JANGAN BUNUH HUSSEIN (A.S)!!!


Petikan dari Khutbah untuk Pelajar Hawzah oleh Imam Ahmad Al Hassan (a.s): 

Saya menasihati kalian dan memberi amaran kepada kalian, serta memulakannya dengan Hussain (a.s) sebagai pembuka nasihat saya. Mungkin ada antara kalian telah kembali untuk berfikiran waras dan berusaha untuk menyelamatkan dirinya daripada terperosok ke dalam jurang api neraka .

Al-Hussain (as) adalah korban untuk araysh Allah (swt). Agama Allah tidak akan mempunyai laluan yang jelas dan menghasilkan Daulah Keadilan Ilahi di akhir zaman jika tidak kerana darah Hussain (a.s). Imam al-Hussain (a.s) menunjukkan bahawa agama Allah tidak akan dapat diluruskan melainkan oleh darah suci beliau (a.s). Jika tidak kerana darah Hussain (a.s) yang telah ditumpahkan di tanah Karbala, maka usaha Nabi-nabi dan Rasul-rasul, dan usaha Muhammad (sawas), Ali (a.s ), Fatima (a.s) serta Hassan (a.s) akan menjadi sia-sia. Pasti para Imam dari anak-anak Hussain (a.s) tidak akan dapat menegakkan peraturan agama Ilahi, taat setia kepada Allah dan ketuanan Allah (swt). Sesiapa jua yang cuba untuk membuat Hussain (a.s) dilihat hanya sebagai seorang Imam yang terbunuh supaya manusia dapat menangisinya dan meratapinya, maka dia adalah rakan kongsi dalam penumpahan darah Hussain (a.s), dan dia adalah dari kalangan mereka yang cuba untuk membunuh Hussain (a.s) pada masa kini.

Di Karbala, al-Hussain (a.s) berhadapan Syaitan (laknat Allah ke atasnya) dan semua simbol kejahatannya. Hussain (a.s) berdepan dengan pemerintah yang menguasai umat Islam dan melanggar ketuanan Allah (swt), dan Hussain (a.s) juga berhadapan dengan ulama ghayru amilin seperti Syuraih al-Qadhi, Shabth bin Rabie, Shimr bin Thi al-Jawshan dan lain-lain lagi. Mereka adalah yang paling berbahaya dalam rantaian konfrontasi itu kerana mereka secara zalim dan palsu memakaikan diri mereka dengan pakaian agama, dan menipu pemikiran manusia bahawa mereka menggunakan pedang Muhammad (sawas) terhadap Hussain (a.s). Mereka mendakwa sebagai wakil agama Ilahi dengan berdusta dan membuat tuduhan palsu terhadap Allah (swt). Ahlul Bayt (a.s) berkata tentang mereka bahawa mereka mengeluarkan pedangnya dengan tangan kanan mereka dan menggunakannya ke atas beliau (a.s). 

Dan di Karbala, Hussain (a.s) berhadapan dengan dunia ini dan segala perhiasannya, tiada siapa yang melepaskannya dan tiada siapa yang menyertai konvoi Hussain, para nabi, Rasul-rasul, konvoi kebenaran dan cahaya melainkan sangat sedikit bilangan mereka yang telah memenuhi janji Allah (swt). 

Di Karbala, Hussain (a.s) berhadapan dengan “keakuan”. Kesatria utama di dalam konfrontasi ini selepas Hussain (a.s) dan yang terbaik di kalangan mereka yang melalui huru-hara ini adalah Abbas bin Ali (a.s) apabila dia melempar jauh air yang dibawanya dan memutuskan untuk bersama Al-Quran, {Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka; dan mereka mengutamakan, atas diri mereka sendiri.}1 Apakah keutamaan yang lebih baik daripada keutamaan yg ditunjukkan Abbas (a.s), dan apakah keutamaan orang lain melebihi dirinya sendiri?! Ianya keutamaan dan kecintaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata!!! 

Dan di Karbala, al-Hussain (a.s) berhadapan Iblis (laknat Allah ke atasnya), musuh lama anak-anak Adam, yang telah berjanji untuk menyesatkan mereka dari jalan yang lurus dan mencampakkan mereka ke jurang api neraka. Hussain (a.s) dan sahabat-sahabatnya (a.s) telah menang dalam konfrontasi ini. Bagi pemerintah yang menindas, Hussain (a.s) membunuh mereka dengan menjelaskan ketidaksahan ketuanan manusia dalam semua bentuk, sama ada ianya melalui syura (pilihan raya) di kalangan mereka atau pelantikan oleh rakyat. Hussain (a.s) menjelaskan bahawa ketuanan adalah untuk Allah (SWT) kerana Dia adalah Pemilik kedaulatan, maka hanya Dia (swt) sahaja berhak melantik dan manusia perlu menerima pelantikanNya. Barangsiapa yang menolak pelantikan Allah (swt) telah meninggalkan penyembahan Allah (swt) sepertimana yang Iblis lakukan (laknat Allah ke atasnya) apabila dia membantah pelantikan Adam (a.s) sebagai khalifah Allah di bumi-Nya, enggan taat dan tunduk kepadanya. Oleh itu, jangan biarkan iblis menarik kalian kepada panggilannya dan menjangkiti kalian dengan wabaknya. Allah swt berfirman; {Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang memiliki kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.} 2 

Manakala bagi ulama yang ghayru amilin, Hussain (a.s) telah mendedahkan mereka dan menanggalkan topeng wali palsu dari wajah mereka yang gelap lagi kotor. Pendirian Hussain (a.s) di Karbala kekal sebagai ukuran kebenaran, keadilan dan tauhid, serta digunakan oleh sesiapa jua yang berhajat kepadanya dalam setiap zaman. Sebagai guna bagi melihat wajah cacat para ulama ghayru amilin yang sesat yang berselindung di sebalik topeng wali palsu. 
Manakala dunia ini pula bagi Hussain (a.s) dan para sahabatnya telah membiarkannya berlalu pergi dan berkembara bersama dengan konvoi kebenaran kepada cahaya Ilahi. Ini adalah neraca kedua yang ditegakkan oleh Hussain (a.s) dengan darah sucinya, iaitu dengan tindakannya dan bukan hanya dengan kata-kata sahaja. Di sini Hussain (a.s) menunjukkan dengan tindakan beliau bahawa dunia ini dan akhirat adalah dua musuh yang tidak berkumpul di dalam hati seseorang. Jika salah satu daripada mereka memasuki hati seseorang, maka yang satu lagi akan berjalan keluar. Dan jika seorang manusia berjalan ke arah salah satu daripada mereka, maka dia akan berjauhan dari yang lain. Bagi seseorang yang menginginkan Allah swt dan akhirat, maka dia tidak mempunyai pilihan kecuali melepaskan dunia ini. 

Manakala bagi “keakuan” pula, cukup untuk mengatakan bahawa kemurahan hati seseorang dengan memberikan dirinya sendiri adalah kemurahan hati yang paling muktamad. “Keakuan” telah dibunuh dengan dahsyat dan kemanusiaan telah menang ke atas “keakuan” di Karbala. Kemenangan yang ditegakkan sebagai neraca keadilan dan neraca ketuhanan yang memberikan setiap orang hak yang sah buat mereka. Ukuran kesaksian yang disahkan oleh Hussain (a.s) dan sahabat-sahabatnya (a.s) dengan darah-darah mereka bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah. 

Manakala bagi Iblis (laknat Allah ke atasnya) pula dalam peperangan Karbala, telah dirantai tangan dan kaki serta menanam lembing di dadanya oleh Hussain (a.s). Dan Iblis masih lagi berlumuran darah akibat kesakitan dari bencana besar yang melandanya, sehinggalah Qaim (a.s) akan memenggal lehernya di Masjid al-Kufah. 

Hussain (a.s) telah membuka jalan bagi Daulah Keadilan Ilahi, seolah-olah Hussain (a.s) telah disembelih di Karbala dalam usaha untuk Qaim (a.s) dari kalangan anak keturunannya untuk memerintah. Dan seolah-olah Hussain (a.s ) adalah korban bagi Daulah Keadilan Ilahi dan Kedaulatan Allah (swt); {Dan Kami tebus dia dengan seekor binatang sembelihan yang besar.}3 Dengan ini jelaslah bahawa pengorbanan Hussain (a.s) adalah tanda paling nyata dalam jalan menuju Allah ( swt). Ulama-ulama ghayru amilin yang sesat sepanjang zaman tidak berupaya atau membunuh atau memadam Hussain (a.s) dari pengajarannya. Dia (a.s) masih relevan dan akan tetap kekal relevan sebagai bendera di langit bagi sesiapa yang meminta kebenaran. 

Kami tidak takut dan gentar ke atas Hussain (a.s) apabila datang suara keldai kepadanya, Allah swt berfirman; {bandingan orang-orang yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar}.4 Dan Allah swt berfirman lagi; {Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai}.5 Atau ulama ghayru amilin yang memutuskan untuk membunuh Hussain (a.s) itu berkata bahawa Hussain menyokong ketuanan manusia, padahal dia telah dibunuh untuk menafikan ketuanan manusia dan menegakkan ketuanan Allah (swt). Disebabkan tindakan dan dakwaan mereka sebagai mewakili beliau (a.s), maka mereka mengatakan bahawa Hussain (a.s) telah tunduk dan memenuhi permintaan Amerika. Padahal beliau (a.s) adalah penentang Ketidakadilan yang ditegakkan dengan pedangnya dalam menghadapi ketidakadilan dan penyelewengan sehingga ke saat-saat akhir hidupnya. Mereka berkata bahawa Hussain (a.s) menyokong kebebasan dan demokrasi Amerika, padahal Hussain (a.s) adalah seorang hamba Allah (swt) yang hanya tahu untuk menyembah Allah (swt) dan tunduk kepada arahan dan perintah-Nya swt. 

Ulama-ulama ghayru amilin ini adakah ingkar terhadap ketuanan Allah (swt) dan mengimani demokrasi (buatan Amerika) dan memanggilnya sebagai kebebasan. Demi kebenaran saya katakan kepada kalian, sesungguhnya ulama-lama ghayru amilin yang menyokong  Amerika dan demokrasinya adalah orang yang bebas kerana jika mereka adalah hamba Allah, maka sudah tentu mereka akan berasa malu di hadapan Allah. Kebebasan yang dikenali oleh Hussain (a.s), bapa-bapanya dan anak-anaknya (a.s) yang suci adalah mengkufurkan perhambaan terhadap penzalim dan mengimani perhambaan kepada Allah (swt), {Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus}.6 Bersikap adillah kepada diri sendiri dan cenderungkanlah hati kalian ke arah kebijaksanaan. Jangan melibatkan diri dalam pembunuhan Hussain (a.s), janganlah kalian memukul dada, mengoyakkan pakaian dan menumpahkan air mata sebagai kepura-puraan, kebohongan dan kepalsuan. Janganlah kalian mengadakankan perhimpunan untuk Hussain (a.s) supaya kalian membunuh Hussain (a.s) semula seperti baharu dan janganlah kalian mengatakan apa yang kamu tidak melakukannya; {Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan}.7 

Jika kalian mahu mengadakan perhimpunan untuk Hussain (a.s), biarlah jiwa kalian menetapkannya terlebih dahulu sebelum badan kalian, dan biarkan darah kalian mengalir ke atasnya (Hussain a.s) terlebih dahulu sebelum air mata kalian. Adakah kalian tidak melihat bahawa dunia ini telah berlalu jauh dan akhirat semakin mendekati, semua yang ada daratan dan lautan telah dikuasai oleh orang yang paling jahat, penyeleweng dan penzalim di kalangan makhluk Allah, iaitu Amerika dan pengikut-pengikut kafir mereka; {Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari [akibat] perbuatan mereka, agar mereka kembali}.8 Kesucian Islam telah dicabuli dan telah diperangi terlalu lama dan meluas sekali, jadi apa lagi ? Jika kalian benar-benar jujur ​​mengatakan kepada Hussain (a.s), “Kami berharap kami telah bersama-sama dengan kamu supaya kita beroleh kemenangan yang besar.” Maka di sinilah Hussain (a.s) di kalangan kalian bersama dengan anaknya Imam Mahdi (a.s) sedang melihat serta memerhatikan tindakan kalian, dan menjangkakan sokongan serta menyeru kalian, “Adakah kalian akan menggagalkan kami dan berpaling daripada menyokong kami? Allah adalah mencukupi buat kami dan Dia adalah sebaik-baik tempat bergantung.” Oleh itu, kalian menggunakan taqiyyah sebagai alasan untuk menggagalkan keluarga Muhammad (a.s), atau adakah ianya disebabkan kekurangan bilangan dan kelengkapan kalian? 

Bukankah Thalut menentang tentera Jalut dengan serba kekurangan dari segi bilangan dan kelengkapan, berbanding besarnya saiz bilangan tentera mereka dan betapa hebatnya kelengkapan mereka? Bukankah Muhammad (sawas) berperang dengan bilangan dan kelengkapan yang serba kekurangan dalam peperangan Badar, dan Allah (swt) memenangkan mereka? Adakah seruan Al-Quran tidak sampai ke telinga kalian, {Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar}.9 Wahai orang-orang yang enggan menyokong Imam Mahdi (a.s), adakah kalian menunggu untuk dijajarkan dengan al-Sufyani (laknat Allah ke atasnya), waris Yazid bin Muawiyah (laknat Allah ke mereka) selepas kalian berpacaran dengan Dajjal terbesar (Amerika)? Oleh itu, api nerakalah balasannya {…yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir}.10 Apakah kalian akan mengatakan? “Kami telah menangisi dan memukul dada kami ke atas Hussain (a.s)?” Maka Hussain (a.s) akan membalas jawapan kalian dengan berkata, “kalian adalah orang-orang yang mengambil bahagian dalam menumpahkan darahku, kerana kalian memerangi anakku al-Mahdi.” Apa lagi? Kalian akan berkata pula, “Kami mengambil pendirian neutral”? Maka jawapan untuk kalian adalah, “Semoga Allah melaknat umat yang mendengar tentang itu dan telah berpuas hati dengannya.” 

Ayuh setiap orang yang berfikiran waras supaya menyemak kembali diri kalian kerana peluang berlalu seperti awan. Jika kalian meminta kebenaran, maka sokonglah Hussain (a.s) pada masa ini dan janganlah kalian takut {Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah [pula] kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi [darjatnya], jika kamu orang-orang yang beriman.}11 ​​Janganlah kalian takut kepada orang-orang yang akan membunuh jasad, tetapi takutlah kepada yang boleh membuat kedua-dua badan dan ruh binasa di dalam api neraka. Jika kalian memutuskan untuk menggagalkan Hussain (a.s) pada masa ini dan memilih untuk tidak berlaku adil kepada diri kalian sendiri, maka saya memberi amaran kepada kalian dan mengingatkan kalian akan azab Allah (swt) di dunia ini dan juga di akhirat. Tiada lagi alasan untuk kalian dan tiada lagi pemberi alasan.

______________________________________


1 . Surah al-Hasyr 59:9. 

2 . Surah Aali Imran 3:26. 

3 . Surah as-Saaffat 37:107. 

4 . Surah al-Jumuah 62:5. 
5 . Surah Luqman 31:19. 
6 . Surah al-Baqarah 2:256. 
7 . Surah as-Saff 61:2-3. 
8 . Surah Ar-Room 30:41. 
9 . Surah al-Baqarah 2:249. 
10.Surah al-Baqarah 2:24. 
11.Surah Aali Imran 3:139.

KHUTBAH AL YAMANI (A.S) SEMPENA MUHARRAM 1432H

OLEH IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI (A.S)
WASHI DAN UTUSAN IMAM MAHDI (A.S) 



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam 

Ya Allah sejahterakan Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdi.[i]

Dan mereka pula berkata: Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya. (Surah Al Furqan: 7) 

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat. 

Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya. 

(Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah dan mereka akan berkata: Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk). 

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Surah Al-Furqan: 20-23) 

Malangnya itulah kesudahan bagi kebanyakan ulama sesat di akhirat kelak. Mereka akan mendapati amalan mereka menjadi debu yang berterbangan kerana tidak mempunyai keikhlasan. Mereka akan mendapati tanah mereka tandus dan hasil tuaian mereka penuh berongga dek anai-anai oleh idea mereka sendiri, idea-idea mereka dalam menentang Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Semoga Allah memberikan kalian perlindungan dari kesudahan yang buruk. 

Mereka yang disebut dalam ayat-ayat terdahulu adalah ulama-ulama sesat. Permintaan siapa lagi untuk melihat malaikat dan menentang para Nabi (a.s) dengan meminta mukjizat, serta meninggalkan pilihan untuk beriman kepada yang ghaib? Siapa lagi yang pertama untuk menentang panggilan Ilahi para Nabi dan Washi selain daripada ulama-ulama agama? Tiada seorang insan yang waras dan menghormati kepintaran dirinya di dalam masyarakat akan mengharapkan orang-orang lain yang menentang dakwah Ilahi ini melainkan daripada ulama agama. Allah merujuk kepada ulama ini dalam al-Quran sebagai ketua-ketua atau sarjana, manakala masyarakat sesat biasanya mengkategorikan mereka sebagai pakar dan yang paling kompeten dalam membuat rumusan. 

Masyarakat sangat bergantung kepada orang-orang seperti mereka untuk mengiktiraf kesahan dan ketidaksahan panggilan baru agama yang dibawa oleh Nabi atau Washi. Malangnya, individu-individu ini menerima penghakiman mereka tanpa ilmu pengetahuan, pemikiran atau penyelidikan dan juga tanpa melihat bahawa ketua-ketua atau sarjana atau ulama sesat ini adalah orang yang paling rosak di sisi reformasi dakwah Ilahi dan revolusi utama para Nabi dan Rasul. 

Jadi bagaimana manusia dapat memastikan keselamatan mereka sendiri dengan menyebelahi ulama agama dan seterusnya menjadikan mereka hakim bagi menentukan siapa yang benar dan yang salah, dalam urusan yang mana ulama mewakili salah satu daripada dua pihak yang berlawanan? Dan bagaimana manusia dapat memastikan keselamatan mereka dengan menyebelahi ulama, dan dalam masa yang sama mengetahui bahawa mereka (ulama) sentiasa mempunyai sikap yang sama terhadap dakwah para Nabi dan Washi (a.s)? 

Ketua-ketua dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata. (Surah Al A’raf: 60) 

Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah dari orang-orang yang berdusta. (Surah Al-Araf: 66) 

Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta. (Surah Hud: 27) 

Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri): Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, dia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Dia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu. (Surah Al-Mumenoon: 24) 

Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. (Surah Ya Seen: 6) 

Bagaimana manusia langsung tidak mengambil kisah dan tidak memberi perhatian atau sekurang-kurangnya mengarahkan diri mereka untuk membuat penyelidikan, dan bukannya secara membuta tuli mengikuti dan meniru ulama sesat? Bagaimana mereka jatuh berkali-kali ke dalam kesilapan yang sama dan menderita akibat yang sama? 

Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. (Surah Al-Ahzab: 67) 

Ulama-ulama sesat yang Quran rujuk sebagai tuan-tuan atau ketua-ketua ini tidak pernah mengubah ungkapan mereka ketika menentang para Nabi dan Washi. Malahan Allah swt berfirman: 

Adakah mereka semua telah berpesan-pesan untuk melemparkan tuduhan itu? Bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas. (Surah Adh-Dahriyat: 57) 

Apakah yang telah terjadi kepada manusia sehingga mereka langsung tidak mengambil perhatian dan tidak belajar daripada pengalaman lalu untuk menyelamatkan diri mereka dari ulama-ulama ini dan membebaskan diri daripada perangkap-perangkap mereka? Dalam ayat tersebut, Allah mahu mengarahkan perhatian individu kepada kebenaran bahawa itu adalah kaedah ulama sesat dalam menentang dakwah para Nabi dan Washi yang tidak pernah berubah, justeru jangan mengikuti atau meniru mereka seperti orang buta. Kaji sejarah umat-umat terdahulu dan lihat bagaimana mereka telah disesatkan oleh ulama-ulama sesat. Ulama-ulama ini membawa umat supaya memerangi Nabi dan Washi, dan dalam masa yang sama memperdaya sebahagian besar umat manusia bahawa mereka telah berbuat baik. 

Satu soalan sahaja sudah mencukupi sebagai contoh dan peringatan kepada orang-orang yang mempunyai hati yang memahami: Apakah perbezaan antara seorang yang bertanya kepada Ali (a.s), “Berapa bilangan helai janggut saya?” Meminta beliau (a.s) melaksanakan mukjizat, dan yang seorang lagi meminta Washi dan utusan Imam Al-Mahdi (a.s) untuk “menukarkan janggut saya supaya kembali berwarna hitam”. Dengan tujuan meminta beliau untuk melaksanakan mukjizat? Apakah ada perbezaan di antara kedua-duanya? 

Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya. (Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah dan mereka akan berkata: Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk). Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Surah Al Furqan: 21-23) 

Amalan mereka menjadi debu yang berterbangan kerana tidak mempunyai keikhlasan. Mereka sombong dan telah dijangkiti dengan penyakit iblis. Sebagaimana kita telah dapati dan ketahui hari ini bahawa mereka telah dijangkiti dengan penyakit iblis, iaitu dengan membandingkan kaedah kedua-dua mereka dalam mengkonfrontasi para Nabi dan Washi adalah jelas sama. Perhatikan kata-kata iblis: 

“Aku lebih baik daripada dia.” (Surah Al-Araf: 12) 

dan perhatikan pula kata-kata ulama: 

Dan mereka pula berkata: Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya. (Surah Al-Furqan: 7) 

Kita dapati bahawa permintaan mereka sepanjang masa adalah mukjizat yang dapat memaksa mereka untuk percaya dan mewajibkan mereka untuk tunduk kepada ketuanan Rasul, dan tidak lagi mempunyai pilihan. Tidak sepertimana Malaikat dan iblis yang mempunyai pilihan sama ada untuk sujud atau tidak. 

Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya? (Surah Al-Anbiya: 3) 

Kesimpulan permintaan tidak masuk akal mereka ini adalah tuntutan untuk membatalkan ujian di dunia ini, yang sebenarnya menunjukkan kebodohan yang bertingkat-tingkat dan kesedaran yang lemah. Itu adalah cara kebiasaan ulama sesat yang mahir dalam kejahatan. Mereka tidak pernah menerima nabi dan rasul untuk menjadi manusia biasa sepertimana diri mereka, iaitu manusia biasa yang ikhlas kepada Allah dan Dia memberkati mereka, bercakap dengan mereka, dan menjadikan mereka maksum[ii]. (2) 

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Surah Al-Kahf: 110) 

Di sebalik kenyataan Allah yang jelas di dalam al-Quran ini, kita dapati bahawa mereka pada hari ini mensifatkan para Nabi dan Washi yang terdahulu dengan sifat-sifat mutlak Allah seperti tidak lalai dan lupa sehingga kepada tahap seratus peratus, berkeupayaan untuk melakukan apa-apa sahaja, mengetahui segala-galanya dan sebagainya dari sifat mutlak Allah. Segala puji hanya buat-Nya. 

Mereka melakukan ini, iaitu satu pada hari ini dan begitu juga satu lagi yang sebelum ini, hanya kerana mereka enggan diterajui oleh manusia yang menyerupai diri mereka, iaitu seorang manusia yang menjadi tulen dan suci oleh amal dan keikhlasannya kepada Allah, yang bersebabkan itu Allah memberi keistimewaan dan menganugerahkannya ketuanan ke atas orang lain. Mereka mensifatkan mereka (a.s) dari masa lalu, yang mereka dakwa untuk percayai bukan sebagai manusia biasa seperti diri mereka, tetapi berbeza dari awal lagi melalui anugerah-anugerah dan sifat-sifat ketuhanan. Justeru tanpa menyedari bahawa kepercayaan jahil mereka ini membatalkan ketuanan maksumin ke atas manusia lain dan menuduh Allah swt sebagai tidak adil. 

Oleh itu, kebenaran jelas terbentang di hadapan semua individu yang waras bahawa siapakah orang-orang yang langsung tidak percaya kepada Ali (a.s) atau Hussein (a.s) pada hari ini. Apakah orang-orang jahil ini memerlukan peribadi maksum datang membawakan mukjizat yang dapat memaksa mereka supaya beriman kepadanya dan menyertai Hussein (a.s) di Karbala, iaitu pihak Hussein (a.s) yang ditewaskan, dikalahkan, dibunuh, dijatuhkan panjinya, yang dicuri khemah-khemahnya dan wanita-wanitanya yang ditindas? 

Demi Allah saya bersumpah swt bahawa saya bukan melulu, jika saya katakan bahawa orang-orang yang jahil pada hari ini yang menetapkan peribadi-peribadi maksum sebagai maha hebat dalam setiap perkara adalah orang pertama yang mencetuskan pembunuhan Hussein (a.s). Bukan kerana taat kepada Yazid bin Muawya tetapi dalam ketaatan kepada hawa nafsu mereka sendiri dan bagi memuaskan jiwa mereka yang sombong serta iri hati terhadap Awsiya Allah. 

Jiwa-jiwa mereka enggan mengakui kelemahan mereka seterusnya mendakwa bahawa hanya imam boleh mencapai kemaksuman, bertujuan membatalkan ketuanannya ke atas orang lain dan membatalkan isyarat yang datang dari manusia tulen dan suci ini berpunca dari amalnya sendiri. Sehingga ke peringkat menganggapnya sebagai najis dan kebencian yang mendalam di dalam diri semua orang. Sudah tentu isyarat ini adalah agak menyakitkan kepada orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai timbalan atau wakil maksum (a.s). 

Mereka tidak mempunyai jalan melarikan diri [dari isyarat] selain salah satu daripada dua pilihan ini: iaitu sama ada mereka menganggap beliau sebagaimana tanggapan diri mereka sendiri yang secara palsu mengaitkannya dengan kesalahan-kesalahan bodoh dan perbuatan-perbuatan yang serupa dengan diri mereka sendiri seperti yang dibuktikan dalam Taurat, Bukhari, dan buku-buku Islam yang orang-orang Yahudi dan beberapa sunni (khususnya Wahabi) percayai. Atau mereka mengambil jalan untuk membezakannya dengan meletakkan sifat-sifat ketuhanan yang beliau (a.s) terpaksa bermula, iaitu dengan memansuhkan perbandingan dan menghapuskan isyarat. Inilah apa yang telah dilakukan oleh penganut-penganut Kristian dan orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai Syiah. Orang-orang Kristian telah memanggil Isa (a.s) sebagai Allah (Pujian bagi Allah swt yang jauh melangkaui batas itu), sedangkan orang-orang yang mendakwa sebagai Syiah menyifatkan peribadi maksum dengan kualiti mutlak ketuhanan yang hanya boleh disifatkankan kepada Allah swt. 

Berdasarkan kepercayaan mereka tentang maksum tersebut, mereka sekaligus mengutuk Hussein sebenar (a.s) yang telah syahid di Karbala sebagai penyamar lagi pendusta (Semoga Allah menjauhkan hal sedemikian). Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa mereka adalah adik-beradik kepada pembunuh Hussein. Jika mereka telah berpura-pura menangis ke atas Hussein (a.s), maka saya bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka adalah pembohong dan orang-orang munafik. Mereka tidak menangis ke atas Hussein bin Ali (a.s), yang syahid di Karbala di mana para wanitanya telah dijadikan tawanan dan telah dicabuli kemuliaan mereka. Mereka menangis ke atas Hussein yang tidak kita ketahui, iaitu Hussein yang merupakan pembikinan khayalan dan diri mereka yang sakit, yang enggan percaya bahawa Hussein (a.s) Imam sebenar yang dilantik oleh Allah swt adalah seorang yang lemah, yang dirinya tidak boleh melakukan apa-apa kemudaratan atau kemanfaatan melainkan apa yang Allah kehendaki. 

Mereka menangis ke atas Hussein yang tidak wujud dalam realiti, Hussein yang disifatkan dengan sifat-sifat ketuhanan yang mutlak (Pujian bagi Allah swt yang jauh melangkaui hal itu), kerana jika dia wujud di alam realiti maka sudah pasti iblis tidak akan memberontak terhadapnya. Hussein yang mereka berpura-pura menangis ke atasnya adalah satu ilusi minda mereka, yang secara tepatnya adalah sepertimana ilusi Adam dalam fikiran iblis. Iblis berkata, “Inilah Adam yang telah diperintahkan aku untuk sujud kepadanya adalah sama seperti aku. Sesungguhnya penampilan[iii] aku adalah lebih baik daripada dia, jadi aku tidak akan melakukan sujud kepada yang aku lihat jauh lebih rendah dariku. Bagi Adam yang aku akan sujud kepada adalah Adam yang lebih baik daripada aku. “Wahai orang beriman, lelaki dan wanita beri perhatian dengan perkara ini kerana Iblis telah jelas membuat sebab untuk enggan sujud kepada Adam atau taat kepadanya. Seperti yang dia berkata, “Aku lebih baik daripada dia.” 

Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. (Surah Al-Araf: 12) 

Seolah-olah berkata, jika sekiranya dia lebih baik daripada aku dari segi zahirnya, maka tiada apa yang akan menghalang aku dari sujud kepadanya. Oleh itu terdapat satu lagi Adam dalam fikiran dan ilusi Iblis, Adam yang dia akan sujud kepadanya dan Adam yang lebih sempurna penampilannya daripada iblis. Seolah-olah, Adam memerlukan kuasa maha hebat pada pandangan iblis sehingga boleh memaksa dia untuk taat kepadanya, iaitu seolah-olah Adam adalah lebih baik daripada dia. Mereka yang dahulu bersama dengan Rasulullah Muhammad (sawas) dan mereka yang kalian lihat hari ini, kedua-duanya mempunyai kaedah yang sama seperti Iblis dalam mengkritik dan menilai para Nabi dan Awsiya. 

Ianya adalah kaedah lapuk Iblis[iv] yang jelas mengatakan kemaksuman (atau Awsiya Allah swt berbanding lain-lain) mesti kelihatan lebih baik daripada yang lain, yang mempunyai kuasa ghaib, contohnya satu keajaiban untuk memenuhi permintaan sesiapa sahaja dan berkeupayaan untuk melakukan segala-galanya yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Sebab itulah apabila mereka mengatakan: “Kami telah menangis ke atas Hussein dan tangisan ke atas Hussein akan menjamin kita masuk ke syurga,” maka Allah swt mengatakan kepada mereka, “Wahai ulama sesat, amalan kamu adalah seperti debu yang berterbangan.” 

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Surah Al-Furqan: 23) 

Kerana kalian tidak menangis ke atas Hussein (a.s) yang sebenar, tetapi kalian telah menangis ke atas Hussein ilusi kalian yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Hussein bin Ali (a.s). Sekaligus menjadikan amalan kalian seperti debu yang bertaburan. Seperti seorang yang menanam sekeping besi di padang pasir dengan menyiram minyak ke atasnya dan berkata dia telah menanam pohon kurma di dusun yang diairi dengan air tulen, yang akhirnya mendapati kerjanya adalah sia-sia seperti debu yang bertaburan. Kalian adalah sama seperti orang-orang sebelum ini, yang meminta lelaki soleh memaksa kalian untuk mempercayai. Kalian tidak akan menerima lelaki soleh untuk menjadi seperti anda, tetapi disukai oleh Allah dari kalangan kalian kerana kesucian dan keikhlasan dirinya, justeru Allah memerintahkan kalian untuk mengikutinya. 

Padahal Allah membalas piawaian salah kaedah Iblisi ini agar dapat difahami oleh sesiapa jua yang mencari kefahaman, dengan hanya berfirman: 

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat. (Surah Al-Furqan: 20) 

Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? 

Ianya adalah mustahil. Sekiranya orang-orang pada masa lalu telah teguh bersabar, maka orang-orang di masa kini juga akan melakukan tindakan yang sama. 

Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu? Bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas. (Surah Adh-Dahriyat: 53) 

Oleh itu, Allah swt telah memutuskan dengan kesederhanaan yang jelas lagi nyata bahawa Rasul adalah ujian buat kalian. Adalah mustahil untuk lulus ujian ini secara rawak dan tindakan sembrono dengan memusnahkan kertas ujian seperti yang kalian lakukan, tetapi hendaklah dibaca kertas ujian untuk mengetahui jawapan yang betul. Sekurang-kurangnya lihat kembali sejarah umat-umat terdahulu dan sikap mereka terhadap Nabi-nabi mereka. Sekurang-kurangnya lihatlah situasi umat-umat terdahulu lalu dan kelengkapan mereka ketika berdepan dengan para Nabi. Lihatlah situasi mereka sebelum kalian dan kelengkapan mereka ketika berhadapan dengan Muhammad (sawas) dan para Aimmah (a.s). Apakah bukti-bukti kerasulan Muhammad (sawas) dan para Aimmah (a.s)? 

Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat. (Surah Al-Furqan: 20) 

Apa yang Hussein (a.s) telah lakukan pada hari Ashora untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang Imam Maksum, yang manusia harus taat kepadanya dan mereka dilarang daripada menentangnya? Atau biarkan dulu soalan tersebut, bagaimana sekiranya Hussein (a.s) telah menukarkan warna janggut Shimr bin Thul Jawshan kepada hitam pada hari Ashura, apakah Shimr masih kekal bersama tentera Yazid atau dia akan mendapati dirinya terpaksa menyertai Hussein (a.s) dan seterusnya memenggal kepala Ibn Saad? 

Demi Allah saya bersumpah bahawa ianya adalah kebenaran yang memalukan dalam sejarah apabila terpaksa mengulanginya dari satu titik ke satu titik dan mata dengan mata,[v] bagi orang ramai menyedari kebenaran dan dapat membezakan Muhammad (sawas) dari Abu Sufyan, atau Ali (a.s) dari Muawiyah atau Hussein (a.s) dari Yazid. Ia adalah satu tragedi bagi manusia untuk jatuh semula ke tahap ini. Ia seolah-olah kita sedang bercakap dengan mayat yang tidak mendengar, tidak sedar dan tidak memahami. Apakah yang telah Hussein (a.s) bentangkan di Karbala adalah bagi membuktikan bahawa dirinya adalah khalifah Allah swt di muka bumi-Nya. Wahai manusia, sudahkah kalian bertanya diri sendiri soalan ini sebelum kalian mengikut ulama sesat membuta tuli tanpa sebarang penilaian atau pemikiran? Apa yang telah Hussein (a.s) sampaikan di Karbala? Beliau menyampaikan wasiat Rasulullah Muhammad (sawas), yang di dalamnya disebutkan bapanya Ali (a.s), saudaranya Hassan (a.s), dirinya dan anak-anaknya (a.s). Beliau mempamerkan pengetahuan dan menonjolkan panji ketuanan Allah swt yang dibawanya, dalam membangkang panji-panji ketuanan manusia, iaitu panji yang dibawa oleh barisan lawan yang menentang datuknya, ayahnya dan saudaranya (a.s) sebelum itu. 

Apa lagi yang telah Hussein (a.s) bentangkan? Beliau membentangkan visi[vi] (rukyah) keluarganya yang suci dan sahabat-sahabat-sahabatnya dan ayat-ayat (kasyaf) mereka.[vii] Beliau (a.s) membentangkan visi Wahab Al-Nasrani yang melihat Isa (a.s) menggesa beliau untuk mengikuti dan menyokong Hussein (a.s). Beliau menyampaikan wahyu (kasyaf) Al-Horr Al-Reyahi yang mendengar suara menjanjikan kepadanya syurga ketikamana dia berangkat Kufah. 

Wahai manusia, apakah yang telah kami bawakan kepada kalian hari ini? Adakah kami membawa kalian satu bidaah (doktrin yang dicipta) yang tidak dibawa oleh Anbiya, Awsiya, Rasulullah Muhammad (sawas), Ali (a.s), Hassan (a.s), Hussein (a.s) atau Imam dari keturunan Al-Hussein as? 

Katakanlah lagi: Bukanlah aku seorang Rasul pembawa agama yang berlainan dari agama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu) dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata. (Surah al-Ahqaf: 9)  

Atau adakah kami membawa apa yang mereka bawa? Kami telah datang kepada kalian dengan membawa keterangan-keterangan mereka, bukti-bukti yang terang benderang seperti matahari bagi sesiapa yang meminta untuk mengetahui kebenaran. Adakah wasiat Nabi Muhammad (sawas), yang merupakan khazanah terpelihara Muhammad dan keturunannya (a.s), kepada lelaki Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Qaim (Pendiri) Keluarga Muhammad (sawas) tidak mencukupi? Apakah pengetahuan atau kebijaksanaan tidak mencukupi? Apakah tidak cukup bahawa dia adalah satu-satunya yang menaikkan panji ketuanan Allah di kalangan semua manusia di muka bumi ini? Adakah tidak cukup bahawa dia adalah satu-satunya tanda yang terang benderang seperti matahari dari Allah swt? 

Setelah ulama-ulama sesat mengiktiraf panji ketuanan manusia dan meninggalkan panji ketuanan Allah, tidak ada satu pun yang tinggal untuk menaikkan panji ketuanan Allah selain daripada lelaki Kebenaran. Keperibadian Ini membuang sebarang keraguan atau syak wasangka buat pencari kebenaran kerana bumi ini tidak pernah kosong dari Kebenaran, dan Kebenaran itu terletak pada ketuanan Allah. 

Adakah kami hari ini tidak membentangkan apa yang telah Hussein (a.s) bentangkan di Karbala dari visi (rukyah) dan ayat-ayat (kasyaf) sebagai bukti dalam mengenal pasti lelaki Kebenaran? Apakah berulangnya visi (rukyah) beribu-ribu orang dari negara-negara yang berbeza tidak mencukupi, visi yang menunjukkan Nabi, Awsiya, Muhammad dan keturunannya (a.s) yang menggesa orang ramai untuk menyokong lelaki Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Al-Qaim Ahlul Bait (a.s)? Apakah berulangnya visi yang dilihat oleh lelaki dan wanita yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tidak mencukupi? 

Wahai manusia, boleh jadi kalian menyerahkan kepimpinan ke atas syaitan, seolah-olah apabila mereka memperolok-olok dan memperkecilkan visi dan ayat-ayat, memanggilnya sebagai mimpi karut, maka kalian mengikuti mereka tanpa memberi perhatian kepada fakta bahawa ayat-ayat (kasyaf) dan visi (rukyah) adalah perkataan dan inspirasi Allah swt kepada hamba-hambaNya? 

Adakah anda tidak membaca Al-Quran dan memikirkan seluruh cerita Yusuf (a.s) dan bagaimana Yaakub (a.s), yang merupakan seorang nabi di dalam Al-Quran (yang merupakan kitab Allah), telah menganggap visi Yusuf (a.s) sebagai bukti untuk mengenal pasti seseorang yang menjadi khalifah Allah iaitu Yusuf (a.s), dan bagaimana dia telah memberi amaran kepada Yusuf (a.s) agar tidak memberitahu visinya kepada saudara-saudaranya kerana mereka pasti akan mengenalnya berdasarkan visi ini, dan seterusnya dia akan berada di kedudukan dan akibat yang sama seperti Habil? 

Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Surah Yusuf: 5) 

Bukankah ini adalah pengakuan yang jelas dari Al-Quran bahawa visi adalah bukti dalam mengenal pasti khalifah Allah di bumi-Nya? Adakah Yusuf tidak bergantung kepada visi Firaun dalam menguruskan ekonomi Mesir dan menyediakan rakyat dengan rezeki? Adakah Allah tidak menawarkan diriNya sebagai saksi untuk membuat Awsiya-Nya jelas di muka bumi ini dengan visi-visi dan ayat-ayat yang kedua-duanya adalah laluan ilham ilahi? 

Katakanlah lagi: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu; sesungguhnya adalah Dia Amat Mendalam pengetahuanNya, lagi Amat Melihat akan keadaan hamba-hambaNya. (Surah Al-Isra’: 96) 

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu). (Surah Al-Fath: 28) 

Bagaimana lagi Allah akan menyaksikan? Bagaimana lagi Dia akan bercakap dan memberi keterangan kepada hamba-hambaNya, dari kalangan mereka yang kafir dan yang beriman? Adakah Dia swt tidak memberi keterangan untuk sahabat-sahabat karib (hawariyyin) yang menyokong Isa (a.s)? 

Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib Nabi Isa): Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu! Mereka menjawab: Kami telah beriman dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah). (Surah Al-Maeda: 111) 

Tidakkah Allah membentangkan diriNya, malaikat-malaikat-Nya, dan Awsiya-Nya sebagai saksi dalam visi-visi dan ayat-ayat untuk lelaki Kebenaran, khalifah-Nya di bumi ini? 

Tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya dan malaikat juga turut menjadi saksi dan cukuplah Allah menjadi saksi. (Surah An-Nisa: 166) 

Dan orang-orang yang kafir itu berkata: Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah. Katakanlah (kepada mereka): Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah. (Surah Ar-Rad: 43) 

Wahai manusia, kalian harus kembali semula kepada penderiaan kalian dan tidak membenarkan sesiapa pun untuk merendahkan kalian sehingga kepada tahap yang sama dengan orang-orang yang tidak percaya akan utusan dan khalifah Allah di muka bumi ini. Mereka menamakan inspirasi Allah melalui visi-visi dan ayat-ayat sebagai mimpi karut, justeru Allah telah menyebutkan kata-kata ganas mereka ini diulang-ulangi oleh orang-orang jahil pada hari ini tanpa berfikir: 

Bahkan mereka menuduh dengan berkata: Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah dia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah dia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu. (Surah Al-Anbiya: 5) 

Wahai manusia, janganlah kalian tertipu oleh ulama-ulama sesat dan pembantu-pembantu mereka. Bacalah, selidikilah, terokailah, belajarlah, dan ketahuilah kebenaran dengan diri kalian sendiri. Jangan kalian bersandar kepada sesiapa sahaja untuk membuat keputusan berkaitan akhirat kalian supaya besok kalian tidak menyesal apabila tiada lagi guna sesalan buat kalian. 

Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. (Surah Al-Ahzab: 67) 

Ini adalah nasihat saya buat kalian, dan saya bersumpah demi Allah bahawa ianya adalah nasihat seorang lelaki dengan simpati dan belas ihsan ke atas anda. Justeru fikirkanlah nasihat saya ini dan bezakanlah gembala daripada serigala, fikir dan kenalilah jalan dan pendekatan manakah milik Hussein (a.s), dan jalan serta pendekatan manakah pula milik musuh-musuhnya. Mereka yang menentang Hussein (a.s) berada di jalan ketuanan manusia dan telah pun mengakuinya. Manakala Hussein (a.s) berada di atas jalan Ilahi walaupun sedikit bilangan pengikutnya iaitu jalan ketuanan Allah. Amat malang pada hari ini apabila kita dapati bahawa orang telah sesat ke tahap mereka menyokong dan berarak di jalan pembunuh Hussein (a.s), yang kemudian berpura-pura untuk menjadi Syiah (pengikut) Hussein (a.s). Mereka menziarahinya, memulihkan ritual yang dangkal dan tidak mempunyai apa-apa nilai seta kosong dari matlamat dan tujuan sebenar revolusi Hussein (a.s) iaitu ketuanan Allah. 

Bagaimana mereka hari ini memulihkan ritual Husseini dengan membawa bendera musuhnya yang menjulang ketuanan manusia, yang mengakibatkan penyelewengan maksud sebenar revolusi Husseini dan mengakibatkan tuduhan palsu bahawa Hussein (a.s) adalah seorang penyokong ketuanan manusia, atau jalan demokrasi dan pilihanraya, atau apa sahaja yang telah dicipta melalui jalan tidak sah ini dari orang-orang yang seumpama Yazid bin Muawiyah? 

Ianya adalah satu perkara agak menyakitkan apabila ulama-ulama sesat hari ini berjaya mengeluarkan kesedaran manusia sehingga ke satu tahap di mana pengikut-pengikut yang jahil lagi sesat ini akan membawa panji ketuanan manusia dan setelah itu menziarahi Hussein (a.s), yang telah disembelih kerana menyangkal ketuanan manusia dan mewujudkan ketuanan Allah. Bolehkah seseorang itu menjadi bercanggah sehingga ke tahap dia akan membuang panji orang yang telah dibunuh[viii] ke tanah dan kemudian membawa panji si pembunuh[ix] ke makam orang yang dibunuh untuk berdoa untuknya dan mengutuk pembunuhnya? 

Maka bagaimana kita hendak mengkategorikan individu sebegitu dan di pihak mana kita harus meletakkan dia? Adakah kita hendak mengatakan bahawa dia menyebelahi pembunuh dan menentang yang dibunuh disebabkan dia membawa panji pembunuh dan menghina panji yang dibunuh? atau adakah kita hendak mengatakan bahawa dia menyebelahi yang dibunuh dan menentang si pembunuh dengan alasan dia mendoakan untuk yang dibunuh dan mengutuk si pembunuh? 

Wahai manusia yang berminda rasional, Wahai manusia yang waras fikirkanlah hal ini, ketuanan manusia dan Yazid adalah satu, dan ketuanan Allah dan Hussein adalah satu, maka sesiapa yang membawa, percaya, dan bertindak berdasarkan panji ketuanan manusia adalah tidak dapat dielakkan dan pastinya Yazidiyyun.[x] Dia secara asasnya adalah kepunyaan Yazid walaupun dia melawat Hussein (a.s) setiap hari dan menghabiskan seumur hidupnya menangisi atas tragedi Hussein (a.s). Dengan apa cara sekalipun kita tidak boleh mengasingkan Hussein (a.s) dari revolusi dan tujuannya yang diberkati iaitu untuk mewujudkan ketuanan Allah di bumi-Nya. 

Hari ini, apabila ulama-ulama sesat telah mengeluarkan fatwa (peraturan wajib) berkaitan syura (perundingan) dan pemilihan menjadi cara yang sah untuk tadbir urus, dan telah mengeluarkan fatwa mengenai kesahihan kerajaan yang dipilih oleh syura dan pilihanraya, maka secara asasnya mereka adalah Yazidiyyun. Jika kegagalan untuk mengklasifikasikan mereka sebagai Yazidiyyun adalah jenayah, maka mengklasifikasikan mereka sebagai Husseiniyyun[xi] adalah jenayah lebih utama yang dilakukan terhadap Hussein (a.s). Ianya adalah penentangan terhadap revolusi dan matlamatnya yang diberkati iaitu untuk menamatkan ketuanan manusia dan penegakkan ketuanan Allah di bumi-Nya, atas alasan bahawa klasifikasi zalim dan menindas yang melanggar piawaian mudah persepsi manusia yang bertujuan untuk membunuh Al-Hussein (a.s), yang Yazid (semoga Allah mengutuk dia) sendiri gagal berbuat demikian. 

Sebenarnya, konfrontasi Hussein (a.s) di mana beliau telah syahid telah memberi sumbangan yang besar kepada ketuanan Allah. Darah Hussein (a.s) yang suci mampu mengekalkan dan mewujudkan negara Islam sebenar, umat Husseini Muhammadi yang percaya dengan ketuanan Allah dan ingkar kepada ketuanan manusia. Setiap kali mereka telah dipanggil dengan gelaran rafidha (ingkar) kerana mereka menolak ketuanan manusia. Selama lebih daripada seribu tahun umat diberkati ini terpaksa menanggung penindasan untuk membawa panji ketuanan Allah. Malangnya hari ini, iblis melalui ulama-ulama sesat telah dapat menyesatkan keturunan umat ini dari agama nenek moyang mereka dan orang-orang soleh yang terdahulu dari mereka, iaitu mereka yang mengakui ketuanan Allah. 

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka). (Surah Maryam: 59) 

Iblis (semoga Allah memalukan dia) hari ini dapat membahagikan umat Husseini Muhammadi ini dengan tenteranya iaitu ulama sesat, yang telah memakaikan diri mereka dengan kedudukan kepimpinan telah membolehkan matlamat Iblis untuk menyesatkan umat hari ini, yang kebiasaannya mengakui ketuanan Allah selama lebih daripada seribu tahun. Mereka hari ini telah membuat umat ini menerima ketuanan manusia dan menolak ketuanan Allah. 

Bencana yang kita hadapi di hari ini adalah peristiwa Hussein (a.s) yang telah dirampas secara khusus oleh mereka yang membawa panji pembunuh Hussein (a.s). Jurucakap bagi Hussein (a.s) hari ini adalah pembunuh dan pembawa panji yang telah memerangi Hussein (a.s) selama lebih 1000 tahun yang lalu. Hussein (a.s) telah dibunuh ketika berjuang menentang dan mendedahkan ketidaksahannya, dan ketidaksahan orang-orang yang mengasaskannya. Ianya adalah panji sama yang diperjuangkan oleh Ali (a.s). 

Panji yang meminggirkan Ali (a.s) dan menjadikan beliau terpencil di rumahnya selama hampir 25 tahun. Ia adalah panji yang diperangi oleh Muhammad (sawas) dan kesemua Nabi dan awsiya (a.s) sebelumnya. Ia adalah panji-panji ketuanan manusia, panji keakuan (ana) atau Kami (nahnu), atau panji Saqifah[xii] dan demokrasi, panji pilihan raya atau apa yang manusia inginkan. Itu adalah panji yang sentiasa menentang apa yang Dia mahukan, atau panji Dia swt, panji ketuanan Allah dan taat setia kepada Allah, panji yang dibawa oleh para nabi dan awsiya, dan akan tetap dibawa oleh mereka sehingga ke hari kiamat. 

Bencana yang kita hadapi hari ini, adalah rampasan revolusi Husseini oleh musuh-musuh, yang telah membuatkan ianya tidak dapat dielakkan dalam rancangan Ilahi bagi mengulangi pembunuhan beramai-ramai di Karbala, bagi menumpahkan lagi darah tulen Husseini, yang menjadi sebab untuk memulihkan semula matlamat revolusi Husseini (iaitu ketuanan Allah) dan juga menyebabkan rancangan Iblis (semoga Allah mengutuk dia dan tentera nya dari ulama sesat serta memalukan mereka semua) gagal.  

Itu adalah kehendak Allah swt dan apa yang berlaku dalam bulan Muharram Al-Haram. Berikut adalah kebenaran yang jelas menunjukkan peningkatan dari hari ke hari untuk dilihat oleh semua, walaupun di sebalik kempen menyesatkan dan penyembunyian kebenaran yang telah diamalkan oleh ulama-ulama sesat dan pengikut-pengikut mereka. 

Segala puji bagi Allah yang telah menghinakan iblis dan tenteranya dari ulama-ulama sesat dan merosakkan harapan tinggi mereka, oleh sisa-sisa tulen yang berpegang teguh kepada agama mereka dan agama nenek moyang mereka dari Syiah Muhammad dan keturunannya (a.s) seperti berpegang teguh kepada bara api. Mereka menanggung bebanan berat dan kesakitan dalam membawa mesej ketuhanan di sebalik kekurangan penyokong dan banyaknya musuh yang bercerucuk di atas kepala mereka. 

Salam sejahtera ke atas Ansar Imam Mahdi (a.s) yang mengesahkan perjanjian mereka dengan Allah. Dari kalangan mereka beberapa orang yang telah meninggal dunia dan beberapa lagi yang masih menunggu dan mereka tidak gerun sedikitpun. 

Salam sejahtera kepada tawanan yang tertindas yang duduk di penjara golongan Abbasid zaman moden (semoga Allah menghinakan mereka). Salam sejahtera bagi kamu, dan kesabaran terbaik adalah milik kamu. Saya mengingatkan kamu dan diri saya untuk mengambil Awsiya Allah sebelumnya (rahmat Allah ke atas mereka) sebagai contoh dan model peranan kita. 

Jika kamu berasa sempit di dalam penjara, maka ingatlah nabi Allah Yusuf (a.s). Dan ingat Imam Musa bin Jafar (a.s) yang telah dijadikan tawanan oleh tentera Abbasiyyah di dalam sel yang gelap dan sempit di mana beliau menghabiskan tahun-tahun yang menyakitkan tanpa sebarang aduan tetapi sebaliknya menghabiskan masa memuji Allah dan menyembah-Nya sehingga dia meninggal dunia dan pergi kepada Tuhannya dengan sabar dan mencukupi sekadar Allah. 

Wahai orang-orang tersayang sentiasalah ingat bahawa dunia ini adalah tempat ujian. Jangan sekali-kali mengharapkan ganjaran daripadanya dan tidak seharusnya kamu mencari-cari ruang untuk berehat di dalamnya. Ia adalah dunia ujian, justeru berusahalah untuk berjaya, menang, dan mencapai hasil tertinggi yang kamu mungkin capai dalam ujian ini. Berusahalah agar ia akan dimeterai dengan baik. 

Salam sejahtera ke atas syuhada dan saksi Kebenaran di zaman kita ini. 

Salam sejahtera ke atas kamu yang tulen yang telah melintasi cahaya, kesedihan kami ke atas kamu tidak pernah berhenti, Tidak, demi Allah kesedihan saya atas kehilangan kamu adalah sebagaimana tangisan Amirul Mukminin, iaitu seperti seorang wanita yang disembelih satu-satu anaknya di pangkuannya. 

Salam sejahtera ke atas kamu kerana kamu adalah orang-orang yang telah memisahkan diri dari dunia ini dan segala perhiasan di dalamnya ketikamana orang lain terdesak mencarinya. 

Salam sejahtera ke atas kamu kerana kamu adalah orang-orang yang menyokong Kebenaran ketikamana penyokong adalah amat berharga dan terlalu sedikit. 

Salam sejahtera ke atas kamu dan darah kamu yang tertumpah dan ianya adalah sebab bagi memulihkan semula matlamat revolusi Husseini. 

Salam sejahtera ke atas Hussein (a.s), Ali bin Hussein (a.s), keluarga suci Hussein (a.s), dan sahabat Hussein (a.s) yang telah memberikan kehidupan mereka untuk Hussein (a.s).  

Salam sejahtera ke atas kamu Wahai Abu Abdullah. Salam dari seorang yang mengetahui kesucian kamu, yang setia dalam mengetahui Kebenaran kamu, yang mencapai Allah dengan pengabdian kamu, dan yang memutuskan ikatan dengan musuh-musuh kamu. Salam dari seorang yang hatinya amat terluka oleh tragedi yang menimpa kamu dan yang menumpahkan air mata bila menyebut nama kamu. Salam dari seorang yang tertekan, pilu, rindu dan damba. 

Salam sejahtera dari seorang yang sekiranya dia bersama dengan kamu di medan perang Tofoof,[xiii] akan melindungi kamu dengan dirinya daripada pedang, yang memberikan kesemuanya kepada kamu sehingga kematian mendatanginya, yang berusaha di bawah arahan kamu, yang menyokong kamu terhadap pembunuh kamu, dan yang mengorbankan jiwa, badan, harta benda dan anak-anaknya untuk kamu. Jiwanya adalah pengorbanan buat kamu. Keluarganya adalah perisai buat kamu. Sebagai zarr menghalang saya daripada kamu, dan takdir menghalang saya daripada menyokong kamu, dan saya bukan seorang pejuang terhadap orang-orang yang memerangi kamu, mahupun lawan orang-orang yang menyatakan permusuhan kepada kamu, saya akan meratapi kamu siang dan malam, dan menangis air mata darah buat kamu, dalam menahan kesedihan untuk kamu dan kepiluan atas apa yang telah menimpa kamu, sehingga saya mati dalam kesedihan disebabkan tragedi itu, tercekik akibat dari kesedihan. 

Kita kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, wahai mereka yang sekiranya kesusahan berlaku Dia membuka pintu-pintu yang tidak terjangkau oleh imaginasi mereka. 

Berselawatlah ke atas Muhammad dan keturunan Muhammad dan bukakanlah pintu-pintu yang tidak terjangkau oleh imaginasi untuk kesukaran kami. 

Segala puji (dari awal hingga akhir, yang zahir dan yang bathin) bagi Allah semata-mata. Salam sejahtera ke atas mukminin dan mukminat di timur bumi dan barat, dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya [kepada mereka]. 



Ahmad Al Hassan Al Yamani 
Washi dan Utusan Imam Mahdi (a.s) 
Muharram 1432 hijrah. 


___________________________________

[i]12 pengganti (12 Mahdis) selepas Imam 12, seperti yang dinyatakan dalam wasiat. 

[ii] iaitu beliau saw tidak akan memberi petunjuk kepada kemungkaran, ataupun dia akan membimbing dari ketaatan. 

[iii] Imam Ahmad a.s menambah perkataan ini kepada ucapan iblis. 

[iv] iaitu tergolong kepada Iblis 

[v] Imam as cara sejarah akan berulang dalam butiran terkecil. 

[vi] dilihat semasa tidur. 

[vii] dilihat semasa terjaga. 

[viii] Al-Hussein a.s 

[ix] Yazid 

[x] Pengikut-pengikut Yazid 

[xi] Pengikut-pengikut Hussein a.s

[xii] Rumah Bani Saeda mana beberapa sahabat telah berkumpul sebaik selepas kematian pbuhap Muhammed untuk memilih khalifah selain Ali as, yang Muhammad pbuhap, diberikan 

[xiii] Karbala

PERUTUSAN AL YAMANI (A.S) SEMPENA EID GHADEER 1433 HIJRAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Allah berselawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdi.

Salam sejahtera dan rahmat Allah serta berkat-Nya ke atas kamu. 

Wahai muslimin dan muslimat, semoga kalian diberkati dan dalam kesihatan yang baik tahun ini dan setiap tahun pada peristiwa permulaan Eid Hakimiyyah Allah (Hari Ketuanan Allah) dan Eid Ghadeer yang diberkati. Peristiwa ini adalah mulia yang dihargai Allah dan di hati Muhammad kekasih Allah, serta di hati-hati orang yang beriman. Ya Allah yang menyedia, mengatur, merancang dan mempersiapkan diriNya pada hari ini untuk menyambut makhluk yang mengharapkan pemberianNya dan meminta AnugerahNya dan kurniaanNya. Maka kepadaMu Ya Tuhan segala persiapanku, perkiraanku, perancanganku dan kesediaanku untuk meminta pemberianMu dan mengharapkan kurniaanMu. Ya Allah, jadikanlah anugerahMu untuk kami pada hari ini adalah kemenangan agamaMu yang benar melalui kami. Yang sebaik-sebaik Pemurah dan Maha Luas Pemberian.

Allah berfirman: Dan Kami jadikan mereka Imam-Imam, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami. [Al Anbiya: 73)

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing dengan perintah kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. [Al Sajdah: 24]

Para Imam yang mulia (selawat Allah ke atas mereka) telah mengemukakan keikhlasan dalam beribadah {dan adalah mereka penyembah-penyembah kami}, dan mereka mengemukakan kesabaran, kepercayaan, dan keyakinan dengan ayat-ayat Allah dan Wahyu Allah {apabila mereka bersabar dan meyakini ayat-ayat Kami}. Maka mereka berhak untuk Allah menjadikan mereka Imam-Imam yang memandu dengan perintahNya. Dalam kedua-dua ayat ini, Allah swt yang {tidak ditanyakan tentang apa yang Dia lakukan} menjelaskan sebab Dia menjadikan para Abid ini sebagai Imam-Imam yang memandu dengan perintahNya, kerana keutamaan tanpa sebab adalah menafikan keadilan dan Dia swt adalah Maha Adil. Disebabkan ini, saya mengatakan wahai mukminin dan mukminat yang dikasihi bahawa kalian pada hari ini memiliki fitrah dan kesediaan untuk menjadi seperti Muhammad (sawas), Ali (a.s), dan Keluarga Muhammad (a.s), jadi janganlah kalian mensia-siakan peluang ini. Harus kalian berhati-hati kerana setiap seorang daripada kalian membawa titik hitam yang boleh memusnahkan kalian dan menjadikan kalian lebih jahat daripada Iblis (laknat Allah ke atasnya) yang merupakan Imam bagi mereka yang takbur ke atas khalifah Allah di bumi-Nya. Saya memohon kepada Allah agar melebihkan kalian dengan kebaikan di akhirat dan dunia.

Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam “Illiyyiin”. (18) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Illiyyiin” itu? (19) Ialah kitab catatan yang jelas nyata, (20) Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya. (21) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat: (22) Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). (23) Engkau dapat melihat pada muka mereka: Cahaya nikmat yang mereka perolehi. (24)Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya, (25) Meterainya kasturi, dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; (26) [Al Muthaffifin: 18-26].

Apa yang Ali (as) tawarkan untuk layak mendapatkan keutamaan AIlah ini?

Ali (Selawat Allah ke atasnya) membantu Rasulullah Muhammad (sawas) pada awal diutuskannya dan dia adalah yang pertama beriman. Apatah lagi dia adalah seorang lelaki yang tersangat muda umurnya telah menawarkan hidupnya sebagai korban di tangan Allah swt dan setiap kali [pertempuran] dia telah meninggalkan luka atau luka parah yang membawa maut, tetapi tidak pernah menghalangnya dari mara ke arah kematian di masa yang lain. Dia mempersembahkan ibadah dan keikhlasan dengan membelanjakan kesemua yang dia miliki, dari cincinnya dan makanannya ketika sedang berpuasa. Tiada siapa yang mengetahui perbuatannya jika tidak diturunkan Allah ayat al-Quran yang menyebutkan perbuatannya itu. Ali (Selawat Allah ke atasnya) menyembunyikan tangisannya di antara tangan Allah swt hattakan dari Fatimah (Selawat Allah ke atasnya). Ali telah menghancurkan keakuannya dan tidak pernah meminta untuk disebut, maka Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan serta melebihkannya ke atas seluruh alam.

Adapun di akhir hayatnya, dia adalah pemerintah bagi sebuah daulah yang besar. Oleh itu, saya tinggalkan kepadanya untuk menggambarkan keadaannya ketikamana dia (selawat Allah ke atasnya) berkata: “Adakah aku akan berpuas hati dengan diriku sendiri untuk digelar Amirul Mukminin, sedangkan satu detik pun aku tidak bersekutu dengan mereka (Orang beriman) dalam fitnah perbuatan yang menimbulkan kebencian masa ini? Atau menjadi model ikutan mereka dalam kesusahan hidup? Aku tidak diciptakan untuk disibukkan dengan memakan makanan-makanan lazat seperti binatang ternakan ditambat yang hanya bimbangkan jerami, atau haiwan liar yang berkeliaran di sekitar makanan, yang hanya memperdulikan makanannya sahaja tanpa mengetahui apa tujuan, atau ditinggalkan sia-sia dan dibiarkan tidak berguna, atau patutkah aku merenggut tali kesesatan, atau tercari-cari jalan kesesatan tanpa ilmu?

Pergi jauh dariku wahai dunia, aku telah singkirkan kamu jauh-jauh, aku telah memisahkan diri dari cengkamanmu, aku melepaskan diri dari perangkapmu, aku mengelak dari terjerumus ke dalam jurangmu. Di manakah orang-orang yang kamu goda dengan senda guraumu? Di manakah umat-umat yang kamu pesonakan dengan perhiasanmu? Di sini mereka! dipenjarakan di dalam kubur dan tersimpan di liang lahat. Demi Allah, Sekiranya kamu seseorang yang boleh dilihat dengan bentuk dan deria, akanku tegakkan ke atasmu undang-undang Allah bagi orang-orang yang kamu goda mereka dengan harapan-harapan, umat-umat yang kamu lemparkan mereka ke dalam jurang, raja-raja yang kamu serahkan mereka kepada kebinasaan dan kamu bawa mereka ke destinasi penderitaan, tanpa ada perhentian dan permulaan.

Jauh sekali, siapa yang memijak tempat licinmu akan tergelincir, siapa yang belayar dilautan besarmu akan tenggelam, siapa yang melencung dari perangkapmu akan berjaya. Orang yang selamat daripadamu tidak keberatan jika kediamannya tidak selesa. Dunia di sisinya adalah seperti hari yang telah tiba masa luputnya. Pergi jauh dariku [wahai dunia], demi Allah aku tidak menghinakan diriku kepadamu sehingga kamu akan menghinakanku, aku juga tidak melunakkan diri kepadamu sehingga kamu dapat mengemudiku. Demi Allah, kecuali dengan apa yang dalam kehendak Allah, aku meredhakan diriku dengan latihan untuk berpuashati dengannya jika ditakdirkan aku mendapat sekeping roti untuk dimakan, dan secubit garam sebagai penyedap, dan aku menyediakan biji mataku seperti mata air yang telah kering sumbernya, sehingga tiada lagi air mata. Pernahkah kamu melihat binatang ternakan duduk melutut selepas kekenyangan dengan rumput ragutan mereka? Atau melihat biri-biri berbaring dan berehat selepas puas meragut rumput? Perlukah Ali makan sepuas-puasnya dan kemudian tidur dengan aman? Maka bekulah matanya selepas bertahun-tahun dia mengikuti contoh binatang liar dan ternakan ragut. 

Berbahagialah [sesungguhnya] orang yang memenuhi kewajipannya kepada Tuhannya, menahan penderitaannya, meninggalkan tidurnya pada waktu malam, dan apabila rasa mengantuk menguasainya dia menjadikan bumi sebagai tilam dan tangannya sebagai bantal. Di kalangan orang yang berjaga pada waktu malam kerana takutkan destinasi mereka di akhirat, berenggang dari tempat tidur mereka, bibir mereka bersenandung dalam mengingati Allah, dan dosa-dosa mereka larut semasa mereka mencari pengampunan {Mereka adalah parti Allah, Sesungguhnya! Parti Allah adalah orang-orang yang berjaya}.


Allah telah merahmatimu wahai Abu al-Hassan. Kamu mendahului [kepada Allah] dengan tersangat jauh, dan meletihkan sesiapa jua yang datang selepas kamu [dalam perlumbaan] dengan keletihan yang teramat sangat.

Wahai orang-orang dikasihi [Ansar], peristiwa ini juga mengingatkan kita kepada mereka yang telah mengingkari dan akan terus mengingkari Ketuanan Allah, Ali (a.s) dan ikrar taat setia di Ghadeer, walaupun hakikatnya [peristiwa Ghadeer] diriwayatkan secara mutawatir. Malah mereka tetap berteori tentang Ketuanan manusia walaupun wujud ayat-ayat yang jelas dan isyarat petunjuk yang menjelaskan Ketuanan Allah, serta hakikat bahawa bumi ini tidak pernah kosong dari Khalifah Allah selepas Muhammad (sawas), begitu juga sebelumnya. 

Oleh itu, wahai umat Islam takutlah kepada Allah dan tunduklah kepada kebenaran yang Allah telah zahirkan pada Hari Ghadeer, dan berimanlah dengan Imamah Ali (a.s) yang lebih utama daripada diri mereka sendiri dengan nas Ghadeer, sepertimana Rasulullah (sawas) dan Allah swt (lebih utama dari diri mereka). Wahai umat Islam, dalam situasi yang melanda sekarang ini dengan kekabutan kelompok (firqah) dan pertumpahan darah khususnya di Syria. Maka saya tegakkan hujah di hadapan Allah dan mengajak kelompok-kelompok umat Islam dari kalangan Sunnah, Syiah, dan lain-lain untuk bersatu di bawah panji kebenaran yang saya tegakkan dan serukan kepada mereka. Panji Ketuanan Allah dan taat setia kepada Allah, panji tunggal wasiat Muhammad ibn Abdullah (sawas) pada malam kewafatannya, yang menyebutkan di dalamnya 12 Imam dan 12 Mahdi.

Saya telah pun menjelaskan kebenaran buat mereka, maka takutlah kepada Allah dan bersatu di bawah panji kebenaran dan panji Imam Mahdi yang dijanjikan Nabi (sawas) di akhir zaman. Panji ini adalah panji Ahlul Bait Nabi kamu, maka janganlah kamu melepaskan peluang dalam membantu dan berarak di sekelilingnya. 

Sekarang alihkan perhatian kamu wahai Ahlul Sunnah [Muslim] kepada kelompok takfiri (wahabi salafi) bukan sahaja menghalalkan darah Syiah, malah turut mengkafirkan ahlu sunnah yang lain dan menghalalkan darah-darah mereka. Apa yang telah berlaku dan masih berlaku di Libya seperti perobohan maqam-maqam sufi, pembunuhan Sunni dan Sufi Asy’ari yang cuba untuk mempertahankan tempat-tempat suci mereka. Apa yang telah berlaku di Mesir seperti pembunuhan pengawal sempadan di Sinai yang Sunni. Apa yang telah berlaku dan masih berlaku di Iraq dan Somalia adalah bukti terbaik bahawa puak Wahabi ini telah menyimpang dari agama dan mereka adalah Khawarij akhir zaman yang mana Rasulullah Muhammad (sawas) telah memberi amaran tentang fitnah mereka. Mereka dari kelompok Wahabi ini didorong oleh kejahilan, perlucutan akal fikiran, maruah dan kehormatan diri; dan bukti terbaik untuk disaksikan semua adalah apa yang mereka lakukan baru-baru ini di Pakistan apabila mereka menyerang seorang murid perempuan yang miskin dengan senjata api kerana dia enggan berhenti belajar. Kebenaran yang mengejutkan ini tidak terhenti setakat itu sahaja apabila beberapa sheikh Ahlul Sunnah turut tunduk kepada mereka dan mula menyerang mereka yang mengikut (tashayyu’) Keluarga Muhammad (a.s), sebagai meredhakan tindakan Wahabi pembunuh yang merupakan Khawarij di akhir zaman.

Saya berharap kepada Allah agar dakwah ini diterima di sisi para intelektual dan pengkaji yang dahagakan kebenaran agar mereka mendapat manfaat daripadanya hari ini. Seterusnya mengambil inisiatif untuk menjabat tangan ini yang Allah telah panjangkan buat mereka supaya tidak menyesal esok hari sekiranya masih ada masa untuk mereka menyesal. Sedangkan sebahagian pemerintah atau penindas di negara-negara Arab tidak pernah punya masa untuk menyesal. 

Harapan saya agar Syiah Keluarga Muhammad (a.s) memilih untuk berada di bawah panji ini kerana ia adalah panji tunggal kebenaran yang amat nyata, yang menyeru kepada kebenaran. Satu-satunya panji yang tidak mengampu dan tidak bercampur baur dengan ahli kebatilan. Orang yang bersalah dari kalangan Syiah Keluarga Muhammad (a.s) adalah orang yang bergantung kepada orang-orang [ulama] yang kosong dari sebarang dalil syari’e mahupun akli dalam mendakwa kewajipan taklid dan kenaiban umum (kepada Imam Mahdi a.s). Kesilapan mereka yang bergantung kepada orang-orang [ulama] yang tidak mempercayai antara satu sama lain. Setiap seorang daripada mereka telah mengambil sekelompok dari Syiah Keluarga Muhammad (a.s) dan membentuk puak untuk dirinya sendiri tanpa dilantik oleh Allah. Sehingga mereka memecahbelahkan Syiah Keluarga Muhammad (a.s) kepada banyak puak dan menjadikan mereka tidak dapat berbuat sesuatu bersama-sama walaupun untuk menentukan dua hari raya Eid. Oleh itu, bagaimana mereka dapat bergantung kepada orang-orang [ulama] ini dalam perkara yang lebih besar atau ancaman yang lebih hebat sampai bila-bila pun. Bagaimana mungkin bergantung atas orang-orang (ulama) ini dan kalian melihat mereka melibatkan diri dalam politik dan kerajaan Iraq sebagai contoh. Mereka mempunyai nasib yang lebih teruk daripada air ludah Musailamah [orang yang mendakwa menjadi nabi pada masa Nabi Muhammad (sawas)], apabila salah seorang daripada pengikut-pengikutnya memintanya untuk memberi berkat (tabarruk) kepada sebuah telaga yang mempunyai sedikit air, maka dia meludah di dalamnya untuk meningkatkan air tetapi sebaliknya ia menjadi kering.

Wahai manusia sekalian, biarkanlah setiap mukmin memilih jalannya sendiri dengan teliti dan berhati-hati dengan Allah, kerana berkemungkinan dia akan menjadi sebahagian daripada rencana Iblis dan menolak dirinya kepada kemarahan Allah. Dan berkemungkinan dia akan menjadi sebahagian daripada perancangan Mahdi Ilahi, menyokong kebenaran, menyokong panji taat setia kepada Allah, panji ketuanan Allah, dan panji hari Ghadeer yang diberkati.

Dan salam sejahtera dan rahmat Allah serta berkat-Nya ke atas kamu.


Ahmad al-Hassan

Hari Ketuanan Allah

Hari Ghadeer yang diberkati 1433 Hijrah (2012)

GAMBARAN-GAMBARAN SIFAT AL YAMANI (A.S)

Hadis-hadis Ahlulbayt (a.s) banyak sekali menerangkan tentang nama, sifat dan tempat tinggal Mahdi Pertama dengan terpeinci. Malah ianya lebih banyak jika dibandingkan dengan para Nabi dan Rasul lainnya yang diutuskan Allah swt. 

 

 
  1. Namanya adalah Ahmad, adakah ini benar? 
  2. Gelarannya adalah Abdulah, adakah ini benar? 
  3. Tempat tinggalnya adalah Basrah, adakah ini benar? 
  4. Berbibir merah, adakah ini benar? 
  5. Cengkung Matanya, adakah ini benar? 
  6. Tinggi keningnya, adakah ini benar? 
  7. Bahu yang lebar, adakah ini benar? 
  8. Kelemumur di kepalanya, adakah ini benar? 
  9. Ada tanda di pipi kanannya, adakah ini benar? 
  10. Tubuhnya seperti tubuh Musa bin Imran (a.s), adakah ini benar? 
  11. Hitam manis warna kulitnya, adakah ini benar? 
  12. Ibunya seorang berkulit hitam, adakah ini benar? 
  13. Seorang Pemuda di awal kemunculannya, adakah ini benar? 
  14. Belakang badannya ada cop kenabian Adakah ini benar? 
  15. Nasabnya yang terputus, adakah ini benar? 
  16. Dakwah kepada kebenaran dan jalan yg lurus, adakah ini benar? 
  17. Mendakwa sebagai Al Yamani dan utusan Imam Mahdi (a.s), adakah ini benar? 
  18. Didatangkan dengan wasiat Rasulullah (sawas), adakah ini benar? 
  19. Mendakwa sebagai washi dan Mahdi Pertama, adakah ini benar? 
  20. Didatangkan dengan ilmu Quran, adakah ini benar? 
  21. Didatangkan dengan Ilmu tentang Injil, adakah ini benar? 
  22. Didatangkan dengan ilmu tentang Taurat, adakah ini benar? 
  23. Mengetahui berkaitan Halal dan Haram, adakah ini benar? 
  24. Mengajak kepada empunya sebenar iaitu Imam Mahdi (a.s), adakah ini benar? 
  25. Dikenali dengan panji kekuasaan Allah dan menolak piliharaya, adakah ini benar? 
  26. Penyaksian Allah akan amal kebajikannya, adakah ini benar? 
  27. Dibantu oleh karamah dan mukjizat, adakah ini benar? 
  28. Diakui oleh Keluarga Muhammad (a.s) akan kelebihannya di dalam ru’ya dan kasyaf, adakah ini benar? 
Dan lain-lain lagi ??? 
 
Adakah masuk akal kesemua ini adalah benar? 
 
Atau adakah kalian yang tidak bersedia untuk menerima Imam Mahdi (a.s) dan anaknya yang merupakan Washi dan utusannya Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s)? 
 
Demi Allah, Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) tidak tertinggal satu perkara pun berkaitan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) kecuali mereka (a.s) telah menerangkan dan menggambarnya secara terperinci, begitu juga nama dan tempat tinggalnya. Tiada lagi keraguan berkaitan urusannya, yang dia adalah mahdi Pertama dan Al Yamani yang dijanjikan. 
 
Oleh kerana kesemua ini adalah bukti-bukti dan kalian masih lagi enggan mempercayainya? Saudaraku, jika berbaki 1% pada tanggapan kalian bahawa dia adalah Al Yamani yang sebenar, maka selidikilah dan carilah sehingga kamu hujung nyawamu. 
 
Saudaraku sesama Islam, tidak perlulah kalian menuntut sesuatu yang luar biasa dalam urusan akhirat kerana ianya akan membuatkan kalian ragu-ragu dan menjadikan kalian musuh kepada Al Yamani (a.s), yang dijanjikan untuk menyelamatkan kalian dari api neraka jahanam!!! 
 
Sekarang mari kita sama-sama menghitung perkara ini berdasarkan ilmu kebarangkalian: 
 
Menurut perangkaan penduduk Basrah adalah seramai 3 juta orang dan separuh daripadanya adalah wanita, maka berbaki 1.5 juta orang. Kita bahagikan pula penduduk lelaki ini kepada 7 pecahan umur dari umur satu tahun hingga 70 tahun. Peringkat umur yang disebutkan di dalam riwayat-riwayat Ahlubayt (a.s) adalah beliau akan muncul sebagai seorang pemuda yang dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun. Maka bilangannya (1.5 juta bahagi 7) akan menjadi 230,000 orang. 
 
Telah bersabda Rasulullah (sawas): “Mahdi adalah daripada keturunanku yang warna kulitnya adalah warna kulit bangsa Arab dan tubuhnya adalah seperti tubuh bangsa Israel iaitu hitam manis dan tinggi tubuhnya, dan berbadan besar.” Adapun penduduk Basrah kebanyakannya berkulit hitam manis dan dianggarkan yang tersangat hitam manis kulitnya di kalangan mereka, nisbahnya adalah sepertiga. Jadi bilangannya adalah 8000 orang. 
 
Bagi yang bertubuh tinggi dan berbadan besar pula, kebanyakan pendudukan Basrah adalah bertubuh rendah dan sederhana serta berbadan besar. Oleh itu, apabila dinisbahkan sepertiga dari mereka dari kalangan 8000 orang tadi, jumlahnya menjadi 2700 orang. 
 
Manakala yang berbibir merah pula bolehlah diagakkan mereka yang mempunyai gambaran ini sekitar 20 peratus sahaja, maka jumlahnya (2700/5) menjadi 540 orang. Begitu juga yang bermata cengkung sekitar 20 peratus, maka jumlahnya (540/5) menjadi 108 orang. Begitu juga yang mempunyai kening yang tinggi pula sekitar 20 peratus, maka jumlahnya (108/5) menjadi 22 orang. 
 
Sekarang kita tinggalkan sifat-sifat lain kecuali satu sifat iaitu tanda di pipi kanannya, dan pergi ke mana-mana tempat di Basrah untuk menghimpunkan kesemua 22 orang tadi, maka kebarangkalian untuk mendapatkan orang yang mempunyai tanda di pipi kanannya adalah sedikit. Dan dari kalangan yang sedikit itu pula, kebarangkalian untuk mendapatkan orang yang benar-benar alim tentang hadis, diakui oleh keluarga Muhammad (a.s) akan keutamaannya melalui mimpi (ru’ya) dan kasyaf, mengetahui ilmu Quran berkenaan Muhkam dan Mutasyabihnya, injil, Taurat dan alim berkenaan ilmu-ilmu samawi dan bumi adalah terbatas hanya kepada seorang sahaja. 
 
Apakah ada ramai individu yang seperti ini???
 
 

Soalan 121: ADAKAH DIBENARKAN MENGGUNAKAN GELARAN AYATULLAH ATAU AYATULLAH AL UZHMA KEPADA SELAIN MAKSUMIN (A.S)?

Soalan: Kebanyakan ulama-ulama mutaakhir ini menggunakan gelaran Ayatullah Al Uzhma, apakah yang dimaksudkan dengan Ayatullah Al Uzhma? Adakah ianya dikhususkan kepada Aimmah (a.s) atau kepada umum hingga boleh digelarkan kepada ulama-ulama? 

 

 
Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (a.s):
 
Berkata Musa kepada mereka: "Celakalah kamu, janganlah kamu mengada-adakan kedustaan terhadap Allah, maka Dia membinasakan kamu dengan siksa". Dan sesungguhnya telah merugi orang yang mengada-adakan kedustaan. [Taha: 61] 
 
Ayat adalah tanda atau bukti yang dinisbahkannya kepada Allah swt, samada melalui jalan penetapan kewujudanNYA ataupun melalui jalan mengenaliNYA swt. 
 
Adapun melalui jalan penetapan kewujudanNYA swt, maka kesemua makhluk dan kewujudan itu adalah ayat-ayat Allah swt, dan manusia adalah yang paling hebat. Setiap kewujudan itu menunjukkan kepada kewujudan Khaliq iaitu Pencipta kerana ianya diciptakan, dan menunjukkan kepada kewujudan Penjadi kerana ianya dijadikan. Oleh itu, pada manusia itu terdapat paling banyak bukti dan tanda yang menunjukkan kewujudan Pencipta (Khaliq) swt. 
 
Adapun dari sudut mengenaliNYA swt, maka Ayat-Ayat Allah itu tidak berlaku melainkan dengan Hujah-HujahNYA swt ke atas makhlukNYA kerana hanya melalui mereka dikenali Allah, mereka adalah keterangan keatasNYA dengan jalan yang sebenar dan keyakinan. Berdasarkan makna ini tetaplah bahawa Aimmah (a.s) adalah Ayat-Ayat Allah. Maka Ayatullah Al Uzhma adalah dikhususkan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s) dan Ayatullah pada zaman ini adalah Imam Mahdi (a.s). Bahkan tidak sah untuk menamakan Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan (a.s) dengan gelaran Ayatullah Al Uzhma ini, kerana ianya adalah kelebihan yang dikhususkannya kepada washi di kalangan Awshiya iaitu Ali bin Abu Talib (a.s) yang diibaratkan sebagai makhluk yang paling kenal Allah selepas Muhammad (sawas). 
 
Manakala para ulama, yang pastinya mereka bukanlah menginginkan makna yang pertama kerana makna pertama meliputi setiap manusia samada mereka baik atau jahat. Bahkan makna pertama adalah melihat kepada jenis makhluk, maka menggunakannya untuk membezakan antara jenis-jenis yang berlainan adalah satu perbuatan yang sia-sia dan tiada manfaat padanya. Oleh itu, mereka pastinya memaksudkan dengan makna yang kedua dan dengan ini mereka telah memasukkan diri mereka ke dalam perkara yang dilarang. Secara mutlaknya menamakan gelaran ini (Ayatullah) kepada selain Aimmah (a.s) adalah haram, malah menamakan Ayatullah Al Uzhma kepada selain Amirul Mukminin adalah juga haram secara mutlak. 
 
Telah disebutkan di dalam riwayat yang shahih daripada mereka (a.s), yang menamakan Fatimah (a.s) dan Aimmah (a.s) sebagai Ayat Allah. Daripada Imam Kadhim (a.s), daripada bapa-bapanya (a.s), daripada Rasulullah (sawas) telah bersabda: “Aku telah memasuki syurga dan aku melihat ke atas pintunya tertulis dengan tinta emas, Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad kekasih Allah, Ali bin Abi Talib wali Allah, Fatimah Ayat Allah…” [Kanz Al Fawaid, jilid 1, ms 149] 
 
Daripada Amirul Mukminin (a.s) telah berkata: “Imam adalah kalimah Allah, Hujjah Allah, Wajah Allah, Cahaya Allah, Hijab Allah dan Ayat Allah, yang Allah memilihnya dan menjadikan padanya apa yang Dia kehendaki dan diwajibkan baginya wilayah dan ketaatan ke atas seluruh makhlukNYA. Maka dia adalah waliNYA di langit-langitNYA dan di bumiNYA…” [Bihar Al Anwar, jilid 25, ms 169] 
 
Diriwayatkan gelaran Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dengan Ayat Allah Al Uzhma: telah berkata Syeikh Mufeed dan Sayyid Ibnu Tawoos di dalam kitab Iqbal yang diriwayatkan bahawa Jaafar bin Muhammad Al Sadiq (a.s) telah menziarahi makam Amirul Mukmini (a.s) dengan membaca ziarah ini: “…sehingga kepada kata (a.s): Salam ke atas kamu wahai Ayat Allah Al Uzhma…” [Bihar Al Anwar, jilid 97, ms 373][Al Iqbal, ms 608][Mafatih Al Jinan, ms 448] 
 
Diriwiyatkan daripada Imam Sadiq (a.s) berkaitan larangan dan tegahan menamakan Amirul Mukminin kepada selain Ali bin Abi Talib, ketikamana seorang lelaki bertanya tentang Qaim (a.s) dan memberi salam ke atasnya dengan Amirul Mukminin, telah berkata (a.s): Tidak, itu adalah nama yang Allah namakannya kepada Amirul Mukminin (a.s), tidak sesiapapun pernah dinamakan dengannya sebelum darinya dan tidak juga menamakan dengannya selepas darinya kecuali orang kafir. Aku berkata: Jadikan aku tebusanmu, bagaimana diberi salam ke atasnya? Talah berkata (a.s): mereka berkata Salam ke atas kamu wahai Baqiyyat Allah, setelah itu membacakan: “Baqiyyatullah lebih baik bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman” [Al kafi, jilid 1, ms 411][Hud: 86] 
 
Telah ditanya Imam Ridha (a.s): mengapa dinamakan Amirul Mukminin (a.s)? telah berkata (a.s): kerana dia memberikan mereka (Yumiruhum) ilmu, adakah kamu tidak mendengar di dalam kitab Allah disebutkan: “dan kami memberikan (Numiru) kepada ahli kami” [Yusuf : 65][Al Kafi, Jilid 1, ms 412] 
 
Apabila tidak dibenarkan menamakan sesiapapun selepas Ali dengan gelaran Amirul Mukminin melainkan dia kafir, maka apa pula dalil mereka untuk menamakan diri mereka dengan nama yang dikhususkan kepada Amirul Mukminin iaitu Ayat Allah Al Uzhma? 
 
Firman Allah Taala: Yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka. Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!). Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia. Padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya. Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan, Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata. (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Al Najmu: 23-30) 
 
Adalah wajib bagi sekelian manusia terutama golongan ulama untuk tidak melampaui batas-batas mereka, dan harus beringat serta kembali kepada kebenaran, dengan mengamalkan sikap tawadhuk yang menumbuhkan hikmah dan bukannya dengan perasaan takabbur.

 

 
 
 

ADAKAH MUKJIZAT PRA SYARAT KEIMANAN KEPADA KHALIFAH ALLAH?

SOALAN: Imam mendatangkan mukjizat untuk memperkenalkan dirinya, Mazhab syiah tdk akan terima kata mrk dgn begitu sahaja melainkan selepas keluarnya tanda 2 mukjizat setiap dr mereka 4 itu, imam Mahdi menjadi wasitah dan perantaraan utk mrk mengeluarkan nya yakni mukjizat itu. Kenapa mesti 4 ni kena ada mukjizat krn untk tunjuk bukti benar kata 2 mrk, untuk sahkan pintu mrk sbg saffir imam.

 

 

 

Tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Jelas sekali perbuatan kalian meletakkan mukjizat sebagai asas untuk seseorang beriman kepada para Aimmah (a.s) adalah tidak bersandarkan kepada hujah yang nyata dari Quran dan Sunnah yang muhkam. Kalian hanya meletakkan syak wasangka dan keraguan sebagai hujah kalian, tanpa benar-benar memahami isi kandungan ayat-ayat Quran dan hadis yang menyatakan tentang Mukjizat para Nabi dan Washi. Jika benar mukjizat dijadikan asas keimanan, maka sudah tentulah semua manusia beriman pada hari ini dan tiada lagi orang yang kafir di muka bumi ini. Sudah pastinya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, berkeupayaan melakukannya sendiri tanpa perlu diutuskan para Nabi dan Washi untuk melakukannya. Di sini kami bawakan hujah kami bagi menolak keyakinan sebegini, yang nyata sekali bukan bersumber dari Quran dan Hadis yang muhkam: 
 
Mukjizat membantu Imam dalam membuatkan manusia beriman, tetapi ia bukanlah bermakna mukjizat adalah perkara asas dan utama dalam mengenalpasti, mengetahui atau menilai kedudukan seorang Imam. Imam Jaafar a.s telah ditanya akan hal ini dan lihat bagaimana respon Imam a.s: 
 
Aku bertanya kepada Abi Abdillah (a.s) tentang orang yang sepatutnya memegang urusan ini iaitu pembuat tuntutan. Apakah bukti bahawa dia adalah orangnya? Imam a.s berkata: Dia akan ditanya akan halal dan haram. Sahabat Imam (a.s) berkata: Imam (a.s) berjalan ke arahku dan berkata: Tiga bahan bukti yang apabila kesemuanya bertepatan, maka akan diketahui bahawa dia adalah empunya urusan (Sohib Al Amr): Dia menjadi orang pertama yang berotoriti selepas orang sebelumnya, dia juga memiliki senjata (ilmu Rasulullah), dan dia juga yang akan bersama dengan wasiat yang nyata.” [Kafi v.1 ms 285]
 
Telah berkata Ali Ibn Hussein a.s: “Seorang Imam mestilah maksum dan kemaksuman itu bukan sesuatu yang dikenali oleh peribadi lain. Disebabkan itu ia harus disebutkan melalui teks (nas).” [Maani Al Akhbar ms 132] 
 
Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa seseorang Imam itu hanya dikenali melalui wasiat iaitu teks ketuhanan (nas ilahi). 
 
Mukjizat Sebagai Medium Keimanan?
 
Mukjizat kebendaan tidak mungkin menjadi medium untuk berimannya manusia kepada Allah SWT, malahan Allah SWT tidak meredhai keimanan berasaskan kebendaan semata-mata seperti ini. Sekiranya Allah SWT menerima iman sebegini, sudah pasti diterimaNYA keimanan Firaun setelah melihat Mukjizat kebendaan yang tidak dapat disangkal lagi iaitu melihat terbelahnya laut sambil menyentuh tembok laut yang tinggi dengan tangannya sendiri, seraya berkata: 
 
“Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah).” (Yunus:90) 
 
Namun begitu Allah SWT tidak meredhai keimanan sebegini dan berfirman lagi: 
 
“Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” (Yunus:91) 
 
Seterusnya Allah SWT membiarkan badan Firaun tidak luput agar manusia di kemudian hari berfikir, firmanNYA lagi: 
 
“Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami! (Yunus:92)
 
Amat malang sekali kerana hanya sedikit dari kalangan manusia yang mengambil pengajaran dari ayat dan peristiwa ini. Begitulah mukjizat tidak mungkin dapat membuatkan manusia beriman sepertimana yang mereka kehendaki, kecuali berimannya manusia dengan berat hati kerana dipaksa untuk menerima sesuatu yang hebat setelah tidak mampu berhadapan dengannya. Keislaman sebegini hanyalah Islam pada mata kasar dan bukannya Islam dalam ertikata tunduk kepada yang tidak Nampak (Ghaib) iaitu Allah SWT. 
 
Mereka yang bertadabbur dengan kisah para Nabi a.s akan mendapati bahawa mereka a.s didatangkan dengan perkara yang sama iaitu kesamaan yang tersebar luas di zaman mereka a.s. Musa a.s diberikan tongkat yang boleh menjadi ular besar di zaman yang terdapat banyaknya ahli sihir yang menukarkan tongkat menjadi ular bagi memukau pandangan orang ramai. Begitu juga Isa a.s diberikan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit ketikamana tersebar luasnya perubatan di zamannya. Nabi Muhammad (sawas) juga diberikan mukjizat Al-Quran ketikamana umat Arab mengagung-agungkan sajak dan syair. Hal sedemikian berlaku adalah untuk kesamaran (اللبس), sebagaimana firmanNYA: “Dan kalau Kami jadikannya malaikat (sebagai Rasul), tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran” (Al-An’aam:9). Kesamaran ini adalah bagi memberi ruang kepada mereka yang tidak beriman dengan perkara ghaib agar dapat mentafsir dan seterusnya beriman dengan perkara ghaib. Jika tidak, keimanan mereka hanya berdasarkan kebendaan semata-mata dan bukanlah keimanan dan keislaman sebenar yang diterima oleh Allah SWT, sepertimana dalam firmanNYA: 
 
“Katakanlah (wahai Muhammad): Pada hari pembukaan itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)” (Al-Sajdah:29)
 
Kesimpulannya, kesempurnaan Iman itu adalah beriman dengan perkara Ghaib seratus peratus sepertimana keimanan para Nabi dan Awsiya’ alaihimussalam. Tiap kali keimanan itu bercampur aduk dengan tanda, isyarat, karamah ataupun mukjizat kebendaan ianya adalah keimanan yang paling rendah dan tiada nilainya di sisi Allah SWT. Keimanan dan keislaman yang hanya berdasarkan kekuatan serta kesempurnaan mukjizat semata-mata adalah tidak diterima sepertimana tertolaknya keimanan dan keislaman Firaun. Ini kerana keimanan sebegini adalah seratus peratus keimanan kebendaan, sedangkan Allah SWT menggambarkan bahawa orang-orang beriman itu adalah orang yang beriman dengan perkara-perkara Ghaib:
 
“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Al-Baqarah:3)
 
“Iaitu mereka yang takut Tuhannya dengan beriman kepada perkara Ghaib dan mereka pula gerun cemas akan hari kiamat.” (Al-Anbiya’:49)
 
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada mereka yang takut akan Tuhan mereka dengan beriman kepada perkara Ghaib, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.” (Al-Fathir:18)
 
“Sesungguhnya peringatan dan amaran hanyalah kepada orang menurut Al-Quran serta ia takut Ar-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.” (Yaseen:11)
 
“Orang yang takut akan Al-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat.” (Qaf:33)
 
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menolongNYA serta Rasul-rasulNYA dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib, sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Al Hadid: 25) 
 
“Sesungguhnya orang-orang yang takut akan Tuhannya dengan beriman kepada perkara-perkara ghaib, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Mulk:12)
 
Mukjizat Di Masa Kemunculan Imam Mahdi (a.s)
 
Di sini kami bawakan kepada kalian, keadaan sebenar apabila berlakunya kemunculan Imam Mahdi (a.s) agar kalian tidak terus dibuai mimpi indah sambil menunggu kemunculan Imam Mahdi (a.s). Dan kedatangan seorang washi yang diutuskan bagi mengingatkan umat manusia tentang kemunculan Imam Mahdi (a.s). 
 
Mufadhal Ibnu Umar telah bertanya kepada Imam a.s:”Apakah Imam Mahdi a.s yang ditunggu dan dijangkakan akan muncul pada waktu yang ditentukan, dan dikenali kebanyakan manusia?” Imam a.s menjawab:”Semoga dijauhkan Allah daripada diketahui masa kemunculan Imam Mahdi a.s oleh Syiah kami.” Mufadhal bertanya lagi: “Mengapa sedemikian, wahai Imam?” Imam a.s menjawab:”Kerana ia adalah “Saa’ah” yang Allah swt rujuk ketikamana DIA berfirman: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) Saa’ah itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai “Saa’ah” itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Dia adalah juga “Saa’ah” yang Allah swt firmankan: “Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya?” 
 
Firman Allah swt:”Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan “Saa’ah” [yaitu] kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila “Saa’ah” sudah datang?” Firman Allah swt lagi: “Telah dekat [datangnya] “Saa’ah” itu dan telah terbelah bulan”. FirmanNya lagi: “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan Saa’ah; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.”Orang-orang yang tidak beriman kepada “Saa’ah” itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai “Saa’ah” itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.” [Bihar Al-Anwar, Alamah Al-Majlisi, vol. 53,ms. 1]
 
Saa’ah yang dimaksudkan Quran adalah Imam Mahdi (a.s) sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Sadiq (a.s). Doa untuk Imam Mahdi a.s juga ada menyebutkan tentang perkataan tersebut dan ianya amat signifikan.
 
Apa pula kata Rasulullah (sawa) berkaitan dengan “Saa’ah” (iaitu Imam Mahdi a.s sepertimana yang dikhabarkan oleh Imam Sadiq a.s). Rasulullah (sawa) telah bersabda: “Saa’ah tidak akan tiba sehingga bangkitnya seorang lelaki yang bersama dengan kebenaran, apabila Allah swt membenarkan perkara yang sedemikian. Barangsiapa yang mengikutinya akan terselamat dan barangsiapa yang tidak, akan hancur binasa. Wahai hamba-hamba Allah, bersegeralah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak merentasi salji kerana dia adalah khalifah Allah swt dan khalifahku.” [Dala’il Al-Imamat, oleh At-Tabari, p. 452][Bihar Al-Anwar, vol. 51, p. 65] 
 
Justeru, kemunculan Imam Mahdi a.s adalah selepas hadirnya seorang lelaki yang bangkit dengan kebenaran. Lelaki itu adalah merupakan khalifah Rasulullah (sawas) iaitu Al Yamani.

APAKAH MENGKRITIK ULAMA GHAYRU AMILIN BERSANDARKAN NAS PERBUATAN TERCELA?

SOALAN: Imam as sadeq bersabda Ia tidak di cela jika ia muncul dr segi sifat fizikalnya serta akhlaknya dan ia tdk akan di cela pedusta tdk di hormati seperti contoh para imamah.

 

 
Dijauhkan Imam Ahmad Al Hassan daripada akhlak yang tercela, dia adalah dari keturunan Aimmah yang suci (a.s) dan akhlaknya diambil daripada akhlak mereka (a.s). Dialah yang mengajar dan mengenalkan kami akhlak Rasul Muhammad (sawas) dan akhlak ithrahnya yang suci (a.s), setelah sebelumnya kami tidak mengetahui tentangnya melainkan terlalu sedikit. 
 
Sudah menjadi tabiat kalian menganggap asing kritikan Imam Ahmad Al Hassan terhadap ulama-ulama ghayru amilin (tidak beramal) , kerana sudah menjadi kebiasaan kalian untuk bersangka baik dan tidak memperdulikan kesilapan-kesilapan ulamak dan pembohongan mereka, bahkan membantu dan mengikut kesalahan-kesalahan mereka, seterusnya kalian telah membiasakan penyembahan dan ketaatan membuta-tuli kepada mereka. Sepertimana yang telah dilakukan sebelum kalian dari kalangan Bani Israil, apabila mereka berpakat dengan ulama-ulama mereka dalam menentang Nabi-Nabi Allah, malahan para Aimmah (a.s) telah menerangkan hal ehwal kalian dan mencela kalian dengan seburuk-buruk celaan:
 
Diriwayatkan daripada Imam Baqir (a.s), sesungguhnya (a.s) telah berkata: “Akan berlaku di akhir zaman orang-orang yang mengikut mereka adalah orang-orang yang suka menunjuk-nunjuk, yang elok bacaannya dan menyongsang ilmunya, pembid’ah yang jahat perangai, tidak mewajibkan amar makruf dan mencegah kemungkaran, melainkan apabila dapat menyelamatkan mereka daripada bahaya, dan mereka meminta kemudahan dan alasan untuk diri mereka, dan mereka mengikuti kesalahan-kesalahan ulama dan kefasadan ilmu mereka.” [Tahzib Al Ahkam, jilid 6, ms 180] 
 
Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul (sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: “Akan datang ke atas manusia satu zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan.” [Raudhat Al Kafi, ms 479]
 
Pada pandangan kalian Imam Ahmad Al Hassan tidak akan mempunyai akhlak yang baik melainkan apabila dia mengikuti ulama-ulama dan kesalahan-kesalahan mereka, dan menganggap mereka sebagai maksum sepertimana Aimmah (a.s) yang tidak mungkin terbit kesalahan dari diri mereka!!! Tidak mungkin dikatakan kepada mereka bahawa pandangan mereka telah dikaburkan. 
 
Kalian lihatlah sendiri penyelewengan-penyelewengan keji dan pertentangan ini yang sama sekali tidak boleh dimaafkan oleh sirah Ahlulbayt (a.s). Bukankah lebih baik bagi kami untuk merujuk kepada Ahlulbayt (a.s) supaya mengajarkan kami, siapakah sepatutnya ditaati dan apakah sifat orang yang patut ditaati? supaya jangan sampai kami merampas kedudukan orang-orang yang maksum dan memakaikannya kepada selain mereka. Telah diriwayatkan daripada Ahlulbayt (a.s) bahawa tiada ketaatan selain kepada orang yang maksum. 
 
Sepertimana yang diriwayatkan daripada Amirul Mukminin (a.s) ketika dia berkata: “Adapun ketaatan itu kepada Allah dan RasulNYA (sawas) dan pemegang urusan (wulat Al Amr), dan adapun Allah memerintah supaya mentaati Rasul (sawas) kerana kemaksumannya yang menyucikan dan tidak menyuruh kepada maksiat, dan adapan diperintahkan untuk taat kepada pemegang urusan kerana mereka adalah maksum yang menyucikan serta tidak menyuruh kepada kemaksiatan.” [Wasail Al Shiah, jilid 72, ms 130]
 
Daripada Jaafar bin Muhammad (a.s) : “...Allah Taala tidak memfardhukan ke atas hamba-hambanya untuk mentaati orang yang Dia tahu akan menurut hawa nafsu dan menyesatkan mereka, dan tidak memilih untuk mengutuskannya, dan tidak mengutamakan dari kalangan hamba-hambanya orang yang akan kufur dengannya dan menyembah Syaitan selainNYA, dan tidak menjadikan kewajipan ke atas hamba-hambanya melainkan yang maksum.” [Al Khishal, ms164]
 
Setelah dikemukakan semua ini, apakah kalian merasa puas untuk mentertawakan akal-akal manusia lemah yang merelakan diri mereka mentaati ulama-ulama sepertimana mentaati Aimmah yang maksum (a.s). Kalian telah menjauhkan mereka daripada membantu utusan Imam Mahdi (a.s) dan kalian menundukkan mereka supaya mengikut kehendak Amerika dan teori demokrasinya. Kalian menggantikan kedudukan perlembagaan Ilahi dengan perlembagaan ciptaan manusia. Apakah kalian tidak menyangka bahawa kalian akan berdiri di hadapan Allah Taala besok dan akan ditanyakan berkenaan hal tersebut, dan akan dihisab dengan perhitungan yang sangat sukar, dan di sisiNYA nanti kalian akan berkata sepertimana yang diceritakan kepada kalian oleh Allah Taala di dalam Quran: 
 
“(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.” (Al Baqarah: 166-167) 
 
Pengikut-pengikut ulama jahat juga akan berkata sepertimana Allah Taala telah ceritakan berkenaan mereka: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! (Al Ahzab: 66-68) 
 
Oleh itu adalah menjadi hak Imam Ahmad Al Hassan untuk berucap kepada orang-orang yang mengingkari haknya dan mendustakannya tanpa sebarang dalil dan menentangnya sebagai musuh sehingga sampai kepada ingin membunuhnya (semoga Allah memeliharanya dari segala kejahatan). Imam Ahmad Al Hassan tidak pernah melampaui lafaz ucapan Ilahi terhadap ulama jahat yang bertindak menentang Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul (a.s), Allah Taala berfirman: Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al Jumuah: 5)
 
Allah Taala telah berfirman berkaitan seorang alim Bani Israil yang bernama Bal’am bin Ba’ura: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan [derajat]nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya [juga]. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah [kepada mereka] kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.” (Al A’raf: 175-177) 
 
Lihatlah bagaimana tingginya tahap Bal’am bin Ba’ura sehinggakan Allah telah mensifatkan bahawa dia telah dikurniakan ayat-ayatNYA. walaupun begitu, dia tidak membebaskan dirinya daripada bertindak bersama Firaun dalam menentang Nabi Allah Musa (a.s), maka jadilah dia seperti seperti anjing dan seburuk-buruk perumpamaan bagi orang-orang kafir.
 
Kami akan menyebutkan di sini sebahagian kata-kata Aimmah (a.s) dan sahabat-sahabat mereka tentang hakikat sebenar ulama-ulama ghayru amilin dan musuh-musuh kebenaran dan kejujuran. Kebanyakan belum pernah lagi diucapkannya oleh Imam Ahmad Al Hassan sehingga sekarang terhadap ulama-ulama yang memeranginya dan menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang jelik: 
 
Daripada Amirul Mukminin (a.s) dalam mencela penduduk Basrah: “Kalian adalah tentera wanita dan pengikut binatang. Jawapan kamu seperti buih, bila digigit kamu lari, akhlak kamu seperti tepung, dan janji kamu mudah pecah, agama kamu adalah nifaq…” [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 44]
 
Daripada kata-kata Amirul Mukminin kepada Al Ash’ath bin Qays ketika (a.s) sedang berkhutbah di atas mimbar Kufah, maka berlalu sebahagian ucapannya berkenaan sesuatu yang dibangkang oleh Al Ash’ath, lantas berkata: “Wahai Amirul Mukminin ini adalah kewajipan kamu dan bukan milik kamu. Maka (a.s) merendahkan pandangannya kepada Al Ash’ath, lalu berkata: Kamu tidak tahu apa yang diwajibkan ke atasku dan apa yang jadi hak milikku, laknat Allah ke atas kamu dan laknat di kalangan orang-orang dilaknat, pengait anak kepada pengait, munafik anak kepada kafir.” [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 56]
 
Daripada kata-kata (a.s) juga ketika berlakunya pertengkaran mulut dia antara (a.s) dan Usman, maka berkata Al Mughirah bin Al Akhnas kepada Usman:” Aku berasa cukuplah kamu dengannya.” Maka Imam Ali (a.s) berkata kepada Mughirah: “Wahai anak si laknat yang tidak mempunyai keturunan, dan pokok yang tidak mempunyai akar mahu pun cabang…” [Nahjul Balaghah, jilid 2, ms 18] 
 
Daripada Aban bin Taghlab telah berkata: Aku telah bersama Abi Jaafar (a.s) di satu sudut masjid Al Haram dan ketikan sekumpulan orang sedang melaungkan Talbiah di sekeliling Kaabah, lalu (a.s) berkata: “Adakah kamu melihat mereka yang melaungkan Talbiah? Demi Allah suara-suara mereka adalah lebih dibenci oleh Allah daripada suara-suara keldai.” [Wasail Al Syiah, jilid 9, ms 57]
 
Telah berkata Amirul Mukminin (a.s) kepada Muawiyah (l.a): “Wahai Muawiyah, sesungguhnya Rasulullah (sawas) telah mengkhabarkan kepadaku bahawa umatnya akan mewarnakan janggutku dengan darah di kepalaku, dan aku adalah orang-orang yang Syahid, dan umat selepasku akan menuruti, bahawa kamu akan membunuh anakku Al Hassan membelot janji dengan racun, dan anakmu Yazid yang Allah melaknatinya akan membunuh anakku Al Hussain, yang memerintah selepasnya itu daripada anak perempuan zina.” {Kitab Sulaym bin Qays, ms 309]
 
Sekiranya kalian berkata bahawa kata-kata ini sebagai tidak berakhlak, maka kalian telah ingkar kepada kemaksuman Aimmah yang suci daripada perbuatan buruk dan keji. Sekiranya kalian berkata bahawa perkataan-perkataan ini berakhlak, maka kami katakan kepada kalian: Maka tidak mungkin bagi kalian untuk terasa hati dengan Imam Ahmad Al Hassan, apabila dia mengatakan para ulama ghayru amilin seumpamanya atau lebih rendah dari itu. Dan jangan pula kalian berkata bahawa mereka itu adalah musuh-musuh Aimmah dan ucapan sedemikian memang berhak bagi mereka. Sesungguhnya Imam Ahmad Al Hassan juga adalah daripada washi-washi Rasul (sawas) yang dinashkan ke atas mereka dengan wasiat. Dia juga adalah Al Yamani dijanjikan yang telah dikhabarkan oleh Aimmah (a.s) bahawa berpaling daripadanya adalah daripada ahli neraka. Barangsiapa yang mendustakannya atau memeranginya, maka dia telah mendustakan dan memerangi Imam Mahdi (a.s). Maka dia akan dilaknat oleh lidah-lidah generasi akan datang, sepertimana yang telah terjadi kepada orang-orang sebelumnya dari kalangan pendusta dan mereka yang sangsi dan ragu-ragu. Dan mereka yang berbuat zalim kepada keluarga Muhammad akan mengetahui di mana tempat mereka akan dikembalikan dan balasan baik itu adalah buat orang-orang yang bertakwa.

ADAKAH WASHI WAJIB DITAATI SEBELUM KEWAFATAN IMAM MAHDI (A.S)?

Soalan ini bermaksud bagaimana Al Yamani (a.s) wajib ditaati sebelum kewafatan Imam Mahdi (a.s)? Adakah wajib ditaati washi semasa hayat Hujjah terdahulu atau tidak?

 

 
Jawapannya adalah Ya. Peranan seorang washi itu tidak hanya terbatas kepada selepas kewafatan si pewasiat, dan ini terdapat di dalam kitab Allah dan riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) yang muhkam.
 
Musa (a.s) dan Harun (a.s):
 
Harun (a.s) adalah washi Musa (a.s) tetapi dia wafat sebelum Musa (a.s). Oleh itu kepentingan Harun (a.s) adalah di masa hidup Musa (a.s), dan bukan selepas kewafatannya sebagaimana kebiasaan bagi seorang washi. Ini adalah perkara penting yang sekaligus mengenepikan semua kata-kata kalian yang sesat bahawa washi tidak menerima kepentingan kepimpinan umat melainkan di saat kewafatan khalifah Allah di muka buminya. Kejahilan kalian membuatkan Quran tidak pernah melepasi tulang selangka kalian. Sekiranya kalian membacanya maka tadabburlah dengan baik, di manakah wasiat Harun (a.s)? Di manakah khilafah Harun (a.s) kepada Musa (a.s)? Apakah ianya di masa hidup Musa (a.s) atau selepas kewafatan Musa (a.s)? Apakah Harun (a.s) wafat sebelum Musa (a.s)?!!!
 
Kepentingan Harun (a.s) adalah di masa-masa ketiadaan (keghaiban) Musa (a.s), dan ini adalah terang lagi jelas di dalam Quran buat mereka yang mempunyai hati untuk mentadabburinya. Harun (a.s) adalah khalifah Musa (a.s) dan diutuskan sebelum Musa (a.s) di bumi risalah Musa yang pertama iaitu Mesir: 
 
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim. Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu? Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku. Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya dia membantuku). Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku.” [Al Shuara: 10-14]
 
Harun (a.s) adalah khalifah Musa (a.s) apabila dia berpergian bersama Yusha’ (a.s) untuk belajar daripada Abd Saleh.
 
Muhammad (sawas) dan Ali (a.s):
 
Begitu jugalah Ali (a.s) diwajibkan taat ketika ketiadaan Rasulullah (sawas) atau ketikamana Rasulullah (sawas) mewakilkan kepadanya urusan tertentu. Sesungguhnya Rasulullah (sawas) mengumumkan perlantikan Ali (a.s) sebagai washinya semenjak “Yaum Al Dar” di permulaan dakwah Rasul (sawas), sehinggakan Quraish keluar daripada perhimpunan itu sambil mengatakan kepada Abi Talib (a.s) dengan mengejek: “Muhammad telah memerintahkan kamu supaya mendengar mematuhi anakmu.”
 
Ini menunjukkan bahawa perlantikan Amirul Mukminin (a.s) sebagai washi kepada Rasulullah (sawas) pada masa hayatnya dan juga washi selepas kewafatannya. Rasulullah (sawas) telah menjadikan Imam Ali (a.s) sebagai khalifah pada peperangan Tabuk dan dia menjadi Hujjah ke atas penduduk Madinah sebagaimana yang kita sedia maklum. Di sini kami bawakan riwayat-riwayat yang telas dinaskan oleh Rasul (sawas) ke atas Ali (a.s) sebagai washinya di masa hidup dan selepas kewafatannya: 
 
Ali bin Muhammad, daripada sahabat-sahabat kami yang disebutkan namanya, telah berkata: Telah Mengkhabarkan kami Muhammad bin Ibrahim, telah berkata: Telah mengkhabarkan kami Musa bin Muhammad bin Ismail bin Ubaidullah bin Al Abbas bin Ali bin Abi Talib, telah berkata: Telah menceritakan kepadaku Jaafar bin Zaid bin Musa, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya (a.s), telah berkata: “Suatu hari telah datang Ummu Aslam kepada Nabi (sawas) sedang di berada di rumah Ummu Salamah, lantas bertanya kepada Ummu Salamah berkenaan Rasulullah (sawas), maka dia menjawab yang baginda keluar untuk beberapa keperluan dan akan kembali tidak berapa lama lagi. Maka dia menunggu di sisi Ummu Salamah sehingga Rasulullah (sawas) kembali, maka Ummu Aslam berkata: Wahai Rasulullah! demi bapamu dan emakku, sesungguhnya aku telah membaca kitab-kitab dan aku mengetahui setiap Nabi dan Washi, Musa baginya washi di masa hayatnya dan washi selepas kematiannya, begitu juga Isa. Maka siapakah washimu wahai Rasulullah? Maka Rasulullah bersabda kepadanya: Wahai Ummu Aslam, washiku di masa hidupku dan selepas kematianku adalah satu, setelah itu bersabda kepadanya: Wahai Ummu Aslam siapa berbuat seperti perbuatanku ini adalah washiku, kemudian baginda mengambil bata kerikil dari tanah dengan tangannya dan mengisarnya dengan jari jemarinya sehingga ia menjadi seperti tepung, lalu mengulinya dan kemudian mengecapnya dengan cincinnya. Setelah itu baginda bersabda: barangsiapa yang berbuat seperti perbuatanku ini adalah washiku di masa hayatku dan selepas kematianku. Maka aku pun pergi dari sisinya dan mendatangi Amirul Mukminin (a.s), lantas aku berkata: Demi bapamu dan emakku, kamu adalah washi Rasulullah (sawas)? (a.s) berkata: Benar, wahai Ummu Aslam, kemudian mengambil bata kerikil dari tanah dengan tangannya dan mengisarnya dengan jari jemarinya sehingga ia menjadi seperti tepung, lalu mengulinya dan kemudian mengecapnya dengan cincinnya…” [Al Kafi oleh Syeikh Al Kulayni, jilid 1, ms 355]
 
Daripada Ibnu Mahran, daripada Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Muhammad bin Ali, daripada bapanya Ali bin Al Hussain, daripada bapanya Al Hussain bin Ali, daripada bapanya Ali bin Abi Talib (a.s) telah berkata: “Tatkala Rasulullah (sawas) menghampiri wafat, baginda telah memanggilku dan dan tatkala aku masuk kepadanya, baginda telah bersabda kepadaku: Wahai Ali, kamu adalah washi dan khalifahku ke atas keluarga dan umatku, di masa hayatku dan setelah kematianku, walimu adalah waliku dan waliku adalah wali Allah, musuhmu adalah musuhku dan musuhku adalah musuh Allah.. Wahai Ali, ingkar kepada wilayahmu selepasku adalah seperti ingkar kepada risalahku di masa hayatku kerana kamu adalah daripadaku dan aku daripadamu. Kemudia menghampiriku dan menerangkan kepadaku 1000 pintu daripada ilmu, setiap bab membuka 1000 pintu.” [Al Khishal oleh Syeikh Al Sadooq, ms 652]
 
Telah memberitahu kami Muhammad bin Ali (r.a), telah berkata: Telah memberitahu aku Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada Ali bin Ma’bad, daripada Al Hussain bin Khalid, daripada Ali bin Musa Al Ridha, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya (a.s), telah berkata: Telah berkata Rasulullah (sawas): “Barangsiapa yang menyintai untuk berpegang kepada agamaku. Dan menaiki bahtera keselamatan selepasku, maka hendaklah mengikut Ali bin Abi Talib, dan memusuhi musuhnya dan menyokong walinya. Sesungguhnya dia adalah washiku dan khalifahku ke atas umatku di masa hayatku dan selepas kewafatanku. Dia adalah Imam setiap muslim dan amir setiap mukmin selepasku, katanya adalah kataku, perintahnya adalah perintahku, tegahannya adalah tegahanku, mengikutinya adalah mengikutiku, membantunya adalah membantuku, dan menghampakannya adalah menghampakanku. Setelah itu baginda bersabda: Barangsiapa yang memisahkan Ali selepasku, tidak pernah berjumpaku dan aku tidak akan melihatnya di hari kiamat. Barangsiapa yang menentang Ali, Allah haramkan ke atasnya syurga, dan jadikan tempat tinggalnya adalah neraka…” [Kamal Al Din Wa Tamam Al Ni’mah oleh Syeikh Sadooq, ms 260]
 
Bukan lagi rahsia bahawa wujud washi bagi setiap Nabi dan Imam pada masa hayatnya dan selepas kematiannya, yang dinaskan ke atasnya dan membantunya ketika hayatnya. Kemudian dimuktamadkan hal itu dengan wasiat di saat menghampiri maut, supaya tidak ada lagi orang mendakwa bahawa Rasul atau Imam telah mengubah pendiriannya di saat-saat akhir kehidupannya atau mengubah apa yang telah diputuskan. Benar, di masa hayat Hujjah, washi adalah tertakluk dengan Hujjah sebelumnya (Mahjuj bihi). Tetapi dalam masa yang sama menjadi Washi dan Hujjah ketika ketiadaan Hujjah atau ketikamana Hujjah mewakilkannya dalam keadaan-keadaan tertentu, yang mana tiada khilaf padanya. Kata-kata Rasulullah (sawas) kepada Ali (a.s) adalah jelas: “Kamu adalah washi, waris dan khalifahku ke atas keluarga, harta benda dan muslimin pada setiap ketiap ketiadaan (ghaybah).” 
 
Imam Ahmad Al Hassan tidak pernah mendakwa bahawa Imam Mahdi (a.s) telah mati dan menerima wasiat selepasnya, dan tidak pernah juga mendakwa bahawa dia adalah Hujjah yang berasingan ke atas manusia, bahkan dia berkata bahawa dia adalah Hujjah yang dilantik oleh Imam mahdi (a.s). Atau dengan kata lainnya dia adalah Hujjah kepada Hujjah Allah iaitu Imam Mahdi (a.s).

BAGAIMANA MENGENAL WASHI SEBENAR?

SOALAN: maksud perlantikan Qatie merujuk kpd imam yg hidup melantik pengantinya sebelum wafatnya.. di saksi oleh pengikut dan keluarganya spt peristiwa Ghadir. Wasiat dr Rasullulah itu di realisasikan secara qatie oleh para imam kpd washinya, inilah yg di maksud kan wasiat yg di zahirkan yakni di tunjukan oleh imam imam yg hidup kpd wasyi. Sheikh Toosi dlm kitab al Ghaybah dan Sheikh Mufid berkata mengenal imam secara nas sbg contoh perlantikan di Ghadir, imam imam seterusnya ia di laksanakan juga walaupun tdk seramai di Gadhir.

 

 
Sesungguhnya kefahaman kalian dalam hal ini adalah amat jauh tersasar dan jelas sekali tidak merujuk kepada ayat-ayat Quran dan hadis2 Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) dalam menilai kedudukan sebenar perkara ini. Adapun dakwaan bahawa Imam Mahdi (a.s) mesti muncul sendiri dan kemudian mengnaskan di hadapan khalayak ramai, maka ini sesuatu yang membatalkan ketetapan Quran dan hadis2:
 
1) Rasulullah (sawas) berhujjah ke atas Yahudi dan Nasrani dengan wasiat Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu tentangnya, dan kita sedia maklum bahawa kaum Yahudi dan Nasrani yang hidup di zaman Rasulullah (sawas) tidak pernah mendengar atau melihat sendiri Musa (a.s) atau Isa (a.s) ketika mereka mengnaskan wasiat ke atas Rasulullah (sawas) lengkap dengan nama dan sifatnya.
 
 
2) Imam Mahdi juga akan berhujah dengan wasiat Rasulullah (sawas) dan juga wasiat-wasiat Aimmah (a.s) berkenaannya, apakah kita yang hidup di zaman ini telah menghadirkan diri ketika Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) berwasiat berkenaan Imam Mahdi (a.s)? Bagaimana kalian sanggup berhujah Imam Al Mahdi (a.s) dengan dalil yang meragukan dan tidak shahih ini?!!!
 
 
3) Kita sedia maklum juga bahawa kita tidak pernah menghadirkan diri di masa kelahiran Imam Mahdi (a.s) hingga kita benar-benar pasti bahawa dia adalah anak kepada Imam Al Hassan Al Askari (a.s), kita juga tidak pernah mendengar secara terus daripada Imam Al Hassan Al Askari (a.s) bahawa dia telah mengnaskan wasiat ke atas Imam Mahdi (a.s). Oleh itu, apabila bangkit Imam Mahdi (a.s), bagaimana kita hendak mengetahui bahawa dia adalah dirinya yang sebenar iaitu anak kepada Al Hassan Al Askari (a.s) yang telah dinaskan ke atasnya oleh Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s)?!!! 
 
 
Oleh itu kaedah yang sama juga terpakai kepada Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s), dia telah dinaskan di dalam wasiat Rasulullah (sawas), maka apakah perlu penyaksian kalian atau selain kalian untuk membenarkan nas wasiat tersebut. Apakah kalian lupa atau melupakan ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang membicarakan bagaimana untuk mengenali pemilik sebenar wasiat, di sini beberapa nas hadis untuk renungan kalian: 
 
Firman Allah swt: “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang [namanya] mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka.” (Quran 7:157)
 
Apabila mereka mendengar sesuatu tuntutan dan mendapati ianya disebutkan di dalam kitab-kitab mereka iaitu Taurat dan Injil. Maka mereka wajib mematuhinya kerana Allah swt telah melindungi tuntutan ini dan menjaganya hanya bagi pembuat tuntutan (pengklaim) yang sebenar. Demikianlah keadilan, kebijaksanaan dan penilaian Allah swt dipersaksikan ke atas makhluk ciptaanNYA supaya tidak ada lagi perbalahan mengenainya. Begitulah juga yang ditetapkan Allah swt agar peraturannya dikenali oleh manusia dan panahan Allah swt itu tidak pernah tersasar dari sasarannya.
 
Firman Allah swt: “Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar.” (Quran 8:17)
 
Nabi Muhammad (sawa) membuatkannya terang lagi nyata di dalam “tragedi hari khamis”, apabila baginda menyatakan: “Aku akan menuliskan sesuatu buat kamu yang tidak akan membuat kamu sesat”. Celakalah bagi sesiapa yang mengatakan bahawa apa yang Nabi Muhammad (sawas) katakan boleh menyimpang dari kebiasaan atau kata-katanya boleh diselewengkan atau kurang diyakini. Baginda (sawa) menegaskan bahawa apa yg bakal dituliskannya “tidak akan membuatkan kamu sesat” dan baginda (sawas) sentiasa di dalam penjagaan Allah swt, yang tidak akan sekali-kali membiarkan urusan Allah swt jatuh ke tangan bukan pengklaim yang sebenar. Wasiat yang dituntut ini (yang menyebutkan Ahmad di dalamnya) adalah seperti panahan Allah swt yang tidak pernah tersasar atau berada di tangan pengklaim palsu. Ia pasti mengenai sasarannya dan harus berada di tangan pengklaim yang hakiki, bilamana dia yang pertama menuntutnya. Maka dengan cara itulah Khalifah Allah dikenali.
 
Firman Allah swt: “Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. (3) Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan [kepadanya].” (Quran 53:3-4)
 
Apabila wasiat Rasulullah (sawa) ini menyebutkan nama Ahmad, maka Ahmad lah yang bakal menjadi empunya wasiat dan urusan tersebut. Sekaligus Ahmad akan menggunakan wasiat ini untuk memelihara kedudukannya sebagai khalifah Allah. Tidak mungkin bagi seseorang memanjangkan tuntutan tersebut selama 13 tahun dan masih lagi hidup sepertimana yang disebutkan oleh Imam maksum a.s. Abu Abdillah a.s:”Urusan ini tidak seharusnya dituntut oleh sesiapapun melainkan empunyanya atau Allah swt akan memendekkan umurnya.” [Kafi v.1, ms 373]
 
Wasiat adalah perkara utama dalam mengenali pengklaim sebenar menurut Ahlulbayt a.s. Oleh itu, apabila para Aimmah berkata: sesungguhnya washi hanya akan dikenali dengan wasiat, maka ini bermakna bahawa wasiat itu menandakan satu perkara yang tidak diketahui semua orang atau sebahagiannnya. Oleh itu, sewajibnya tanda ini menunjukkan kepada pemiliknya sahaja, bahkan ianya tidak akan dituntut selain dari pemiliknya yang mutlak.
 
Abi Abdillah a.s berkata: “Empunya urusan ini akan hanya dikenali dengan tiga perkara yang tidak akan diberikan kepada sesiapapun melainkan empunyanya. Dia yang pertama sebelum sesiapapun (dengan 3 perkara ini) menuntut bahawa dia adalah khalifahNYA, memiliki senjata Rasulullah (ilmu Rasulullah) dan wasiatnya yang aku tidak pernah memisahkan diriku daripadanya.” [Bashaer Al Darajat ms 202] 
 
AlHarth Ibn Al Mugheera telah bertanya kepada Abu Abdillah (a.s): “Bagaimana kami hendak mengenali Empunya urusan (Shohib Al Amr) ini? Imam (a.s) berkata: “ketenangan, kehormatan, ilmu pengetahuan dan wasiat.” [Basaer Al Darajat Muhammad Ibn Al Hassan Al Safar ms 509][Al Kafi v.1 ms 378][Bihar Al Anwar v.62 ms 217]
 
Daripada Abdullah mengatakan: “Aku bertanya kepada Abi Abdillah (pbuh): Apakah bukti ke atas pembuat tuntutan bagi urusan ini? Imam (a.s) berkata: Tiga perkara adalah merupakan bukti yang tidak terangkum pada manusia lain melainkan empunya urusan ini: di mana dia adalah yang pertama sebelum sesiapapun, dia seharusnya memiliki senjata Rasulullah (ilmu Rasulullah) dan dia menjadi empunya kepada wasiat yang jelas. Ianya adalah wasiat yang sekiranya kamu pergi ke sebuah pekan dan bertanya orang kebanyakan dan anak muda: kepada siapakah si pulan bin sipulan telah melantik penggantinya? Mereka akan membalas: kepada sipulan bin sipulan.” [Al Imamah wal Tabsirah min al Hira ms 138 & 158.]
 
Aku bertanya kepada Abi Abdillah (a.s) tentang orang yang sepatutnya memegang urusan ini iaitu pembuat tuntutan. Apakah bukti bahawa dia adalah orangnya? Imam a.s berkata: Dia akan ditanya akan halal dan haram. Sahabat Imam (a.s) berkata: Imam (a.s) berjalan ke arahku dan berkata: Tiga bahan bukti yang apabila kesemuanya bertepatan, maka akan diketahui bahawa dia adalah empunya urusan (Sohib Al Amr): Dia menjadi orang pertama yang berotoriti selepas orang sebelumnya, dia juga memiliki senjata (ilmu Rasulullah), dan dia juga yang akan bersama dengan wasiat yang nyata.” [Kafi v.1 ms 285]
 
Di dalam perdebatan di antara Imam Ridha (a.s) dengan ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani, dan dalam penghujahannya kepada mereka dinyatakan bahawa Rasul (sawas) diwasiatkan dan dinyatakan di dalam kitab-kitab mereka iaitu Injil dan Taurat. Apabila mereka mengaku kepadanya bahawa wujud nama Rasul Muhammad (sawas) dan sifatnya di dalam kitab-kitab mereka, maka mereka berkata kepadanya: Tetapi kami tidak memutuskan bahawa Muhammad yang disebutkan di dalam kitab kami adalah dia yang sebenar iaitu Muhammad kamu, moga-moga ada Muhammad lain!!! 
 
Maka apa pula jawapan Imam Ridha (a.s), dan bagaimana (a.s) membalas hujah mereka. Adakah jawapannya mencukupi dan hujah yang dapat mengalahkan. Sekiranya jawapannya adalah hujah, maka adakah mungkin kita berhujah dengannya sekarang atau tidak?
 
Sila dengarkan pula penghujahan balas Imam Ridha (a.s) ke atas keraguan mereka semasa dia berkata: “Kamu telah berhujah dengan keraguan, adakah Allah telah mengutuskan sebelum atau selepas daripada Adam (a.s) sehingga ke hari ini seorang Nabi yang bernama Muhammad, dan kamu telah menjumpainya di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan Allah ke atas kesemua Nabi, selain Muhammad?! Maka mereka mengundur diri daripada menjawabnya…” [Ithbat Al Hudah, jilid 1, ms 194-195]
 
Sekarang kami ingin bertanyakan kepada kalian: Adakah Allah pernah mengutuskan sebelum atau selepas Muhammad (sawas) sehingga hari ini, seorang washi yang bernama Ahmad yang disebutkan di dalam wasiat nabi Muhammad (sawas) pada malam kewafatannya, atau Adakah pendakwa wasiat selain Ahmad Al Hassan?
 
Barangsiapa yang menolak dalil kami ini, maka dia telah menolak dalil Imam Ridha (a.s) dalam penghujahan ke atas Yahudi dan Nasrani. Barangsiapa yang menolak para Aimmah (a.s), maka dia telah menolak Allah swt. Kami berlindung diri kepada Allah dari perbuatan sedemikian.

PENDAMPING-PENDAMPING (QARAIN) BAGI KESHAHIHAN HADIS WASIAT RASULULLAH

Pendamping pertama:

 

 
Ketepatan riwayat wasiat dengan Al Quran dan Sunnah yang muhkam, dan ini sudah mencukupi untuk menerimanya. Telah diriwayatkan daripada Abi Abdillah (a.s), telah berkata: “Nabi (sawas) telah berkhutbah di Mina dan berkata: Wahai sekalian manusia, setiap apa yang didatangkan kepada kamu daripadaku bertepatan dengan kitab Allah, maka aku telah mengatakannya, dan setiap apa yang didatangkan kepada kamu bertentangan dengan kitab Allah, maka aku tidak pernah mengatakannya.” [Al Kafi, jilid 1, ms 90]
 
Begitu juga Abu Abdillah (a.s) telah berkata: “Apabila disebutkan kepada kamu satu hadis dan kamu dapati baginya pembuktian daripada kitab Allah atau sabda Rasul (sawas), melainkan yang didatangkan kepada kamu itu adalah lebih utama dengannya.” [Al Kafi, jilid 1, ms 89]
 
Pembuktian pertama dan kedua daripada Al Quran berkenaan hadis wasiat adalah firman Allah Taala: “Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan supaya berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 180)
 
Dan firmanNYA lagi: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah [wasiat itu] disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan dengan kamu…” [Al Maidah: 106]
 
Maka wasiat ketika menghampiri kematian adalah wajib ke atas setiap muslim dengan nas daripada Al Quran, dan Rasul (sawas) pasti tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya. Sewajibnya dia telah berwasiat di malam kewafatannya bertepatan dengan firman Allah swt, kerana tidak terdapat wasiat lain selain daripada hadis wasiat yang menyebutkan wasiat Rasulullah (sawas) di malam kewafatannya ini. Ia adalah satu-satunya bukti kebenaran bagi ayat yang disebutkan terdahulu, dan mengingkari wasiat ini adalah seperti menghukum Rasulullah (sawas) berlawanan dengan firman Allah swt dan sekaligus tidak pernah berwasiat ketika menghampiri maut, semoga dijauhkannya daripada hal sedemikian.
 
Pembuktian ketiga daripada Al Quran adalah firman Allah swt: “Mereka tidak berhak mendapat syafa’at kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah.” (Maryam: 87)
 
Perjanjian (ahd) yang dimaksudkan di sini adalah wasiat ketika menghampiri kematian dan itulah yang dimaksudkan oleh Imam Sadiq (a.s) ketikamana meriwayatkan cara-cara wasiat bagi seorang muslim di saat menghampiri kematian dan (a.s) telah berkata berkenaannya sebagai perjanjian (ahd) yang disebutkan di dalam ayat dari surah Maryam (a.s) ini.
 
Daripada Abi Abdillah (a.s) telah berkata: telah berkata Rasulullah (sawas): “Barangsiapa yang tidak memperelokkan wasiatnya di saat kematiannya adalah seorang yang kekurangan sifat harga dirinya dan akalnya, dikatakan: Wahai Rasulullah, bagaimana orang yang sedang menghadapi maut berwasiat? Baginda bersabda: Apabila dia menghampiri kematiannya dan orang berkumpul di sisinya, katakanlah: Ya Allah yang menciptakan langit-langit dan bumi, yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang nyata, yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah sesungguhnya aku berjanji kepadaMU di negeri dunia yang sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan MU, satu-satunya Engkau yang tiada sekutu bagiMU, dan sesungguhnya Muhammad adalah hambaMU dan utusanMU…sehinggalah dia berkata: Setelah itu berwasiat dengan hajatnya.” Bukti kebenaran wasiat ini adalah daripada Al Quran di dalam surah yang menyebutkan padanya Maryam, firmanNYA Azza wa Jalla: “Mereka tidak berhak mendapat syafa’at kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah.” Maka ini adalah perjanjian si mati dan wasiat adalah hak ke atas setiap muslimuntuk memelihara wasiat ini dan mempelajarinya, dan Amirul Mukminin (a.s) telah berkata: “Telah diajarkan aku akannya oleh Rasulullah (sawas), dan telah berkata Rasulullah (sawas): Telah diajarkan aku akannya oleh Jibril (a.s).” [Al Kafi, 7, ms 2-3][Man La Yahdhuruhu Al Faqih, jilid 4, ms 188][Al Tahzib, jilid 9, ms 173]
 
Bagaimana mungkin Rasulullah (sawas) meninggalkan wasiat ketika menghampiri kewafatannya, sedangkan ianya adalah perjanjian yang dengannya dia memiliki syafaat berdasarkan nas Al Quran yang mulia, dan dengan itu menjadikan dia ingkar kepada perintah Allah swt (dijauhkannya dari hal sedemikian) dan kami berlindung diri kepada Allah dari kata-kata yang melampaui batas ini. 
 
Dengan ini tetaplah dan tiada keraguan lagi bahawa riwayat wasiat yang dinaskan padanya Rasul (sawas) ke atas para Aimmah (a.s) dan para Mahdi (a.s) adalah perjanjian (ahd) Rasul Muhammad (sawas), kerana ianya adalah nas yang dicatatkannya ketika menghampiri kewafatannya dan tidak terdapat riwayat selainnya sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini. Setiap mereka yang meragui hadis wasiat ini adalah menjadi seperti pengikut Iblis, Qabil dan Umar. Kami berlindung diri kepada Allah daripada hal sedemikian. 
 
Pembuktian keempat daripada Al Quran adalah firman Allah swt: “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. [Ibrahim berkata]: “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”. Ketika Ya’qub kedatangan [tanda-tanda] maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma’il dan Ishaq, [yaitu] Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya." (Al Baqarah: 132-133)
 
Maka firman Allah swt mengnaskan ke atas Nabi Yaaqub (a.s) bahawa dia telah mewasiatkan kepada anak-anaknya ketika menghampiri kewafatannya, bahkan juga kepada Nabi Ibrahim (a.s). Ini adalah sunnah yang berterusan yang dilalui oleh setiap Nabi (a.s) dan diikuti oleh Rasulullah (sawas) serta para Aimmah (a.s) selepasnya. Terdahulu telah disebutkan wasiat-wasiat mereka ketika kewafatan dan tidak kedapatan riwayat lain selain dari riwayat wasiat ini yang menyebutkan secara nas, apa yang telah dicatatkannya dari Rasulullah (sawas) di malam kewafatannya, sepertimana yang telah disebutkan berkali-kali. Dengan ini menjadikan firmanNYA “ketika Ya’qub kedatangan [tanda-tanda] maut…” sebagai pembuktian keshahihan pengeluaran riwayat wasiat, kerana ia mensabitkan bahawa Rasulullah (sawas) telah berwasiat di saat dia menghampiri kewafatannya.
 
Kedua-dua ayat ini bukan setakat mensabitkan wasiat Rasulullah (sawas) di malam kewafatannya sahaja, malahan kedua-duanya adalah pembuktian ke atas keshahihan isi kandungan wasiat dan penetapan zuriat Imam Mahdi (a.s). Sesungguhnya ia adalah sunnah Ilahi yang akan berterusan ke atasnya dan akan mewasiatkan kepada anak-anaknya ketikamana maut menghampirinya, sepertimana yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim (a.s), Yaaqub (a.s), Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) selepasnya. 
 
Daripada Imam Al Baqir (a.s), daripada Jabir, daripada Abi Jaafar (a.s) telah berkata: “Aku telah bertanya akannya berkenaan tafsir ayat ini daripada firman Allah: “ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu”, dia (a.s) berkata: “Berlaku kepada Qaim (a.s).” [Tafsir Al Ayashi, jilid 1, ms 61]
 
Dengan kata lainnya, Qaim (a.s) akan ada zuriat dan akan mendatanginya ketika dia menghampiri wafat dan berkata kepada mereka seperti apa yang telah dikatakan oleh Nabi Yaaqub (a.s) kepada anak-anaknya. Ini sekaligus menyokong keshahihan wasiat Rasulullah (sawas) kerana ianya menetapkan zuriat Qaim (a.s) dan dia akan menyerahkan wasiat dan Imamah kepada anak Ahmad Al Mahdi (a.s), yang merupakan Mahdi Pertama dan yang pertama beriman. 
 
Pembuktian kelima daripada Al Quran bagi riwayat wasiat, adalah firman Allah Taala: “Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar. Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang wasiat dan mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.” (Yasin: 49-50).
 
Ini bermakna Allah Taala memeranjatkan orang-orang kafir dan musyrikin dengan azab dan tidak memberikan tempoh kepada mereka untuk berwasiat kepada keluarga mereka sebelum kematian mereka. Ini dianggap sebagai akibat buruk yang Allah telah tetapkannya ke atas orang-orang kafir, dengan apa yang telah mereka usahakan dengan tangan-tangan mereka. Disamping mereka dimatikan dengan keadaan azab Allah, juga Allah tidak memungkinkan mereka meninggalkan wasiat ketika maut. Barangsiapa yang mati dan tidak pernah berwasiat, maka matinya dalah mati dalam keadaan jahiliyyah, dan berada dalam kegelapan yang berlapis-lapis sehiangga dia tidak mampu melihat tangannya sendiri. Sekiranya tidak berwasiat ketika saat kematian dianggap sebagai akibat buruk dan bala Allah bagi mereka yang menyeleweng, maka tidak mungkin Allah membalakan sedemikian ke atas orang-orang mukmin terutamannya Rasul Muhammad (sawas) yang merupakan sebaik-baik makhluk. Bagaimana mungkin kita menetapkan bahawa baginda wafat tanpa meninggalkan sebarang wasiat?!!! Seterusnya termasuk ke dalam mafhum firman Allah Taala: “Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar. Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang wasiat dan mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya” (Yasin: 49-50). Dijauhkannya dari kesemua itu. 
 
Pembuktian keenam daripada Al Quran dan Sunnah yang shahih, yang dikuatkan ke atasnya oleh thaqolayn bahawa Imamah adalah pada keturunan (A’qab) dan keturunan kepada keturunan (A’qab Al A’qab) sehingga ke hari kiamat. Atau dengan kata lainnya, Imamah adalah pada zuriat Aimmah seorang selepas seorang sehingga ke hari kiamat, dan alam Raj’ah dianggap sebagai mukaddimah hari kiamat sepertimana yang ditunjukkan dalam banyak ayat Quran dan riwayat. Bahawa di alam raja’ah ini akan dikembalikan ke dunia mukmin sejati untuk menuntut bela ke atas kafir sejati, ianya adalah alam perhitungan yang kebiasaannya dimenangi oleh para Aimmah (a.s) seperti Imam Ali (a.s), Imam Hussain (a.s) dan Rasulullah (sawas), sepertimana yang diungkapkan dalam banyak riwayat berkenaan kembalinya mereka ke alam Raj’ah.
 
Firman Allah Taala: “[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Ali Imran: 34]
 
Firman Allah Taala: “Dan [ingatlah], ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu menyempurnakannya.” [Al Baqarah: 124]
 
Firman Allah Taala: “Dan menjadikannya kalimat yang kekal pada keturunannya” [Al Zukhruf: 28]
 
Daripada Al Mufadhal bin Umar, daripada Al Sadiq Jaafar bin Muhammad (a.s), telah berkata: Aku telah bertanya (a.s) akan firman Allah: Dan [ingatlah], ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat.” Apakah kalimat ini? Ia adalah kalimat yang disampaikannya oleh Adam daripada Tuhannya, lalu diterima Allah taubatnya, dan sesungguhnya dia (Adam a.s) telah berkata: “Aku memohon kepadaMU dengan hak Muhammad, Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain melainkan aku telah bertaubat ke atas diriku.” Maka Allah menerima taubatnya, sesungguhnya dia Maha Penerima Taubat Lagi Maha Pengasih. Lalu aku berkata kepadanya (a.s): Wahai anak Rasulullah, Apakah yang dimaksudkan oleh Allah Taala dengan kataNYA: “lalu menyempurnakannya (Fa atamahunna). (a.s) berkata: ia bermakna lalu menyempurnakannya dua belas Imam sehingga ke Qaim iaitu yang kesembilan dari keturunan Hussain (a.s). Telah berkata Mufadhal: maka aku berkata: Wahai anak Rasulullah, khabarkan kepada aku berkenaan firman Allah Taala: “Dan menjadikannya kalimat yang kekal pada keturunannya..”, (a.s) berkata: bermakna begitulah Imamah yang Allah Taala menjadikannya pada keturunan Hussain sehingga ke hari Kiamat.” [Kamal Al Din wa Tamam Al Ni’mah: ms 358]
 
Pada mulanya Imam (a.s) menerangkan tentang Aimmah sehingga kepada Qaim (a.s) dan kemudian mentafsirkan firman Allah Taala: “Dan menjadikannya kalimat yang kekal pada keturunannya” bahawa Imamah adalah pada zuriat Hussain sehingga ke hari kiamat, yang menunjukkan kepada Mahdi-Mahdi dari zuriat Qaim (a.s). Sesungguhnya Imamah akan berterusan selepas Imam Mahdi (a.s) sehingga ke hari kiamat daripada zuriat Imam Hussain (a.s) atau daripada zuriat Qaim (a.s), sepertimana yang telah dinaskan dalam banyak riwayat.
 
Ahlulbayt (a.s) telah mentafsirkan firman Allah Taala: “[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain.” Mereka (a.s) berkata: ia adalah Imamah pada keturunan (Al A’qab) dan keturunan kepada keturunan ( A’qab Al A’qab) sehingga ke hari kiamat.” [Bihar Al Anwar, jilid 25, ms 258]
 
Diulangi perkataan keturunan (Al A’qab) sebanyak dua kali, dan ini mengisyaratkan Imamah pada keturunan Hussain (a.s) pada dua peringkat iaitu Imamah dan Hidayah ataupun Aimmah dan Mahdiyyin (a.s), jika tidak pasti cukup disebutkan perkataan keturunan (Al A’qab) sekali sahaja untuk menunjukkan kepada zuriat Hussan dan tidak perlu untuk mengulanginya sebanyak dua kali. 
 
Walau apapun, telah pasti sekarang akan kewujudan khalifah-khalifah selepas Imam Mahdi (a.s) berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang mutawatir, yang sekaligus mengharuskan khalifah-khalifah ini daripada zuriat Imam Mahdi (a.s), sebagaimana firmanNYA: “Dan menjadikannya kalimat yang kekal pada keturunannya,” iaitu pada keturunan Hussain (a.s) sehingga ke hari kiamat, daripada seorang anak kepada anak yang lain, dan beginilah yang difirmankan Allah Taala: “[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Dan firmanNYA lagi: “Orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut Kitab Allah.” [Al Anfal: 75]
 
Dengan ini tetaplah bahawa Imamah selepas Imam Mahdi (a.s) kekal pada zuriatnya para Mahdi (a.s) dan ianya bertepatan dengan nas Quran yang mulia. Ini adalah pendamping yang qathi’e (putus) atas keshahihannya sebagaimana yang ditegaskan oleh riwayat-riwayat daripada Ahlulbayt (a.s). Begitu jugalah yang telah disebutkan oleh Hurr Al Amili di dalam penutup kitab Wasail di muka surat 94, ketika dia berkata: dan daripadanya iaitu daripada pendamping-pendamping yang putus (qathi’e), kedudukannya mestilah bersesuaian dengan Quran tatkala diketahui hukum daripada nas yang pelbagai dan tujuan ayat-ayat adalah jelas menunjukkan pembuktian atau diketahui tafsirnya daripada Ahlulbayt (a.s). 
 
Cukuplah bagi kami membuktikan keshahihan riwayat wasiat Rasulullah (sawa) hanya dengan satu pendamping sahaja, memandangkan ruang yang sempit untuk memasukkan kesemuanya di sini. Untuk mengetahui pendamping-pendamping seterusnya, sila rujuk kitab karangan Syeikh Nazhim Al Uqaili yang bertajuk Al Washiyyah Wa Al Washiy Ahmad Al Hassan, muka surat 223-224. Di sini disertakan linknya untuk pdf download dan rujukan: http://almahdyoon.org/arabic/documents/books-Ansar/WaseyaDifa3Intissar.pdf

KESHAHIHAN HADIS WASIAT RASULULLAH (SAWAS)

 

Dengan kekuatan Allah swt, kami akan memperincikan pembuktian wasiat kerana dengannya dikenali Hujjah daripada Adam (a.s) hingga ke hari kiamat. Sesungguhnya Rasulullah (sawas) telah mewasiatkan kepada Ali bin Abi Talib (a.s) pada malam kewafatannya dan menyebutkan di dalam wasiatnya berkenaan washi-washi sehingga hari kiamat. Riwayat wasiat di malam kewafatannya adalah satu-satunya wasiat yang menyebutkan nas yang dicatatkan oleh Amirul Mukminin dengan tangannya sendiri. 
 
Pengingkaran terhadap riwayat ini mengakibatkan tidak ada lagi wasiat Rasul (sawas) di malam kewafatannya yang tinggal dan diketahui, dan telah diterangkan bahawa penolakan  terhadap riwayat wasiat ini bermakna terkeluar daripada wilayah dan kafir terhadap kata-kata Aimmah (a.s) dan berdusta kepada Allah swt, sepertimana riwayat yang telah ditunjukkan di dalam riwayat-riwayat sebelum ini, yang menegah kita daripada menolak riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s).

 

 

 
Namun begitu, tetap ada mereka yang menyerupai musuh-musuh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul (a.s) pada hari ini, yang cuba untuk meragui keshahihan wasiat Rasul (sawas) di malam kewafatannya, dan ianya adalah sunnah Allah yang sentiasa berjalan. Maka seharusnya pada zaman ini juga terdapat mereka yang menentang wasiat ke atas pemilik wasiat, sepertimana penentangan Qabil (laknatullah) ke atas wasiat Adam (a.s) dan Umar ke atas wasiat Rasulullah (sawas). 
 
Penentangan mereka terhadap wasiat Rasulullah (sawas) adalah kerana ianya bertentangan dengan hawa nafsu mereka, dan kerana ianya telah dinaskan kepada pemilik kebenaran di akhir zaman. Mereka mendakwa bahawa kebenaran bersama mereka dan tidak akan sekali-kali menyerahkannya kepada pemilik kebenaran, kerana pemilik kebenaran tersebut dilihat sebagai merampas keduniaan dan kedudukan mereka. Pada hakikatnya merekalah yang telah merampasnya dari Imam Mahdi (a.s).

 

 

 
Allah swt berfirman:

 

“Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum [mu], dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah” (Al Ahzab: 62). Sebagaimana percubaan Yahudi dan Nasrani untuk menukar atau menghapuskan nama Nabi Muhammad (sawas) di dalam kitab Taurat dan Injil. Begitu juga pada hari ini, ulama-ulama akhir zaman melakukan percubaan yang sama untuk mentakwil dan meghapuskan nama yang telah dinaskan oleh Rasul (sawas) di dalam wasiatnya, apakah mereka tidak sedar akan perbuatan mereka ini? Setelah menyedari bahawa mereka tidak mampu untuk bersemuka dengan washi Imam Mahdi (a.s) iaitu Sayyid Ahmad Al Hassan, maka mereka beralih kepada meragui wasiat Rasulullah (sawas) dari sudut sanad, bertujuan untuk memperdaya masyarakat umum yang tiada pengetahuan tentang ilmu Dirayah hadis dan ilmu Rijal. Bahkan diri mereka yang menentang juga jahil tentang ilmu ini dan tidak mengetahui titik kekuatan dan kelemahannya, mereka juga tidak dapat membezakan riwayat-riwayat manakah yang wajib dan tidak wajib diterima. Seringkali hujah mereka amat dangkal dan tidak melangkaui keseluruhan ilmu ini, yang terdapat banyak perbezaan pendapat ulamak dalam kebanyakan masalah. Bagi membalas keraguan-keraguan ini kami katakan secara ringkas di sini:
 

1) Sesungguh para ulama terawal (muqaddimin) dan terkemudian (mutaakhirin) telah berbeza pendapat di dalam pembahagian hadis. Ulama-ulama terawal mempraktikkan pembahagian hadis secara umumnya kepada dua bahagian iaitu, apa yang boleh dijadikan pegangan dan apa yang tidak boleh dijadikan pegangan ke atasnya. Bagi mereka berbagai-bagai kaedah untuk berpegang kepada sesuatu hadis, dan kekal berpegang dengan pembahagian ini sehingga kurun ke tujuh hijrah, dan diciptakan pembahagian baru iaitu kepada empat pecahan yang menyerupai pembahagian hadis di sisi masyarakat awam Sunni. Maka dibahagikanlah hadis kepada shahih, muthiq, hasan dan dhaif. Telah berlaku pertelingkahan pendapat yang besar di kalangan ulama disebabkan pembahagian ini, dan kebanyakan ulama-ulama tersohor ketika itu telah menolak pembahagian ini seperti Al Hurr Al Amili pemilik kitab Wasail Al Syiah, Al Muhaqqiq Al Kurki, Al Amin Al Istrabadi, Ni’matullah Al Jazairi dan banyak lagi selain mereka. Sehingga kini pertelingkahan di dalam hal pembahagian hadis ini tidak pernah padam. Malah ulamak terkemudian juga berbeza pendapat sesama sendiri di dalam membuktikan pembahagian hadis kepada empat pecahan ini, ada di antara mereka yang mengambil yang shahih sahaja, sebahagian lain menambahkan muthiq, sebahagian pula menambahkan hasan dan ada pula di kalangan mereka yang berpegang hatta kepada hadis dhaif. Perbincangan di dalam tajuk ini adalah amat panjang dan ianya berbeza di antara seorang alim dengan alim yang lain. Kaedah ini tidak pernah aman dari kritikan dan hampir-hampir tiada faedah daripada pembahagian ini, selain daripada penolakan dan celaan terhadap hadis Ahlulbayt (a.s). Inilah yang ditegah oleh Aimmah (a.s) ke atas kita di dalam riwayat-riwayat yang telah disebutkan sebelum ini.

 

 

 
Tidak mungkin bagi sesiapapun untuk mewajibkan kami berpegang dengan pembahagian ini, memandangkan umat Syiah sendiri tidak sepakat dalam hal ini. Ia juga bertentangan dengan apa yang disebutkan oleh Ahlulbayt (a.s) mengenai cara-cara untuk mengambil hadis mereka dan bertentang dengan jalan yang telah diambil oleh ulamak-ulamak terdahulu yang lebih dekat dengan zaman Tashri’ seperti Syeikh Al Kulayni, Syeikh Al Saduq, Syeikh Al Mufid, Syeikh Al Toosi dan seumpamanya. Setiap dari mereka tidak pernah mempraktikkan pembahagian sebegini terhadap riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s). Maka penghujahan berdasarkan pembahagian empat pecahan adalah tidak pasti (thabit) dan tidak diakui oleh Maksumin (a.s), dan paling kurang pun ianya tidak diakui di sisi ulamak-ulamak terawal yang lebih dekat dengan zaman para Aimmah (a.s). Barangsiapa yang ingin mendalami perkara ini, hendaklah merujuk kepada Mukadimah Al Kafi, Penutup kitab Wasail Al Syiah, kitab Hidayah Al Abrar oleh Muhaqqiq Al Kurki, Al Fawaid Al Madaniah oleh Al Istrabadi dan lain-lain lagi yang menerangkan tentang kaedah sebenar untuk berpegang kepada riwayat-riwayat dan penerimaannya.

 

 

 

 

 

2) Masalah sanad bukanlah satu-satunya jalan untuk berpegang kepada hadis-hadis. Mungkin terdapat hadis yang shahih sanadnya tetapi tidak boleh berpegang kepadanya disebabkan menyimpang dan menyalahi dengan hadis yang mutawatir, atau bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah yang shahih. Mungkin juga berlaku hadisnya dhaif dari segi sanad tetapi boleh berpegang kepadanya disebabkan wujud pendamping-pendamping (Qorinah) luar dan dalam yang menyokong keshahihannya.

 

 

 
Keshahihan sesuatu hadis kadang-kadang terbukti dengan pengesahan perawi sanad dan inilah yang dikehendaki oleh kebanyakan ulamak-ulamak terkemudian, dan kadang-kadang terbukti yang dikehendaki daripadanya adalah keshahihan berpegang kepada riwayat samada dengan jalan pengesahan perawi sanad atau tawatur hadis secara lafaz atau makna, atau dengan kewujudan pendamping-pendamping (qorinah) yang menyokong satu-satu hadis, seperti yang dinukilkan di dalam kitab-kitab yang dipercayai dan kebersesuaiannya dengan Al Quran dan Sunnah, dan pembawaan isi kandungannya dengan riwayat-riwayat lain yang lebih shahih dan lain-lain pendamping lagi. Hal ini telah dirumuskan oleh Al Hurr Al Amili di dalam penutup kitab Wasail Al Syiah yang berjumlah sebanyak 21 jenis pendamping (qorinah) kesemuanya, sila rujuk pada muka surat 93-96.

 

 

 
Syeikh Al Toosi di dalam kitabnya Al Iddah: muka surat 27, dan Al Ibtibshar: muka surat 13-16 mengatakan: (…dan hendaklah kamu ketahui bahawa hadis-hadis itu dua kategori: mutawatir dan tidak mutawatir, maka yang mutawatir tu mewajibkan berilmu dan beramal dengannya tanpa berlengah-lengah kerana sesuatu yang berhimpun padanya dan tiada perkara lain yang dapat mengatasinya dan setiap hadis yang berjalan dengan jalan ini tidak akan berlawanan dengan hadis-hadis Nabi (sawas) dan para Aimmah (a.s). Bukan mutawatir pula terbahagi kepada dua kategori, salah satu darinya juga diwajibkan berilmu padanya iaitu setiap hadis yang didampingi oleh pendamping yang mewajibkan ilmu, dan setiap hadis yang berjalan dengan jalan ini adalah wajib beramal dengannya, dan ia mengikut bahagian yang pertama (mutawatir)…

 

 

 
Hadis wasiat Rasulullah (sawas) adalah mutawatir dari segi makna, dan ianya bukan mutawatir dari segi lafaz. Ini sudah mencukupi untuk berpegang dengannya sepertimana hadis yang telah kalian dengar sebelum ini dan banyak lagi riwayat lain yang membawa maksud wasiat yang melebihi 40 buah. Hadis wasiat juga dilingkungi dengan banyak pendamping yang mewajibkan kepastian tentang keshahihan isi kandungannya. Ini menjadikan riwayat wasiat ini shahih mengikut kaedah ulama-ulama terdahulu (semoga Allah swt merahmati mereka), bahkan kaedah-kaedah sebahagian ulama terkemudian. Tanpa perlu mengambil kira kaedah-kaedah yang berbeza yang terlalu banyak khilaf padanya seperti pembahagian empat pecahan bagi hadis yang dicipta oleh ulamak-ulamak terkemudian pada zaman ini. Sekiranya kita mempraktikkan pembahagian mengikut kaedah ini, maka tiga perempat daripada hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab Al Kafi akan tertolak dan ini adalah suatu yang tidak boleh diterima oleh akal yang sihat.

 

 

    

 

 

3)Walaupun sekiranya kami menggunakan istilah baru mengikut pembahagian empat pecahan hadis, maka hadis wasiat tetap tidak termasuk di dalamnya. Ini kerana topik perbahasan tentang pembahagian hadis kepada shahih, muthiq, hasan dan dhaif adalah pada hadis yang tiada pendamping. Ia sebagaimana yang dinukilkan daripada mereka sendiri iaitu sesungguhnya hadis yang mempunyai pendamping adalah diakui keshahihannya dan ianya tidak termasuk dalam pembahagian ini, kerana pendamping tersebut adalah mencukupi untuk mengiktiraf satu-satu hadis dan berpegang kepada tanpa perlu kepada pembahagian ini dan pengkajian berkaitan hal ehwal perawi. Inilah yang dinukilkan oleh Al Hurr Al Amili (rahimahullah) ketikamana dia berkata: (Sesungguhnya mereka iaitu para Usuliyyun telah bersepakat bahawa tajuk perbahasan berkaitan pembahagian hadis adalah pada hadis Ahad yang tidak mempunyai pendamping (qorinah), dan telah diketahui bahawa hadis-hadis di dalam kitab-kitab kita yang masyhur dilingkungi dengan pendamping-pendamping (qarain).
 
Dengan ini hadis wasiat Rasulullah (sawas) terkeluar daripada tajuk perbahasan tentang pembahagian hadis kepada empat pecahan, kerana ianya dilingkungi oleh bermacam-macam pendamping dan sepertimana yang mereka katakan ianya di luar topik perbahasan.

 

 

 
4) Mereka yang menentang hadis wasiat ini mungkin telah lupa atau melupakan tentang kaedah dirayah (ilmu hadis). Ulama-ulama dirayah telah menyebutkan bahawa apabila sesuatu hadis itu bertepatan dengan itrah atau tanpa mencela itrah Nabi yang suci, atau apabila perawinya tidak diragukan tentang riwayatnya, atau riwayatnya tidak bertepatan dengan mazhabnya (jika sekiranya dia bukan dari mazhab kebenaran). Maka hadis sebegini perlu diambil tanpa perlu mengambil kira pengesahan perawinya, walaupun hadis itu diriwayatkan melalui jalan masyarakat awam sunni. 
 
  Sekiranya hadis yang mengnaskan tentang perlantikan Ahlulbayt (a.s) atau kelebihan mereka dibenarkan berpegang padanya tanpa perlu mengambil kira pengesahan perawinya. Maka bagaimana pula dengan hadis yang diriwayatkan daripada itrah yang suci dengan jalan yang khusus (iaitu pengikut syiah), yang jelas mengnaskan tentang keutamaan-keutamaan mereka (a.s) dan perlantikan mereka (a.s) sebagai khalifah selepas Rasulullah (sawas) dan disokong dengan puluhan riwayat lain yang mengnaskan isi kandungannya?!! Kejahilan kalian berkaitan perkara ini menunjukkan ketaksuban yang membuta-tuli dan seumpama menentang kebenaran dengan kebatilan. Seolah-olah kalian tidak memahami apa yang kalian katakan.                  

 

 

PENOLAKAN TERHADAP HADIS WASIAT RASULULLAH ADALAH TERKELUAR DARIPADA WILAYAH AHLULBAYT (A.S)

Peringatan Buat Mereka Yang Cenderung Meragui Hadis2 Ahlulbayt (a.s)!

 

 
Telah diriwayatkan banyak hadis shahih yang mengingatkan kita agar tidak menolak riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) dengan apa jua sebab, hatta yang bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah yang shahih lagi thabit. Sebahagian hadis menegaskan bahawa menolak kata-kata para Aimmah dianggap sebagai terkeluar daripada Wilayah, dan setengahnya pula menegaskan penolakan terhadap mereka bermakna penolakan terhadap Allah swt.
 
Kebanyakan ulamak dan mereka yang mendakwa berilmu serta beragama yang kita lihat pada hari ini membebaskan diri mereka daripada mendengar riwayat-riwayat yang tidak bersesuaian dengan akal fikiran mereka yang terbatas atau bertentangan dengan hawa nafsu mereka, seterusnya bertindak terburu-buru dalam menolak hadis-hadis dan menyifatkannya sebagai Israiliyyat atau palsu!!! Ini adalah bukti kejahilan mereka dalam memahami kata-kata Aimmah (a.s), dan sesungguhnya agama Allah ini tidak bertepatan dengan akal fikiran manusia, dan hadis mereka adalah sangat sukar lagi menyukarkan yang tidak tertanggung olehnya melainkan Nabi yang diutuskan, Malaikat yang terdekat, atau hamba yang telah teruji oleh Allah akan keimanannya. 
 
Daripada Abi Jaafar (a.s) berkata: [Telah bersabda Rasulullah (sawas): “Sesungguhnya hadis keluarga Muhammad itu sukar lagi menyukarkan (untuk difahami). Tidak beriman dengannya, melainkan Malaikat yang terdekat, atau nabi yang diutuskan, atau hamba yang telah diuji oleh Allah akan keimanannya. Oleh itu, setiap apa yang diriwayatkan ke atas kamu daripada hadis-hadis keluarga Muhammad (a.s), maka hendaklah kamu lembutkan hati-hati kamu, ketahuinya dan terimanya. Barangsiapa yang merasa benci di dalam hati-hati mereka akan hadis-hadis itu dan mengingkarinya, maka hendaklah kamu kembalikan hadis-hadis tersebut kepada Allah dan Rasul, dan juga kepada Alim di kalangan keluarga Muhammad (a.s). Sesungguhnya orang yang binasa adalah seseorang yang berbicara dengan sesuatu daripada hadis yang tidak dapat ditanggungnya,” seterusnya berkata: “Demi Allah ianya bukan begini, demi Allah ianya bukan begini”, ingkar itu adalah kafir.”[Al Kafi, jilid 1, ms 401]
 
Di dalam hadis ini Rasulullah (sawas) menghukumkan orang yang mengingkari satu hadis dari hadis-hadis keluarga Muhammad (a.s) walaupun ianya bertentangan dengan akal fikirannya sebagai kafir. Adakah ini tidak dianggap sebagai celaan kepada mereka yang mengingkari wasiat Rasulullah (sawas) tanpa sebarang hujah. Wasiat ini langsung tidak bertentangan dengan Al Quran, bahkan bertepatan dengan Al Quran, tidak bertentangan dengan Sunnah bahkan ianya adalah Sunnah, tidak juga bertentangan dengan akal. Benar, ianya bertentangan dengan hawa nafsu kesyaitanan dan penyakit-penyakit hati yang cenderung untuk menentang Ahlulbayt (a.s), walaupun pada zahirnya menunjukkan kasih sayang mereka. 
 
Daripada Imam Al Baqir (a.s): “Demi Allah, sesungguhnya sahabat-sahabat yang paling dikasihi di sisiku adalah mereka yang paling wara’, yang paling fakeh, dan paling berahsia tentang hadis kami. Dan mereka yang paling buruk perlakuannya di sisiku dan paling dibenci adalah mereka yang apabila mendengar sesuatu hadis yang dinisbahkan kepada kami dan diriwayatkan daripada kami yang tidak bersesuaian dengan akalnya, maka dibencinya, ditentangnya dan mengkafirkan mereka yang berpegang dengannya. Sedangkan dia tidak mengetahui bahawa hadis itu memang dikeluarkan dari sisi kami dan disandarkan kepada kami, maka dengan demikian dia telah terkeluar dari wilayah kami.”[Al Kafi, jilid 1, ms 223]
 
Subhanallah, di sini adalah kata-kata berkenaan hadis yang tidak dapat diterima oleh akal dan dibenci oleh nafsu, dan atas dasar itu Imam menyifatkan penolakan terhadap hadis sebegini menyebabkan seseorang terkeluar dari wilayah Ahlulbayt (a.s). Pada asasnya keluar daripada wilayah Ahlulbayt (a.s) bermakna masuk ke dalam wilayah Syaitan secara pasti, moga dijauhkan Allah swt dari hal sedemikian. Apa lagi alasan mereka yang menolak wasiat Rasulullah (sawas), walaupun ianya telah disebutkan di dalam kitab-kitab Syiah yang muktabar dan disokong dengan sebilangan riwayat yang membantu isi kandungannya, dan juga sanadnya yang muktabar yang akan dibincang secara terperinci nanti, dengan izin Allah. 
 
Daripada Imam Al Ridha (a.s) telah berkata: ”…jangan kamu katakan apa yang disampaikan kepada kamu daripada kami atau sesuatu yang dinisbahkan kepada kami sebagai batil, walaupun kamu mengetahui sebaliknya. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui mengapa, bagaimana keadaan dan sifat ia dikatakan.”
[Al Kafi, jilid 8, ms 125][Bashair Darajat, ms 558]
 
Bahkan disebutkan riwayat yang mengingatkan agar tidak mendustakan satu-satu riwayat, walaupun pendusta dan diketahui bertentangan dengan apa yang diriwayatkannya, kerana berkemungkinan para Imam (a.s) memaksudkan perkara lain yang tidak difahami oleh pendengar, dengan kata-kata mereka (a.s). 
 
Di dalam satu riwayat hadis yang shahih: “Jangan kamu mendustakan hadis yang didatangkannya oleh seorang Murji’ah, qadari, dan khariji yang dinisbahkan kepada kami, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui ianya berkemungkinan sesuatu dari kebenaran dan seterusnya kamu mendustakan Allah.” [Bihar Al Anwar, jilid 2, ms 187]
 
Malahan lebih daripada itu, bila disebutkan riwayat yang menegah daripada mendustakan hadis, walaupun pembawanya adalah seorang yang rosak akidah dan mazhabnya seperti golongan khawarij, Murji’ah dan Qadariyyah.
 
Apa lagi alasan kalian, sekiranya hadis yang disifatkan dengan kesemua sifat yang tertolak di sisi manusia ini, masih ditegah oleh Aimmah (a.s) daripada mendustakannya. Bahkan menganggapnya sedemikian adalah terkeluar daripada wilayah Ahlulbayt (a.s) dan mendustakan Allah swt, dan mereka mengarahkan supaya semampu mungkin bertawaquf tanpa menolak atau mendustakannya. Maka bagaimana mungkin kita menolak hadis wasiat yang tidak pernah diriwayatkan oleh seorang khawarij, murjiah atau qadariyyah, atau pun seorang pendusta. Tidak pula ia bertentangan Al Quran, Sunnah dan juga akal, bahkan bersesuaian dengan Al Quran, Sunnah dan juga akal. Ia juga disokong oleh banyak pendamping-pendamping (Qorinah) dalaman dan luaran, dan kebanyakan ulamak terkemuka dan para ahli hadis berpegang kepadanya. Maka dengan itu, hadis wasiat ini adalah pasti (qathie) terbit daripada Rasulullah (sawas) dan ianya diakui oleh pakar ilmu hadis di dalam kitab-kitab mereka. Tidak mungkin ada keraguan padanya melainkan pada mereka yang munafik lagi ragu-ragu, dan penolakan terhadapnya dianggap sebagai kufur dan terkeluar dari wilayah sebagaimana yang disebutkan di dalam riwayat-riwayat terdahulu. Cukuplah yang demikian itu sebagai sesuatu yang memalukan bagi mereka yang mendustakan wasiat Rasulullah (sawas) atau cuba untuk meraguinya beserta dengan kesemua dalil-dalil yang menyokongnya. 
 
Kalian tidak seharusnya terlalu ekstrim di dalam meragui riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) dengan berhujah bahawa ianya bohong atau seumpamanya. Sedangkan sehingga kini kita tidak pernah melihat wujudnya hadis-hadis bohong yang telah dikenalpasti dan umat Syiah berpegang dengannya, atau dinukilkannya oleh ulamak-ulamak di dalam kitab-kitab mereka yang dipercayai dan dijadikan dalil mereka. Tambahan lagi pemimpin kelompok dan ketuanya Syeikh Al Toosi yang meriwayatkan wasiat Rasulullah (sawas) dan menjadikannya dalil di dalam kitabnya Al Ghaybah, dan dia adalah pemilik dua kitab daripada kitab yang empat iaitu kitab Al Tahzib dan Al Istibshar. Dua kitab lainnya adalah Al Kafi oleh Syeikh Al Kulayni dan Man La Yahdhuruhu Al Faqih oleh Syekh Al Saduq. Ini adalah merupakan kitab-kitab yang paling dipercayai di kalangan umat Syiah secara mutlak, dibangunkan mazhab berdasarkan kitab-kitab ini dan dijadikan pegangan. 
 
Tetapi bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya kalian menolak hadis Ahlulbayt (a.s) pada zaman ini, kerana Rasulullah (sawas) telah menggambarkan bahawa umat pada akhir zaman adalah mereka yang melihat kebaikan sebagai kemungkaran dan kemungkaran sebagai kebaikan. Adakah kalian mengetahui, mengapa Allah melebihkan umat di akhir zaman berbanding dengan umat-umat di zaman yang lainnya? Ini kerana mereka adalah Ansar Imam Mahdi (a.s). Allah swt telah melebihkan mereka kerena pengakuan mereka terhadap riwayat-riwayat Rasulullah (sawas) dan itrahnya yang suci. Di sini kami bawakan untuk kalian, riwayat daripada Rasulullah (sawas) yang menzahirkan bahawa hadis ini berkaitan dengan wasiat yang telah diwasiatkan Rasulullah (sawas) di malam kewafatannya secara terangan-terangan kepada Imam Ali (a.s), dan juga kerana hadis ini juga menggunakan gaya percakapan yang sama seperti hadis wasiat, yang dimulakan dengan kata Rasulullah (sawas): “Wahai Ali…”
 
Daripada Imam Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Ali bin Abi Talib (a.s), di dalam hadis panjang yang berkaitan wasiat Nabi (sawas) menyebutkan di dalamnya, sesungguhnya Rasulullah (sawas) telah berkata kepadanya (Ali a.s): “Wahai Ali, ketahuilah kamu bahawa keimanan manusia yang paling menakjubkan dan yang paling hebat keyakinan mereka adalah orang-orang yang hidup di akhir zaman, mereka tidak pernah bertemu dengan nabi dan mereka terhalang dari Hujjah, tetapi mereka tetap beriman dengan yang hitam atas yang putih.” [Kamal Al Din wa Tamam Al Ni’mah, jilid 1, ms 288]
 
Yang dimaksudkan dengan hitam atas putih adalah riwayat-riwayat, manakala mereka yang menolak riwayat Ahlulbayt (a.s) adalah dengan hujah-hujah yang lemah adalah orang-orang yang lemah iman dan keyakinan mereka, bahkan kafir dan terkeluar dari wilayah Ahlulbayt (a.s), sepertimana yang telah disebutkan di dalam riwayat terdahulu. Mereka tidak berlengah-lengah untuk membantu Qaim (a.s), kerana yang membantu Qaim (a.s) adalah orang-orang yang paling hebat keyakinan dan keimanan mereka terhadap riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s). Banyak riwayat yang memuji orang-orang yang benar dan tunduk kepada riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) sehingga tidak mampu untuk dibawakan kesemuanya di sini, dan cukup sekadar kami membawakan tiga riwayat sahaja untuk perhatian kalian:
 
Daripada Rasulullah (sawas), sesungguhnya dia telah bersabda: “Keimanan apakah yang paling menakjubkan?” mereka menjawab: ”Keimanan para Malaikat,” Nabi berkata: “Apa yang menakjubkan sangat padanya, sedangkan wahyu diturunkan ke atas mereka,” mereka berkata: “Iman kami,” Nabi berkata: “Apa yang menakjubkan padanya sedangkan kamu melihat aku,” maka mereka berkata: “Keimanan apakah ia?” Lalu Nabi berkata: “Keimanan orang-orang di akhir zaman dengan hitam atas yang putih (bi sawad ala bayadh).” [Mustadrak Al Wasail, jilid 17, ms 300]
 
Daripada Safwan bin Al Shaiqal, telah berkata: Aku, Al Harth bin Al Mughirah dan lain-lain telah masuk berjumpa dengan Abu Abdillah (a.s), makan Al Harth telah berkata kepadanya: “Lelaki ini iaitu Mansur Al Shaiqal, tidak mahu mendengar melainkan hadis kami, dan demi Allah dia tidak mengetahui apa yang harus diterima dan apa harus ditolak. Maka Abu Abdillah (a.s) berkata: Lelaki ini adalah orang yang berserah diri (menerima), sesungguhnya orang yang berserah diri adalah dari kalangan orang-orang yang mulia (nujabak).”[Bashair Al Darajat, ms 544]
 
Daripada Zaid bin Syiham, telah berkata: “Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (a.s) dan bersama seorang lelaki yang bernama Kulayb, dia tidak berbicara dengan kamu melainkan dia berkata:”Aku berserah, maka menamakannya Kulayb Al Taslim (yang berserah). Maka (a.s) berkata: Rahmat ke atasnya, kemudian (a.s) berkata lagi: Apakah kamu mengetahui apa itu Taslim? Maka kami terdiam, lantas (a.s) berkata: Demi Allah, dia adalah merendah diri (Al Ikhbath), firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh dan merendahkan diri…” (Hud: 23) [Bashair Al Darajat, ms 545]