtera Allah ke atas Muhammad dan keturunannya, para Imam dan para Mahdi. 

Anak kesayanganku [nama anak perempuan], semoga Allah melindungi anda, 

Assalamu alaikum wa rahmatalluhi wa barakatuh, 

Saya berharap anda dalam kesihatan yang baik dan dalam kondisi yang terbaik. Ia adalah satu penghormatan buat saya untuk berkhidmat memberikan nasihat kepada jiwa yang tulen, yang mempercayai kata-kata Allah dan mendengar kata-kata Allah. Dan saya amat berharap dari anda, anak kesayanganku, agar anda menerima nasihat saya. 

Saya berharap daripada anda agar kembali ke rumah keluarga anda yang dihormati dan berakhlak baik dengan kedua ibu bapa anda yang dihormati serta mentaati mereka. Dan saya berharap daripada anda agar menamatkan pengajian akademik anda dan menjadi di kalangan mereka yang cemerlang. Ini tidak sama sekali menghalang anda daripada meneruskan pembelajaran agama anda dan mengetahui kebenaran sepertimana yang Allah swt kehendaki. 

Anak kesayanganku, tindakan anda adalah cerminan ke atas Ahmad al-Hassan dan tingkah laku anda adalah gambaran kepada Ahmad al-Hassan. Inilah sebabnya saya meminta anda untuk berkelakuan baik dengan kedua ibu bapa dan keluarga anda yang dihormati dengan sebaik mungkin. 

Saya berharap dari anda ketikamana berakhlak dengan kedua ibu bapa anda yang dihormati, supaya terus mengingatkan firman Allah swt di dalam fikiran anda: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah Al Isra’: 23) 

Sentiasa ingat bahawa di dalam al-Quran, Allah meminta anda untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah dan kedua ibu bapa anda; “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya…bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali.” [Surah Luqman: 14] 

Mengucapkan terima kasih kepada Allah dengan mematuhi-Nya swt dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa. 

Anak kesayanganku, bila-bila masa ketikamana anda menghadapi masalah atau ada sesuatu yang mengganggu anda, atau ada sesuatu yang anda perlukan nasihat atau bantuan saya, maka bolehlah anda menulis terus kepada saya dan Insya’Allah, saya akan sentiasa sedia berkhidmat untuk anda. 


Wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, 
Khadammu , 
Ahmad Al-Hassan 
Muharram 1434 Hijrah


MUKJIZAT IMAM AHMAD AL HASSAN (A.S) BUAT MEREKA YANG MASIH MERAGUI KEBENARANNYA.

Bagi sesiapa yang mengatakan aku tidak akan percaya sehingga aku mendapat keajaiban (mukjizat), mereka adalah seperti umat-umat sebelumnya yang telah meminta mukjizat dan apabila didatangkan mukjizat, mereka menafikannya. 

 

 
Mukjizat Imam Ahmad Al Hassan (a.s) juga muncul di televisyen seperti di salah sebuah stesen yang menemuramah Ansar di Mesir dari Iraq. Ada cerita di mana seorang kanak-kanak terjatuh dan terkopak kepalanya serta lemas, para doktor juga mengisytiharkan dia telah mati. Jadi, salah seorang Ansar telah berdoa kepada Allah dengan hak Ahmad Al Hassan (a.s) untuk menghidupkan kembali kanak-kanak itu dan ternyata kanak-kanak itu kembali hidup, dan doktor-doktor telah mengesahkan perkara ini di saluran tv. Salah seorang Ansar meminta kepada Allah dengan hak Ahmad Al Hassan (a.s), jadi bagaimana pula, jika sekiranya Ahmad Al Hassan (a.s) sendiri yang meminta sesuatu kepada Allah, apakah Allah tidak akan menjawab permintaan beliau (a.s)? 
 
Satu cerita yang diriwayatkan daripada Ansar; salah seorang Ansar telah mengadakan perbincangan dengan Muqtada al Sadr. Dia adalah anak kepada salah seorang ulama yang berhadapan dengan Saddam, mendirikan solat Jumaat di Kufah ketikamana ulama-ulama lainnya tidak berani mendirikan solat Jumaat dan memakai kain kafan semasa khutbah Jumaat beliau. Salah seorang Ansar berkata; apabila Sayyid Sadr berkata beliau akan mendirikan solat Jumaat dan berjalan-jalan di sekitar Najaf untuk melihat di mana tempat yang sesuai untuk didirikan solat Jumaat. Di sana terdapat sebuah rumah yang mempunyai dua pintu masuk, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Maka dia masuk melalui pintu masuk wanita dan mendapati seorang lelaki di dalam rumahnya lalu menjadi takut. Lantas lelaki itu berkata: "Mengapa kamu sibuk mencari tempat untuk bersolat, mengapa tidak kamu bersolat dalam masjid Kufah?" Dikatakan bahawa lelaki tersebut adalah Imam Mahdi (a.s). 
 
Sayyid Muhammad Sadiq Sadr (r.a) juga telah menyalin wasiat Nabi (sawas) di dalam buku beliau dan berkata bahawa wasiat tersebut adalah benar dan seterusnya berkata adanya rahsia di Basrah. Ramai pengikut Ahmad Al Hassan (a.s) hari ini adalah pengikut Muhammad Sadiq Al Sadr dan ini telah direkodkan di dalam youtube hari ini. Sayyid Sadr berkata: "Salam sejahtera wahai orang-orang Basra, sesungguhnya di tempat kamu, ada satu rahsia yang aku tidak boleh dedahkannya". Begitu ramai yang mempercayai Ahmad Al Hassan (a.s) kerana kata-katanya ini, kerana umum mengetahui hadis yang menyebutkan bahawa Al Yamani akan muncul dari Basrah, dan di situlah tempat di mana Imam Ahmad Al Hassan (a.s) telah muncul. 
 
Saddam telah membunuh Sayyid Sadr dan beliau telah memberitahu Saddam sebelum itu supaya membunuhnya dengan apa jua cara yang dikehendakinya, dan dia mempunyai dua orang anak. Peristiwa ini berlaku pada lewat 1990-an dan dalam masa yang sama Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) telah meramalkan bahawa Sayyid Sadr akan dibunuh. Maka Ansar tersebut telah menunggu setiap kali selepas Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isyak, sehinggalah kemudiannya mereka mendengar tentang pembunuhan tersebut. Setelah Saddam ditumbangkan, maka semua orang telah berkumpul di sekeliling Muqtada Al Sadr dan Iran juga telah menggunakan beliau untuk bergerak mengikut kemahuan mereka. Beberapa orang sahabatnya yang menjadi Ansar telah pergi kepadanya dan berkata; “Ayahmu telah berkata begini dan begini.” Lantas dia berkata; “Saya mahukan mukjizat dan saya tidak mahu mendengar selain itu. Saya mahu dia menghidupkan semula salah seorang sahabat saya.” 
 
Ansar tersebut kembali kepada Ahmad Al Hassan (a.s) dan beliau (a.s) mengarahkan supaya kembali kepada Muqtada Sadr dan memberitahunya supaya memilih masa yang dia mahukan untuk berada di kuburan dan biarkan dia datang sendiri. Dengan izin Allah, saya akan menghidupkan kembali pemuda yang dihajatkannya itu. Maka Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) dan Ansar-ansarnya telah pergi dan menunggu di kuburan tersebut, namun Muqtada Sadr tidak pernah muncul. Oleh itu, dia telah melakukan perkara yang sama sepertimana para marja’ yang lain iaitu tidak memunculkan diri untuk menyahut cabaran yang mereka sendiri buat. 
 
Ini pula berkaitan hal-hal mukjizat dan kalian tahu bahawa ianya adalah mukjizat dari langit, mukjizat saintifik dan mukjizat fizikal. Mukjizat dari langit adalah berupa mimpi yang benar dan telah dinyatakan oleh ansar-ansar dalam keterangan-keterangan mereka, mukjizat saintifik telah pun dibuktikankan dan mukjizat fizikal pula adalah seperti penyembuhan penyakit-penyakit dan lain-lainnya. 
 
Salah seorang Ansar berkata bahawa abangnya sakit tenat iaitu di peringkat ke-3 kanser, yang hanya mempunyai tempoh sebulan untuk hidup, dan pada ketika itu datang kepada kami doa Ahmad Al Hassan (a.s). Walaupun seisi keluarga pesakit kanser tersebut adalah Ansar, bapanya adalah seorang penyair dan juga seorang Ansar yang terkenal. Pesakit tersebut adalah seorang yang berpegang teguh dengan doa tersebut. Maka Ahmad Al Hassan (a.s) telah melawat keluarga tersebut dan si pesakit telah berkata: "Wahai Sayyid berdoalah semoga Allah menyembuhkan saya." Ahmad Al Hassan (a.s) berkata: ‘inshaAllah', dan kembali ke rumahnya dan mengirim sejenis tumbuhan tertentu. Ianya sejenis tumbuhan yang ada di rumahnya lalu mengirimkan daun tumbuhan tersebut dan mengarahkan supaya membaca doa-doa tertentu ke atasnya. Ia adalah tumbuhan “buckthorn”, mandi dengannya, minum daunnya dan lain-lain lagi. Selepas melakukan perkara tersebut, dia telah pergi mendapatkan ujian makmal dan mendapati tiada langsung kesan kanser padanya. Mereka berkata mungkin makmal ini tidak mampu untuk menjalankan ujian yang betul, jadi, marilah kita pergi ke makmal yang kedua, yang juga menunjukkan keputusan negatif untuk kanser. 
 
Lalu mereka berjumpa doktor yang merawat mereka dan doktor tersebut berkata; “apa yang kamu repekkan? kamu menghidap kanser, saya sendiri yang menguji kamu dan kedua-dua keputusan tersebut adalah salah, sila pergi ke makmal ini.” Jadi mereka pergi untuk membuat ujian dan keputusannya adalah sama iaitu sifar. Jadi mereka balik semula kepada doktor dan apabila melihat hasil ujian tersebut, dia mula menarik-narik rambut si pesakit seraya berkata; “Ini adalah mustahil dan ianya satu mukjizat Ilahi.” Beliau benar-benar telah sembuh dari kanser dan hidup pada hari ini, dan banyak lagi cerita-cerita lain. Walaupun mereka yang dulunya Ansar dan sekarang jatuh murtad, mereka juga telah melihat mukjizat, tetapi kejahatan telah mengatasi mereka. Sehingga ke hari ini Imam Ahmad Al Hassan (a.s) berkata; “jika mereka mahukan satu mukjizat umum, maka aku akan menunaikan permintaan mereka. Sekiranya mereka melakukan sepertimana perbuatan Firaun, maka jalan mereka akan dipendekkan dan pengikut mereka pasti akan dapat melihat kebenaran dan realiti. Tetapi mereka lebih rendah berbanding firaun kerana mereka tidak mampu muncul untuk berdebat atau meminta mukjizat atau apa-apa sekalipun. Begitu rendahnya mereka dan terpaksa pula menggunakan segala sumber mereka untuk menentang usaha dakwah ini.” 
 
Ahmad Al Hassan (a.s ) terus menyambung dan berkata: "Tiada seorang pun daripada mereka meminta mukjizat atau telah keluar berdebat, dan atas sebab itulah bapa saya (Imam Mahdi a.s) telah meminta saya menjelaskan sesuatu dari kedudukan saya, iaitu saya adalah washinya dan yang pertama akan memerintah dari anak-anaknya, dan saya adalah satu taman dari taman-taman syurga sebagaimana yang telah diberitahu oleh Rasulullah (sawas). Dan mukjizat pertama yang akan saya tunjukkan untuk umat Islam dan seluruh manusia adalah bahawa saya mengetahui lokasi sebenar kubur Fatimah (a.s). Umat Islam semuanya bersetuju bahawa kubur Fatimah adalah tidak diketahui dan tiada siapa yang tahu kedudukannya kecuali Imam Mahdi (as). Samada Sunni atau Syiah, semua umat Islam bersetuju bahawa mereka tidak tahu, kerana Ali (a.s) mengebumikan Fatimah (a.s) pada waktu malam dan menyembunyikan perkara tersebut dari Abu Bakar dan Umar. 
 
Hanya Salman, Miqdad, dan Abu Dhar dan para sahabat terdekat sahaja yang tahu. Dia (a.s) telah menggali 12 kubur yang berbeza dan menutupi kesemuanya supaya tiada siapa yang akan tahu kubur yang sebenar. Ianya diketahui umum di manakah Imam Hassan, imam keempat, kelima dan keenam dikebumikan iaitu di perkuburan Baqi’ di kota suci Madinah. Sebelumnya terdapat masjid dan makam-makam tetapi ianya kini telah dimusnahkan tangan-tangan kotor Wahabi dan hanya tinggal debu serta sedikit tanda. Kubur Fatimah (a.s) adalah bersebelahan dengan kubur Imam Hassan (a.s), seolah-olah mereka meletakkan dia (a.s) di dalam pelukan ibunya Fatimah (a.s).” 
 
Ini adalah mukjizat pertama kerana umat syiah mengetahui bahawa Imam Mahdi (a.s) akan memberitahu kubur Fatimah (a.s). Manakala sebahagian mereka yang jahil pula berkata; baiklah kami akan ke kuburnya dan menggalinya semula. Maka Imam Ahmad Al Hassan (a.s) berkata; “Aku bersedia dan mempersiapkan diri untuk bersumpah demi Allah atas apa yang aku katakan, Dia adalah Saksi atas apa yang aku katakan, Imam Ali (a.s) dan Imam Mahdi (a.s) adalah saksi kepada kata-kataku, dan segala pujian hanyalah bagi Allah.” 
 
Artikel asal oleh Ansar joseph McGowen: http://www.facebook.com/joseph.mcgowen.3/posts/444389325624942