TAUHID DI SISI WAHABI: PEMBATALAN PENGANTARA DAN SYAFAAT PARA NABI DAN WASI.

Petikan dari 'Kitab Al Tauhid: Tafsir Surah Al Tauhid' oleh Imam Ahmad Al Hassan (as): 

 

Firman Allah swt: {Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang) berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu. (150) Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina.} [Surah An-Nisa’: 150 & 151] 

 

 

 

Sesungguhnya, isu membatalkan peranan dan status para nabi dan wasi bukanlah perkara baru, sebaliknya, ia bermula dengan Nabi pertama yang dicipta oleh Allah swt, iaitu Adam (a.s). Iblis (laknat Allah ke atasnya) telah ingkar, menafi dan tidak beriman dalam peranan Adam (a.s), malah enggan sujud kepada Adam dan tidak menerima Adam (a.s) menjadi kiblatnya kepada Allah. 
 
Iblis tidak kafir kepada Allah dan tidak pula membantah untuk menyembah Allah, tetapi dia enggan sujud kepada Adam, dia enggan untuk mengakui keutamaan Adam dan bahawa dia (Adam) adalah kiblat, pemberi syafaat dan pengantara Allah. Barangkali tepat untuk kita mengatakan bahawa Iblis telah mencapai Tauhid sebelum daripada Wahabi, dan mungkin lebih tepat untuk mengatakan bahawa mereka telah dijangkiti dengan penyakit Iblis dan memberi respon yang baik kepada seruan Iblis. Jadi Iblis mendapati mereka adalah responden terbaik dan paling utama dalam mengikuti jejak langkahnya mengingkari para Aulia Allah (a.s). 
 
Allah swt telah menjelaskan keadaan Iblis dengan terang-benderang di dalam Al Quran. Orang-orang yang berakal waras pasti tidak akan menjumpai apa-apa perbezaan di antara Iblis dan Wahabi. Tidak cukup bagi Wahabi untuk menafikan kedudukan para nabi dan wasi (a.s) sebagai syafaat dan kiblat mereka kepada Allah; {Dan (ingatkanlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu} [Surah Al-Kahf : 50]. Bahkan mereka mengatasi iblis dalam mengkufur dan menafikan Hujah-Hujah (Bukti) Allah, kerana mereka telah membinasakan Perkuburan Baqi’ yang Suci buat Hujah-Hujah (Bukti) Allah, Keluarga Muhammad (a.s), yang mana ianya adalah tempat letaknya Rahmat Allah swt dan BerkatNya. Maka jelaslah perasaan dengki dan kebencian mereka terhadap Keluarga Muhammad (a.s), dan betapa jelas jarak persamaan antara Wahabi dan Iblis. Allah swt berfirman: {Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada kerabat"} [Surah Ash-ShÅ«raá: 23 }. 
 
Jelas bagaimana kedengkian mereka terhadap Keluarga Muhammad (a.s) dengan pemusnahan tempat persemadian mereka! Dan mereka tersangat jauh dari kecintaan terhadap Keluarga Muhammad (a.s) sebagaimana yang diperintahkan Allah ke atas umat Islam, dan jika bukan kerana itu, maka sudah mencukupi untuk menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak Iblis dalam mengingkari para Aulia Allah SWT, dan Allah Ta’ala berfirman: {Dan [ingatlah], tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”, lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: “Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?”} [Surah Al-‘Isra’: 61]. 
 
Iblis (laknat Allah ke atasnya) tidak meredhai Nabi Allah Adam (a.s) sebagai pemberi syafaatnya kepada Allah, pengantara antara dia dan Allah, dan kiblatnya ke arah Allah. Mereka yang sesat lagi menyesatkan adalah pengikut Iblis dalam mengingkari para Wali Allah, tidak menerima untuk menjadikan Nabi Muhammad (sawas) sebagai pemberi syafaat mereka kepada Allah, pengantara di antara mereka dan Allah, dan kiblat mereka ke arah Allah. Bahkan mereka juga tidak menerima bahawa Rahmat dan Berkat Allah turun ke atas orang yang melawat kubur/ makam Keluarga Muhammad (a.s), yang Allah telah meminta umat Islam untuk mencintai mereka dalam Al Quran yang Mulia, {Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman.} [Surah Saba’: 20]. 
 
Setiap orang yang berakal haruslah merenung: Adakah terdapat contoh ikutan yang lebih jelas dan lebih tepat buat Wahabi selain daripada iblis dalam mengkufur dan menafikan peranan Hujah (Bukti) Allah dan KhalifahNya yang terdiri daripada para nabi dan wasi? Mereka menggunakan alasan palsu bagi menutup kebencian mereka terhadap Hujah (Bukti) Allah dan KhalifahNya di Bumi-Nya dengan alasan-alasan yang sangat lemah: – 
  1. Bahawa kepercayaan syafaat oleh makhluk bagi pihak Allah, adalah syirik 
  2. Kepercayaan bahawa makhluk boleh mengabulkan permintaan (hajat), dengan izin Allah, adalah syirik. 
Secara ringkasnya: Mereka mempercayai bahawa kepercayaan tentang kehadiran seorang pengantara antara hamba dan yang disembah adalah syirik (menyekutukan sesuatu dengan Allah), dan mereka menafikan kepercayaan ini dan mereka enggan untuk beramal dengannya. Saya boleh membayangkan, sekiranya mereka telah mengkaji pendirian iblis mengenai Adam, maka mereka pasti mendapati tiada perbezaan, walau sedikit pun, pendirian mereka dalam hal menafikan pengantara dan kiblat kepada Allah {Dan [ingatlah], tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”, lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: “Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?” ?”} [Surah Al-‘Isra’: 61], {Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman} [Surah Saba ‘: 20] 
 
Di sini dinyatakan beberapa isi penting bagi penjelasan lanjut dan buat menghilangkan kekeliruan orang-orang yang masih keliru untuk melihat kebenaran. Moga-moga mereka memberi perhatian kepada fakta bahawa apabila Allah mengarahkan makhluk untuk beribadat kepadaNya, Dia menjadikan ibadat pertama adalah sujud kepada KhalifahNya sebagai pengantara di antara mereka dan Allah. Supaya mereka tidak membantah untuk sujud dan mengiktiraf peranan Khalifah Allah di BumiNya sebagai Pengantara hamba kepada Allah dan Pemberi syafaat bagi pihak Allah, yang pada hakikatnya tidak mati atau binasa oleh kematian atau kebinasaan jasad fizikal. Oleh itu, selagimana hakikat ini kekal, maka syafaat mereka dan pengantaraan mereka juga kekal. Mudah-mudahan mereka meninggalkan daripada mengikuti jejak langkah iblis dalam menafikan pengantaraan dan sekaligus menafikan Pengantara (Khalifah Allah). 
 
Dengan penuh penyerahan kepada Allah, saya katakan: 
 
1 – Perbuatan berjumpa doktor dan menggunakan ubat-ubatan bukanlah perbuatan syirik kepada Allah. Ini kerana kedua-duanya tidak dapat memberi manfaat kepada manusia, melainkan Allah mengkehendaki demikian dan memberikan keupayaan kepada doktor dan ubat untuk memberi manfaat kepada manusia. Begitulah juga halnya berkaitan ruh (jiwa), tetapi kali ini doktornya adalah ruh-ruh para nabi dan ubat kesempurnaan yang dilimpahkan kepada orang-orang yang mengambil mereka sebagai pemimpin. Jadi bertawajjuh kepada mereka bukanlah syirik kepada Allah, kerana mereka tidak dapat memberi manfaat kepada manusia melainkan dengan izin Allah. Begitu juga penafian terhadap mereka adalah kejahilan melampau dan kufur, kerana mereka adalah ‘asbab’ penyembuhan ruh-ruh dan Allah telah menjadikan kedudukan ini khusus buat mereka ketikamana Dia menjadikan mereka Khalifah-KhalifahNya, di mana seluruh makhlukNya di BumiNya ini menghadapkan wajah mereka. Tidak dibenarkan sesiapapun merampas (kedudukan mereka) dan barangsiapa yang membantah akan menjadi seperti Iblis yang enggan sujud kepada Adam (a.s). 
 
2 – Mereka juga tidak dapat memberi apa-apa manfaat jika Allah tidak mengkehendaki sebegitu, sepertimana halnya doktor dan ubat-ubatan. Oleh itu, amat perlu untuk bertawajjuh dengan berdoa kepada Allah agar doktor dan ubat-ubatan dapat memberi manfaat dan si pesakit mendapat manfaat daripada mereka, kerana mereka tidak memberi manfaat dan syafaat melainkan dengan izin dan kehendak Allah. 
 
3 – Sesiapa jua yang bertawajjuh (menghadapkan wajah) kepada doktor ruh, iaitu para nabi dan wasi, dan dalam masa yang sama meninggalkan tawajjuh kepada Allah dengan doa, serta mempercayai bahawa mereka (para nabi dan wasi) dapat memberi manfaat tanpa perlu bertawajjuh kepada Allah dan tanpa Allah mengizinkan mereka, maka sesungguhnya dia telah menjadi musyrik. Mereka tidak akan dapat memberi manfaat apa-apa kepada dia, dan dia juga tidak akan dapat manfaat apa-apa pun dari mereka { Pada hari itu tidak berguna syafa’at, kecuali [syafa’at], orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya} [Surah Taha: 109}] . {Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafa’at itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “[Perkataan] yang benar”, dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar} [Surah Saba’: 23]. 
 
4 – Barangsiapa menafikan mereka (Aulia Allah) dan mendakwa bahawa dia menghadapkan wajahnya secara langsung kepada Allah supaya tidak menjadi musyrik, maka pada hakikatnya, pendirian tersebut adalah seratus peratus sama dengan pendirian iblis (laknat Allah ke atasnya), dan tidak ada perbezaan satu inci pun di antara mereka. Kerana dia kafir (ingkar) akan kedudukan mereka (para Nabi dan wasi) yang Allah telah jadikan khusus buat mereka (para Nabi dan wasi). Dia juga kafir (ingkar) dalam Perintah Allah, dan orang ini tersingkir dari Rahmat Allah, dan ibadahnya adalah seperti ibadah Iblis (laknat Allah ke atasnya). Telah berkata Imam Al Sadiq (a.s): "… Iblis adalah yang pertama menggunakan Qiyas (analogi/ perbandingan) dan menjadi takabbur (angkuh). Dan keangkuhan adalah bentuk maksiat pertama yang diderhakakan Allah dengannya. Imam (a.s) berkata: 'Maka Iblis telah berkata: "Wahai Tuhanku! Lepaskan aku daripada bersujud kepada Adam, kerana aku beribadat kepada Engkau dengan ibadat yang tidak pernah disembah oleh Malaikat terdekat mahupun Nabi yang diutuskan. Maka Allah berfirman: "Aku tidak mempunyai keperluan dalam ibadah kamu, sesungguhnya, Aku ingin disembah mengikut keinginanKu, bukan mengikut keinginan kamu."Dia (iblis)enggan bersujud, maka Allah Ta’ala berkata: "Keluar daripadanya (syurga) kerana sesungguhnya kamu adalah terkutuk, dan laknatKu ke atas kamu sehingga ke hari kiamat …" [1] 
 
5 – Oleh itu, bagi sesiapa yang memahami apa yang telah saya jelaskan di dalam kebanyakan buku dan sekitar al Quran yang mulia berkenaan Alam Malakut, maka dia pasti tahu akan kedudukan sebenar Aulia, nabi-nabi dan wasi-wasi (a.s) adalah sebagai Pengantara antara yang disembah dan hamba. Ianya adalah perkara yang dipaksakan dan diputuskan, dan tiada pilihan untuk hamba kerana kedudukan dan martabat kesemua Aulia ini adalah mengatasi kedudukan hamba-hamba. Dengan itu, diwajibkan setiap hamba melepasi mereka (a.s) terlebih dahulu untuk sampai kepada yang disembah (Allah). 
 
 
 
______________________________ 
 
[1] Bihar Al Anwar, jilid 11, ms 141
 
 
 

One thought on “TAUHID DI SISI WAHABI: PEMBATALAN PENGANTARA DAN SYAFAAT PARA NABI DAN WASI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *