APA KATA IMAM ALI (A.S) TENTANG ANAK IMAM AL MAHDI (A.S)?

Imam Ali (a.s) berkata: " Aku baru memikirkan tentang anak dari anak kesebelas yang merupakan seorang Mahdi, yang akan menyebarkan keadilan di muka bumi" 

 
Sumber rujukan:
  1. Ibn Babooya Al-Qumi, Al Imamah Wa Tabsirah, ms 120 
  2. Sheikh Al-Kulaini, Al-Kafi, v.1, bab Ghaibah, ms. 238 
  3. Sheikh Al-Sadooq, Kamal Al-Deen, ms.289 
  4. Sheikh Muhammad ibn Ibrahim Al-Numaani, Ghaibah Al Nu'mani, bab 4, hadith no.4
 
Anak Pertama: Imam Hassan 
 
Anak Kedua: Imam Hussein 
 
Anak Ketiga: Imam Ali ibn Hussein 
 
Anak Keempat: Imam Muhammad ibn Ali 
 
Anak Kelima: Imam Jaafer ibn Muhammad 
 
Anak Keenam: Imam Musa ibn Jaafer
 
Anak Ketujuh: Imam Ali ibn Musa 
 
Anak Kelapan: Imam Muhammad ibn Ali
 
Anak Kesembilan: Imam Ali ibn Muhammad
 
Anak Kesepuluh: Imam Hassan ibn Ali 
 
Anak Kesebelas : Imam Muhammad ibn Hassan ! 
 
Anak dari Anak yang Kesebelas:  Ahmad!
 
 
 

HIMPUNAN HADIS MENGENAI 12 MAHDI DI DALAM SUMBER SYIAH

1 – Wasiat Nabi Muhammad [sawas] yang ditulis pada malam sebelum kewafatannya: 
 
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat.” Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda: “Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu yang pertama yang paling rapat [Muqarrab] (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : namanya seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s). 
 
  1. Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s 
  2. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376. 
  3. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393. 
  4. Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159. 
  5. Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”) 
  6. Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59. 
  7. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59. 
  8. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222. 
  9. Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294. 
  10. Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71. 
  11. Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641. 
  12. Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96. 
  13. Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi. 
 
2 – Abi Hamza meriwayatkan dari Abi Abdullah [a.s] di dalam hadith yang panjang bahawa dia berkata: "Wahai Aba Hamza, dari kalangan kami 11 Mahdi selepas Qoim dari keturunan Al-Hussain [a.s].” [Ghaiba, Al-Toosi halaman 478-479] 
 
3 – Abu Baseer berkata: Saya memberitahu Ja'far bin Muhammad Al-Sadiq [a.s]: Wahai anak Rasulullah, saya mendengar daripada bapa anda [a.s] bahawa dia berkata: akan ada 12 Mahdi selepas Qa'im yang , beliau berkata: "Sesungguhnya dia berkata 12 Mahdi dan dia tidak berkata: 12 Imam, tetapi mereka adalah kaum Syiah kami yang memanggil orang untuk berbai'ah kepada kami dan tahu akan hak kami." [Kamal Al-Deen wa Tamam Al-Ni’mah, Sheikh Al -Sadooq muka surat 358]
 
4 – Abi Abdullah [as] berkata: " dari kalangan kami 12 Mahdi selepas Qoim [a.s] dari keturunan Hussain [a.s]."  [Muntakhab Al-Anwar Al-Mudhi’ah, Sayyed Baha’a Al-Deen Al-Najafi, muka surat 353-354, Mukhtasar Basa’ir Darajat oleh Al Hasan bin Sulaiman Al Hilli, muka surat 48]
 
5 – Al-Hadrami meriwayatkan dari Abi Ja'afar [a.s] berkata: Saya bertanya kepadanya; di manakah tempat di bumi ini yang paling digemari selepas Haram Allah [Masjid Al Haram] dan Haram RasulNya [sawas]? Beliau [a.s] berkata: “Al-Kufah Wahai Abu Bakar, ia adalah mulia dan suci, ia adalah kubur nabi-nabi yang diutuskan, dan tidak diutuskan [nabi] dan wasi-wasi yang jujur. Dan di dalamnya adalah Masjid Suhail di mana Allah tidak mengutuskan Nabi melainkan dia bersolat di dalamnya, dan darinya akan muncul keadilan Allah dan di dalamnya akan ada QoimNya dan Qoim-Qoim selepas dia, dan ia adalah tempat tinggal nabi-nabi, wasi-wasi dan orang-orang yang soleh." [Kamel Al-Ziyarat oleh Ja’afar bin Muhammad bin Qoloweh, muka surat 76]
 
Imam Abu Ja'afar [a.s] menyebut Mahdi dengan lafaz: "dan Qoim-Qoim selepas dia", yang bermaksud selepas Qa'im (a.s) iaitu Imam Muhammad Al Mahdi (a.s). Jadi dia menamakan 12 Mahdi sebagai Qoim. 
 
6 – Habbah Al-Arni berkata: Amirul Mukminin [a.s] keluar ke Hirah dan berkata: "ini akan disertai oleh ini" dan dia menunjuk dengan tangannya untuk Kufah dan Hirah "sehingga satu hasta di antara keduanya akan dijual dalam dinar, dan kemudian di Heera akan dibina masjid yang mempunyai 500 pintu, khalifah Qoim [Semoga Allah menyegerakan kelapanganNya] akan bersolat di dalamnya kerana ianya terlalu sempit buat mereka, dan akan bersolat di dalamnya 12 Imam yang adil." Lalu aku bertanya: Wahai Amirul Mukminin, apakah keluasannya Masjid kufah ini sepertimana yang manusia lihat hari ini? Seraya dia (a.s) berkata: akan dibina empat buah masjid dan yang paling kecil adalah masjid Kufah…..” [Bihar Al Anwar, v.52, muka surat 474, Tahzib Al Ahkaam oleh Sheikh Al-toosi, v.3, muka surat 245] 
 
Amirul Mukminin di dalam riwayat ini mengatakan bahawa sebuah masjid akan dibina di Hirah, yang mana khalifah Qoim akan bersolat di dalamnya, dan kemudian dia [as] berkata: "dan akan bersolat di dalamnya 12 Imam yang adil " dan kesemua Imam [a.s] itu akan bersolat di dalamnya selepas Qoim [a.s] membina masjid tersebut, yang bermakna mereka ini bukanlah Imam yang duabelas orang, tetapi adalah mereka yang dinamakan dalam riwayat-riwayat yang lain sebagai Mahdi-Mahdi (12 mahdi) 
 
7 – Doa daripada Ahlul Bait [a.s] pada menyatakan hak Imam Al mahdi yang ditunggu-tunggu: "Ya Allah dan berselawatlah ke atas pemegang-pemegang janjinya (wulat ahdihi), sampaikanlah mereka pengharapan mereka, lengahkanlah ajal mereka dan menangkanlah mereka. Sempurnakanlah apa yang telah Engkau sandarkan mereka dari perintah agamaMu, dan jadikanlah kami sebagai pembantu mereka dan penyokong agamaMu, dan berselawatlah ke atas bapa-bapanya yang suci, para Imam yang mendapat petunjuk … " [Mikyal Al-Makarim, V.2, muka surat 73] 
 
Doa ini adalah untuk Qoim [a.s] dan pemegang-pemegang janji yang dimaksudkan adalah penggantinya dan ianya jelas sekali. Doa ini menyebut frasa: “Sempurnakanlah apa yang telah Engkau sandarkan kepada mereka dari perintah agamaMu” kerana mereka [a.s] diamanahkan dengan perkara agama. Bukti memaksudkan mereka adalah Mahdi-Mahdi kerana selepas dia berselawat ke atas mereka (Mahdi-Mahdi), terus berselawat ke atas bapa-bapanya yang suci, yakni bapa-bapa Qoim [a.s].
 
8 – Imam Sajad [a.s] berkata: “Qoim dari kami akan bangkit dan selepas dia akan ada dua belas Mahdi” [Sharh Al Akhbar jilid 3, muka surat 400] 
 
9 – Dalam doa yang diriwayatkan dari seorang wanita yang berada di rumah Imam Al-Mahdi [a.s] dan disalin oleh Sheikh Al-Toosi buat kita sebagai berikut: "Ya Allah berselawatlah ke atas Muhammad Al-Mustafa, dan Ali Al-Murtadha, dan Fatima Al-Zahraa, dan Al-Hassan Al-Ridha, dan Al-Hussain Al-Musaffa dan semua wasi, lampu-lampu yang kesuraman dan sepanduk petunjuk dan tanda-tanda ketaqwaan dan pegangan yang erat dan tali yang kukuh dan jalan yang lurus. Dan berselawatlah kepada waliMu dan pemegang janjinya (wulat ‘ahdihi) dan Imam-imam dari anak-anaknya, dan panjangkanlah umur-umur mereka dan lengahkanlah ajal mereka…" [Ghaibat Al-Toosi, muka surat 28, Bihar Al-Anwar v.52, muka surat 22] 
 
Ini juga adalah doa untuk Wali Allah Imam Al Mahdi [a.s] dan diikuti selepasnya dengan doa kepada pemegang-pemegang janjinya (wulat ‘ahdihi). Semua ini disebutkan selepas selesai doa kepada Rasulullah [sawas], Ali [a.s], Fatimah [a.s] dan wasi-wasi yang terdiri dari kalangan anak mereka berdua. Doa yang dibawakan oleh wanita itu daripada Imam Al Mahdi [a.s], dan Imam [a.s] mengatakan di dalam doanya buat para Mahdi [a.s]:” dan lengahkanlah ajal mereka…” padahal telah maklum di fikiran kita bahawa bapa-bapa Imam Al Mahdi [a.s] telah pun wafat kesemuanya. 
 
10 – Diriwayatkan daripada Imam Al-Askary berkenaan Doa ke-3 bulan Syaaban dalam mendoakan kedudukan para Mahdi [a.s] selepas daripada Imam Al Mahdi [a.s], dan Imam [a.s] mengikrarkan bahawa mereka adalah Hujah ke atas makhluk selepasnya [a.s]. Telah diriwayatkan doa ini dengan kata-kata Imam Al Askariy sendiri kepada Abi Al Qasim bin Al ‘Ala Al Hamdani dan dia adalah wakilnya: “Sesungguhnya tuan kami Al Hussein [a.s] dilahirkan pada hari khamis pada 3 syaaban dan menghuraikannya dengan tenang akan doa ini, dipetik dari doa yang panjang bagi tujuan pembuktian: "dan para wasi dari keturunannya selepas Qoim mereka dan keghaibannya" [Bihar Al Anwar, jilid 53, muka surat 94, Al Iqbal oleh Sayyid Ibn Tawoos, muka surat 689, Al Balad Al Amin, muka surat 185, Misbah Al Mujtahid oleh Syeilh Al Toosi muka surat 826] 
 
 
 
Akan bersambung….Insha Allah.

TAUHID DI SISI WAHABI: PEMBATALAN PENGANTARA DAN SYAFAAT PARA NABI DAN WASI.

Petikan dari 'Kitab Al Tauhid: Tafsir Surah Al Tauhid' oleh Imam Ahmad Al Hassan (as): 

 

Firman Allah swt: {Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang) berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu. (150) Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina.} [Surah An-Nisa’: 150 & 151] 

 

 

 

Sesungguhnya, isu membatalkan peranan dan status para nabi dan wasi bukanlah perkara baru, sebaliknya, ia bermula dengan Nabi pertama yang dicipta oleh Allah swt, iaitu Adam (a.s). Iblis (laknat Allah ke atasnya) telah ingkar, menafi dan tidak beriman dalam peranan Adam (a.s), malah enggan sujud kepada Adam dan tidak menerima Adam (a.s) menjadi kiblatnya kepada Allah. 
 
Iblis tidak kafir kepada Allah dan tidak pula membantah untuk menyembah Allah, tetapi dia enggan sujud kepada Adam, dia enggan untuk mengakui keutamaan Adam dan bahawa dia (Adam) adalah kiblat, pemberi syafaat dan pengantara Allah. Barangkali tepat untuk kita mengatakan bahawa Iblis telah mencapai Tauhid sebelum daripada Wahabi, dan mungkin lebih tepat untuk mengatakan bahawa mereka telah dijangkiti dengan penyakit Iblis dan memberi respon yang baik kepada seruan Iblis. Jadi Iblis mendapati mereka adalah responden terbaik dan paling utama dalam mengikuti jejak langkahnya mengingkari para Aulia Allah (a.s). 
 
Allah swt telah menjelaskan keadaan Iblis dengan terang-benderang di dalam Al Quran. Orang-orang yang berakal waras pasti tidak akan menjumpai apa-apa perbezaan di antara Iblis dan Wahabi. Tidak cukup bagi Wahabi untuk menafikan kedudukan para nabi dan wasi (a.s) sebagai syafaat dan kiblat mereka kepada Allah; {Dan (ingatkanlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu} [Surah Al-Kahf : 50]. Bahkan mereka mengatasi iblis dalam mengkufur dan menafikan Hujah-Hujah (Bukti) Allah, kerana mereka telah membinasakan Perkuburan Baqi’ yang Suci buat Hujah-Hujah (Bukti) Allah, Keluarga Muhammad (a.s), yang mana ianya adalah tempat letaknya Rahmat Allah swt dan BerkatNya. Maka jelaslah perasaan dengki dan kebencian mereka terhadap Keluarga Muhammad (a.s), dan betapa jelas jarak persamaan antara Wahabi dan Iblis. Allah swt berfirman: {Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada kerabat"} [Surah Ash-ShÅ«raá: 23 }. 
 
Jelas bagaimana kedengkian mereka terhadap Keluarga Muhammad (a.s) dengan pemusnahan tempat persemadian mereka! Dan mereka tersangat jauh dari kecintaan terhadap Keluarga Muhammad (a.s) sebagaimana yang diperintahkan Allah ke atas umat Islam, dan jika bukan kerana itu, maka sudah mencukupi untuk menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak Iblis dalam mengingkari para Aulia Allah SWT, dan Allah Ta’ala berfirman: {Dan [ingatlah], tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”, lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: “Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?”} [Surah Al-‘Isra’: 61]. 
 
Iblis (laknat Allah ke atasnya) tidak meredhai Nabi Allah Adam (a.s) sebagai pemberi syafaatnya kepada Allah, pengantara antara dia dan Allah, dan kiblatnya ke arah Allah. Mereka yang sesat lagi menyesatkan adalah pengikut Iblis dalam mengingkari para Wali Allah, tidak menerima untuk menjadikan Nabi Muhammad (sawas) sebagai pemberi syafaat mereka kepada Allah, pengantara di antara mereka dan Allah, dan kiblat mereka ke arah Allah. Bahkan mereka juga tidak menerima bahawa Rahmat dan Berkat Allah turun ke atas orang yang melawat kubur/ makam Keluarga Muhammad (a.s), yang Allah telah meminta umat Islam untuk mencintai mereka dalam Al Quran yang Mulia, {Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman.} [Surah Saba’: 20]. 
 
Setiap orang yang berakal haruslah merenung: Adakah terdapat contoh ikutan yang lebih jelas dan lebih tepat buat Wahabi selain daripada iblis dalam mengkufur dan menafikan peranan Hujah (Bukti) Allah dan KhalifahNya yang terdiri daripada para nabi dan wasi? Mereka menggunakan alasan palsu bagi menutup kebencian mereka terhadap Hujah (Bukti) Allah dan KhalifahNya di Bumi-Nya dengan alasan-alasan yang sangat lemah: – 
  1. Bahawa kepercayaan syafaat oleh makhluk bagi pihak Allah, adalah syirik 
  2. Kepercayaan bahawa makhluk boleh mengabulkan permintaan (hajat), dengan izin Allah, adalah syirik. 
Secara ringkasnya: Mereka mempercayai bahawa kepercayaan tentang kehadiran seorang pengantara antara hamba dan yang disembah adalah syirik (menyekutukan sesuatu dengan Allah), dan mereka menafikan kepercayaan ini dan mereka enggan untuk beramal dengannya. Saya boleh membayangkan, sekiranya mereka telah mengkaji pendirian iblis mengenai Adam, maka mereka pasti mendapati tiada perbezaan, walau sedikit pun, pendirian mereka dalam hal menafikan pengantara dan kiblat kepada Allah {Dan [ingatlah], tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”, lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: “Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?” ?”} [Surah Al-‘Isra’: 61], {Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman} [Surah Saba ‘: 20] 
 
Di sini dinyatakan beberapa isi penting bagi penjelasan lanjut dan buat menghilangkan kekeliruan orang-orang yang masih keliru untuk melihat kebenaran. Moga-moga mereka memberi perhatian kepada fakta bahawa apabila Allah mengarahkan makhluk untuk beribadat kepadaNya, Dia menjadikan ibadat pertama adalah sujud kepada KhalifahNya sebagai pengantara di antara mereka dan Allah. Supaya mereka tidak membantah untuk sujud dan mengiktiraf peranan Khalifah Allah di BumiNya sebagai Pengantara hamba kepada Allah dan Pemberi syafaat bagi pihak Allah, yang pada hakikatnya tidak mati atau binasa oleh kematian atau kebinasaan jasad fizikal. Oleh itu, selagimana hakikat ini kekal, maka syafaat mereka dan pengantaraan mereka juga kekal. Mudah-mudahan mereka meninggalkan daripada mengikuti jejak langkah iblis dalam menafikan pengantaraan dan sekaligus menafikan Pengantara (Khalifah Allah). 
 
Dengan penuh penyerahan kepada Allah, saya katakan: 
 
1 – Perbuatan berjumpa doktor dan menggunakan ubat-ubatan bukanlah perbuatan syirik kepada Allah. Ini kerana kedua-duanya tidak dapat memberi manfaat kepada manusia, melainkan Allah mengkehendaki demikian dan memberikan keupayaan kepada doktor dan ubat untuk memberi manfaat kepada manusia. Begitulah juga halnya berkaitan ruh (jiwa), tetapi kali ini doktornya adalah ruh-ruh para nabi dan ubat kesempurnaan yang dilimpahkan kepada orang-orang yang mengambil mereka sebagai pemimpin. Jadi bertawajjuh kepada mereka bukanlah syirik kepada Allah, kerana mereka tidak dapat memberi manfaat kepada manusia melainkan dengan izin Allah. Begitu juga penafian terhadap mereka adalah kejahilan melampau dan kufur, kerana mereka adalah ‘asbab’ penyembuhan ruh-ruh dan Allah telah menjadikan kedudukan ini khusus buat mereka ketikamana Dia menjadikan mereka Khalifah-KhalifahNya, di mana seluruh makhlukNya di BumiNya ini menghadapkan wajah mereka. Tidak dibenarkan sesiapapun merampas (kedudukan mereka) dan barangsiapa yang membantah akan menjadi seperti Iblis yang enggan sujud kepada Adam (a.s). 
 
2 – Mereka juga tidak dapat memberi apa-apa manfaat jika Allah tidak mengkehendaki sebegitu, sepertimana halnya doktor dan ubat-ubatan. Oleh itu, amat perlu untuk bertawajjuh dengan berdoa kepada Allah agar doktor dan ubat-ubatan dapat memberi manfaat dan si pesakit mendapat manfaat daripada mereka, kerana mereka tidak memberi manfaat dan syafaat melainkan dengan izin dan kehendak Allah. 
 
3 – Sesiapa jua yang bertawajjuh (menghadapkan wajah) kepada doktor ruh, iaitu para nabi dan wasi, dan dalam masa yang sama meninggalkan tawajjuh kepada Allah dengan doa, serta mempercayai bahawa mereka (para nabi dan wasi) dapat memberi manfaat tanpa perlu bertawajjuh kepada Allah dan tanpa Allah mengizinkan mereka, maka sesungguhnya dia telah menjadi musyrik. Mereka tidak akan dapat memberi manfaat apa-apa kepada dia, dan dia juga tidak akan dapat manfaat apa-apa pun dari mereka { Pada hari itu tidak berguna syafa’at, kecuali [syafa’at], orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya} [Surah Taha: 109}] . {Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafa’at itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “[Perkataan] yang benar”, dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar} [Surah Saba’: 23]. 
 
4 – Barangsiapa menafikan mereka (Aulia Allah) dan mendakwa bahawa dia menghadapkan wajahnya secara langsung kepada Allah supaya tidak menjadi musyrik, maka pada hakikatnya, pendirian tersebut adalah seratus peratus sama dengan pendirian iblis (laknat Allah ke atasnya), dan tidak ada perbezaan satu inci pun di antara mereka. Kerana dia kafir (ingkar) akan kedudukan mereka (para Nabi dan wasi) yang Allah telah jadikan khusus buat mereka (para Nabi dan wasi). Dia juga kafir (ingkar) dalam Perintah Allah, dan orang ini tersingkir dari Rahmat Allah, dan ibadahnya adalah seperti ibadah Iblis (laknat Allah ke atasnya). Telah berkata Imam Al Sadiq (a.s): "… Iblis adalah yang pertama menggunakan Qiyas (analogi/ perbandingan) dan menjadi takabbur (angkuh). Dan keangkuhan adalah bentuk maksiat pertama yang diderhakakan Allah dengannya. Imam (a.s) berkata: 'Maka Iblis telah berkata: "Wahai Tuhanku! Lepaskan aku daripada bersujud kepada Adam, kerana aku beribadat kepada Engkau dengan ibadat yang tidak pernah disembah oleh Malaikat terdekat mahupun Nabi yang diutuskan. Maka Allah berfirman: "Aku tidak mempunyai keperluan dalam ibadah kamu, sesungguhnya, Aku ingin disembah mengikut keinginanKu, bukan mengikut keinginan kamu."Dia (iblis)enggan bersujud, maka Allah Ta’ala berkata: "Keluar daripadanya (syurga) kerana sesungguhnya kamu adalah terkutuk, dan laknatKu ke atas kamu sehingga ke hari kiamat …" [1] 
 
5 – Oleh itu, bagi sesiapa yang memahami apa yang telah saya jelaskan di dalam kebanyakan buku dan sekitar al Quran yang mulia berkenaan Alam Malakut, maka dia pasti tahu akan kedudukan sebenar Aulia, nabi-nabi dan wasi-wasi (a.s) adalah sebagai Pengantara antara yang disembah dan hamba. Ianya adalah perkara yang dipaksakan dan diputuskan, dan tiada pilihan untuk hamba kerana kedudukan dan martabat kesemua Aulia ini adalah mengatasi kedudukan hamba-hamba. Dengan itu, diwajibkan setiap hamba melepasi mereka (a.s) terlebih dahulu untuk sampai kepada yang disembah (Allah). 
 
 
 
______________________________ 
 
[1] Bihar Al Anwar, jilid 11, ms 141
 
 
 

PERSAMAAN ANTARA KHAWARIJ MASA LALU DAN WAHABI MASA KINI

Petikan dari Kitab Al Tauhid: Tafsir Surah Al Tauhid oleh Imam Ahmad Al Hassan (as): 
 
Prinsip asas yang menyebabkan Khawarij keluar untuk menentang Ali bin Abi Talib (a.s), malah, terkeluar dari Islam adalah kata-kata mereka: (Tiada pemerintah melainkan bagi Allah). Jelas sekali kepalsuannya secara lahiriah lahiriah dan hitam pada batinnya, dan tiada siapa yang boleh ditipu olehnya kecuali orang-orang Arab yang jahil, yang tidak boleh memahami ucapan {Orang-orang A`rab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.} [Al-Quran Surah Al-Taubah 9:97]. 
 
Inilah apa yang dikatakan oleh Khawarij: (Tiada Kekuasaan melainkan bagi Allah). Kata-kata ini adalah benar, kerana kekuasaan hanya untuk Allah. 
 
Adapun ibadah-ibadah mereka secara lahiriah, mereka adalah manusia yang paling banyak melakukan ibadat, dan mereka adalah paling banyak bersolat dan memenuhkan masjid. Adapun perjuangan mereka untuk mempertahankan keimanan mereka, ianya cukup terbukti bahawa mereka telah berjuang bermati-matian di Nahrawan sehingga tiada [mereka] yang terselamat kecuali beberapa orang. Walaupun begitu, mereka tidak mengetahui apa-apa, malah, mereka langsung tidak menyumbang apa-apa kepada Islam. 
 
Di sini dibawakan dua Hadis daripada Rasulullah (sawas) tentang Khawarij di zaman permulaan Islam dan di akhir zaman (Wahabis). 
 
Hadis Pertama: Khawarij di masa permulaan Islam
 
Dari Abu Saed Al Khudri (r.a), bahawa dia berkata: (ketikamana kami sedang berada di sisi Rasulullah (sawas), tatkala baginda bersumpah akan sesuatu, kemudian telah mendatanginya “DhulKhuwaysirah”, seorang lelaki dari Bani Tamim, seraya berkata: "Wahai Rasulullah berlaku adil lah!." Lalu Nabi (sawas) bersabda:"Celakalah kamu, siapakah yang akan berlaku adil, sekiranya aku tidak berlaku adil. Sesungguhnya kamu berada dalam kekecewaan dan kerugiaan, jika aku tidak berlaku adil." Lantas Umar berkata:"Wahai Rasulullah berikan kebenaran kepada aku untuk memenggal lehernya!" Maka Rasulullah (sawas) berkata:"Biarkan sahaja dia, kerana sesungguhnya dia mempunyai sahabat-sahabat yang solat mereka akan dihinakan oleh solat salah seorang dari kamu, dan puasa mereka dengan puasanya, mereka membaca al-Quran tetapi tidak melepasi dari tulang selangka mereka ([makna Al-Quran adalah hanya pada lidah mereka dan tidak sampai ke hati mereka]), mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busur ([maknanya seperti mangsa yang terkena anak panah, dan anak panah yang melaluinya keluar dari sisi yang lain dengan pantas tanpa ada apa-apa di atasnya]), maka kamu melihat anak panah dan kamu tidak menjumpai apa-apa di atasnya, kamu melihat di sisinya dan kamu tidak menjumpai apa-apa, kamu melihat di bilah yang merupakan batang anak panah dan kamu tidak menjumpai apa-apa di atasnya, seterusnya kamu melihat pada bulu dan anda tidak menjumpai apa-apa di atasnya, [dan anak panah] telah mendahului sisa badan dan darah ([maknanya anak panah berlalu dengan cepat melalui mangsa dan keluar tanpa darah atau mana-mana sisa badan di atasnya]). Tanda mereka adalah seorang lelaki hitam, kedua–dua bahagian lengannnya seperti payudara seorang wanita, atau seperti sepotong daging yang bergetar, dan mereka akan keluar ketikamana terdapat perpecahan di kalangan orang ramai." 
 
Abu Sa'eed berkata: (Aku bersaksi bahawa aku mendengar ucapan ini dari Rasulullah (sawas), dan aku bersaksi bahawa Ali bin Abi Talib telah berperang dengan mereka dan aku bersama-sama dengannya. Maka, dia memerintahkan supaya memanggil lelaki itu, tetapi dia [lelaki] merayu, lalu dibawanya keluar, sehingga aku dapat mengenalpasti sifatnya adalah sebagaimana yang telah Nabi (sawas) sifatkannya) [1] 
 
Hadis Kedua mengenai Khawarij di akhir zaman (Wahabi): 
 
Dari Suwayd bin Ghaflah, dia berkata: Ali telah berkata: "Sekiranya aku mengkhabarkan kamu berkenaan Rasulullah, maka sesungguhnya, aku lebih suka diserembamkan (jatuh dengan muka melekat di tanah) dari langit daripada berbohong ke atasnya, dan jika aku mengkhabarkan kamu, apa yang ada di antara kamu dan aku, maka sesungguhnya, peperangan itu adalah tipu helah. Aku mendengar Rasulullah (sawas) berkata: 'Maka akan datang di akhir zaman orang-orang, yang berbicara di tepi gigi, yang impiannya adalah bodoh, percakapan mereka adalah sebaik-baik percakapan makhluk (bermakna mereka akan bercakap tentang Tauhid, kerana Wahabi mendakwa bahawa mereka mencari Tauhid sebenar dan bahawa mereka menolak daripada menyekutukan Allah yakni syirik). Mereka keluar daripada Islam sepertimana anak panah keluar dari mangsa, iman mereka tidak melepasi kerongkong mereka. Oleh itu, di mana jua kamu bertemu mereka, bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya, bagi yang membunuh mereka adalah ganjaran pahala pada hari kiamat "[2] 
 
Saya mendapati bahawa amat perlu untuk menganalisa asas kepercayaan Khawarij, dan apa yang mereka maksudkan dengan (Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah), sekaligus menunjukkan persamaan antara kepercayaan mereka dan Tauhid yang dituntut oleh Wahabi, supaya ia boleh menjadi jelas bahawa Wahabi adalah Khawarij di akhir zaman. 
 
Apabila Ali (as) mendengar Khawarij mengatakan bahawa "Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah", maka beliau berkata: (Perkataan yang benar tetapi yang dimaksudkannya adalah kebatilan. Ya, ianya benar bahawa tidak ada kekuasaan melainkan bagi Allah. Tetapi mereka ini mengatakan bahawa 'tidak ada pemerintah kecuali Allah', dan sesungguhnya, mesti ada bagi manusia seorang pemimpin soleh atau pemimpin jahat, yang orang-orang beriman melakukan [kebaikan] di bawah pemerintahan beliau dan yang kafir menikmati [manfaat duniawi] di bawah pemerintahannya. Allah menyampaikan segala-galanya melalui sebab. Melalui [pemerintah] cukai dikutip, berjuang memerangi musuh, jalan-jalan akan aman, dan diambil [zakat] dari yang kuat buat yang lemah. Sehingga orang yang baik mendapat keamanan dan dilindungi dari orang yang jahat.” 
 
Dalam hadis lain, menyatakan bahawa ketika Ali (a.s) mendengar pendirian mereka, dia berkata: "Aku menunggu hukum Allah dalam hal ini ke atas kamu." Kemudian dia berkata: "Bagi pemerintah yang baik, orang-orang yang bertaqwa dapat beramal [soleh] di bawahnya. Manakala bagi pemerintah yang jahat, pelaku kejahatan menikmati [manfaat duniawi] di bawahnya sehingga akhir pemerintahannya atau dia mati.”[3] 
 
Sesungguhnya, makna slogan (Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah) ini adalah: Hakimiyyah (kekuasaan) Allah, iaitu bahawa sesiapa jua yang mengangkat slogan ini tidak boleh menerima selain dari Kekuasaan Allah, yang diwakili oleh Undang-undang Ilahi dan pemerintah yang dilantik oleh Allah. Oleh itu, barangsiapa yang mengangkat slogan ini sepatutnya menuntut perlaksanaan Undang-undang Ilahi dan pemerperkasaan pemerintah yang dilantik oleh Allah. 
 
Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah', dan ini sepatutnya tujuan atau tuntutan bagi sesiapa yang membangkitkannya sebagai slogan. Tetapi Khawarij datang dengan kalimah ini untuk melanggar Ketuanan Allah, dan mereka benar-benar melemparkannya khusus ke muka Ali (as). Sedangkan dia adalah Khalifah Allah dan wasi (pemegang wasiat) yang dilantik oleh Allah. Secara lahiriah nampak seolah-olah mereka tidak menolak Allah, kerana mereka hanya menolak Ali (a.s). Walau bagaimanapun, jika kita melihat dengan teliti dan memahami pendirian mereka, kita akan mendapati bahawa pendirian mereka adalah sama seperti yang pendirian iblis yang tidak menolak untuk sujud kepada Allah. Malah, dia digelar Tawoos Malaikat kerana banyak beribadah, tetapi dia hanya menolak untuk bersujud kepada Adam (a.s) sebagai Khalifah Allah. 
 
Jawapan Imam Ali (a.s) bagi menyangkal tujuan mereka, adalah bertepatan dengan realiti yang berlaku sekarang, kerana kewujudan masyarakat manusia, mesti bersekali dengan Undang-Undang dan pemerintah yang melaksanakan undang-undang bagi mengatur kehidupan masyarakat tersebut. Oleh itu, apabila ditolak Undang-undang Ilahi dan pemerintah (mulia/ soleh) yang telah dilantik oleh Allah. Maka sudah pasti ia akan diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia dan pemerintah yang penindas, kerana realiti tidak pernah terlepas dari menghadapi salah satu daripadanya. Beliau (a.s) berkata: “Dan sesungguhnya, amat perlu bagi manusia mempunyai seorang pemimpin samada yang soleh atau pemimpin yang jahat.” 
 
Sekarang, saya hanya meminta kita menganalisa tiga pendirian: 
 
Iblis (laknat Allah ke atasnya): Enggan sujud kepada Adam, (enggan mengakui bahawa Adam menjadi "Khalifah Allah" dan pengantara di antara dia dan antara Allah.) 
 
Khawarij: Enggan menerima manusia yang dilantik oleh Allah sebagai pemerintah, tatkala mereka berkata “Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah”, iaitu mereka menginginkan tiada pemerintah melainkan bagi Allah. Atau dalam erti kata lain, mereka menolak untuk menjadikan manusia (Khalifah Allah) sebagai perantaraan di antara mereka dan Allah. Dan mereka mendakwa ini sebagai Tauhid dan penolakan syirik!! 
 
Wahabi: Mereka enggan menerima bahawa seorang manusia (Khalifah Allah) boleh menjadi pengantara di antara mereka dan Allah, malah mereka mendakwa ini sebagai Tauhid dan penolakan syirik juga!! 
 
Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga pendirian ini?!! 
 
Jika kita mendalami ke tiga-tiga pendirian, kita akan mendapati bahawa persamaan antara pendirian Khawarij dan pendirian iblis (laknat Allah ke atasnya) barangkali memerlukan penjelasan yang telah dibentangkan sebelum ini. Tetapi dalam hal persamaan antara pendirian Wahabis dan pendirian iblis, maka saya tidak fikir [bahawa ia memerlukan sebarang penjelasan], kerana pendirian mereka (kepercayaan mereka) adalah imej sebenar pendirian iblis (laknat Allah ke atasnya). Justeru itu, posisi mana lagi yang kita mahu bagi menjelaskan perkara ini? (Bermakna ia sudah jelas dan tidak perlu sebarang penjelasan lagi). 
 
 
 
___________________________ 
[1] Sahih Al-Bukhari – Al-Bukhari: volume 4, page 179. 
 
[2] Sahih Al-Bukhari – Al-Bukhari: volume 4, page 179. 
 
[3] Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 91

Soalan 530: PEMBICARAAN TENTANG ABU BAKAR BERSAMA RASULULLAH DI DALAM AL QURAN

Dipetik dari kitab “Jawab Al Munir ‘Ibr Al Athir” oleh Imam Ahmad Al Hassan (a.s). 

 

 
Soalan 530:
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, 
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh Alam. Selawat dan salam ke atas penciptaan yang paling mulia, Muhammad, dan Keluarganya yang disucikan, para Imam dan para Mahdi. 
 
Ketua dan pemimpinku, Qaim (pendiri) Keluarga Muhammad dan Yamani mereka, Sejahtera ke atas kamu dan keluarga kamu, dan rahmat Allah serta berkatNya. 
 
Izinkan saya sayyidi, apakah makna firman Allah Ta’ala: {…sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita"} [Surah Al-Tawbah 9:40]. Dan adakah ia benar bahawa Abu Quhafa (Abu Bakr) berada dengan Nabi yang mulia (sawa) di dalam gua? 
 
Semoga Allah membalas anda dengan ganjaran yang terbaik bagi pihak Keluarga Muhammad. Dan saya berharap kamu memaafkan kekurangan kami di sisi Allah, dan meminta Allah menetapkan jejak langkah kami dan mengampunkan dosa kami. Sesungguhnya DIA Maha Mampu atas segala sesuatu. 
 
Dan segala puji bagi Allah yang telah membimbing kami, dan kami tidak akan dibimbing kalau tidak kerana Allah yang membimbing kami. Dan Salam sejahtera kepada kamu dan Rahmat Allah serta BerkatNya. 
 
Pengirim: Heidar Al-Musawy, Iraq 
 
Jawapan: 

 

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, 

 

 
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdi. 
 
{Jikalau kamu tidak menolongnya [Muhammad] maka sesungguhnya Allah telah menolongnya [yaitu] ketika orang-orang kafir [musyrikin Mekah] mengeluarkannya [dari Mekah] sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada [Muhammad] dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. } [Surah Al-Taubah 9:40] 
 
Ayat ini tidak memberi pujian kepada sahabat yang menemani Nabi (sawas) di dalam gua, sebaliknya, ia mempunyai satu penghinaan yang jelas buat sahabat yang menyertai Nabi (sawas). Ketenangan (sakinah) dalam peristiwa ini telah diturunkan kepada Rasulullah (sawas) sahaja {Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepadanya}. Dan para Malaikat, tentera Allah, diturunkan untuk menyokong Rasulullah (sawas) sahaja {dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya}. Ini bermakna penyingkiran sahabat yang menemani Rasulullah saw dari ikatan Iman. Ini kerana ketenangan memang telah diturunkan dalam beberapa peristiwa lain kepada sebahagian muslimin atau mukminin, di mana terdapat ramai orang Islam bersama Rasulullah (sawas), tetapi tidak pula mengkhususkan ketenangan hanya kepada Rasulullah (sawas) sahaja. Oleh itu, telah jelas pada kita bahawa tiada siapa di dalam gua yang layak dibantu dengan ketenangan dan tentera kecuali Rasulullah (sawas). 
 
Dan berikut adalah teks al-Quran yang menjelaskan kepada anda bagaimana ketenangan diturunkan ke atas Rasulullah (sawas) dan kepada orang-orang beriman yang bersamanya, dan bagaimana tentera [yang tidak dapat dilihat] datang membantu Rasulullah (sawas) dan orang-orang beriman yang bersamanya, dan [ia] tidak hanya dinyatakan untuk Rasulullah (sawas) sahaja: 
 
{Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.} [Surah Al-Taubah 9:26] 
 
{Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.} [Surah Al Fath 48:26] 
 
Perhatikan perkara ini baik-baik: Dalam kedudukan ayat ini, terdapat orang-orang beriman bersama dengan Rasulullah (sawas), dan mereka adalah sebahagian yang bersama-samanya (bermakna sebahagian yang bersama dengan dia dan bukan kesemua mereka), telah diturunkan ketenangan kepada mereka; kerana mereka memang berhak. 
 
Jadi, jika teman yang berada di dalam gua adalah seorang yang beriman, maka lazimnya ketenangan telah diturunkan kepadanya sepertimana ia telah diturunkan di tempat-tempat lain ke atas orang-orang beriman yang bersama-sama dengan Rasul Allah. 
 
Adapun bagi mereka yang meyakini bahawa kata-kata Rasulullah (sawa) untuk sahabatnya {Janganlah kamu berdukacita, kerana Allah bersama kita} adalah pujian  buat  sahabat itu, maka ianya jauh dari kebenaran yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut, dan lihatlah kepada firmanNya: {Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dia-lah yang keempatnya. Dan tiada [pembicaraan antara] lima orang, melainkan Dia-lah yang keenamnya. Dan tiada [pula] pembicaraan antara [jumlah] yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.} [Surah Al-Mujadilah 58:7]. 
 
Ini menjelaskan kepada kamu bahawa Allah bersama semua orang, sama ada mereka memberi perhatian atau tidak, {Dan tiada [pula] pembicaraan antara [jumlah] yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada}. Hakikat ini adalah pasti diketahuinya oleh orang-orang yang yakin beriman. Seterusnya menjelaskan bahawa sahabat di dalam gua itu adalah seorang yang alpa, dan kerana itulah Rasulullah (sawas) mengingatkan dia hakikat ini, agar dia kembali sedar. Tetapi keseluruhan ayat menunjukkan bahawa dia tidak sedar akan hakikat ini, dan langsung tidak memberi perhatian kepada kealpaannya. Oleh sebab itu, ketenangan itu tidak diturunkan kepadanya, sebaliknya ia telah diturunkan pada Rasulullah (sawas) seorang sahaja. Begitu juga bantuan tentera (yang tidak dapat dilihat) hanya dikhususkan untuk Rasulullah (sawas) sahaja. Dengan ini jelas bahawa tidak ada mana-mana orang beriman di dalam gua kecuali Rasulullah (sawas). 
 
Adapun untuk menggambarkan dia sebagai sahabatnya, saya tidak fikir bahawa seseorang yang waras akan menganggapnya sebagai pujian selepas semua apa yang telah dibentangkan. Malahan Rasulullah (sawas) adalah sahabat kepada kaumnya yang kafir kepadanya {Apakah [mereka lalai] dan tidak memikirkan bahwa sahabat mereka [Muhammad] tidak berpenyakit gila. Dia [Muhammad itu] tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan lagi pemberi penjelasan.} [Surah Al’araf 7:184]. 
 
Dan di tempat lain, Al-Quran mengibaratkan orang-orang kafir (yang kafir) sebagai sahabat orang mukmin yang memberi nasihat kepadanya: 
 
{dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada sahabatnya [yang mu’min] ketika ia berbincang dengan dia: “Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat”.} [Surah Al-Kahfi 18:34] 
 
{berkatalah sahabatnya [yang mukmin] kepadanya, semasa dia berbincang dengannya: Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Dia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?} [Surah Al-Kahfi 18:37] 
 
Ini adalah persamaan yang terbaik dalam semua hal. Jika nasihat yang berlaku di dalam gua ini {apabila dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita} tidak sepertimana ayat-ayat yang telah dibentangkan, memandangkan kedua-dua mereka adalah nasihat kepada seorang sahabat dan memperingatkan Allah kepadanya dan satu cubaan untuk membawanya keluar dari kealpaan yang dia berada, maka ia bukanlah pujian kepada sahabat dengan cara mana sekalipun, apatah lagi menjadi kemuliaan sepertimana yang mereka dakwa. 
 
Salam sejahtera kepada kamu dan Rahmat Allah serta BerkatNya. 
 
Ahmad Al-Hassan 
 
Muharram Al-Haram/1432 Hijri

LEBIH DARIPADA SATU MAHDI MENURUT HADIS SUNNI


 

Ibn Al Munada meriwayatkan: " Sufyanis ada tiga, Mahdi ada tiga. Sufyani pertama akan muncul, dan jika dia bangkit namanya disebut-sebut sehingga menjadi popular, Mahdi pertama bangkit, dan kemudian Sufyani kedua, dan kemudian Mahdi kedua bangkit, dan maka Sufyani ketiga akan bangkit, dan kemudian Mahdi ketiga akan bangkit, dan begitulah Allah akan membuatkan segala-galanya menjadi lebih baik daripada telah musnah sebelumnya, dan dia akan menyelamatkan orang beriman, dan akan membuat Sunnah kembali hidup, dan memadamkan api-api bid’ah. " 
 
[Al Arf Al Wardi Li Al Sayooti, jilid 1, ms 149, hadith 250] 
___________________________________________
 
Diriwayat dari Hadab bin Khaled Al Azdi [yang] meriwayatkan daripada Hamad bin Salma [yang meriwayatkan] dari Sama’ bin Harb, telah berkata: "Saya telah mendengar Jaber bin Samra berkata: 'Aku mendengar Rasulullah (sawa) bersabda: "Islam akan kekal mulia sehingga 12 Kalifah," dan kemudian dia berkata perkataan yang aku tidak fahami, lantas aku berkata kepada ayahku: "Apa yang baginda katakana?" Baginda berkata: "Kesemua mereka adalah daripada Quraisy." 
 
[Sahih Muslim, jilid 3, ms 1453] 
___________________________________________
 
Diriwayatkan dari Muhammad bin Abeed [yang] meriwayatkan dari Abu Usama [yang meriwayatkan] dari Za’eda [yang meriwayatkan] dari Sama’ [yang meriwayatkan] dari Sa’eed bin Jabeer [yang meriwayatkan] dari Ibn Abbas, beliau biasa mendengar mereka berkata: "Terdapat 12 Kalifah untuk umat ini!" Beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu? Selepas 12 adalah tiga, dari kami adalah Safah, Mansoor dan Imam Mahdi?" 
 
Abu Usama berkata: "Tafsiran [dari kami] bermakna anak Imam Mahdi, sehingga kemunculan Dajjal." 
 
[Uyoon AlAkhbar Ibn Qutayba p.302] 
___________________________________________
 
Pengarang kitab Umdat Al Qaree Sharh Sahih Bukhari, Badr Al Deen Al Ayni Al Hanafi berkata: "Ianya tidak mustahil bahawa akan ada 12 selepas Mahdi yang akan muncul di akhir zaman …" sehingga dia berkata: "Dan kemudian selepas dia, anaknya akan memerintah, dan dengan itu akan terdapat 12 raja-raja, setiap seorang daripada mereka adalah Imam Mahdi." 
___________________________________________
 
Daripada Ka’ab Al Ahbar:”Di sana akan terdapat 12 Mahdi, yang kemudian “Ruh Allah” akan turun untuk membunuh Dajjal.” 
 
Tafsir Ibn Abi Hatem dari Ka'ab Al Ahbar, beliau berkata: "Mereka adalah 12, dan apabila mereka semua meninggal dunia, akan menggantikan mereka 12 yang serupa mereka, dan itu adalah janji dari Allah kepada umat ini." Lalu dia membaca: " Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.” 
 
[Tafsir Ibn Abi Hatem, hadith no. 13730] 
[Ibn Abi Hatem AlRazi, jilid 8, ms 2628] 
___________________________________________
 
Ibnu Hajar di dalam kitab Fath Al Bari, dalam petikan yang panjang berkata: Abu bin Al Hussein Al Munadi: Pada bahagian di mana dia mengumpul mengenai Imam Mahdi, dalam mengertikan pengertian hadith "Akan terdapat 12 Khalifah ", adalah bermaksud ianya akan berlaku selepas Mahdi yang akan muncul di akhir zaman, kerana aku dapati dalam kitab Daniel, apabila Imam Mahdi mati, akan ada 5 lelaki yang memerintah dari anak cucu yang tertua, dan setelah itu 5 anak dari cucu yang muda, dan kemudian yang terakhir akan menyerahkan kepimpinan beliau kepada anak dari cucu yang tertua, dan kemudian anaknya akan memerintah, 12 raja-raja akan memerintah, setiap seorang daripada mereka adalah Imam Mahdi. 
 
[ Fath Al Bari Sharh Sahih Bukhari, jilid 20, Ms266, hadis 6682] 
___________________________________________
 
Telah berkata Ibn Al Munadi, dan di dalam riwayat Abi Saleh dari Ibnu Abbas. Nama Imam Mahdi adalah Muhammad bin Abdullah, dan dia adalah seorang lelaki yang janggutnya dicelup dengan warna merah, umat ini akan bebas daripada semua kesengsaraan, dan keadilan, dia akan menghapuskan semua ketidakadilan, dan selepas dia akan ada 12 lelaki. 
 
Diriwayatkan dari Rashdeen dari Ibn Lahee'a dari Abi Qabeel dari Abdullah Ibni Umar, beliau berkata: "Selepas Imam Mahdi yang akan mengambil orang-orang Yaman ke bandar-bandar mereka, kemudian Mansoor, dan kemudian selepas dia Mahdi yang akan membuka kota Rom dengan tangannya." 
 
[Fitan Ibn Hamad, jilid 1, ms 395, hadith 1186] 
___________________________________________
 
Dalam Kitab Fitan Ibn Hamad AlMaroozi dan dia adalah guru kepada Bukhari, diriwayatkan daripada Al Hakam bin Nafe ' [yang meriwayatkan] dari Jarah dari Arta'a: "Sufyani akan membunuh semua orang-orang yang menderhaka kepadanya dan akan memotong mereka dengan gergaji, dan memasak mereka dalam periuk selama 6 bulan. Setelah itu, dia akan bertemu dengan pentadbir dua timur dan dua barat, dengan bilangan Khalifah selepas Rasul Allah (sawas) untuk umat. "(Dalam kes ini bilangan Khalifah adalah 12)
 
 

KITAB AL-MAHDI DI DALAM SUNAN ABI DAWOOD

 

 

"Penyelamat Dijanjikan (Kitab Al-Mahdi)" 
 
_______________________________________ 
 
Buku 36, Nombor 4266: 
 
Riwayat Jabir ibn Samurah: 
 
Nabi (sawas) berkata: "Agama akan terus dipertahankan sehingga terdapat dua belas khalifah ke atas kamu, dan seluruh masyarakat akan bersetuju dengan setiap seorang daripada mereka. "Saya kemudian mendengar dari Rasulullah (sawas) beberapa kenyataan yang saya tidak boleh faham. Saya bertanya kepada bapa saya: Apa yang dia berkata: Beliau berkata: mereka semua adalah daripada Quraisy. 
 
__________________________________________ 
 
Buku 36, Nombor 4269: 
 
Riwayat Abdullah ibn Mas'ud: 
 
Nabi (sawas) bersabda: "Jika hanya satu hari di dunia ini kekal. Allah akan memanjangkan hari itu (mengikut versi Za'idah), sehingga Dia membangkitkan di dalamnya seorang lelaki yang tergolong kepada aku atau keluargaku, yang nama bapanya adalah sama seperti nama bapaku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman (mengikut versi Fitr). " 
 
Versi Sufyan berkata: "Dunia tidak akan binasa sebelum Arab diperintah oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya akan sama seperti aku." 
 
_________________________________________ 
 
Buku 36, Nombor 4270: 
 
Diriwayatkan oleh Ali ibn AbuTalib: 
 
Nabi (sawas) bersabda: "Jika hanya satu hari masa (dunia) ini kekal, Allah akan membangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan." 
 
__________________________________________ 
 
Buku 36, Nombor 4271: 
 
Riwayat Umm Salamah, Ummul Mukminin: 
 
Nabi (sawas) bersabda: "Mahdi adalah daripada keluargaku, keturunan Fatimah." 
 
___________________________________________ 
 
Buku 36, Nombor 4272: 
 
Riwayat Abu Sa'id al-Khudri: 
 
Nabi (sawas) bersabda: "Mahdi akan menjadi sahamku, dia akan mempunyai dahi yang luas dan hidung yang menonjol. Dia akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman, dan dia akan memerintah selama tujuh tahun. " 
 
___________________________________________ 
 
Buku 36, Nombor 4273: 
 
Riwayat Umm Salamah, Ummul Mukminin: 
 
Nabi (sawas) bersabda: "Percanggahan pendapat akan berlaku ketika kematian tentang pengganti dan seorang lelaki Madinah akan bersegera ke Mekah. Sebahagian daripada penduduk Mekah akan mendatanginya, membawa dia keluar tanpa kerelaannya dan membai'ah kepadanya di antara Rukun dan Maqam. Satu pasukan tentera kemudiannya diutuskan menentangnya dari Shams (Syria), tetapi akan ditelan di padang pasir (baida’) di antara Mekah dan Madinah. Apabila manusia melihat peristiwa tersebut, orang-orang (Abdaal) dari Syria dan gerombolan dari Iraq akan datang kepadanya dan membai'ahnya di antara Rukun dan Maqam. Kemudian seorang lelaki Quraisy yang bapa saudaranya dari suku Kalb akan memulai peperangan, lalu dihantar satu pasukan tentera menentang mereka, beroleh kemenangan ke atas mereka, dan itu adalah ekspedisi Kalb. Kekecewaan akan menyelubungi mereka yang tidak menyaksikan harta rampasan Kalb. Maka dia akan membahagikan harta itu dan mentadbir manusia berlandaskan Sunnah Nabi mereka (sawas) dan menebarkan Islam di seluruh pelusuk Bumi. Dia akan tetap kekal selama tujuh tahun, kemudian meninggal dunia, dan umat Islam akan bersembahyang ke atasnya. " 
 
__________________________________________ 
 
Buku 36, Nombor 4276: 
 
Diriwayatkan oleh Ali ibn AbuTalib: 
 
Abu Ishaq memberitahu bahawa Ali melihatnya anak Al Hasan dan berkata: "Anakku ini adalah sayyid (ketua) seperti yang dinamakannya oleh Nabi (sawas), dan dari sulbinya akan keluar seorang lelaki yang akan dinamakan dengan nama Nabi (sawas) dan menyerupai beliau dalam tingkah laku tetapi tidak dalam penampilan. Beliau kemudian menyebutkan kisah tentang muka bumi yang dipenuhi dengan keadilan. "

IMAM AL-MAHDI DI DALAM KITAB SUNNI

Nabi (sawas) telah bersabda: “Al-Mahdi adalah seorang daripada kami, Ahlul-Bayt.” 
 
Rujukan Sunni: Sunan Ibn Majah, jilid 2, hadis no. 4085 
 
Rasulullah (sawas) bersabda: “Al-Mahdi adalah salah seorang daripada anak-anak Fatimah.” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Sunan Ibn Majah, jilid 2, hadis no. 4086 
  2. al-Nisa’i dan al-Bayhaqi, dan lain-lain seperti yang dipetik dalam al-Sawa’iq al-Muhriqah, oleh Ibn Hajar al-Haytami, bab 11, bahagian 1 , ms 249 
Nabi Muhammad (sawas) bersabda: “Kami anak-anak Abd al-Mutalib adalah ketua penduduk Syurga: Diriku, Hamzah, Ali, Jafar , Hasan, Hussain dan Al-Mahdi.” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Sunan Ibn Majah, jilid 2, hadis no. 4087 
  2. Al-Mustadrak, oleh al-Hakim, dengan autoriti Anas Ibn Malik 
  3. Al-Daylami 
  4. Al-Sawa’iq al-Muhriqah, oleh Ibn Hajar al-Haytami, bab 11, seksyen 1, ms 245 
Nabi Muhammad (sawas) bersabda: “Mahdi akan muncul di dalam umatku. Dia akan muncul untuk sekurang-kurangnya 7 atau maksimum 9 tahun, dalam masa itu, umatku akan mengalami nikmat yang banyak seperti yang tidak dinikmati sebelumnya. Dikurniakan bekalan makanan yang banyak, di mana ia tidak perlu menyimpan apa-apa, dan kekayaan pada masa itu bertimbun-timbun, seolah-olah jika seorang lelaki bangun dan berkata: berikan kepadaku wahai Mahdi, maka Mahdi akan berkata: Di sini! Ambil! ” 
 
Rujukan Sunni: Sunan Ibn Majah, jilid 2, hadis no. 5083 
 
Nabi Muhammad (sawas) bersabda: “Sesungguhnya kami Ahlulbayt telah dipilih Allah (SWT) untuk kehidupan di akhirat berbanding kehidupan dunia ini; dan AhluBayt akan mengalami penderitaan yang besar dan mereka akan dihalau dan disisihkan selepas kematianku. Sehingga datang orang-orang dari Timur membawa bendera hitam bersama mereka, dan mereka akan meminta kebaikan, dan tidak akan diberikan kepada mereka, lalu mereka akan berperang dan mereka beroleh kemenangan, dan mereka akan ditawarkan apa yang mereka ingini, tetapi mereka akan menolak untuk menerimanya, sehingga seorang lelaki dari AhlulBaytku muncul untuk memenuhkan bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman. Barangsiapa antara kamu sampai kepadanya perkara tersebut, maka hendaklah pergilah kepada mereka walaupun dengan merangkak di atas salji sekalipun. ” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Sunan Ibn Majah, jilid 2, hadis no. 4082 
  2. Tarikh Al Tabari 
  3. Al-Sawa’iq al-Muhriqah, oleh Ibnu Hajar, bab 11, seksyen 1, ms 250-251 
Dalam Sahih Muslim, di dalam Bab al-Fitan, terdapat beberapa hadis yang menarik mengenai apa yang akan berlaku pada akhir zaman. Dua daripadanya disebutkan di bawah: 
 
Abu Nadra melaporkan: Kami berada bersama dengan Jabir Ibn Abdillah … Jabir Ibn Abdillah berdiam diri seketika dan kemudian melaporkan bahawa Rasulullah (sawas) telah bersabda: “Di sana akan terdapat seorang Khalifah daripada umatku di akhir zaman, yang bebas akan memberikan kekayaan kepada manusia tanpa perkiraan.”Aku berkata kepada Abu Nadra dan Abu al-Ala: Adakah kamu maksudkan Umar bin Abd al-Aziz? Mereka berkata: TIDAK, dia adalah Imam Mahdi. 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Sahih Muslim, versi Bahasa Inggeris, v4, bab 1005, ms 1508, hadis no. 6961 
  2. Sahih Muslim, versi Bahasa Arab, Kitab al-Fitan, v4, ms 2234, hadis 6 
Diriwayatkan juga bahawa Nabi (sawas) bersabda: “Pada akhir zaman, umatku akan mengalami penderitaan dahsyat  yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sehinggakan manusia tidak dapat mencari jalan keluar. Kemudian Allah akan memunculkan seseorang dari keturunanku, ia adalah Ahlul-Baytku, yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan ketidakadilan. Penduduk bumi dan penduduk langit mencintai dia. Langit akan menurunkan airnya di merata-rata dan bumi akan menawarkan semua yang ia boleh berikan dan akan menjadi hijau keseluruhannya. ” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Seperti yang dipetik dalam al-Sahih fi al-Hadith, oleh al-Hakim 
  2. Al-Sawa’iq al-Muhriqah, oleh Ibn Hajar al-Haythami, bab 11, seksyen 1, ms 250 
Rasulullah (sawas) bersabda: “Dunia tidak akan binasa sehingga seorang lelaki di kalangan orang Arab muncul, dengan nama yang sepadan dengan nama saya.” 
 
Rujukan Sunni: Sahih Tirmidhi, vol. 9, ms 74 
 
Rasulullah (sawas) bersabda: “Mahdi dari keluargaku akan membawa revolusi dan akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sepertimana sebelumnya ia telah dipenuhi dengan ketidakadilan dan ketidaksamaan.” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Musnad Ahmad bin Hanbal, vol. 1, ms 84 
  2. Jami’us Sagheer, oleh al-Suyuti, ms 2160 
  3. Al-Urful Wardi, oleh al-Suyuti, ms 2 
  4. Kanzul Ummal, jilid 7, ms 186 
  5. Akhbaar Aqd Al-Mahdi Al-Durar fi Al-Muntazir, jilid 12, Bab 1 
  6. Al-Bayan fi Akhbar Sahib al-Zaman, By Ganji Shafi’i, Chapter 12 
  7. Al-Fusool Al-Muhimmah, oleh Ibn Sabbagh Maliki, Bab 12 
  8. Arjahul Matalib, by Ubaidallah Hindi hanafi, ms 380 
  9. Muqaddimah, oleh Ibn Khaldoon, ms 266 
Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa Nabi (sawas) berkata: “Allah akan membawa keluar dari penyembunyian Mahdi dari Keluarga dan keturunanku sebelum hari kiamat, walaupun hanya tinggal satu hari dalam kehidupan di dunia, dan dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di bumi ini, serta menghapuskan kezaliman dan penindasan. ” 
 
Rujukan Sunni: 
  1. Musnad Ahmad bin Hanbal, jilid 1, ms 99 
  2. Satu versi hampir serupa juga telah diriwayatkan dalam Sunan Abu Dawud, versi Bahasa Inggeris, bab 36, hadis no. 4270 
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib (a.s): 
 
Ibn Majah dalam Sunannya memetik Mohammad Ibn Hanafiyyah dan Imam Ali berkata bahawa Nabi (sawas) bersabda: “Mahdi adalah dari kami ahlulBayt, tidak keraguan lagi bahawa Allah akan menguatkuasakan kemunculannya dalam satu malam (iaitu, kedatangannya adalah sangat tidak menentu) secara tiba-tiba. ” 
 
Rujukan Sunni:
  1. Sunan Ibn Majah, jilid 2, ms 269 
  2. Al-Sawa’iq Al-Muhriqah, oleh Ibn Hajar Al-Haythami, bab 11, seksyen 1, ms 250

Pencerahan Tentang Mahdi Al-Awal (Mahdi Pertama) Dalam Kitab Hadis Sunni

Pencerahan Tentang Mahdi Al-Awal (Mahdi Pertama) Dalam Kitab Hadis Sunni – Titik pertemuan antara doktrin Sunni dan Syiah.

imam_mahdi_by_mustafa20-d553hzg

Terdapat banyak riwayat dalam buku-buku yang ditulis oleh ulama Sunni yang membicarakan tentang Imam Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman berdasarkan riwayat yang luarannya kelihatan seperti bertentangan dengan apa yang difahami oleh ulama-ulama Syiah. Oleh itu, kebanyakan ulama Syiah tidak mengambil kira riwayat-riwayat mereka, malah tidak pernah pun melihat kepada riwayat-riwayat mereka, seperti riwayat yang menyatakan bahawa Al-Mahdi mempunyai nama sepertiku dan nama bapanya seperti nama bapaku".

 

 

Rasulullah (sawas) bersabda: "… Ia ada di sana bahawa dia lah yang memecahkan suhuf Musa, meja dan mimbar Sulaiman dan tongkat Musa di salah satu gua. Selain itu, tidak terdapat satu awan pun, yang datang dari timur, barat, selatan atau dari arah kiblat, yang jika ia melewati gua tersebut tanpa menurunkan keberkatan untuk Gunung atas apa dipunyainya. Tambahan pula, ia tidak lama lagi akan diambil alih oleh seorang lelaki dari keturunanku, dari keluargaku, namanya adalah seperti namaku, nama bapanya adalah seperti nama bapaku, dan dia di kalangan semua manusia akan menjadi orang yang paling banyak persamaan ketara denganku, samada dari sudut penampilan atau akhlak yang baik." [1].

 

Rasulullah (SAW) berkata: "Namanya adalah seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia adalah dari keturunan anak perempuanku Fatimah, dan Allah akan mendedahkan kebenaran melalui mereka dan menyekat kepalsuan dengan pedang mereka. Orang akan bersungguh-sungguh mengikuti mereka, untuk bersama dengan mereka dan berasa gerun dengan mereka. Beliau berkata: Rasul Allah (sawa) berhenti sejenak sambil menangis, baginda berkata: Wahai manusia, bergembiralah kerana janji Allah tidak akan dimungkiri dan penghakimanNya tidak akan ditolak, kerana Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Kemenangan Allah adalah sangat hampir. Ya Allah, ini adalah ibu bapaku. Oleh itu, jauhkan kekotoran dari mereka dan bersihkan mereka sebersih-bersihnya. Ya Allah, peliharalah mereka, berilah mereka makan, sokonglah mereka, tinggallah bersama mereka, selesakanlah mereka, janganlah Engkau hinakan mereka dan jadikanlah aku khalifahMu di kalangan mereka. Sesungguhnya Engkau mampu melakukan semua yang Engkau inginkan." [2]

 

Walau bagaimanapun, bagi pengikut doktrin Ahlulbayt (a.s), Imam Al-Mahdi dikenali sebagai Muhammad bin Al-Hassan Bin Ali … (a.s). Nama bapanya (a.s) bukan (Abdullah) atau dari nama-nama nenek moyang Rasulullah (sawa), dari susur galur nabi yang panjang, sebagaimana sabda baginda, "Aku adalah anak kepada yang disembelih [iaitu] Abdullah [3] dan Ismail.[4] “Rasulullah (sawa} bersabda: Sekiranya hari kemunculan tiba, aku akan dipanggil dari dalam Arasy: “Wahai Muhammad, anda mempunyai Ibraham kholilullah (a.s ) sebagai bapa anda dan dia akan menjadi sebaik-baik bapa! kamu juga mempunyai Ali Bin Abi Talib (a.s) sebagai saudara kamu dan dia akan menjadi sebaik-baik saudara! [4].

 

Maka riwayat ini tidak terpakai kepada Imam Al Mahdi (a.s), tetapi ianya terpakai kepada Mahdi Pertama, kerana nama bapanya adalah salah satu nama daripada nenek moyang Rasulullah (sawa) dari kalangan nabi. Dalam kes seperti itu, kata-kata "Namanya ialah seperti namaku dan nama bapanya seperti bapaku" akan terpakai kepadanya. Selain itu, Mahdi Pertama (a.s) adalah yang pertama beriman dengan Imam Al-Mahdi (a.s) di masa kemunculannya, yang bermaksud bahawa dia akan lahir pada akhir zaman. Satu fakta yang bersesuaian dengan doktrin Sunni. Dalam doktrin Sunni, mereka menanti-nantikan Mahdi Pertama, iaitu Al-Mahdi yang akan lahir pada akhir zaman, yang akan mempunyai nama yang sama seperti Rasulullah (sawa), dan nama bapanya akan sama seperti salah seorang nenek moyang Rasulullah. Oleh itu, riwayat-riwayat ini tidak terpakai kepada Imam Al-Mahdi (a.s) tetapi terpakai kepada Mahdi Pertama dari keturunan Imam Al-Mahdi (a.s).

 

Dalam konteks ini juga, disebabkan “pekikan dari langit” atau Saihat dalam riwayat Sunni yang menyebutkan nama "Al-Yamani" dan mengumumkan beliau sebagai khalifah, kita harus bertanya diri kita tentang khalifah ini: Siapakah khalifah ini? Ibn Hamaad meriwayatkan: Mahdi hanya boleh dari kalangan Quraisy dan kekhalifahan tidak boleh ditanggung melainkan oleh salah seorang dari kalangan mereka. Namun, dia mempunyai keturunan dan susur galur dari Yaman.[5]

 

Juga diriwayatkan dengan autoriti Ibn Hamaad, juga dengan autoriti Arta'a: "Mereka akan bermesyuarat dan mencari seseorang yang mereka hendak mengikrarkan bai'ah. Kemudian mereka akan mendengar suara yang bukan datang dari manusia mahupun dari jin, yang berkata: "berbai’ahlah kepada sipulan bin sipulan", dengan merujuk kepada namanya. Tidak akan dikatakan dia adalah daripada ini atau itu (keturunan), tetapi dia adalah Khalifah Al-Yamani." [6]

 

Oleh itu, Al-Yamani adalah khalifah Al-Mahdi (a.s), satu fakta yang juga bersesuaian dengan pernyataan Ahlulbayt (a.s). Oleh itu, di sinilah riwayat-riwayat yang dilaporkan oleh Sunni dan Syiah berkumpul.

 

 

 

 

__________________________________________

 

[1] Sharh Al-Akhbar, oleh Hakim An-Nu'man Al-Mughrabi, vol. 3, ms. 386.

[2] Al-Manaqeb, oleh Al-Muwaffaq Al-Khawarezmi, p. 62.

[3]Abdullah adalah bapa Rasulullah (sawa) dan kepadanya tradisi Ismael (a.s) telah diperturunkan.

[4] 'Uyoon Akhbar Reza (a.s), oleh Sheikh As-Sadooq, vol. 1, ms. 34.

[5] Mu`jam Ahadith Al-Imam Al Mahdi (a.s), oleh Sheikh Ali Al-Qur'an Al-Aamili, jilid 1, ms. 299.

[6] Ibid [Sumber yang sama]