GAMBARAN-GAMBARAN SIFAT AL YAMANI (A.S)

Hadis-hadis Ahlulbayt (a.s) banyak sekali menerangkan tentang nama, sifat dan tempat tinggal Mahdi Pertama dengan terpeinci. Malah ianya lebih banyak jika dibandingkan dengan para Nabi dan Rasul lainnya yang diutuskan Allah swt. 

 

 
  1. Namanya adalah Ahmad, adakah ini benar? 
  2. Gelarannya adalah Abdulah, adakah ini benar? 
  3. Tempat tinggalnya adalah Basrah, adakah ini benar? 
  4. Berbibir merah, adakah ini benar? 
  5. Cengkung Matanya, adakah ini benar? 
  6. Tinggi keningnya, adakah ini benar? 
  7. Bahu yang lebar, adakah ini benar? 
  8. Kelemumur di kepalanya, adakah ini benar? 
  9. Ada tanda di pipi kanannya, adakah ini benar? 
  10. Tubuhnya seperti tubuh Musa bin Imran (a.s), adakah ini benar? 
  11. Hitam manis warna kulitnya, adakah ini benar? 
  12. Ibunya seorang berkulit hitam, adakah ini benar? 
  13. Seorang Pemuda di awal kemunculannya, adakah ini benar? 
  14. Belakang badannya ada cop kenabian Adakah ini benar? 
  15. Nasabnya yang terputus, adakah ini benar? 
  16. Dakwah kepada kebenaran dan jalan yg lurus, adakah ini benar? 
  17. Mendakwa sebagai Al Yamani dan utusan Imam Mahdi (a.s), adakah ini benar? 
  18. Didatangkan dengan wasiat Rasulullah (sawas), adakah ini benar? 
  19. Mendakwa sebagai washi dan Mahdi Pertama, adakah ini benar? 
  20. Didatangkan dengan ilmu Quran, adakah ini benar? 
  21. Didatangkan dengan Ilmu tentang Injil, adakah ini benar? 
  22. Didatangkan dengan ilmu tentang Taurat, adakah ini benar? 
  23. Mengetahui berkaitan Halal dan Haram, adakah ini benar? 
  24. Mengajak kepada empunya sebenar iaitu Imam Mahdi (a.s), adakah ini benar? 
  25. Dikenali dengan panji kekuasaan Allah dan menolak piliharaya, adakah ini benar? 
  26. Penyaksian Allah akan amal kebajikannya, adakah ini benar? 
  27. Dibantu oleh karamah dan mukjizat, adakah ini benar? 
  28. Diakui oleh Keluarga Muhammad (a.s) akan kelebihannya di dalam ru’ya dan kasyaf, adakah ini benar? 
Dan lain-lain lagi ??? 
 
Adakah masuk akal kesemua ini adalah benar? 
 
Atau adakah kalian yang tidak bersedia untuk menerima Imam Mahdi (a.s) dan anaknya yang merupakan Washi dan utusannya Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s)? 
 
Demi Allah, Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) tidak tertinggal satu perkara pun berkaitan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) kecuali mereka (a.s) telah menerangkan dan menggambarnya secara terperinci, begitu juga nama dan tempat tinggalnya. Tiada lagi keraguan berkaitan urusannya, yang dia adalah mahdi Pertama dan Al Yamani yang dijanjikan. 
 
Oleh kerana kesemua ini adalah bukti-bukti dan kalian masih lagi enggan mempercayainya? Saudaraku, jika berbaki 1% pada tanggapan kalian bahawa dia adalah Al Yamani yang sebenar, maka selidikilah dan carilah sehingga kamu hujung nyawamu. 
 
Saudaraku sesama Islam, tidak perlulah kalian menuntut sesuatu yang luar biasa dalam urusan akhirat kerana ianya akan membuatkan kalian ragu-ragu dan menjadikan kalian musuh kepada Al Yamani (a.s), yang dijanjikan untuk menyelamatkan kalian dari api neraka jahanam!!! 
 
Sekarang mari kita sama-sama menghitung perkara ini berdasarkan ilmu kebarangkalian: 
 
Menurut perangkaan penduduk Basrah adalah seramai 3 juta orang dan separuh daripadanya adalah wanita, maka berbaki 1.5 juta orang. Kita bahagikan pula penduduk lelaki ini kepada 7 pecahan umur dari umur satu tahun hingga 70 tahun. Peringkat umur yang disebutkan di dalam riwayat-riwayat Ahlubayt (a.s) adalah beliau akan muncul sebagai seorang pemuda yang dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun. Maka bilangannya (1.5 juta bahagi 7) akan menjadi 230,000 orang. 
 
Telah bersabda Rasulullah (sawas): “Mahdi adalah daripada keturunanku yang warna kulitnya adalah warna kulit bangsa Arab dan tubuhnya adalah seperti tubuh bangsa Israel iaitu hitam manis dan tinggi tubuhnya, dan berbadan besar.” Adapun penduduk Basrah kebanyakannya berkulit hitam manis dan dianggarkan yang tersangat hitam manis kulitnya di kalangan mereka, nisbahnya adalah sepertiga. Jadi bilangannya adalah 8000 orang. 
 
Bagi yang bertubuh tinggi dan berbadan besar pula, kebanyakan pendudukan Basrah adalah bertubuh rendah dan sederhana serta berbadan besar. Oleh itu, apabila dinisbahkan sepertiga dari mereka dari kalangan 8000 orang tadi, jumlahnya menjadi 2700 orang. 
 
Manakala yang berbibir merah pula bolehlah diagakkan mereka yang mempunyai gambaran ini sekitar 20 peratus sahaja, maka jumlahnya (2700/5) menjadi 540 orang. Begitu juga yang bermata cengkung sekitar 20 peratus, maka jumlahnya (540/5) menjadi 108 orang. Begitu juga yang mempunyai kening yang tinggi pula sekitar 20 peratus, maka jumlahnya (108/5) menjadi 22 orang. 
 
Sekarang kita tinggalkan sifat-sifat lain kecuali satu sifat iaitu tanda di pipi kanannya, dan pergi ke mana-mana tempat di Basrah untuk menghimpunkan kesemua 22 orang tadi, maka kebarangkalian untuk mendapatkan orang yang mempunyai tanda di pipi kanannya adalah sedikit. Dan dari kalangan yang sedikit itu pula, kebarangkalian untuk mendapatkan orang yang benar-benar alim tentang hadis, diakui oleh keluarga Muhammad (a.s) akan keutamaannya melalui mimpi (ru’ya) dan kasyaf, mengetahui ilmu Quran berkenaan Muhkam dan Mutasyabihnya, injil, Taurat dan alim berkenaan ilmu-ilmu samawi dan bumi adalah terbatas hanya kepada seorang sahaja. 
 
Apakah ada ramai individu yang seperti ini???
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *