SAYYID AHMAD AL HASSAN ADALAH AL YAMANI YANG DIJANJIKAN

 

 

SAYYID AHMAD AL HASSAN ADALAH AL YAMANI YANG DIJANJIKAN

 

Soalan:
Sayyid Ahmad Al Hassan pewaris dan utusan Imam Al Mahdi (a.s): Siapakah Al Yamani? Adakah terdapat criteria-kriteria tertentu yang menerangkan tentang personaliti ini bagi membolehkan kita mengenalpasti pemilik sebenarnya? Adakah dia dari Yaman? Adakah dia Maksum memandangkan dia tidak membawa manusia kepada kebatilan dan tidak mengeluarkan mereka dari jalan kebenaran sepertimana yang diriwayatkan daripada Imam Al Baqir (a.s): “Sesungguhnya panjinya adalah panji petunjuk, diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, barangsiapa yang melakukan sedemikian adalah dia dari kalangan ahli neraka, kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus”?
Jawapan: 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan segala puji bagi Allah. Pertama sekali, hendaklah diketahui bahawa Mekah adalah dari Tuhamah dan ia satu tempat di Yaman. Oleh itu Muhammad (SAWA) dan keseluruhan ahli keluarganya (a.s) adalah “Yamani”, Ali (a.s) adalah “Yamani”, Imam Al Mahdi (a.s) adalah “Yamani”, dua belas Mahdi adalah “Yamani”, dan begitu juga Mahdi pertama adalah “Yamani”. Inilah maksud “Yamani” yang difahami oleh ulama ‘Amilin (yang beramal dengan ilmunya) terawal (semoga Allah merahmati mereka). Firman Allah SWT: “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti [yang jelek] yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.”[1] Alamah Majlisi (r.a) di dalam kitabnya Bihar Al Anwar telah menamakan kata-kata Ahlulbayt (a.s) sebagai “hikmah Yamani”[2]. Bahkan diriwayatkan dari Rasulullah (SAWA) bahawa datuknya Abdul Muttalib menamakan Baitulharam sebagai “Kaabah Yamani.”[3]
Adapun kriteria-kriteria yang mendefinisikan Al Yamani adalah berdasarkan riwayat yang diambil daripada Imam Al Baqir (a.s): “Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s), apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”[4]
Butiran-butiran penting berkaitan riwayat ini, adalah seperti berikut:
Pertama: ”Dan tidak dibenarkan berpaling daripadanya, dan barangsiapa berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka…” Ini bermakna Al-Yamani adalah pemilik kekuasaan Ilahi. Seseorang itu tidak akan menjadi hujjah ke atas manusia sedangkan dalam masa yang sama berpaling daripadanya menyebabkan seseorang itu masuk neraka, walaupun mereka melakukan solat dan berpuasa. Melainkan mereka adalah dari kalangan khalifah-khalifah Allah di bumiNYA dan juga pemilik kekuasaan Ilahi dari kalangan nabi-nabi, rasul-rasul, para imam dan Mahdi (a.s).
Kedua: “Sesungguhnya dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus”; Dakwah kepada kebenaran dan jalan yang lurus bermakna personaliti ini tidak akan melakukan kesalahan iaitu tidak membawa manusia kepada kebatilan dan mengeluarkan mereka daripada kebenaran. Dengan kata lain, dia adalah Maksum berdasarkan peruntukkan teks Ilahi (nas). Pembatasan karakter berdasarkan kriteria ini adalah amat penting dalam menentukan individu Al-Yamani yang sebenar. Ini kerana jika seseorang beranggapan selain dari maksud ini dalam memahami riwayat ini “kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus” akan menyebabkan kata-kata Imam (a.s) menjadi sia-sia dan tidak lagi terdapat sebarang batas limitasi atau had ke atas individu Al Yamani (iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi Al Yamani), dan semoga dijauhkan Allah para Imam (a.s) bersifat sepertimana yang mereka sangkakan.
Dapat disimpulkan dari perbahasan di atas tentang hakikat sebenar Al Yamani sebagai salah seorang khalifah dari khalifah-khalifah Allah di bumiNYA dan dia adalah maksum bersandarkan peruntukan teks (nas) Ilahi. Ianya juga dibuktikan melalui riwayat-riwayat yang mutawatir dan teks yang berotoriti (qat’’i) bahawa khalifah-khalifah selepas Rasulullah (SAWA) adalah duabelas Imam (a.s) dan duabelas Mahdi (a.s) selepas mereka (a.s). Tiada hujjah (khalifah) selain daripada mereka kerana melalui mereka lengkaplah nikmat, sempurnanya agama (Deen) dan penutup risalah langit.
Sebagaimana kita ketahui bahawa sebelas Imam (a.s) telah berlalu pergi meninggalkan kita dan sekarang hanya satu sahaja Imam yang masih kekal iaitu Imam Al Mahdi (a.s) dan duabelas Mahdi (a.s). Al Yamani mengajak kepada Imam Al Mahdi (a.s). Oleh itu, Al Yamani mestilah Mahdi Pertama kerana sebelas Mahdi selepasnya adalah dari zuriat keturunannya, firman Allah SWT: “[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”[5] Mereka (sebelas Mahdi) ini akan datang selepas zaman kemunculan Imam Al Mahdi (a.s), malah mereka bakal berada dalam era “Daulah Keadilan Ilahi”. Manakala Mahdi Pertama (a.s) sebagaimana dibuktikan bahawa dia wujud di zaman kemunculan Imam Al Mahdi (a.s) dan dia adalah orang yang pertama beriman dengan Imam Mahdi (a.s) di awal kemunculannya. Matlamat utama Mahdi Pertama adalah untuk mempersiapkan segala keperluan bagi kebangkitan Imam Al Mahdi (a.s) sepertimana yang diriwayatkan dalam wasiat Rasulullah (SAWA). Dari sini dapat disimpulkankan bahawa Al Yamani adalah terbatas kepada individu Mahdi Pertama daripada duabelas Mahdi (a.s).
Ia juga berdasarkan penerangan dan gambaran terperinci yang diberikan oleh ahlulbayt (a.s) tentang Mahdi Pertama berkaitan nama, sifat-sifat dan tempat tinggalnya. Namanya adalah Ahmad dan gelarannya adalah Abdullah (hamba Allah), Israel atau orang mengatakannya Israel secara terpaksa atau tanpa disedari sepertimana sabda Rasulullah (SAWA):”Namaku Ahmad dan aku adalah Abdullah, namaku Israel, maka apa yang diperintahkan kepadanya telah juga diperintahkan kepadaku dan setiap apa yang ditujukan kepadanya telah juga ditujukan kepadaku.”[6] Mahdi Pertama adalah yang pertama dari 313 sahabat Imam Al Mahdi (a.s), dan dia berasal dari Basrah, terdapat tanda di pipi kanannya dan kelemumur di dahinya. Bentuk tubuh badannya mempunyai persamaan seperti tubuh Musa bin Imran (a.s), di belakang badannya terdapat tanda mohor kenabian dan di sisinya wasiat Rasulullah (SAWA). Dia yang paling alim berkaitan Al Quran, Injil dan juga Taurat selepas daripada para Imam (a.s), dan dia akan tampil sebagai seorang pemuda di awal kemunculannya. Rasulullah (SAWA) bersabda: “…kemudian baginda menyebutkan tentang seorang pemuda dan bersabda, “jikalau kamu melihatnya maka berilah taatsetia kepadanya kerana dia adalah khalifah (pewaris) Al-Mahdi.”[7] 
Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: “Rasulullah (SAWA) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehinggalah sampai kepada sabda baginda,..dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman.”[8] Diriwayatkan daripada Imam Al Sadiq (a.s), dia berkata: “Sesungguhnya daripada kalangan kami (Ahlulbayt a.s) selepas Al Qa’im, duabelas Mahdi daripada anak keturunan Hussein (a.s).”[9] juga dalam riwayat yang lain daripada Imam Al Sadiq (a.s): “Sesungguhnya daripada kalangan kami (Ahlulbayt a.s) selepas Al Qa’im, sebelas Mahdi daripada anak keturunan Hussein (a.s).”[10] Al Qaim yang dimaksudkan dalam riwayat kedua adalah Mahdi Pertama dan bukannya Imam Mahdi (a.s) kerana selepas daripada Imam Mahdi (a.s) akan adanya duabelas Mahdi.
Telah berkata Imam Al Baqir (a.s) dalam menerangkan tentang Mahdi Pertama: “…Dialah yang mempunyai warna kulit seakan kemerah-merahan, mata berlekuk, bulu kening yang tidak bersambung, bahu yang luas, kelemumur di kepalanya dan tanda di pipinya, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Musa (a.s).”[11] Juga diriwayatkan dari Amirul Mukminin Ali (a.s) dalam hadis yang panjang, dia berkata: “…yang pertama dari kalangan mereka adalah dari Basra dan yang terakhir adalah dari Ibdaal.”[12] Juga diriwayatkan dari Imam Al Sadiq (a.s) dalam hadis yang panjang, yang mana dia (a.s) menyebutkan tentang sahabat-sahabat Al Qaim (a.s): “…dan dari Basra…Ahmad…”[13] Juga diriwayatkan dari Imam Al Baqir (a.s), dia berkata: “Al Qa’im akan mempunyai dua nama; nama yang disembunyikan dan nama yang dihebahkan. Adapun nama yang disembunyikan adalah Ahmad dan nama yang dihebahkan adalah Muhammad.”[14] Ahmad di sini adalah nama Mahdi Pertama dan Muhammad adalah nama Imam Mahdi (a.s) sepertimana dijelaskan dalam hadis wasiat Rasulullah (SAWA). 
Juga di dalam riwayat lain daripada Imam Al Baqir (a.s):“Sesungguhnya Allah SWT mempunyai perbendaharaan yang bukan berupa emas atau perak di Talikan, tetapi 12000 orang di Khurasan. Slogan mereka adalah Ahmad! Ahmad!, mereka dipimpin oleh seorang pemuda dari Bani Hashim yang menunggang keldai berwarna kelabu, dengan pengikat berwarna merah di kepalanya, seolah-olah aku sedang melihatnya merentasi sungai Furat. Bilamana kamu mendengar tentangnya, hendaklah kamu bersegera kepadanya, walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.”[15] Ahmad yang dimaksudkan di sini adalah nama bagi Mahdi Pertama.
Di dalam kitab Al Malahim wa Al Fitan karangan Sayyid bin Tawoos Al Hasani menyebutkan: “Berkata Amir Al Ghadhab bukanlah ini dan bukan juga itu, bahkan mereka mendengar suara yang bukan dari kalangan Jin mahu pun manusia berseru supaya memberi taatsetia kepada si pulan yang namanya bukanlah ini dan bukan juga itu melainkan dia adalah Khalifah Al Yamani.”[16] Di dalam kitab yang sama juga disebutkan: “Mereka berkumpul dan melihat kepada orang yang mereka berikan taatsetia, dalam keadaan mereka seperti itu, mereka akan mendengar suara yang tidak diketahui dan tidak pernah disebutkan oleh manusia mahu pun jin, berilah taatsetia kamu kepada si pulan dengan namanya bukan ini dan bukan itu tetapi dia adalah khalifah Al Yamani.”[17]
Sheikh Al Kurani di dalam kitabnya Mu’jam Ahadeeth Al Imam Al Mahdi juga menyebutkan: “Mahdi itu adalah hanya dari Quraysh, dan khilafah itu hanyalah pada mereka, melainkan dia mempunyai asal usul dari Yaman”[18]. Mahdi pertama adalah dari zuriat Imam Al Mahdi (a.s), maka perlu diketahui bahawa dia mempunyai jalur keturunan yang terputus disebabkan zuriat Imam Al Mahdi (a.s) yang tidak diketahui. Inilah sifat-sifat yang disifatkan kepada Al Yamani yang memperolehi kemenangan dan juga disifatkan kepada Mahdi Pertama kerana mereka sebetulnya adalah orang yang sama sepetimana yang dijelaskan. 
Jika kamu menginginkan maklumat lanjut, maka ditambah lagi bahawa Al Yamani adalah individu yang mempersiapkan lapangan untuk era kebangkitan yang suci. Dia adalah yang pertama dari kalangan tiga ratus tiga belas sahabat dan yang akan memberikan panji kepada Imam Al Mahdi (a.s). Manakala Mahdi pertama juga hadir di zaman kemunculan yang suci sebagai orang yang pertama mengimani Imam Al Mahdi (a.s) di zaman kemunculan dan sebelum kebangkitannya. Adalah amat penting salah seorang daripada mereka menjadi hujjah (khalifah) ke atas satu lagi, memandangkan mereka semua adalah hujjah-hujjah (khalifah Allah) ke atas semua makhluk, yang termasuk di dalamnya Mahdi Pertama. Jika kedua-dua karakter ini bukan individu yang sama, maka Mahdi pertama adalah hujjah (khalifah) ke atas Al Yamani. Oleh itu, Mahdi Pertama akan berperanan sebagai orang yang memimpin bagi mempersiapsediakan revolusi, manakala Al Yamani akan berperanan sebagai watak sampingan sahaja. Hal ini tidak benar sama sekali kerana Al Yamani adalah watak utama dalam persiapan dan pemimpin utama di era kemunculan yang suci.
Justeru adalah menjadi keperluan bahawa Mahdi Pertama adalah Al Yamani dan Al Yamani adalah Mahdi Pertama. Dengan ini Al Yamani, namanya adalah Ahmad daripada Basrah, mempunyai tanda di pipi kanannya, seorang pemuda di awal kemunculannya, mempunyai kelemumur di kepalanya, yang paling alim di kalangan manusia tetang Al Quran, Taurat dan Injil selepas daripada Imam (a.s), jalur keturunan yang terputus, mempunyai gelaran “Mahdi”, imam maksum yang wajib ditaati, tidak dibenarkan muslim berpaling daripadanya dan dijamin neraka bagi mereka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus, dia mengajak kepada Imam Mahdi (a.s) dan kesemua yang telah diriwayatkan daripada para Imam (a.s) berkaitan ciri-ciri Mahdi Pertama. Hendaklah kamu merujuk kepada kitab Ghaybah Al Nu’mani, Ghaybah Al Toosi, Ikmal Al Din, Bihar Al Anwar jilid 52 dan 53, dan kitab-kitab hadis yang lainnya. 
Seterusnya, baki pengikut Al Yamani yang terdiri daripada tiga ratus tiga belas orang sahabat Imam Al Mahdi (a.s) juga digelar dengan gelaran “Yamaniyyun” kerana mereka secara terus dikaitkan dengan ketua mereka Al Yamani dan termasuk di kalangan mereka adalah Yamani dari San’a serta Yamani dari Iraq. 
Sekali-kali tidak, demi bulan, (32) dan malam ketika telah berlalu, (33) dan subuh apabila mulai terang. (34) Sesungguhnya itu adalah salah satu tanda yang amat besar, (35) sebagai peringatan bagi manusia. (36) [iaitu] bagi siapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur [3]. (37) Setiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya, (38) kecuali sahabat-sahabat Al Yamin, (39) berada di dalam surga, mereka tanya menanya, (40) tentang [keadaan] orang-orang yang berdosa, (41) “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar [neraka]?” (42) Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, (43) dan kami tidak [pula] memberi makan orang miskin, (44) dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, (45) dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, (46) hingga datang kepada kami kematian”. (47) Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa’at dari orang-orang yang memberikan syafa’at. (48) Maka mengapa mereka [orang-orang kafir] berpaling dari peringatan [Allah]?”, (49) seakan-akan mereka itu keldai liar yang lari terkejut, (50) lari daripada singa. (51) Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka. (52) Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada negeri akhirat. (53) Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya itu adalah peringatan. (54) Maka barangsiapa menghendaki, niscaya dia mengambil pelajaran daripadanya. (55) Dan mereka tidak akan mengambil pelajaran daripadanya kecuali [jika] Allah menghendakinya. Dia [Allah] adalah Tuhan Yang patut [kita] bertakwa kepada-Nya dan berhak memberi ampun. (56)[19] 
“Demi bulan”, bulan adalah pemegang wasiat (wasiy) Imam Al Mahdi (a.s) dan “malam” adalah Daulah penindas-penindas yang zalim. “Subuh” adalah permulaan fajar Imam Mahdi (a.s), iaitu awal kemunculannya bersama dengan wasinya seumpama permulaan fajar sebelum naiknya matahari kerana Imam Mahdi (a.s) adalah matahari. “Sesungguhnya itu adalah salah satu tanda yang amat besar” iaitu adalah kiamat kecil kerana peristiwa-peristiwa Agung di sisi Allah SWT itu ada tiga iaitu Kiamat kecil, Raj’ah dan Kiamat Agung. “Sebagai peringatan bagi manusia” atau pemberi ingat iaitu wasiy dan Mahdi Pertama (Al Yamani) diutuskan oleh Imam Mahdi (a.s) sebagai pembawa berita gembira dan pemberi ingat atas azab yang pedih. Oleh itu barangsiapa yang ingin maju ke hadapan akan turut berserta dan barangsiapa yang ingin berundur kebelakang akan ketinggalan daripada mengikuti Imam Mahdi (a.s). “Setiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya”, ianya jelas bahawa setiap manusia akan diadili berdasarkan amal perbuatannya. 
“kecuali sahabat-sahabat Yamin”, mereka ini terkecuali dari pengadilan, mereka adalah yang paling rapat (muqarrabin) dan pengikut Al Yamani yang seramai 313 orang dari kalangan sahabat Imam Mahdi (a.s), mereka akan memasuki syurga tanpa perhitungan. Allah berfirman: “Adapun jika dia termasuk orang yang didekatkan. Maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga keni’matan. Dan adapun jika dia termasuk sahabat-sahabat Al Yamin.”[20] “Di dalam surga mereka saling tanya menanya, tentang [keadaan] orang-orang yang berdosa, “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar [neraka]?” Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat.” Iaitu kamu bukan dari kalangan mereka yang mengikuti dan mematuhi khalifah Allah, serta tidak mematuhi wasiy Imam Mahdi (a.s) dan Mahdi Pertama (Al Yamani yang dijanjikan). Maka Al Yamani adalah individu yang diharamkan berpaling daripadanya dan barangsiapa berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka, maka cukuplah bagiku Allah sebaik-baik pembantu. Imam Ali (a.s) telah diuji dengan Muawiyah bin Hind (laknat Allah ke atasnya) yang membawa bersamanya manusia yang tidak dapat membezakan antara unta jantan dan unta betina, malah aku juga diuji sepertimana Ali bin Abi Talib (a.s) diuji, tetapi dengan tujuh puluh Muawiyah. Kesemuanya diikuti oleh manusia yang tidak dapat membezakan antara unta jantan dan unta betina. Kepada Allah jualah aku meminta pertolongan terhadap apa yang mereka gambarkan.
Demi Allah, Rasulullah (SAWA) dan bapa-bapaku para Imam (a.s) tidak tertinggal satu pun daripada urusanku melainkan diperjelaskannya. Mereka menggambarkan aku dengan terperinci, mereka menamakan aku, menerangkan tempat tinggalku sehingga tidak ada lagi keraguan dan kesamaran dalam hal aku selepas penerangan ini. Urusanku adalah jelas seumpama matahari di waktu tengahari, sesungguhnya aku adalah Mahdi Pertama dan Al Yamani yang dijanjikan.
Ahmad Al Hassan
Pemegang wasiat dan utusan Imam Mahdi (a.s)
21 Rabi’ Al Thani 1426 hijrah
__________________________________________________
  1. Al Quran 19: 59
  2. Bihar Al Anwar, jilid 1, ms 1.
  3. Bihar Al Anwar, jilid 22, ms 51 dan 75.
  4. Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.
  5. Al Quran 3: 34
  6. Tafsir Al Ayashi, jilid 1, ms 95. Bihar Al Anwar, jilid 7, ms 178.
  7. Bisharat Al Islam, ms 30.
  8. Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241.
  9. Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 148. Al burhan jilid 3, ms 310. Al Ghayba Al Toosi ms 385.
  10. Bihar Al Anwar jilid 53, ms 145.
  11. Al Ghayba Al Nu’mani ms 223.
  12. Bisharat Al Islam ms 148.
  13. Bisharat Al Islam ms 181.
  14. Kamal Al Din, jilid 2, ms 653
  15. Muntakhab Al Anwar Al Mudhi’a, ms 343.
  16. Malahim Al Fitan, ms 27.
  17. Ibid, ms 80.
  18. Mu’jam Ahadeeth Al Imam Al Mahdi, jilid 1, ms 299.
  19. Al Quran 74: 32-56
  20. Al Quran 56: 88-90
  21.  

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *