ADAKAH WASHI WAJIB DITAATI SEBELUM KEWAFATAN IMAM MAHDI (A.S)?

Soalan ini bermaksud bagaimana Al Yamani (a.s) wajib ditaati sebelum kewafatan Imam Mahdi (a.s)? Adakah wajib ditaati washi semasa hayat Hujjah terdahulu atau tidak?

 

 
Jawapannya adalah Ya. Peranan seorang washi itu tidak hanya terbatas kepada selepas kewafatan si pewasiat, dan ini terdapat di dalam kitab Allah dan riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) yang muhkam.
 
Musa (a.s) dan Harun (a.s):
 
Harun (a.s) adalah washi Musa (a.s) tetapi dia wafat sebelum Musa (a.s). Oleh itu kepentingan Harun (a.s) adalah di masa hidup Musa (a.s), dan bukan selepas kewafatannya sebagaimana kebiasaan bagi seorang washi. Ini adalah perkara penting yang sekaligus mengenepikan semua kata-kata kalian yang sesat bahawa washi tidak menerima kepentingan kepimpinan umat melainkan di saat kewafatan khalifah Allah di muka buminya. Kejahilan kalian membuatkan Quran tidak pernah melepasi tulang selangka kalian. Sekiranya kalian membacanya maka tadabburlah dengan baik, di manakah wasiat Harun (a.s)? Di manakah khilafah Harun (a.s) kepada Musa (a.s)? Apakah ianya di masa hidup Musa (a.s) atau selepas kewafatan Musa (a.s)? Apakah Harun (a.s) wafat sebelum Musa (a.s)?!!!
 
Kepentingan Harun (a.s) adalah di masa-masa ketiadaan (keghaiban) Musa (a.s), dan ini adalah terang lagi jelas di dalam Quran buat mereka yang mempunyai hati untuk mentadabburinya. Harun (a.s) adalah khalifah Musa (a.s) dan diutuskan sebelum Musa (a.s) di bumi risalah Musa yang pertama iaitu Mesir: 
 
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim. Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu? Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku. Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya dia membantuku). Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku.” [Al Shuara: 10-14]
 
Harun (a.s) adalah khalifah Musa (a.s) apabila dia berpergian bersama Yusha’ (a.s) untuk belajar daripada Abd Saleh.
 
Muhammad (sawas) dan Ali (a.s):
 
Begitu jugalah Ali (a.s) diwajibkan taat ketika ketiadaan Rasulullah (sawas) atau ketikamana Rasulullah (sawas) mewakilkan kepadanya urusan tertentu. Sesungguhnya Rasulullah (sawas) mengumumkan perlantikan Ali (a.s) sebagai washinya semenjak “Yaum Al Dar” di permulaan dakwah Rasul (sawas), sehinggakan Quraish keluar daripada perhimpunan itu sambil mengatakan kepada Abi Talib (a.s) dengan mengejek: “Muhammad telah memerintahkan kamu supaya mendengar mematuhi anakmu.”
 
Ini menunjukkan bahawa perlantikan Amirul Mukminin (a.s) sebagai washi kepada Rasulullah (sawas) pada masa hayatnya dan juga washi selepas kewafatannya. Rasulullah (sawas) telah menjadikan Imam Ali (a.s) sebagai khalifah pada peperangan Tabuk dan dia menjadi Hujjah ke atas penduduk Madinah sebagaimana yang kita sedia maklum. Di sini kami bawakan riwayat-riwayat yang telas dinaskan oleh Rasul (sawas) ke atas Ali (a.s) sebagai washinya di masa hidup dan selepas kewafatannya: 
 
Ali bin Muhammad, daripada sahabat-sahabat kami yang disebutkan namanya, telah berkata: Telah Mengkhabarkan kami Muhammad bin Ibrahim, telah berkata: Telah mengkhabarkan kami Musa bin Muhammad bin Ismail bin Ubaidullah bin Al Abbas bin Ali bin Abi Talib, telah berkata: Telah menceritakan kepadaku Jaafar bin Zaid bin Musa, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya (a.s), telah berkata: “Suatu hari telah datang Ummu Aslam kepada Nabi (sawas) sedang di berada di rumah Ummu Salamah, lantas bertanya kepada Ummu Salamah berkenaan Rasulullah (sawas), maka dia menjawab yang baginda keluar untuk beberapa keperluan dan akan kembali tidak berapa lama lagi. Maka dia menunggu di sisi Ummu Salamah sehingga Rasulullah (sawas) kembali, maka Ummu Aslam berkata: Wahai Rasulullah! demi bapamu dan emakku, sesungguhnya aku telah membaca kitab-kitab dan aku mengetahui setiap Nabi dan Washi, Musa baginya washi di masa hayatnya dan washi selepas kematiannya, begitu juga Isa. Maka siapakah washimu wahai Rasulullah? Maka Rasulullah bersabda kepadanya: Wahai Ummu Aslam, washiku di masa hidupku dan selepas kematianku adalah satu, setelah itu bersabda kepadanya: Wahai Ummu Aslam siapa berbuat seperti perbuatanku ini adalah washiku, kemudian baginda mengambil bata kerikil dari tanah dengan tangannya dan mengisarnya dengan jari jemarinya sehingga ia menjadi seperti tepung, lalu mengulinya dan kemudian mengecapnya dengan cincinnya. Setelah itu baginda bersabda: barangsiapa yang berbuat seperti perbuatanku ini adalah washiku di masa hayatku dan selepas kematianku. Maka aku pun pergi dari sisinya dan mendatangi Amirul Mukminin (a.s), lantas aku berkata: Demi bapamu dan emakku, kamu adalah washi Rasulullah (sawas)? (a.s) berkata: Benar, wahai Ummu Aslam, kemudian mengambil bata kerikil dari tanah dengan tangannya dan mengisarnya dengan jari jemarinya sehingga ia menjadi seperti tepung, lalu mengulinya dan kemudian mengecapnya dengan cincinnya…” [Al Kafi oleh Syeikh Al Kulayni, jilid 1, ms 355]
 
Daripada Ibnu Mahran, daripada Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Muhammad bin Ali, daripada bapanya Ali bin Al Hussain, daripada bapanya Al Hussain bin Ali, daripada bapanya Ali bin Abi Talib (a.s) telah berkata: “Tatkala Rasulullah (sawas) menghampiri wafat, baginda telah memanggilku dan dan tatkala aku masuk kepadanya, baginda telah bersabda kepadaku: Wahai Ali, kamu adalah washi dan khalifahku ke atas keluarga dan umatku, di masa hayatku dan setelah kematianku, walimu adalah waliku dan waliku adalah wali Allah, musuhmu adalah musuhku dan musuhku adalah musuh Allah.. Wahai Ali, ingkar kepada wilayahmu selepasku adalah seperti ingkar kepada risalahku di masa hayatku kerana kamu adalah daripadaku dan aku daripadamu. Kemudia menghampiriku dan menerangkan kepadaku 1000 pintu daripada ilmu, setiap bab membuka 1000 pintu.” [Al Khishal oleh Syeikh Al Sadooq, ms 652]
 
Telah memberitahu kami Muhammad bin Ali (r.a), telah berkata: Telah memberitahu aku Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada Ali bin Ma’bad, daripada Al Hussain bin Khalid, daripada Ali bin Musa Al Ridha, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya (a.s), telah berkata: Telah berkata Rasulullah (sawas): “Barangsiapa yang menyintai untuk berpegang kepada agamaku. Dan menaiki bahtera keselamatan selepasku, maka hendaklah mengikut Ali bin Abi Talib, dan memusuhi musuhnya dan menyokong walinya. Sesungguhnya dia adalah washiku dan khalifahku ke atas umatku di masa hayatku dan selepas kewafatanku. Dia adalah Imam setiap muslim dan amir setiap mukmin selepasku, katanya adalah kataku, perintahnya adalah perintahku, tegahannya adalah tegahanku, mengikutinya adalah mengikutiku, membantunya adalah membantuku, dan menghampakannya adalah menghampakanku. Setelah itu baginda bersabda: Barangsiapa yang memisahkan Ali selepasku, tidak pernah berjumpaku dan aku tidak akan melihatnya di hari kiamat. Barangsiapa yang menentang Ali, Allah haramkan ke atasnya syurga, dan jadikan tempat tinggalnya adalah neraka…” [Kamal Al Din Wa Tamam Al Ni’mah oleh Syeikh Sadooq, ms 260]
 
Bukan lagi rahsia bahawa wujud washi bagi setiap Nabi dan Imam pada masa hayatnya dan selepas kematiannya, yang dinaskan ke atasnya dan membantunya ketika hayatnya. Kemudian dimuktamadkan hal itu dengan wasiat di saat menghampiri maut, supaya tidak ada lagi orang mendakwa bahawa Rasul atau Imam telah mengubah pendiriannya di saat-saat akhir kehidupannya atau mengubah apa yang telah diputuskan. Benar, di masa hayat Hujjah, washi adalah tertakluk dengan Hujjah sebelumnya (Mahjuj bihi). Tetapi dalam masa yang sama menjadi Washi dan Hujjah ketika ketiadaan Hujjah atau ketikamana Hujjah mewakilkannya dalam keadaan-keadaan tertentu, yang mana tiada khilaf padanya. Kata-kata Rasulullah (sawas) kepada Ali (a.s) adalah jelas: “Kamu adalah washi, waris dan khalifahku ke atas keluarga, harta benda dan muslimin pada setiap ketiap ketiadaan (ghaybah).” 
 
Imam Ahmad Al Hassan tidak pernah mendakwa bahawa Imam Mahdi (a.s) telah mati dan menerima wasiat selepasnya, dan tidak pernah juga mendakwa bahawa dia adalah Hujjah yang berasingan ke atas manusia, bahkan dia berkata bahawa dia adalah Hujjah yang dilantik oleh Imam mahdi (a.s). Atau dengan kata lainnya dia adalah Hujjah kepada Hujjah Allah iaitu Imam Mahdi (a.s).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *