Home

website

 

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN!

TELAH TIBA UTUSAN ILYA KEPADA UMAT YAHUDI, UTUSAN ISA KEPADA UMAT KRISTIAN, UTUSAN IMAM MAHDI KEPADA UMAT ISLAM, UTUSAN SANG PENYELAMAT YANG DIJANJIKAN KEPADA UMAT MANUSIA.

10388080_10203116926070723_6671426275159031086_n

 
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
 
Majoriti agama mempunyai satu figur sang penyelamat yang diramalkan akan hadir pada suatu masa nanti bagi membawa keamanan, kemakmuran, kesaksamaan dan keadilan di seluruh muka bumi ini, sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi oleh kezaliman dan penindasan. Walaupun berbeza nama, namun figur-figur ini mempunyai ciri-ciri serta sifat yang hampir sama; membawa satu revolusi ke arah keadilan dan kebaikan bagi umat manusia di muka bumi ini.
 
 
Kini kami membawa khabar gembira kepada anda bahawa telah tiba sang penyelamat yang dijanjikan. Sila ikuti pembuktiannya di pautan-pautan berikut.
 
 
 
 
PERBAHASAN BERKAITAN WASIAT NABI MUHAMMAD DI MALAM KEWAFATANNYA
 
 
  1. HADIS WASIAT NABI MUHAMMAD (SAW)
  2. PENOLAKAN TERHADAP HADIS WASIAT RASULULLAH ADALAH TERKELUAR DARIPADA WILAYAH AHLULBAYT (A.S)
  3. KESHAHIHAN HADIS WASIAT RASULULLAH (SAWAS)
  4. PENDAMPING-PENDAMPING (QARAIN) BAGI KESHAHIHAN HADIS WASIAT RASULULLAH
  5. HADIS WASIAT MENYEBUTKAN “MAKA HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA ANAKNYA,” SAYYID AHMAD AL HASSAN BUKANLAH ANAK KANDUNGNYA IMAM MAHDI (A.S)?
  6. DI MANAKAH WASIAT NABI DI MALAM KEWAFATANNYA?

 

 


 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGENALI MANUSIA/KHALIFAH LANTIKAN ALLAH?

 

 

  1. PERATURAN ILAHI DALAM MENGENALI HUJJAH ATAU KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
  2. BAGAIMANA MENGENAL WASHI SEBENAR?
  3. BAGAIMANA MENGENALI SHOHIBUL AMR (PEMILIK URUSAN)?

 

 

 

 

PEMBUKTIAN MENGIKUT ALIRAN

 

  1. UNTUK UMAT ISLAM SECARA UMUM
  2. UNTUK UMAT SHIAH AHLULBAIT
  3. UNTUK AHLI KITAB
  4. UNTUK ATHEIST
  5. JAWABAN KEPADA KERAGUAN

 

PEMBUKTIAN LAIN

 

  1. HADIS PEMBUKTIAN PARA MAHDI : Di halaman ini akan disenaraikan puluhan hadis yang saling berkait, bahawa akan adanya lelaki dari Ahlulbait AS, anak Imam Mahdi AS yang akan muncul sebelumnya, berperang bagi pihaknya, dan panjinya adalah panji kebenaran. Lelaki ini juga adalah Al Qaim, juga seorang Mahdi, yang disebutkan di dalam wasiat Nabi SAW, namanya Ahmad. InsyaAllah, setiap satu hadis ini merupakan kepingan puzzle, yang harus "disusun" semula bersama hadis-hadis lain. Apabila siap, anda akan mendapat gambaran sebenar. Selamat membaca. 
  2. SELAMAT DATANG KHALIFAH ALLAH ALMAHDI : Sembilan bahagian pengenalan ringkas Khalifah Allah Al Mahdi untuk Ahlul Sunnah
  3. 40 HADIS PEMBUKTIAN MAHDI PERTAMA, AL YAMANI, LELAKI DARI TIMUR, DAN EMPUNYA PANJI HITAM : Hadis-hadis yang membuktikan semua figur ini adalah satu orang yang sama.      
  4. HADIS KEUTAMAAN AHLULBAITSamada dari jalur perawi Sunni atau Shi'i, keutamaan Ahlulbait AS sebagai pemimpin Ummah selepas Nabi Muhammad SAW sudah terlalu banyak diriwayatkan, sehingga tiada keraguan lagi. Semua hadis ini menguatkan pembuktian yang dibawa Sayed Ahmad Al Hassan.    
  5. FATWA PARA ULAMAWalaupun seruan kebenaran oleh Sayed Ahmad Al Hassan mendapat tentangan yang kuat dari para ulama, hakikatnya begitu banyak sekali dari kalangan mereka yang mempunyai fatwa, hukum, atau ijtihad yang berselarian dengan penghujahan Sayed Ahmad Al Hassan  khususnya, dan Ahlulbait amnya.
 
۞۞۞۞
 

PARA PEMBACA DIPERSILAKAN UNTUK MENGGUNA SEPENUHNYA MENU DI BAHAGIAN ATAS LAMAN INI UNTUK KE BAHAGIAN YANG DIMAHUKAN..

Screen Shot 2015-02-28 at 12.05.53 PM

ATAU MELAKUKAN CARIAN KATA KUNCI DI RUANGAN YANG DISEDIAKAN:

Screen Shot 2015-02-28 at 12.15.51 PM

KAMI MENDOAKAN AGAR ALLAH SWT MENUNJUKKAN JALAN KEBENARAN KEPADA KALIAN. 

               

 

 

 

 

 

13 thoughts on “Home

  1. salam..

    sy nk bertanya skit

    adakah ketuanan Allah akan silh berganti dengan datangnya maut…. diganti ni sejak dr zman nabi adam lagi??

  2. assalamualaikum.

    saya baru saja berbaiah , jadi masih baru lagi dengan ini boleh sy tahu cara bacaan selawat dan syahadah yang betul mengikut imam ahmad hasan..

    1. وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

      الحمد لله رب العالمين 

      اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً 

       

      Segala pujian bagi Allah yang membuka hati tuan. Kami akan menghubungi tuan di email nanti. 

  3. Mcmn menjadi sebahagian penolong Imam Mahdi? Adakah kita patut keluar dari Malaysia menuju ke tmpt Imam Mahdi utk membantu..tolong.

    1. Untuk menjadi pembantu Al Mahdi, pertama sekali adalah dengan mengenal beliau. Kini sudah tiba pengakunya, yang datang membuktikan diri dengan pembuktian sebagaimana para khalifah Allah sebelum ini. Setelah mengenalnya, maka perlulah memberi kesaksian terhadap kebenarannya dan memberikan perjanjian taat setia. Ini adalah langkah awal

  4. Assalamualaikum warhahtullahi wabarakatuh 

    Beri saya pencerahan agar lebih paham.

    Dari Indonesia. 

    1. Wasalam wr wb. Kami menyampaikan berita bahawa AlMahdi Akhir Zaman yang dinantikan oleh umat Sunni, atau AlYamani yang dinantikan oleh umat Shiah telah tiba. Beliau adalah Ahmed AlHasan, dan kini beliau sedang menyeru manusia agar membantu revolusi beliau dalam menyebarkan keadilan dan menghapuskan kezaliman ke seluruh muka bumi.

      Laman ini adalah pembuktian dakwaannya.

  5. Assalamualaikum..

    Pertamanya saya bukanlah menolak syiah, ahli sunnah dan wahabi. Org Islam adalah mereka yang berpegang pada A-quran dan sunnah baginda rasul saw. sesuai dengan khutbah terakhir baginda saw.

    Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

    9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

    "Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

    Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

    Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

    Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

    Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

    Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

    Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

    Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

    Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

    Baiahnya Al imam Mahdi adalah di hadapan Ka'abah (Sila rujuk hadith), sebelum kita berbaiah kepada beliau. Umat Islam pada masa rata2nya menanti kemunculan beliau. Seperti saya juga, cuma kita terlupa benar dengan khutbah terakhir baginda rasul saw dengan peperangan yang hebat sekarang. Perasan tak? Perangilah riba kerana riba didepan kita sentiasa, rujuk sejarah nabi sulaiman as tentang riba. Muslimin sekalian, riba di hadapan kita. Ianya terlalu terang tanpa bersuluh lagi. Berjihadlah degan riba ini dan tahulah kita mampu atau tidak kita menghunus senjata.

    Biarlah Allah uruskan Al-Mahdi kerana ianya masih samar2. Mohon janganlah mendahului zaman nak2 pula kita telah pun berada sangat hujung di fasa yg ke4 ini. Bersabarlah. 

    Bukankah telah ramai sebelum ini mereka yang namanya seperti nama baginda rasul saw dan nama bapanya seperti nama bapa baginda rasul saw telah dibaiah sebagai Al Mahdi dan ternyata salah? Mungkinkah kali ini telahan kita benar? 

    Allahuaqlam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *