IMAM AL-MAHDI DI DALAM KITAB SUNNI

Nabi (sawas) telah bersabda: “Al-Mahdi adalah seorang daripada kami, Ahlul-Bayt.” 
 
Rujukan Sunni: Sunan Ibn Majah, jilid 2, hadis no. 4085 
 
Rasulullah (sawas) bersabda: “Al-Mahdi adalah salah seorang daripada anak-anak Fatimah.” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Sunan Ibn Majah, jilid 2, hadis no. 4086 
  2. al-Nisa’i dan al-Bayhaqi, dan lain-lain seperti yang dipetik dalam al-Sawa’iq al-Muhriqah, oleh Ibn Hajar al-Haytami, bab 11, bahagian 1 , ms 249 
Nabi Muhammad (sawas) bersabda: “Kami anak-anak Abd al-Mutalib adalah ketua penduduk Syurga: Diriku, Hamzah, Ali, Jafar , Hasan, Hussain dan Al-Mahdi.” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Sunan Ibn Majah, jilid 2, hadis no. 4087 
  2. Al-Mustadrak, oleh al-Hakim, dengan autoriti Anas Ibn Malik 
  3. Al-Daylami 
  4. Al-Sawa’iq al-Muhriqah, oleh Ibn Hajar al-Haytami, bab 11, seksyen 1, ms 245 
Nabi Muhammad (sawas) bersabda: “Mahdi akan muncul di dalam umatku. Dia akan muncul untuk sekurang-kurangnya 7 atau maksimum 9 tahun, dalam masa itu, umatku akan mengalami nikmat yang banyak seperti yang tidak dinikmati sebelumnya. Dikurniakan bekalan makanan yang banyak, di mana ia tidak perlu menyimpan apa-apa, dan kekayaan pada masa itu bertimbun-timbun, seolah-olah jika seorang lelaki bangun dan berkata: berikan kepadaku wahai Mahdi, maka Mahdi akan berkata: Di sini! Ambil! ” 
 
Rujukan Sunni: Sunan Ibn Majah, jilid 2, hadis no. 5083 
 
Nabi Muhammad (sawas) bersabda: “Sesungguhnya kami Ahlulbayt telah dipilih Allah (SWT) untuk kehidupan di akhirat berbanding kehidupan dunia ini; dan AhluBayt akan mengalami penderitaan yang besar dan mereka akan dihalau dan disisihkan selepas kematianku. Sehingga datang orang-orang dari Timur membawa bendera hitam bersama mereka, dan mereka akan meminta kebaikan, dan tidak akan diberikan kepada mereka, lalu mereka akan berperang dan mereka beroleh kemenangan, dan mereka akan ditawarkan apa yang mereka ingini, tetapi mereka akan menolak untuk menerimanya, sehingga seorang lelaki dari AhlulBaytku muncul untuk memenuhkan bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman. Barangsiapa antara kamu sampai kepadanya perkara tersebut, maka hendaklah pergilah kepada mereka walaupun dengan merangkak di atas salji sekalipun. ” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Sunan Ibn Majah, jilid 2, hadis no. 4082 
  2. Tarikh Al Tabari 
  3. Al-Sawa’iq al-Muhriqah, oleh Ibnu Hajar, bab 11, seksyen 1, ms 250-251 
Dalam Sahih Muslim, di dalam Bab al-Fitan, terdapat beberapa hadis yang menarik mengenai apa yang akan berlaku pada akhir zaman. Dua daripadanya disebutkan di bawah: 
 
Abu Nadra melaporkan: Kami berada bersama dengan Jabir Ibn Abdillah … Jabir Ibn Abdillah berdiam diri seketika dan kemudian melaporkan bahawa Rasulullah (sawas) telah bersabda: “Di sana akan terdapat seorang Khalifah daripada umatku di akhir zaman, yang bebas akan memberikan kekayaan kepada manusia tanpa perkiraan.”Aku berkata kepada Abu Nadra dan Abu al-Ala: Adakah kamu maksudkan Umar bin Abd al-Aziz? Mereka berkata: TIDAK, dia adalah Imam Mahdi. 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Sahih Muslim, versi Bahasa Inggeris, v4, bab 1005, ms 1508, hadis no. 6961 
  2. Sahih Muslim, versi Bahasa Arab, Kitab al-Fitan, v4, ms 2234, hadis 6 
Diriwayatkan juga bahawa Nabi (sawas) bersabda: “Pada akhir zaman, umatku akan mengalami penderitaan dahsyat  yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sehinggakan manusia tidak dapat mencari jalan keluar. Kemudian Allah akan memunculkan seseorang dari keturunanku, ia adalah Ahlul-Baytku, yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan ketidakadilan. Penduduk bumi dan penduduk langit mencintai dia. Langit akan menurunkan airnya di merata-rata dan bumi akan menawarkan semua yang ia boleh berikan dan akan menjadi hijau keseluruhannya. ” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Seperti yang dipetik dalam al-Sahih fi al-Hadith, oleh al-Hakim 
  2. Al-Sawa’iq al-Muhriqah, oleh Ibn Hajar al-Haythami, bab 11, seksyen 1, ms 250 
Rasulullah (sawas) bersabda: “Dunia tidak akan binasa sehingga seorang lelaki di kalangan orang Arab muncul, dengan nama yang sepadan dengan nama saya.” 
 
Rujukan Sunni: Sahih Tirmidhi, vol. 9, ms 74 
 
Rasulullah (sawas) bersabda: “Mahdi dari keluargaku akan membawa revolusi dan akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sepertimana sebelumnya ia telah dipenuhi dengan ketidakadilan dan ketidaksamaan.” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Musnad Ahmad bin Hanbal, vol. 1, ms 84 
  2. Jami’us Sagheer, oleh al-Suyuti, ms 2160 
  3. Al-Urful Wardi, oleh al-Suyuti, ms 2 
  4. Kanzul Ummal, jilid 7, ms 186 
  5. Akhbaar Aqd Al-Mahdi Al-Durar fi Al-Muntazir, jilid 12, Bab 1 
  6. Al-Bayan fi Akhbar Sahib al-Zaman, By Ganji Shafi’i, Chapter 12 
  7. Al-Fusool Al-Muhimmah, oleh Ibn Sabbagh Maliki, Bab 12 
  8. Arjahul Matalib, by Ubaidallah Hindi hanafi, ms 380 
  9. Muqaddimah, oleh Ibn Khaldoon, ms 266 
Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa Nabi (sawas) berkata: “Allah akan membawa keluar dari penyembunyian Mahdi dari Keluarga dan keturunanku sebelum hari kiamat, walaupun hanya tinggal satu hari dalam kehidupan di dunia, dan dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di bumi ini, serta menghapuskan kezaliman dan penindasan. ” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Musnad Ahmad bin Hanbal, jilid 1, ms 99 
  2. Satu versi hampir serupa juga telah diriwayatkan dalam Sunan Abu Dawud, versi Bahasa Inggeris, bab 36, hadis no. 4270 
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib (a.s): 
 
Ibn Majah dalam Sunannya memetik Mohammad Ibn Hanafiyyah dan Imam Ali berkata bahawa Nabi (sawas) bersabda: “Mahdi adalah dari kami ahlulBayt, tidak keraguan lagi bahawa Allah akan menguatkuasakan kemunculannya dalam satu malam (iaitu, kedatangannya adalah sangat tidak menentu) secara tiba-tiba. ” 
 
Rujukan Sunni:
  1. Sunan Ibn Majah, jilid 2, ms 269 
  2. Al-Sawa’iq Al-Muhriqah, oleh Ibn Hajar Al-Haythami, bab 11, seksyen 1, ms 250

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *